ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Wednesday, 14 August 2013

SURAU..tak tepati kiblat kenapa mahu diroboh ???

Solat Di Tandas Awam Di Perak. Aduan ini perlu di siasat.

atsixty at ZAKRI ALI - 2 hours ago
*Kenapa solat di tandas awam? Kenapa surau tidak disediakan? Apa punca disebalik kejadian ini? Susah sangat ke nak sediakan ruang solat untuk penganut muslim? Lihat aduan kat bawah neh ;* * Rujukan : https://www.facebook.com/photo.php?fbid=534024320002179&set=a.230666793671268.55787.151709604900321&type=1&relevant_count=1&ref=nf Aku nak nasihat sikit. Ikhlas. Ini bukan posting untuk mendorong mana2 pihak menghina mana2 pihak. Agama, kaum atau apa. Ini ialah posting merungkai permasalahan timbul. Bukan ajak sesiapa pergi bergaduh dan bertumbuk sesama sendiri sebab itu tidak akan...more »


Mengapalah PENDEK AKAL...surau dah dibina ...nak di ROBOH..semata mata kerana...salah arah KIBLAT...Why so so so...GOBLOK...wong JOHOR..???


Boleh alih saf jika tak tepati kiblat kenapa mahu roboh ???

stones at Batu vs Kayu - 2 hours ago

Persatuan Ulama Malaysia (PUM) meminta agar pihak Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) menimbangkan semula cadangan untuk merobohkan surau kontroversi di negeri itu yang didakwa dibina dengan tidak menepati arah kiblat. 


Setiausaha PUM Dr Mohd Roslan Mohd Nor berkata, alasan untuk merobohkan surau tersebut tidak memadai kerana arah saf jemaah di surau tersebut boleh dialih dan disusun semula mengikut arah kiblat yang betul. Katanya, MAIJ tidak sepatutnya bertindak melulu sehingga "marahkan nyamuk, kelambu dibakar." "Banyak masjid yang dibina kiblatnya tak beberapa tepat, tapi ini bukan... more »



Monday, 12 August 2013

Surat Terbuka Warning PAS Kelantan.

Surat Terbuka Warning PAS Kelantan.



Aktivis Kelantan (AK03) menyokong setengah isi dari kenyataan Dr Agus dan setengah dari penjelasan Ustaz Fadhli berkenaan prestasi kerajaan Kelantan. Cumanya, Aktivis Kelantan lebih menitik beratkan pokok berbanding bunga. Sistem berbanding paparan.
[1]

Sistem pembentukan kerajaan Kelantan selepas PRU13 sangat mengaibkan. Kita lihat gambar sejarah yang terakam berbanding negeri lain. Lihat angkat sumpah Menteri Besar di Johor, Selangor dan negeri lain. Teratur, tidak gopoh atau kelam kabut. Penuh istiadat. Lihat negeri Kelantan. MB angkat sumpah hanya di depan sofa dan meja kopi. Kemudian, selepas itu barulah istiadat.


Sistem yang lebih malang lagi ialah, pembentukan kerajaan Kelantan tidak berpaksi kepada Parti Islam SeMalaysia, apatah lagi hasil keputusan demokrasi 1.5 juta pengundi Kelantan. Tetapi pembentukan itu berpaksikan kepada pendapat istana yang terdiri dari kurang 20 orang dan hanya dari sebuah keluarga.

Maka, jika inilah sistem awal yang terbentuk, maka, sepanjang penggal pemerintahan, bagaimanakah keputusan-keputusan penting kerajaan dibuat dan diputuskan? Adakah ianya akan melalui keputusan PAS atau keputusan majoriti dari 1.5 juta rakyat atau keputusan sebuah keluarga yang berantakan?

[2]
Mengenai ekonomi pula, alasan kepungan dari kerajaan BN memang benar. Untuk sebuah parti atau NGO yang menjelaskan kepada orang ramai, memang wajar. Tetapi tidak wajar diguna pakai sebagai alasan oleh sebuah kerajaan berusia 23 tahun. Ini bermakna, selama 23 tahun, kerajaan Kelantan gagal terhadap kepungan ekonomi, kepungan infrastruktur oleh kerajaan BN yang memegang kerajaan pusat. Kata lainnya ialah,


"Ya. Selama 23 tahun, saya gagal terhadap kepungan kerajaan BN. Sebab saya gagal, maka rakyat perlu undi saya sekali lagi."

