ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Monday, 20 June 2011

Dua belas Pegawai Polis Ditahan Kerana Edar Dadah


Dua belas Pegawai Polis Ditahan Kerana Edar Dadah

KUALA LUMPUR – Seramai 12 anggota polis termasuk seorang pegawai ditahan dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah di ibu negara, dalam dua serbuan, baru-baru ini.

Anggota polis berpangkat inspektor, pegawai dan konstabel, berusia lingku-ngan 20 hingga 30 tahun itu ditahan selepas pemantauan berdasarkan maklumat diperoleh.

"Mereka boleh dituduh mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabit kesalahan, boleh membawa hukuman mati mandatori dan dikenakan tindakan mengikut Langkah-Langkah Pencegahan Khas (LLPK) 1985.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, dalam serbuan pertama, enam anggota polis dari cawa-ngan Narkotik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur itu ditahan minggu lalu.

Menurutnya, biarpun polis tidak menemui dadah, namun siasatan menujukan suspek dipercayai terlibat dalam sindiket pengedaran dadah.

“Ini adalah kes pertama tangkapan narkotik membabitkan anggota polis pada tahun ini.

“Keputusan sama ada mereka akan digantung kerja dijangka diketahui selepas selesai siasatan nanti,” katanya pada sidang akhbar semasa mewakili Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar merasmikan Majlis Ihtifal Peringkat Kebangsaan Pergerakan Belia India Muslim Malaysia (Gepima) Kali Ke-12 di Masjid Bukit Aman, semalam.

Kelmarin, enam anggota dipercayai bertugas di Balai Polis Petaling dan Balai Polis Sri Petaling ditahan.

Sumber berkata, terdahulu, dua suspek diberkas sebelum polis membuat serbuan di sebuah rumah di Apartmen Mutiara di Jalan Klang Lama, kira-kira jam 3 petang.

Difahamkan, polis menemui sebahagian ketulan mampat dadah dan turut menyita beberapa kenderaan milik suspek.

Noor Rashid berkata, tangkapan pegawai dan anggota terbabit membuktikan polis tidak melindungi sesiapa daripada undang-undang.

Dalam pada itu, menurutnya, beliau berharap masyarakat tidak memandang serong terhadap PDRM kerana penglibatan pegawai dan anggota polis dalam penyalahgunaan kuasa serta kegiatan jenayah adalah kecil berbanding lebih 100,000 keanggotaan dalam pasukan itu. -SH


Ulasan GB

Itu baru kes pengedaran dadah yang rakyat percaya masih ramai lagi yang masih lepas bebas di kalangan anggota polis.

Dan kita berharap pembersihan bukan sekadar kes dadah tetapi juga kes jenayah lain seperti melepaskan tembakan kepada orang awam, mengugut dan merompak, rasuah dan lain-lain. 

Komen Keruingku Voice...musykil sejak dulu dulu...majoriti Melayu bertugas dalam jawatan berUNIFORM...polis, rela, kastam, imigresen, tentera, tetapi kenapa REMAJA MELAYU paling ramai menDADAH...terutama di Felda...

Sumber : http://lagiberita.blogspot.com/2011/03/sprm-dua-pegawai-kanan-kastam-ditahan.html

SPRM: Dua pegawai kanan kastam ditahan, 150 akaun bank disita.

KUALA LUMPUR, 29 Mac - Dua pegawai kanan kastam dan lebih 150 akaun bank milik syarikat dan orang perseorangan disita ekoran operasi secara serentak melibatkan tujuh agensi bagi mengatasi aktiviti haram membabitkan berbilion ringgit.

Operasi pasukan petugas khas itu diketuai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) secara serentak hari ini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, SPRM berkata pihaknya dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan dibantu lima agensi lain secara serentak telah membuat serbuan ke atas 84 ejen penghantaran, sebuah syarikat induk dan 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis Kastam Diraja Malaysia di seluruh negara.

SPRM berkata, operasi itu adalah salah satu yang terbesar dilaksanakan secara bersama oleh agensi-agensi penguatkuasaan.

"Dalam operasi ini dua pegawai kanan kastam telah ditangkap bagi membantu dalam siasatan dan pasukan petugas ini juga telah menyita lebih 150 akaun bank milik syarikat dan orang perseorangan," kata kenyataan itu.

SPRM berkata, tindakan menyita dilakukan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001.

Kata kenyataan itu, kesemua entiti berkaitan telah diserbu kerana dipercayai terlibat dalam pengistiharan di bawah nilai sebenar cukai kastam, pengelakan cukai pendapatan dan aktiviti-aktiviti pengubahan wang haram, penghantaran wang secara tidak sah ke luar negara yang melibatkan nilai wang mencakupi bilion ringgit dan perlakuan jenayah rasuah.

Kesemua aktiviti tersebut melibatkan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967, Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

Katanya, operasi yang dijalankan adalah mengenai aktiviti haram yang telah menyebabkan kerugian hasil kerajaan mencakupi amaun yang melibatkan berbilion ringgit kerana kegagalan mengutip cukai dan duti kastam, pendapatan yang tidak dilapor yang dihantar keluar negara tanpa kelulusan, pengistiharan tidak betul barangan import serta penyeludupan wang keluar sempadan negara.

