Bikini Wars di Kuala Lumpur.. siapa luluskan nih?
Dijangka diadakan bermula jam 7 malam ini sehingga awal pagi esok, parti bikini serta perang bikini yang tersiar di sebuah laman sosial kini sedang giat disebarkan.
Bertempat di salah sebuah pusat hiburan terkemuka di Kuala Lumpur, parti ini menggalakkan pengunjung supaya hanya memakai bikini (pakaian renang wanita) sebagai syarat utama untuk memasuki pesta tersebut.
Dipercayai juga, pesta yang ada kaitan dengan cuti sambutan kemerdekaan yang akan disambut lusa ini bakal menarik kira-kira 300 peserta wanita tidak termasuk kaum lelaki yang juga akan berada di dalamnya berdasarkan kapasiti tempat tersebut.
Menurut poster yang disebarkan, parti itu juga akan memberi 100 pengunjung wanita pertama dengan hidangan minuman keras berjenama mahal secara percuma selain daripada minuman keras jenis biasa untuk wanita yang memakai pakaian tersebut sepanjang pesta itu berlangsung.
Jelaslah bahawa akhlak muda-mudi yang akan mengunjungi pesta tersebut bakal tergugat selain menambahkan masalah sosial di kalangan remaja terutamanya yang beragama Islam.
Parti tersebut yang bakal diadakan di Jalan Ampang juga turut membariskan pelbagai jenis muzik kegilaan remaja ibu kota selain penyertaan DJ terkenal yang sering mengadakan persembahan dalam majlis sebegini.
Menurut poster itu lagi, tujuh wanita yang memakai bikini paling menarik akan diberikan minuman keras istimewa dipercayai berharga lebih RM300 ke atas.
Persoalannya, di manakah suara-suara bantahan NGO Islam terutamanya pro-Umno-APCO yang seringkali menempelak apa sahaja tindakan yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat khasnya PAS dalam usaha mencgah kegiatan mungkar ini dari terus berleluasa?
Di mana suara Jamil Khir Baharom dan timbalannya Mashitah Ibrahim dalam isu sebegini?
Paling penting, siapakah yang bertanggungjawab meluluskan permit hiburan sebegini walaupun pihak penganjur pastinya telah mengemukakan permohonan mereka kepada pihak berkuasa?
Jalan Pulang
Samsung Bayar Denda $1 Billion kepada Apple dengan menggunakan duit syiling 5 sen yang diangkut dengan 30 lori
pagi ini lebih daripada 30 trak yang dipenuhi dengan syiling 5 sen tiba di ibu pejabat Appledi California. Pada mulanya, yang syarikat keselamatan yang melindungi kemudahanberkata ia telah dialihkan ke tempat yang salah, tetapi minit kemudian, Tim Cook (Ketua Pegawai Eksekutif Apple) menerima panggilan dari Samsung Ketua Pegawai Eksekutifmenjelaskan bahawa mereka akan membayar $ 1000000000 dolar untuk denda baru-baru ini dengan yang diutuskan terhadap Selatan syarikat Korea dengan cara ini.
bahagian lucu adalah bahawa dokumen yang ditandatangani tidak menetapkan kaedah pembayaran tunggal, jadi Samsung berhak untuk menghantar kepada pencipta iPhonesedolar bilion seperti yang mereka fikirkan terbaik.
Lee Kun-Hee berkata, taktik kotor, menyebabkan Pihak Apple sakit kepala keranamereka perlu untuk memohon untuk mengira semua wang itu, dan memeriksa jika ia adalah lengkap dan cuba untuk mencari bank bagi mengira semua duit yang telah dihantar oleh pihak Samsung.
bahagian lucu adalah bahawa dokumen yang ditandatangani tidak menetapkan kaedah pembayaran tunggal, jadi Samsung berhak untuk menghantar kepada pencipta iPhonesedolar bilion seperti yang mereka fikirkan terbaik.
Lee Kun-Hee berkata, taktik kotor, menyebabkan Pihak Apple sakit kepala keranamereka perlu untuk memohon untuk mengira semua wang itu, dan memeriksa jika ia adalah lengkap dan cuba untuk mencari bank bagi mengira semua duit yang telah dihantar oleh pihak Samsung.
Lee Kun-hee, Pengerusi Samsung Electronics, memberitahu media bahawa, syarikat itutidak akan takut oleh sekumpulan "Geeks dengan gaya" dan bahawa jika mereka mahu bermain kotor, mereka juga tahu bagaimana untuk melakukannya.
Anda boleh menggunakan syiling anda untuk membeli minuman di mesin sedikit untuk hidup atau mencairkan syiling untuk membuat komputer, itu bukan masalah saya, saya sudah membayar mereka dan memenuhi undang-undang.
Sejumlah 20000000000 syiling, telah disampaikan dan berharap untuk menamatkanpersengketaan pada minggu ini.
Mari kita lihat bagaimana Apple akan bertindak balas terhadap ini????
Sumber di sini.
MANA AHMAD MASLAN,TAK NAK PI MOTONG GETAH KA?
Penoreh gesa media dedah harga getah semasa
BALING: Seorang penoreh getah dari Kampung Caruk Bemban, Kupang, Zakaria Abdul Wahab, 58, mencabar media massa di negara ini membuat tinjauan segera mengenai harga getah semasa yang makin jatuh merudum.
Harga semasa getah sekarang ialah RM2.30 sehingga RM2.70 sekilogram mengikut kawasan dan kemungkinan akan jatuh beberapa minggu lagi.
Situasi itu katanya, membuatkan penoreh terpaksa mengikat perut sekali lagi ekoran harga barangan kian melambung berbanding pada 2009 dan 2010 di mana harga getah melonjak tinggi sehingga melegakan para penoreh.
"Saya cabar media massa di negara ini buat tinjauan segera tentang harga getah yang dah merudum teruk. Dulu tinggi sehingga mencecah RM4.50 sehingga RM5.00 sekilo tetapi kini jatuh tertiarap RM2.30 sehingga RM2.70 sekilo," ujarnya ketika ditemui.
Menurutnya, media pro Umno dan Barisan Nasionall (BN) bertindak tidak adil kerana enggan melaporkan sebarang berita mengenai harga pasaran getah sekarang berbanding dahulu di mana mereka sanggup turun ke ladang getah semata-mata bertemu penoreh dengan tujuan mengambil gambar kononnya para penoreh mulai menikmati kehidupan yang lebih sempurna hasil pentadbiran BN.
Katanya, ada juga yang mengambil gambar penoreh datang menoreh dengan kereta kerana menikmati harga yang melambung dan mewawancara golongan bergelar 'makcik dan pakcik' demi memuaskan kehendak politik Umno dan BN.
Tidak dinafikan tambah beiau, dulu terdapat kakitangan kerajaan atau mereka yang berpendapatan tinggi turun ke ladang getah menoreh semata-mata mahukan pendapatan lebih.
"Contohnya guru yang mengajar di sebelah petang akan menoreh di sebelah pagi manakala bagi mereka yang mengajar pagi mengambil kesempatan berbuat demikian di sebelah petang.
“Kadang-kadang jika dilihat ianya macam nak tergelak," jelas beliau yang lebih mesra di panggil Pak Ya Baling.
No comments:
Post a Comment