ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Wednesday, 24 August 2011

JPN jambatan PENGKHIANAT negara...???


Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sinisinisinisinisinisini, & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini. Mekasih...

Hari ni gua bawak lagi 1 kes yang perlu diambil perhatian... Kes yang agak unik... 1 individu dengan 1 Kad Pengenalan Lama, memiliki 2 MyKad yang nombornya berlainan,1 MyKad telah dituntut oleh individu ini manakala 1 lagi MyKad belum dituntut dan masih berada dalam simpanan JPN Wilayah Persekutuan (KL).

Paling menarik ialah, individu ini telah disahkan oleh SPR sebagai pengundi berdaftar yang sah dan layak mengundi di 2 Parlimen dan 2 DUN yang berlainan.

Berikut adalah butir-butir individu.

No Kad Pengenalan Lama: 6397062
No MyKad 1: 620108-08-6991 (Kad telah diambil)
No Mykad 2: 620108-08-6713 (Kad sedia diambil)
Nama: Mohd Rashid bin Ismail

Bukti semakan dalam laman sesawang JPN seperti dibawah:

Berikut pula adalah hasil semakan di laman sesawang SPR:

Sekiranya segala pendedahan yang dibuat ini tidak membawa sebarang perubahan didalam SPR dan juga JPN, gua fikir ada baiknya Gerakan BERSIH 3.0 dilancarkan 3 bulan dari sekarang.

Kita akan ke Jalanraya dan kali ini gua tak rasa Jalanraya di Kuala Lumpur sebagai tempat yang menarik. Ada baiknya kita kejalanan dan seterusnya berkampung di perkarangan Ibu-Pejabat SPR dan perkarangan Ibu-Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia.

Terus berkampung disana sehingga Perubahan dilakukan didalam Daftar Pemilih. Kalau SPR dan JPN cuba nak main gila dengan Rakyat, Rakyat pun boleh tunjukkan apa itu "Gila". 

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sinisini & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini. Mekasih...


MyKad bernombor 591023-02-5794 milik Papathy a/p Chandran seperti yang kita lihat diatas telah pun dituntut oleh tuan-punya MyKad tersebut seperti yang disemak di laman Website JPN.

Terima kasih kepada JPN kerana telah berjaya mengeluarkan Kad Pengenalan bermutu tinggi atau "MyKad" kepada pemohon. Ini dapat memudahkan Rakyat Malaysia melakukan pelbagai urusan rasmi termasuk mengundi.

Khabarnya MyKad keluaran JPN ini adalah kad canggih yang mempunyai pelbagai ciri-ciri keselamatan yang rasanya tak perlu kita persoalkan lagi.

Berbeza dengan Kad Pengenalan lama kita yang tidak dapat menyimpan apa-apa Data didalamnya, MyKad dapat menyimpan pelbagai data termasuk Nombor Lesen, No Kad bank dan lain-lain.

Pemunya MyKad diatas juga pada satu ketika dulu pernah menggunakan Kad Pengenalan berkualiti biasa yang bernombor 6840801. Buktinya dapat dilihat dari semakan Daftar pemilih dibawah.


Rupanya Papathy a/p Chandran mempunyai 2 MyKad. MyKad pertama bernombor 591023-02-5784 dan MyKad kedua beliau bernombor 591023-02-5014.

Hasil semakan MyKad kedua beliau di Laman Web JPN:


Rasanya MyKad kedua beliau masih belum dituntut dan beliau diminta untuk membuat rujukan di cawangan JPN yang berdekatan dengan beliau dan ini bermakna MyKad ke-2 beliau masih berada di JPN.

Tak perlu ulas panjang lebar. Individu ini telah disahkan sebagai pengundi berdaftar dan beliau layak untuk mengundi di 2 Parlimen yang berbeza dan beliau layak untuk memilih siapa yang beliau berkenan untuk mengisi 2 kerusi Parlimen dan 2 kerusi DUN.

JPN dan SPR masing-masing sibuk berkhalwat. Pengarah JPN gentel telur Pengerusi SPR, Pengerusi SPR gentel bulu jubor Pengarah JPN. Menteri Dalam Negeri mungkin tengah gentel kemaluan Anuar Zain.

Add starShareShare with noteKeep unreadSend to

    Daftar Pengundi: JPN & SPR Jangan Cabar Kesabaran Rakyat..!

    Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sinisini & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini. Mekasih...

    Rasanya dah hampir sebulan blog ini dan blog-blog lain termasuk portal-portal Media Alternatif mendedahkan pelbagai bukti kepincangan didalam Daftar pengundi yang telah dikeluarkan oleh pihak SPR dan "kununnya" telah disahkan oleh JPN kesahihan maklumat yang terdapat didalamnya melalui apa yang dipanggil "link".

    Setakat hari ini, pihak JPN dan SPR hanya menjawab satu isu sahaja iaitu kes Mismah. Lain-lain kes yang didedahkan langsung tidak mendapat respon seperti yang diharapkan dari JPN dan juga SPR.


    Pihak KERAjaan dan kuncu-kuncunya pula akhir-akhir ini telah mula mencuba mengalih perhatian Rakyat malaysia dengan mengalihkan isu Daftar Pengundi kepada isu Serbuan ke Gereja. Strategi itu nampaknya hampir-hampir berjaya.