Oleh sebab itu, bagi meningkatkan pendapatan kerajaan negeri, Aktivis Kelantan mencadangkan beberapa perkara :

2.1 Lebuhraya Rakyat dimulakan dengan menaik taraf jalan utama yang kritikal.
Terdapat pelbagai versi penjelasan mengenai Lebuhraya Rakyat. Antaranya ianya adalah modal politik mengekalkan kerajaan PAS Kelantan dengan perjudian Malaysia dapat ditawan oleh PR pada PRU13. Sekaligus meneruskan pembinaan menggunakan dana persekutuan.
Maklumat yang diperjelaskan kepada awam, kos Lebuhraya Rakyat ialah 1 billion. Manakala kutipan derma hanya RM20 juta. Dan sudah mencapai tahap kutipan yang tepu. Oleh itu, Aktivis Kelantan memberi cadangan supaya dinaik taraf jalan utama yang kritikal terlebih dahulu. Hentikan perbalahan tuding-menuding seketika.

i. Pekan Melor - Bandar Pasir Puteh. Ini adalah jalan kritikal. Pintu masuk negeri melalui Terengganu.

ii. Gua Musang - Kuala Krai. Pintu masuk negeri melalui Pahang. Jalan ini lebih kritikal berbanding Kuala Krai - Kota Bharu. Kerana selepas Kuala Krai, rakyat sudah mempunyai banyak pilihan ajalan alternatif. Dan destinasi yang sudah berpecah. 

Berikut adalah prioriti level naik taraf jalan mengikut kemampuan dana terkumpul :

i. Jalan 4 lorong. 2 lorong setiap hala. Penghalang tengah dengan sistem pusingan U bagi mengelakkan kenderaan kampung melintas sesuka hati.

ii. Pembesaran jalan dan bahu jalan. Dengan menambahan lorong memotong di kawasan fizikal sesuai.

iii. Pembesaran jambatan yang berada di sepanjang jalan, dan pembesaran bahu jalan.

2.2 Meningkatkan imej pelancongan.

Sektor pelancongan yang merudum di Kelantan. Peniaga-peniaga di Rantau Panjang, Pengkalan Kubur terutamanya sering mengeluh. Antara sebab terbesar selain jalan pintu masuk dan kos penyelenggaraan ialah; imej dan jenama pelancongan yang teruk. Berikut adalah hasil pemerhatian Aktivis Kelantan.

i. Penjagaan paparan depan yang teruk. 

Paparan depan bermaksud apa yang pelancong pandang secara luaran. Antaranya, rumput di bahu jalan pintu masuk yang tidak dipotong. Bendera-bendera lusuh. Billboard rosak. Bangkai lembu dilanggar yang berhari-hari tidak dialihkan dan sebagainya.

Kritikal pertama ialah sistem meletakkan pusat sampah di tepi jalan utama. Ianya praktikal kepada kemampuan PBT. Tetapi tidak praktikal kepada penjanaan pendapatan melalui pelancongan. Pusat sampah perlu diletakkan di bahagian dalam sedikit dari jalan-jalan utama, terutama jalan pintu masuk negeri dan bandar.

Kritikal kedua ialah warung-gerai tidak sempurna yang didirikan secara kekal di tempat-tempat rasmi negeri (kawasan stadium, kawasan sekolah, kawasan pasar ikon, kawasan pantai dan sebagainya). Dasar dan sifat baik kerajaan negeri memberi peluang peniaga berniaga bebas tanpa peraturan membentuk budaya malas, pengotor dan tidak teratur oleh peniaga-peniaga. Semua ini mencacatkan paparan depan yang akan terpahat di memori pelancong.

Kritikal ketiga ialah perlantikan ahli majlis PBT melalui politik. Kebanyakannya ustaz-ustaz penghafal atau orang-orang kanan pembodek yang tiada kemampuan berfikir. Mereka bagus dari segi ceramah dan penguatkuasaan hukum-hakam termaktub. Tetapi lemah dari segi idea penjanaan ekonomi setempat. 

ii. Kutipan cukai yang lemah.

Kelantan adalah bumi peniaga muslim. Jika di negeri UMNO, 9 dari 10 kedai tayar adalah milik bukan muslim, di Kelantan, 9 dari 10 kedai tayar adalah milik muslim. Jika di negeri UMNO, raya Cina membuatkan muslim kebuluran, kereta rosak tak boleh diperbaiki dan sebagainya, tetapi semua itu tidak berlaku di negeri Kelantan.

