ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Monday, 20 February 2012

Misteri $6 Trillion US Bond


Misteri $6 Trillion US Bond: Emas Jana WW1, WW2 dan untuk WW3?

Antara Bond tersebut bernilai USD1Billion

Benarkah $6 trillion US treasury Bond yang dirampas oleh pihak berkuasa anti-mafia Itali adalah palsu? Jumlah ini merupakan separuh dari jumlah keseluruhan hutang US berdasarkan nilai mukanya sahaja. Ceritanya nampak pelik macam kisah filem Indiana Jones, " Bond tersebut dijumpai tersembunyi dalam bekas yang tak seberapa di tiga peti simpanan di Zurich ", kenyataan oleh pendakwa di Itali. Pihak kedutaan US di Rome telah memeriksa dokumen tersebut yang bertarikh tahun 1934, dan niali muka $1 billion tiap2 keping. Kenyataan dari sumber tersebut amat ganjil apabila mendakwa.." Individu yang terlibat bercadang mendapatkan plutonium daripada rangkaian Nigeria"...lebih menghairankan lagi bila sumber pendakwa mengatakan.." Penipuan tersebut menyebabkan ancaman serius kepada kestabilan ekonomi antarabangsa"...bagaimanakah jika bond yang sudah jelas palsu itu boleh mendatangkan ancaman? atau benarkah begitu..Seperkara lagi yang tidak dijelaskan kenapakah Versailles Treaty yang mempunyai chop mohor Chicago Fed ada bersama?

Arthur Heinrich Stern seorang lawyer Jerman yang berkhidmat dalam firma Goldwind GmbH telah membuat pendedahan yang memeranjatkan. Firma beliau telah didatangi oleh seorang lawyer Russia sebagai pemegang amanah bond-bond tersebut. Dia telah menerangkan pelanggan yang diwakilinya dan ingin mendapatkan penjelasan;
- Adakah sijil itu sah
- jika dia boleh mendapatkan duit ond tersebut dalam bentuk interest, bagaimanakah dia boleh mendapatkan jumlah terhutang tersebut.

Beliau telah meneliti sijil-sijil yang dikemukakan tersebut dan mendapati bahawa amanah itu telah disandar berdasarkan emas.  Emas yang disandarkan sahaja bernilai 25 billion di jamin FDIC (seperti PIDM malaysia).    FED telah menjamin 4% interest selama 30 tahun, ini melibatkan jumlah simpanan emas yang teramat besar!

Beliau mendapati interest keseluruhan dari amanah tersebut selama 30 tahun dari tahun 1934 hingga 1964 adalah sebanyak USD 33,000,000,000. Jika dijumlah dengan wang pokok jumlahnya menjangkau USD 58,000,000,000.! Jika warranty sijil tersebut masih terpakai, dan harga emas pasaran kini, jumlah USD25 Billion sijil amanah tersebut menyamai suku budget tahunan US. Jika amanah tersebut tidak dibayar dan dituntut oleh pemiliknya, US secara rasminya menjadi bangkrap? Secara tidak langsung menyebabkan keruntuhan semua institusi kewangan dan bursa saham US.

Hasil penelitian itu beliau membuat kesimpulan, sijil amanah ini dikeluarkan kepada individu, yang memperolehi emas dalam jumlah yang amat besar. Amat jelas jumlah yang amat besar ini tidak mungkin diperolehi secara sah oleh sesiapapun atas dunia ini. Tamabahan pula, pemillik emas ini bukan penduduk Amerika Syarikat kerana pada tahun 1934 Presiden Roosevelt telah menegah rakyatnya dari memliki logam berharga.

Oleh itu emas ini pasti datang dari luar US. Kemungkinan besar dibawa melalui laut, kerana US hanya bersempadan dengan Mexico dan Kanada sahaja. Tidak munasabah emas itu dieksport melalui Mexico atau Kanada kerana ekonomi kedua-dua negara pada masa itu amatlah lemah.

Bond itu dikeluarkan kepada pembawa (bearer).  Kemungkinan ia adalah individu atau pemegang amanah. Sudah tentunya individu ini bukan hanya billionaire, tetapi seorang yang berpengaruh dikalangan ahli politik. Tetapi pada zaman Kemelesetan Besar, tidak terdapat negara yang mengeksport emas dalam kuantiti yang sebegitu besar. Kerana semasa krisis, secara lojiknya semua negara akan membeli emas sebagai jaminan dari inflasi bukan menjualnya!

