ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Friday, 10 June 2011

Sejarah : Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad (1808 - 1873 M).


Ali Haji bin Raja Haji Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Raja Ali Haji bin Raja Haji Ahmad (k.k. 1808 - k.k. 1873) atau lebih dikenali sebagai Raja Ali Haji, ialah ulama, ahli sejarah, sertapujangga Bugis, dan terutamanya pencatat pertama dasar-dasar tatabahasa bahasa Melayu melalui Pedoman Bahasa,  buku yang telah menjadi piawai bahasa Melayu. Bahasa Melayu baku inilah yang ditetapkan sebagai bahasa Indonesia, bahasa rasmi negara Indonesia, dalam Kongres Pemuda Indonesia pada 28 Oktober 1928.

[sunting]Latar belakang

Dilahirkan di Pulau Penyengat, Kepulauan Riau, Raja Ali Haji merupakan keturunan kedua (cucu) kepada Raja Haji Fisabilillah, Yang Dipertuan IV dari Kesultanan Lingga-Riau. Mahakaryanya, Gurindam Dua Belas,  yang diterbitkan pada tahun 1847 menjadi pembaharu arah aliran kesusasteraan pada zamannya. Raja Ali Haji yang berpendidikan Arab masih mengekalkan bahasa Melayu Klasik yang banyak mempengaruhi oleh perkataan Arab dan struktur Arab.
Pada tahun 1822 sewaktu Raja Ali Haji masih kecil, beliau pernah dibawa oleh orang tuanya ke Betawi (Jakarta). Ketika itu bapanya, Raja Haji Ahmad, menjadi utusan Riau untuk menjumpai Gabenor Jeneral Baron van der Capellen. Berulang-ulang kali Raja Haji Ahmad menjadi utusan kerajaan Riau ke Jawa, waktu yang berguna itu telah dimanfaatkan oleh puteranya Raja Ali untuk menemui banyak ulama, untuk memperdalam ilmu pengetahuan Islamnya, terutama ilmu fiqh. Antara ulama Betawi yang sering dikunjunginya oleh beliau ialah Saiyid Abdur Rahman al-Mashri. Raja Ali Haji sempat belajar ilmu falak dengan beliau. Selain dapat mendalami ilmu keislaman, Raja Ali Haji juga banyak mendapat pengalaman dan pengetahuan hasil pergaulan dengan sarjana-sarjana kebudayaan Belanda seperti T. Roode dan Van Der Waal yang kemudian menjadi sahabatnya.
Kira-kira tahun 1827/1243H Raja Ali Haji mengikut bapanya Raja Ahmad pergi ke Makkah al-Musyarrafah. Raja Ahmad dan Raja Ali Haji adalah di antara anak Raja Riau yang pertama menunaikan ibadah haji ketika itu. Raja Ali Haji tinggal dan belajar di Mekah dalam jangka masa yang agak lama. Semasa di Mekah Raja Ali Haji sempat bergaul dengan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Beliau sempat belajar beberapa bidang keislaman dan ilmu bahasa Arab dengan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani yang ketika itu menjadi Ketua Syeikh Haji dan sangat berpengaruh di kalangan masyarakat Melayu di Mekah. Beliau bersahabat dengan salah seorang anak Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari iaitu Syeikh Syihabuddin bin Syeikh Muhammad Arsyad bin Abdullah al-Banjari. Barangkali ketika itulah, Raja Ali Haji sempat mempelawa ulama yang berasal dari Banjar itu supaya datang ke Riau, dan jika ulama tersebut bersetuju untuk datang, ulama itu akan dijadikan Mufti di kerajaan Riau. Dalam perjalanannya ke Mekah itu, Raja Haji Ahmad dan puteranya Raja Ali Haji pula mengambil kesempatan berkunjung ke Kaherah (Mesir), setelah itu kembali ke negerinya Pulau Penyengat, Riau.
Pada zaman dahulu, kerajaan Riau-Johor memiliki ramai ulama antaranya Habib Syaikh keturuan as-Saqaf, Syeikh Ahmad Jabarti, Syeikh Ismail bin Abdullah al-Minkabawi, Syeikh Abdul Ghafur bin Abbas al-Manduri dan ramai lagi. Tambahan lagi, saudara sepupu Raja Ali Haji yang bernama Raja Ali bin Raja Ja’far menjadi Yamtuan Muda Kerajaan Riau VIII (tahun 1845-1857) menggantikan saudaranya Raja Abdur Rahman bin Raja Haji Yamtuan Muda Kerajaan Riau VII (taun 1833-1845). Apabila Raja Ali Haji pulang dari Mekah beliau disuruh oleh saudara sepupunya itu untuk mengajar agama Islam, Raja Ali bin Raja Ja’far juga turut belajar dengan Raja Ali Haji.
Setelah sekian lama, Raja Ali Haji terjun ke bidang pendidikan. Beliau dikatakan telah mengajar Ilmu Nahu, Ilmu Sharaf, Ilmu Usuluddin, Ilmu Fiqh, Ilmu Tasauf dan lain-lain. Raja Ali Haji mempunyai kepakaran yang tinggi dalam ilmu pengetahuan Islam, bahkan beliau memang seorang ulama besar pada zamannya.
Ramai anak murid Raja Ali Haji yang telah menjadi tokoh terkemuka, di antaranya Raja Haji Abdullah yang kemudian menjadi Yamtuan Muda Riau IX, tahun 1857-1858, Saiyid Syaikh bin Ahmad al-Hadi.
Dalam ilmu syariat, Raja Ali Haji berpegang teguh dengan Mazhab Syafie, dalam iktikad berpegang akan faham Syeikh Abul Hasan al-Asy’ari dan Abu Manshur al-Maturidi, sedang dalam amalan tasauf beliau adalah seorang penganut Tarekat Naqsyabandiyah dan mengamalkan Selawat Dalail al-Khairat yang dibangsakan kepada Saiyid Sulaiman al-Jazuli, yang diamalkan secara beruntun sejak datuk-datuknya terutama Raja Haji as-Syahidu fi Sabilillah yang ketika akan meninggalnya masih tetap memegang kitab selawat tersebut di tangannya, sementara pedang terhunus di tangannya yang satu lagi.
Raja Ali Haji meninggal dunia di Riau pada sekitar tahun 1873. Beliau ditetapkan oleh pemerintah Republik Indonesia sebagai pahlawan negara pada tahun 2006.