    Blog-blog pro KERAjaan langsung sudah tidak membincangkan atau menafikan kenyataan-kenyataan dan bukti-bukti yang didedahkan berkenaan dengan Daftar Pengundi sebaliknya sudah mula beralih arah kearah membincangkan isu Murtad.

    Tiba-tiba blogger-blogger pencarut berubah menjadi para Alim-Ulama, Ustaz-Ustaz dan Sufi-Sufi yang sangat-sangat cintakan Agama Islam padahal dalam masa yang sama kalau dibuka blog mereka, dapat dilihat tayangan Video Lucah mendahului posting-posting Islamik mereka.

    Nampak macam Khurafat Kafir Quraisy Muqarab yang mengucap 2 Kalimah Syahadah yang dalam masa yang sama, tangan kanannya sedang meraba kemaluan pelacur manakala tangan kirinya menggoncang-goncang kemaluan sendiri di khalayak ramai.

    Strategi yang sama telah digunakan setiap kali ada isu-isu besar yang gagal ditangani oleh pihak KERAjaan dan cara paling baik untuk mengalih pandangan Rakyat Malaysia ialah dengan menimbulkan 1 isu keagamaan. Agama Islam terancam (kununnya).

    Padahal untuk menangani isu Murtad, caranya sangat-sangat mudah dan pihak KERAjaan sememangnya mempunyai kuasa mutlak untuk melakukannya sekiranya mereka benar-benar berminat untuk menangani isu Murtad.

    Gubal sahaja Akta Murtad dan semuanya akan selesai... Apa masalahnya..?

    Blog ini akan terus mendedahkan kepincangan dalam Daftar Pengundi yang ada sekarang dan pendedahan seterusnya akan dilakukan tepat jam 9:00 pagi nanti.

    Kami akan terus mendedahkan bukti-bukti yang ada dan kami juga berharap agar pihak-pihak lain mengembleng tenaga dan masa menghebahkan segala bukti-bukti yang telah didedahkan dan bakal didedahkan pada umum sehingga pihak JPN dan SPR mengambil tindakan memBERSIHkan Daftar Pengundi dan mengemaskini semua maklumat dalam Jabatan masing-masing.

    Jika pihak JPN dan juga SPR masih gagal untuk mengemaskini dan memBERSIHkan maklumat-maklumat dalam Data mereka, tunggu sahaja BERSIH 3.0 dilancarkan dan kali ini kami sudah tidak berminat untuk berkumpul dijalan-raya di tengah-tengah Bandaraya Kuala Lumpur.

    Ada baiknya kita berkumpul dan berkampung di perkarangan Ibu-Pejabat JPN dan SPR sehingga perkara ini selesai.

    Jangan dicabar kesabaran Rakyat.

    Add starShareShare with noteKeep unreadSend to

      BERSIH 3.0: Selvi Bertuah, Tahniah Kg Baru, Takziah Noraini

      Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sinisini & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini. Mekasih...

      Semenjak pendedahan demi pendedahan dibuat oleh pelbagai pihak, pihak JPN dan juga SPR nampaknya semakin hilang dari bumi Negara Malaysia. JPN dan SPR yang sebelum ini dilihat sebagai sebuah badan "gergasi" semakin hilang taringnya.

      Tiada lagi kenyataan penafian atau apa-apa kenyataan untuk mempertahankan tindakan-tindakan mereka didalam isu-isu yang dibangkitkan terutamanya berkaitan dengan Daftar Pengundi yang sangat jelas berlaku berbagai kepincangan. 1 isu sahaja yang kita lihat JPN dan SPR kedepan iaitu isu Mismah... tetapi selepas diasak bertubi-tubi dengan pelbagai persoalan, ke 2-2 institusi "Gergasi" ini hilang.

      Pendedahan terbaru untuk hari ini ialah keputusan pencarian dari Semakan Daftar Pengundi dalam Laman Web SPR dan juga JPN. Nama yang dipilih untuk kali ini ialah Selvi a/p Sanmugam. Seorang Warga-Negara Malaysia dan berbangsa India.

      Maklumat beliau adalah seperti berikut:

      Nama: Selvi a/p Sanmugam
      No Kad Pengenalan Lama: 7356424
      No MyKad 1: 530320-08-5030 (Kad telah diambil)
      No Mykad 2: 630320-08-6728 (Kad sedia diambil)

      hasil semakan dalam Laman JPN:


      Hasil semakan dalam Laman SPR:


      Selvi a/p Sanmugam boleh pergi ke Pusat Pengundian Ayer Tawar Baharu dengan membawa MyKadnya yang bernombor 530320-08-5030 dan memilih mana-mana calon kesukaannya bagi mengisi Kerusi Parlimen Beruas dan beliau juga layak untuk memilih mana-mana calon kesukaannya bagi mengisi Kerusi DUN Pantai Remis.

      Selesai mengundi di Ayer Tawar Baharu, Selvi a/p Sanmugam seterusnya boleh ke Pusat Pengundian Karai Luar dengan membawa MyKadnya yang bernombor 630320-08-6728 dan memilih mana-mana calon kesukaannya bagi mengisi Kerusi Parlimen Singai Siput dan beliau juga layak untuk memilih mana-mana calon kesukaannya bagi mengisi Kerusi DUN Lintang.

