Harap Umno berani respon arahan buat fitnah sebagaipanduan kempen.
from PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA-KATA by cheguBard
Dalam satu ucapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menyebut mengenai kewujudan Panduan Gerakerja PRU ke 13 yang diedar kilangan jentera utama Umno. Menurut Anwar buku itu diserahkan kepadanya sendiri oleh seorang petugas Umno yang terkejut dan benci dengan taktik Umno menjaja fitnah.
Selama ini Umno didakwa telah menggunakan taktik kejam untuk menipu, menyebarkan fitnah dan menanam perasaan takut di kalangan orang Melayu serta menggunakan ugutan.
Ia dikatakan sengaja dibuat dengan tujuan untuk mengaburkan mata rakyat daripada skandal-skandal kewangan dan rasuah yang telah mengakibatkan kehilangan beratus-ratus bilion ringgit.
Sebagai bukti menyokong dakwaan tersebut, Anwar Ibrahim telah mendedahkan Buku Panduan Pilihanraya Umum yang ‘Sulit’, kononnya telah dikeluarkan oleh Umno secara rasminya kepada jentera pilihanraya mereka.
Dalam kandungan buku tersebut, diberikan arahan rasmi supaya menyebarkan fitnah seberapa banyak yang boleh untuk menyakinkan pengundi terutamanya orang-orang Melayu.
Nampaknya budaya politik Malaysia makin celaru, sudahlah kini keganasan dianjurkan oleh proksi Umno dalam berdepan kempen politik kini secara rasminya Umno telah menghalalkan fitnah dalam kempen pilihanraya.
Rakyat diseru untuk bertindak bijak dalam mendepani politik ganas dan fitnah oleh Umno ini.
tindakan ganas proksi Umno pelengkap syarat kejatuhan sebuah regim
from PERJUANGAN ADALAH PERLAKSANAAN KATA-KATA by cheguBard
Di sebalik ungkapan keamanan yang dilaungkan oleh regim Umno Barisan Nasional, menerbitkan rasa pelik dan janggal kerana apa yang dihidang di hadapan mata rakyat adalah sangat berbeza pendekatan yang dimainkan regim pemerintah. Ternyata hanya mengungkap pada kata-kata dan slogan sahaja tidak mampu untuk menutup segala bentuk keganasan yang terpaksa dilakukan oleh regim terdesak bagi mengekang kebangkitan rakyat.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) secara umumnya menegaskan taktik ganas yang digunakan selama ini adalah demi menakutkan orang ramai supaya tidak menghadiri program-program anjuran Pakatan Rakyat khususnya yang melibatkan susuk Anwar Ibrahim. Namun usaha berunsur keganasan tersebut gagal menakutkan rakyat malah lebih ramai yang hadir menunjukkan keberanian untuk bersama mempertahankan pimpinan Pakatan Rakyat.
Tinjauan SAMM mendapati, rakyat menilai dengan baik pihak mana yang sebenarnya yang menghargai keamanan dan pihak mana pula yang sebenarnya menyokong keganasan dan menggunakan kekerasan bagi meraih sokongan. Perlakuan 'baling batu sembunyi tangan' sudah dibaca dengan baik oleh rakyat.
Penyokong Umno yang melakukan kekacauan dan keganasan berharap provokasi yang mereka lakukan dibalas oleh penyokong Pakatan Rakyat dan sekiranya ini berlaku maka akan disiarkan di media perdana bahawa keganasan itu hadir Pakatan Rakyat. Inilah taktik yang gagal kerana Pakatan Rakyat tetap komited untuk bertindak wajar dan matang setiap kali disua provokasi.
Perhimpunan Janji Demokrasi pada malam ambang kemerdekaan wajar dijadikan sebagai contoh. Acara bersejarah tersebut yang disambut oleh puluh ribu rakyat berbaju kuning berlangsung dengan aman tanpa sebarang kekecohan.
Ini jelas membuktikan tuduhan yang dilontar kononnya Pakatan Rakyat mencipta keganasan dalam siri-siri perhimpunan sebelumnya adalah fitnah dan tuduhan rambang semata-mata. Keganasan itu hanya digambarkan oleh penyokong Umno yang paranoid dengan kebangkitan rakyat menolak produk retorik mereka.
Dalam beberapa kejadian terbaru, SAMM mengutuk serangan yang dilakukan oleh kumpulan penyokong Umno di Masjid Seberang Pumpong baru-baru ini. Proksi Umno menjerit membuat bising menggunakan pembesar suara, memaki hamun dari luar hingga ke dalam masjid, dan melontar kasut yang kotor ke dalam masjid adalah keterlaluan. Ia menggambarkan sikap sebenar Umno yang tidak menghormati masjid dan juga majlis ilmu. Mengganggu majlis ilmu adalah kerja syaitan maka benarlah ungkapan Mahathir bahawa inilah contoh syaitan yang dikenali.
Sehari sebelumnya, bas yang digunakan untuk Jelajah Merdeka Rakyat juga telah diserang umpama samseng along mengutip hutang. Cermin hadapan pecah dan cat merah yang disimbah menunjukkan budaya samseng ini berlaku akibat dari tekanan dari kemungkinan kehilangan kuasa. Ia tindakan bacul dan amalan politik yang tidak bertamadun. SAMM tidak terkejut dengan perkembangan sebegini kerana kaedah yang sama sering berlaku di kalangan regim di hujung usia.
Terdahulu, kejadian yang berlaku di lembah pantai lebih bersifat signifikasi apabila penyerang yang membaling batu ke arah pimpinan Pakatan Rakyat yang sedang berucap jelas memegang bendera Umno dari kumpulan yang memakai baju Umno. Ia sekaligus menjadikan Umno sebagai simbol keganasan di atas banyak siri kekacauan yang dilakukan termasuklah di Jalan Kebun (Selangor), Semberong (Johor), Kuala Sawah (N.Sembilan), Flat Kerinchi (Wilayah Persekutuan) dan perbagai tempat lagi. Untuk peringatan langsung tidak ada tindakan diambil walaupun perlaku jelas dirakam perlakuan dan wajah mereka. Malah penguasa terlibat melindungi mereka.
SAMM dengan ini membuat kesimpulan bahawasanya Umno adalah penaja keganasan yang berselindung di sebalik slogan keamanan.
Penolakkan rakyat terhadap Umno dan Barisan Nasional tidak berjaya dibendung, malah ramai ahli Umno yang sudah celik meninggalkan perikatan yang kian tenggelam. SAMM meminta semua tenang kerana kejadian menghantarproksi melakukan keganasan juga merupakan taktik semua regim di hujung usia. Rakyat terbanyak diharapkan jangan terseret dengan taktik seperti ini sebaliknya terus fokus mengombak kesedaran dalam negara demi menolak regim Umno Bn warisan penjajah yang semakin gagal menguruskan negara ini.
SAMM juga sedar aparat penguasa seperti PDRM juga tertekan kerana diperalatkan regim untuk kekal berkuasa tetapi menyeru agar ada pimpinan PDRM yang diberi kekuatan oleh Allah untuk membezakan antara yang hak dan bathil demi melaksanakan tugasan serta amanah yang mereka ikrarkan.
No comments:
Post a Comment