[sunting]Karya

Bukunya yang berjudul Kitab Pengetahuan Bahasa  merupakan kamus loghat Melayu Johor-Pahang-Riau-Lingga penggalan pertama serta kamus ekabahasa yang pertama di Nusantara. Beliau juga menulis Syair Siti Shianah, Syair Suluh Pegawai, Syair Hukum Nikah, serta Syair Sultan Abdul Muluk.
Raja Ali Haji juga patut dijasai kerana penulisan sejarah Melayu. Bukunya yang berjudul Tuhfat al-Nafis ("Bingkisan Berharga" tentang sejarah Melayu), walaupun sangat lemah dari segi penulisan sejarah kerana tidak memberikan sebarang sumber dan tahunnya, dapat dianggap sebagai suatu penggambaran peristiwa-peristiwa Melayu bersejarah yang lengkap. Sesetengah orang juga berpendapat bahawaTuhfat  dikarang terlebih dahulu oleh Raja Ahmad, ayahnya yang juga merupakan sasterawan, dengan Raji Ali Haji hanya meneruskan apa yang telah dimulai ayahnya. Dalam bidang ketatanegaraan dan undang-undang, Raja Ali Haji juga menulis Mukaddimah fi Intizam  (undang-undang dan politik). Selain itu, beliau juga merupakan penasihat kerajaan.
2.    Tuhfat al-Nafis 1865

UMNO mamak Vs UMNO jawa???


Salam Sejahtera.


Dalam keadaan siang malam 24 jam UMNO dan media-medianya dok menghengtam PAS, rupa-rupanya dalam parti UMNO rupanya pergolakan dan menjadi barah yang tak dapat diubati lagi

Isu ni aku dok perati dah keluar TV dekat sebulan dah, isu UDA dalam pemberian kontrak kepada kontraktor bumi kononnya..

Namun hingga ke hari ini masih tak selesai, dan nampaknya blogger-blogger pencacai UMNO yang pro Musa Shekh Fadzir pakat dok hengtam Jazlan anak arwah Mohamed Rahmat.

Bacalah... mereka dah mula bergaduh umpama anjing-anjing kurap yang berebut tulang seketul.....

Friday, June 10, 2011

PANAS ! Penyokong Nur Jazlan harus baca pendedahan pedih ini ....

Bila ada beberapa blogger mula hentam UDA , maka panglima-panglima blogger Nur Jazlan mula lah cakap bahawa blogger telah mula hentam Nur Jazlan .

Masalahnya Nur Jazlan haprak ini sudah la tak pejuang agenda Bumiputra , tetapi tidak menunjukkan beliau telus dan ikhlas dalam memberi penjelasan sebenar mengenai projek BBCC. Sehingga sekarang beliau tidak berani lagi dedahkan nama 11 syarikat kontraktor Bumiputra yang berminat untuk mendapat projek BBCC.baca pendedahan panas rakan blogger MPP dalam isu UDA ini ...
.

Dan juga DI SINI dan SINI .

Jikalau mereka sesama mereka pun dah tak sehaluan, bagaimana masaalah rakyat yang dah bertimbun tu nak diselesai,,, mereka masing-masing dok berebut habuan sebelum UMNO di mamposskan...

Thursday, 9 June 2011

MyKad DIGADAIKAN : Untuk Pendatang Asing.

SUMBER : http://dialograkyat.blogspot.com/2011/06/ic-untuk-warga-asing-ikut-jejak-dato.htmlSubky Latif

PEMBERIAN Mykad kepada warga asing secara mendadak dan merata telah dikesan di Selangor, di Kelantan dan dipercayai di banyak negeri lagi.

Tidak lain tujuannya adalah memenangkan Barisan Nasional dalam pilihan raya yang akan datang.

