ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Thursday, 17 November 2011

Dr Mahathir tak layak...


Isu Perpaduan Orang Melayu - Dr Mahathir tak layak...


Mahathir tak layak bercakap pasal bersatu
Subky Latif
ISU orang Melayu tidak bersatu bukan suatu yang baru. Ia telah diperkata oleh UMNO sejak Tunku Abdul Rahman Putra masih ada.
Masa itu Parti Semangat 46 sedang bertenaga. Tunku dan Tun Hussein Onn terkeluar dari UMNO (Baru). Para pemimpin UMNO (Baru) menjaja isu apa yang dikatakan perpecahan orang Melayu. Mereka kononnya amat bimbang. Sama seperti yang Dr. Mahathir masih bimbangkan hari ini.
Kalau sebelumnya dikatakan Melayu itu berpecah antara UMNO dan PAS saja, kita itu sudah dijadi tiga dengan adanya S46.
Menjawab Tunku yang naik pentas PAS masa itu, adanya orang Melayu dalam berbagai parti, bukan tanda perpecahan tetapi ia dibenarkan oleh demokrasi.
Dr. Mahathir mengulang lagi, sekarang orang Melayu bukan sekadar berpecah antara PAS dengan UMNO, malah ada pula KITA dan lain-lain.
Dulu PAS tak berkawan dengan DAP. Hanya UMNO yang berkawan dengan MCA dan MIC. Tetapi UMNO kata ia bimbang. Sekang mungkin bimbangnya bertambah kerana PAS berkawan pula dengan DAP. Tetapi asas bimbang itu sama dulu dan sekarang.
Masa Dr. Mahathir berkuasa dulu, perpecahan orang Melayu bukan sekadar antara PAS dan UMNO. Melayu juga berpecah kepada Semangat 46, Berjasa yang ditaja oleh UMNO dan Hamim pimpinan Tan Sri Asri yang direstui oleh Dr. Mahathir.
Sama saja dengan sekarang ada KITA dan PKR. Tetapi adanya KITA itu samalah dengan adanya S46, Berjasa dan Hamim dulu. Adanya sekejap saja dan adanya seperti tak ada saja.
Beza sekarang ada PKR yang kedudukannya lebih kuat dari S46.
Katakanlah keadaan itu tidak baik pada orang Melayu, maka ia banyak disebabkan oleh politik Dr. Mahathir sendiri.
Apa untungnya PAS berada dalam BN? Perpecahan Melayu itu dapat diredakan, malah ia seperti hampir bersatu. Tetapi yang memecahkannya ialah Dr. Mahathir sendiri. Berseteru semula PAS dengan UMNO. Angkara siapa? Jika tidak baik, Dr. Mahathirlah yang menjadikan begiu.
Kemudian berpecah pula orang Melayu kepada Berjasa dan Hamim. Siapakah yang mendorongkan wujudnya parti itu? Jangan kata Dr. Mahathir tidak ada peranan.
Kemudian tinggal PAS dengan UMNO semula kerana Berjasa dan Hamim ada seperti tidak. Tetapi gara-gara politik Dr. Mahathir memecah belahkan UMNO, muncul pula S46. Orang Melayu terbagi tiga pula. Dari dua jadi tiga. Jangan kata ia bukan angkara Dr. Mahathir!
Selepas S46 hilang stamina Melayu kembali berpecah kepada dua semula. Tetapi Dr. Mahathir berkarinah lagi. Ditendangnya pula Anwar Ibrahim dari Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri.
Ia menyumbang kepada keadaan yang ada sekarang. Anwar dan penyokong-penyokongnya dalam UMNO membentuk PKR. Apakah keadaan yang ada ini suatu yang tidak baik bagi orang Melayu?
Kalau ia satu malapetaka kepada bangsa Melayu, maka antara orang yang menjadikannya begitu ialah Dr. Mahathir. Punca besar perpecahan itu dalam setiap kejadian adalah dari Dr. Mahathir. Jika dia tidak tendang PAS dari BN, mungkin BN itu boleh menjelma mejadi sebuah parti dominan orang Melayu.
Tetapi kerana politik gilanya memperbodohkan Tun Hussein Onn, orang tua terpengaruh lalu menendang PAS. Dato Asri, Ustaz Fadzil Noor dan Tok Guru Nik Aziz tidak boleh disalahkan. Mahathir mesti belajar menyalahkan dirinya sendiri.
Kalau dia marah orang Melyu jadi begitu, dia kena marah dirinya dulu. Kalau dia menangis, itulah tagis buaya. Tangis yang sudah tidak ada erti.
Katakanlah orang Melayu betul berpecah. Yang melebar dan memperkuat perpecahan itu ialah diskriminasi kerajaan UMNO terhadap orang PAS dan anak-anaknya. Orang Islam dan orang PAS yang tidak bersama UMNO dilihat sebagai orang Melayu kelas tiga.
Orang Melayu kelas satu ialah UMNO yang menyokong Perdana Menteri. Melayu kelas dua yang tidak menyokong Perdana Menteri dan Presiden UMNO. PAS adalah Melayu kelas tiga.
Amalan diskriminasi UMNO itu lebih memecahkan orang Melayu dibandingkan dengan kewujudan beberapa parti Melayu.
22 tahun dia berkuasa dia tidak dapat buat apa-apa untuk menyatukan orang Melayu. Sepanjang masa dia memecahkan orang Melayu. Yang layak baginya bukan menyesali perpecahan itu tetapi menyesali dirinya tidak buat apa-apa untuk menyatukan orang lain.