"Pasukan tindakan khas berkenaan akan mengambil tindakan serius yang sewajarnya terhadap individu dan syarikat yang terlibat kerana aktiviti-aktiviti berkaitan boleh menyebabkan bahaya kepada ekonomi negara, keselamatan dan reputasi negara," katanya lagi. - TMI

* Tahniah SPRM...

Tuesday, 14 June 2011

Profesor KANGKUNG "copy paste" dalam TV3suku.


Penganalisa Politik Profesor Ipomoea Reptans 


MASIH teringat ketika berjumpa dengan bekas Ketua Penerangan Umno Malaysia yang juga tokoh Umno Kelantan Hussein Ahmad beliau ada mencemuhi beberapa orang cerdik pandai yang bergelar profesor yang sering bercakap di kaca tv mengenai politik negara ini. Katanya, semua profesor yang bercakap dalam tv itulah yang memusnahkan pilitik orang Melayu. Menurutnya apa yang mereka cakapkan itu tidak sedikit pun membantu orang Melayu mempertingkat daya intelektual politik orang Melayu tetapi lebih menambahkan kelukaan orang Melayu.

"Baik hentikan saja dari mengundang mereka bercakap. Lagi banyak mereka bercakap lagi rosak orang Melayu." demikian tuturnya denga nada marah. Mengapa beliau berkata begitu kerana mereka bercakap mengikut haluan yang ditetapkan dan bukan memberi pandangan mengikut ilmu atau pun bidang yang mereka pelajari. Mereka dikandangkan oleh ideologi.

Katanya tidak silap kalau saya katakan mereka adalah profesor upahan; "hentikan saja panggil mereka." Ulang beliau dengan jengkel.

Ada kebenaranya kata-kata Hussein yang juga dikenali di zaman kehebatannya sebagai Hussein Serama itu. Kalau diperhatikan kepada profesor atau jurucakap politik yang dipanggil dan minta pandangan semua bercakap bukan untuk membina politik bangsa tetapi bercakap untuk mengukuhkan kedudukan mereka serta meninggikan perut masing-masing. Nampak sangat mereka bercakap menggunakan air liur Umno untuk menggerakan mulut.

Mereka ini juga tidak ada prinsip. Nada cakap mereka ini juga berlainan semasa mereka berkhidmat dengan kerajaan, sewaktu pencen mencari kontrek kerja dan selepas mendapat kontrek kerja di mana-mana institusi atau pun syarikat GLC kerajaan.

Contoh terbaik apa yang berlaku kepada Zainal Kling [foto] seorang yang dianggap sebagai penganalisa politik yang bercakap melalui saluran pipa. Kalau mendengar cakap dan ulasan politiknya hanya menjurus kepada satu pihak. Dia hanya mengkritik parti pembangkang saja dan senyap sendu untuk menegur politik parti pemerintahan.

Saya juga hairan macam mana dia boleh dianggap sebagai penganalisa politik. Sepanjang hidup saya tidak pernah berjumpa dengan beliau di kapangan untuk membuat kajian dan nilaian politik dengan mata kepalanya sendiri. Tidak seperti sesetengah profesor lain yang turun ke lapangan dan melihat sendiri gerak nadi politik. Kalau membuat analisa dari dalam bilik berhawa dingin atau pun di birai rumah-rumah menteri, tidak mencukupi maklumat dan lebih baik jadi pengampu berdaftar sajalah.

Saya pernah mendengar tuturnya pada suatu majlis di rumah Pena di Kuala Lumpur. Ketika itu beliau masih menganggur dan menjadi aktivis Ngo Melayu yang tegar. Bukan main lagi berani mengkritik kerajaan. Dia juga mengsyorkan supaya diadakan dokumen khas untuk ditaburkan kepada rakyat di dalam pilihan raya. Biar rakyat membacanya satu dokumen bebas yang berwibawa! Dokumen itu mengkritik parti pemerintah yang ketika itu dipimpinan oleh Abdullah Badawi.

Naik semangat juga mendengar cadangan beliau itu. Ketika itu menampakkan akan daya keintelektualan beliau sebagai seorang profesor dan akademis yang berdiri atas prinsip kebenaran dan keadilan berlandaskan keilmuan.

Tetapi suasana berubah bila beliau mendapat kontrek berkerja dengan kerajaan kalau tidak salah di UPSI.

Perhatikan kepada cakap dan ulasannya hari ini. Semuanya berbau munafik dan tujuannya lebih untuk mengukuhkan kedudukannya dengan kontrek berkenaan. Saya yakin kalau sesudah habis kontrek nanti nadanya akan jadi lain pula, lebih kritis dan telus. Mungkin sekali lagi dia akan mencadangkan diadakan dokumen khas untuk ditaburkan kepada rakyat.

Selain itu pandangan beliau juga amat naif sekali kalau dibandingkan dengan ilmu dan pengetahuan yang ada dalam tubuhnya. Terbaru dia mengkritik Pas agar menukar nama Islam yang ada kepada parti berkenaan. Semuanya kerana Pas membawa tema baru dalam meraih sokongan rakyat iaitu 'Membangun Negara Berkebajikan.'

