ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Saturday, 26 November 2011

Kurang ajar Kera UMNO

Sikap kurang ajar Doraemon UMNO - Video

Lu orang tengok sendiri ucapan seorang yang menyandang pengerusi organisai besar orang melayu... Bull shit betoi..

Popout

siapa dia ni... ada cerita nostalgia antara Najib dengan dia dan juga Z**** Z***.... akibatnya seorang Pegawai Tadbir Agama kena letak jawatan..

Akibat membalas budi menang PRK Bagan Pinang dapat dapat jadi Pengerusi Felda,, aku tak hairan kalau lepas PRU13 ni, kalau UMNO masih menang mangkok ni ambik balik jawatan MB Negeri Sembilan...
.

Vincent Lee - Orang Cina kena sokong PAS dan hukum hudud (Video)

Alhamdulillah, buat pembaca-pembaca blog manjung mari yang masih dok menebal dalam pemikiran UMNO dulu kini dan selama-lamanya patut rasa malu dengan seorang hamba Allah yang berbangsa Cina dan berugama Kristian...

Popout


ShareKeep unreadSend to

    Jabatan Kebajikan Masyarakat menganiaya 15 orang ibu tunggal..

    Wooiii, isu lembu NFC belum selesai, tau-tau timbul pulak isu ibu tunggal, apa cerita ni...


    Ni semua masaalah menteri yang sibuk dengan lembu tak sempat nak jaga kaum ibu tunggal atau Jabatan Kebajikan Masyarakat sengaja nak buat sepoil....

    Cuma timbull banyak kemuskilan yang terbayang dikepala,,, hebat pemuda UMNO WP ni, ibu-ibu tunggal keturunan India pun dah percaya kat depa,, kenapa ya.. MIC dah tak berfungsi lagi ka,,, atau pun Pemuda UMNO for all....

    Tetapi bila aku dok semak-semak cerita-cerita lama terjumpa disini yang kaitan dalam gambar tu.... prokhairun. Macam-macam ada dalam UMNO.... Yang jadi mangsa rakyat bawahan macam aku ni....mampuih UMNO...

    Friday, 25 November 2011

    Antara Islam Dan ‘Negara Islam’


    Macam bank bank gunakan produk berjenama ISLAM di Malaysia lah....cuma kasi tukar nama ajer.....polisi insuran pun sama jugak...menguntungkan syarikat insuran sahaja...yang peserta nih non claim bonus ajer lah sampai mampooos...nak harap dapat CEK macam Takaful Malaysia zaman Dr HALIM dolu dolu....KERA umno nih...tak tahu lah...kiamat DUNIA lah...



    Antara Islam Dan ‘Negara Islam’

    ANTARA ISLAM DAN ‘NEGARA ISLAM’
    Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin


    Awal bulan November ini saya hadiri seminar di The Middle East Centre, Oxford bertajuk ‘The Sacking of Syria: Asad as Hulego’. Pembentangnya Rana Kabbani, seorang penulis dan penyiar Syria. Saya kagum dengan keberanian wanita ini. Mungkin jika di Malaysia ada pihak yang tidak mahu hadiri ucapannya sebab beliau ‘free hair’ dan agak bergaya. Letak itu di sebelah dahulu, saya kagum dengan semangatnya mengkritik regim-regim Arab. ‘A very inspiring speech’.

    Saya tertarik apabila salah seorang ‘british’ bertanya beliau bahawa tidakkah nanti selepas kejatuhan Asad akan menyebabkan golongan ‘extremist’ yang memperjuangkan ‘Islam State’ akan mengambil alih. Beliau dengan bersemangatnya bertanya balas “kenapa awak kata demikian? Apakah kerana awak mendengar mereka melaungkan ‘Allahu Akbar’?!

    Seterusnya beliau berkata bahawa mereka melaungkan Allahu Akhbar adalah kerana Islam agama mereka. Tiada siapa berhak menafikan hal itu. Ia bermaksud Allah itu Maha Besar. Itu adalah slogan muslim apabila berhadapan dengan regim yang sombong dan bongkak. Untuk siapa lagi yang hendak mereka laungkan slogan kebesaran. Tiada kaitan dengan kehendak mengujudkan ‘Islam State’ seperti yang diidamkan oleh sesetengah gerakan.

    Salah Sangka

    Kenyataan Rana Kabbani ini sebenarnya suatu hakikat yang tidak boleh dinafikan. Ramai orang dalam pertubuhan atau parti yang ingin mengujudkan ‘Islamic State’ menyangka bahawa slogan agama, atau kesediaan rakyat berhimpun dengan mereka dalam usaha menjatuhkan sesuatu kuasa atau regim bererti rakyat bersedia untuk menerima acuan ‘Islamic State’ yang mereka perjuangkan. Andaian yang kurang tepat.