      Tidak ada siapa-siapa baik pihak Pacar, JPN, SPR, PDRM mahupun Kerajaan Malaysia, jauh lagi Pihak Pembangkang yang berhak untuk menafikan bahawa Selvi a/p Sanmugam layak untuk mengundi sebanyak 4 kali di 2 lokasi yang berbeza dalam keadaan ini.

      Kita berharap agar Selvi a/p Sanmugam akan dapat menunaikan tanggung-jawabnya dengan baik dan amanah sebagai seorang Rakyat Malaysia. Selvi a/p Sanmugam patut bersyukur kerana beliau antara Rakyat Malaysia yang dikira bertuah kerana mendapat kelebihan untuk mengundi sebanyak 4 kali.

      Tahniah Kg Baru, Takziah Noraini binti Abdullah


      Apa-apapun, pihak kami juga ingin mengucapkan Tahniah kepada "Kg Baru" kerana berjaya didaftarkan sebagai pengundi yang sah. Kita berharap agar Jentera Pilihanraya Besut dapat mula berfikir bagaimana kaedah untuk membawa "Kg Baru" menunaikan tanggung-jawabnya sebagai pengundi dalam Pilihanraya akan datang.

      Ingat... "Setiap Undi Amat Berharga". Tak Mustahil bagi mana-mana calon Parlimen Besut dan juga DUN Hulu Besut untuk menang hanya dengan 1 undi - Usaha Tangga Kejayaan..!

      Sebelum kita terlupa, Takziah diucapkan pada Noraini binti Abdullah kerana anda tidak layak untuk mengundi memandangkan "Kg Baru" telah menggunakan MyKad anda untuk mendaftar sebagai Pengundi dan permohonan "Kg Baru" telah diluluskan oleh pihak SPR.

      Kita berharap agar Noraini tidak berkecil hati dan membawa perkara ini ke Mahkamah kerana perkara ini adalah perkara biasa di Malaysia... "Small Matter" kata PenChaChai. Kita berharap agar "Kg Baru" tidak akan menyalah-gunakan MyKad Noraini dengan membuat pinjaman dan loan dari Bank-Bank dengan menggunakan MyKad Noraini kerana perkara ni kelak akan menyusahkan Noraini.

      Berita sisipan untuk renungan bersama:
      AJAIB, JPN TAWAR NO MYKAD BARU?
      Oleh: BERNAMA

      Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kelmarin menolak satu permohonan bagi mengetepikan saman kecuaian oleh seorang pemandu teksi yang mendakwa bahawa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) telah mengeluarkan dua kad pengenalan dengan nama dan nombor yang sama bagi individu berbeza.

      Pesuruhjaya Kehakiman Lee Swee Seng membuat keputusan itu, di kamar selepas mendengar hujah, bagi mengetepikan permohonan yang difailkan oleh bekas dan Ketua Pengarah JPN pada masa ini, Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan.

      Peguam Yusfarizal Yusoff dan Mohamad Zaid Daud mewakili plaintif Mohammad Daud Salleh dan peguam kanan persekutuan Suhaila Haron mewakili keempat-empat defendan.

      Yusfarizal memberitahu pemberita bahawa mahkamah mendapati wujud tindakan yang berasas untuk saman itu dibicarakan dan tidak diketepikan.

      Beliau berkata mahkamah bersetuju dengan hujahnya bahawa penduaan kad pengenalan itu telah menimbulkan masalah kepada Mohammad Daud.

      Yusfarizal berkata mahkamah menetapkan 24 April untuk pengurusan kes saman itu supaya defendan dapat memfailkan pernyataan pembelaan terhadap saman itu.

      Pada 4 Jan, Mohammad Daud, 42, memfailkan saman terhadap keempat-empat defendan itu selepas mendapati JPN telah mengeluarkan kad pengenalan kepada orang lain dengan nombor yang sama beberapa tahun lalu.

      Katanya, apabila beliau pergi ke JPN bagi menggantikan kad pengenalan lamanya kepada MyKad pada 2005, beliau terkejut apabila jabatan itu memberitahu bahawa ada orang lain telah mengambil MyKadnya dengan nama dan nombor yang sama. Selepas itu, JPN mengeluarkan MyKad dengan nombor yang baru kepadanya.

      MyKad baru tidak selesaikan masalah

      Bagaimanapun, MyKad yang baru itu tidak menyelesaikan masalahnya apabila beliau menerima beberapa saman trafik bagi sebuah kereta bukan miliknya dan diikuti dengan lebih banyak panggilan dari bank untuk pembayaran semula pinjaman kereta dan beliau menafikan ada membuat pinjaman sedemikian.

      Dalam pernyataan tuntutan, Mohammad Daud berkata beliau enggan menerima MyKad itu kerana beliau telah menggunakan kad pengenalannya yang lama untuk semua transaksi termasuk bank dan sijil kelahiran anaknya dan begitu juga dengan sijil nikahnya.

      Katanya, MyKad baru dengan nombor baru tidak akan menyelesaikan masalahnya kerana pihak ketiga masih menggunakan nombor kad pengenalannya dan namanya.

      Dalam samannya, Mohammad Daud menuntut agar JPN membatalkan kad pengenalan pendua dan membuat satu pengisytiharan bahawa beliau mempunyai hak ke atas kad pengenalan lamanya.

