ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Monday, 16 January 2012

PUTAR BELIT BUAT RAMAI TERPALIT


PUTAR BELIT BUAT RAMAI TERPALIT TERUTAMA YANG BARU SALIN KULIT !

PUTAR BELIT MEDIA UMNO!!! Media tak siar penuh kenyataan Anwar, Harusani pun betul bendul percaya hidup-hidup.Komen teman : Teman pun cuba nak dengar dan pastikan dari temu bual dalam TV3 ...tapi fakta Anwar kata sokong Gay mana ada.Punya jahat betul, media yg dikuasai BN (Kalau dikuasai Pakatan Rakyat tak lah teruk begini).Yang tersungkur ialah Mufti Perak bila dengar citer ini tanpa usul periksa dan tempelak orang. Yang Dr Hasan Ali yang baru bersalin kulit pun sampuk tanpa bertanya lanjut atau siasata punca dan detail maklumat tersebut.Setelah DS Anwar Ibrahim dibebaskan dari tuduhan meliwat si Saiful, media media cetak yang menjadi tunggangan UMNO/BN terkial-kial untuk mencari isu bagi meneruskan agenda untuk memburuk-burukkan DS Anwar Ibrahim dimata pembacanya yang sebahagian besarnya jauh dari capaian internet.Kali ini media-media tunggangan UMNO/BN memainkan isu kononnya DS Anwar Ibrahim dalam satu temuramahnya selama kira-kira empat minit oleh BBC Asia yang berlangsung pada 12 Januari lalu.Media-media tunggangan UMNO/BN iaitu Utusan/Mingguan Malaysia dan Berita Harian menyiarkan hanya sebahagian dari temubual tersebut untuk memperlihatkan seolah-olah DS Anwar Ibrahim menyokong golongan .Dimana Utusan/Mingguan Malaysia @ Lidah Rasmi UMNO telah menyairkan di bawah tajuk “Anwar ulas isu Gay”..Sambil menyifatkan undang-undang tertentu sebagai lapuk, Anwar juga berkata, ia tidak boleh diterima sebagai sesuatu yang relevan.‘‘Kita tidak mempromosikan aktiviti homoseksual ini secara terbuka tapi untuk menggunakan undang-undang ini bagi menghukum mereka yang tidak bersalah adalah sesuatu yang tidak boleh diterima,” katanya.Sila Klik : http://www.bbc.co.uk/news/world-asia-16531714Kata beliau lagi: “Kami masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia secara keseluruhannya percaya dan komited untuk menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita tetapi kami tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan.” – Utusan/MingguanManakala Berita Harian pula telah meminta pendapat Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang jelas tidak tahu menahu apa sebenarnya diucapkan DS Anwar dalam temubual itu.Dan melaporkannya di bawah tajuk “Tindakan Anwar sokong homosexual dikecam”..Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata umat Islam tidak boleh mengeluarkan kenyataan yang dilihat menyokong amalan seks sejenis iaitu homoseksual, lesbian atau liwat antara dua jantina berbeza kerana ia boleh menyebabkan mereka terkeluar daripada asas akidah.“Kita tidak boleh menyokong atau menghalalkan hubungan sejenis kerana ia sama dengan menghalalkan zina. Ini boleh menyebabkan seseorang itu murtad.“Umat Islam harus menentang amalan seks sejenis tidak kira sama ada lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan atau amalan liwat antara lelaki dengan wanita. Jangan kerana mahu mengejar sokongan, kita membelakangkan agama,” katanya, semalam.Khamis lalu, Anwar dalam wawancara dengan BBC World News menyokong pemansuhan undang-undang lapuk homoseksual apabila ditanya mengenai sokongan diterimanya daripada golongan pro gay (pengamal seks sejenis) di negara ini selepas dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya. Kumpulan gay Filipina turut menyokong pembebasan Anwar daripada tuduhan itu – Berita Harian.Benarkan DS Anwar Ibrahim telah menyatakan sokongannya terhadap golongan homoseksual sebagaimana yang dilaporkan oleh media-media tunggangan UMNO/BN itu?Mari kita lihat ayat apakah yang tidak disiarkan sama sekali oleh media-media tunggangan UMNO/BN itu.Kedua-dua media tunggangan UMNO/BN itu telah menyiarkan terjemahan ayat dibawah ini..A BBC reporter had asked Anwar whether he was prepared to push for the idea of anti-discrimination as far as gay rights were concerned, to which he had allegedly said “we will have to review some of our archaic laws.”“We Muslims and non-Muslims in Malaysia generally believe and are committed to support the sanctity of marriage between men and women, but we should not be seen to be punitive and consider the archaic law as relevant,” Anwar told BBC.Tetapi petikan ini iaitu ayat yang disebut DS Anwar Ibrahim selepas ayat di atas tidak disiarkan sama sekali oleh mereka..Anwar had also said Pakatan Rakyat (PR) was of the view that“we do not promote homosexuality within the public domain, and we do not need to make apologies for that.”Kata DS Anwar Ibrahim“we do not promote homosexuality within the public domain, and we do not need to make apologies for that.”Ayat yang jelas membuktikan beliau tidak menyatakan sokongan terhadap homoseks..Kalau korang tak faham.. copy ayat tu dan gunakan google translate..sumberN'N:Hassan Ali pun pakat kena tipu kah3.....
ShareKeep unreadSend to