    Hari ini di Mesir, selepas kejatuhan Mubarak, Ikhwanul Muslimin masih gagal mencari kata sepakat dengan banyak gerakan lain. Kebimbangan sebahagian rakyat terhadap kewujudan ‘Islam State’ menjadi penghalang untuk menerima Ikhwanul Muslimin mengepalai mereka. Sangkaan bahawa rakyat yang bersolat dan bertakbir di Medan Tahrir, Kaherah pada hari revolusi lepas melambangkan persetujuan menerima ‘Islamic State’ adalah andaian yang salah.

    Seminar Homophobia. Gambar kabur, lebih kabur hasrat mereka.


    Saya baru sahaja menghadiri satu seminar tentang ‘Homophobia’. Seminar yang cuba memperjuangkan hak golongan GLBT ini. Saya ingin mendengar apakah idea mereka ini. Hakikatnya di Barat pun mereka tidak begitu diterima dan terpaksa merintih nasib. Inikan pula di negara muslim seperti Malaysia.

    Menariknya, pembentang dalam seminar tersebut juga mendakwa mereka (golongan GLBT) mempunyai sumbangan semasa perjuangan revolusi Mesir di Medan Tahrir baru-baru ini. Saya tidak pasti sejauh manakah benar dakwaannya. Cumanya yang pasti semua pihak bergabung untuk menjatuhkan regim Mubarak.

    Saya teringatkan sahabat saya Muhammad Benaissa, bekas Menteri Luar Morocco –saya pernah cerita dalam artikel yang lepas- yang pernah turut menjadi fellow di OCIS, Oxford ini. Beliau telah kembali ke negaranya. Memang liberal pemikirannya.

    Beliau berkata bahawa kembalinya manusia ke masjid dan melaungkan seruan agama ketika menghadapi sesuatu regim tidaklah bermaksud mereka mahukan ‘Islamic State’. Hanya tabiat manusia apabila suara dan hak mereka disekat, tiada jalan yang tinggal, maka mereka akan memanggil Tuhan.

    Itulah pendapat beliau. Ada kebenarannya, walaupun sebenarnya ada yang benar-benar mahukan ‘Islamic State’. Ada pula yang hanya mengadu kepada Tuhan tanpa mempunyai sebarang hasrat tentang Negara Islam. Mereka hanya mahukan hak dan keadilan. Hanya Tuhan yang sudi mendengar setelah pemerintah begitu‘ketegar’.

    Apa Bezanya?

    Rakyat muslim secara umumnya mahukan asas Islam dipegang dalam sesebuah negara. Asas itu merujuk kepada perintah-perintah Allah yang wajib diamalkan oleh seorang muslim seperti amanah, berperaturan, berprinsip, menghormati hak orang lain, terurus dan seumpamanya.

    Ini kerana kerosakan negara-negara umat Islam adalah disebabkan hilangnya ciri-ciri mulia dalam diri pemimpin. Rasuah, salah urus, tidak maju ke hadapan, tidak berwawasan, tidak menghormati hak rakyat dan seumpamanya adalah racun yang telah memusnahkan negara-negara umat Islam.

    Sebagai muslim, kita tahu hal ini bercanggah dengan perintah ajaran Allah dan rasulNya. Maka kewajipan berpegang kepada Islam bagi kepemimpinan sesebuah negara dalam kerangka ini disepakati oleh hampir semua pihak.

    Namun, apabila hasrat mengujudkan ‘Islamic State’ atau Negara Islam itu dilaungkan, maka rakyat akan mempunyai tafsiran yang pelbagai. Ini bukan semestinya menunjukkan mereka menentang Islam, tetapi mereka keliru apakah sebenarnya ‘Islamic State’ itu? Sebabnya, wajah ‘Islamic State’ itu telah diconteng oleh banyak pihak. Media Barat dan juga sikap para pejuang Negara Islam itu sendiri.

    Taliban umpamanya telah mengujudkan Negara Islam dalam satu tempoh yang telah memberikan kesan yang negative tentang kebebasan rakyat dan hak-hak wanita. Iran sebelum itu sehingga kini telah menakutkan dunia. Ribuan cerdik pandai Iran terpaksa melarikan diri kerana ancaman regim Tehran. Penjara dan pembunuhan adalah perkara biasa di Iran. ‘Brain drain’ menjadi satu masalah kepada negara tersebut. Padahal negara itu mempunyai ramai bijak pandai.
    Dua orang rakan saya yang berbangsa Iran. Seorang menetap di US dan masih boleh pulang ke Iran. Sementara seorang lagi diharamkan pulang ke Iran.


    Dua orang jiran yang menjadi sahabat saya di Oxford ini merupakan dua cendiakawan Iran. Seorang pakarmysticism dan seorang pula musician. Pakar mysticism ini tinggal di Amerika dan masih dizinkan balik ke Iran. Saya sering berbincang tentang bidang kepakarannya iaitu ‘Ibn Arabi’. Beliau baru sahaja menghasilkan karya‘Method and Mysticism’ yang dihadiahkan senaskah untuk saya.