Oleh itu sesiapa yang membawa keluar emas ini sudah tentu mengetahui bahawa emasnya dijamin selamat. Persoalan yang timbul, milik siapakah emas tersebut dan atas alasan undang-undang apakah emas tersebut diambil? Pengeluaran emas dalam kuantiti yang amat besar hanya dibuat dalam kes-kes tertentu; masa perang, revolusi atau ketidak-stabilan politik dalam negara. Oleh itu, emas ini dibawa keluar oleh tokoh politik yang masyhur dan mempunyai hubungan yang rapat dengan presiden US dan diberi bantuan sepenuhnya.

Dari peristiwa sejarah yang berlaku pada masa tersebut, "penderma emas" pada lewat 20an dan awal 30an -kemungkinan China.  Pada tahun 1934, China dipimpin oleh Parti Nasionalis Kuomintang oleh Jeneral Chiang Kai Shek. Tahun 1931, wilayah Manchuria dan China Utara menghadapi kemaraan tentera Jepun. Dalam China ketika bibit-bit pernag saudara muncul, Chiang Kai Shek memimpin pasukan tentera partinya terhadap Parti Komunis yang dipimpin Mao Tse-tung.

Oleh itu pada masa tersebut hanyalah Chiang Kai Shek yang berkuasa mengawal simpanan emas China. Ketika itu US mengalami zaman kemelesetan. Beliau mencadangkan kepada D. Roosevelt (ketika itu calon presiden) untuk menyelamatkan ekonomi US dari keruntuhan. dia menawarkan pinjaman dalam bentuk simpanan emas di China. Berdasarkan sijil yang dikeluarkan sebagai resit kepada simpanan emas tersebut, pinjaman pada masa tersebut berjumlah USD 25,000,000,000.

Kapal Perang Houston di gunakan untuk merompak emas China


US mendakwa simpanan emasnya adalah miliknya yang sah, pembongkaran sejarah membuktikan simpanan emasnya dibina hasil dari perompakan terutamanya emas negara China. Emas yang di bawa lari secara rahsia dari China, lambat laun akan kembali ketempat asalnya semula di China.

US sudah tentu tidak mengaku mereka mengambil simpanan emas China. Tetapi pemimpin China  mengetahui berkenaan pencurian emas tersebut tetapi tidak mengetahui secara terperinci apakah yang dicuri dan bagaimanakah untuk membuktikan kesahihannya berdasarkan undang-undang. Kerana itulah US mempertahankan Taiwan dengan 7 buah kapal perang dan bantuan ekonomi $4 billion setahun.

Inilah juga menjelaskan kenapa US ingin menguasai rantau teluk yang kaya dengan simpanan minyak; kerana minyak sahajalah yang dapat mempertahankan nilai dollar. US Federal Reserve telah mencetak dollar tanpa sebarang tambatan emas, kerana perbelanjaan perang Iraq melepasi nilai amat besar, meyebabkan keruntuhan sistem perbankan dan krisis dalam pengeluaran. Bermakna ekonomi US semakin tenggelam. China tidak lagi memerlukan dollar kerana nilainya dijamin oleh emasnya sendiri. China ingin mendapatkan kembali simpanan emasnya.

Melayu BUTA QURAN..sekolah 2012 bermula



SAJAK


MELAYU DAN QURAN

 
Quran dan Melayu,
Melayu dan Quran,
Quran ajar Melayu,
Melayu nyanyikan Quran,
Ramai Melayu buta Quran.

 

Quran lengkap segala,
Dari ibdah dan undang - undang,
Melayu nyanyi Quran,
Beriman pada Quran,
Melayu tolak banyak hukum Quran.

 

Melayu dan Quran,
Ramai yang baca, menyanyi,
Minta brkat dan azimat,
Laksana baca buku kelasik,
Sebab itu ramai Melayu fasik.

 

Melayu dan Quran,
Quran dan Melayu,
Bangsa darat dan laut,
Tidak akan berpadu,
Selagi Quran dibiar di kepala tiang.