      Beliau juga menuntut ganti rugi teladan dari JPN berhubung kecuaian jabatan itu mengeluarkan dua kad pengenalan dengan nama dan nombor yang sama kepada orang yang berbeza sehingga menyebabkan beliau menghadapi masalah kerana ada individu lain menggunakan kad pengenalan lamanya.
      Add starShareShare with noteKeep unreadSend to

        BERSIH 3.0: SPR & JPN Nak Kena Kepung..?

        Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sinisinisini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.

        Mekasih...

        Kedua-dua Kad Pengenalan ini telah diambil oleh pemohon. Kad pertama dengan nombor Pendaftaran 631114-08-6326 dimiliki oleh Ong Siew Lai manakala Kad kedua dengan nombor Pendaftaran 631114-10-5216 pula dimiliki oleh Ong Siew Lai...

        Mungkin secara kebetulan kedua-dua pemunya Kad Pengenalan diberikan nama yang sama oleh keluarga masing-masing.


        Hasil semakan di Laman Web SPR pula menceritakan sebaliknya.


        Rupa-rupanya kedua-dua Kad Pengenalan berkenaan dimiliki oleh 1 individu sahaja dan ini dapat dikenal-pasti melalui rekod no Kad Pengenalan lamanya iaitu 7170288. Gua tak pasti MyKad yang mana 1 berada dalam simpanan Ong Siew Lai dan gua jugak terfikir, ada kemungkinan kedua-dua MyKad berkenaan ada dalam simpanan Ong Siew Lai.

        Kemungkinan lain ialah adanya individu lain yang menggunakan salah 1 MyKad tersebut secara salah tetapi macam mana nak sabitkan kesalahan gua tak pasti sebab kedua-dua MyKad telah disahkan oleh pihak JPN. jadi..?

        Ikut mana-mana pun pemegang Kad pengenalan (lama) bernombor 7170288 telah diklon samada secara sedar atau tidak dan pemegang MyKad hasil dari pertukaran Kad Pengenalan lama kepada MyKad boleh mengundi sebanyak 4 kali. 2 undi untuk Parlimen dan 2 undi untuk DUN yang sama.

        Individu tersebut kalau hanya melibatkan hanya 1 individu boleh datang untuk pengundi pada sebelah pagi dengan MyKad bernombor 631114-08-6326 dan pada sebelah petang dengan MyKad bernombor 631114-10-5216 dan gua yakin tak de siapa akan perasan perkara ini.

        Ini masalah yang besar pada gua sebab kes begini bukan sekadar kes terpencil... terlalu banyak kes begini dikesan dalam senarai daftar Pemilih yang terkini.

        Pada gua, sistem BioMetrik tak kan dapat menyelesaikan masalah begini... BioMetrik boleh dimanipulasi... Individu yang sama masih dapat mengundi dengan hanya membawa MyKad yang berlainan.

        Dakwat kekal..? Korang tak kan dapat memanipulasi Dakwat Kekal. sekali dah terpalit dekat jari korang, jangan harap la nak mengundi sekali lagi.

        Bila SPR dengan JPN nak paham benda ni..? Nak tunggu Rakyat Malaysia berhimpun dekat perkarangan Ibu-Pejabat JPN dengan SPR dulu ke..?

        No Kad Pengenalan Lama: 7170288
        No MyKad 1: 631114-08-6326 (Kad telah diambil)
        No Mykad 2: 631114-10-5216 (Kad telah diambil)
        Nama: Ong Siew Lai 

        KERAjaan BN pandai kutip CUKAI sahaja?


        Husam menyerahkan sumbangan Aidil Fitri kepada armalah di masjid Kamil Hassan 
        KOTA BHARU, 24 Ogos 11: Kerajaan Kelantan bersetuju mengambil alih pembinaan lebuh raya Kota Bharu-Kuala Krai berikutan Kerajaan Persekutuan melengah-lengahkan pembinaan jambatan tersebut sebagaimana yang terkandung dalam RMK-9.

        Dianggarkan sejumlah RM1.9 bilion kos pembinaan yang diperlukan berbanding peruntukkan asal RM2.3 bilion.Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata bagaimanapun berkata pada RMK-10, peruntukkan itu telah ditarik balik. 


        Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan sumbangan Aidilftiri kepada golongan armalah dan anak yatim di Masjid Kamil Hasan, dekat sini. Lebih 500 orang penerima juga turut membabitkan pelajar IPT, penghulu, guru-guru Pasti menerima sumbangan tersebut.

        Menurutnya lagi, lebuh raya berkenaan begitu penting bagi kemudahan orang ramai sama ada dari segi ekonomi atau pulang berhari raya di kampung.

        “Anak Kelantan diperantauan sentiasa berhadapan dengan kesesakan jalan raya khususnya dimusim cuti sekolah dan perayaan.

        “Kerana itu, kerajaan negeri terpaksa menyediakan inisiatif baru untuk menjayakan pembinaan jalan raya berkenaan dengan cara pembukaan tander kepada swasta,”ujarnya.

        Tambahnya, kerajaan negeri membuka peluang kepada mana-mana syarikat yang ingin mengambil bahagian untuk memajukan projek berkenaan. Setakat ini, katanya tiga syarikat yang telah mengemukakan permohonan mereka dengan menghantar cadangan untuk memajukannya. Sambungnya, kerajaan negeri masih memberi peluang kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengambil bahagian. 



        Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebelum ini dilaporkan, laluan bertingkat melintas landasan kereta api di Pasir Mas kini siap sepenuhnya, sedangkan jalan bertingkat di Jalan Hamzah dan jambatan Sultan Yahya Petra kedua bernilai RM150 juta belum pun mencapai 50 peratus dibina. 
        Rakyat Malaysia fikirlah sendiri, apa perlunya kerajaan Pusat begini, cukai rakyat secara nasional dikebas, termasuk royalti minyak, tetapi pengagihn projek didiskriminasikan! Tukar saja BN dengan Pakatan Rakyat, undilah PAS. (IH)
        Libat sebelum ini...

        Tuesday, 23 August 2011

        SULTAN PERAK DAN MALAY RESERVE




        SULTAN PERAK DAN MALAY RESERVE 
        Pada zaman darurat, Tanah Melayu semenjak tahun 1948 dan sampai kepada masa Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Gerald Templer, semua orang Cina, Melayu, India dan mereka dari keturunan-keturunan lain yang tinggal dalam kawasan-kawasan tepi rimba terpencil dan sebagainya telah dipindahkan ke kampung-kampung baru, di seluruh Tanah Melayu.
        Mereka itu diasingkan ke dalam kampung-kampung baru kerana pihak Kerajaan Inggeris tidaka mahu mereka membantu pergerakan Parti Komunis Malaya (PKM). Mereka itu dalam keadaan dikurung dalam kampung-kampung baru yang dipagar dengan kawat berduri dan dikawal oleh anggota-anggota Polis Khas yang diketuai oleh ’pegawai-pegawai Palestin’, iaitu pegawai polis Inggeris yang telah berkhidmat di Palestin, sebelum tahun 1947.
        Setelah Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Henry Gurney mati ditembak oleh pejuang-pejuang kemerdekaan tanahair, dari Rejimen ke 10 yang dipimpin oleh Abdullah C.D. , di Bukit Fraser, pada 6 Oktober 1951, tempatnya diganti oleh Jeneral Sir Gerald Templer pada Mac 1952.

        PARTI KOMUNIS
        Pasukan Rejimen ke 10 adalah dianggotai oleh pejuang-pejuang Melayu bersama Parti Komunis Malaya (PKM) dan berpangkalan di Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang.
        ’PKM juga yakin bahawa sokongan orang-orang Melayu amat diperlukan demi memastikan tercapainya matlamat perjuangan komunis untuk mendirikan negara komunis di Tanah Melayu. 

        PKM cuba memperbetulkan kesilapan pada masa lalunya yang mengabaikan orang Melayu.
        Dalam usaha untuk menarik sokongan orang Melayu, PKM membentuk rejimen kesepuluh yang berpangkalan di Lubuk Kawah, Temerloh, Pahang. Rejimen yang dikhaskan kepada anggota Melayu PKM itu mengambil angka sepuluh, bersempena dengan tarikh kelendar Islam 10 Zulhijah (Hari raya korban), dengan harapan akan menyemarakkan lagi semangat perjuangan dan pengorbanan di kalangan anggotanya. Rejimen kesepuluh itu diketuai oleh Abdullah C.D. dan Rashid Maidin.’
        Elok aku rakamkan di sini, apabila Sir Gerald Templer melihat kehebatan pemuda UMNO di bawah pimpinan Saadon Haji Zubir dan Haji Ahmad Badawi, maka untuk melemahkan semangat juang mereka, dia telah bertindak untuk mengharamkan Pemuda UMNO.
        ’Oleh kerana Pemuda-Pemuda UMNO telah bergerak terlalu cergas dan penuh semangat, kerajaan telah menggertak hendak mengharamkan dan membubarkannya. Tetapi gertak itu telah dicabar oleh Tunku dengan beraninya. Akhirnya gertak itu tinggal gertak sahaja.
        Bagaimanapun seperti kata pepetah Melayu, ”Tidak dapat tanduk telinga dipulas” kerajaan telah menggunakan kuasanya untuk menyekat dan melemahkan pergerakan Pemuda UMNO dan dengan demikian melemahkan UMNO dengan mengharamkan pakaian seragam (uniform) Pemuda UMNO.
        Kebetulan pada permulaan tahun 1953 tatkala Pemuda-Pemuda UMNO mengadakan Persidangan Agungnya di Melaka, Pemuda-Pemuda UMNO Melaka telah menghadiahkan kepada Tunku Abdul Rahman sepasang uniform Pemuda UMNO. 

        Tunku telah memakai uniform itu tatkala memeriksa barisan kehormat Pemuda-Pemuda UMNO sebelum membuka Persidangan Agung Pemuda-Pemuda UMNO itu. Tunku kelihatan bergaya dan hebat dengan uniform itu. 

