ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Saturday, 2 November 2013

10 tahun lagi..kita kena ..ada duit..JUTA JUTA JUTA..kalo nak hidup di MALAYSIA...kah kah kah kah


BAYANGKAN tahun 2023 – mungkin sedekad sahaja lagi tapi
kalau tidak dikawal dengan hati-hati, mampu memperlihatkan harga secawan teh tarik bernilai RM6.25; iaitu 5 kali ganda harga sekarang. 

Malangnya, gaji purata tetap malar pada kadar RM2,900 sebulan.

Ramalan Bank Amerika Merrill Lynch, rakyat Malaysia akan 
dikategorikan sebagai ‘Muda dan Miskin’ pada tahun 2030 kelak. Senario sebegini – di mana harga barangan yang tinggi diganding gaji yang tetap rendah bakal menjadi realiti anak-anak kita – hakikat barang naik bakal menghantui kehidupan kita seharian.

Bagaimana pula harga rumah? 
Garis panduan Bank Dunia 
meletakkan harga rumah sepatutnya berada kira-kira 5 kali 

ganda berbanding pendapatan purata tahunan. 

Pada ketika ini, harga rumah di Malaysia berada kira-kira 8 kali ganda berbanding pendapatan purata tahunan. 

Sekiranya perkara ini dibiarkan terus meningkat, anak-anak kita mungkin tidak akan mampu memiliki rumah mereka sendiri masa akan datang.

Harga kereta mencecah 40 kali gaji purata berbanding 20 kali hari ini. Ditambah dengan harga petrol, tol dan parkir, memiliki sebuah kereta hanya impian. 

Nampaknya anak-anak terpaksa meminjam kereta kita untuk ke sana sini.

Harga makanan, bil elektrik dan harga barangan harian
melambung memerlukan anak kita menggunakan kad kredit dengan kadar faedah bulanan tinggi, itu pun kalau layak memohon. Ketika ini hutang isi rumah antara tertinggi di Asia pada RM770 bilion iaitu 83% KDNK.

Realiti ini bakal dialami majoriti anak-anak kita terutamanya anak-anak Melayu. Tetapi ada segelintir kecil anak-anak Melayu atasan selesa hidup mewah hasil usaha ibu bapa elit yang ahli atau penyokong kuat sebuah parti politik. 

Golongan ini hanya 0.1% orang Melayu dan selebihnya 99.9% tetap bergantung kepada BR1M dan subsidi; itu pun jika kewangan negara 10 tahun mendatang masih mampu. 

Bagaimana ini berlaku? Situasi ‘Jurang Kemiskinan’ atau lebih tepat ‘Jurang Kemiskinan Melayu’ diukur dengan indeks kemiskinan GINI 0.43 antara yang tertinggi di dunia. 

Statistik menunjukkan golongan berpendapatan paling rendah dikalangan 40 peratus isi rumah terbawah adalah Melayu walaupun 56 tahun merdeka.

Namun negara kaya dengan sumber asli seperti balak dan
minyak. Petronas menyumbang RM732 bilion kepada kerajaan semenjak 1974. 

Dari 1999, bajet kerajaan sentiasa defisit sehingga hutang rasmi dan tidak rasmi kerajaan mencecah lebih 65 peratus KDNK pada RM630 bilion; ke mana dan siapa mendapat manfaat daripada semua ini?

Jika dilihat siapa memandu kereta-kereta mewah berharga 20 kali harga rumah teres atau membeli banglo mewah berharga RM7 juta bersamaan 200 buah rumah projek perumahan rakyat; memakai cincin, beg tangan, perhiasan atau fesyen berjenama; barulah kita faham ke mana perginya RM1,300 bilion atau RM1.3 trilion.

Melihat proses pilihan raya yang nyata memenangkan pihak
tertentu dan laporan Ketua Audit Negara maka punca ‘Jurang Kemiskinan Melayu’ sudah terang lagi bersuluh adalah mereka yang bertopengkan fahaman kebangsaan yang dipesongkan.

Oleh demikian bagaimana masa depan anak kita dapat diselamatkan? Jawapannya jelas; kita mesti bangkit menuntut perubahan melalui reformasi. Ini adalah tuntutan ‘haq’ dan mesti dijadikan jihad demi masa depan anak kita.