    BUDAK BIJAK MCKK AJAR BN URUS PENYELEWENGAN

    Keluarga Shahrizat belanja RM600,000 kad kredit NFC Dalam usaha memberi tekanan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk bertanggungjawab terhadap skandal projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), PKR hari ini membuat satu lagi pendedahan mengenai dakwaan penyalahgunaan dana NFC.NONEKali ini, dakwa pengarah strategi PKR Rafizi Ramli, empat ahli keluarga Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil membelanjakan RM593,500 pada tahun 2009 dengan kad kredit yang wangnya dari dana NFC.Menurut Rafizi, empat ahli keluarga yang memegang jawatan pengurusan dalam NFC telah menggunakan kad kredit yang bayarannya dituntut dari NFC bagi perbelanjaan antara RM122,402 dan RM182,525 setiap seorang.Mereka adalah suami Shahrizat, Datuk Mohammad Salleh Ismail, iaitu pengerusi NFC, anak lelaki mereka yang berusia 31 tahun, Wan Shahinur Izmir (pengarah eksekutif), seorang lagi anak mereka Wan Shahinur Izran yang berusia 27 (ketua pegawai eksekutif) dan anak perempuan mereka Wan Izzanah Fatimah (pengarah) yang berusia 25 tahun.“PKR tidak ada pilihan kecuali terus membongkarkan pelbagai penyelewengan yang ada di dalam rekod kami untuk meningkatkan tekanan politik terhadap Datuk Seri Najib Razakuntuk bertindak dengan telus dan tidak berdolak dalih,” kata Rafizi dalam satu kenyataan hari ini.azlanMenurutnya, petang esok pada jam 2 petang, aktivis PKR yang diketuai Fariz Musa akan membuat satu lagi laporan di Balai Polis Dang Wangi mengenai perbelanjaan kad kredit oleh keluarga Ketua Wanita Umno itu yang didakwa melampaui batas.Mengenai kenyataan Izmir, semalam, bahawa NFC masih menjalankan "perniagaan seperti biasa" walaupun Sabtu lalu kerajaan mengumumkan bahawa aset syarikat berkenaan telah dibekukan sementara menunggu sisatan, Rafizi mempersoalkan sama ada Najib hanya membuat kenyataan kosong tanpa memberikan arahan khusus, atau NFC mengingkari arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan.Katanya, tindakan “membekukan aset NFC” sepatutnya bermakna: Sebarang perbelanjaan selain dari membayar gaji pekerja-pekerja yang bertugas dalam operasi penternakan lembu (seperti yang dimandatkan di dalam perjanjian pembiayaan oleh kerajaan) perlu dibekukan; Pengurusan sedia ada yang terdiri dari kaum keluarga Shahrizat tidak dibenarkan membuat sebarang keputusan bersabit operasi, kewangan, sumber manusia dan keputusan-keputusan penting lain; Sebarang pemindahan wang keluar dari NFC, termasuk pembayaran gaji dan perbelanjaan syarikat-syarikat lain yang dimiliki oleh keluarga Shahrizat perlu dihentikan serta-merta; dan Sebarang keputusan mengenai aset atau struktur syarikat dan pelaburan tidak dibenarkan dibuat bagi mengelakkan pemindahan aset.Menurut Rafizi, secara lazimnya dalam amalan korporat yang berdasarkan tata kelola yang baik, apabila seseorang disiasat akibat tuduhan pecah amanah, beliau tidak dibenarkan masuk ke pejabat dan digantung serta-merta bagi mengelakkan cubaan menghapuskan bukti.“PKR mengulangi desakan supaya Najib bertindak lebih berani dengan menggantung penglibatan kaum keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil di dalam operasi NFC dan melantik pentadbir korporat (corporate administrator) untuk mengambil alih pengurusan dengan mandat membongkar semua penyelewengan yang telah berlaku,” katnya lagi.