 

Ada Melayu Islam,
Islamnya, hanya pusaka,
Islamnya, jadi dua muka,
Ismlamnya, jadi dia derhaka,
Islam bentuk Melayu bertakwa.

 

Bukit Genting, Pahang ......... Mokhtar Petah



Agama Islam hanya subjek pilihan, bukan ilmu wajib
Posted on Tuesday, January 10 @ 19:00:00 PST by paktam



Oleh MAT ZAIN MAT ISA
PENGGAL baru persekolahan telah pun bermula. Sementara anak-anak yang baru memuhttp://razaklatif.files.wordpress.com/2008/01/mlk_sekolah009.jpglakan alam persekolahan peringkat rendah tidak begitu bermasalah mendapatkan tempat di sekolahsekolah dihasratkan, perkara berbeza berlaku terhadap mereka yang baru melangkah ke alam menengah.

Lazimnya akan ada pelajar yang berjaya menempatkan diri di sekolah-sekolah diidamkan, manakala sebahagian yang lebih besar daripada kalangan mereka gagal berbuat demikian.

Selain sekolah-sekolah berasrama penuh dan sekolah-sekolah ternama, turut menjadi rebutan para pelajar dan ibu bapa kebelakangan ini ialah sekolahsekolah menengah agama.

Minat masyarakat untuk memberikan pendidikan agama terbaik kepada anak-anak semakin menyerlah. Saban tahun dikatakan jumlah permohonan memasuki mana-mana sekolah menengah agama, terutama yang mempunyai rekod prestasi agak membanggakan, sentiasa berkali ganda melebihi jumlah tempat yang ditawarkan.

Kita sedar tidak semua antara kita ada kemampuan atau kesempatan mengajar ABC dan alif-ba-ta kepada anak-anak.

Tidak ramai juga antara kita mampu meluang masa mengajar anak-anak mengaji al-Quran di rumah. Kita juga tidak ada masa sesuai untuk menunjuk ajar anak-anak berhubung tatacara mengerjakan solat dengan betul dan sempurna.

Hakikat itu wajar diakui. Sebab itu kita amat mengharapkan wujudnya tempat yang mencukupi untuk kesemua anak yang berhasrat melanjutkan pelajaran di sekolah-sekolah agama. Malangnya, tempat untuk mereka ini amat terhad, menyebabkan wujudnya persaingan sangat hebat untuk menempatkan anak-anak kita di sekolah-sekolah terbabit.

Lebih malang lagi, pihak berwajib seakan tidak memberikan perhatian lebih serius untuk menangani perkembangan ini. Itulah yang amat mendukacitakan. Nampak sangat kerajaan pimpinan Umno tidak memandang urusan menyediakan ruang pendidikan Islam kepada para pelajar sebagai suatu yang perlu diutamakan.

Sekolah agama tidak difikir untuk ditambah, berbanding sekolah-sekolah yang menekankan pendidikan sains, teknologi dan sebagainya, walau pun kerajaan sedar permintaan terhadap pendidikan agama semakin meningkat. Kerajaan seolaholah tidak menganggap penting kedahagaan ibu bapa memberikan didikan agama kepada anak-anak mereka.

Memburukkan persepsi itu ialah apabila masa untuk pengajaran dan pembelajaran subjek agama di sekolah-sekolah juga tidak memadai. Agama Islam dilayan tidak lebih hanya sebagai satu subjek pilihan, bukannya sebagai suatu ilmu yang wajib dipelajari anak-anak.

Bahkan, dalam menentukan gred dan pengiktirafan terhadap kecemerlangan akademik para pelajar, prestasi mereka dalam subjek agama kerap tidak diambil kira. Pengkelasan subjeksubjek akademik itu secara jelas meminggirkan subjek agama dan moral. Hakikat ini sudah diamalkan di sekolah sejak sekian lama.

Sebab itu dalam saringan untuk kenaikan kelas, ada sekolah hanya mengambil kira lima subjek teras sebagai asas penilaian prestasi seseorang murid bagi tujuan pemilihan ke tahap seterusnya.