Kita wajib menuntut reformasi demokrasi bermula dengan proses pilihan raya telus dan adil; reformasi sistem Parlimen melalui penubuhan jawatankuasa tetap memantau semua kementerian termasuk penggubalan dasar dan akta-akta, hak meratifikasikan perjanjian antarabangsa agar kedaulatan negara tidak tergadai serta peluang mengusulkan perundangan oleh pembangkang agar prinsip pemisahan kuasauntuk fungsi timbang-tara pentadbiran berjalan lancar.

Kita wajib menuntut reformasi ekonomi dengan memberhentikan ketirisan akibat rasuah dan melaksanakan dasar-dasar ekonomi saksama di mana persaingan sihat menurunkan harga rumah, kenderaan dan barangan sara hidup.

Kita wajib menuntut reformasi pendidikan bermula dengan tidak mempolitikkan pendidikan dan meningkatkan mutu pembelajaran secara serius dan radikal.

Tumpuan kepada kaedah berfikir dengan kreativiti dalam sukatan, peningkatan kualiti kemahiran guru-guru serta peningkatan suasana pembelajaran di sekolah-sekolah melalui prasarana taraf dunia dengan penggunaan teknologi terkini mesti disegerakan.

Demi anak-anak kita, marilah kita bersatu menuntut reformasi segera dibincangkan. Hakikatnya kita semua satu Malaysia yang inklusif bukan eksklusif untuk golongan 0.1% sahaja. Ingatlah 10 tahun bukan masa yang panjang. 

(Malaysia Bakal Hancur dan Najib Razak Akan Bertahan Sebagai Perdana Menteri Sehingga Tahun Ini Sahaja)

Berubahlah sebelum parah. Kebodohan dan kesilapan Penganut 47% dan Para Macai Sekeliannya mengundang muflis. Kembalilah kepada Islam, Keadilan dan Ketelusan agar negara ini dapat diselamatkan. 

Janganlah terjadi disuatu masa nanti anak-anak kita akan kencing berdiri di atas kuburan orangtuanya kerana kesilapan kita hari ini.

Sunday, 27 October 2013

Rumah Anak Yatim..KUANG Selangor..kehabisan BERAS weh



>> SUNDAY, OCTOBER 27, 2013

Terima dari sms kawan.

Saya hanya cuba bantu menyampaikan mohon bantuan kpd yg mampu:

Kasihan melihat rumah anak yatim dan asnaf yang sudah kehabisan beras dan makanan sejak 2 hari lepas. Mohon bantuan orang ramai untuk sedekahkan beras atau telor atau apa sahaja barangan untuk keperluan makanan anak2 disana. Subhanallah....

Kepada yang dimurahkan Allah SWT dengan rezeki berlebihan, marilah kita bersama2 menghulurkan serba sedikit apa yang sepatutnya...:

Pusat Jagaan Budi Bistari
Lot 4172, Lorong Serai 13, Kampung Sungai Serai, 48050 Kuang, Selangor D.E.

Lokasi GPS : 3^17'00. 03"N 101^31'40 . 54E

Tel: 017-349 4313 (Ustazah Khairul Bariah) atau 019- 918 9223

E-mel: kbariah@baitulkasih.org.my

Akaun Maybank : 5621 8812 8345 PK Baitul Kasih

MOHON SEBARAN kepada muslimin dan muslimat yang lain.... Masya Allah Tabarakallah...

(Nak jer.... gua suruh Ustazah nih pi minta mantuan dari mana2 Gereja.... pasti terbela anak2 Yatim tuuuu.... hahahaha... nauzubillah...)

Saturday, 26 October 2013

Negara ISLAM Malaysia..tak boleh buat Majlis KORBAN di sekolah...

PADAN MUKA MELAYU UMNO...Hulu Selangor...sampai buat majlis..BACA YASIN..kat Masjid Kuala Kubu Bharu...punya nak MENANGkan..KAMAL (nama Muslim yang UMNO bagi )...keh keh keh...


Kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran II, P Kamalanathan bahawa Kementerian Pelajaran tidak membenarkan penyembelihan lembu di sekolah, telah menghina Islam, kata PERKASA semalam.