Zainal menyifatkan perjuangan Pas tidak Islam lagi kerana telah menukar perjuangan dari Islam kepada sosialis. Saya percaya beliau terpengaruh dengan apa yang diulas dalam akhbar yang menjadi tempat beliau berkokok. Sedih, seorang profesor yang sarat dengan ilmu membiarkan begitu saja lehernya dijerut oleh laporan akhbar yang menjadi lidah parti politik. Adakala ulasan politiknya menghentam pembangkang lebih rendah dari minda ketua cawangan Umno di hulu.

Apakah beliau tidak meluangkan sedikit masa untuk mengkaji apa yang berlaku dalam Pas dengan tema berkenaan? Kalau pun malas untuk membuat kajian sendiri upahlah budak-budak atau mahasiwa di bawah belenggunya untuk membuat kajian apakah Pas sudah berubah hala tujuan perjuangan atau tidak. Kajilah secara akademik dan bukannya dengan emosi kebencian.

Saya merasa malu kalau begitulah pemikiran dan sikap seorang profesor yang mudah dipengaruhi oleh akhbar lembu. Bagaimana para pelajar hendak menghormati dan menyanjungi keilmuannya. Dimana prinsip atau kaedah memahami sesuatu perkara yang dipelajar selama ini. Apakah Zainal tahu atau mendalami akan perlembagaan Pas dan juga struktur yang membentuk parti berkenaan.

Dan apakah Zainal melihat hala tuju sesebuah parti itu kepada cakap-cakap lisan atau pandangan individu pemimpin saja dan tidak dilihat apa yang digariskan dalam perlembagaannya. Apakah beliau jahil untuk mengetahui apa itu perlembagaan dan apakah fungsinya.

Untuk maklumat Zainal Kling yang tidak pergi ke muktamar Pas atau pun bercakap dengan orang Pas, hala tuju perjuangan Pas masih kekal seperti sedia kala. Tidak betul dan tidak benar kalau Pas telah menukar perjuangan dari Islam kepada sosialis persis DAP. Perjuangan Pas berpandu kepada Quran dan hadith jauh beza dengan sosialis DAP. Ulama masih lagi menjadi pemandunya. Tidak timbul kalau Pas menukar hala tuju atau dasar perjuangannya. Pas hidup dan berkembang bukan seperti diri profesor seperti anda.

Majlis Syura Ulama adalah pengawal kepada segala polisi dan dasar yang hendak diperkenal oleh Pas. Apa-apa perubahan yang hendak dilakukan mesti mendapat kelulusan majlis berkenaan. Sepatut sebagai seorang penganalisa politik beliau mengetahui akan hakikat ini. Macam mana seorang profesor boleh bercakap atas angin begitu saja.

Akhirnya saya rasa, lebih baik Zainal tidak bercakap dan mengulas mengenai Pas kalau beliau tidak tahu apa itu Pas. Lagi banyak beliau bercakap lagi jatuh martabatnya sebagai seorang profesor. Saya jamin dia tidak pernah memegang perlembagaan Pas sepanjang hayatnya. Atau kalau dia pegang perlembagaan Pas lagaknya pun tak ubah seperti pegang daun pakau saja.

Jangan Zainal malukan golongan profesor negara ini dengan pandangan dangkal dan lebih ke arah untuk menjaga periuk nasi dan meninggi perut seperti itu. Malaulah kalau seorang intelektual tetapi masih lagi menjadi pengampu kepada satu golongan semata-mata kerana ingin menjaga periuk nasi bukannya menegakkan keadilan dan kebenaran menerusi ilmu yang dipelajarinya. Jangan pula seorang profesor perlu kembali belajar semula dengan anak murid yang jauh ke depan.

Mungkin istilah yang pernah dipakai oleh Prof Syed Hussein Alattas yang mencemuhi golongan profesor yang cetek dan teduh ilmunya ini sebagai "profesor kangkung" layak untuk dikalungkan dileher Zainal Kling.[wm.kl.6:22 am 16/06/11]


SUMBER : http://tukartiub.blogspot.com/2011/07/rahsia-kang-kong-tebuka.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+TukarTiub+%28Tukar+Tiub%29


KANG KONG



kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah


woit… PECAH RAHSIA…. kah kah kah..

kah kah kah…KANG KONG INI LULUSAN SINTOK…. kah kah kah

woit...MASIH TAK SEDAR LAGI.... kah kah kah..

kah kah kah... ZAMAN INTERNET NI SEMUA MAKLUMAT ADA... kah kah kah..

kah kah kah..YANG TAK ADA HANYA SATU.... kah kah kah..

woit...APAKAH ITU YANG TAK ADA?.... kah kah kah....

kah kah kah...BUKU TULISAN SI KANG KONG INI.... kah kah kah

nota:

setidak tidaknya
unku aziz telah berjaya
menulis buku pantun melayu
setebal 59 muka surat
kah kah kah


berapa?
lima puluh sembilan muka surat
kah kah kah


SIAPA KANG KONG INI DARI PEMBACA:

bukan tak salah...memang tak syak mangkok hayon atori ni bekas pensyarah uum...aku penah interview dgn dia.sambil makan karipap saja dia interview aku...dari situ aku tau penat ja aku turun dr shah alam pegi interview..kuang hajar punya atori...utk pengetahuan tt dia ni menjadi favorite tv3 sbg sumber rujukan hentam pembangkang...dah lama dah anjing ni jadi pencacai umno..atori ni hulur air kencing najib pun dia minum kahkahkahkah

Oleh Tanpa Nama pada SAEKOR KANG KONG MULA BERSUARA pada 11/07/12

aku tak tahu macam mana ahmad atory hussin ni boleh dapat phd dan taraf professor. aku ada la terpinjam buku dia kat lbrary masa Uni dulu pasal subjek sains sosial, buku dia standard tahap khalid jaffri (50 dalil) dangan SH alattas (pak syeikh penulis buku politik picisan je). Ini ke Phd dan professor punya kerja?

