CATATAN SANTAI IH: Kuliah Eko IH (siri 2)
KIRA-KIRA 900 juta umat Islam di dunia ini, merangkumi 45 buah negara merupakan satu jumlah yang amat besar. Malangnya kebanyakan negara tersebut masih lagi mengunakan ideologi ekonomi kapitalis, sosialis dan lain-lain lagi. Kefahaman mereka mengenai ekonomi Islam agak kurang menyebabkan umat Islam jadi mundur.
Kuliah Eko IH (siri 2)
alamat: ibnuhasyim@gmail.com
KL 4 Sept 11.
Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama
KIRA-KIRA 900 juta umat Islam di dunia ini, merangkumi 45 buah negara merupakan satu jumlah yang amat besar. Malangnya kebanyakan negara tersebut masih lagi mengunakan ideologi ekonomi kapitalis, sosialis dan lain-lain lagi. Kefahaman mereka mengenai ekonomi Islam agak kurang menyebabkan umat Islam jadi mundur.
Melihat sejarah ekonomi Islam mutakhir, pada awal kurun ini ilmu ekonomi Islam mula dikaji selidik oleh para cendiakawan dan para ulamak Muslim dalam merangka ekonomi Islam yang lebih konkrit. Hal ini berlaku selepas kebanyakan negara Islam mencapai kemerdekaan. Sistem ekonomi barat yang tidak pentingkan aspek kemanusian dan akhlak, memaksa cendiakawan Muslim bertambah yakin bahawa ekonomi Islam merupakan alternatif terbaik, bagi umat Islam dalam mencapai kebahagian hidup hakiki.
Bagi dunia Islam pendidikan ilmu ekonomi Islam telah mula diperkenalkan dan proses membina masyarakat berteras aspek-aspek ekonomi Islam mula mendapat perhatian. Sumber-sumber ilmu ekonomi Islam amat banyak tetapi terbiar sehinggalah pada waktu ini munculnya cendiakawan Muslim mula meneroka dan menggali khazanah ilmu ekonomi Islam yang telah lama tersohor. Beberapa persidangan mengenai ekonomi Islam telah diadakan seperti:
Satu: Persidangan antarabangsa pertama ekonomi Islam diadakan di Mekah anjuran Universiti Raja Abdul Aziz, Jeddah pada Febuari 21-26 1976. Kertas kerja persidangan ini telah dibukukan dalam bahasa Arab dan Inggeris, diterjemahkan ke bahasa Melayu oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Dua: Persidangan ekonomi Islam diadakan di London pada Julai 1977 anjuran Majlis Islam Eropah (Islamic Council of Europe). Kertas kerjanya telah dicetak pada tahun 1979 oleh Majlis Islam Eropah dengan tajuk “The Muslem World and the future Economic order”.
Tiga:
(i) Persidangan Ekonomi Islam anjuran Liga Negara-negara Arab pada 9 hingga 11 Febuari 1983 yang diadakan di Universiti Jordan, Amman.
(ii) Persidangan kedua ekonomi Islam yang diadakan di Islamabad, Pakistan pada 19 hingga 23 Mac 1983 anuran Universiti Islamabad dengan kerjasama Pusat Antarabangsa Penyelidikan Ekonomi Islam di Jeddah.
(iii) Persidangan Metodologi Ekonomi dalam Islam antara teori dan pelaksanaan yang diadakan di Kaherah pada 9 hingga 12 April 1983 anjuran Universiti Mansurah Mesir.
(iv) Pesidangan Antarabangsa Ekonomi Islam yang diadakan di Paris pada April 1983.
Empat: Persidangan-persidangan yang diadakan oleh Lujnah Penyelidikan Islam Universiti al-Azhar juga membincangkan topik ekonomi Islam, peranan zakat, penyelidikan harta dan lain-lain. Persidangan ini telah diadakan semenjak tahun 1964 dan sebanyak sembilan persidangan telah diadakan. Antara pembentang kertas kerja yang berkaitan dengan ilmu ekonomi Islam seperti Syeikh Muhammad Abu Zahrah, Dr. Ali Abdul Wahid Wafi dan lain-lain.
