Sebaik saja Jepun kalah di dalam peperangan dunia ke-2, tentera-tentera Gurkha dan Fiji mula menunjukkan belang mereka di Tanah Melayu. Berdasarkan maklumat dari Pak Johan dan Awang, perangai tentera ini yang suka bermabuk-mabuk dan gilakan perempuan meresakan penduduk kampung. Barangkali mereka di luar sana boleh merujuk kepada orang-orang lama yang masih hidup bagaimana perangai tentera Fiji dan Gurkha semasa pendudukan British di Tanah Melayu.
Kita REHAT..baca yang di bawah ini dulu....
Ong Boon Kooi dan Ong Boon Chuan ialah guru yang menjadi pendidik kepada anak2 orang melayu di sekolah kebangsaan....Tahukah anda siapakah Ong Boon Kooi dan Ong Boon Chuan? Ong Boon Kooi dan Ong Boon Chuan ialah adik kepada Ong Boon Hua...Tahukah anda siapa pula Ong Boon Hua? Ong Boon Hua ialah Chin Peng yang orang umno benci sangat....Kah kah kah..anak orang umno adik Chin Peng yang ajaq...kah kah kah....http://wasiatpejuang.blogspot.
Komunizem adalah satu faham internasional. Peleburan pemberontakan itu di Malaya tidak akan bererti bahawa faham itu akan hancur. Kerana faham itu bercorak internasional. Apa lagi faham itu timbul dan lahir dari kemelaratan dalam sistem masyarakat. - DR BURHANUDDIN AL HELMI
Kita sambung semula..cer citer cer citer...
Tanyalah benarkah mereka ini akan mengambil mana-mana perempuan yang mereka suka?. Jawapan dari XPDC yang kami lalui adalah memang benar. Mereka menjadi antara punca kebencian orang kampung dan Mat Indera terhadap British.
Sebelum saya menyentuh isu serangan di Bukit Kepong, saya ingin pembaca membuka fikiran terlebih dahulu. Fakta-fakta ini hendaklah dibaca tanpa anda menghakimi siapa pengkhianat dan pejuang terlebih dahulu. Bebaskan diri anda dari kecenderungan anda sama ada kepada media Kerajaan atau Pembangkang.
Sebenarnya tujuan penyerangan PKM Bukit Kepong adalah SAMA seperti penyerangan pembunuhan ke atas Sir Henry Gurney. Cuma kesudahan serangan itu memberikan kesan yang berbeza.
Semasa pendudukan British di Palestin, beribu warga Islam telah dibunuh oleh tentera British. Antara anggota tentera British yang bertugas di Palestin ketika itu adalah Raymond Dancey. Siapakah Raymond Dancey?. Malayan Police Lt.135 Raymond Dancey atau Ray Dancey adalah Ketua Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950.
Kita imbas kembali peristiwa serangan PKM terhadap Henry Gurney. Pada 6 Oktober 1951, dia ditembak mati di Bukit Frasser ketika sedang di dalam perjalanan menghadiri satu mesyuarat. Dia diserang hendap oleh PKM dari Parti Komunis Malaya.
Kereta Roll Roycenya ditembak di tengah perjalanan. Serangan yang diketuai Chin Peng itu hanya untuk membunuh Henry Gurney sahaja - seorang ketua penjajah British. Isteri dan anaknya dibiarkan hidup ketika serangan itu di bawah arahan ketua mereka - Chin Peng. Jadi anggota PKM mematuhi arahan supaya membebaskan anak dan bini Henry Gurney.
Berbalik kepada serangan di Bukit Kepong, Mat Indera bersama bantuan PKM telah menyerang Balai Polis Bukit Kepong yang Ketuanya ialah Ray Dancey - seorang tentera penjajah British. Bagaimanapun pada hari serangan iaitu 23 Februari 1950, Ray Dancey tiada di situ.
Dan perkara itu diluar pengetahuan Mat Indera. Rancangan asal, Mat Indera bahawa serangan itu hanya sebagai amaran terhadap kerajaan British dengan membunuh Ray Dancey, namun beliau hanya menyedari ketiadaan Ray Dancey pada hari penyerangan tersebut.