Oleh kgpadangbalang pada SAEKOR KANG KONG MULA BERSUARA pada 11/07/12

.. teman tak peduli sape pun kangkong ni ... walau pun dulu masa belajar dalam tingkatan enam dier bersekolah kat Sekolah Menengah Kebangsaan, Teluk Anson... memang sejak disitu lagi dier ni suka berkonsep dan berteori macam-macam, lepas tu sekolah tu di tukarkan kepada nama Sekolah menengah Seri Perak, Teluk Intan ... apa pun bukan sape dier yang teman pertikaikan ... tak kan la seorang professor tak nampak kebangkitan rakyat ... sape yang dia nak tipu ...? tak sangka orang macam ni boleh menipu sesuatu yang jelas lagi terang ... perhimpunan bersih 2.0 dengan matlamat untuk menjaga kesejahteraan rakyat ... boleh tak 'kepala' prof berfikir kalau Pilihanraya dah tak 'bersih' lagi apakah akan jadi pada generasi akan datang... ? komer mengaku professor ; tak kan benda semudah itu tak boleh nak fikir ... atau pun memang komer professor kangkung yang bersekongkol dengan umngook nak menipu rakyat ... teman setuju ngan ABU AMMAR 1.11 - patutlah IPT makin turun ranking dunia ...

Oleh golok perak pada SAEKOR KANG KONG MULA BERSUARA pada 11/07/12



nota:
glamour juga kerana
tt komen kang kong ini
kah kah kah

Monday, 13 June 2011

ULAMA jual air sejuk dijampi...Presiden UMNO.




Siapa yang tidak kenal Dato Dr Haron Din Al-Hafiz, seorang Ulamak tersohor, pakar perubatan Islam (Darus-Syifa'), pendakwah dan banyak lagi. Dato Dr Haron Din juga terkenal dengan sikapnya yang tenang dan tegas.

Konsisten dalam setiap tindakan dan kata-kata. Beliau juga tidak mudah melatah atau semberono dalam membuat sebarang keputusan.

Begitulah lebih kurang serba sedikit profil Dato Dr Haron Din yang boleh saya perkatakan - dari sudut pandang saya. Namun begitu kadangkalanya ada pihak yang cuba untuk mencuit beliau dengan menimbulkan beberapa isu yang agak provokatif, mungkin juga mereka ingin melihat bagaimana reaksinya. Contohnya ; isu HARAM BACA UTUSAN MALAYSIA.

Sebagai seorang yang warak, berintegriti, tegas dalam kelembutan - Dato Dr Haron Din bukanlah seperti yang diharap-harapkan oleh juak-juak sembrono dalam PKR atau PR. Dalam mempertahankan dirinya dari cubaan jahat yang ingin memperlihatkannya sebagai sebahagian dari "ulamak kalut" tersebut telah ditangkis dengan penuh bijaksana dan tegas!

Sikap yang sama juga beliau tunjukkan dalam ucapannya dalam Muktamar PAS baru-baru ini. Inilah yang dikatakan Ulamak Tersohor! Tidak mudah melatah atau dipermain-mainkan. Bukan macam bosnya Nik Aziz. Bercakap tak ketahuan kalu (kata orang Kedah).


Harapan kita adalah agar ketokohan beliau dapat digunakan sebaik-baiknya demi untuk manfaat ISLAM DAN MELAYU di negara kita terutama apabila berhadapan dengan barisan Kepimpinan Perang yang telah terpilih bagi menerajui PAS baru lalu.

Mungkin juga Dato Dr Haron Din adalah "ulamak tersohor terakhir" dalam PAS yang dipikulkan dangan tanggungjawab dan amanah yang maha berat demi kesejahteraan Umat Islam dan Melayu khasnya kerana nak harapkan Nik Aziz, dia dah nyanyuk, kalau nak harap Haji Hadi pula, dia dah jadi serupa lalang - lain dulu lain sekarang.

Saturday, 11 June 2011

Gaji CEO TNB...RM1.2 juta pada 2010.


Sah rakyat dah terkena dah...Gaji CEO TNB Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh meningkat dari RM600,000 pada 2009 kepada RM1.2 juta pada 2010. Keseluruhannya pendapatan tahunan Che Khalib tahun lalu adalah RM1.8 juta berbanding RM1.4 juta tahun sebelumnya.


Mereka juga menaikkan tarif elektrik dengan restu kerajaan sebanyak tujuh peratus. Harga gas meningkat, kata mereka. Gas meningkat, gaji CEO juga meningkat dan rakyat terpaksa menanggung kos tersebut. Inilah gunanya berbaik-baik dengan kerajaan.