Wednesday, 16 November 2011

SPR + JPN...pengkhianat MELAYU Malaysia.


AudienceRefresh
 
Now
 
Day
 
Week
 
Month
 
All time

17 Nov 2011 09:48 – 17 Nov 2011 11:47
Pageviews by Countries
United States
11
Malaysia
7
Indonesia
1


Fu yooo...ramai orang USA...CIA ker ngan KGB ker...tengok blog nih...TAHNIAH


KERJA SPR BELUM BOLEH DIPUJI, JPN APATAH LAGI !ULA BERTAMBAH RANGGI !

Penjelasan permainan Daftar Pemilih oleh Pengarah JPrN 


AHMAD LUTFI OTHMAN dan SAIDAH HAIRAN dengan Pengarah Pilihan Raya PAS Negeri Selangor

Jaafar Samsudin, di pejabat Harakah, 2 Nov lalu. Lebih dikenali sebagai Cikgu Jaafar, beliau banyak menyentuh isu daftar pemilih yang cukup kritikal di Selangor. Mengapa BN mempunyai keyakinan tinggi untuk menawan negeri termaju ini?

HARAKAH: Selangor menjadi negeri tumpuan Umno dan Pengerusi Perhubungan Negeri, Najib Razak. Bagi BN, negeri termaju ini mesti dirampas semula, dengan apa cara sekalipun. Justeru, ramai bimbang pelbagai penipuan dan tipuhelah akan dilakukan, termasuk jalan pintasnya dengan memanipulasikan senarai daftar pemilih. Kepada cikgu, apakah kekhuatiran orang ramai itu berasas? 


JAAFAR: Kekhuatiran itu ramai memang berasas. Ini dapat dikesan daripada rang daftar yang kita semak dan bantah sejak suku tahun 2010 hingga suku tahun ketiga 2011. Kita bantah berdasarkan semakan kita kerana timbul keraguan.


Pertama, pertambahan bakal pemilih begitu banyak. Begitu juga dengan pendaftaran tukar alamat. Begitu ramai pemilih yang didaftarkan, tukar alamat masuk ke Selangor.
Pertukaran tukar alamat masuk itu perkara janggal dan tidak pernah berlaku sebesar itu sebelum ini. Maknanya, ada gerakan besar-besaran dibuat oleh pihak tertentu. Mereka masukkan pengundi yang berasal dari Sabah dan Sarawak khususnya di kawasan Parlimen dan Dun yang dimenangi Pakatan Rakyat.
Misalnya, di Parlimen Kota Raja, bagi suku tahun kedua sebanyak 7,000 pengundi masuk. Di Parlimen Shah Alam, 5,000 dan di Parlimen Kapar, juga 5000. Dun yang paling besar menerima penambahan ialah Bangi, 3,000.

Sebelum ini, kebanyakannya kurang 1,000. Ini menunjukkan proses pendaftaran dibuat begitu hebat. Saya semak, ada unsur pendaftaran luar biasa dan mungkin berlaku penyelewengan.

Pengundi bukan bermastautin di Parlimen dan Dun berkenaan. Kita bantah 1,600 dan kita berjaya 1,400. Bagi suku tahun kedua, kita bantah 1,400, dan kita berjaya 1350. Hanya 50 orang yang kita bantah ditolak SPR. Ramai yang dibantah itu tidak datang semasa bantahan. Kita mengemukakan bukti yang cukup.