    Sementara seorang lagi, Dr Mirdad yang pada zaman mudanya merupakan seorang pejuang ketika di universiti di Iran. Beliau bersama ratusan ribu yang lain membantu revolusi menumbangkan Shah Iran. Namun, apabila kerajaan baru dibentuk, demokrasi terus dinafikan atas nama agama, beliau dan rakan-rakannya memprotes kerajaan. Hasilnya, ramai yang dibunuh. Beliau sempat menyelamatkan diri lari ke beberapa negara dan akhirnya kini menetap di Sweden. Sudah hampir 30 tahun meninggalkan negaranya dan diharamkan pulang.

    Demikian tokoh cendiakawan agamawa Iran seperti Mohsen Kadivar diharamkan pulang. Mohsen Kadivar mempunyai website dan artikel-artikel menarik seperti Wilayat al-Faqih and Democracy.

    Negara Islam yang menjadi impian untuk keadilan, hak dan kesaksamaan telah menjadi negara mullah yang turut menafikan hak yang diidami rakyat. Hanya menukar kuasa dari yang ber‘coat’ kepada yang berserban atau berlebai, namun keadilan dan hak terus terabai. Lebih malang lagi, kekerasan dan penafian hak itu atas nama Tuhan dalam perkara yang Tuhan tidak nyatakan pun.

    Wajah Negara Islam itu mengelirukan banyak pihak, apatahlagi apabila ada yang cuba menggambarkannya sebagai negara hukum yang memotong tangan, merejam wanita, memancung kepala, mengharamkan itu dan ini, mengharamkan media, mengharamkan internet, mengharamkan pendapat yang tidak sama dengan kerajaan dan ‘mazhab’ kerajaan dan seterusnya. Tanpa terlebih dahulu menggambarkan wajah rahmat Islam yang lebih luas yang mengatasi segala unsur hukuman yang bersifat terpencil itu.

    Tuhan dalam sesetengah gambaran pejuang Islamic State adalah tuhan yang penuh bengis dan garang. Sedangkan Tuhan yang dikenali oleh muslim adalah Tuhan yang berfirman tentang diriNYA:
    “Sesungguhnya rahmatKU mendahului kemurkaanKU” (Riwayat al-Bukhari).
    Rakyat tidak menolak Islam, tetapi mereka mungkin ragu-ragu dengan model Negara Islam yang hendak ditegakkan oleh sesetengah pihak. Mereka tidak ragu dengan Tuhan, tetapi mereka ragu dengan tafsiran kehendak Tuhan yang buat. Apatahlagi apabila kelompok agama itu sering memilih pendapat yang paling sukar untuk dilaksanakan.

    Dalam menafsirkan hukum-hukum yang bersifat zanni (mempunyai lebih dari satu tafsiran) ada kecenderungan sesetengah pejuang Negara Islam memilih pendapat yang mungkin menjadi ketakutan kepada sesetengah pihak. Umpamanya, dalam Mazhab Shafie dan beberapa mazhab yang lain; seorang muslim yang membunuh non-muslim, tidak boleh dihukum qisas (bunuh balas). Ini berbeza dengan Mazhab Hanafi.

    Begitu juga dalam Mazhab Shafie dan beberapa mazhab yang lain pampasan untuk mangsa non-muslim yang dibunuh hendaklah kurang dari kadar yang dibayar kepada muslim. Juga pandangan dalam mazhab bahawa Kristian dan Yahudi yang menukar agama mereka kepada agama selain Islam boleh diambil tindakan dengan dibuang negara dan seumpamanya.

    Demikian juga pandangan dalam kalangan sarjana silam bahawa bukan muslim tidak boleh membina rumah lebih besar dari rumah muslim ataupun menaiki kenderaan dalam kawasan muslim. Pandangan-pandangan seperti ini adalah tafsiran kepada politik di zaman tersebut dalam kerangka yang tertentu. Sekalipun ada hadis yang berkaitan, namun teks dan konteks hadis hendaklah disemak.

    Disebabkan kecenderungan memilih ‘jalur keras’ dan literal dalam memahami nas-nas politik dalam Islam, maka ada tokoh-tokoh gerakan Islam menampilkan pandangan-pandangan yang dianggap terkeluar konteks politik kerangka hari ini. Ini menyebabkan generasi baru, sekali pun bertudung dan bernasyid, belum tentu bersetuju dengan Negara Islam model tersebut. Menolak Negara Islam yang ditafsirkan oleh sesuatu pihak, bukan semestinya menolak Islam.

    Seseorang dikira menolak Islam apabila membantah sesuatu nas yang jelas dari al-Quran dan as-Sunnah. Nas yang tidak mungkin mempunyai lebih dari satu tafsiran seperti haramnya arak, judi, zina, homoseks, riba, rasuah, pecah amanah, bunuh dan seumpamanya. Adapun nas yang terdedah kepada pelbagai tafsiran, jika seseorang menolak salah satu tafsiran ulama, bukanlah bererti menolak Islam.

    Hal ini hendaklah difahami. Jika tidak, semua muslim akan terdiri dari kalangan yang menolak Islam. Ini kerana dalam ribuan hukum, yang mempunyai ribuan tafsiran, setiap orang akan memilih tafsiran tertentu. Mereka yang bermazhab Shafie, secara tidak langsung menolak pandangan mazhab-mazhab yang lain. Begitulah sebaliknya.

