ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Monday, 31 October 2011

Label UMNO PORNO..melampau


Label UMNO PORNO..melampau?





Written by Webmaster   
TUESDAY, 25 OCTOBER 2011


Mereka sudah mula meletakkan label blog UMNO sebagai penyebar porno. Adakah ini benar dan apakah ini akan terus melekat pada UMNO menjelang pilihan raya nanti. Antara gambar yang terpapar di laman web www.malaysiakini.com adalah laman blog penyokong UMNO yang popular dengan nama www.papagomo.com  Mereka hari ini kian giat meletakkan UMNO sebagai penyebar bahan-bahan porno untuk menyerang kepimpinan pembangkang. Apa pendapat anda? 
Comments





umno pening  - UMNO = PORNO???
    |2011-10-25 23:45:26
Memang sesuai sgt pon UMNO ngn PORNO nie....xhbs2 serang pembangkang dgn isu haram jadah nie... start dari kes video seks DSAI (kononnya) sampailh yg terbaru ank LGE mraba kwan sekelasnya... kalau true evidence tkpe, nie FITNAH... aku rsa pemimpin UMNO nie sesuai jd pnerbit filem porno... byk sgt idea tu....



BARU aku post 4 (empat) tajuk...4 pembaca di Malaysia SERENTAK itu 4 pembaca di USA...amboi amboi amboi amboi...minat sungguh orang AMERIKA kat blogger di Malaysia yer?

AudienceRefresh

Now

Day

Week

month

All time
25 Oct 2011 01:00 – 1 Nov 2011 00:00
Pageviews by Countries
Malaysia
4
United States
4
Pageviews by Browsers
Chrome
4 (50%)
Internet Explorer
4 (50%)
Pageviews by Operating Systems
Windows
8 (100%)
AWAS dan jaga jaga semua para blogger...



Rasyid  - first time menulis komen

  |2011-10-26 02:35:25
BENAR DARI AKU MULA LAYAR INTERNET INI TAK ABIS ABIS ISU PORNO YANG UMNO KELUARKAN. NAIK MUAL DAN NAIK BOSAN DENGAN FITNAH. UMNOPORNO MEMANG LAYAK





memang betul

  |2011-10-26 08:27:20
Apa yang melampaunya?.
Menang benar papagomo dan parpukari adalah blogger umno.semua kerja mereka bukan setakat dibiarkan tetapi nampaknya macam di sokong olih umno.
Kalaulah blogger pakatan lakukan seperti apa yang dilakukan olih blogger umno,belum sempat malam mcmc dan polis sudah sibok membuka kertas siasatan.





Anonymous  - blog UMNO - seks all the way

  |2011-10-26 10:28:35
Yes...kenapa laman blog umno tak buka dating servis dan perkhidmatan seks ...Puteri leh join......papagomo dan seks-seks nya...





beb

  |2011-10-26 23:31:53
papagoma dan parpukari memang penyokong kita tapi rata-rata kawan kita kat luar sana mengatakan bahawa ditakuti sokongan dengan isu porno ni boleh membawa rebah. Hati-hati bro jangan over sangat sudahlah.





wan  - tak pe

  |2011-10-27 08:57:44
Tak pe biarlah dua malaun tulis. Diorg dibayar untuk menulis. Jalau tulisan tuh salah. Nanti kat akhirat pandai2 la jawap. Polis kat dunia lepas, kat akhirat lu org pikirla. 

Kepada bloggers bertanggungjawablah anda semua. Tulis2 juga. Dosa pahala jgn lupa.





moncler outlet  - moncler outlet
    |2011-10-31 00:48:20
Moncler Outlet In the real Moncler into repeating, it into the right track, one a delicate beautiful present before people down, to this day, the feather in the industry, no more that it can be compared with it. The repeated winter, give yourself with a Moncler, is happiness. The Moncler Jackets,moncler down jacket, boots has already become in the cold season, in skiing in elegant occasions when even recognized necessary article.





Coach Coach
    |2011-10-31 14:39:09
Coach Outlet Store Online for Enjoyment. A Coach Fashion Frontier website offers unique insight on Coach Outlet products, last information on Coach Factory Outlet Online here. Juicy Couture Outlet Tracksuits, Juicy Couture Handbags hot sale on Juicy Couture Outlet Onlinestore.

Petronas Tak Bayar Zakat


Petronas Tak Bayar Zakat, Rampas Hak Fakir Miskin

KL, 31 Okt 11: Adakah Petronas tidak bayar zakat? Timbul pertanyaan kepada seorang pengunjung web Harakahdaily hari ini di sini.
Media Harakah tersebut menyebutkan, PAS mengalu-alukan pandangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang mencadangkan agar sebahagian kecil kutipan zakat dari negara Islam kaya diberi kepada negara miskin atau rakyat miskin di negara lain.



BARU aku post 4 (empat) tajuk...4 pembaca di Malaysia SERENTAK itu 4 pembaca di USA...amboi amboi amboi amboi...minat sungguh orang AMERIKA kat blogger di Malaysia yer?

AudienceRefresh

Now

Day

Week

month

All time
25 Oct 2011 01:00 – 1 Nov 2011 00:00
Pageviews by Countries
Malaysia
4
United States
4
Pageviews by Browsers
Chrome
4 (50%)
Internet Explorer
4 (50%)
Pageviews by Operating Systems
Windows
8 (100%)
AWAS dan jaga jaga semua para blogger...

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Man berkata, dalam masa yang sama Dr Mahathir perlu juga menasihat agensi-agensi korporat yang kaya di negara ini agar turut mengeluarkan zakat.

“Bayangkan tahun lalu saja keuntungan Petronas mencecah RM80 bilion. Ini bermakna jika syarikat tersebut membayar zakat nilainya hampir RM2 bilion dan banyak boleh dimanfaatkan untuk pembangunan umat Islam negara ini.

“Sebab itulah Profesor Ungku Aziz pernah berkata, jika Pertronas menunaikan zakat perniagaannya, pelajar miskin boleh ditanggung daripada pra-sekolah hingga ke universiti,” ujarnya.

Tuan Ibrahim berkata demikian bagi mengulas laporan akhbar semalam yang memetik Dr Mahathir mencadangkan agar sebahagian kecil kutipan zakat dari negara Islam yang kaya diberi kepada negara miskin atau rakyat miskin di negara lain kerana lapan asnaf yang layak menerima zakat sudah tidak wujud di kebanyakan negara kaya, selain kutipan juga melebihi keperluan mereka yang ada.

Beliau juga percaya jika sebuah tabung diwujudkan bagi mengumpul sumbangan zakat daripada negara kaya, akan ada wang yang mencukupi bagi membina infrastruktur membolehkan negara miskin membangun dan menghasilkan peluang kerja menerusi pelaburan dalam industri berasaskan buruh.

Bekas Perdana Menteri itu berkata demikian dalam ucaptama Persidangan Antarabangsa Kewangan dan Ekonomi Islam di Langkawi, kelmarin.

Menurut Tuan Ibrahim, banyak lagi syarikat korporat selain daripada Tabung Haji yang tidak menunaikan zakat dan mungkin disebabkan tidak mendapat pelepasan cukai perniagaan oleh kerajaan.

“Selain daripada Petronas banyak lagi gergasi korporat seperti Felda dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang jika membayar zakat wang tersebut boleh digunakan bagi meningkatkan sosial dan kebajikan rakyat.

“Cuma kerajaan kena laksanakan satu kaedah kepada syarikat korporat ini yang membayar zakat dikecualikan daripada cukai,” tambahnya.

Mengenai pertanyaan Dr Mahathir bolehkah wang zakat digunakan untuk pembangunan infrastruktur, Tuan Ibrahim berpendapat ia dibolehkan melalui asnaf fi sabilillah kerana takrifnya yang luas. Namun begitu beliau berharap jawapan sebenar boleh didapatkan daripada hujah-hujah ulamak melalui kajian dan penelitian.

"Jadi Petronas rampas hak orang miskin dan termiskin dengan tidak membayar zakat niaga atau zakat galian. Apakah puak-puak agama dalam kerajaan BN tidak sedar hal itu? Inilah jadahnya bila kerajaan dikendalikan oleh pimpinan puak-puak tidak faham Islam, dan perjuangannya tidak berlandaskan perjuangan Islam!" Kata pengunjung web di atas.

Rakyat patut sedar kecurangan dan kezaliman pemimpin-pemimpin ini, dan hukum mereka dalam PRU 13 akan datang! (IH)

UMNO MAIN KAUM..MCA MAIN AGAMA


UMNO MAIN KAUM MCA MAIN AGAMA? NI CILAKALAH JADINYA?

PAS mengecam tindakan melampau Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek (gambar kecil) yang cuba mencetuskan polemik dan sikap benci-membenci dan mencurigai antara agama dalam kenyataannya memburukkan undang-undang Islam, terutamanya hudud.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, Chua akhir-akhir ini telah banyak mencerobah dasar-dasar Islam dalam komentarnya yang melampaui batas susila bermasyarakat yang menjamin kebebasan beragama dan saling menghormati antara agama.