"Kenyataan ahli parlimen P Kamalanathan yang tidak membenarkan ibadah korban dilakukan di sekolah adalah satu tindakan yang menghina orang Melayu dan seluruh Umat Islam," tulis Ketua Wira PERKASA, Irwan Fahmi Ideris dalam blognya.

"Sedangkan kami tidak pernah mempertikaikan upacara-upacara keagamaan kamu. Kamu juga tidak hormat kepada agama kaum majoriti di negara ini," katanya.

Posting bertajuk "P Kamalanathan Jangan Kurang Hajar" itu, juga tidak menyebut pemimpin MIC dan MP Hulu Selangor itu sebagai timbalan menteri .

Irwan mengulaskan penjelasan Kamalanathan pada hari Khamis bahawa penyembelihan lembu di SK Puchong Jaya di Selangor semasa Aidiladha minggu lepas tidak pernah dibenarkan oleh pihak kementerian.

Kamalanathan, dalam usaha untuk meredakan bantahan bukan Islam berhubung perkara itu, berkata sekolah tersebut tidak memaklumkan kepada kementerian rancangannya itu, jika tidak mereka akan dinasihatkan supaya mengadakannya di sebuah surau berdekatan.

Bagaimanapun, timbalan menteri itu mengelak soalan media mengenai sama ada kementerian bercadang untuk mengeluarkan surat pekeliling untuk mengingatkan sekolah mengenai perkara itu, dengan berkata "tidak perlu" untuk itu.

"Kepimpinan Wira menggesa supaya ahli parlimen ini berhenti bercakap tentang agama Islam, jangan jadi "kacang lupakan Kulit".

"Hormat sedikit," tambah Irwan.

'Tumbangkan Kamalanathan'

Beberapa ibubapa bukan Islam mengadu bahawa tindakan sekolah tersebut sebagai tidak sensitif dan tidak sesuai untuk para pelajar.

Penganut agama Hindu dan Buddha menganggap lembu sebagai haiwan suci.

Sementara itu, Irwan memberi amaran kepada Kamalanathan (kiri) bahawa dia harus menarik balik kenyataannya atau ditumbangkan dalam pilihan raya umum akan datang.

"Kepimpinan Wira juga menggesa orang-orang seperti ini kita tumbangkan pada PRU yang akan datang.

"Kena ingat kawasan anda mempunyai ramai orang melayu, jika tidak menarik balik, kita tunggu PRU yang akan datang," kata Irwan.

Laporan AUDIT...hanya LAWAK JENAKA UMNO BN

Ada SESIAPA...yang dah ditangkap...dan di DAKWA..di mahkamah...tak ada ...kan kan kan...WALAUPUN...berbillion DUIT rakyat dan HARTA rakyat...hilang..di SALAHGUNAkan...

BN UMNO...hanya ketawa...ketawa..ketawa..PEMBAYAR CUKAI juga lah...yang di BANGANGkan..pasal TAKUT nak TUKAR ..KERAjaan...KERA KERA KERAjaan...


3 October 2013 by denaihati 71 Comments



Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, Malaysia sedang heboh dengan kisah cacat cela pentadbiran berdasarkan Laporan Audit Negara 2012. Laporan Audit Negara ini dikeluarkan menjelang pembentangan belanjawan 2014 pada 25 Oktober 2013. 

Aku biasa melihat daripada sudut yang berbeza. Bagi aku keberanian Kerajaan di bawah kepimpinan DS Najib Razak adalah luar biasa kerana berani mendedahkan kelemahan pemerintahan sendiri.

Saya memandang serius pendedahan dalam Laporan Ketua Audit Negara. Jika kita serius melakukan transformasi kearah kerajaan yang lebih telus dan amanah, laporan tersebut tidak boleh diketepikan. Rakyat tidak mahu melihat pemimpin-pemimpin kerajaan membisu tentang laporan ini.

Saya juga tidak boleh menggunakan alasan bahawa laporan ini adalah tentang perbelanjaan di KBS sebelum saya dilantik sebagai menteri. Prinsip kebertanggungjawaban bersama atau collective responsibility bermakna saya mesti menjawab dan bertindak keatas apa yang berlaku dalam kementerian saya. 

Kita tidak boleh lari dari tanggungjawab dan amanah. Oleh itu saya telah jelaskan bahawa dalam kes claim kerja yang dibayar oleh Majlis Belia Malaysia dimana pembayaran untuk kerja yang sama dibuat beberapa kali, pihak SPRM telahpun menjalankan siasatan dan saya diberitahu siasatan tersebut sudah sampai peringkat terakhir.


Mengenai konsert K-pop di sambutan Hari Belia 2012 yang mendapat perhatian orang ramai – memang betul konsert ini dibiayai oleh KBS. Kenyataan awal bahawa konsert itu ditaja oleh pihak swasta dibuat kerana pada ketika itu ada tawaran dari pihak swasta untuk menaja aktiviti tersebut. 

Namun, tajaan itu akhirnya tidak diberi dan KBS terpaksa tanggung pembayaran untuk konsert K-pop di Hari Belia 2012. Untuk makluman, acara konsert K-pop dibatalkan untuk Hari Belia 2013 dan seterusnya.

Mengenai perkara-perkara lain yang dibangkitkan dalam laporan audit, saya telah minta maklumbalas yang terperinci dari pegawai-pegawai tinggi KBS sebelum tindakan selanjutnya diambil pada pihak berkenaan yang bertanggungjawab keatas kes-kes tersebut. 

Yang pasti, kami di KBS akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan ketirisan dan kepincangan dapat diatasi. Dana karajaan adalah wang rakyat. Kita mesti accountable pada setiap sen yang dibelanjakan. Harap maklum dan kalau ada apa-apa lagi perkembangan saya akan muat naik disini. – YB Khairy Jamaluddin

Kerajaan bukan 100% peratus bergantung kepada Perdana Menteri dan kabinet tetapi dianggotai berjuta kakitangan dari jawatan Ketua Setiausaha Negara hinggalah Pekerja Am. Setiap jawatan mempunyai tanggungjawab dan kuasa yang diberi untuk membuat keputusan berdasarkan “General Order” yang disediakan tetapi berdasar pengalaman terlalu ramai yang pandai memanipulasi sistem untuk kepentingan kumpulan atau diri sendiri. 

Kepincangan yang terdapat dalam Laporan Audit Negara 2012 adalah salah satu makanisme penilaian kegagalan pegawai-pegawai tertentu menjalankan tanggungjawab. Menjadi tugas Pemimpin Kerajaan mengambil tindakan tegas kepada pegawai-pegawai yang terlibat terutama kepada kes-kes sama yang berulang lagi.


Memang ramai yang mengecam kepincangan yang berlaku kerana nak mengutuk bukan susah tetapi kalau kita berada dalam suasana seperti pegawai-pegawai yang terlibat mungkin kita akan buat lebih teruk daripada mereka. 

Aku pernah bekerja sebagai kakitangan kerajaan selama enam tahun dan sebagai usahawan pernah berurusan berbagai projek dengan berbagai agensi kerajaan … selagi kiblat hidup WANG memang susah nak mencari manusia yang jujur. Ketidak jujuran itulah sebab paling utama berlaku semua kepincangan yang disebut dalam Laporan Audit Negara setiap tahun.

Sebenarnya aku bukan nak ulas sangat cerita Laporan Audit Negara 2012 yang telah banyak diperkatakan termasuklah oleh sifu Blogger. Yang aku tak puas hati sebenarnya apabila Ketua Audit Negaramerendahkan martabah Blogger. 

Bayaran RM1000 untuk Blogger dikatogerikan “perbelanjaan tinggi” begitu juga elaun harian Blogger RM500 juga dikatogeri sebagai “perbelanjaan tinggi”. Jadi apa sebenarnya nilai Blogger adakah seperti kata Blogger EjamOthman, Blogger hanya layak dapat “goodies bag” seperti yang dilakukan oleh beberapa Agensi Kerajaan dan Syarikat PR.


Aku memang tabik dengan beberapa Top Blogger Malaysiaantaranya Aman Firdaus yang sentiasa berkerja kuat membina martabat blog sehingga terkenal bukan sahaja di Malaysia. Aman Firdaus setiasa ada di kebanyakan event teknologi dan bukan semua event tersebut berbayar. 

Tanpa banyak soal beliau seperti wartawan akan menyiarkan entri untuk informasi terkini kepada pembaca setia tetapi hasilnya dengan trafik yang masuk telah mengukuhkan jenama Amanz.my sehingga nilai advetorial di blog Amanz bukan ratusan tapi ribuan ringgit lebih dari nilai RM1000 yang disangka mahal oleh Ketua Audit Negara … tak percaya cuba tanya. 