    Maka, menolak sesuatu tafsiran tentang Negara Islam atau Islamic State, bukan semestinya menolak Islam. Namun, jika atas factor benci atau tidak setuju dengan nas-nas al-Quran dan as-Sunnah itu sendiri, lalu menolak Negara Islam, maka dia memang menolak Islam.

    Hari ini di Barat, Turki nampaknya disanjung. Ramai yang memuji Negara Islam moden yang cuba dibuat oleh Turki. Itupun satu lagi tafsiran Negara Islam. Ya,ramai yang memuji Negara Islam model Turki. Jika seseorang memilih Negara Islam model Turki dan menolak model Iran atau Taliban, itu juga satu tafsiran yang perlukan perincian.

    Apa yang penting gerakan Islam hendaklah mewujudkan sebuah negara yang tidak menyanggahi al-Quran dan as-Sunnah dan memenuhi inspirasi rakyat di era ini. Peduli apa pun namanya!

    Thursday, 24 November 2011

    Malaysiakini BOGELkan RAJAgopal?

    24 Nov 2011 15:53 – 24 Nov 2011 17:52 UMNO APCO ada di AMERIKA tengok blog ini.
    Pageviews by Countries
    United States
    3
    Malaysia
    2


    Malaysiakini Biarkan Pembangkang Maki Hamun Sultan Selangor...

    Di bawah tajuk artikel "Sultan S'gor dukacita sikap rakyat kritik polis" secara terang-terang malaysiakini membiarkan rakyat yang menyokong pembangkang memaki hamun sultan selangor, sekiranya malaysiakini serius mempertahankan institusi beraja di malaysia, mereka sepatutnya sudah menapis komen-komen dari penyokong pembangkang.

    Berbakul-bakul sultan selangor di maki oleh penyokong pembangkang dalam artikel itu, disini aku sempat kumpulkan berberapa komen yang menghina sultan selangor, selebihnya korang baca sendiri dalam artikel itu...

    Apa yang kementerian dalam negeri buat untuk mengekang perkara ini? KDN buat bodoh je lah...

    JERAT yang di pasang oleh kera kera keraUMNO menggunakan SULTAN berjaya...maka anjing berUNIFORM akan bertindak???








    Siapa Nak Sokong umno Meh Sini.

    Kepada sesiapa yang masih nak menyokong umporno.... sekarang lu orang tengoklah bukti yang bukan ditulis oleh utusan meloya dan bukan dari RTM 1234567890 atau TV3 Sukukukukuku ataupun Harakah.. hahahaha... tengok muka2 kat bawah nih betul2... muka pertama... si lidah kontot yang pernah lari ikut pintu belakang disko Subang Jaya...

    Kalau di Sekinchan... sesiapa yang sebut jer... nama malaun nih.. pasti kena luku kepala.... hahahaaa.... punyalah jijik orang2 Sekinchan nak sebut.... lu orang nak tau pasal apa...??? Sebab RM110 juta duit bantuan untuk petani/pesawah pun dia kencing jugak beb.... bacala kat link ini... sebab dalam TV3 Suku tak kan keluar punyalah... hahahahaaaa....


    Pembohong dan penyangak nombor wahid dalam Selangor. Ntah apa nama malaun nih.... gua sengaja buat2 lupa... pasal dah menyampah terlampau nak tengok gambar muka diaa... apatah lagi nak sebut nama... ptuuuiiii... jijik aarrr... hahahaha.... apa yang dia kelentong rakyat...???

    Malaun nih mengatakan Syarikat milik Suami dan Anak Shahrizat ini dipilih melalui tender terbuka yang terhad, Sedangkan wang telah habis dikeluarkan setahun sebelum perjanjian ditandatangani???

    Malaun nih juga berbohong bila beliau mengatakan hanya sebahagian daripada pinjaman mudah telah dibayar. Fakta tentang pembayaran kepada NFC oleh Kerajaan.
    ~Menjelang 31 Mac 2009. Rekod kewangan NFC menunjukkan pinjaman pertama sejumlah RM130 juta telah diambil dalam tahun 2008.

    ~Pada 31 Mac 2009, NFC telah mengambil pinjaman kedua berjumlah RM220 juta yang terus dimasukkan ke akaun Maybank milik NFC.

    ~dan 6 Mei 2009 NFC memindahkan wang dari pinjaman ini berjumlah RM116 juta ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad.

    Setelah selesai kesemua wang tersebut dikeluarkan barulah perjanjian dilakukan oleh Kementerian Malaun tu dengan Keluarga Shahrizat Bukit Jalil pada 2010.
    Jeng... jeng... jeng..... Malaun atas tu dah kantoi...., jom tengok muka malaun kedua pulak... oooppppssss... malaun nih cakap dia sepatutnya jadi malaun pertama kat atas tuuuu... malaun kat atas tu sepatutnya duduk dalam ranking nombor 2... hahaha... tapi takpa... asalkan diorang sama2 penyamun, pembohong dan penyangak wang rakyat... gua peduli apa...????