Saya nampak kerjasama SPR dalam soal bantahan semakin baik. Tapi bukan bermakna kita cukup puas hati atau berasa sudah selamat ... proses ini mesti berterusan. Ia juga memberikan latihan dan kepekaan kepada jentera pendaftaran pilihan raya PAS kita baik

Cuba jelaskan bagaimana proses semakan dan bantahan?
Untuk suku tahun pertama yang berakhir Mac, proses bantahan pada April. Tempoh bantahan hanya seminggu. Tempoh ini tidak mencukupi. Kita tidak berkemampuan melakukan bantahan yang lebih banyak dalam waktu singkat.

Berapa banyak bantahan dapat dibuat?
Saya agak dalam 20 peratus yang masih kita tidak dapat bantah. Ia terutama yang babitkan kad pengenalan menggunakan kod 71. Iaitu mereka belum ditentukan negeri lahirnya. Kalau dilahirkan di Amerika atau England ada kod-kod tertentu. Tapi awal dulu JPN menggunakan kod yang sama, 71. Sekarang JPN menggunakan kod 71 ini untuk ambil jalan mudah atau ada perkara yang disorokkan.


Kalau kita semak di JPN kita dapati ia juga babitkan kad pengenalan merah. Jumlahnya agak ramai. Dalam suku tahun kedua, sebanyak 17,000 seluruh Selangor.

Dalam 17,000 itu dapat kita buktikan mempunyai kad pengenalan warna merah atau bukan warganegara. Ia tidak boleh didaftarkan. Bukan semua kod 71 kita bantah, tapi hanya yang timbul keraguan.


Adakah ada bukti bahawa semua itu merupakan perancangan Umno?
Apabila kita bantah, ada kalanya nampak orang belakang mereka adalah pimpinan Umno. Dalam bantahan suku tahun dulu, mereka dibawa beramai-ramai, malah jawapan yang diberikan adalah sama. Ada juga yang mengakui bahawa mereka tidak pernah mendaftar.
Contohnya, soalan di mana mereka didaftarkan, jawapannya sama. Begitu juga dengan bukti-bukti lain, yang menunjukkan memang mereka diatur oleh pihak lain untuk menekan kita. Banyak juga kos yang perlu dikeluarkan. Kita sudah belanjakan untuk suku tahun kedua sekitar RM42,000, yang kita kalah kes.
Beberapa kawasan 100 peratus kita menang. Hulu Langat, 100 peratus menang. Kota Raja, 98 peratus menang iaitu sebanyak 243. Hanya tiga pemilih ditolak.

Tentunya proses semakan dan bantahan yang rumit dan memakan belanja besar itu tidak dapat menghalang usaha licik Umno untuk merampas Selangor?

Ya, kita masih lagi bimbang ... tapi kita kena lakukan proses itu secara berterusan, sekurang-kurangnya untuk mengingatkan pihak berkuasa. Umno-BN juga akan lebih berhati-hati kerana tahu mereka diperhatikan. Kita harus pastikan dokumen sempurna ketika menyemak. Akibat bantahan kita, pendaftaran untuk suku tahun ketiga agak berkurangan.

Bagaimana pula dengan undi pos, yang juga dilihat seperti simpanan tetap buat BN?

SPR membuat pengakuan secara rasmi dengan PAS Selangor bahawa undi pos ditolak sebanyak 3,000. Ini kerana undi pos dibuat untuk menukar status pengundi awam di kalangan isteri polis. Sedangkan isteri polis tidak layak untuk mengundi pos. Dia undi biasa tapi ditukarkan dan dibuat suku tahun kedua dan ketiga. Sebanyak 3,200 untuk Selangor dan semua ditolak.
Undi pos dipanggil pengundi tidak hadir. Sesiapa boleh mengundi bagi pihak mereka.
Dalam konteks Selangor, apakah masalah undi pos ini membimbangkan?

Di Selangor, ada beberapa kawasan yang kritikan kerana undi pos, misalnya di Hulu Langat sebanyak 7,000. Dulu hanya 3,500, naik sekali ganda. Tahun 2008, majoriti kita menang kerusi berkenaan lebih kurang 1,700. Apabila undi pos naik 7,000, rasanya kerusi Hulu Langat dalam keadaan cemas.