    HARAM sokong DAP...MCA tak apa...Aqidah UMNO


    Sokongan mengusik jiwa

    Kali ini saya hanya menulis ‘article’ yang pendek sahaja. Saya telah mendapat reaksi yang banyak kerana tindakan saya menukar wadah dalam arena politik. Perlu difahami bahawa saya tidak bergiat dalam politik melebihi satu dekad dan saya pada awalnya tidak mahu lagi terlibat dalam hal ini. Saya merasakan banyak yang tidak kena dengan perjalanan dan arah tuju politik Melayu, khususnya UMNO, dan mengambil tindakan mendiamkan diri adalah satu tindakan yang ‘natural’ bagi sesiapa yang menghadapi perasaan dan masalah seperti saya ini.

    Saya hanya mengambil tahu hal keadaan politik dari rumah sahaja sambil-sambil menengok-nengokkan cucu saya yang kian waktu makin membesar dan bertambah bilangannya itu. Saya mengambil langkah untuk menulis sedikit sebanyak dalam blog kecil saya ini untuk mengasah otak saya supaya tidak menjadi tumpul. Tetapi dalam waktu pencarian ini saya nampak keadaan sudah terlalu menekan untuk saya kembali dan bergiat, setidak-tidaknya untuk memberikan sumbangan sedikit sebanyak kepada pandangan masyarakat yang dahagakan perubahan.

    Tindakan saya menyertai DAP ini dilakukan setelah berfikir dengan mendalam dan mencari penyesuaian dan keserasian dengan perjuangan parti ini. Setelah saya menyertainya, saya telah mendapat puluhan atau ratusan sokongan melalui e-mail saya setiap hari, kecuali beberapa orang yang menentang kemasukan saya dalam DAP. Yang lain yang ramai-ramai itu telah memberikan saya galakan dan ramai (Melayu) yang telah menunjukkan sokongan yang begitu kuat terhadap tindakan saya itu.

    Saya tidak dapat untuk menjawab satu persatu email yang dihantar kepada saya itu, maka saya menulis melalui blog kecil saya ini untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas sokongan moral kepada saya dan kalau boleh doakan saya agar apa yang saya perjuangkan ini akan beroleh kebaikan untuk kita semua dan generasi kita yang akan datang.

    Ada juga segelintir yang membidas dan menghina saya dengan isu yang bukan-bukan tetapi saya tidak memberikan respon kepada segelintiran ini kerana di antara saya dengan mereka sebenarnya kita berlainan dalam bahasa politik. Saya juga tidak mengambil hati kerana kita memandang isu-isu itu dari sudut yang berlainan. Penghinaan segelintiran mereka ini tidak meresahkan saya malah saya merasakan yang saya sedang dalam ujian dalam kehidupan saya dan saya akan laluinya dengan tabah dan tenang. 

    Saya hanya berdoa saya akan terus-menerus bersandar kepada kebenaran dan hanya saya sahaja yang tahu kerana matlamat saya itu saya simpan rapat-rapat di dalam sanubari saya. Jika benar apa dan ada kesungguhan perjuangan saya itu dan diizinkan Tuhan pula baiklah hasilnya dan jika sebaliknya, saya redha untuk menerima apa sahaja halangan dan kepayahan yang bakal saya hadapi. Saya telah bertekad untuk menyebelahi rakyat yang ramai dari bersekutu dengan kumpulan ekskusif yang lalai terhadap orang ramai tadbiran mereka. 