    Malaun nih membohongi rakyat dengan mengatakan bahawa setakat 31 Julai hanya RM181.9 juta daripada geran dan pinjaman berjumlah RM250 juta telah disalurkan kepada NFC?

    Yang mana satu betul daaaaa.... dah cempera nampak puak2 nih... hahahaha.. statement pun dah berterabur.... hahahaha..., sebenarnya ada lagi malaun dalam kes Lembu Shahrizat Bukit Jalil nih... seperti Mertua dan Menantu, Mat Sembab dan ramai lagi beb.. tapi malas aaarrrr... letak muka diorang dalam blog gua nih.. buat menyemak ruang jer.... hahahaha...

    Lebih baik lu orang layan video klip kat bawah tuuuu... ooopppsss... itu bukan husam musa... atau mat sabu atau mana2 dari parti pembangkang yang lu orang selalu kata aysik nak membangkang jerrr..... hahhahaaaa...

    Pusing sana pusing sini baik punya kelentong rakyat, akhirnya Azmi Khalid (PAC) mengatakan Kementerian Pertanian Asas Tani telah mengeluarkan kesemua wang sebagai dana untuk NFC sejak dari tahun 2008 hingga akhir 2009.

    Popout

    Gua yang buat bisnes kacang parpu ni pun kena sign kontrak/perjanjian dulu baru boleh buat kerja dan payment.

    Puak2 menteri penyangak dari umporno nih pulak senang2 jer.... rembat duit dulu lepas tu kerja boliau.... lastly buat repot projek lingkup... bangsat haramjadah punya menteri kat malaysia nih...

    Errmmm... kalau lu orang dari kalangan puak/ahli umporno... jenis tak sayang duit cukai yang di pow oleh keraaaaajaan beEnd setiap tahun.... lu orang teruskan menyokong pemimpin2 dari parti haramjadah tu... yang hampir kesemua pemimpinnya ada skandal dan korupsi merompak duit rakyat ikut suka mak bapak diorang jer....

    Buat rakyat Selangor..., tolong pastikan malaun penyangak yang nombor satu tu.... di campak jauh2 dalam PRU-13 nanti... tolong pesan dengan Sultan Selangor... kasi buang negeri itu mangkuk ayun... muakakakakakaaaa..... bikin malu Selangor jer.... hahahaha...

    Lihat - Bukti UMNO kebulor dan subahat dengan Yahudi

    Kita semua tahu, minuman Coca-cola selain dari merbahaya dari aspek kesihatan, minuman ini juga adalah hak pengeluaran syarikat Yahudi....

    Popout

    Namun duit punya pasal, UMNO dah tak peduli Yahudi punya atau sesiapa punya sekali pun,, yang penting duit... PWTC jadi taruhannya...

    Wednesday, 23 November 2011

    KERAumno...bisnes...rugi rugi rugi rugi.


    Syarikat KERAumno+bn...rugi rugi rugi rugi....lepas tuh ambil DUIT RAKYAT cover...adakah kita nak bagi lagi KERA KERA KERA... nih RM kita???


    MAS Rugi RM478 Juta Suku Ketiga, Kerugian Bersih Terkumpul MAS Sebanyak RM1.2 Billion?

    Biasanya syarikat penerbangan lain mengumumkan untung berjuta-juta, manakala MAS rugi sebanyak RM478 juta dan kerugian bersih setakat ini, sebanyak RM1.2 billion? Apa dah jadi dengan MAS sekarang ini?

    Kami tak pasti jumlah kerugian yang terkumpul sebanyak RM1.2 billion sejak daripada zaman bila? Entah apa silapnya dengan MAS ini. Apabila ditanya kenapa MAS rugi? Ini jawapan berdasarkan kenyataan MAS sendiri…
    Bagi kami ini jawapan yang tidak bertanggungjawab di atas kerugian MAS. Susah sangat ker nak mengakui kerugian ini di atas kelemahan pengurusan MAS itu sendiri. Setiap kali membentangkan laporan kerugian MAS, pusing-pusing ini sahaja “modal” yang digunakan bagi menutup kelemahan sendiri.

    Perlu diingat jikalau negara berhutang terlalu tinggi, rakyat yang akan terkena tempias bagi menampung kadar hutang yang tinggi. Apabila syarikat rugi pula, pekerja yang akan terkena”tempiasnya”. Tak silap pada 1 Disember 2011 ini, MAS akan umumkan langkah-langkah yang mereka nak ambil bagi membendung kadar kerugian yang kami fikir agak tinggi. Kita lihat apa yang bakal mereka bakal lakukan?