Bagaimanapun, Kelantan adalah negeri paling cikai dalam kutipan lesen perniagaan. Sistem pembaharuan lesen perniagaan juga merumitkan. PBT seperti MPKB lebih berminat serbu-menyerbu perkara maksiat. Ianya memang bagus. Tetapi, bab penguatkuasaan perlesenan, penyusunan penjaja dan sebagainya, memang lemah.

Jika penjaja di MPKB sahaja berjumlah 5000, dan semuanya dilesenkan dengan semurah RM50 setahun, bermakna pendapatan MPKB yang boleh dimanfaatkan untuk awam ialah suku juta untuk setahun.

iii. Acara besar yang mematikan bandar-bandar lain.

Para penghafal dalam kerajaan Kelantan memang bagus dari segi menganjurkan acara besar. Ianya membuatkan nama Kelantan naik dalam ingatan rakyat Malaysia. Tetapi semuanya Kota Bharu. Dari segi peningkatan jenama bandar untuk dijual sebagai produk ekonomi, ianya tidak bagus.

Jika dibenarkan Jom Heboh, suruh TV3 buat di Pasir Puteh misalnya. Jika ada tilawah Al-Quran dimana Perdana Menteri hadir, usahakan semampu mungkin buat di Bachok misalnya. Jika dianjurkan ceramah Ustaz Azhar Idrus berganding dengan Ustaz Bollywood, tutup sebatang jalan yang sesuai di bandar Kuala Krai dan buat di situ.

[3] Perbanyakkan pertembungan aliran ilmu.

Serambi ilmu lebih sesuai dari serambi Mekah dari segi ekonomi. Tanpa perlu menukar slogan yang sudah lama dimasyurkan, tetapi, inilah konsep berpotensi sebagai produk pelancongan.

Zaman politik smart phone, rakyat yang minat ilmu tidak berminat lagi mendengar ceramah sehala. Mereka lebih tahu sesuatu isu yang muncul berbanding dengan si penceramah itu sendiri. Tetapi majlis perlawanan ilmu, pertembungan idealogi sangat-sangat digemari. Dan ianya berpotensi menjadi produk pelancongan.

Contoh yang pernah berlaku ialah pertembungan ilmu antara MAZA dan Fathul Bari di Balai Islam Lundang. Diseronokkan lagi dengan telatah Ridhuan Tee. Pertembungan ilmu antara Husam dan Nazri di KTC dan sebagainya. Sekiranya majlis seperti ini disusun dengan kerap, Aktivis Kelantan yakin, ianya akan menjadi satu produk pelancongan tempatan, pelancongan peminat ilmu seluruh negara, penjaja tempatan berlesen yang dihidupkan dan pelbagai lagi sisir ekonomi yang muncul.

[4] Penutup.

Akhir kata, Aktivis Kelantan menegaskan pendirian dunia aktivis adalah tidak taksub kepada jenama, individu atau kumpulan. Tetapi menyokong mengikut tajuk menurut kefahaman masing-masing. Semoga pandangan dan cadangan dari pelbagai pihak dipertimbangkan oleh kerajaan Kelantan kini. Wallahualam

AdukaTaruna
Aktivis Kelantan (AK03)




Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2013/08/surat-terbuka-warning-pas-kelantan.html#ixzz2bkbecQGY

Sunday, 11 August 2013

BN menang PRU13 kerana undi pos dan undi awal kontroversi

Analisa: BN menang PRU13 kerana undi pos dan undi awal yang kontroversi


wargamarhaen.blogspot.com
Terima kasih kepada undi awal dan undi pos yang  kontroversi kerana membolehkan Barisan Nasional (BN)  menang 22 kerusi Parlimen dan seterusnya menguasai lagi Putrajaya, kata badan penyelidik bebas, Merdeka Centre.

Tanpa undi pos dan undi awal juga, MIC tidak akan ada dua wakilnya dalam kabinet iaitu Datuk Seri Dr S Subramaniam (Segamat) dan presidennya, Datuk Seri G Palanivel (Cameron Higland).


Tanpa undi jenis ini, BN juga akan hilang beberapa kerusi di Johor dan Wilayah Persekutuan akan jatuh ke tangan Pakatan Rakyat.

Apa yang lebih penting lagi, tanpa 22 kerusi Parlimen ini, Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak akan mempunyai jumlah kerusi 111 sahaja iaitu jumlah kerusi yang sama dengan kerusi yang dimenangi Pakatan Rakyat.

Maklumat ini diperolehi The Malaysian Insider melalui kajian bentuk pengundian dalam pilihan raya 5 Mei lalu yang dibuat oleh Merdeka Centre.