Undi pos kita boleh bantah bila terdapat pengundi byang tidak layak, pada bila-bila masa, sepanjang tahun. Ia bertambah mungkin disebabkan kewujudan kem yang baru atau penambahan anggota.
Ada sahaja polis dan tentera yang bersara setiap masa, kita dibenarkan kemukakan dokumen dan kita minta SPR keluarkan senarai dan padamkan nama mereka, yang bukan lagi polis dan tentera.


Seharusnya proses membersihkan nama itu tugas SPR, kan?

Ya, tetapi mereka kata sukar untuk kemaskini. Dan kita mesti ingat, undi pos ini sering menjadi faktor untuk memenangkan pihak lawan. Jumlah undi pos tidak perlu besar, sehinga 10,000, untuk menjejaskan kemenangan kita, cukup dengan 1,000 undi.



Misalnya, di kerusi Dun Morib, keputusan undi biasa menunjukkan PAS menang dengan majoriti 400. Apabila dibawa undi pos sebanyak 640, BN pula menang dengan majoriti 400 lebih.

Undi pos ada di Dun Paya Jaras, Morib, Dusun Tua dan Gombak Setia. Sekarang ini undi pos banyak di Parlimen Shah Alam, 700, sedangkan asalnya 20 orang sahaja. Di Kota Raja hanya lapan.


Ia juga satu perencanaan untuk mengalahkan kita?
Ada keraguan, khususnya di Paya Jaras, Shah Alam, Hulu Langat, undi pos meningkat. Undi pos jika dikendalikan seperti sekarang memang satu ancaman. Ini kekuatan atau senjata parti lawan mereka untuk merampas kerusi kita.
Di Hulu Langat kemasukan sehingga 3,000 undi pos. Kita jangka kedudukan kita tidak selamat.
Kita mengakui pengakuan BN boleh merampas Selangor, atau menyatakan Selangor dalam genggaman, ada asasnya. Ini dilaungkan pemimpin BN di hadapan jentera mereka sendiri. Misalnya, dalam himpunan guru-guru Kemas, pemimpin BN yakin Selangor dapat dirampas.
Memang kempen dari rumah ke rumah yang dibuat secara agresif oleh guru Kemas boleh mempengaruhi. Betapa cantik jentera BN, sebab mereka ada 'skrip'. Dari segi ini mereka lebih berdisiplin dan sistematik.


Jentera pilihan raya BN paling utama ialah Kemas. Di setiap Parlimen ada guru Kemas sekitare 30 orang. Seluruh Selangor, melebihi 600 yang menggerakkan jentera perayu dan kempen.
Skrip mereka boleh mempengaruhi rakyat. Kita sudah ada sejarah bagaimana segelintir orang ramai terpengaruh dengan kes Anwar Ibrahim dulu. Walaupun ia dusta, tetapi jika diulang-ulang terutama di kawasan luar bandar, ia mungkin dapat mempengaruhi.



Itu menunjukkan jentera kempen kita juga lemah, ya?
Saya pernah bertanya pengundi di Dun Selat Kelang; ada pengundi warga emas percaya kerajaan kita lemah dan tidak tolong rakyat. Walaupun ia tidak benar, tetapi guru Kemas sering melaungkan perkara ini, dan ada yang percaya. Salah atau benar cerita lain.
Memang kita di pihak yang benar dan kuat, tapi bagaimana kita sampaikan kebenaran dan maklumat itu kepada rakyat. Ini sangat kurang. Sebab itu saya tidak percaya orang Melayu tidak sokong PAS; ia berpunca kelemahan jentera parti.

Bagus kempen PAS Ganti Umno, tapi kita kena menyediakan sistem yang canggih bahawa orang Melayu mesti menggantikan Umno dengan PAS. Cadangan saya, pertama kuatkan jentera parti. Kedua, kuatkan jentera pilihan raya dan ketiga kuatkan jentera penerangan.

Penerangan ini cukup penting. Kekuatan jentera BN terutama di kampung, pada penerangan, iaitu guru-guru Kemas. Kalau penerangan kita dilipatgandakan, rakyat akan dapat maklumat dan kefahaman.


Dengan kemasukan pengundi luar yang ramai ke Selangor, ditambah kecurigaan terhadap pemegang kad pengenalan merah dan kod 71, serta kemungkinan mengundi lebih daripada sekali, selain undi pos, apakah taktik jahat BN untuk rampas Selangor dapat kita sekat? Tarikh pilihan raya pula semakin dekat.