    Yang ajaibnya, syarikat bertaraf GLC ini masih mampu “survive”. Inilah kelebihan yang ada pada syarikat-syarikat GLC di Malaysia. Bila ada masalah begini, kerajaan “yang akan bantu”, bailout (duit rakyat lagi)
    Dulu MAS pernah untung. Itupun sebab jual kapalterbang. Untung hanya hanya pada disposal of fixed assets. Bukan untung operasi. Erm….
    P/S : Selagi, MAS tak “pancung” overhead cost, tidak mahu mengakui kelemahan sendiri & ada sikap tanggungjawab walau apa yang berlaku serta masih mengamalkan lagi pengurusan yang lemah, harapan MAS untuk menandingi Singapore Airline hanya tinggal harapan.
    PP/S : Sedangkan dahulu dikenali Malaysia Singapore Airline (MSA). Berpisah kedua-duanya, di mana kedudukan Malaysia Airline dan Singapore Airline hari ini ini? Jawabnya bagai langit dan bumi....


    Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
    Amizudin Ahmat (Din Binjai)
    http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
    sharpshooter
    ShareKeep unreadSend to

      Wanita Keadilan Pulau Pinang buat laporan polis dan berdemo isu @ShahrizatJalil lembuuuuu....

      “Wanita Pakatan Lancar Kempen Anti Pecah Amanah”

      Respon kepada tindakan PDRM dan SPRM yang berdiam diri dan tidak mengambil sebarang tindakan berhubung pendedahan Parti Keadilan Rakyat mengenai scandal penyelewengan RM250 juta dan pembelian kondominium kondominium mewah, One menerung bernilai RM9 juta yang menggunakan wang milikan dana awam telah memaksa kami untuk membuat tindakan susulan secara drastic dan menyeluruh.

      Maka kami mewakili suara seluruh pimpinan Wanita Pakatan Rakyat khasnya dan seluruh wanita Malaysia amnya mengambil usaha tindakan bersepadu bersama seluruh pimpinan Wanita Keadilan Negeri untuk melancarkan Kempen Anti Pecah Amanah agar perkara ini disiasat dengan segera.


      Di hadapan balai polis Kubang Semang Penanti


      Yang ini bukan wanita tetapi pencinta wanita :-) Saudara Rodzi adalah Penunggu di Yayasan Aman Penanti.


      Dua bekas bertemu,,,bekas Ketua Pemuda Keadilan Negeri Pulau Pinang dan bekas Ketua Wanita Permatan Pauh.








      Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
      Amizudin Ahmat (Din Binjai)
      http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
      sharpshooter
      ShareKeep unreadSend to

        Siri Ceramah Gempur Anwar Ibrahim dan pimpinan Keadilan serta Pakatan Rakyat Sempena Kongres Nasional 2011 Parti KeADILan Rakyat di Johor



        DEMI RAKYAT

        I) Jumaat – 25 November 2011
        I) 7.30 – 11.00 malam – Jamuan Makan Malam
        Lokasi: Cathay Restaurant JB, Taman Molek, Johor Bahru

        ii) 9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana 1
        Lokasi : Pejabat PKR Tebrau, Taman Daya, Johor Bahru

        iii) 9.00 – 12.00 malam - Ceramah Perdana 2
        Lokasi: Pejabat PKR Gelang Patah, Jln Keindahan 1, Tmn Skudai Indah, Skudai

        2) Sabtu – 26 November 2011
        i) 9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana 1
        Lokasi: Batu 8, Sungai Tiram, Ulu Tiram, Johor Bahru
        ii) 9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana 2
        Lokasi : Jalan Sawi, Kampong Bendahara, Johor Bahru
        iii) 9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana 3
        Lokasi: Kampong Parit Kromo, Air Baloi, Pontian

        3) Ahad – 27 November 2011

        i) 9.00 – 12.00 malam – Ceramah Perdana 1
        Lokasi: Pej PKR Simpang Renggam, Taman Cemara, Kampong Shaari,
        Simpang Rengam, Johor

        ii) 9.00 – 12.00 malam – Sambutan 60 Tahun PAS Johor,
        Lokasi: Markaz PAS Air Hitam, Dataran Haji Mardi, Air Hitam

        Penceramah- Penceramah:
        1. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
        2. YBhg Datin Seri Wan Azizah Dato’ Wan Ismail
        3. YB Azmin Ali
        4. YB Saifuddin Nasution
        5. YAB Tan Sri Khalid Ibrahim
        6. YB Dato’ Mansor Othman
        7. YBhg Dato’ Seri Chua Jui Meng
        8. YB Nurul Izzah Anwar
        9. YB Tian Chua
        10. YB Fauziah Salleh
        11. YBhg S. Surendran
        12. YB Zuraidah Kamaruddin
        13. YBhg Shamsul Iskandar Mohd Akin
        14. YBgh Siti Aisyah Syeikh Ismail
        15. YB Azan Ismail
        16. YB Johari Abdul
        17. YB Lim Boon Chye
        18. YB Manikumar
        19. YB Xavier Jayakumar
        20. YBhg Muhammad Nor Manuty
        21. YBhg Rafizi Ramli dan lain-lain



        Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
        Amizudin Ahmat (Din Binjai)
        http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
        sharpshooter
        ShareKeep unreadSend to

          Hj Najib berbohong...