        Pemandangan seluruh istiadat pemeriksaan barisan kehormatan itu sungguh menaikkan semangat.
        Tetapi hal inilah yang menjolok mata kerajaan. Dengan serta merta Sir Gerald Templer, Pesuruhjaya Tinggi Persekutuan, pada masa itu, telah bertindak, satu perintah mengharamkan uniform Pemuda UMNO telah dikeluarkan.’
        Di sekitar Kuala Kangsar termasuk Sungai Siput dan Hulu Perak, terdapat kampung-kampung baru, yang dipagar dengan kawat berduri dan dikawal oleh anggota-anggota polis khas. Penduduk-pendudukan semua kampung baru itu, sebilangan besar dari orang-orang orang-orang China, diikuti orang India dan Melayu.
        Kampung-kampung baru dalam daerah Kuala Kangsar dan Sungai Siput, di antaranya, Kampung –kampung baru Sauk, Liman, Padang Rengas, Jerlun, Manong, Karay, Salah, Lasah, Jalong dan Rimba Panjang.

        LADANG GETAH
        Dalam daerah Grik, Hulu Perak, di antaranya, Kelian Intan, Padang Gros, Grik, Air Kala, Lenggong dan Kota Tempan.
        Kampung Baru Sauk juga telah dipagar dengan kawat berduri yang meliputi rumah-rumah kedai dari tepi jalan raya hingga meliputi dusun buah-buahan dan ladang getah orang Melayu yang bertaraf ’Malay reserve’ (simpanan Melayu).
        Aku memaklumkan lebih awal di sini, bahawa dalam pertemuan aku dengan Menteri Besar Perak, Ghazali Jawi, di pejabatnya, di Ipoh pada tahun 1976, aku telah bertanya kepadanya mengenai tanah Malay reserve (simpanan Melayu) di seluruh daerah Hulu Perak dan dalam daerah-daerah lain, termasuk kampung-kampung baru telah diduduki oleh orang-orang bukan Melayu dan Negeri Perak telah memberi hak milik kepada mereka.

        RANCANGAN KERAJAAN
        Ghazali Jawi telah menjawab, ’...you wartawan, bukan ahli exco, kami ada kuasa hendak beri hak milik tanah kepada siapa saja, ini hak kerajaan ..., kerajaan demokrasi.”
        ”Tapi Sultan Perak telah bersungut perkara Malay Reserve itu, bagaimana?” Aku telah bertanya kepadanya.
        ”...Encik Mokhtar, ...walaupun Tuanku ada kuasa, tapi kalau semua anak dapat setuju Tuanku, susahlah, ...satu apa pun rancangan kerajaan tak jadi,” jawab Mohd.Ghazali Jawi.
        Aku mempunyai seorang sahabat yang baik dalam kampung Baru Sauk. Dia seorang gadis, Elin Lee (bukan nama sebenar) anak kepada seorang kontraktor dan hartawan Cina. Elin yang lepasan Junior Middle three sekolah Cina itu, membantu ibunya berniaga kain dan pakaian di kedai mereka dalam kampung baru itu.
        Ibu bapa Elin Lee baik denganku. Aku sering mengunjungi rumah mereka. Menurut ibu Elin Lee, bahawa datuk neneknya telah tinggal berjiran dengan keluaga-keluarga China Islam di Negara Cina. Walaupun mereka tidak memeluk agama Islam, tetapi makan minum mereka seperti orang-orang Islam juga. Mereka tidak makan daging khninzir. Tradisi datuk nenek itulah terbawa-bawa ke dalam keluarga Elin Lee di kampung baru Sauk.

        PENGGERAK FIKIRAN
        Elin Lea sering datang ke rumah ibuku. Setiap kali dia datang, dia telah membawa buah tangan, seperti buah-buahan dan kain ela sekadar sepasang baju untuk ibuku.
        Pada masa aku bergerak dalam UMNO dalam bahagian Kuala Kangsar dan cawangan Sauk, Elin Lee telah banyak membantuku dengan wangnya. Dia juga telah memberi galakan kepadaku supaya aku terus menulis, kerana katanya, penulis dan wartawan dianggap oleh orang tua-tua Cina pada masa silam sebagai penggerak fikiran orang ramai.
        Aku tidak dapat meyakinkan diriku yang Elin Lee menaruh prasaan cinta kepadaku. Kami hanya bersahabat biasa. Kadang-kadang dia telah mengikut aku pergi ke Bandar Kuala Kangsar dan Taiping.

        PERASAAN CINTA
        Ada beberapa kali Elin Lee telah bertanya kepadaku mengenai bagaimana dia hendak memeluk agama Islam. Kalau dia memeluk agama Islam, adakah dia dimestikan berkhatan, mesti sembahyang dan berpuasa. Aku telah meminta dia berfikir masak-masak sebelum memeluk agama Islam.
        Walaupun aku dengan Alin Lee bersahabat biasa sahaja dan aku tidak ada perasaan cinta terhadapnya, tetapi entah mengapa, kalau aku berjauhan dengannya, terasa benar rinduku kepadanya dan ingin menemuinya. Aku mengakui, dia telah menjadi sebagai salah satu sumber ilhamku untuk menulis.
        Kadang-kadang aku terpikir juga, apakah aku seorang yang zalim, telah menggunakan seorang gadis yang tidak aku cintai sebagai sumber ilhamku?