Kementerian Dalam Negeri telah bersekongkol dengan Basisan Nasional khususnya Umno untuk mengeluarkan Mykad kepada warga asing yang mencari pekerjaan di negara ini tidak kira mereka datang secara sah atau pun tidak.

Orang-orang ini telah dimanfaatkan sebaik-baiknya oleh Umno untuk menjadi pengundi di kawasan-kawasan yang ia pernah menang tipis. Misalnya di kawasan Parlimen Pekan.

Datuk Najib menang sekitar lebih 200 undi ke atas Ustaz Ramli Mohamad, calon PAS 1999. Tiba-tiba dalam Pilihan Raya Umum berikutnya dia menang dengan majoriti berganda-ganda.

Bagaimana penambahan undi yang begitu banyak di situ dalam masa kurang dari lima tahun?

Pekan bukan kawasan membangun pesat seperti Shah Alam, beberapa kota di Selangor dan Pulau Pinang yang pertambahan penduduknya mendadak.

Sebahagian dari Pekan masih berimba. Tidak dijangka ramai orang berhijah ke situ. Tetapi di tengah rimba di pedalaman dilambakkan pengundi-pengundi jadian yang asalnya dari tempat dan wilayah lain.

Orang asing yang ramai boleh tidak dihantar ke negara asal, diberi peluang bekerja, diberi Mykad, dulunya sekadar kad pengenalan khas untuk dijadikan pengundi.

Jika mereka bersetuju mengundi BN, mereka dapat duit, dapat bekerja di negeri ini dan dapat menetap di negeri ini.

Ramai mereka dikatakan dikumpulkan di Langkawi dan di lain-lain tempat sebelum diagihkan ke kawasan-kawasan yang Umno perlu menang.

Cara ini pernah diproses di Kelantan berpuluh-puluh tahun dulu. Orang Melayu di Selatan Thailand didaftarkan sebagai pengundi di Kelantan.

Tenaga pengundi inilah yang merosotkan pengaruh PAS dan akhirnya hujung tahun 1970an Kelantan jatuh ke tangan Umno.

Tetapi pengundi ini dipercayai berpaling tadah, menyokong PAS hingga PAS mencatit rekod menang semula di Kelantan sejak 21 tahun lalu.

Teori menjadikan bukan warga negara sebagai pengundi berjaya membantu Umno untuk satu masa pendek tetapi anak cucu pengundi itu tidak terikat dengan Umno pada jangka panjang.

Tanah Melayu atau Malaysia menjadi tempat melambakkan warga luar adalah kejadian yang bermula beratus dan beribu tahun lalu. Bertambah menjadi-jadi dengan penjajahan British. Tetapi yang banyaknya setelah Dato Onn Jaafar menjadi Menteri Dalam Negeri di hujung pentadbiran British di wilayah ini.

Yang datang baik untuk tujuan ekonomi dari Hong Kong dan India atau pelarian disebabkan pemberontakan komunis di Tanah Besar China, biasa tidak balik lagi. Mereka menjadi pemestautin tetap yang lama.

Bila merdeka Tunku tidak mengambil langkah seperti Kenya, Uganda dan beberapa negara Afrika menghantar orang-orang dibawa British ke negara-negara itu dari benua India ke Britain kerana kedatangannya dulu adalah menggunakan paspot British.

Tunku dan Tun Razak melihat mereka berpotensi menjadi pengundi yang tidak mungkin mengundi PAS yang memperjuangkan Islam.
Dato Onn dan politiknya yang menjadi saingan Umno sebelum berkuasa telah dikuburkan selepas Umno berkuasa.

Potensi pencabar utamanya ialah PAS. Dengan memberi semua kemudahan melayakkan mereka menjadi pengundi, maka PAS boleh dilumpuhkan.

Pengundi bukan Melayu itu ditabur di merata-rata hingga tiada calon Melayu boleh menang mudah tanpa sokongan pengundi bukan Melayu. Strategi Umno itu menguntung Umno untuk jangka pendek 50 tahun misalnya.

Tetapi kerana PAS bukan parti perkauman dan anti rasuah, majoriti pengundi bukan Melayu tidak terikat lagi dengan Umno yang perkauman dan menggalakkan rasuah.

Apa pula strategi Umno setelah pengundi Cina lebih menerima PAS dari Umno?

Maka ia beralih kepada pekerja asing tidak kira dari negara mana mereka datang. Mereka datang untuk mencari rezeki, baik dengan cara yang sah atau tidak sah.

Tidak kira mereka ditipu lintah darat atau pekerja sah. Jika mereka menjadi pengundi, mereka boleh membantu Umno untuk berkuasa sepenggal lagi atau dua penggal lagi.

Apakah warga asing itu akan menjadi rakyat pula kemudian yang menyebabkan bertambah lagi masalah sosial negara tidak menjadi perhitungan.

Yang penting Umno yang sudah goyah itu boleh menyambung kuasa. Lalu Najib meneruskan dasar Dato Onn dulu bersedia melambakkan orang asing yang baru pula dengan menawarkan Mykad.