          Badan Bukan Kerajaan (NGO), Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius pembentangan Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman bagi menjamin kebebasan berhimpun yang dianggap sebagai penipuan licik kerajaan BN untuk menafikan hak rakyat yang dijamin oleh perlembagaan.

          Pengasas SAMM, Badrul Hisham Shaharin berkata Rang Undang-undang tersebut merupakan 'tranformasi Politik' negetif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai suatu perangkap yang menjelaskan lagi sikap kerajaan yang begitu takut melihat kebangkitan rakyat.

          "Sebelum ini rakyat seolah-olah dijanjikan sebuah sinar harapan apabila beberapa langkah Kerajaan Malaysia termasuklah pemansuhkan akta keselamatan dalam negeri (ISA), namun akhirnya rakyat sekali lagi ditipu atas nama transformasi Barisan Nasional apabila akta tersebut masih lagi digunakan di Sabah dengan penahanan 13 aktivis PAS." jelas beliau yang juga dikenali sebagai Chegu Bad.

          Beliau yang juga Ketua Cabang Rembau berkata dengan rang Undang-Undang tersebut bukan sahaja menyebabkan perhimpunan aman tidak dapat dijalankan malah tiada lagi ceramah umum akan dibenarkan.

          "Kita sebenarnya menuju ke pemerintahan kuku besi dalam bahasa lunak yang dicanang kerajaan pemerintah." jelas beliau dalam satu kenyataan media.
          Semalam, ketika pembentangan rang undang-undang itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata antara kandungan penting undang-undang yang dicadangkan itu, termasuk:

          *Notis awal 30 hari untuk berhimpun, kecuali mereka yang berada di kawasan yang dtetapkan oleh menteri dalam negeri.
          negeri.

          *Selepas memaklumkan, perhimpunan boleh diteruskan, kecuali terdapat bantahan daripada polis.

          *Tiada protes jalanan dibenarkan.

          *Tiada protes dalam 50 meter daripada kawasan yang dilarang, termasuk hospital, sekolah dan rumah ibadat, Empangan, takungan dan kawasan tadahan air,Loji rawatan air, Stesen penjana elektrik, Stesen minyak,Balai bomba, Lapangan terbang, Landasan keretapi, Terminal pengangkutan awam darat, Pelabuhan, terusan, limbungan, dermaga, jeti, jambatan dan marina.

          Menurut Ghegu Bad, Rang Undang-Undang tersebut sengaja digubal disaat Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir bagi menghalang kebangkitan Pakatan Rakyat.

          Dalam masa yang sama rang tersebut juga sebagai usaha menghalang kebangkitan rakyat mengadakan protes berhubung kelemahan dan penyelewengan yang sedang berlaku secara berleluasa dalam kerajaan pimpinan Najib.

          Katanya berdasarkan lokasi-lokasi larangan yang telah ditetapkan tersebut menunjukkan tidak ada tempat lagi yang dibolehkan untuk diadakan perhimpunan.

          Menurut khabar dan spekulasi, Perdana Menteri Najib Razak dijangkakan membubarkan Parlimen dan meminta supaya Pilihan Raya Umum ke-13 diadakan dalam masa beberapa bulan lagi. Pada pilihan raya yang akan datang ini, Najib buat julung kali memimpin Barisan Nasional dalam misi membentuk kerajaan. Secara langsung, pilihan raya ini adalah satu ujian sejauh manakah keyakinan rakyat terhadap pemerintahan Najib.

          Najib mengambil alih tampuk kuasa sejak April 2009 selepas menggantikan Abdullah Ahmad Badawi yang terpaksa meletak jawatan - untuk bertanggungjawab ke atas prestasi terburuk BN dalam pilihan raya umum Malaysia pada 8 Mac 2008. Antara faktor yang dikatakan menyebabkan BN hilang majoriti 2/3 di parlimen di samping hilang kuasa di empat negeri adalah kegagalan Abdullah - atau lebih dikenali sebagai Pak Lah - melaksanakan janji-janji perubahan yang telah memberi harapan kepada rakyat semasa PRU ke-11 pada 2004.

          Demokrasi jalanan turut menjadi faktor besar. Himpunan raksasa "BERSIH" yang menuntut pilihan raya bebas dan adil serta gerakan HINDRAF yang berjaya menyentuh hati komuniti kaum India antara peristiwa yang gemar dirujuk pemerhati politik dalam mengisahkan hari bersejarah 8 Mac 2008.

          Tidak dinafikan juga, media alternatif yang bebas daripada kongkongan mutlak BN menyumbang terhadap pembentukan audiens baru yang lebih bersikap kritikal dan sedia menyoal setiap tindak tanduk kerajaan. BN tidak lagi mampu bergantung pada media massa arus perdana sahaja dan perkara ini turut dipersetujui Pak Lah yang mengakui "BN kalah perang siber".