Lebih malang kini, kata Tuan Ibrahim ialah sikap Umno yang menjadi tulang belakang BN yang diam membisu terhadap beberapa kritikan melampau parti-parti dalam komponen BN terhadap ajaran Islam.

“Sikap lepas tangan Perdana Menteri dan para pemimpin Umno menggambarkan Umno hanya berminat menjaja isu agama sebagai modal politik daripada menjamin sikap hak beragama dilaksanakan,” kata beliau.

PAS, katanya menyangkal keras kenyataan Chua bahawa dengan pelaksanaan hukum hudud menyebabkan pelabur tidak akan datang dan menakutkan masyarakat bukan Islam.

Tambahnya, sedangkan Arab Saudi yang melaksanakan sistem perundangan Islam menjadi rakan pelabur utama China dan negara Barat.

“Para pelabur sangat mengharapkan satu jaminan keselamatan terhadap pelaburan mereka dan ini dibuktikan dengan kejayaan pelaburan mereka di negara yang melaksanakan syariat Islam.

“Sikap hormat terhadap agama lain untuk mempraktik ajaran masing-masing tidak pernah dibantah oleh umat Islam dan inilah intipati kepada teras perpaduan negara. Namun PAS kesal sikap campurtangan melampau beliau akan mencetuskan polemik dan sikap benci-membenci dan mencurigai antara agama,” terang Tuan Ibrahim yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Terdahulu, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu juga menyelar kejahilan Chua dengan memberikan contoh kemajuan negara Iran yang turut melaksanakan undang-undang Islam dalam pentadbirannya.

"Kita ambil Iran sebagai contoh. Walaupun melaksanakan undang-undang Islam, negara itu menerima pelaburan langsung asing (FDI) sehingga US$3.6 bilion tahun lalu.

"Jika kuasa-kuasa besar tidak memaksakan sekatan atau sanction ke atas Iran, adalah diyakini jauh lebih banyak FDI melimpah masuk ke negara itu," katanya.

Menurut Tuan Ibrahim, apa yang mendukacitakan dalam kenyataan Chua ialah kebimbangan beliau kepada pelaksanaan hukum Islam yang hanya akan dikenakan kepada umat Islam sahaja; yang bertujuan menyelamatkan masyarakat dan negara dari kejahatan penjenayah samada terhadap harta atau nyawa dan keselamatan masyarakat.

“Kejahilan akibat berkawan dengan Umno menyebabkan beliau yang gagal menyelesaikan masalah dalaman MCA, beliau kini cuba menyembunyikan kelemahan pentadbirannya dan menarik sokongan masyarakat Cina dengan menyerang hukum Islam,” kata beliau.

Tuan Ibrahim juga menambah tindakan bacul Chua hanya menambah kebencian masyarakat pelbagai kaum di negara ini terhadap MCA.

“Sebab sebahagian rakyat sudah tidak terkejut kerana umum mengetahui ia datang daripada seseorang yang mempunyai latar belakang yang tidak melayakkan seseorang menjadi pemimpin berwibawa,” terang beliau

BN parti ‘rojak’ dan ‘sayur’


Sayur dan rojak ada di dalam parti BN


BN parti ‘rojak’ dan ‘sayur’



Oleh.
MOHD RASHIDI HASSAN rashidi@harakah.net.my


SIDANG Parlimen yang bermula awal Oktober lepas, bermula dengan hambar dan kelam kelibut. Kerajaan Umno-Barisan Nasional menunjukkan dengan jelas bahawa mereka tidak mampu menyusun pembentangan Rang Undang-Undang (RUU), Usul mahupun Belanjawan dengan cermat.

Umno-BN seolah-olah diburu bayangan hantu apabila, selepas sehari menarik balik RUU Kg Baru 2010, dikemukakan satu RUU baru dan diluluskan dengan amat tergesa-gesa sehingga Ahli-Ahli Parlimen (MP) Pakatan Rakyat tidak sempat menelitinya terlebih dahulu.

Begitu juga pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak. Kebiasaannya MP dibekalkan dengan buku belanjawan, beserta dengan Laporan Audit Negara, untuk dibahaskan bersekali. Namun kali ini semua peraturan itu dilanggar dan tidak dipatuhi, semata-mata kerana mereka masih mempunyai kuasa majoriti.