Kita akan berjumpa SPR di Putrajaya, 20 Nov dan bawa bahan-bahan bukti. Akan kami timbulkan beberapa kelemahan besar terutama daftar pemilih dan Pendaftar Pilihan raya Parti Politik (PP-PP) yang diberhentikan SPR tanpa pengetahuan kita. Sedangkan mereka jalankan kerja yang baik.


Cikgu berpuas hari gerakerja pilihan raya PAS Selangor?
Umumnya belum memuaskan. Pertama pendaftaran tidak memuaskan, penerangan tidak menyeluruh dan berkesan, manakala penculaan lemah. Penculaan ini satu daripada kelemahan yang ditegur Presiden PAS. Banyak kerusi Dun PAS yang begitu lemah pendaftaran pemilih baru.

Hanya aspek kebajikan memuaskan tapi kena lipatgandakan usaha. Program seperti merakyatkan ekonomi Selangor dan Jom Shopping menarik perhatian. Ada warga emas menangis dengan layanan petugas kita.

ShareKeep unreadSend to

    ALHAMDULILLAH FELDA BANGKIT LAGI


    Tuntutan RM7.35 juta itu adalah untuk tempoh selama lima tahun seperti yang telah dipersetujui semasa program tanaman semula dilaksanakan.

    SEREMBAN: Seramai 49 peneroka Felda Palong 4, 5 dan 6 memfailkan writ saman terhadap Felda dan Felda Technoplant Sdn Bhd di Mahkamah Tinggi Seremban hari ini.
    Peneroka tersebut menuntut hak mereka iaitu bayaran lebihan hasil berjumlah RM150,000.00 seorang atau keseluruhannya
    RM7,350,000.00 untuk 49 peneroka terbabit.
    Tuntutan RM7.35 juta itu adalah untuk tempoh selama lima tahun seperti yang telah dipersetujui semasa program tanaman semula dilaksanakan.
    Menurut peguam T Kumar yang mewakili peneroka terbabit, pihak Defendan Pertama (Felda) tidak pernah menyatakan perbelanjaan dan penghasilan hasil jumlah berat sawit (dalam tan) sebenar yang diperolehi dan dikeluarkan dari ladang-ladang peneroka.
    “Plaintiff (peneroka) menuntut penyata hasil dari Defendan Pertama tetapi tidak pernah dibekalkan kepada plaintiff sedangkan dalam perjanjian terdapat persetujuan bahawa penyata akan dibekalkan setiap suku tahun.
    “Lebihan hasil/tan adalah hasil yang diperolehi selepas ditolak kos pengurusan sebanyak RM900.00 dan wang sara hidup sebanyak RM1,500.00 sebulan.
    “Maka selepas ditolak hutang peneroka (kos pengurusan dan wang sara hidup), Felda seharusnya membayar RM150,000.00 kepada setiap peneroka. Malangnya sehingga hari ini Felda gagal membuat bayaran tersebut”, kata Kumar.
    Seorang lagi peguam Abdul Nasir Abdul Aziz pula menjelaskan penyata kewangan yang diterima oleh peneroka hanya menunjukkan jumlah pinjaman termasuk kos pengurusan dan wang sara hidup tetapi sebaliknya berapa banyak jumlah hasil yang dikeluarkan oleh peneroka tiada langsung di dalam penyata tersebut.
    “Penyata kewangan yang dibekalkan kepada peneroka tidak merekodkan berapa banyak hasil jualan peneroka dan berapa banyak wang dari hasil jualan kelapa sawit itu telah dibayar semula kepada Felda untuk pembayaran hutang.
    “Bayangkan anda mengambil pinjaman kereta atau rumah. Apabila anda menerima penyata kewangan daripada pihak bank, tiada rekod berapa banyak ansuran atau jumlah wang yang anda telah bayar semula kepada pihak Bank. Yang ada hanya jumlah pinjaman anda dari bank.
    “Adakah ini betul? Sememangnya ini tidak betul kerana Felda menyembunyikan hasil sebenar yang diperolehi oleh peneroka”, jelas Abdul Nasir.

    Dr M..perosak sistem keadilan Negara


    su NFC : Kenapa SPRM tak mahu siasat?