Lima: Persidangan Lujnah Fiqh Islami kali ke sembilan yang diadakan di Dubai pada 1hb-6hb Zulkaedah 1515 bersamaan 1hb-6hb April juga telah membahaskan mengenai ekonomi Islam mengenai saham, pertukaran wang, perjualan emas, penggunaan cek dan sebagainya. Sebelum ini Persidangan Antarabangsa Fiqh Islami kali pertama diadakan di Paris pada 1951, kali kedua di Damsiq pada April 1961, kali ketiga di Kaherah pada Mei 1967, kali keempat di Tunis pada Januari 1975 dan kali kelima di Riyadh pada November 1977.
Enam: Di dalam negara-negara Islam, Malaysia agak kehadapan dalam isu-isu ekonomi Islam dengan penubuhan institusi-institusi ekonomi yang sekarang menampakkan hasilnya yang memuaskan sepeti Bank Islam, Takaful Islam, Baitul Mal, Tabung Haji, YPEIM dan lain-lain. Malah subjek ekonomi Islam juga telah diajar di peringkat sekolah menengah dan Universiti berbanding dengan negara-negara lain yang masih lagi mengajar ekonomi sosialis dan kapitalis. Subjek ekonomi tidak diajar dengan lengkap dan “comperative” dengan sistem yang lain.
Universiti al-Azhar mengajar subjek ekonomi Islam sebagai satu subjek selepas rombakannya pada tahun 1961 dalam Kuliah Perdagangan dan Kuliah Syariah (bahagian siyasah syari’yyah diperingkat pengajian tinggi), Universiti Raja Abdul Aziz di Jeddah juga mengajar subjek ini sejak penubuhannya pada tahun 1964.(10). Walaubagaimanapun ia tidak dapat menghasilkan pakar-pakar dalam bidang ekonomi sehingga rombakkan telah dibuat selepas Muktamar Ulamak Muslim di Kaherah pada September 1972 mengenai pentingnya ekonomi Islam diajar di kolej-kolej serta universiti di negara-negara Islam.
Selepas Muktamar Antarabangsa Ekonomi Islam di Mekah pada 1976, barulah perubahan-perubahan bagi mengajar pelajaran ekonomi Islam semakin berhasil dengan rombakan di Universiti al-Azhar. Dengan mengadakan pengajian diperingkat ijazah lanjutan dalam bidang ekonomi Islam(11) dan juga Universiti Raja Abdul Aziz, Jeddah, Universiti Jordan Amman, Universiti Umm Durman Khartoum, Universiti Karachi di Karachi, Universiti Punjab di Lahore. Di Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa telah memperkenalkan subjek ilmu ekonomi Islam sejak awal penubuhannya.
Tujuh: Satu persidangan siyasah syari’yyah telah diadakan pada 23 & 24 Januari 1995 anjuran kerajaan negeri Terengganu juga telah membincangkan mengenai ekonomi di Malaysia. Antara pembentang kertas kerja ialah Datuk Syed Othman Al Habshi dan Datuk Dr Abdul Halim Ismail.
Bagi menjayakan prinsip ekonomi Islam, ia memerlukan beberapa aspek berikut:
- Ia memerlukan kepada pakar-pakar perunding mengenai ekonomi Islam sehingga dapat mengeluarkan kaedah serta jalan penyelesaian berdasarkan asas-asas syariat Islam.
- Memerlukan ijtihad yang baru dalam perkara-perkara yang tidak pernah disentuh oleh fuqaha dahulu atau timbulnya perkara yang memerlukan kepada ijtihad kerana perubahan masa, tempat dan keadaan sosial. Ijtihad serta pendapat ulamak dahulu mungkin berdasarkan situasi zamannya, maka perkara itu telah berubah. Pada zaman sekarang satu kaedah fiqh menyatakan perubahan hukum berdasarkan perubahan masa dan tempat.
- Mereka hendaklah menjelaskan konsep ekonomi Islam dengan jelas. Pada hari ini kebanyakkan orang menggambarkan bahawa Islam hanya menyatakan persoalan riba semata-mata tanpa ada jalan penyelesaian bagi perniagaan dan perdagangan dalam Islam.
Pada awal permulaan Islam, perkembangan ekonomi Islam agak terhad iaitu hanya berkisar mengenai pertanian dan pedagangan. Ulamak-ulamak pada masa ini hanya mengeluarkan hukum pada masalah yang tertentu sahaja. Perkembangan ekonomi Islam semakin berkembang pesat apabila negara Islam dikatakan semakin luas. Maka lahirlah ulamak-ulamak yang mengarang kitab-kitab mengenai muamalat perdagangan dan jual beli pada kurun kedua hijrah.
