Prestasi pilihan raya umum 1990 adalah yang terburuk bagi parti pemerintah sejak 1969. Barisan Nasional (BN) memenangi hanya 53.4% undi dan 70.55% daripada kerusi. Pembangkang, yang memenangi 46.6% undi, melakukan hampir sama baik saperti yang dilakukan pada tahun 2008 apabila ia mendapat 46.76% undi popular. Tamparan paling hebat kepada BN bilamana Kelantan jatuh kepada parti pembangkang sejak itu sehingga hari ini.
DAP buat kali pertamanya dalam pakatan longgar bersama Semangat 46 yang dipanggil Gagasan Rakyat,memenangi 20 kerusi Parlimen. PBS, satu lagi 'rakan kongsi' Semangat 46 di Sabah, memenangi 14 kerusi manakala Angkatan Pepaduan Ummah atau APU gabungan dengan PAS memenangi 15 kerusi Parlimen serta Dewan Undangan Negeri Kelantan.
Jadi apa yang begitu istimewa tentang pilihan raya umum tahun 1990?
Pilihan raya umum 1990 adalah pertama selepas Krisis (kedua) Perlembagaan tahun 1980-an (terdapat dua insiden pada 1980-an tetapi Umno kalah yang pertama dan memenangi krisis kedua) dan dalam Krisis Perlembagaan itu Annuar Musa, Ketua Umno Kelantan, menggelar Sultan Kelantan sebagai 'bodoh' dalam ucapan beliau di Kelantan manakala Anwar Ibrahi mmemanggil Kebawah Duli sebagai 'penyeludup' (mengenai insiden Lamborghini).
Ini telah menimbulkan kemurkaan Sultan dan secara terbuka baginda mengisytiharkan perang ke atas Umno yang mengakibatkan Umno kalah teruk di Kelantan. Malah ramai ahli UMNO sendiri yang mengundi pembangkang waktu itu.
Sejak itu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Umno telah belajar dari kesilapan mereka. Raja atau Sultan mungkin hanya Raja Berperlembagaan tanpa kuasa eksekutif,malah ada yang mungkin melihat Sistem Raja sebagai ketinggalan zaman dan tidak lagi relevan, tetapi orang Melayu masih menganggap Raja atau Sultan sebagai'simbol suci' yang tidak harus diheret kekancah penghinaan - sama seperti bagaimana mereka merasa tentang Islam, bahasa Melayu dan Kedaulatan Melayu.
Masyarakat 'moden' Malaysia masih tidak boleh memahami sentimen 'pelik' ini dan mereka tidak faham mengapa 'nilai lama' ini mempunyai pengaruh besar terhadap sentimen undi orang Melayu.
Ini mungkin sentimen masyarakat 'luar bandar' dan masyarakat bandar mungkin tidak akan memahami perkara ini. Tetapi jika anda telah tinggal di kampung, seperti saya selama 20 tahun 1974-1994, maka anda akan menghargaibagaimana minda Melayu berfungsi dan apa yang membuatkan mereka melenting.
Ini mungkin sentimen masyarakat 'luar bandar' dan masyarakat bandar mungkin tidak akan memahami perkara ini. Tetapi jika anda telah tinggal di kampung, seperti saya selama 20 tahun 1974-1994, maka anda akan menghargaibagaimana minda Melayu berfungsi dan apa yang membuatkan mereka melenting.
Maksud saya, anda tidak boleh melihat kepentingan 'nilai Melayu' seperti bagaimana orang Melayu tidak akan memahami kepentingan warna merah lebih dari warna putih semasa menghulurkan angpau berwarna putih untukTahun Baru Cina. Setiap etnik mempunyai 'nilai pelik' yang orang lain mungkin tidak faham.
Pengaruh Istana dalam politik dan pilihan raya tidak harus diremehkan atau dipandang ringan. Tengku Razaleigh Hamzah cukup memahami hal ini apabila beliau berkata bahawa Raja-Raja adalah simbol Kedaulatan Melayu. Menyentuh Raja atau Sultan dianggap sebagai 'jenayah'sebagai mana seseorang memijak bendera Malaysia. Apa salahnya ada orang memijak bendera Malaysia?Ada apa apa kerugian ke?
Bukan kerugian fizikal yang rakyat persoalkan tapi ianya lebih kepada tujuan atau perlambangan atas perbuatan itu. Memijak bendera Malaysia beerti penghinaan terhadap rakyat dan negara Malaysia. Oleh itu 'penghinaan' terhadap Raja-Raja Melayu juga bermakna penghinaan dan pengkhianatan terhadap Bangsa Melayu.
Aneh kan jika kita fikirkan? Jadi mempercayai bahawa sampul surat putih membawa nasib malang manakala sampul surat merah akan menjadikan anda kaya dan makmur - atau yang memberi wang seseorang dalam sampul surat putih semasa Tahun Baru Cina sama saperti 'menghina' pada masyarakat dan budaya orang Cina. Bukankah salib juga satu simbolisme? Jika iya maka mengapa umat Islam tidak boleh memakai salib? Apakah ada kemudaratan 'fizikal' jika ianya dilakukan?