    Lagi pun menghadapi kepayahan dalam hidup memang mainan saya walaupun saya berada di dalam UMNO yang mengaku sebagai parti untuk semua dan segala-galanya adalah UMNO. Saya telah menjadi ahli parti ini selama empat dekad lamanya. Saya tidak pernah merungut dan menyesal berada di dalam UMNO sebegitu lama. Setidak-tidaknya saya mahir untuk menilai parti itu dalam empat dekad berada bersamanya.

    Kepada rakan-rakan serta ratusan email yang datang dari mereka yang saya belum kenali itu, saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas sokongan saudara semua. Saya tidak dapat mengenali semua. Tetapi jika terjumpa di mana-mana, tegurlah saya kerana saya ingin bersalaman untuk mengucapkan terima kasih sekali lagi.

    Tetapi memberikan sokongan kepada saya tidak mendapat apa-apa imbuhan. Saya tidak ada RM500 untuk dibahagi-bahagikan kepada saudara/saudari sekalian. Saya tidak mampu untuk menjanjikan apa-apa keuntungan material. Hanya saya berjanji dengan sedikit kudrat yang berbaki yang ada pada saya untuk membantu perjuangan untuk menyelamatkan harta benda rakyat dari dirompak dan dipergunakan oleh mereka yang memerintah negara kita ini. 

    Saya akan melakukan sedikit sebanyak yang saya mampu untuk menyumbang kepada usaha mencari penyelesaian terhadap kemelut rasuah dan salahguna kuasa yang terlalu berleluasa kini. Hasil perjuangan ini mungkin tidak dapat dilihat semasa hayat saya ini, tetapi jika impian untuk mendapatkan sebuah negara yang baik pemerintahannya tercapai semasa saya sudah tiada lagi, jika ikhlas hadiahkanlah saya surah Al-Fatihah sekali. Setidak-tidaknya, itu sudah mencukupi bagi saya.

    Kepada rakan-rakan sekalian, saya mengucapkan terima kasih dan ayuh kita bersama-sama menuju matlamat yang telah saya nyatakan tadi. Walaupun kita telah dikabulkan banyak doa-doa kita, tetapi hajat untuk mendapat sebuah negara yang dipimpin dengan baik dan jujur belum lagi kesampaian. 

    Doa kita termakbul tetapi kita sedang menunggu HAJAT yang masih lagi belum kesampaian.

    Tetapi kita mesti yakin dengan janji Tuhan, ‘doa-doa kita tidak semestinya dikabulkan Tuhan semuanya, tetapi HAJAT tetap akan disampaikanNya’. Kita tunggu…berbohong itu adalah sifat mustahil bagi Tuhan semesta alam. Salam.

    umporno's half-fucked brain


    umporno's half-fucked brain..!!!!

    Artikel asal dari : bro para_jump101.

    Kadang2 geram jugak bila bersembang dengan puak2 umporno yang dah biru karatnya, biar sampai hentak meja bertegang leher sekalipun diorang tetap tak mau mengaku kalah.., dalam kes lembu shahrizat..., apa yang diorang katakan sementara menunggu lembu beri hasil... "laburkan dana peruntukan dari kerajaan dan buat untung atas angin terlebih dahulu... itu baru bijak berniaga..."

    Gua nak kata diorang nih bukan sahaja bodoh atau bangang tetapi juga memiliki half-fucked brain. Diorang nih sebenarnya mempunyai niat dan matlamat untuk membela Sharizat dan keluarganya tetapi kekurangan akal untuk memberikan hujah dan fakta dalam mengutarakan pembelaannya.

    Bagaimanapun hujah yang hendak dikemukakan oleh puak2 bangang umporno dalam membela keluarga Mak Lembu terkantoi jugak kerana suami dan anak-anak Sharizat secara terang-terang dan jelas melakukan penyelewengan dana yang diperuntukan.

    So... di bawah ni diterangkan sekali lagi biar puak2 bangang dalam umporno faham permasalahan yang sebenar....!!!!

    Peruntukan RM250 juta itu adalah untuk tujuan pemeliharaan lembu ternakan. tetapi suami Sharizat telah menggunakan peruntukan itu untuk membeli kondo dan lain-lain asset yang tiada kena mengena langsung dan berkaitan dengan lembu ternakan.