    Dr M orang pertama menjadi perosak sistem keadilan dalam Negara

    Barangkali inilah hasil tangan atau peninggalan hasil kerja Tun Dr.Mahathir untuk rakyat Malaysia !! Tidak dinafikan Tun ada membuat kemajuan tetapi rakyat juga tidak pernah lupa,
    Tun banyak membuat kerosakan terutama yang melibatkan Badan kehakiman, dan badan-badan penguasa seperti PDRM dan SPRM .
    SPRM atau PDRM sudah menjadi tidak bebas dalam menjalankan tugas-tugas mereka.

    Mahathir patut dipersalahkan !  Kalau nak dibincang satu persatu segala macam kerosakan yang pernah dibuat oleh Mahathir rasanya terlalu panjang. Ia telah bermula pada semenjak 1988 lagi. . Semuanya gara-gara sikap tamak dan rakus Mahathir dan pimpinan Umno  untuk terus berkuasa. Berbagai kaedah melampau telah dibuat demi memastikan kerahsiaan dan survival politik mereka terus kekal. 

    Dalam isu terbaru – penyelewengan NFC : Sebelum ini banyak juga kes-kes di mana  SPRM telah membuat penyiasatan,  tetapi kali ini entah kenapa mereka mendakwa  mereka tak ada kuasa untuk menyiasat?,  lalu diserahkan kepada PDRM ?  Rakyat tertanya-tanya kenapa dan mengapa?

    Tolong perjelaskan!  apa kriteria kes,  yang membolehkan SPRM menyiasat? atau sebaliknya? dan apa pula yang tidak boleh disiasat boleh PDRM?  Apa bezanya kes Istana Khir Toyo dengan PKFZ atau kes Teoh Beng Hock?  Dalam hal-hal sebegini terutama yang berprofil tinggi KDN, PDRM maupun SPRM jangan cuba mengeliru atau memperbodohkan rakyat?  

    Rasuah dan salahguna kuasa nampaknya terus berleluasa. Kerajaan Umno dilihat cuba mempertahankan mana-mana menterinya yang terlibat dengan penyelewengan. Terbaru seorang menteri wanita Umno yang terdakwa,.. tetapi tak mahu disiasat oleh SPRM. Nampak macam SPRM memilih-milih bulu. Adakah kerana beliau menteri kesayangan Umno maka SPRM segan atau takut nak menyiasat?

    Hari ini rakyat semakin faham,.. sikap berani atau takutnya badan-badan penguasa untuk bertindak,.. semuanya dipengaruhi oleh kerajaan Umno warisan Mahathir !!  Kerajaan yang masih bersifat  “ You give me, I give you, you help me I help you”   Semoga Allah melaknati kerajaan yang menafikan keadilan dan hak rakyat !.  kerajaan zalim yang  mengamalkan kemungkaran !!                                                    Semakin cepat BN reput semakin baik untuk rakyat

    Oleh : rahimothman

    KTM gerabak EMU RM1.89 bilion???


     persoalan tentang gerabak EMU RM1.89 bilion

    Dr Dzulkefly Ahmad

    Isu pembelian 38 set Electric Multiple Unit (EMU) enam gerabak dari syarikat Zhuzhou Electric Locomotive Co Ltd (ZELC) dari China dengan harga sekitar RM1.9 bilion secara runding terus atau dianggarkan RM500 juta lebih mahal berbanding harga yang ditawarkan melalui tender sebelumnya, mula saya bangkitkan di Parlimen pada 29 Jun 2010.


    Kementerian Pengangkutan (MOT) telah mengeluarkan surat tawaran (LOA) kepada ZHUZHOU pada 19 Mei 2010.

    Harga pembelian tersebut pula tidak termasuk kos menyelenggara, membaiki dan overhaul – MRO yang dikatakan akan diputuskan MOT secara berasingan.

    Walaupun pembelian EMU dari Zhuzhou ini dilihat seakan terdapat unsur penyelewengan, MOT tetap meneruskannya dengan menandatangani perjanjian pembelian pada 23 Julai 2010.

    Tindakan tersebut dilihat dibuat dalam keadaan tergesa-gesa kerana dokumen perjanjian disediakan dan ditandatangani dalam masa yang begitu singkat selepas LOA dikeluarkan, iaitu dua bulan empat hari.

    Persoalannya apakah perjanjian penjualan yang melibatkan kos yang begitu tinggi itu telah diteliti dan disemak oleh Jabatan Peguam Negara?