Data dari semua saluran mengundi di 222 kerusi parlimen dikaji menggunakan dua langkah sistem cluster yang direka khas untuk mengenalpasti kumpulan atau clusters.

Kajian menunjukkan bentuk pengundian pilihan raya 2013 dan mengesahkan pembezaan antara bandar dan luar bandar di Malaysia di samping swing 20 peratus pengundi Cina dari BN.

Merdeka Centre mengesahkan tanpa undi awal dan undi pos, BN akan hilang 22 kerusi Parlimen.

Penemuan ini sudah tentu menyedihkan ahli politik pembangkang kerana sejak beberapa tahun lepas mereka berkempen supaya undi pos dimansuhkan dengan alasan ia membuka ruang untuk menipu.

Ekoran keputusan pilihan raya 5 Mei lalu, PKR, DAP dan PAS telah memfailkan petisyen untuk membatalkan keputusan di beberapa kerusi.

Bantahan utama mereka adalah tentang penipuan dalam undian pos dan undi awal, dengan menunjukkan bagaimana mereka hanya mendapat undi yang sangat sedikit dalam undi ini berbanding pengundian biasa di seluruh negara.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, terdapat 372,000 pengundi awal dan pengundi pos di seluruh negara di kalangan petugas keselamatan, petugas SPR dan media.

Kehadiran mereka dalam beberapa kawasan sangat penting kerana pertembungan yang sengit. Secara puratanya terdapat 1,100 pengundi pos dan 800 pengundi awal bagi setiap kerusi Parlimen.

Menurut Merdeka Centre, selepas menganalisa data itu, mereka merumuskan, BN boleh kehilangan sehingga 30 kerusi Parlimen jika tidak ada undi awal dan undi pos.
Kerusi-kerusi itu adalah:

Segamat (93.3% pengundi pos dan undi awal untuk BN), Bagan Serai (82.6% BN), Muar (87.2% BN), Pulai (88.8% BN), Jerai (74.2% BN), Balik Pulau (89.5% BN),Machang (79.2%  BN), Labis (89.75% BN), Kuala Selangor (71.7%for BN), Beaufort (71.7%for BN), Kuala Kangsar (76%for BN), Hulu Selangor (83.9% BN), Sungai Besar (75.1% BN), Baram (89.2% BN), Kulim-Bandar Baharu (88.8% BN), Pasir Gudang (89% BN), Tangga Batu (86.4% BN), Titiwangsa (78.9% BN), Tasek Gelugor (68% BN), Tenom (87.6% BN), Bentong (89.9% BN), Cameron Highlands (91.3% BN), Merbok (80.5% BN), Ketereh (81.6% BN), Setiawangsa (81.9% for BN), Mas Gading (72.3% BN), Keningau (78.4% BN).

Antara mereka yang menang kerana undi pos dan undi awal adalah Presiden MIC, Palanivel. Dia menang kerusi Cameron Highland dengan majoriti 462 undi selepas mendapat 91.3 peratus undi pos dan undi awal.

Calon lain adalah Datuk Chua Tee Yong, anak presiden MCA. Dia menang kerusi Labis dengan 353 undi majoriti selepas mendapat 89.7 peratus undi pos dan undi awal.

Dalam laporannya, Merdeka Centre merumuskan, "Implikasi dari undi pos dan undi awal dalam pilihan raya ini sudah pasti menyebabkan masyarakat sivil dan pembangkang akan terus menekan SPR membuat reformasi dalam proses pilihan raya."

Friday, 9 August 2013

Putuskan Syiah Boleh Di Amalkan Di Mslaysia?

Apa Dia? Majlis Fatwa Kebangsaan Tahun 1996 Putuskan Syiah Boleh Di Amalkan Di Mslaysia?

noreply@blogger.com (Addin Deen) at Addin - 1 day ago
Shia Right Watch (SRW) satu organisasi yang melindungi kepentingan pengikut Syiah sedunia meminta layanan adil dari kerajaan terhadap pengikut syiah di negara ini. Permintaan itu terkandung dalam surat yang dikirimkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir. Pengerusinya, Mustafa Akhwand melahirkan kebimbangan terhadap ancaman hak asasi manusia yang diterima oleh pengikut Syiah di Malaysia dan meminta Perdana Menteri agar segera mengatasi masalah tersebut. ... more »