    Jika pembelian lori atau kontena termasuk kontena sejuk beku untuk tujuan pengangkutan, atau tanah untuk ladang ternakan, maka pembelian itu boleh diterima kerana ada logiknya.

    Tetapi apabila pembelian melibatkan kondo mewah, pastinya ia menjadi sesuatu yang pelik dan amat menghairankan. Adakah sesuai lembu ternakan ditempatkan dalam kondo...???

    Contoh: Jika ada berita mengenai seorang fakir miskin menerima bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat, tetapi diketahui telah mampu membeli satu unit kondo mewah, apakah ianya sesuatu yang pelik dan menghairankan....???

    Pastinya Jabatan berkenaan akan bertindak menyiasat dan jika ianya sahih, sudah pasti individu berkenaan akan didakwa kerana memberikan keterangan palsu dan seterusnya bantuan bulanan tersebut akan dihentikan serta merta.

    Begitulah juga apabila suami Mak Lembu memberikan alasan ke atas pembelian kondo itu adalah suatu pelaburan yang boleh mendatangkan keuntungan kerana unit-unit kondo itu akan disewakan dan pulangannya pula lebih banyak berbanding jika ianya disimpan di dalam simpanan tetap di bank.


    Namun ia tetap dianggap telah menyelewengkan dana tersebut kerana bertentangan dengan tujuan asal dana terbabit diberikan. Silibus mana yang dipelajari oleh suami Shahrizat, Dr Salleh tuuu...

    Cuba semak Financial Accounting, Management Accounting, Cost Accounting, Business Accounting atau Business Administration, adakah terdapat perkara-perkara yang membolehkan ianya dilakukan. Apatah lagi dalam prosedur kewangan kerajaan atau sektor swasta yang secara jelas telah melanggar tatacara pengurusan kewangan.

    Jika perbelanjaan sedemikian dibolehkan, maka di masa akan datang, apabila kerajaan memberikan tender kepada kontraktor-kontraktor dalam sesuatu projek, maka ia akan dijadikan satu precedent pula di mana kontraktor-kontraktor akan menggunakan peruntukan yang diperolehi untuk dilaburkan kepada pembelian kondo atau perkara lain yang tiada kaitan langsung dengan projek berkenaan terlebih dahulu sementara projek belum atau masih berjalan.

    Setelah menikmati keuntungan yang diperolehi hasil dari pelaburan itu, maka barulah projek asal diteruskan. Adakah begitu pemahaman puak2 umporno dalam hujah pembelaan diorang ke atas Sharizat dan keluarganya ???

    Apa hak puak2 umporno yang membela Shahrizat dan keluarganya juga turut mendapat manfaat dari pelaburan yang dilakukan oleh suami Sharizat atau kick-back dari Shahrizat sendiri... sebab baaaeekkkkk... punya ayat/hujah nak defend Mak Lembu tuuuu.... hahahaha....

    Sebab itulah gua katakan puak2 umporno nih.... dikatakan memiliki half-fucked brain, bukan sekadar menyerlahkan kebangangan diorang malahan menunjukkan tahap betapa bodohnya pemikiran diorang untuk membezakan yang mana baik atau buruk.

    Dan dengan sikap dan pemikiran beginilah yang pemimpin2 diorang teramat suka dan gembira... kerana puak2 bawahan ahli umno ini dah la bangang mudah pulak untuk diperbodohkan....!!!!... hahahaha....

    Khir Toyo... Innalilillah.... Takziah


    Khir Toyo... Innalilillah.... Takziah..!!!!

    Innalillah.... dan Takziah gua ucapkan kepada Khir Toyo.... hahahaha...

    Kenapa gua ucapkan takziah pada malaun nih....???? Ini adalah kerana....!!!!

    Setelah keluar dari mahkamah tempohari, akibat terkezut dengan keputusan Hakim, Bekas Menteri Besar Penyapu Selangor aka ADUN Penyapu Sungai Panjang tak mau ulas mengenai masa depan politiknya apabila ditanya oleh wartawang.... hahaha...

    Tunggu, saya akan komen selepas 9 Januari,” kata Dr. Gigi tersebut yang ditemani isterinya yang pipi gebu yang aallllaaaa... tomei... tomeiii.... si Zaharah Kechik.


    Gambar photoshop...
    Hasil dari transformasi yang dilaungkan oleh PM

    Jawapan itu menimbulkan teka teki dikalangan wartawan dan ada yang merujuk tarikh tersebut dengan tarikh keputusan kes liwat Anwar Brahim.

    Tapiiiii.... kenapa Bekas Menteri Besar Penyapu Selangor yang beli tanah banglo separuh harga nih berjanji akan bagi komen pada tarikh tersebut.... eeerrr... falsampah... falsampah...

    Dan para wartawan juga... mungkin dah ada yang rekodkan tarikh tersebut untuk langgar ke rumah Bekas Menteri Besar Penyapu Selangor tuuuu.... masih tak berhasil... dan mungkin juga ada yang dah cuba hubungi malaun tu melalui telefon atau sms... jawapannya nombor yang anda dail tiada dalam perkhidmatan... atau sengaja tak berjawap.... tut...tut....tut..... hahahaha...

    Maklumlah... diorang hubungi telefon/sms dan terjah langgar rumah orang dah mati.... mana ada jawapan beb....

    Hari ini dah 15hb Januari 2012.... dah seminggu berlalunya tarikh yang dijanjikan... namun masih tiada jawapan....

    Bagi gua hanya orang mati jer... yang tak jawap telepon atau sms atau tiada lagi dirumahnya.... eerrrr... orang mati boleh bawak henpon masuk kubur ke...??? kalau tanya puak2 umporno sudah pasti jawapan diorang boleh jer.... hahahaha....

    Sekali lagi gua ucapkan Takziah pada orang yang dah mati nih... jom pakat ramai2 hadiahkan Al-Fatihah... kepada ADUN Penyapu Sungai Panjang ni.....!!!!

    (buat Khir Toyo, lu jangan marah2 aarrrr... tak mau saman menyaman aarrr... gua bukan kaki fitnah macam puak2 umporno luuuu... gua hanya nak gurau2 menyakat lu jer.... gua pun ternanti2 jugak jawapan 9hb Januari luuuuu.... hahahaha... amacam bro.. apa jawapan luuuu...???)

    Walau apa pun. Khir Toyo bukanlah sekadar seorang Doktor Gigi, Bekas Menteri Besar Penyapu Selangor dan ADUN Penyapu Sungai Panjang..., malahan beliau juga adalah seorang Lawyer Buruk.... "Dia dah kata selepas 9hb Januari xxxx..." tapi tak sebut tahun bila.....????

    hahahaha.... so sama2 lah kita menunggu tarikh 9hb Januari tahun depan pulak.... kah...kah...kah....!!!! Wartawan kena kencing, lu orang kena kencing termasuklah gua pun kena kencing jugak dengan Khir Toyo... hahahaha....

    Tapi apa ada hal.... semua pemimpin dan puak2 umporno kannnn... kaki kencing beb.... sejak dulu kini dan selamanya.... kalau tak nak kena kencing dengan puak2 umno nih.... jom kita semuaaaaa......!!!!!

    ABU.....ABU...... ABU...... ASALKAN BUKAN UMNO....!!!!

    umno/barisan nasional semakin Mampusssss


    umno/barisan nasional semakin Mampusssss.... ???

    Hampir beberapa minggu gua tak melawat kebun di Sekinchan akibat kesibukan terlampau, pagi semalam sesudah Subuh terus menuju ke rumah partner usahasama kebun pisang. Dalam perjalanan gua buka radio dan berkebetulan siaran radio selangor fm, siaran berita pagi dan ada dua perkara menarik perhatian gua.

    1) DJ war-warkan rungutan daripada saudara Muaz mengatakan dah seminggu tiada air di Negeri Selangor (mungkin kawasan dia agaknya, tetapi digemparkan oleh DJ radio kononnya negeri Selangor, padahal kat rumah gua ok jer... tanya partner gua, dia pun kata taman perumahan dia takda masalah, lu orang pulak macamana...???). Tak disebutkan pulak kawasan mana....???

    Dalam isu macam nih.... gua suspek gila dengan Radio Selangor nih... maklumlah RTM, radio Rais Yatim beb... hahahaha.... faham2 jelah niat jahat diorang macamana kannnn....!!!!