Kita juga boleh fikirkan apakah lagi kerja-kerja yang gajinya boleh meningkat satu kali ganda selain kerja memeras rakyat. Hebat sangatkah Che Khalib sehingga mendapat gaji satu kali ganda. Kalau hebat dan bijak, tentu rakyat tak akan menangggung beban.

Sebenarnya mereka hebat...hebat kaut untung maa!! -TheMalaysianInsider

Friday, 10 June 2011

Krisis Perlembagaan Malaysia 1988.


Krisis Perlembagaan Malaysia 1988

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bangunan Sultan Abdul Samad menempatkan Mahkamah Agungsemasa krisis perlembagaan Malaysia 1988.
Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 merupakan satu siri peristiwa yang dicetuskan oleh pemilihan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO) pada tahun 1987 yang berakhir dengan penggantungan perkhidmatan dan kemudiannya penyingkiran Ketua Hakim Negara Tun Mohamad Salleh Abas dari jawatannya yang dijamin tidak boleh dipecat oleh Perlembagaan Malaysia. Pemecatannya oleh Perdana MenteriMalaysia, Dr. Mahathir bin Mohamad telah diperlihatkan sebagai satu penyekatan terhadap kebebasan kehakiman yang dijamin oleh Perlembagaan Malaysia.

Isi kandungan

·                                 1 Campur tangan kehakiman dalam pertikaian politik
·                                 2 Pindaan-pindaan perlembagaan
·                                 3 Penggantungan jawatan dan pemecatan Salleh Abas
·                                 4 Pusaka
·                                 5 Kekesalan Kerajaan Malaysia
·                                 6 Lihat juga
·                                 7 Nota dan rujukan
o                                        7.1 Rujukan lain

[sunting]Campur tangan kehakiman dalam pertikaian politik

Pada tahun 1987, UMNO mengadakan pemilihan jawatan-jawatan partinya. Buat pertama kali sejak dua belas tahun yang lalu, jawatan Presidennya dicabar. Tengku Razaleigh Hamzah yang merupakan calon "Pasukan B" untuk kepresidenan mencabar Dr Mahathir daripada kem yang digelarkan "Pasukan A".[1]
Terwujud satu kempen yang amat gigih untuk mendapat sokongan daripada lebih kurang 1,500 wakil cawangan di seluruh negara yang akan memilih pegawai-pegawai parti. Penyokong-penyokong Razaleigh mengharapkan beliau akan menang, dan dalam Perhimpunan Agung UMNO tidak lama selepas pengiraan undi, terdapat khabar-khabar angin bahawa Razaleigh telah menang. 

Bagaimanapun, keputusan rasmi mengisytiharkan Mahathir sebagai pemenang, dengan 761 undi berbanding 718 undi untuk Razaleigh. Ghafar Baba, calon Pasukan A untuk Timbalan Presiden, menewaskan Musa Hitam daripada Pasukan B, dan Pasukan A juga memenangi 16 daripada 25 dalam Majlis Agung UMNO.[2]
Penyokong-penyokong Razaleigh berasa susah hati tentang pemilihan ini yang mereka berkeras mengatakan telah dimanipulasi. Mahathir membuat kemarahan mereka bertambah buruk apabila beliau menyingkirkan semua ahli Pasukan B daripada Kabinetnya.[3] 

Oleh itu, 12 orang ahli UMNO mengemukakan tuntutan mahkamah di Mahkamah Tinggi untuk memperoleh perintah mahkamah yang mengisytiharkan bahawa keputusan pemilihan tidak sah supaya dapat mengadakan pemilihan yang baru. 

Plaintif-plaintif itu mendakwa bahawa 78 orang wakil telah dipilih daripada cawangan-cawangan yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan dan oleh itu, tidak layak mengundi. Mereka juga mendakwa bahawa beberapa dokumen mengenai pemilihan itu telah "diubah". Walaupun Razaleigh bukannya antara kedua belas plaintif itu, beliau dipercayai secara meluas sebagai pembiaya dan penyelaras tuntutan mahkamah ini.[4]
Kemudian, salah satu daripada dua belas plaintif itu menarik diri (mereka kemudiannya dikenali UMNO 11), tetapi sebelas plaintif yang tinggal meneruskan tuntutan mahkamah mereka. Mahkamah Tinggi akhirnya memberikan kedua-dua pihak dua minggu untuk mencapai penyelesaian di luar mahkamah. Sebuah "Panel Perpaduan" UMNO dibentuk untuk menangani perundingan-perundingan supaya dapat bertolak ansur. 

Bagaimanapun, perbezaan-perbezaan antara mereka jelas sukar diselesaikan — Pasukan B mendesak untuk mengadakan pemilihan baru, manakala Pasukan A mendesak bahawa tuntutan mahkamah ditarik balik dan satu penyelesaian menutup malu dicapai untuk membenarkan sebilangan ahli daripada Pasukan B untuk mengekalkan keahlian mereka dalam parti. Akhirnya, sebelas plaintif itu mengisytiharkan bahawa mereka akan mendapat penghakiman muktamad daripada mahkamah.[5]
Ini tidak menyenangkan hati Dr. Mahathir yang pernah beberapa kali bertelingkah dengan badan kehakiman. Dalam satu peristiwa, satu perintah kerajaan yang membatalkan permit kerja untuk dua orang wartawan asing yang kritis terhadap kerajaan Mahathir telah ditolak oleh Mahkamah Agung. 