Dr. Mahathir Tahu Rahsia Pak Lah.. Tapi Tetap Mengkritiknya

noreply@blogger.com (Addin Deen) at Addin - 54 minutes ago
Kritikan ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad yang dibuat Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi dalam buku biografi berjudul “The Awakening” diumpamakan seperti 'pulang paku buah keras' kata blogger Datuk A Kadir Jasin. Menurut bekas Ketua Pengarang New Straits Time Press itu kritikan yang dilakukan ke atas Dr Mahathir bukanlah satu yang mengejutkan.Ini kerana kata beliau sekiranya Dr Mahathir sering mengkritik mantan Perdana Menteri ke lima itu maka tidak hairanlah Abdullah juga turut melakukan perkara yang sama. "Ia agak melucukan apabila sesetengah pihak yang mendakwa ke... more »

UMNO BN dah berjaya...latih rakyat Malaysia..berkaitan SEX dan budaya LUCAH

UMNO BN dah berjaya...latih rakyat Malaysia..berkaitan SEX dan budaya LUCAH


VIDEO BUDAK KANTOI BERONANI DI KAFE SIBER PADA HARI RAYA

biaqpila hensem at Biaqpila™ - 10 hours ago
Ketika kanak-kanak yang lain sedang sibuk bermain bunga api dan menziarahi dari rumah ke rumah untuk mengumpul duit raya, dua orang kanak-kanak yang lengkap berbaju melayu ini pula sedang asyik menonton video tidak senonoh dan aksi mereka berjaya dirakam oleh CCTV di sebuah Kafe Siber, Kuala Lumpur. Seorang daripada kanak-kanak tersebut diperhatikan sedang beronani sebelum penjaga Kafe tersebut menyergah dan seterusnya memarahi mereka berdua apabila perasaan aksi yang terakam di CCTV. *VIDEO* *#Apa nak jadi dengan budak zaman sekarang* tengoktvonline *KILANG UTK DISEWA DI S... more »


4 INSIDEN TEMBAKAN DI HARI RAYA.....MALAYSIA MASIH SELAMAT BEB!!!

biaqpila hensem at Biaqpila™ - 2 hours ago
Empat insiden tembakan berlaku dalam masa 24 jam semasa umat Islam menyambut hari raya semalam dengan dua di Pulau Pinang dan masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Perak. Di Kuala Lumpur, insiden senjata api dilaporkan berlaku di sebuah restoran Pelita,Desa Seri Hartamas kira-kira 7.30 pagi semalam. Kejadian disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah menyatakan dari siasatan awal mendapati ia sebagai kemalangan akibat perlakuan sendiri. Mangsa merupakan seorang lelaki India berusia 27 tahun bekerja sebagai pemandu teksi dan pengutip hutang sambil... more »

Monday, 5 August 2013

Pemimpin Umno.. Derhaka kepada kereta nasional terbongkar

Ada RM1000.00 ...kita dah BOLEH...upah gangster...untuk BUNUH orang...kah kah...Malaysia BOLEH...


Memang Malaysia Lebih Murah dari Negara Jiran.. ini faktanya..

Demo LaNie at Demo LoNie - 4 hours ago
*'Upah bunuh kini cuma RM1,000'* *(Ogos 5 2013 ) Selepas akhbar Singapura melaporkan dakwaan pembunuh upahan boleh diperoleh dengan RM5,000 di Malaysia, akhbar tempatan pula hari ini melaporkan harganya lebih rendah lagi.* * * *Sebuah harian berbahasa Melayu melaporkan pembunuh upahan boleh diupah serendah RM1,000, yang ironinya menepati tajuk kontroversi The New Paper Singapura bahawa "death is cheap" (murah untuk mati) di Malaysia.* * * *Dalam temubual dengan Sinar Harian,penganalisis jenayah Datuk Akhbar Satar ditanya sama ada faktor upah serendah RM1,000 punca peningkatan pembunuh... more »


Buang semua atur-peraturan perlembagaan, kekalkan BAB 3 saja

Demo LaNie at Demo LoNie - 4 hours ago
*UMNO sebuah parti yang teramat unik sekali dalam pembacaan kita yang berada di dunia ini. UMNO adalah sebuah parti lemah kepimpinannya tetapi tetap memegang kuasa kerana keunikan politik di negara ini. UMNO perlu diubah hanya dalam keadaan tertentu sahaja.* *Semasa UMNO lemah ia tidak perlu diubah kerana kelemahan itu dilakukan oleh semua yang berkuasa. UMNO terpaksa mengubah kepimpinannya apabila parti itu hanya mendapat 140 kerusi dan hilang dua pertiga. Itu yang dihadapi oleh Abdullah Badawi pada PRU ke 12 dahulu. Jika mendapat rendah dari angka itu UMNO tidak perlu diubah.* * *... more »


Apa Lagi Perkasa Mahu?