Surat Tun Mahathir Kepada MB Kelantan 1994.






Suratnya:

PERDANA MENTERI MALAYSIA

YAB Tuan Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat
Menteri Besar Kelantan
KELANTAN

Y.A.B. Tuan Haji,

PENGUATKUASAAN KANUN JENAYAH SYARIAH II 1993
DI NEGERI KELANTAN

Rujukan : MB(KN)(S)16/6/(26)
Bertarikh 8 Jun 1994

Pihak kerajaan pusat sentiasa berpandukan kepada kebijaksanaan (al-Hikmah) yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. dan juga para sahabat baginda khususnya al-khulafa ar-Rasyidun dalam melaksanakan ajaran Islam lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan hukum-hukum jenayah.

1. Jalan yang diambil oleh Kerajaan Pusat ini adalah juga berpandukan kapada kaedah yang terdapat dalam sistem pemerintahan Islam iaitu “tindakan pemerintahan adalah sentiasa bergantung kapada kepentingan ramai (muslihat umum).” Penguatkuasaan kanun jenayah yang digubal oleh Kerajaan PAS di Kelantan, menurut kajian sehingga setakat ini tidak menampakkan dan tidak menyakinkan pakar-pakar perundangan Islam yang tidak mempunyai sebarang kepentingan politik bahawa ia selari dengan ajaran dan kehendak Islam sebagaimana yang telah diuruskan dengan bijaksana oleh Rasulullah SAW. dan para sahabat.

2. Sepertimana yang Amat Berhormat sendiri sedia ketahui, KEADILAN adalah ASAS yang paling utama ditekankan oleh agama Islam apabila melaksanakan sesuatu perkara. Penekanan mengenai dengan keadilan adalah sangat terserlah dalam ajaran Islam lebih daripada penekanan yang terdapat dalam ajaran-ajaran yang lain dalam sejarah agama. Baginda Rasulullah SAW. sewaktu mengembangkan agama Islam ialah usaha menghapuskan ketidakadilan yang menjadi sebahagian daripada budaya dizaman itu.

3. Tidak perlu bagi saya menyatakan disini betapa banyaknya terdapat ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pentingnya keadilan dan lebih banyak bagi ayat-ayat yang mencela sebarang jenis kezaliman. Disamping itu al-Quran juga sentiasa menggesa supaya dielak daripada terjadinya huru-hara dan Allah sendiri sangat tidak gemarkan kapada mereka yang menyebabkan huru-hara berlaku. Kita hanya bertindak balas terhadap sikap permusuhan dan serangan yang dilakukan terhadap kita. Di Malaysia, orang bukan Islam bukan sahaja tidak memusuhi kita tetapi mereka memberi kerjasama bahkan membantu kita dalam urusan-urusan yang bersangkutan dengan kegiatan dan amalan ajaran Islam.

4. Khusus mengenai undang-undang jenayah PAS di Kelantan, kajian awal menunjukkan dengan jelas bahawa undang-undang itu yang disediakan menerusi perjuangan sebuah parti politik ternyata bukan sahaja menyebabkan ketidakadilan akan berlaku tetapi, sebaliknya ia akan membawa kezaliman. Kebenaran kenyataan ini adalah berdasarkan kapada keterangan berikut:

(i) Dakwaan bahawa undang-undang ini akan dikuatkuasakan hanya di kalangan orang Islam sahaja dan tidak digunapakai untuk orang bukan Islam akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara berlaku. Memang benar di zaman Nabi Muhammad SAW., orang Yahudi biasa dihukum di bawah undang-undang yang berada di dalam kitab Taurat mereka tetapi kitab Taurat mempunyai hukuman yang tidak berbedza dengan hukum-hukum dalam al Quran.

Mereka yang berzina umpamanya, akan dihukum rejam sama seperti hukuman terhadap jenayah yang sama bagi orang Islam. Justru itu tidak ada perbedzaan sama ada penjenayah dihukum di bawah undang-undang Islam atau Undang-undang Yahudi di zaman Nabi Muhammad SAW. Tetapi terdapat perbedzaan yang amat ketara di antara hukuman di bawah undang-undang yang ada sekarang dengan hukuman di bawah undang-undang jenayah yang dicadangkan oleh kerajaan PAS di Kelantan. Menghukum orang Islam dengan lebih berat tetapi orang bukan Islam dengan amat ringan untuk jenayah yang sama atau jenayah dilakukan bersama amatlah tidak adil dan merupakan satu kezaliman, sedangkan undang-undang PAS akan menyebabkan ketidakadilan dan kezaliman berlaku, maka undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai undang-undang Islam atau secucuk dengan undang-undang Islam ataupun selaras dengan ajaran Islam. Ia sebenarnya tertentangan dengan agama Islam.