Nilai advetorial bukan murah sebenarnya kerana selagi entri tersebut ada dalam blog selagi itu trafik akan mengalir ke jenama yang di iklankan.

Komen dari seorang Blogger : memang ada blogger bayar mahal – tetapi itulah, bagaimana mahu menilai harga seorang blogger/blog itu? Seperti saya, yang agak sukar untuk hadiri event, apatah lagi bukan blogger yang popular dan dikenali, dengan niche yang agak sempit untuk pengiklan … meletakkan harga terlalu tinggi akan buatkan blog kehilangan pendapatannya.

Tugas menaikan martabat Blogger adalah diri kita sendiri sehingga Ketua Audit Negara dan Pengiklan dapat menghargai nilai sebenar Blog tanpa perlu mempersoalkan nilai sebenar. 

Amanz.my, Beautifulnara.com, Paultan.org semua bermula dari sebuah blog kecil yang dibina dengan penuh strategi sehingga menjadi sebuah blog idola. Kita mesti belajar bagaimana mereka membina jenama dari zero menjadi hero dengan mengenepikan berbagai alasan yang menjadi tembok kejayaan.

Sebagaimana Laporan Audit Negara begitu juga kita sebagai Blogger mesti sentiasa audit diri dan blog dari masa kesemasa jika mempunyai cita-cita tinggi untuk berjaya menjadi seorang usahawan Blogger.

Seperti kata Blogger Eizil, KITA MAMPU MENGUBAHNYA sehingga Blogger dipandang dengan nilai sebenar oleh mereka yang berkenaan cuma ingat pendapatan Blogger bukan sahaja dari event … ada banyak lagi cara lain.

Mari baca artikel menarik di bawah

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, demam lelaki kacak semakin menghilang kini diganti dengan demam ... BACA SELANJUTNYA »

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, dalam industri blogging tanahair pada masa sekarang, kita dapat lihat perkembangan yang positif…. ... BACA SELANJUTNYA »

Firman ALLAH swt surah Al-A’raf ayat 100 yang ertinya : Atau apakah belum jelas… ...BACA SELANJUTNYA »

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, apa bezanya dengan perkataan aku seorang Usahawan, aku seorang Doktor, aku seorang Jurutera,… ... BACA SELANJUTNYA »

Minggu lepas saya ada berkongsi idea saya tentang 1Malaysia. Ada beberpa komen yang membina… ... BACA SELANJUTNYA »

Friday, 25 October 2013

Cukai GST...atau cukai SST..???

Lagi banyak RM RM RM...mengalir masuk ke SYARIKAT KRONI..pasal CUKAI GST lebih 8% dari cukai yang sedia ada...makin banyaklah PROJEK atas KERTAS dan atas angin...


Okey. Bagi yg x berapa faham bagaimanakah GST ni lebih membebankan rakyat banding cukai sedia ada (sst)? Mmg dr segi kasar, GST nampak lagi murah banding SST (6% berbanding 5-10%) tapi kena ingat - GST ni ialah "cukai berperingkat" manakala SST pula ialah "cukai seperingkat".

X faham? Baik. SST hanya dikenakan di peringkat PENGILANG. Ianya x dikenakan pada pemborong dan peruncit. Sedangkan GST dikenakan kat setiap peringkat - pengilang kena, pemborong kena, peruncit pun kena.Ini bermakna jumlah cukai utk GST adalah 3 kali berbanding SST. 

Misalnya produk A dikenakan cukai SST 10%, 10% je la sbb hanya pengilang yg kena. Tp kalu ikut GST, 6% x 3 = 18%! 

Sebagai cth : produk A harga kilang RM20

• cukai SST : RM20 x 10% (pengilang) = cukai RM2.

• cukai GST : RM20 × 6% (pengilang) = cukai RM1.20.

[RM20 + RM1.20 (cukai kilang)] x 6% (cukai pemborong) = cukai RM1.27.

[RM21.20 + RM1.27 (cukai borong)] x 6% = cukai RM1.35. 

Bermakna kalu ikut sst, jumlah cukai ialah RM2 SAHAJA tapi kalu ikut GST, cukainya ialah RM3.82! 