Lima kertas teras itu ialah Bahasa Malaysia Kefahaman, Bahasa Malaysia Penulisan, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik, iaitu subjek-subjek Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Hanya markah lima kertas tersebut yang dijumlahkan sebagai ukuran pencapaian murid. Ertinya, subjek agama Islam tidak ada nilai akademik. Pencapaian cemerlang dalam subjek itu tidak membantu melonjakkan penilaian prestasi seseorang murid.

Justeru, jika pun anakanak kita mendapat markah rendah dalam subjek agama, ia tidak menjadi masalah yang merunsingkan pihak sekolah mahupun ibu bapa. Ia tidak menjejaskan peluang muridmurid untuk naik kelas, selagi mereka cemerlang dalam lima subjek teras itu. Begitu juga dalam UPSR.

Anak-anak dibesarkan dalam jadual pembelajaran yang secara jelas meminggirkan subjek agama Islam. Hal itu secara tidak langsung menanamkan persepsi dalam pemikiran mereka kononnya untuk memastikan kejayaan masa depan mereka, kecemerlangan dalam ilmu agama tidak perlu dipentingkan.

Sudahlah tulisan jawi, yang mempunyai hubungan sangat rapat dengan tulisan Arab yang juga tulisan al-Quran, dihapuskan sewenang-wenangnya sejak lebih empat dekad lalu.

Diikuti kemudiannya dengan penghentian bantuan perkapita kepada sekolah-sekolah agama rakyat.

Kini, biasiswa dan pinjaman pelajaran kepada pelajar untuk pengajian Islam ke Timur Tengah pula dikurangkan dalam kadar sangat tidak munasabah. 

Bahkan, tumpuan pengkhususan bidang pengajian untuk pelajar tajaan kerajaan juga sengaja ditukar, daripada bidang pengajian Islam kepada perubatan.

Itu belum lagi kita sebut kedurjanaan Umno menutup Sekolah Rendah Agama Bersepadu (SRAB) yang ditubuhkan kerajaan PAS di Terengganu, atas pelbagai alasan dan hujah politik yang remehtemeh.

Kesemua pemerhatian di atas menjurus kepada hanya satu kesimpulan, bahawa Umno memang sengaja meminggirkan pendidikan Islam kepada anakanak bangsanya sendiri!

Lagu lembUMNO...


Tuesday, February 21, 2012

Popout

Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Tipu Terus Menipu
Kita Tipu Melayu

Bersama Kita Bersama
Menjunjung Hasrat Semua
Berjasa Pada Kroni
Anak Isteri Dan 'Bini'

Lambang Kita Yang Rebah
Dipandang Keji Dan Haprak

Bersatu, Bersedia ... Khianat
Cogan Katanya
UMNO Terus Lara
Rompak Rakyat Malaysia

Felda Bakal Jadi Milik Asing?


Felda Bakal Jadi Milik Asing?

Telah banyak yang ditulis berkaitan penyenaraian Felda. Di sini Tulang Besi ingin menyatakan sedikit kefahaman Tulang Besi berkaitan isu ini supaya boleh dikongsi bersama:
1.0 Sejurus sebelum penyenaraian, semua warga Felda akan ditawarkan peluang membeli saham yang bakal disenaraikan itu. Sesiapa yang ada duit, bolehlah membeli saham tersebut.

2.0 Pada waktu yang sama, mereka yang bukan warga FELDA juga akan ditawarkan peluang membeli saham juga.(Baca KRONI2 UMNO)

3.0 Soalnya sekarang ini, apakah yang akan menghalang kroni2 ini dari menjual saham2 mereka kepada syarikat2 asing seperti syarikat2 dari Jepun, Korea atau Singapura?

4.0 Penjualan saham kepada syarikat2 asing ini jalan paling mudah untuk membuat untung di atas angin yakni wang yang sangat2 diperlukan oleh UMNO bagi menghadapi Pilihanraya ke 13 kelak

5.0 Najib ke hulu ke hilir menjaja kononnya peneroka akan mendapat durian runtuh. Namun sehingga hari ini, Najib tidak berani memberi berapa jumlah wang yang akan diterima oleh setiap peneroka serta ahli keluarga mereka.