(ii) Masaalah kesalahan merogol wanita, berdasarkan kapada undang-undang PAS, jika seseorang wanita yang belum kahwin melahirkan anak maka ini adalah bukti ia telah berzina dan akan dihukum mengikut undang-undang PAS, sedangkan apa yang sebenarnya berlaku ialah wanita itu adalah mangsa rogol. Mengikut undang-undang PAS jika ia menuduh perogolnya, tuduhan hanya boleh diterima sah jika terdapat empat orang saksi (yang terdiri daripada orang-orang yang baik, yang tidak melakukan dosa besar) yang menyatakan bahawa telah melihat dengan terang dan jelas bahawa yang dituduh telah merogol wanita berkenaan.

Seperti kita ketahui, melainkan dalam keadaan perang seperti di Bosnia diwaktu mana orang Serb merogol beramai-ramai wanita Bosnia, tidak mungkin jenayah merogol dilakukan di hadapan saksi-saksi yang terdiri daripada orang-orang yang baik. Jika saksi ini melihat dan mereka tidak menolong wanita berkenaan, mereka boleh dianggap sebagai bersubahat seperti penjenayah-penjenayah Serb bersubahat dengan perogol daripada kaum mereka. Jika ada pun saksi, dan mereka tidak membuat apa-apa untuk menolong mereka tidak boleh dianggap sebagai terdiri daripada orang yang baik, tetapi disebaliknya dianggap sudah bersubahat. Dengan itu tuduhan mangsa rogol akan ditolak dan perogol akan terlepas.

Keadaan di mana mangsa rogol dihukum salah kerana melahirkan anak di luar nikah dan perogol dilepaskan sebagai tidak bersalah kerana tidak ada saksi adalah sama sekali tidak boleh diterima oleh sesiapa pun sebagai sesuatu yang adil, bahkan ia adalah satu kezaliman yang dahsyat.

5. Hukum Hudud Islam bertujuan untuk memberi keadilan kapada semua pihak. Ia bukanlah bertujuan untuk melakukan kezaliman. Undang-undang PAS jelas menunjukkan ketidakadilan dan kezaliman yang ketara akan berlaku. Justeru itu undang-undang yang disediakan oleh PAS bukanlah undang-undang yang menepati ajaran Islam. Ia hanyalah undang-undang ciptaan PAS yang bertentangan dengan penekanan oleh agama Islam yang menuntut supaya menghukum secara adil dan menolak sebarang kezaliman. Kerajaan Pusat akan sentiasa berpandu dan menerima ajaran-ajaran dan amalan Islam dari semua aspek tanpa diheret oleh kehendak organasasi politik yang mempunyai kepentingan yang lain daripada Islam dan kepentingannya .

6. Jika undang-undang PAS yang jelas mengandungi unsur-unsur ketidakadilan dikuatkuasakan dinegara ini, dan jika ia dikatakan itulah Hukum Hudud Islam maka umat Islam dan juga anggota masyarakat bukan Islam akan hilang kepercayaan Islam membawa keadilan untuk penganutnya. Ia juga memberi gambaran yang buruk terhadap agama yang suci ini dan menjejaskan imej orang-orang Islam di kalangan penganut agama-agama yang lain. Ia tetap akan menyebabkan penganut agama lain menjauhkan diri daripada agama Islam dan menyebabkan orang yang berminat memeluk Islam menolaknya.

7. Kerajaan Pusat tidak berhajat untuk bersubahat dengan PAS bagi melaksanakan ketidakadilan semata-mata untuk kepentingan politik dan sokongan oleh orang yang telah diabui matanya. Kerajaan Malaysia yang sentiasa dan terus mempertahankan ajaran dan nilai-nilai Islam tidak dapat membenarkan Kerajaan Pas menjalankan sesuatu yang bercangah dengan prinsip keadilan dalam Islam, maka Kerajaan Pusat akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap Kerajaan PAS demi menjaga maruah dan ketinggian martabat Islam dan penganut-penganutnya.

DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

15 Julai 1994

P/s: Siapa PM waktu itu, Karpal Singh atau Tun M?

MyKad DIGADAIKAN : demi-pertahankan-kuasa BN.





Biar pun Pilihanraya Umum Ke-13 masih menjadi rahsia dan spekulasinya kini menjadi-jadi konon ia akan diadakan tahun ini, namun parti-parti yang bertanding kini sedang sibuk mencatur siapakah calon-calon yang akan mewakili mereka. Banyak maklumat sulit yang diterima mengatakan PRU13 bakal diadakan antara bulan Julai hingga November tahun ini berdasarkan kepada senairo semasa yang berlaku. 
 
Malah terdapat juga info mengatakan ia akan diadakan selepas sahaja Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak membentangkan Bajet 2012 di Dewan Rakyat. Menurut mereka Najib akan membentangkan bajet yang merangkumi tawaran "Bukit Jingga" yang dibuat oleh pembangkang untuk menarik sokongan rakyat terhadap UMNO BN. Ramalan kedua pula mengatakan PRU13 bakal diadakan selepas sahaja Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dihantar semula bermastautin di Penjara Sg.Buloh. 
 