Dan yg bestnya, sebahagian cukai ni ditanggung rakyat! GST lg menyenangkan? Memurahkan?

Terima kasih kerajaan prihatin 

Kreadit Dr Amirul Amin


GST 6% berkuatkuasa 1 Apr 2015

 5:20PM Okt 25 2013 


Setelah pelbagai spekulasi, kerajaan akhirnya mengumumkan Cukai Barang & Perkhidmatan (GST) 6 peratus akan diperkenal.

Ia akan menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) yang akan dimansuhkan.

Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak membentangkan cadangan itu dalam pembentangan Bajet 2014 hari ini.

Pengumuman itu disambut sorakan bantahan anggota Parlimen pembangkang yang konsisten menentang cukai itu daripada dilaksanakan.

Menyambung pembentangannya, beliau yang juga perdana menteri berkata, GST sistem percukaian terbaik kerana majoriti negara dunia pakai sistem itu.

Antara intipati berkaitan cukai tersebut yang diumumkan oleh Najib dalam Bajet 2014:

GST tidak akan dikenakan bagi bagi bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik.

Perkhidmatan pengangkutan seperti bas, kereta api, LRT, teksi, feri, bot, tol lebuh raya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan dikecualikan daripada GST.

GST tidak dikenakan kepada barangan makanan asas, bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan pengguna domestik; perkhidmatan yang disediakan kerajaan seperti pengeluaran pasport dan lesen, persekolahan serta kesihatan.

Turut dikecualikan GST perkhidmatan pengangkutan, jual beli dan sewaan rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan terpilih.

Apabila GST dilaksanakan pada 2015, kerajaan akan beri bantuan tunai RM300 sekali bayar kepada penerima isirumah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M); kadar cukai individu akan dikurangkan 1 hingga 3 mata peratusan; dan struktur cukai pendapatan individu disusun semula.

133 ribu ribu ribu..KP hilang dalam 3 bulan..???

Friday, 25 October 2013
Sebelum pilihanraya..bagi KP kat HANTU untuk mengundi..lepas mengundi..kutip balik dan LUPUSkan..keluarlah berita TV dan akhbar..KP hilang..KONON..KONON..KONON...

INGAT LAGI KES 133,000 KAD PENGENALAN YANG HILANG?

INGAT LAGI PEREMPUAN INI?

Kalau tak ingat, meh Yong jentik ingatan komer melalui keratan akhbar ini:


HILANG KP DEKAT PRU13

Sebelum PRU13, perempuan ini sama famousnya dengan Pengerusi SPR. Yong takde nak ulang tulisan. Kalau miss baca jer di sini.

Menurut berita 3 orang kaum kerabat malaun perompak yang membunuh pegawai bank itu juga memiliki KP palsu:

SENANGNYA DAPAT KP PALSU

Adakah malaun-malaun ini sebahagian daripada 133,000 pemilik haram KP yang diberitakan hilang itu?

Nampaknya kekhuatiran menteri tentang kewujudan sindiket dan penggunaan KP palsu untuk tujuan melakukan jenayah telah menjadi kenyataan.

Syarikat Pengawal Keselamatan dipersalahkan. Bagaimana dengan JPN?

Syukur! Malaysia masih aman!