6.0 Apabila tersenarai di pasaran saham, sesiapa sahaja boleh mengeluarkan wang dan membeli saham2 FELDA. Ertinya, dalam 10-20 tahun lagi, FELDA akan boleh bertukar kepada sebuah syarikat komersial yang bertujuan menjana keuntungan bagi pemegang2 saham semata-mata.
6.1 Di kala itu, FELDA tidak lagi menjadi badan yang menjaga kebajikan orang Melayu

7.0 Asal FELDA adalah menjaga kebajikan peneroka2 yang majoritinya bangsa Melayu. Selepas penyenaraian, ia akan menjadi badan memberi keuntungan kepada kroni2 dan pemilik2 asing.

8.0 Tokoh UMNO yang begitu kuat mempertahankan penyenaraian FELDA adalah Ahmad Maslan. Sehingga sanggup membaling Buku Jingga ke dalam tong sampah hanya kerana Pakatan Rakyat mahu mengembalikan tanah2 yang diterokan balik kepada peneroka?
KESIMPULAN: Seperti mana isu Kampung Baru, FELDA adalah salah satu contoh bagaimana UMNO menggadai hak bangsa Melayu demi mengkayakan segelintir kroni2 yang rapat dengan pemimpin2 orang Melayu serta ahli2 keluarga mereka.

Anak cucu kita selepas ini akan hidup merempat kerana segala tanah yang selama ini digunakan untuk mendapat hasil akan diambil alih demi mengakayakan beberapa ekor kroni.