Bagaimanapun ada percanggahan pendapat dari Baharum (adik Mat Indera) dan Pak Yahya (adik Pak Sanib - rakan baik Mat Indera). Menurut Baharum semalam, Mat Indera tidak terlibat di dalam serangan itu, Mat Indera hanya hadir lewat ketika serangan tetapi untuk menyelamatkan anggota Polis. Tetapi maklumat yang diterima oleh Pak Yahya daripada abangnya Pak Sanib, Mat Indera menggunakan bantuan PKM untuk melakukan serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong dan disasarkan ke atas Ketua Polisnya Ray Dancey. Bagaimanapun fakta yang sama dari kedua-dua belah pihak adalah Mat Indera bukan seorang anggota Komunis.
Memburukkan lagi keadaan yang sedia tegang ketika serangan itu, pertempuran mula tercetus apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang anggota PKM yang sedang memotong kawat berduri balai polis tersebut. Selepas itu berlakulah pertempuran yang sengit dari kedua-dua belah pihak. Walaupun didesak untuk menyerah diri, Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah diri.
Selepas PKM berjaya menawan Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstabel Mohamad Jaafar. Usaha terakhir yang dapat dibuat oleh Mat Indera bagi meredakan keadaan ialah dengan memujuk Mariam supaya merayu agar polis menyerah diri. Bagaimanapun tawaran ini tidak diendahkan oleh polis.
Akhirnya serangan itu berakhir dengan sebuah tragedi yang kita ketahui, dan Mat Indera tidak dapat menghalang serangan balas anggota PKM terhadap anggota polis. Kerana apa anggota PKM tidak memperdulikan arahan Mat Indera, sebab Mat Indera bukanlah ketua mereka. Mat Indera bukan Chin Peng.
Menurut perbualan kali terakhir Mat Indera bersama Pak Johan sebelum beliau dihukum gantung, Mat Indera menafikan dirinya adalah seorang anggota komunis, apatah lagi ketua mereka. Mat Indera hanya bergerak di dalam serangan itu dengan bantuan PKM untuk memburu Ray Dancey, namun nasi sudah pun menjadi bubur. Anggota Polis yang ketika itu dibawah jajahan British pula menjadi mangsa.
Apa yang dapat Mat Indera lakukan ketika itu hanyalah melindungi saki baki polis yang terselamat, antaranya ialah Yusof Rono yang ketika itu diacukan senapang di kepalanya oleh salah seorang anggota PKM, Mat Indera telah menghalangnya daripada menembak Yusof Rono, sambil berkata "sudahlah! kita dah dapat apa yang kita inginkan". Ini membuat Yusof Rono terselamat daripada terbunuh. Malah isterinya mengakui insiden tersebut di dalam satu temubual terbitan RTM yang dikeluarkan pada tahun 1970an dengan berkata 'Askar komunis melayu menyelamatkan yusof rono'.
Tragedi Bukit Kepong ini telah dijadikan modal sebagai dakwaan keganasan dan kekejaman Mat Indera yang kononnya seorang pemimpin Komunis dan menentang kerajaan British. British telah menaikkan tawaran hadiah sebanyak $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan.
Apa yang dapat Mat Indera lakukan ketika itu hanyalah melindungi saki baki polis yang terselamat, antaranya ialah Yusof Rono yang ketika itu diacukan senapang di kepalanya oleh salah seorang anggota PKM, Mat Indera telah menghalangnya daripada menembak Yusof Rono, sambil berkata "sudahlah! kita dah dapat apa yang kita inginkan". Ini membuat Yusof Rono terselamat daripada terbunuh. Malah isterinya mengakui insiden tersebut di dalam satu temubual terbitan RTM yang dikeluarkan pada tahun 1970an dengan berkata 'Askar komunis melayu menyelamatkan yusof rono'.
Sebelum peristiwa Bukit Kepong, tawaran hadiah terhadap tangkapan beliau adalah $25,000 jika hidup-hidup, dan $10,000 jika mati.. Sehinggalah akhirnya Mat Indera berjaya diperdaya rakan baiknya Mat Tukyo untuk menghadiri kenduri di rumah Wak Bladang...
Bersambung...SIRI 5 (Siri Akhir)
Mat Indera Ditangkap Dan TERUS DIFITNAH
Akhirnya penangkapan Mat Indera dirancang dengan penuh tipu helah. Lima lelaki Jawa Ponorogo yang diketuai Md Sham dan dibantu Ismail Mustakim (Misban), Wak Beladang, Mat Tukyo dan Bajuri menggunakan tipu helah untuk memberkas Mat Indera. Menurut Pak Johan, Mat Indera telah dijemput untuk menghadiri ke sebuah kenduri di rumah Wak Bladang oleh Mat Tukyo.