Mahathir memulakan bidasan-bidasan hangat terhadap badan kehakiman, dan memberitahu majalah Time, "Badan kehakiman berkata, ' Walaupun kamu meluluskan undang-undang dengan menimbangkan sesuatu, kami berfikir bahawa fikiran kamu adalah salah, dam kami hendak memberikan tafsiran sendiri.' Kalau kita tidak bersetuju, Mahkamah-mahkamah akan berkata, 'Kami akan mentafsirkan pertentangan pendapat kamu.' Kalau kami [kerajaan dan Parlimen] mengikut, kami akan hilang kuasa perundangan." [6]Mahathir juga mengecam "kambing hitam [hakim]... yang hendak... kebebasan yang keterlaluan," dan menuduh mereka kerana bermuka-muka.
Sebaik sahaja Dr. Mahathir membuat kenyataan yang terakhir ini, kerajaan menugasi semula beberapa hakim Mahkamah Tinggi ke bahagian yang lain, termasuk Hakim Harun Hashim yang sedang mendengar kes UMNO. Bagaimanapun, oleh sejak kes itu telah berlangsung, pemindahan Harun tidak akan dikuatkuasakan sehingga kes itu ditutup.[7] Oleh itu, Harun terpaksa membuat keputusan terakhir untuk kes "UMNO 11".
Walaupun kebanyakan bukti yang dikemukakan oleh "UMNO 11" tidak dipertikaikan, peguam pembela UMNO memperdebatkan bahawa semua remedi yang mungkin masih belum dihabiskan dalam UMNO. Bagaimanapun, plaintif-plaintif itu menegaskan bahawa fakta tentang sekurang-kurang 30 cawangan tak berdaftar yang menghantar wakil-wakil mereka ke pemilihan UMNO itu harus mencukupi untuk membatalkan keputusan-keputusan pemilihan. 

Akhirnya, Harun membuang kes itu, dan menyebut Perkara 41 dalam Akta Pertubuhan 1966 yang mengatakan bahawa mana-mana satu pertubuhan akan menjadi "tidak sah" secara automatik jika mana-mana satu cawangannya tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan. Oleh itu, Harun mengisytiharkan bahawa beliau tidak mempunyai pilihan lain kecuali untuk mengisytiharkan bahawa UMNO adalah sebuah "pertubuhan yang tidak sah" dan dengan itu, "apa yang terjadi pada tahun 1987" tidak sah di sisi undang-undang. 

Dalam keputusannya, Harun menyalahkan Parlimen untuk memaksakan tangannya: "Jika undang-undang lama masih wujud... [seseorang] boleh menggunakan prinsip common law tetapi pada kelihatannya, Parlimen, untuk memastikan pematuhan undang-undang yang sebenarnya, telah membuat peruntukan ini terlalu keras." [8]
Sebaik sahaja keputusan itu diumumkan, Dr. Mahathir meyakinkan ahli-ahli UMNO bahawa disebabkan keputusan ini didasarkan pada "keteknikan" yang kecil, parti UMNO boleh dipulihkan menjadi pertubuhan yang sah dengan mudah. Beliau juga memperingatkan orang ramai bahawa tarafnya sebagai Perdana Menteri tidak terancam kerana hanya undi tidak percaya yang sah boleh menyingkirkannya.[9]
Dua minggu selepas keputusan Harun, Dr. Mahathir mengumumkan pendaftaran UMNO Baru. Kepimpinan UMNO Baru hampir terdiri pada keseluruhannya daripada ahli-ahli Pasukan A yang kemudian memulakan pemindahan aset UMNO "lama" ke UMNO baru dalam bulan-bulan yang berikut.[10] UMNO 11 meneruskan kes mereka ke mahkamah yang tertinggi di dalam negara, iaitu Mahkamah Agung, untuk memulihkan status UMNO "lama" serta untuk mengadakan pemilihan baru. Bagaimanapun, rayuan mereka ditolak.[11]
Razaleigh kemudian memutuskan untuk membentuk parti baru yang menumpukan kepada "semangat 1946", iaitu tahun UMNO diasaskan.[12] UMNO Baru kemudian memutuskan bahawa perkataan "Baru" tidak diperlukan, dan menggugurkannya secara rasmi dan oleh itu, menuntut diri sebagai waris UMNO yang benar, bukannya parti Razaleigh. Akhirnya, Razaleigh menggunakan nama Semangat 46 untuk partinya yang baru.[13]

[sunting]Pindaan-pindaan perlembagaan

Kes "UMNO 11" hanya merupakan salah satu daripada sebilangan kes yang menjengkelkan Dr. Mahathir dan kerajaannya. Kes terhadap dua orang wartawan yang tersebut di atas tertimbul ketika John Berthelsen dan Raphael Pura menulis sebuah siri makalah terhadap urusniaga-urusniaga kewangan yang dilaksanakan oleh pegawai-pegawai kerajaan yang diragui tidak etika dan sah. 