Petanda ke arah itu nampaknya semakin jelas jika dilihat kepada kes yang dihadapi oleh Anwar sekarang ini. Apapun telahan itu, kini semua pihak harus bersedia dan berwaspada kerana PRU13 mungkin boleh diadakan bila-bila masa sahaja dari sekarang. Di Pahang, isu panas yang sedang menghantui UMNO BN sekarang ialah berkaitan dengan bantahan rakyat terhadap pembinaan kilang memproses rare earth milik Lynas Corporation.
 
Isu itu jelas akan menyebabkan majoriti undi kaum Toinghua tidak lagi akan berpihak kepada BN kali ini. Jika ia berlaku, ini bermakna harapan BN untuk merampas kerusi Parlimen Indera Mahkota dan Kuantan yang diwakili oleh PKR pasti tidak akan kesampaian. Begitu juga dengan DUN Beserah yang diwakili oleh PAS.



Bantahan rakyat terhadap isu Lynas buatkan MB Pahang tidur tak lena

Malah terdapat maklumat dari UMNO sendiri mengatakan kemungkinan besar kerusi bandar Kuantan seperti DUN Semambu, DUN Teruntum, DUN Inderapura dan DUN Tanjung Lumpur juga akan jatuh ke tangan pembangkang kali ini. Sama ada disedari atau tidak, begitulah hakikatnya. Malah, pembangkang meramalkan akan menang mudah di 16 DUN dalam bandar di seluruh negeri Pahang. 
 
Ini kerana faktor kaum Tionghua majoritinya akan menolak BN bulat-bulat gara-gara isu Lynas. Mereka kini sedang berusaha untuk menakluki kawasan Felda dan orang Asli sahaja. Jika mereka berjaya, maka kemungkinan besar rakyat Pahang akan mendapat sebuah kerajaan baru selepas PRU13 ini. BN pasti tidak dapat tidur lena melihat senario ini.

[Namun, dalam keghairahan itu rakyat juga harus sedar UMNO BN pasti melakukan berbagai usaha untuk terus berkuasa di Pahang. Malah, terdapat maklumat mengatakan ada pihak-pihak tertentu kini mendaftarkan warga asing sebagai pengundi di kawasan kritikal. Senario yang sama berlaku di Pekan, pasti akan melanda kawasan lain termasuk Kuantan, Indera Mahkota dan Paya Besar. 
 
Operasi "Projek IC" sedang giat diadakan melibatkan warga Kemboja, Myanmar dan lain-lain lagi. Khabarnya pusat operasi tersebut terletak di sebuah lokasi sulit di Cherating. Perkara ini diakui sendiri oleh beberapa orang pemimpin UMNO setempat yang kecewa dengan senario itu. Apapun, semua yang berlaku ini jelas menunjukkan yang Kerajaan Negeri Pahang kini semakin terdesak untuk mempertahankan "sisa-sisa kuasa" mereka yang semakin terancam. 
 
 Apapun, rakyat diminta bersedia untuk melakukan perubahan jika mahu terus hidup selesa dengan berbagai kebajikan seperti dinikmati oleh rakyat Kelantan, Selamgor, Kedah dan Pulau Pinang sekarang. Lakukanlah perubahan demi masa depan!].

http://www.pahangdaily.blogspot.com

Pantau-Maybank-Dan-Cimb.

SUMBER : http://paneh.blogspot.com/2011/06/pantau-maybank-dan-cimb.html


NUBE mengeluarkan flyers yang menjelaskan kenapa Maybank begitu rakus dan sadis mengerjakan DUIT pendeposit dan sebagainya. Satu analisa yang perlu dikaji secara mendalam, penuh bil-hikmah oleh Khazanah Nasional dan Pasukan Pemikir Kewangan Negara di bawah selia YAB Menteri Kewangan.

Maybank mempunyai tenaga kerja paling ramai dalam sektor perbankan di Malaysia yakni sekitar lebih 10,200 orang pekerja. Hari ini Maybank memberi pulangan dalam bentuk Zakat dan Cukai kepada Negara sebanyak lebih RM12 bilion setahun. Mengapakah BNM tidak analisa sentimen yang meragam dan menghancurkan ini? NUBE pun bijak, tidak sewenangnya mengeluarkan notis secara nyata di Bandaraya Kuala Lumpur dalam 4 bahasa.

Akhirnya nak ditonjolkan ialah Saudara Abdul Wahid, seorang lagi anak periuk dan dapur MRSM menduduki kerusi CEO dan Pengarah Urusan Kumpulan Maybank yang menerima gaji/imbuhan/ganjaran setahun sebanyak RM4,679,000, yang jika dibahagi ikut kiraan hari akan berjumlah RM12,819.18 sehari. Banyak tu beb, untuk orang marhaen. Kat mana dibelanjakan duit sedemikian banyak?

Apakah iklan harimau banyak belanja? Maybank melebur duit untuk Malaysia Gold Open 2011 dalam bentuk hadiah tunai sebanyak RM7.5 juta dan sejak 2009 dan 2010, pelaburan masing-masing untuk kejohanan ini berjumlah RM6.4 juta! Isu yang besar, apakah ini sumbangan Maybank kepada Budaya Inovasi, Budaya Ilmu, Budaya Ketepatan dan Budaya Berprestasi Tinggi Gagasan 1Malaysia?