Pada malam 14 Oktober 1952, Mat Indera telah hadir ke rumah Wak Bladang di Kg ParitWarijo, Seri Medan, bagi memenuhi permintaan sahabatnya dan dijamu dengan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung ungu. Kecubung ini telah menyebabkan seseorang itu berasa mengantuk dan dipukau jika meminumnya. Akhirnya Mat Indera berjaya ditangkap pada malam itu.
Tambah Pak Johan lagi, peristiwa penangkapan pada malam itu turut dijadikan modal oleh British untuk memburuk-burukkan Mat Indera. Mat Indera telah difitnah bahawa ia datang ke rumah Wak Bladang bukan kerana dijemput tetapi kerana tergila-gilakan seorang anak daranya. Begitulah kejinya perancangan British dan fitnah yang diatur semata-mata untuk memburukkan Mat Indera di mata masyarakat.
Itulah agaknya mengapa Bekas ketua kampung Parit Warijo, Malik Samuri sendiri mengakui di dalam laporan Berita Harian yang turut menyaksikan bagaimana Mat Indera dibawa dengan basikal sedang tangannya diikat daun lalang bahawa peristiwa itu telah menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat di situ. Ada yang gembira dan ada yang sebak.Mohd Abidin Ismail iaitu anak salah seorang yang menangkap Mat Indera, Misban, berkata meskipun terbabit secara langsung dalam tipu helah itu, sepanjang hidup ayahnya tidak pernah menyatakan kebanggaan atas kejayaan itu, malah tidak sesekali melabelkan Mat Indera sebagai petualang.
Mat Indera MELUDAH Polis British Ketika DipenjaraPak Johan dan bapanya pernah melawat Mat Indera di Penjara Air Molek, Johor Bahru. Pak Johan menyaksikan sendiri peribadi Mat Indera yang begitu bencikan Polis British dan berani meludah mereka ketika di dalam penjara. Pada pertemuan inilah Mat Indera menegaskan bahawa dia bukan komunis. Walaupun Mat Indera dipujuk supaya bertolak ansur dengan British sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera yang tidak mahu tuduk dengan British di atas penglibatannya.
Itulah pertemuan terakhir antara mereka tiga beranak. Mereka kemudian mendengar perkhabaran Mat Indera telah dijatuhkan hukuman gantung hanya melalui akhbar sehari selepas itu. Apa yang Pak Johan dan bapanya amat terkilan, mereka tidak dimaklumkan sebelum Mat Indera dijatuhkan hukuman.
Misteri WASIAT Kematian Mat Indera
British terus meningkatkan propaganda buruk terhadap Mat Indera. Peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong digunakan sebaik mungkin oleh penjajah British untuk memburuk-burukkan Mat Indera.
British sanggup menaikkan wang ganjaran untuk menangkap Mat Indera kepada $75,000 bagi menggambarkan Mat Indera adalah seorang yang sangat dikehendaki dan merbahaya. Kematian anggota Polis Bukit Kepung yang terdiri daripada bangsa Melayu dimanipulasi sebaik mungkin sehingga berjaya menarik simpati masyarakat Melayu.
Masjid Jamek Kg Parit Warijo, Seri Medan, Batu Pahat.
Akhirnya penangkapan Mat Indera dirancang dengan penuh tipu helah. Lima lelaki Jawa Ponorogo yang diketuai Md Sham dan dibantu Ismail Mustakim (Misban), Wak Beladang, Mat Tukyo dan Bajuri menggunakan tipu helah untuk memberkas Mat Indera. Menurut Pak Johan, Mat Indera telah dijemput untuk menghadiri ke sebuah kenduri di rumah Wak Bladang oleh Mat Tukyo.
Pada malam 14 Oktober 1952, Mat Indera telah hadir ke rumah Wak Bladang di Kg ParitWarijo, Seri Medan, bagi memenuhi permintaan sahabatnya dan dijamu dengan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung ungu. Kecubung ini telah menyebabkan seseorang itu berasa mengantuk dan dipukau jika meminumnya. Akhirnya Mat Indera berjaya ditangkap pada malam itu.
Tambah Pak Johan lagi, peristiwa penangkapan pada malam itu turut dijadikan modal oleh British untuk memburuk-burukkan Mat Indera. Mat Indera telah difitnah bahawa ia datang ke rumah Wak Bladang bukan kerana dijemput tetapi kerana tergila-gilakan seorang anak daranya. Begitulah kejinya perancangan British dan fitnah yang diatur semata-mata untuk memburukkan Mat Indera di mata masyarakat.