Jurnal Asian Wall Streetyang menerbitkan makalah-makalah itu diharamkan dengan segera, dan Dr Mahathir selaku Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri membatalkan permit-permit kerja Berthelsen dan Pura. Bagaimanapun, Mahkamah Agung mengubah pembatalan permit kerja Berthelsen disebabkan dia tidak diberi peluang untuk menjawab tuduhan-tuduhan kerajaan. Disebabkan ini, pengharaman Jurnal Asian Wall Street juga ditarik balik.[14]
Dalam lagi satu kes, Mahkamah Agung menggunakan kuasa kajian semula kehakiman, dan membatalkan pindaan-pindaan kepada Kanun Prosedur Jenayah yang memberikan kuasa kepada Peguam Negara untuk memulakan prosiding jenayah di Mahkamah Tinggi tanpa melalui Mahkamah Majistret. 

Selepas Operasi Lalang pada tahun 1987 di mana kerajaan menahan beberapa penentang politik tanpa perbicaraan di bawah Akta Keselamatan Negeri (ISA), Mahkamah Tinggi meluluskan permohonan Karpal Singh untuk dibebaskan daripada tahanan disebabkan masalah teknik terhadap cara beliau ditahan.[15]
Dr Mahathir hilang sabar terhadap kes yang terakhir ini. Pada minggu yang berikut, beliau menyerahkan beberapa pindaan perlembagaan kepada Parlimen untuk melucutkan "kuasa kehakiman Persekutuan" dan hanya memberikan mereka kuasa kehakiman sebagaimana yang Parlimen inginkan. Sebagai justifikasi untuk pindaan-pindaan itu, 

Dr. Mahathir berkata: "...mahkamah-mahkamah telah memutuskan bahawa dalam penguatkuasaan undang-undang, mereka terikat kepada tafsiran-tafsiran sendiri dan bukannya terhadap alasan-alasan yang menyebabkan Parlimen merumuskan undang-undang ini... akhir-akhir ini, badan kehakiman telah berasa wajar untuk menyentuh perkara-perkara yang dahulu dianggap sebagai hanya dalam kuasa eksekutif." [16]
Ketua Hakim Negara untuk Mahkamah Agung, Salleh Abas, telah dipaksa oleh hakim-hakim sekerjanya untuk bertindak balas terhadap tindakan-tindakan kerajaan. Salleh memutuskan untuk mengadakan sebuah mesyuarat bagi kesemua 20 orang hakim daripada Mahkamah Agung dan Mahkamah Tinggi di ibu negara Kuala Lumpur

Dalam mesyuarat ini, mereka bersetuju untuk tidak mengumumkan jawapan mereka terhadap kritikan-kritikan Dr. Mahathir. Sebagai ganti, mereka menulis sepucuk surat sulit kepada Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja Melayu bagi mengemukakan ketidakpuasan hati mereka. 

Surat yang ditulis oleh Salleh Abas, dan yang dipersetujui oleh semua hakim yang hadir dengan sebulat suara, menyatakan kekecewaan hakim-hakim terhadap "berbagai-bagai komen dan tuduhan yang telah dibuat oleh Yang Berhormat Perdana Menteri terhadap Badan Kehakiman," tetapi tidak mendesak sebarang tindakan yang khusus untuk diambil — sebaliknya, surat itu hanya berakhir dengan ungkapan "harapan bahawa kesemua tuduhan yang tidak berasas itu akan dihentikan".[17]

[sunting]Penggantungan jawatan dan pemecatan Salleh Abas

Pada tahun 1988, Salleh Abas dihadapkan ke timbang tara yang diadakan oleh Dr. Mahathir, Perdana Menteri ketika itu, atas tuduhan salah lakunya. Timbang tara itu dipengerusikan oleh Tun Hamid Omar. Sebagai tindak balas terhadap timbang tara, 

Salleh Abas mengambil tindakan guaman dalam Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur untuk mencabar perlembagaanan timbang tara itu. Ketika meneruskan tindakan guamannya, beliau membuat permohonan untuk penggantungan sementara terhadap timbang tara sehingga 4 Julai 1988. Permohonannya ditolak.
Bagaimanapun, lima orang hakim Mahkamah Agung kemudian bersidang dan memberikan Salleh Abas perintah interlokutori terhadap timbang tara. Sebaik sahaja menerima perintah itu, peguam-peguam Salleh Abas pergi ke Parlimen untuk mengemukakan perintah interlokutori itu kepada pengerusi timbang tara

Bagaimanapun, pintu besar yang menuju ke bangunan Parliamen telah dikunci dan wakil Salleh Abas terpaksa memanggil polis untuk menjamin laluan masuk ke Parlimen. Akhirnyanya, perintah interlokutori itu dikemukakan kepada pengerusi timbang tara.
Tidak lama kemudian, kelima-lima hakim Mahkamah Agung itu digantung jawatan mereka. Daripada lima orang hakim itu, tiga orang hakim dipecat. Pemecatan ini menyebabkan Mahkamah Agung Malaysia digantung, dan oleh itu, tuntutan terhadap pengesahan timbang tara tidak dapat dibicarakan. Timbang tara kemudian memecat Salleh Abas daripada jawatannya.
Pemecatan luar aturan Salleh Abas menyebabkan Badan Peguam Malaysia enggan mengiktiraf Ketua Hakim Negara yang baru. Pada masa yang sama, Perlembagaan Persekutuan dipinda untuk melucutkan "kuasa kehakiman Persekutuan" dan hanya memberikan kuasa kehakiman kepada badan kehakiman sebagaimana yang Parlimen inginkan.