    Susulan desakan saya, Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) 27 Julai 2010 memutuskan bahawa terdapat sebab untuk isu pembelian EMU disiasat dengan lebih terperinci. PAC mengarahkan SPRM untuk memulakan siasatan.

    Spesifikasi tender asal

    Pada 1 April lalu, saya menerima jawapan bertulis dari Menteri diJabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz bahawa siasatan kes ini masih dijalankan SPRM dan tidak boleh didedahkan kepada umum atas kepentingan siasatan dan unsur kerahsiaan.

    Bagaimanapun, pada 14 November lalu, timbalan menteri pengangkutan mengumumkan bahawa hasil siasatan mendapati tiada unsur penyelewengan dalam pembelian EMU dari Zhuzhou.

    Di sini saya ingin meminta penjelasan lebih lanjut dari menteri pengangkutan berhubung perkara-perkara berikut:

    (1) Atas kriteria apakah MOT memilih untuk mengadakan rundingan terus dengan ZELC bagi pembelian 38 set EMU di atas?

    Saya percaya pemilihan ZELC berdasarkan tawaran EMU mengikut spesifikasi KTMB pada harga yang munasabah dalam tender terdahulu, iaitu tender membekal lapan set EMU tiga gerabak.

    Saya percaya rundingan harga dengan ZELC dibuat tidak mengikut spesifikasi asal KTMB memandangkan tender terdahulu telah dibatalkan pada 27 April 2010.

    (2) Persoalannya, mengapakah rundingan harga dengan ZELC tidak dibuat mengikut spesifikasi tender asal dengan mengubahsuai klausa-klausa tertentu bagi mengambilkira perubahan keperluan dari set EMU tiga kepada enam gerabak?

    Pohon semak dokumen

    Mengapa perlu dibatal tender terdahulu sedangkan pemilihan ZELC dibuat berasaskan penilaian tender tersebut?

    Saya percaya sekiranya rundingan harga dengan ZELC didasarkan kepada spesifikasi yang diberi KTMB, selain perubahan dari tiga kepada enam gerabak bagi setiap set EMU, harga setiap set EMU enam gerabak tidak akan meningkat sehingga RM48 juta setiap set seperti yang ditawarkan oleh ZELC.

    Ironisnya, harga yang ditawarkan ZELC melalui rundingan terus melonjak kepada RM48 juta bagi setiap set EMU enam gerabak berbanding harga tender sebelumnya RM13.725 juta
    bagi setiap set EMU tiga gerabak. Saya menganggarkan harga yang paling mahal bagi setiap set EMU enam gerabak ialah RM40 juta.

    (3) Sehubungan itu, saya memohon jasa baik menteri pengangkutan untuk saya dan juruperunding yang saya lantik untuk menyemak dokumen spesifikasi EMU dijadikan asas rundingan harga bagi pembelian 38 set EMU enam gerabak dari ZELC.

    Memandangkan tidak terdapat elemen penyelewengan seperti yang dinyatakan oleh menteri pengangkutan, saya percaya tidak akan ada masalah untuk saya menyemak dokumen spesifikasi tersebut untuk saya bandingkan dengan dokumen spesifikasi EMU bagi tender terdahulu yang ada dalam simpanan saya.

    Melalui perbandingan kedua-dua dokumen spesifikasi tersebut, saya percaya akan dapat merungkaikan isu ketirisan sehingga RM500 juta yang kini menyelubungi pembelian 38 set EM enam gerabak dari ZELC.

    Kawal ketat kerajaan China

    (4) Apakah semua pegawai-pegawai KTMB yang ditemubual oleh SPRM bersetuju harga yang ditawar ZELC itu munasabah?

    (5) Apakah SPRM menyiasat secara menyeluruh mengenai cara pembayaran EMU yang dikatakan tidak dibayar terus kepada ZELC, selaku pengeluar EMU yang berpengkalan di Zhuzhou, China.

    Saya difahamkan bahawa perjanjian pembelian berkemungkinan besar melibatkan ZELC (Hong Kong) memandangkan ZELC yang berpengkalan di Zhuzhou, China, di kawalselia secara ketat oleh kerajaan China berhubung transaksi yang melibatkan keluar masuk wang dari negara itu.

    SPRM dikatakan telah menghubungi rakan sejawat mereka di China. Apakah agensi antirasuah China itu tidak sedikit pun merasa sangsi mengenai harga tawaran yang terlalu mahal yang
    dikemukakan oleh ZELC.