    2) Dalam siaran berita radio pulak, dipetik ulasan Rais anak Yatim di Kuala Pertang (betul ke... gua tak berapa pasti nama tempat tuu..) dalam satu majlis pelancaran BR1M oleh Najib. Dalam kenyataan Menteri Sengal yang gua teramat menyampah sesangat nih mengatakan kononnya pengundi cina sudah menyokong bn sepenuhnya.
    "Ini dapat dilihat daripada apa yang telah kerajaan barisan nasional lakukan, seperti memberi bantuan persekolahan (RM100) dan bantuan rakyat (RM500) kepada semua kaum, kaum cina amat berterima kasih kepada kerajaan barisan nasional yang prihatin terhadap permasalahan rakyat. Kerajaan barisan nasional mempunyai segala peruntukan untuk rakyat..., tidak sepertipembangkang.., mereka tiada modal... tiada peruntukan untuk rakyat... mereka hanya pandai bercakap dan berjanji sahaja..."
    Itulah secara lebih kurang ungkapan Rais anak Yatim yang dirakamkan dalam kepala hotak gua sehingga posting ini disiarkan, nak catit tak boleh sebab gua tengah layan steering, jadi simpan dalam kepala otak jelah...

    Perghhhh.... gua dengar si mulut hancing Rais anak Yatim tu... gua dah mula meloya beb..., sempat jugaklah gua berhenti tepi jalan jelirkan lidah muntah uweeeekkkk...uwekkkk.... hahahaha.... apa dia ingat dengan RM600 (100 + 500) kaum cina boleh terpancing ke...???

    Bodddddohhh... nak mampus Menteri Senteng Akal Penipu Rakyat nih.... pendapatan isi rumah kaum cina yang dalam kategori miskin pun paling cekai lebih dari RM3000 sebulan beb... lagi dia mau kencing kaaaaa....

    Penduduk Parlimen Jelebu boleh laaaa... dia kencing selama ni beb... pasal kebanyakan melayu2 Jelebu masih lagi bangang2 belaka... kerana masih nak pilih menteri tua yang kepala otak dah tak produktif nih... sebagai MP diorang.... 



    Sampai jerrr... kebun suasana masih awal lagi..., so... pergi ke perkampungan nelayan kononnya nak breakfast dulu kat gerai mak jah...., masa tengah dok mencangak cari tempat duduk ada satu suara " hoiii... hoiiii.... sini mali laaa..." gua pun toleh arah suara tuuu...,sekali gua tengok Apek Sekinchan (gelaran gua pada Apek tuuu..) yang panggil... apalagi gua dan partner duduk melepak dengan dia laaaa....

    Cerita punya cerita.... masuk bab NFC... hahaha... dalam dia terkial2 nak sebut nama menteri pompuan dalam pelat cina, gua menyampuk ... "itu polompuan lia punya nama Mak Lumbu aaaarrr... itupun lu susah mau sebut kaaaa.... hahahaha.." dia pun bantai ketawa.... hahahaha...

    "Itu mak lumbu aarrr... manyiak tuluk oooo...., itu 3 minggu cuti aarrr... mau kasi lia mampuih, itu lajib lagi manyiak boloh... apasat lia suluh muyidin sama itu noh kowtim ini kes... itu lua olang pun sama2 ada kes dalam ini kes maaaa.... ini selupa kasi itu penyangak siasat sama penyamunnnn...., kita olang cina pun boleh pikir juga maaaa... ini mau tipu lakyat juga... boloh punya PM..." Apek Sekinchan dah mula membebel beb...

    "Itu pasal la Apek.... kita sekarang tak mau pilih sama umno/barisan nasinal pasal diorang sudah lama tipu sama kita..., itu pasal laaaa... sekarang aaarrr... kita kempen sama orang ramai ABU...." gua cucuk jarum beb...

    "Apa itu ABU....??? nama olang kaaaa....??? Apek Sekinchan sudah blurrr....