Tulang Besi

Mokhtar Petah...Melayu dan RASUAH


DARI ARKIB PENULIS


PEMIMPIN - PEMIMPIN KITA
Jika dipanjangkan usia kamu akan tiba kepada kamu satu zaman nanti, ramai juru khutbah (pemidato), sedikit ulama yang berwibawa, ramai yang meminta, sedikit yang memberi, hawa nafsu memacu ilmu pengetahuan. (zaman itu) ialah apabila sembahyang dihina (ditinggalkan), rasuah diterima, agama dijual (tukar dengan harta benda)”.[1]
Pada waktu saya menulis artikel ini, ingatan saya terhimbau kepada tahun 1953; pada tahun itu saya masih menuntut di sekolah Daeratul Maariful Wataniah, Kepala Batas, Seberang Perak. Tahun itu berada dalam zaman orang Melayu menuntut kemerdekaan tanah air. Pemacu perjuangan orang Melayu pada zaman itu, ialah Allahyarham Tuanku Abdul Rahman.
Mudir (pengetua) sekolah agama itu ialah, Allahyarham Haji Ahmad Badawi, Naib Ketua Pemuda UMNO Malaya. Manakala bapanya, Allahyarham Syeikh Abdullah Fahim memikul tanggungjawab sebagai penaung dan penasihat sekolah tersebut.
Pada satu petang, seperti petang-petang sebelumnya, sebelum ke masjid untuk sembahyang Maghrib, kami bercakap-cakap di tanah lapang sekolah itu. Di antara rakan-rakan saya pada petang itu, ialah Khairudin Haji Ahad (Bagan Dato), Muhammad Mawardi dan adiknya, Muhammad Arif Haji Yasin (Bagan Dato), Ali Haji bin Hussein (bapa biduan Jamal Abdillah) (Teluk Anson), Salleh Taib (Kepala Batas) dan seorang kanak-kanak lawa, murid sebuah sekolah Inggeris Bukit Mertajam.
Entah mengapa; saya telah berkata kepada kanak-kanak itu, “...bagus, ana fikir enta ni pada satu masa nanti akan jadi macam Tunku Abdul Rahman...” Kanak- kanak itu hanya senyum. Mungkin pada waktu itu, dalam sarang kepalanya tidak terlintas akan apa yang saya katakan itu. Ertinya dia tidak tahu hal ehwal politik pada zaman itu.
Pada tahun 1997, saya telah pergi ke Kementerian Luar Negeri, Wisma Putra, dekat Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur. Pemergian saya ke sana untuk bertemu dengan ‘kanak-kanak lawa’ yang telah berjawatan Menteri Hal Ehwal Luar Malaysia.
Beberapa minggu sebelum saya pergi ke Wisma Putera, saya sering teringat akan kata-kata saya kepada ‘kanak-kanak lawa’ pada tahun 1954. Saya telah menggonggong keyakinan saya, bahawa kanak-kanak yang telah menjadi ‘bapa kanak-kanak’ itu akan menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Sang ‘bapa kanak-kanak’ itu, ialah Abdullah Badawi. Saya pergi ke Kementerian Hal Ehwal Luar Malaysia itu dengan tujuan untuk menemui beliau dengan tujuan untuk menulis sebuah buku tentang beliau, iaitu, ‘Datuk Abdullah Badawi Pejuang Kemanusiaan Sejagat’.
Jarak waktu antara tahun 1953 dengan tahun 2003 terlalu panjang. Abdullah Badawi telah memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia pada 31 Oktober 2003.
Najib Tun Razak yang pernah diramalkan akan menjadi Timbalan Perdana Menteri apabila Abdullah Badawi memegang jawatan Perdana Menteri oleh guru agama kepada Abdullah Badawi pada tahun 1953, Allahyarham Ustaz Abdul Kadir bin Kamaluddin, Kampung Ketapang, Pekan, Pahang.
Ustaz Abdul Kadir bekas guru sekolah agama Kuliyatul Lughah wad Din, Pekan 1954. 1966 sekolah Sekolah Menengah Agama Al Attas, Pekan. 1967 Pegawai Pemeriksa Hal Ehwal Agama Islam dan bersara pada 1978. Mengambil kurus khas di Universiti Al Azhar, Masir hingga tahun 1982. Kemudian pada tahun 1988 bertugas sebagai guru agama PERKIM, Pengarah Muzium Sultan Abu Bakar dan guru agama sukarela Pahang.
Allahyarham telah menterjemahkan buku karangan Imam Ghazali, ‘Minhajul Abidin’ dengan nama ‘Cermin Budiman Bagi Mukmin’, diterbitkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, pada tahun 1997.
Pada masa Abdullah Badawi masih Menteri Hal Ehwal Luar Malaysia, saya telah menziarahi Allahyarham di Kampung Ketapang, Pekan. Dalam percakapan dengan saya, dia meramalkan Abdullah Badawi akan naik ke tahap Perdana Menteri dan Najib Tun Razak akan menjadi pemimpin nombor dua negara ini.
Ramalan Allahyarham Ustaz Abdul Kadir itu telah menjadi kenyataan.
Najib Tun Razak menjadi rakah berganding bahu memimpin negara ini. Sebagai mengenanginya, maka, Hadis Nabi Muhammad s.a.w. di atas ini, saya telah cabut dari bukunya, ‘Cermin Budiman Bagi Mukmin’.Tujuan saya, ialah untuk menjadi panduan kepada dua pemimpin kita itu dan kita semua dalam menghadapi dua serba mencabar ini.
Kata-kata ulama bukan firman Tuhan dan bukan Hadis Nabi Muhammads.a.w., kita boleh percaya dan boleh tidak percaya. Allahyarham Sheikh Haji Nawawi bin Muhammad - Tuan Cek Wi janggut merah(Perak), Haji Hussein Cek Dol dan Haji Abdul Rahman Merbuk (Kedah) ada berkata kepada zaman Tanah Melayu belum mencapai kemerdekaan, iaitu:
* “ Kalau kita dah merdeka pemimpin kita elok oghang Kedah, oghang mana-mana negeri, asal oghang Islam, tapi tak boleh oghang Kedah (termasuk Seberang Perai) bersama oghang Johor,” kata Sheikh Haji Nawawi Muhammad.
* “Kalau oghang kedah jadi pemimpin negeri kita, dia tak boleh bersama pemimpin dari Johor, tak elok..., dengan oghang negeghi-negeghi lain tak apa..., ”kata Haji Hussein Cek Dol.
* “ Oghang negeghi mana boleh jadi pemimpin, tapi kalau oghang Johor jadi pemimpin tak boleh sama dengan pemimpin daghi Kedah..., tak sebaluh...,”Haji Abdul Rahman Merbuk.
Pendapat ulama itu telah disokong oleh beberapa orang mualim kemudiannya, iaitu pada zaman Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman bergeser dengan Allahyarham Tun Dr. Ismail. Di antara mereka,Allahyarham Haji Mat Saman Kati (Perak), Guru Agama Istana Sultan Perak, Haji Khalid Ahmad (Kuala Kangsar), Haji Ibrahim Akibi (Pulau Pinang), Sheikh Tahir Jalaluddin (Kuala Kangsar), Sheikh Abu Bakar Ashaari (Perlis) dan Sheikh Fadhlullah Shuhaimi.
Saya telah bertanya kepada mereka akan sebab-sebab mereka berkata demikian. Mereka mengakui, bahawa ‘cakap mereka’ tidak boleh dipakai sangat. Boleh percaya dan boleh tak percaya.
Menurut mereka pada zaman silam, telah ada pergisiran politik berlaku antara orang Negeri Kedah dengan orang Negeri Johor (termasuk Singapura). Pergeseran itu menjadi besar. Akhirnya seorang mualim dari Padang Mat Sirat- Pulau Langkawi, telah di bunuh oleh orang-orang Johor pada waktumualim itu sembahyang dalam sebuah masjid di Singapura.
Setelah orang-orang suruhan golongan politikus Negeri Johor itu menikammualim itu, mereka meninggalkannya dalam masjid itu dengan menyangka mualim itu telah mati. Tetapi mualim itu tidak mati. Dia sempat balik ke kampungnya dengan cara luar biasa seperti yang berlaku pada para wali Allah.
Tragedi itu telah menjadi kisah yang sentiasa meniti atas bibir orang-orang Melayu yang arif tentang sejarah Nusantara. Sebuah pantun mengenai tragedi itu telah menjadi ingatan ahli-ahli sejarah hingga pada masa ini. Iaitu:
Telur itik dari Senggora,
Sayang pandan di langkahi;
Darah titi di Singapura,
Badan terdampar di Langkawi.
Pada tahun 1973, Perdana Menteri, Tun Razak telah melawat rasmi ke kawasan Taiping. Pada sebekah petang, Tun Razak, Menteri Besar, Dato’ Sri Haji Kamaruddin Haji Mat Isa dan saya bercakap-cakap sambil minum teh di Rumah Rehat, dalam Bandar Taiping. Dalam percakapan itu saya bertanya pendapat Allahyarham tentang pendapat para ulama mengenai pemimpin-pemimpin seperti pendapat para ulama yang saya telah nyatakan di atas.
Kata Tun Razak “...saya ada juga dengar beberapa orang guru agama berkata macam tu, ...tapi pemimpin dari Negeri Pahang boleh kerja dengan pemimpin dari negeri mana juga....”
“Saya tak taulah pendapat ulama tu..., pandangan ulama tak sama dengan pandangan kita, mereka ada yang mursyid, ada yang kata orang pandang tembus..., kasyafladuni...,”kata Tun Razak.
Menurut Tun Razak, bahawa siapa juga menjadi pemimpin mesti jujur dengan kawan-kawannya yang sama memimpin, “saya dengan Tuanku Abdul Rahman contohnya, Tunku jujur kepada saya, saya jujur kepada Tunku, kami tak dapat dipengaruhi atau dicucuk (hasut) oleh orang lain.
Pendapat para ulama telah menjadi kenyataan. Pemimpin dari orang Kedah tidak boleh bersama pemimpin dari orang Johor. Tun Hussein ‘clash’ dengan Timbalannya, Dr.Mahathir Mohamad. Dr.Mahathir Mohamad ‘clash’ dengan timbalannya, Tan Sri Musa Hitam. Dr. Mahathir Mohamad ‘clash’ dengan timbalannya, Anwar Ibrahim. Akhir sekali, Dr Mahathir Mohamad setelah meninggalkan jawatan Perdana Menteri ‘clash’ dengan Abdullah Badawi.
Rakyat dan kerajaan Malaysia kini dipimpin oleh Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak. Di tangan mereka dan dengan sokongan para menteri kabinet, hala tuju negara ini dalam tangan mereka. Mereka mempunyai tanggungjawab besar untuk meninggikan taraf orang Melayu dan menstabilkan ‘hidup saksama dan bersefahaman’ antara rakyat negara ini yang terdiri dari berbagai-bagai keturunan dan menganju berbagai-bagai agam.
Kita melihat mereka sama-sama meneruskan hasrat dan tindakan untuk menghapuskan rasuah. Rasuah dalam di kalangan manusia dalam kerajaan dan manusia dalam parti-parti politik, iaitu yang disebut ‘politik wang’. Seperti yang
kita maklum, selagi berbuat rasuah dan politik wang tidak dihapuskan, maka selama itu Abdullah Badawi dan Najib Tun Razak menghadapi ‘jalan sukar’ untuk menegak kesaksamaan antara rakyat dan meninggikan ekonomi orang Melayu.
Walau bagai mana usaha yang mereka buat untuk memajukan orang Melayu dalam perniagaan dan perusahaan, tetapi kalau amalan rasuah masih berleluasa di kalangan pemegang kuasa dalam kerajaan, maka selama itulah orang Melayu tidak mendapat peluang memajukan perniagaan mereka. - Mokhtar Petah