Saya pernah mengingatkan rakan-rakan saya dalam DAP (YB Ronnie Liu boleh sahkan ini) bahawa Kerajaan Negeri Selangor kena melangkah dengan berhati-hati apabila berurusan dengan Istana.
Anda mungkin tidak boleh sentiasa berkata ya pastinya,dan kadang-kadang anda mungkin perlu untuk mengatakan tidak. Tetapi anda mesti tahu cara yang 'betul' untuk mengatakan tidak supaya 'tidak' anda itu tidak diambil sebagai teguran atau menghina Istana.
Anda mungkin tidak boleh sentiasa berkata ya pastinya,dan kadang-kadang anda mungkin perlu untuk mengatakan tidak. Tetapi anda mesti tahu cara yang 'betul' untuk mengatakan tidak supaya 'tidak' anda itu tidak diambil sebagai teguran atau menghina Istana.
Ini adalah perkara yang paling sukar apabila melibatkan protokol dan 'pendidikan' protokol yang betul tidak datang dengan sendirinya. Ianya adalah sesuatu yang anda perolehi sepanjang jalan. Malah 'kongsi gelap' pun mempunyai protokol tertentu yang perlu anda patuhi.
Bayangkan berjalan pun ada protokolnya tersendiri, sama ada kita berjalan sebelah-menyebelah, berjalan di hadapan atau berjalan di belakang membawa makna dan perkara yang berbeza dan ianya akan menghantar mesej yang berbeza (baca: Rosmah Mansor).
Bayangkan berjalan pun ada protokolnya tersendiri, sama ada kita berjalan sebelah-menyebelah, berjalan di hadapan atau berjalan di belakang membawa makna dan perkara yang berbeza dan ianya akan menghantar mesej yang berbeza (baca: Rosmah Mansor).
Tetapi mematuhi protokol yang betul memerlukan kita untuk mengetepikan ego kita. Mematuhi protokol yang betul adalah satu pengakuan bahawa anda tunduk kepada konvensyen. Berjalan tegak ke dalam sebuah bilik di mana golongan tua atau senior sedang duduk atau berjalan sedikit 'bongkok' adalah dua makna yang berbeza. Isyarat atau menunjuk dengan jari telunjuk anda dan memberi isyarat atau menunjuk dengan ibu jari anda juga adalah dua makna yang berbeza.
Anda yang pernah dipukul dan diperas ugut oleh ahli-ahli kongsi gelap semasa zaman persekolahannya anda pada tahun 1960-an mungkin gagal untuk memahami kepentingan protokol - kegagalan memahami isyarat tangan yang betul dan tidak betul, dan bila anda boleh dan tidak boleh bertentang mata dan macam macam lagi protokol yang ada.
Malah kumpulan kongsi gelap pun mengamalkan protokol sapertimana amalan protokol Istana.Jadi jika anda perlu berurusan dengan Istana ada lebih baik anda belajar adab yang betul atau anda menghadkan urusan anda dengan istana sejauh mungkin. Sudah tentu, apabila anda menjadi kerajaan ini bukan nya satu pilihan buat anda.
Saya tahu ... ramai daripada anda akan mengatakan bahawa anda peduli apa dan bahawa ini adalah sistem feudal dan ketinggalan zaman dan macam macam lagi.Mungkin itu baik untuk anda dan mungkin itu prinsip anda dan ianya tak penting.
Tetapi apabila majoriti orang Melayu masih bersifat feudal dan apabila banyak kerusi adalah kerusi majoriti Melayu, ianya amat PENTING.Jangan lakukan kesilapan yang sama seperti yangUmno lakukan pada tahun 1990 yang merasakan ini tidak penting,hakikatnya ianya amatPENTING,jangan kita sampai terpaksa membayar harga yang amat tinggi kerana keangkuhan dan kejahilan kita nanti.
Tetapi apabila majoriti orang Melayu masih bersifat feudal dan apabila banyak kerusi adalah kerusi majoriti Melayu, ianya amat PENTING.Jangan lakukan kesilapan yang sama seperti yangUmno lakukan pada tahun 1990 yang merasakan ini tidak penting,hakikatnya ianya amatPENTING,jangan kita sampai terpaksa membayar harga yang amat tinggi kerana keangkuhan dan kejahilan kita nanti.
Seperkara lagi,Anwar Ibrahim bersama Dr Mahathir sudah tentu akan dilihat dilihat sebagai musuh Raja Raja, oleh itu adalah lebih penting untuk Anwar untuk tidak bergesel dengan Istana. Antara Datuk Seri Najib Tun Razak - 'orang Istana' - dan Anwar, Raja lebih rela melihat Najib sebagai Perdana Menteri. Jadi berhati hati...
Terjemahan dari artikel : Raja Petra Kamaruddin
No comments:
Post a Comment