    "Bukan itu macam laaaa.... bukan nama olang... A.B.U maksudnya Asalkan Bukan Umno... itu singkatan maaaa...., ini kali pilihanraya aarrr... lu boleh pangkah mana parti lu suka, mana calon lu suka... Asalkan  itu parti aaarrr.. bukan umno atau dari komponen bn..., Asalkan itu calon pun aarrr... bukan dari itu kotor punyalambang timbang (dacing karat) oorrr.... ini kali aarrr... kita mau betul2 kasi buang ini barisan nasional... lu ada nampak itu laut kaaa.... kita rakyat kasi buang diorang dalam itu laut laaaa... kasi ikat batu biar tengelam terus jangan kasi timbul lagi... biar itu kurang ajar punya keraaaaaajaan aarrr.... mampuih terus oooo... manyiak jahat ooorrr.. ini keraaajaan barisan nasional... sikit2 mau kasi lawan sama melayu, cina , india... lagi tipu sana sini, songlap duit rakyat ikut suka macam itu mak lumbu punya kes..." terang gua panjang lebar dengan penuh emosi... geram punya pasal beb... hahaha...

    "Betut...betut... kita sikalang apa mau gaduh2... kita olang cina pun aarrr... bangun saja pikir mau cari wang maaaa... lagi mau gaduh2 aarrr... ekonomi pun talak ok... semua kelam kabut.. hidup pun susah maaaa... itu umno sama itu iblahim ali aaarrr... memang manyiak busuk punya olang... itu soi lek pun aarrr... manyiak jahat punya olang oooo... mikin statement mau kasi olang gaduh jugak...."... Apek Sekinchan pun tak puashati jugakkkk.... hahahaha...

    Banyak lagi aarrr... yang disembangkan, tak larat gua nak taipkan kat sini. Yang penting Apek Sekinchan pun nak beli jugak baju ABU.... hahahaha.... siap hulur kat gua 50 hengget... gua hold dulu beb.... ada barang baru gua rembat RMnya... hahahaha... mula2 marketing pancing Apek ni dulu... kalau banyak permintaan gua bukak gerai jual baju ABU di perkampungan nelayan Sekinchan jelah... takpun lantik Apek Sekinchan jadi Salesman gua kat sana... hahahaha... pakcik kayo... pakcik kayoooo....!!!

    Dan yang pastinya... daripada sembang2 kedai kopi tuuuu... yang dikelilingi oleh kaum cina yang lain..., untuk kawasan sekinchan... bn jangan mimpi aarrr... boleh rampas balik beb... kirim salam jelah kat Najib Razak...!!!!

    Sunday, 15 January 2012

    Komik Transformasi Najib diedar di sekolah-sekolah


    Komik Transformasi Najib diedar di sekolah-sekolah

    SATU lagi bukti bahawa, larangan berpolitik di sekolah hanyalah terhadap penyokong Pakatan Rakyat. Jika mahu berpolitik menyokong Barisan Nasional di sekolah, dibenarkan malah dialu-alukan.

    Salah seorang forumer di Forum Lowyat mendedahkan bagaimana buku komik Transformasi Najib yang dipenuhi dengan unsur propaganda mendidik murid sekolah menyokong Barisan Nasional disebarkan di sekolah anaknya.

    Di bawah ini beberapa gambar buku komik yang dimaksudkan.




    Dalam komik ini, Lady Gajah digambarkan sebagai wanita jelita yang menjadi tulang belakang kepada Najib.




    Rakyat yang tidak menyokong Barisan Nasional pula digambarkan sebagai musuh di dalam selimut.




    Jika mereka boleh menyebarkan fahaman politik di sekolah dan Universiti, sepatutnya Pakatan Rakyat juga dibenarkan berbuat demikian. Tapi perkara sebaliknya yang berlaku. Nak berpolitik boleh, tapi kena sokong BN.



    ReJaM© "Lady Gajah jadi wanita jelita, kah kah kah..."


    Sumber: [Lowyat]

    Soalan Wajib Jawab Ikhlas


    Soalan Wajib Jawab! Ikhlas!

    Adakah lelaki ini melayu?



    Lelaki ini adalah Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang!
    wakakaakakakakaaaka!!

    Ada info kata, mamat mengaku melayu ni cakap dia hitam sebab dia duk tepi laut!
    wakakakakakakakakaakaka!!

    Macam mana la pemuda UMNO Pulau Pinang mengundi masa
    pemilihan Pemuda UMNO negeri dulu??? semua mengundi sambil pejam mata ke?
    atau mengundi sambil pakai ray ban?
    wakakakakakak!