[1] Hadis Nabi Muhammad s.a.w.: Dari Ibnu Masu’d kepada Harith bin ‘Umairah

Tanah Kepunyaan Melayu..di REMBAT cukong NOT meLAYU.




SIAPA REMBAT TANAH INI ?





nota:
kita lihat dan tunggu
kita nanti dan baca
siapa akan rembat tana ini?




PENJARA PUDU: UDA JANGAN BOHONGI RAKYAT- meloya

KUALA LUMPUR 23 Mei - Pengurusan UDA Holdings Bhd. diminta supaya jangan membohongi rakyat kononnya tiada syarikat bumiputera yang mampu membangunkan Penjara Pudu kecuali syarikat hartanah dari China.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Musa Sheikh Fadzir berkata, berdasarkan maklumat, terdapat lima syarikat bumiputera yang layak serta mempunyai keupayaan dan kepakaran.

Pada masa yang sama, beliau juga mendesak pengurusan UDA Holdings supaya jangan menghukum syarikat bumiputera lain hanya kerana kegagalan projek Bandar Wawasan dan Plaza Rakyat di ibu negara.

"Saya dimaklumkan lima buah syarikat bumiputera ini bukan sahaja mempunyai pengalaman tetapi juga berkemampuan dari segi kepakaran dan modal. Jadi kenapa syarikat ini langsung tidak diberi peluang.

"Saya beri peringatan kepada pengurusan UDA Holdings terutamanya Nur Jazlan Mohamed (pengerusi) supaya jangan membohongi rakyat," katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH AKH

woit… KESIAN KONTREKTOR BUMI…. kah kah kah…

kah kah kah… BUKAN SAHAJA CUKONG YANG TIPU…. kah kah kah…

kah kah kah…UDA YANG BERSUNAT PUN TIPU KONTREKTOR BUMIPUTERA ….. kah kah kah..

kah kah kah...UDA YANG PANDAI PERGI UMRAH PUN TIPU KONTREKTOR BUMI.... kah kah kah..

kah kah kah... NAMPAK SANGAT SIAPA BEKUASA... kah kah kah..

kah kah kah..CUBA TANYA.... kah kah kah

kah kah kah… TANAH TAPAK PENJARA PUDU SIAPA DAPAT?.... kah kah kah

woit…BETUL KE LEBAI VIINCENT DAPAT?.... kah kah kah…

UMNO Mamak Hina Nabi Relax Jer...


Arab Hina Nabi Murtad, Mamak Hina Nabi Relax Jer...

Kalau lu orang semua bijaksana.... gua mau tanya petikan ayat di bawah tu siapa yang punya...???

Majlis Fatwa, Majlis Ulama, Majlis Jalanraya, Majlis Perbandaran, Majlis Tong Taik dan yang berkaitan dengannya tak mau ambik tindakan ke....???

Punyalah banyak Majlis Agama dalam Malaysia nih, punyalah banyak Mufti dalam Malaysia nih... tapiiiii..... sendiri mau ingat laaaa....!!!!

Kenapa senyap...!!!!
Sudah jadi Syaitan Bisu ke...????

Kalau kat Arab Saudi... lu orang agak2 apakah nasib empunya ayat tuuuu....???? Murtad ke tidak...???? Tipah Koyak nak bergegas membela atau tidak... hahahaha...

oopppsss.... siapa punya ayat power tuuuu....???? Takan Lembu2 Keris mudah lupa kot... hahahahaha...