[sunting]Pusaka

Walaupun banyak orang daripada pihak pembangkang, termasuk juga pihak bekas kerajaan seperti Tunku Abdul Rahman, menganggap bahawa pemecatan Salleh Abas adalah sesuatu yang sangat dibenci, penyokong-penyokong Dr. Mahathir berkeras mengatakan bahawa perbuatan ini telah membebaskan badan kehakiman Malaysia daripada cara pemikiran penjajah. 

Pemecatan beberapa hakim itu diberikan justifikasi bahawa mereka telah menyalahgunakan wang awam untuk belanja peribadi — umpamanya, pembelian perabot mewah dari Itali. Tuntutan juga dibuat bahawa pemecatan-pemecatan itu telah menghapuskan kayu mati dan memperbaiki kecekapan mahkamah-mahkamah, seperti yang dapat diperlihatkan daripada pengurangan tunggakan kes.[18]

[sunting]Kekesalan Kerajaan Malaysia

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim, pada tahun 2008 membayangkan kerajaan Malaysia akan meminta maaf kepadaTun Salleh Abas yang dipecat serta mengembalikan semula hak-hak beliau seperti pencen dan sebagainya. Dalam ucapan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pada malam 17 April 2008 anjuran Majlis Peguam Malaysia di hadapan lebih kurang 600 orang, mengumumkan pembayaran ex-gratia kepada Tun Salleh Abas dan lima orang lagi hakim yang terlibat secara langsung dalam kes 20 tahun lalu iaitu: Datuk George Seah, Tan Sri Wan Suleiman Pawanteh, Allahyarham Tan Sri Eusoffe Abdul Kader, Tan Sri Azmi Kamaruddin dan Tan Sri Hamzah Mohamed Salleh.
Dalam ucapannya[19], Perdana Menteri menyentuh:
§                     Mengenai hakim-hakim yang dipecat dan digantung pada 1988:
For me and for many other Malaysians, these towering judicial personalities represent a very different era for the nation's judiciary. Many felt that the judiciary then was a venerable institution which could be trusted to deliver justice. Some even hailed Malaysia's judiciary as a model for other countries – independent and credible.
"Bagi saya dan ramai lagi orang Malaysia, personaliti-personaliti tertinggi badan kehakiman ini mewakili era berbeza bagi badan kehakiman negara. Ramai yang merasakan badan kehakiman pada masa itu adalah institusi dihormati yang boleh dipercayai untuk menjalankan keadilan. Sesetengah mereka menyanjung tinggi badan kehakiman Malaysia sebagai model kepada negara lain - bebas dan boleh dipercayai."
§                     Mengenai kehakiman:
No nation can call itself fair and just without an efficient and trusted judiciary. By "trusted", I mean a judiciary that delivers justice and is seen to deliver justice.
"Tiada satu negara boleh memanggil ia adil dan saksama tanpa mempunyai badan kehakiman yang cekap dan dipercayai. Mengenai "dipercayai", maksud saya adalah hakim menjalankan keadilan dan dilihat berlaku adil.
§                     Mengenai pemisahan kuasa:
I can say with a clear conscience that I abided and will continue to abide by the principle of separation of powers, leaving the matter of justice to the judiciary. The judiciary must be fortified to be an institution that serves the democratic principle of separation of powers. The judiciary must be the guardian of the Constitution and the sentinel of the people's rights.
"Saya boleh mengatakan dengan ikhlas yang saya patuh dan akan sentiasa mematuhi prinsip pengasingan kuasa, membiarkan perkara berkaitan keadilan kepada badan kehakiman. Badan kehakiman mestilah diperkuatkan menjadi satu institusi yang berkhidmat untuk prinsip demokratik pemisahan kuasa. Badan kehakiman hendaklah menjadi penjaga kepada Perlembagaan dan pengawal kepada hak rakyat."
§                     Mengenai suruhanjaya kehakiman:
I am pleased to announce to you tonight that the Government is proposing the setting up of a Judicial Appointments Commission to identify and recommend candidates for the judiciary to the prime minister.
"Saya dengan sukacitanya mengumumkan kepada anda sekalian pada malam ini bahawa kerajaan bercadang mewujudkan Suruhanjaya Perlantikan Hakim untuk mengenal pasti dan mencadangkan calon hakim kepada Perdana Menteri."
Ucapan Perdana Menteri mendapat pujian dari presiden Majlis Peguam yang mengatakan hakim-hakim yang dipecat sebagai hero yang menggadaikan hidup mereka dan merayu kepada Perdana Menteri untuk melihat kembali kes mereka yang ditahan di bawah ISA. Tiada kenyataan meminta maaf diucapkan tetapi hanya kekesalan.

[sunting]Lihat juga

§                     Anwar Ibrahim
§                     Musa Hitam
§                     Razaleigh Hamzah
§                     Salleh Abas
§                     Syed Ahmad Idid