Itulah agaknya mengapa Bekas ketua kampung Parit Warijo, Malik Samuri sendiri mengakui di dalam laporan Berita Harian yang turut menyaksikan bagaimana Mat Indera dibawa dengan basikal sedang tangannya diikat daun lalang bahawa peristiwa itu telah menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat di situ. Ada yang gembira dan ada yang sebak.Mohd Abidin Ismail iaitu anak salah seorang yang menangkap Mat Indera, Misban, berkata meskipun terbabit secara langsung dalam tipu helah itu, sepanjang hidup ayahnya tidak pernah menyatakan kebanggaan atas kejayaan itu, malah tidak sesekali melabelkan Mat Indera sebagai petualang.
Mat Indera MELUDAH Polis British Ketika DipenjaraPak Johan dan bapanya pernah melawat Mat Indera di Penjara Air Molek, Johor Bahru. Pak Johan menyaksikan sendiri peribadi Mat Indera yang begitu bencikan Polis British dan berani meludah mereka ketika di dalam penjara. Pada pertemuan inilah Mat Indera menegaskan bahawa dia bukan komunis. Walaupun Mat Indera dipujuk supaya bertolak ansur dengan British sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera yang tidak mahu tuduk dengan British di atas penglibatannya.
Itulah pertemuan terakhir antara mereka tiga beranak. Mereka kemudian mendengar perkhabaran Mat Indera telah dijatuhkan hukuman gantung hanya melalui akhbar sehari selepas itu. Apa yang Pak Johan dan bapanya amat terkilan, mereka tidak dimaklumkan sebelum Mat Indera dijatuhkan hukuman.
Misteri WASIAT Kematian Mat Indera
Muhammad Indera kemudiannya menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping, Perak. Keesokan hari, mayatnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping. Pak Johan dan bapanya tidak sempat ke Perak untuk melihat jenazah Mat Indera buat kali terakhir.
Ketika ditanya kepada pihak Polis dan Penjara, mengapa mereka sebagai waris terdekat Mat Indera tidak dimaklumkan tarikh dan masa hukuman gantung akan dijalankan sedangkan mereka tahu alamat mereka di Singapura. Pihak Polis hanya berkata mereka berhak menjalankan hukuman tanpa memaklumkan kepada waris.
Inilah yang amat menyedihkan Pak Johan dan bapanya Indera. Apa yang meragukan mereka, Polis menggunakan alasan bahawa Mat Indera telah berwasiat untuk mengebumikan jasadnya sebaik saja beliau meninggal dunia. Bagaimanapun alasan WASIAT ini tidak dapat diterima oleh Pak Johan dan bapanya.
Tidak cukup sekadar itu, kematian Mat Indera turut difitnah oleh British. Jasadnya dikuburkan berasingan dari kubur orang Islam yang lain. Walaupun jasadnya dikuburkan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Jambu Air, Taiping, namun ia dikeluarkan kira-kira jarak serantai dari Tanah Perkuburan tersebut. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan bagi menunjukkan Mat Indera tidak layak dikebumikan bersama kubur yang lain kerana ia seorang komunis. Bagaimanapun pada masa ini, Tanah Perkuburan itu sudah penuh sehingga ke kubur Mat Indera, jadi kesannya tidak dapat dilihat pada hari ini.
Begitulah hinanya British dan sekutunya menghinakan arwah Mat Indera. Sejak dari hayatnya sehinggalah kepada kematiannya ia terus difitnah. Selepas sehari suntuk mencari maklumat bersama SAMM tentang Mat Indera ini, saya bawakan kepada anda 1-5 siri yang saya kumpulkan daripada temubual bersama Pak Johan (adik Mat Indera), Pak Yahya (adik Pak Sanib), Awang (anak Pak Yahya) dan beberapa penduduk kampung di Bukit Kepong, Jeram Masjid hinggalah ke Seri Medan. Jika ada penambah baikan dalam penulisan ini amat dialu-alukan.
Diharap kepada pembaca generasi Y supaya dapat menilai penulisan ini untuk rujukan sejarah pada masa akan datang dan tidak hanya berdasarkan hanya kepada satu sumber semata-mata. Sekian.
Kenangan bersama Pak Johan, Pengerusi SAMM Chegu Bard, Sidiqin wartawan Suara Keadilan dan adik-beradik SAMM.
No comments:
Post a Comment