Demo LaNie at Demo LoNie - 4 hours ago
*Perkasa bersuara lagi. Kali ini ia mencadangkan agar kerajaan menarik kerakyataan Namewee yang didakwanya "biadap" dan "kurang ajar" berikutan posting videonya di youtube yang mengkritik kerajaan kerana bersikap "double standard" berhubung penangguhan tayangan filem New Village yang sudah ditetapkan tariknya oleh Finas.* *Berikutan tindakan kerajaan itu, Namewee telah berleter panjang lebar dalam video terbarunya mengenai sikap kerajaan yang didakwanya "double standard" bukan saja dalam isu filem New Village tetapi juga dalam beberapa isu lain berkaitan dirinya yang pernah berhadap... more »


Rahsia Pemimpin Umno sanggup derhaka kepada kereta nasional terbongkar!!


Dulu dulu...Tanah Melayu..dijajah oleh Syarikat Hindia Timur Inggeris..sekarang SYARIKAT Kroni BN UMNO pulak...menjajah majoriti orang Melayu...yang bukan ahli UMNO...atau bukan KRONI..BN UMNO...
Demo LaNie at Demo LoNie - 4 hours ago
*"Adakah ianya disebabkan kereta kedua-dua model kereta Honda ini dipasang oleh kilang DRB-Hicom di Pekan di mana syarikat ini milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary?..* * * * * *kedua-dua model kereta Honda ini ialah kereta Completely Knocked-Down (CKD) yang dipasang oleh kilang DRB-Hicom di Pekan, Pahang, iaitu kawasan Parlimen Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak... * * * *"Yang pasti ialah pemimpin-pemimpin Umno telah hilang kredibiliti mereka apabila mereka sanggup "menderhaka" terhadap kereta nasional.* -------------------------------------------------------------- *PETALIN... more »

BODEK TAHAP DEWA. JOM SALAHKAN ANWAR

BODEK TAHAP DEWA. JOM SALAHKAN ANWAR

atsixty at ZAKRI ALI - 1 hour ago
*Macai detected!...* * * *MUAR - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim membidas pihak tertentu yang menyalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana didakwa gagal menangani isu peningkatan kes jenayah berat selepas kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Ordinan Darurat 1960. Beliau berkata perbuatan itu tidak wajar kerana mendakwa pihak berkenaan yang dahulunya mendesak kerajaan supaya memansuhkan akta dan ordinan tersebut kerana kononnya sudah lapuk serta tidak relevan lagi untuk diamalkan di negara ini. "Mereka k... more »


'Kenapa kereta rasmi yang dipasang di Pekan?'

atsixty at ZAKRI ALI - 43 minutes ago
*Tindakan kerajaan mahu menggantikan kereta rasmi keluaran Proton dengan model Honda dipertikaikan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Rakyat.* * Lau Weng San (Kampung Tunku) mempersoalkan, kenapa kereta Proton Inspira kegunaan pegawai perkhidmatan gred utama yang masih baru perlu ditukar kepada Honda Accord 2.0L. "Kedua, mengapa kerajaan menggunakan kereta Honda Accord 2.4L dan 2.0L dan bukan kereta-kereta yang lain?" soal ADUN DAP itu. "Adakah ianya disebabkan kereta kedua-dua model kereta Honda ini dipasang oleh kilang DRB-Hicom di Pekan di mana syarikat ini milik ...more »


Panas!! NGO berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat Sokong Syiah..

Agen DSAI at AGEN DSAI.... - 32 minutes ago
Isu Syiah: NGO antarabangsa utus bantahan pada PM Sebuah NGO antarabangsa berkaitan Syiah menyatakan bantahannya terhadap layanan terbaru kerajaan Malaysia terhadap komuniti penganut ajaran itu di negara ini, termasuk cadangan mengharamkan bahan bercetak, termasuk novel. Bantahan itu dinyatakan Shia Right Watch (SRW) melalui surat rasmi kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, Menteri Besar Kedah Mukhriz Mahathir dan menteri agama Jamil Khir Baharom. "Organisasi ini berharap kerajaan Malaysia membuat keputusan yang betul dengan mengiktiraf orang Syiah sebagai warganegara yan...more »