ENDLESS POSSIBILITIES

Wednesday, 16 October 2013

Ranking Blog pro PR terkini 16 Oktober 2013



M'sia
01/10 PRblog
16/10 
M'sia

01/10 PRblog
01/10 M'sia

+/- Turun

Naik
AmenoWorld 414 1 413 1 -1 0
Anak Sungai Derhaka 447 2 466 2 19 0
Kelab Greenboc 589 3 567 4 -22 1
Tukar Tiub 591 4 559 3 -32 -1
ek-eleh 778 5 920 5 142 0
Addin 1095 6 1267 8 172 2
Mohd Sayuti Omar 1140 7 1546 11 406 4
Omak Kau 1230 8 1243 6 13 -2
Cenangau 1246 9 1564 12 318 3
Warta Subhi 1328 10 2391 17 1063 7
Biaqpila 1399 11 1605 14 206 3
Kedahlanie.info 1571 12 1472 9 -99 -3
Dunia Cacamerba 1591 13 1532 10 -59 -3
Kerengga 1607 14 1596 13 -11 -1
Gendang Perang 1713 15 1253 7 -460 -8
Kerajaan Rakyat 1811 16 1862 16 51 0
Manjongmari 1859 17 2478 18 619 1
IdaMan 1973 18 1798 15 -175 -3
Milosuam 1978 19 2589 20 611 1
Sedaka Sejahtera 2383 20 3168 23 785 3
Kerabu Bersuara 2462 21 3187 24 725 3
Kachip Emas 2636 22 2562 19 -74 -3
Warta Maya 2890 23 2812 21 -78 -2
Ibnu Hasyim 3071 24 3520 25 449 1
Penburuk 3147 25 4403 28 1256 3
Era Pasca 3229 26 2953 22 -276 -4
Bloglist Malaysia 3276 27 3847 27 571 0
Naimnikmat 3996 28 5077 30 1081 2
Mountdweller 4361 29 7238 35 2877 6
Cananglahnie 4577 30 3805 26 -772 -4
Zakri Ali 4923 31 5282 31 359 0
Haluan Kiri 5234 32 5584 32 350 0
Kedah.kini 5821 33 4508 29 -1313 -4
Al-Husseyn 5847 34 8559 41 2712 7
Batu vs kayu 6468 35 7271 36 803 1
Aspan Alias 6776 36 12548 55 5772 19
Cipan Tapir Tenuk 7164 37 12023 54 4859 17
Kita Bantai 7248 38 7895 38 647 0
Mat Indera Sipejuang 7448 39 14878 62 7430 23
Idah Salam 7521 40 5706 33 -1815 -7
Kedah-Online 7547 41 6199 34 -1348 -7
Pahang Daily 8183 42 8359 39 176 -3
Ikutsukaaku ISA 8423 43 9405 45 982 2
Tempayan Retak 8553 44 8383 40 -170 -4
PASPB 8554 45 9645 47 1091 2
Yong suka kuning 9089 46 9682 48 593 2
Sokong PR 9630 47 8909 43 -721 -4
Malaysiaberih 10137 48 9641 46 -496 -2
Pakat-pakat kalih 10170 49 9317 44 -853 -5
Orang Ni 10594 50 14525 60 3931 10

Salehudin 11258 51 12896 56 1638 5
Siyasahsyariah 11304 52 11653 53 349 1
Kopitiam Bang Nan 11658 53 15240 63 3582 10
Aiyang 11811 54 8783 42 -3028 -12
AgenDSAI 12670 55 16666 65 3996 10
Sisi Bukit 12803 56 14554 61 1751 5
Edyesdotcom 13961 57 14371 59 410 2
Blog Hangit 14145 58 7349 37 -6796 -21
Bicara Abu Nawas 14278 59 no data 112 - 53
Libang Libu 14446 60 19321 69 4875 9
Demo Lonie 15409 61 9743 49 -5666 -12
LensaHp 16023 62 10714 50 -5309 -12
Mutaligat 16710 63 24628 76 7918 13
Dialog Rakyat 16775 64 13501 58 -3274 -6
AnakMudaMalaysia 16829 65 no data 123 - 58
Sakmongkol 17389 66 18890 67 1501 1
Pas Caw Bkt Sentosa2 19207 67 no data 108 - 41
Paapaada 20042 68 13338 57 -6704 -11
Utusankini 21876 69 22188 74 312 5
Mimpi Senja 22436 70 10831 51 -11605 -19
Penyokong PAS 22618 71 19505 70 -3113 -1
Muslimeen United 23573 72 no data 91 - 19
Pejuang Keadilan 23641 73 17438 66 -6203 -7
Laksamana Bkt Bintang 23671 74 11330 52 -12341 -22
Dango Mamamat 23821 75 no data 110 - 35
Aduka Taruna 23995 76 no data 102 - 26
The Cyber Sniper 24020 77 26658 78 2638 1
Bujang Susah 24566 78 26832 79 2266 1
Gaya Peneroka 26602 79 31365 84 4763 5
Wfauzdin 27507 80 21227 73 -6280 -7
Tukang Lawan 27757 81 16576 64 -11181 -17
Al-Bakistani 30755 82 25886 77 -4869 -5
Fendi Tazkirah 32465 83 20702 72 -11763 -11


* Data pada 16 Oktober 2013 8.12pm.