Laporan yang berkembang biak mengatakan banyak duit pencen kakitangan awam diurus oleh Maybank, sampai ada yang kena "makan" dek kaum dalam akaun. Yolah, bukan CEO, COO, CFO atau CMO yang belasah, tetapi pekerja Maybank yang sapu, dan dikhabarkan sistem firewall serta pengurusan keselamatan akaun pemilik Maybank tidak MANTAP!

Maybank dan CIMB ialah dua buah bank perdagangan tempatan yang kerap menjadi wahana scam oleh penjenayah siber dan penggelap duit. Ini terkesan kepada sistem makro ekonomi negara. Bahagian Perisikan Kewangan BNM kena melihat ini sebagai isu rakyat yang menjahanamkan Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional.

Hari ini, wang kertas pada nota cetakan RM1,000 dan RM500 masih ada di pasaran yang dibekukan. Pak Sedaro diberitakan dikalangan pasaran korporat, wang kertas tersebut berjumlah RM83 billion. Nota ini bermula dengan siri ZX.....! Bank Negara Malaysia kena bertindak balas segera, kerana nota ini dikhabarkan masih laku didagangkan jika pembekuan ke atas wang kertas RM1,000 dan RM500 itu ditarik semula. BNM tidak boleh cetak matawang melampau kerana akan jadi DUIT PISANG di zaman Jepun.

Hari ini, MSM yang memiliki ladang tebu ialah hak Felda yang sedang diapung di Bursa Malaysia. Jangan dipolitikkan isu ini kerana ini amalan korporat lazim. Namun, bagaimana natijah Perkara 153 memberi kesan kepada ekonomi bidangan dan mikro Umat Melayu yang tak sudah disogok dengan mauduk dengkel dan singkat?

Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) diunjurkan hanya untuk sasaran 8,000 orang sahaja, sedangkan hujung tahun akan bertambah lagi bilangan graduan. SL1M mesti mampu memberi impak kepada 200,000 graduan Malaysia setiap tahun, barulah Barisan Nasional PASTI MENANG PRU-13.

Monday, 6 June 2011

Sultan Idris Shah


TOBAT DI MEKAH

Pada satu hari, Sultan Idris Shah telah mengajak aku menyertai Baginda berangkat melawat Kota London dan kemudian berangkat ke Mekah untuk mengerjakan ibadat Umrah. Aku telah memohon ’ampun’ kepada Baginda, kerana aku tidak dapat menunaikan ajakkan Baginda disebabkan aku sedang menghadapi beberapa masalah yang belum dapat aku selesaikan.

Sehari selepas Sultan Idris Shah dan rombongannya berangkat ke Kota London, Guru Agama Sultan, Ustaz Haji Mat Saman Kati, dalam percakapannya dengan aku, bahawa menurut firasatnya, dia mendapati ada perubahan sikap pada diri Sultan Idris Shah, tetapi dia tidak memberitahu kepada aku akan perubahan yang ada pada Sultan Idris Shah itu.

Hampir empat minggu Sultan Idris Shah dan rombonganya berada di luar negara. Baginda telah berangkat pulang ke tanah air dan tiba di Istana Tambun kira-kira jam 3.00 petang. Pada malamnya aku telah datang mengadap Baginda di Istana tersebut.

Pada waktu aku masuk ke dalam Istana Tabun, Sultan Idris Shah sedang berada dalam bilik khasnya. Aku duduk di atas sofa dalam bilik tetamu. Dalam bilik tetamu itu tersedia satu jar berisi air zamzam, semangkuk kaca buah kurma termasuk ‘kurma nabi’ terhidang atas meja. Atas sofa di sisi meja itu ada sehelai sejadah yang masih baru.

Sebaik-baik sahaja Sultan Idris Shah keluar dari bilik khas Baginda dan masuk ke dalam bilik tetamu, aku telah memberi salam dan berjabat tangan dengan Baginda. Aku telah bertanya kepada Baginda mengenai keadaan Baginda selama berada di Tanah Suci.

Sultan Idris Shah telah menerangkan, bahawa setiba sahaja Baginda dan rombongan, di Kota Mekah, Baginda telah terlupa dua ayat Quran yang telah diamalkan sejak beberapa tahun yang lalu.

“...aku tibe saje depan Masjid Haram, aku dah lupa..., ayat Quran yang orang tua tu beri dulu..., sepatah haram..., aku tak ingat...,”titah Baginda.

Aku menatap wajah Sultan Idris Shah. Wajah Sultan Baginda kelihatan teduh dan muram. Baginda melabuhkan punggungnya atas sofa depanku. Pada ketika keadaan Baginda seperti seorang menyesal akan segala kesalahan yang dilakukannya.

“...aku masuk dalam Masjid Haram, aku sembahyang aku..., aku menangis dalam masjid...,aku dah tau...,”titah Sultan Idris.

“Ampun Sir, ...apa, Sir?” Aku bertanya

“Bukan you tak tau, Sheikh Pak Him kata, kalau lupa ayat tu, ...dah dekat nak mati, aku dah nak mati...,” jawab Sultan Idris Shah lagi.