    (6) Berdasarkan spesifikasi yang diberi oleh Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB), semua pengeluar EMU milik negara China akan mengeluarkan EMU yang mempunyai harga yang tidak akan mempunyai jurang perbezaan yang besar.

    Hakikat ini terbukti melalui harga yang ditawarkan oleh tiga pengeluar China, termasuk ZELC, dalam tender membekal EMU tiga gerabak sebelum ini.

    Saya percaya harga yang amat tinggi yang ditawarkan oleh ZELC termasuk ’elemen komisyen’ atau lebih tepat lagi ’kickback’ agen tempatan.

    (7) Kalau benar tidak terdapat sebarang unsur penyelewangan, saya ingin mendapatkan butir-butir pembelian (cost breakdown) komponen-komponen utama yang digunakan dalam EMU yang dibeli. Ini membolehkan saya untuk menyemak dengan mudah sama ada berlaku tokok tambah harga yang tidak munasabah.



    Penulis merupakan anggota parlimen Kuala Sekangor.



    IKS vs JAKIM

    Mejar Jeneral Jamil Khir Baharom (B), Senator lantikan UMNO sebagai Menteri menjaga Hal ehwal Agama Islam. Saudara kini sedang dijadikan bola lisut oleh Persatuan IKS yang sibuk mendesak supaya JAKIM tidak monopoli piawaian Sijil HALAL.

    Kumpulan ini, daripada Presiden hinggalah juak-juaknya, semuanya didukung oleh anak-anak Cina warga Malaysia beragama Buddha, Kristian dan Hindu. Takde sekor pun Muslim, apalagi Ahli Jawatankuasa seorang rakyat Raja beragama Islam.

    Kenyataan paling cilako, jika JAKIM sahaja kuasai persijilan HALAL ini, maka peluang untuk monopoli, salah guna kuasa dan unsur rasuah akan bermaharajalela. Nampaknya sungguh dalam renungan mereka kepada virus dan apademik Rasuah hingga Jabatan Agama Islam Malaysia juga tersabit jua. Maknanya, dituduh pegawai dan kakitangan JAKIM dalam Bahagian yang bertanggungjawab dalam persijilan HALAL juga kaki rasuah etc.

    Sudah tiba masanya, Jamil Khir Baharom, orang Yan Kedah, untuk gunakan kelebihan sebagai mantan Ketua Pengarah KAGAT, ATM supaya indoktrin semua urusan HALAL dalam satu halaqah sahaja dengan mewujudkan Majlis Muktabar Persijilan Halal Malaysia. Majlis atau Lembaga ini perlu beroperasi seperti Lembaga Urusan Tabung Haji, punya kekuatan barisan hadapan yang ramai dan berilmu. Merekrut pegawai analisa dan teknologi analisis makanan, barangan serta produk yang cukup berteknologi tinggi di dunia.

    Maknanya, Kerajaan Malaysia akan melabur sejumlah RM2 billion untuk naik taraf kualiti kerja, infrasturktur makmal kajian, tambahan pegawai dan kakitangan daripada 150 orang hari ini, kepada 2500 orang. Wajib dibarisi pengkaji Teknologi Makanan seramai 500 orang, yang mana setiap hari boleh menerima permohonan piawaian dan sijil HALAL sebanyak 100 subjek kes.

    Proses siap dan penerimaan sijil bukan lagi 3 bulan, tetapi 15 hari daripada tarikh dipohon, andai pasukan ini bekerja 24/7, kecuali cuti-cuti umum WAJIB dan KHAS. Inilah inovasi yang mesti diambil oleh JAKIM.

    Seandainya JAKIM tetap juga mahu berkompromi dengan puak-puak yang menguasai IKS, maka sekali lagi Kerajaan Barisan Nasional akan dinilai gagal dalam Agenda Islamisasi Negara Bangsa. Bab persijilan dan piawaian ialah Kuasa Autonomi dan wajar diMONOPOLI supaya tidak sewenang-wenangnya kelompok Namrud dan Firaun yang sedang terpedaya dalam dadah Freemasonary dan Komunis, MEMBABI BUTA dalam urusan Halal negara ini.

    Namun jika Haji Mohd Najib menikus setelah balik haji dan berkompromi dengan isu ini, maka Selamat Tinggallah 1 Kerusi dan 10 Kerusi Parlimen di Kedah.