ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Thursday, 22 September 2011

Datuk Maharaja Lela Perak...ceramah di masjid HULU SELANGOR?


Rumah Pejuang Melayu Perak, Terbiar


PASIR SALAK: Rumah pejuang tersohor, Datuk Maharaja Lela Pandak Lam, di sini, bukan saja dijadikan sarang maksiat, malah menjadi ‘port’ penagih dadah di kawasan ini.

Kediaman warisan yang terletak bertentangan dengan Kompleks Sejarah Pasir Salak itu berada dalam keadaan terbiar dan menunggu masa roboh.

Penduduk, Ramli Abas, 43, berkata, dia sedih apabila menyaksikan rumah peninggalan pahlawan negeri itu terbiar begitu saja tanpa sebarang tindakan membaikinya diambil kerajaan negeri. “Saya kecewa kerana perjuangan Datuk Maharaja Lela dipandang sebelah mata sesetengah pihak apabila kediamannya dibiarkan tanpa mendapat pembelaan sewajarnya.

“Jasa dan pengorbanannya diiktiraf dengan beberapa jalan, sekolah serta kawasan dinamakan bersempena namanya tetapi menyedihkan apabila keadaan kediaman dan kawasan sekitar yang pernah menjadi kubu pertahanan masyarakat daerah ini satu ketika dulu, menunggu masa untuk menyembah bumi,” katanya.

Tambah mengejutkan, selain barangan hiasan di dalam rumah berkenaan hilang dan rosak, ia dijadikan lokasi ‘selamat’ oleh penagih dadah dan remaja melakukan maksiat.

Ia berdasarkan penemuan beberapa barangan untuk menghisap dadah dan tilam buruk di bahagian dapur kediaman berkenaan yang didakwa Ramli angkara golongan muda tempatan.

Mengikut sejarah, selepas mendapat persetujuan dan sokongan penduduk sekitar Pasir Salak, Kampung Gajah dan pemimpin tempatan, Datuk Maharaja Lela mengepalai perjuangan menentang penjajahan British di Perak yang membawa kepada pembunuhan James Wheller Woodfird Birch (JWW Birch) iaitu Residen British pertama Perak.

Malangnya, daripada sanjungan sebagai pejuang, beberapa individu kalangan bangsa sendiri yang dipercayai sebelum itu, berpaling tadah dengan menuduh beliau serta beberapa lagi rakan seperjuangannya, selaku pemberontak sebelum beliau dijatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap mereka.

Lebih tragik, difahamkan sebagai pengajaran kepada 'pemberontak-pemberontak' lain supaya tidak mengikut jejak Maharaja Lela dan teman seperjuangannya, pihak penjajah British difahamkan mengarahkan supaya mayat Maharaja Lela dikerat tiga dan ditanam secara berasingan di tepi tebing Sungai Perak. Biarpun tiada fakta sahih mengenainya, perkara ini masih menjadi persoalan sehingga kini kerana bukti juga tiada untuk mengatakan 'Makam Maharaja Lela' yang terletak di Taiping, benar-benar milik perwira sejati ini.

“Saya meminta pihak bertanggungjawab memandang serius perkara ini kerana selain kediaman Maharaja Lela, keadaan Kompleks Sejarah Pasir Salak juga dalam keadaan menyedihkan.

Keadaan sekarang cukup menyedihkan berbanding beberapa tahun lalu kerana ini adalah kawasan bersejarah yang mempunyai nilai begitu penting dalam sejarah Malaysia," katanya.




Wakil2 Rakyat UMNO dan MIC dapat Tauliah dari MAIS / JAIS?

Khalid Samad sedang didakwa di bawah Seksyen 119 kerana tiada tauliah untuk memberi tazkirah(bukan mengajar????). Di bawah ini ada beberapa gambar wakil2 rakyat UMNO memberi tazkirah di beberapa masjid. Adakah MAIS/JAIS akan mengambil tindakan ke atas mereka?

Gambar 1 & 2 :- Wakil rakyat (ADUN) UMNO memberi tazkirah di Masjid Lama Hulu Bernam dan Masjid FELDA Gedangsa. Adakah beliau mempunyai tauliah? Tidak pula ditimbulkan persoalan penderhakaan kepada DYMM Sultan Selangor oleh Pengarah MAIS.





Ni adalah gambar ADUN Hulu Bernam yang diambil dari laman web kerajaan negeri Selangor, bagi mereka yang tidak mengenalinya:


Juga, gambar P. Kamalanathan, wakil rakyat MIC dari BN sedang memberi kata-kata aluan dlm perasmian program di Perkarangan Masjid Al-Taufikiah, Felda Soeharto pada 10 Julai 2010, bermula jam 0745 pagi.

Perhatikan lambang BN di baju beliau sewaktu memberikan kata-kata aluan ini? Soalnya skrg, adakah P.Kamalanathan juga telah mendapat tauliah dari MAIS untuk berucap dlm masjid?


Tak hairanlah Pengerusi MAIS, Mohamad Adzib Isa, tidak mengambil apa-apa tindakan. Dia pun ada dlm majlis yang sama:


Takda pula kita dengar Mohammad Adzib bising pasal tauliah, pasal orang bukan islam tak boleh masuk masjid dan sebagainya seperti dibawah. Orang Islam mcm Khalid dia tindas, tapi org bukan Islam mcm P.Kamalanathan dia tatang macam minyak penuh.

Sikap Pengerusi MAIS ini menampakkan pro UMNO yang keterlaluan. Ustaz Asri, Abdullah Yaasin boleh ditangkap atas alasan tiada tauliah. ADUN2 UMNO dan P.Kamalanathan bebas bercakap dlm masjid pakai baju lambang BN.





Tulang Besi

No comments:

Post a Comment