Walaubagaimanapun, ia bukanlah satu subjek yang khusus malah ia terangkum dalam bab feqah yang lain. Kitab-kitab feqah turath yang membicarakan mengenai persoalan ekonomi dan muamalat:
Fiqh Maliki
- Al-Mudawanah al-Kubra-Imam Malik bin Anas, diriwayat oleh Imam Shahnun.
- Bidayaul Mujtahid Wa Nihayatul Muqtasid-Imam Abu Walid Muhammad bin Rush.(w595)
- Al-Jamei Al-Ahkam al-Quran- Imam Abdullah Al-Qurtubi (w671)
- Syarah al-Kabir –Imam Ahmad Al-Dardir.(w1201 H)
- Hasiyah al-Dasuki – Muhammad bin Ahmad bin Arfah al- Dasuki (w 1230 H)
Fiqh Hanafi
- Al-Ahkam al-Quran- Abu Bakar ar-Razi Al-Jasas.(w370 H)
- Mabsud – Imam Syamsuddin Syarhasi (w483 H)
- Tuhfatul Fuqaha – Imam Alauddin As-Samarqandi (w540 H)
- Bada’iq As-Sana’iq Fi Tertib Syara’iq – Imam Alauddin Al-Kasani (w587)
- Radu al-Muktar ala Dar al- Muktar – Ibnu Abidin (1252 H)
Fiqh Syafie
- Al-Umm – Imam Muhammad bin Idris As-Syafie (w 201 H)
- Al-Ahkam al-Sultaniah – Abu Hassan Al-Mawardi (w 450 H)
- Al-Majmuk – Imam Nawawi (w 657 H), Imam Subki dan Imam Mutie’
- Al-Asbah Wan Naza’ir – Imam Jalaluddin As-Sayuti (w 911)
- Mugni Muhtaj syarah Minhaj – Syarbini (w 977 H)
- Nihayatul Muhtaj Ila Syarah al-Minhaj – Imam Ar-Ramli (w1004 H)
Fiqh Hambali
- Al-Ahkam al-Sultaniah – Abu Yala’ Al-Hanbali (w 458 H)
- Al-Mugni – Imam Ibnu Muhammad bin Qudamah (w 620 H)
- Al-Fatwa Al-Kubra – Imam Taqiuddin bin Taimiyah (w 728 H)
- ‘Ilam Al-Mawaqi’ien – Imam Ibnu Qaiyim (w 751 H)
Fiqh Perbandingan
- al-Mahally – Imam Abi Muhammad Hazim Az-Zahiri al-Andalusi (w 456H)
- Ar-Raudah Al-Nada’ir – Imam Syarifuddin as-San’ani (w 1221 H) iaitu syarah kepada kitab Majmuk Fiqh al-Kabir karangan Imam Zaid bin Ali (w 132 H) merupakan kitab bagi fiqh Zaidiah.
Kitab turath berkaitan ekonomi Islam
- Kharaj-Abu Yusuf Yaakub bin Ibrahim Al-Kufi al-Ansari(w172H). Beliau mengarang kitab ini atas permintaan khalifah Harun ar-Rasyid bagi pengurusan perbendaharaan wang negara.
- Kharaj- Yahya bin Adam al-Qarsy (w 203H)
- Amwal- Abu Ubai Qassim bin Salam (w 224 H)
- Amwal- Al-Hamid bin Zanjawiyah (w 251H)
- Futuhul Buldan- Ahmad bin Yahya Jabir- dikenali dengan Balazari (w 329 H)
- Muqadimah- Abdul Rahman Abu Zaid Waliuddin bin Khaldun (w 808 H)
- Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim
- Abu Daud, Sunan Abu Daud, cetaka Isa Halabi, Kaherah jilid 2 hal. 124
- Abu Daud, op. Cit jilid 1 hal. 481
- Ibid, jilid 2 hal. 122
- Al-Bukhari, Al-Adabul Mufrad, hal. 52:112
- Muslim, Shahih Muslim, jilid 4 hal. 1987:34
- Al-Bukhari, Shahih Bukhari, jilid 8 hal. 15
- Riwayat oleh Muslim
- Diriwayatkan oleh Nasa’ie
- Dr. Sauqi al-Fanqari, Takrif bi Iqtisad Islami, Kem. Wakaf Mesir, 1995 hal. 11
- Ibid, hal. 12
Kuliah Eko IH (siri 2)
alamat: ibnuhasyim@gmail.com
KL 4 Sept 11.
Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama
No comments:
Post a Comment