Idea baru untuk pemuliharaan ekosistem
Pada masa kini terdapat lebih dari 800 juta hektar tanah di seluruh dunia digunakan untuk pertanian. Ekosistem yang dahulunnya bersifat semulajadi kini telah diubah kepada ekosistem pertanian untuk menghasilkan makanan bagi memenuhi keperluan manusia. Penduduk dunia dianggarkan bertambah dari 7 billion kepada 9 billion pada tahun 2050. Dianggarkan 60% daripada penduduk dunia akan tinggal di bandar.
Di Malaysia, penduduk dianggarkan berjumlah 29 juta pada tahun 2010. Daripada 33 juta hektar tanah hanya 24% adalah kawasan pertanian yang kebanyakannya ditanam dengan kelapa sawit dan getah. Pertambahan kawasan pertanian untuk makanan amatlah terhad. Sebagai contoh kawasan tanaman padi sejak satu dekad yang lalu adalah 500 ribu hektar dan tidak bertambah hingga kini, malahan semakin menurun disebabkan pembangunan.
Mengikut ramalan ahli agronomi, penggunaan teknologi pertanian terkini dianggarkan memerlukan kawasan pertanian seluas negara Brazil untuk menyara penduduk dunia.
Corak pertanian masa kini menimbulkan pelbagai masalah :
-Pertanian intensif menggunakan bahan kimia pertanian terutamanya pestisid dan baja dengan banyaknya. Ini mewujudkan risiko kesihatan melalui pencemaran udara, air dan makanan.
-Industry pertanian terdedah kepada pelbagai jenis bencana alam yang boleh menjejaskan hasil pertanian. Terkini, banjir di Pakistan pada Ogos 2010 adalah terburuk dalam sejarah yang telah memusnahkan kawasan seluas negara England.
-Destinasi pemasaran produk pertanian ke kawasan Bandar memerlukan kenderaan. Ini menyumbang kepada pembebasan gas rumah hijau dan pencemaran udara. Masalah ini menjadi lebih besar apabila permintaan makanan meningkat.
Perladangan menegak
Bagi mengatasi masalah kekurangan tanah, pertanian, idea ‘perladangan menegak’ (vertical farming) tercetus. Ladang ini terletak dalam bangunan pencakar langit. Bangunan ini dibina setinggi 30 tingkat dengan dinding kaca, bumbungnya dilengkapi panel suria dan persekitaran di dalamnya boleh dikawal. Pada setiap tingkat terdapat batas penanaman gergasi ataupun ladang dalaman (indoor field) yang dilengkapi dengan sistem pengairan yang canggih. Pelbagai jenis tanaman dan ternakan kecil akan diusahakan. Pokok diurus menggunakan kaedah rumah hijau dan kitar semula sisa-sisa makanan dan pertanian menggunakan teknologi terkini. Sumber tenaga diambil dari solar, angin dan ombak dan biogas (methana dari sisa tanaman). Sekiranya Berjaya dilaksanakan kaedah ini berpotensi mewajahkan semula bandar, mengeluarkan pelbagai makanan sepanjang tahun dan pada jangka panjangnya akan membaikpulih ekosistem.
Kaedah ini telah diketengahkan oleh Professor Dickson Despommier dari Universiti Columbia Amerika Syarikat. Ladang yang dijana akan memerlukan ruang, air, tenaga fosil yang amat sedikit. Dianggarkan satu blok bangunan 30 tingkat boleh menghasilkan makanan bersamaan dengan 1000 hektar di lapangan dan boleh membekalkan makanan untuk 50000 orang (makan 2000 cal/hari/orang).
Kebaikan perladangan menegak
-Pengeluaran hasil dapat dibuat sepanjang tahun kerana persekitaran dapat dikawal dan efisiensi pengeluaran tinggi.
-Tanaman dilindungi daripada bencana alam.
-Tanaman ditanam secara organic dengan menggunakan nutrien khusus.
-Larut resap dan hakisan tanah pertanian dapat dielakkan.
-Mewujudkan persekitaran lestari di Bandar yang menjadikannya bersih dan lebih selesa untuk didiami.
Saya petik:
Blogger.com merupakan antara perkhidmatan pertama yang dibeli oleh Google. Selepas hampir 8 tahun membeli perkhidmatan blog percuma tersebut, kini Google mengumumkan yang mana mereka akan menghentikan sokongan untuk pendaftaran masuk ke akaun Blogger menggunakan akaun selain daripada akaun Google. Perkara ini akan dilaksanakan pada 25 Jun 2011 nanti. Menurut Google, bagi pengguna yang tidak mengubahnya kepada akaun Google selepas 25 Jun kelak, mereka akan memadam akaun tersebut, bersama-sama blog-blog yang didaftarkan pada akaun lama tersebut.Bagi pengguna blogger/blogspot yang menggunakan akaun selain akaun Google untuk log-in ke blog, wajib menukarnya dengan kadar segera bagi mengelakkan blog anda dihapuskan.Contoh : pakpandir@yahoo.com ditukarkan kepakpandir@gmail.com!Bagaimana nak tukar email login ke blog? Ikuti langkah-langkah di bawah!
1. Create akaun gmailMula-mula, create akaun gmail dulu. Kalau dah ada, ikuti langkah seterusnya.2. Sign in blog macam biasa ( guna email yahoo -contohnya ). Pergi Settings > Permissions > klik Add Authors > Masukkan email gmail > klik Invite.3. Login akaun gmail > ada email jemputan > klik link untuk pengesahan. Ada notis "To join this blog as an author, accept the invitation by signing in with your Google Account here". Jangan takut, klik saja ‘here‘ dan kita akan dibawa memasuki dashboard blog tersebut.4. Logout dari akaun gmail tersebut dan login pula menggunakan email yang mula-mula ( yahoo )5. Pergi kat Settings > Permissions >ada nickname dan email yang baru kita add tadi sebagai author. Klik grant admin privileges.6. Nickname lama dan email lama boleh di remove, Sekarang blog tersebut menggunakan akaun gmail sepenuhnya.Kalau ada 3-4 blog lain, ulanglah langkah di atas sehingga kesemua blog berkumpul di bawah satu username sahaja.** untuk maklumat lanjut, klik : buzz.blogger.com , kujie.com , dan solihinzubir.com
No comments:
Post a Comment