        GURU BESAR
        Oleh kerana aku bekerja sambilan dengan dua buah surat khabar Melayu – Utusan Melayu dan Warta Negara, maka saban hari aku berada di Kuala Kangsar dan kadang-kadang di Ipoh, maka perhubungan aku dengan Elin Lee menjadi renggang dan jauh.
        Pada masa kami berjauhan hampir setiap hari Ahad, Elin Lee telah datang ke rumah ibuku. Kalau dia tidak datang ke rumah ibuku, dia datang ke rumah kakak saudaraku, Guru Besar Sekolah Perempuan Sauk, Nik binti Haji Said.
        Pada masa bekerja pemberita sambilan, aku telah bergaul rapat dengan beberapa Orang Besar-Besar Negeri Perak, orang-orang kenamaan, di antaranya Datuk Panglima Bukit Gantang, Haji Abdul Wahab bin Toh Muda Abdul Aziz(setiausaha UMNO pada zaman Onn Jaafar dan Menteri Besar Perak), Raja Hanif Shah, Raja Musa bin Raja Mahadi (Yang Dipertua Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu Perak), Dato. Haji Meor Aris kemudian menjadi ahli Dewan Parlimen kawasan Sitiawan, Dato’ C.M. Yusof (kemudian menjadi Speker Dewan Parlimen), Datok Haji Ismail Hamzah (Mufti Kerajaan Negeri Perak), Dato’ Tan Dewa Ramli bin Abdullah (Orang Besar Istana) dan Raja Razman Shah(ahli sejarah).

        PENJAJAH INGGERIS
        Selain daripada mereka itu, aku telah bergaul dengan beberapa orang bekas ahli Parti Islam Hizbul Muslimin dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang telah tidak ditahan dalam khemah tahanan oleh kerajaan Inggeris.
        Pada masa itu hampir semua pemberita, wartawan dan penulis Melayu bersemangat menyertai perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan tanahair dari penjajah Inggeris. Tetapi mereka memiliki idea atau fahaman politik yang berbeda antara satu dengan lain. Mereka itu telah masak dengan sejarah tanahair dan penindasan Inggeris terhadap orang Melayu dan memberi muka kepada golongan pendatang, terutama dalam bidang perusahaan dan perdagangan.
        Sebilangan wartawan dan pengarang Melayu telah menyebelahi perjuangan dan cita-cita politik Dr Burhanuddin Helmi, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam dan sebilangan lagi menyebelahi perjuangan Onn Jaafar Onn Tunku Abdul Rahman.

        PRESIDEN SOEKARNO
        Mereka yang menyebelahi perjuangan dan cita-cita politik Dr Burhanuddin Helmi dan rakan-rakannya telah menyanjungi perjuangan Presiden Soekarno dan naibnya, Dr Mohd.Hatta, kerana perjuangan mereka memberi kedaulatan kepada bangsa dan negara Indonesia secara hakiki.
        Sekitar tahun 1955, kira-kira dua bulan aku dan seorang guru agama Islam dan penulis, Ustaz Abu Bakar Hamzah, bekas pegawai polis Cawangan Khas, telah berpolemik dalam surat khabar Warta Negara, mengenai isu politik dan agama Islam. Pada masa itu dia berdampingan rapat dengan Tunku Abdul Rahman.
        Ustaz Abu Bakar Hamzah telah meminta Tunku Abdul Rahman membantunya mengembangkan sekolah agama dan istitusi pondok di seluruh Tanah Melayu. Pada mulanya Tunku Abdul Rahman telah keberatan menerima permintaannya, kerana pandangan Tunku sama dengan pandangan rakan-rakannya yang berpendidikan Barat, iaitu sekolah agama dan intitusi pondok akan memundurkan rakyat dan akan melahirkan ramai ’mu’allim dan muslimin dan muslimat yang extreme dan tidak memihak kepada UMNO.
        Kemudian fikiran Tunku Abdul Rahman telah berubah. Mungkin telah mendapat hidayat dari Allah setelah dia merenung ke belakang; UMNO telah ditubuhkan pada tahun 1946 telah mendapat sokongan dari alim ulama dan mereka yang berpendidikan agama Islam. Dalam UMNO ramai individu yang berpendidikan agama Islam lepasan sekolah-sekolah agama Islam atau isntitusi-institusi pondok.
        Tunku Abdul Rahman telah memanggil Ustaz Abu Bakar Hamzah dan memberitahu kepadanya, iaitu dalam menghadapi kemerdekaan Tanah Melayu, Tunku akan memajukan semua sekolah agama rakyat dan institusi pondok di seluruh Tanah Melayu .
        (Disunjting dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah) 

        GENERAL (R)..dah 50 tahun dah..terLAMBAT?


        Oleh Brig Gen (R)

        Mohd Arshad Raji


        [gambar+saya]

        MUHYIDDIN – 50 YEARS TO LATE


        TPM Muhyiddin Yassin dilaporkan memberi ucapan yang kerajaan pusat masih mengutamakan kepentingan Bumiputera, bertentangan dengan tanggapan antara majoriti dominan negara. Pada masa yang sama dia juga berkata bahawa perubahan sepatutnya tidak kelihatan dalam satu konteks yang sempit dalam satu kumpulan etnik, tetapi dalam satu konteks yang lebih luas memanfaatkan semua rakyat Malaysia.


        Saya mengatakan ini kepada Muhyiddin yang ia 50 tahun terlambat. Ini ialah jenis retorik yang kerajaan telah sebut berkali-kali sebelum tahun-tahun ini. 