Ayat-ayat Quran itu telah diterima oleh Sultan Idris Shah daripada Allahyarham Sheikh Abdullah Fahim, pada tahun 1954 lalu. Dua adinda Baginda, Raja Ahmnad Saifuddin dan Raja Ismail turut menerima ayat-ayat Quran itu.
Menurut para ulama, seseorang mengamalkan ayat-ayat Quran itu, jika ayat-ayat itu, biasanya, dalam tempoh 40 hari hingga tiga bulan orang itu akan didatangi malaikat maut.

Sultan Idris Shah terus menerus mengamalkan ilmu itu, tetapi dua orang adiknya telah tidak mengamalkannya. Ayat-ayat Quran yang telah diterima (dengan ijazah) oleh Sultan Idris Shah dan adik-adiknya itu seperti ertinya di bawah ini:

‘Dan Dia menguasai semua hamba-hamba-Nya, dan dikirim-Nya penjaga-penjaga (malaikat-malaikat) untuk kamu, sehingga bila seseorang di antara kamu di datangi kematian, diwafatkan oleh utusan-utusan Kami itu. Mereka itu tidak melalaikan kewajipan mereka.
Kemudian itu mereka dikembalikan kepada Tuhan, Pemimpin mereka yang sebenarnya; sesungguhnya hukum (keputusan)itu hak Tuhan, dan Dia paling cepat membuat perhitungan.

Beberapa orang ulama yang murshid pernah memberitahu kepada aku, iaitu jika ayat-ayat Quran itu dibaca selalu dan dihayati ertinya oleh seseorang, walau macam mana jahatnya, dia tidak akan tergelincung kepada murtad atau kekufuran.

Sultan Idris Shah secara jujur mengaku kepadaku, bahawa Baginda sebagai manusia biasa, Baginda tidak dapat mengelak dari melakukan dosa kepada Allah. Tetapi Baginda tidak pernah melakukan perbuatan zina. Sebab Baginda tidak melakukan perbuatan keji itu, selain dari takut berdosa, kerana Baginda mengamalkan ayat-ayat Quran tersebut dan tidak mahu menjadi seorang lelaki yang meninggalkan anak haram.

Pengamal ayat-ayat Quran itu dilarang melakukan perbuatan zina, kalau dilakukan juga akan menerima akibat yang buruk, di dunia ini, seperti sakit kusta, barah dan berbagai penyakit payah atau penyakit ganjil.

Aku menatap wajah Sultan Idris Shah lagi. Dari pengalamanku sendiri-, aku telah berkeyakinan; Allah telah menerima tobat Baginda, kerana Allah Maha Pemurah dan Pengasihani. Baginda telah termasuk dalam golongan manusia yang diterima tobat oleh Allah.

Hanya Allah yang menerima tobat dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan kerana kebodohan mereka, kemudian itu mereka kembali (toba) dengan segera, sebab itu Allah menerima mereka kembali. Dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.

Sambil makan buah kurma dan minum air Zam Zam aku dan Sultan Idris Shah telah bercakap seketika mengenai beberapa perkara yang berhubungan dengan pengetahuan Islam. Titah Baginda yang masih aku ingat, ialah:
* Negara ini akan menjadi aman dan mendapat keredhaan Allah jika ia dipimpin oleh orang yang mempunyai banyak pengetahuan Islam dan mempunyai pegangan kepada kitab suci al Quran dan as Sunnah.

* Orang Melayu dan Umat Islam tidak akan bersatu padu selagi mereka tidak bersama dalam organisasi yang berdasarkan Islam, kerana fahaman-fahaman Yahudi dan Kristian dalam apa bidang sekali pun tidak boleh dicampur- adukkan dalam amalan umat Islam.

* Kerajaan hendaklah memberi bantuan kepada semua sekolah- sekolah agama rakyat diseluruh negara, kerana sekolah-sekolah itulah yang dapat menjamin segala macam fahaman dan amalan yang berlawanan dengan agama Islam dapat dicegah dandibanteras.

* Raja-Raja Melayu dan pemimpin negara hendaklah mempunyai pendapat yang sama untuk menegakkan Negara Islam yang berdasarkan al Quran dan as Sunnah.

* Perpaduan semua kaum di negara ini jangan sampai menjejas atau meroskakan agama Islam dan akidah umat Islam, kerana umatIslam di negara ini ada ikatan dengan agama Islam dan AdatIstiadat Melayu.

Elok aku catatkan di sini. Sultan Idris mempunyai empat orang isteri. Isteri Peratam (Raja Perempuan Perak) Raja Mazuwin binti Raja Arif Shah, kedua Dato’ Sharifah Salmah as Sahab berasal dari Singapura dan janda kepada Al Marhum Sultan Selangor, Sultan Salahuddin Abdul Aziz, ketiga Cek Satira binti Abdullah berasal dari Selatan Thailand dan yang keempat, Mazwin bekas penyanyi sebuah pancaragam, di Ulu Kinta.

(Disunting dari manuskrip buku, Memoi, Patah sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah)