ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Tuesday, 4 September 2012

SAMM sambut baik buku Mark Trowell

SAMM sambut baik buku Mark Trowell dan buku Fitnah akan masuki pasaran umum bulan depan


SAMM sambut baik buku Mark Trowell dan umumkan Buku FITNAH terbitan SAMM akan memasuki pasaran umum bulan depan

Kes Fitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah lari dari perhatian antarabangsa. Terbaru Mark Trowell seorang peguam yang berpengalaman dalam kes jenayah yang juga seorang pemerhati bagi Kesatuan Antara Parlimen (IPU) dan LawAsia di mahkamah di seluruh dunia telah menulis sebuah buku yang bertajuk 'The Trial of Anwar Ibrahim Sodomy II'.Buku Trowell setebal 306-halaman itu diterbitkan oleh Marshall Cavendish Editions dan mula dijual di semua kedai buku utama di Malaysia Rabu lepas.

Dalam bukunya Trowell mengulas Saiful nampak seperti suka perhatian media dan dia tidak kisah - tidak sama sekali seperti mangsa serangan seksual yang lain .Trowell, yang juga , berkata ia juga tidak normal bagi mangsa serangan seksual tidak mandi selama dua hari.

"Dalam 25 tahun pengalaman saya dalam undang-undang jenayah, saya tidak pernah lihat seseorang itu tidak mandi selama dua hari untuk mengekalkan bukti forensik. Sebaliknya, saya rasa mangsa mahu cepat mandi untuk menghilangkan bau badan pelaku."

"Dalam sesetengah kes penderaan seksual, mangsa akan menggosok badan mereka sehingga hampir luka untuk menghapuskan bau itu," kata Trowell, yang merupakan seorang Queen Counsel.

Buku ini dilihat mampu mempertegaskan bahawa kes Fitnah terhadap Anwar bukan sekadar kes biasa tetapi mewakili bagaimana hampir keseluruhan sistem dalam negara digunakan demi mempertahankan kuasa sesetengah pihak dalam negara.

Sebelum ini SAMM (tahun lepas) telah menerbitkan buku bertajuk FITNAH yang bertujuan mengingatkan semula rakyat terhadap kes perbicaraan yang telah menjadi titik kerosakan negara apabila semua elemen dan institusi digunakan untuk menjatuhkan ketua pembangkang itu. Penerbitan buku FITNAH bertujuan untuk memahamkan rakyat betapa perlu bangkit segera untuk membebaskan Jabatan kehakiman, Polis dan maruah negara ini dari terus dipandang buruk oleh dunia.

Buku yang sesuai untuk bacaan semua peringkat, bagi mengingatkan rakyat mengenai peristiwa penyatu kepada reformasi 1998ini telah terjual hampir 10,000 naskah. Di serta lokasi ceramah di seluruh negara. Buku ini juga telah berada di hantar ke beberapa NGO rantau ini sebagai bahan rujukan berkenaan kes tersebut.

Buku ini merangkumkan fakta kes semenjak Fitnah 1, Fitnah dua dan menjawab isu Fitnah video lucah dan terakam pengalaman peribadi che'GuBard ketika menonton video lucah apabila dipelawa oleh Trio Datuk K

Kini atas permintaan ramai SAMM sedang mengumpul dana untuk mencetak buku ini dalam jumlah yang munasabah dan telah memulakan perbincangan untuk menempatkan buku ini di kedai - kedai buku utama seluruh negara. Dengan kehadiran buku ini dipasaran terbuka juga akan mempercepatkan kesedaran rakyat betapa Najib tidak ubah seperti Dr. Mahathir punya peranan utama dalam menjayakan FITNAH liwat. Pembaca juga boleh mendapatkan maklumat dengan mudah dalam membaca buku ini kerana bentuk penulisan berdasarkan fakta dan tidak meleret.

No comments:

Post a Comment