        DEB dilaksanakan akibat kejadian peristiwa 13 Mei, 1969 iaiturusuhan perkauman bertujuan untuk menyelesaikan ketidak seimbangan ekonomi antara kaum dan meningkatkan atas kesejahteraan ekonomi dan sosial Bumiputera. Tetapi sehingga hari ini kerajaan masih mengikut retorik sama yang keutamaan ialah untuk lebih baik prospek ekonomi dan sosial Bumiputera. 


        Adakah kita memerlukan lagi 50 tahun lagi sebelum Bumiputera boleh datang daripada kesusahannya? Saya secara jujur meragui samada boleh dilaksanakan , memandangkan 100 tahun lagi tanpa satu perubahan drastic dalam set minda pentadbiran kita sekarang dan pemimpin politik yang akan datang.


        Hari ini kita mendengar pengumuman baru dibuat bertujuan untuk apa DEB mengandaikan untuk mencapai, tetapi berkata dalam pelbagai fikiran tergamam akronim………………NEM, TERAJU, PEMANDU dan apa apa lagi… . Berbilion-bilion ringgit telah diumumkan menyokong sangat ekonomi dan sosial ini, tetapi dari mana berbilion-bilion RM akan datang dari kantung yang berjerebu.


        Saya berharap ia nya tidak datang dari KWSP atau FELDA dan saya ingin memberitahu, Auto Teller Machine bagi projek di mana kegagalan atau kejayaan benar-benar menimbulkan kebimbangan mendalam. Bayangkan sahaja pelancaran satu billion projek pelbagai di kenyitan sebelah mata. Saya telah diberitahu pada masa lalu, satu projek magnitud sebegitu mesti mengulang satujawatankuasa-jawatankuasa berlapis pelbagai sampah dalam memperinci kos dan manfaat projek sebegitu sebelum ia akhirnya diluluskan , dan ini boleh mengambil bulan-bulan atau tahun-tahun.


        Saya akan mendefinisikan satu 'kenyitan sebelah mata' projek biasanya ada satu yang sepatutnya mencerminkan kebesaran atau satu karya agung yang tidak memberikan memanfaat kepada masyarakat luar bandar. Siapakah yang mendapat faedah sebenarnya didalam projek sebegitu……Saya tidak tahu.


        Jika kita nak bercerita akan kemajuan dan pemimpin yang baik serta kekayaan sebuah negara, saya ingin mempelawa Muhyiddin dan keseluruhan kabinetnya membaca keseluruhan transkrip ucapan belanjawan Singapore oleh Finance Minister Tharman Shanmugaratnam yang telah dibentangkan di parlimen Jumaat lepas. Saya tahu keseluruhan kabinet itu akan malu melihat bagaimana negera pulau kecil telah bergerak , dan mereka sekarang mempunyai pendapatan lebihan jadi kebanyakan daripadanyakerajaan mahu berkongsi dengan keseluruhan penduduk Negara itu; bukan disekat kepada kakitangan awam dan pesara seperti Negara kita Malaysia.


        Menteri Kewangan Singapura tidak bercakap tentang kebesaran dan merancang seperti membina bangunan1000 tingkat; dia lebih menekankan faedah-faedah yang menjadi keperluan dan diberi kembali kepada orang ramai. Perbezaan besar adalah kita membelanjakan berbilion (yang berkurangan dalam hilang lenyap);bertentangan dengan kerajaan Singapura yang memberi kembali kepada penduduk rakyatnya.


        Jadi Muhyiddin, anda boleh memanggilnya dengan apa jua nama iaitu NEM, TERAJU, PEMANDU atas nama kemajuan, tetapi saya mempunyai kurang keyakinan dalam ia berhasil menaikkan masalah sosial dan ekonomi negara ini, terutama Bumiputera. Muhyiddin boleh menutup saya keluar pada ini, tetapi sila tunjukkan saya satu bukti yang boleh dilihat yang apa dia kata akan mengusahakan dengan hasil positif , dan itu ia bukan lagi retorik tulen atau satu gimik pilihan raya. Saya tahu yang beberapa projek telah memperkayakan sesetengah orang, tetapi bukan semua orang dapat berkongsi sebidang kejayaan. 


        Adakah Muhyiddin tak tahu yang masih ada rakyat Malaysia yang hidup hanya makan sekali sehari setiap hari? Saya telah lihat ini mata kepala saya sendiri sewaktu saya sebagai Brigade Commander di Pahang. Setelah melihat kesusahan seorang bapa miskin hidup dalam sebuah pondok, kita telah mengumpul sedikit wang dan membeli makanan yang termampu kita boleh , dan kita juga membeli dia sebuah basikal., Nyata, tiada siapa pun yang betul-betul menjaga lelaki ini, begitu juga wakil rakyat tidak tahu kewujudannya.


        Satu-satunya perkataan nasihat saya kepada Muhyiddin, jika dia benar-benar ambil berat dan ingin mendengarkan dari persara askar yang dah lama, ialah bertindak dengan tegas terhadap kebocoran yang tidak pernah berkurangan melalui kesengsaraan rasuah. Untuk selama ini rasuah berlarutan dan kekal tidak dapat dihentikan, saya tidak percaya kepada kata-kata beliau… ……….walau pun diumumkan dalam apa bentuk sekali pun…..


        Di alih bahasa dari .mindnoevil...