Parlimen bukannya sekolah rendah kebangsaan. Sekolah pun ada silibus, ada homework yang diberikan lebih awal untuk murid-murid membuat persediaan. Parlimen tidak harus jadi lebih cacamerba dari sekolah umum buta huruf.

Parlimen adalah sebuah institusi yang tinggi integritinya. Kesucian dan kemuliaannya harus dipertahankan kerana ia merangka, merencana serta menentukan dasar-dasar negara.

Mana mungkin sebuah institusi semulia Parlimen 'dibulldoze' sesukahati ikut sedap hati penguasa yang rakus. Kerakusan penguasa dalam membentang dan meluluskan apa-apa usul di Parlimen khususnya dalam soal Kg Baru, hanya menyerlahkan sikap tamak haloba mereka untuk menjarah harta rakyat.

Umno-BN meminda RUU dan akta, membentangkan Belanjawan secara terburu-buru serta tidak rasional. Seolah-olahnya mereka hendak cepat-cepat mencari dana menampung belanja pilihan raya.

Soal tarikh Pilihan Raya Umum (PRU) masih lagi menjadi perbualan hangat. Ada yang kata bulan Disember selepas musim haji. Ada yang kata selepas Hari Raya Cina, Februari atau Mac tahun hadapan.

Hakikatnya, pada bila-bila masa pun Umno-BN harus gamble. Mereka sedar, tiada lagi majoriti dua pertiga. Itu dah jadi mimpi. Yang mereka pening sekarang, ialah cuba mencari formula bagaimana hendak mengekalkan kuasa dengan simple majoriti.

Kebimbangan BN terpancar dari perbualan beberapa orang MP BN di satu sudut Parlimen sewaktu rehat. Sambil-sambil menghirup kopi, mereka berbicara tentang masa depan mereka.

"You ingat selepas PRU ini kita masih ada di sinikah?" tanya MP A dari Umno kepada rakan-rakannya.

"Tak taulah, report dari bawah (rakyat) pun macam tak ok, hari tu TPM (Muhyiddin Yassin) turun kat bahagian aku, report kelabu lagi" jawab MP Umno yang lain.

"Aku ingat kerusi Umno ok, parti komponen lain (MCA, MIC, Gerakan) mana boleh jamin," getus MP A tadi.

"Sebab itulah kita minta you orang sikit rasional, kalau tak boleh menang, kasi sama Umno," kata MP Umno lain kepada MP-MP bukan Melayu di situ.

"Haiya, mana boleh itu macam kawan, kita dalam BN mau kasi sama peluanglah," kata MP B dari MCA.

"Betul tu, kitakan 1Malaysia, kita mesti tolong-menolong, kasi hak (kerusi sama) bukan Melayu," kata MP C dari MIC.

"Patut you orang kuat dalam komuniti sendiri. Macam Umno kuat dalam kawasan Melayu. Ini MCA mau lari, Gerakan mau lari, macam mana BN boleh menang," getus MP A, merujuk kepada hasrat Presiden Gerakan dan MCA untuk mencari kerusi selamat.

"Jangan itu macam kawan, kalau macam tu MIC mana ada kerusi majoriti India," getus MP C.

"Itu sebab Zahid Hamidi (Naib Presiden Umno) cakap, parti komponen BN kena rasional, kalau tak boleh menang, kasi kerusi sama Umno la," kata MP A, menegaskan hujah.

"You orang la kena kuat, tarik Cina, India sokong balik BN," getus MP Umno yang lain.

"Haiya kawan, macam mana mau tarik Cina. You Umno sekejap 1Malaysia, sekejap 1Melayu, macam rojak. Susah ini macam maa, Cina lari la," kata MP B sambil berdengus.

"Betul tu, bila polisi Umno sudah macam 'rojak', MCA, MIC, Gerakan jadi 'sayur' lah, habis tak ada future," kata MP C bersungguh-sungguh.

Bagaimanapun perbualan yang hampir menjadi panas itu terhenti seketika. Masing-masing terdiam apabila loceng masuk ke dewan jam 2.30 petang berbunyi.

Masing-masing bangun perlahan-lahan dari tempat duduk, seperti orang kemalasan, bergerak perlahan-lahan menuju ke dewan. Masing-masing meninggalkan tempat duduk dengan persoalan masa depan yang bersarang di kepala.

Pening memikirkan masa depan diri, masa depan parti yang sudah menjadi 'rojak' dan 'sayur'.

Barangkali mereka sudah mula menerima hakikat bahawa pada sidang hadapan, belum tentu kerusi empuk yang bergelar Ahli Dewan Rakyat, menjadi milik mereka lagi.