          Maka, sejurus penggantian Pak Lah, Perdana Menteri baru segera mendapatkan khidmat nasihat pelbagai firma konsultasi komunikasi dan media. Dalam jangka masa pendek Najib berkuasa, kerajaan Malaysia telah membelanjakan berjuta-juta ringgit atas kempen-kempen komunikasi - atau lebih tepat lagi, propaganda - yang dihasilkan syarikat-syarikat asing seperti APCO dan FBC. Baru-baru ini, FBC terpaksa menanggung malu selepas dipecat beberapa rangkaian media asing kerana dijumpai menerima bayaran daripada kerajaan Malaysia untuk menghasilkan program pro-kerajaan Malaysia.

          Kempen "branding" atau penjenamaan seperti 1Malaysia dan pembentukan imej Najib sebagai seorang pemimpin yang "cool" atau sempoi terus menjadi agenda terpenting. Dengan kempen "perubahan" Presiden Amerika Syarikat Barack Obama yang dilaksanakan dengan jayanya, agenda "perubahan" dilihat menjadi suatu fenomena global. Tidak dinafikan, di Malaysia, sudah bertahun-tahun slogan "perubahan" menjadi asas kepada agenda parti-parti pembangkang. Maka, untuk Najib mempopularkan dirinya di samping dilihat peka terhadap "perubahan" yang dituntut, beliau tiada pilihan selain memulakan program-program yang bersifat "perubahan" atau sekurang-kurangnya memberi persepsi bahawa beliau mewakili "perubahan".

          Namun, perkataan "perubahan" dan reformasi sesungguhnya sinonim dengan perjuangan parti-parti yang anti-BN. Oleh itu, "transformasi" menjadi slogan Najib. Tidak dinafikan, ramai di antara generasi pengundi muda yang membesar dengan ditemani siri kartun Transformers, yang turut dihidupkan semula dalam beberapa tahun yang lepas melalui siri filem wayang Hollywood. Namun, cukup sempoikah pakej "transformasi" yang dihadiahkan Najib? Adakah rakyat akan memberi undi kepada seseorang pemimpin hanya kerana beliau sempoi?

          Najib sebelum ini sudah menghadapi pelbagai persoalan kredibiliti terutamanya apabila dikaitkan dalam kes pembunuhan seorang wanita Mongolia. Gaya hidup mewah yang dimiliki isterinya - Wanita Pertama Negara Malaysia yang pertama sekali - turut memberi persepsi bahawa Najib yang sempoi ini sebenarnya agak jauh dari realiti keperitan rakyat bawahan. Lagi teruk, semasa melancarkan program Menu Rakyat 1Malaysia, beliau digambarkan mengambil sepinggan nasi kandar yang nampak lumayan sekali siap dengan dua ketul kepak ayam walaupun harga makanannya disiarkan RM3 sahaja. Mungkinkah semua ini helah yang sempoi?

          Cakap pasal helah, naik darah aku. Janji-janji yang dibuat Najib sempena Hari Malaysia telah mengalami transformasi - menjadi penipuan yang keji sekali. Beliau kata, negara Malaysia akan menjadi demokrasi terbagus di dunia. ISA akan dimansuhkan. Akhbar akan diberi lebih ruang kebebasan. Rakyat tidak akan dianiaya atas kepercayaan politik mereka. Sempoi gila.

          Tapi, ISA digantikan dua akta baru yang akan mengekalkan penahanan tanpa bicara. Lagi, hari ini janji mansuh ISA, besok tahan 13 orang di bawah ISA. Hari ini nak jadi demokrasi terhebat, besok bentang rang undang-undang baru untuk mengharamkan perhimpunan jalanan. Di bawah Akta Perhimpunan Aman, denda untuk sesiapa yang menganjurkan perhimpunan tanpa memberitahu pihak polis ialah RM10,000. Manakala sesiapa yang ditangkap semasa suatu perhimpunan boleh didenda RM20,000. Sempoi tak? Inilah dia transformasi Najib. Sempoi sekali.

          Sementara beliau berjanji untuk mendengar cadangan yang bakal dibuat Jawatankuasa Khas Parlimen untuk mengkaji tuntutan untuk mereformasikan sistem pilihanraya Malaysia, tiada jaminan bahawa Najib akan membenarkan Jawatankuasa tersebut menyelesaikan tugasnya sebelum membubarkan Parlimen sekaligus menutup Jawatankuasa itu juga. Jelas, pilihanraya yang akan datang tidak akan adil dan bersih tanpa berlakunya satu reformasi.

          Adakah reformasi itu akan datang daripada Najib dan BN? Bagi saya, untuk reformasi berlaku, reformasi perlu bermula dari tangan setiap rakyat. Undi di tangan kita boleh memulakan reformasi untuk membersihkan tanahair kita daripada elemen-elemen yang nampak sempoi tapi bersifat kotor sebenarnya.

          Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
          Amizudin Ahmat (Din Binjai)
          http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
          sharpshooter
          ShareKeep unreadSend to

            Keadilan Pulau Pinang derma RM10 ribu untuk mangsa banjir Thailand


            AFTER raising RM80,OOO, the Lions Club of Bayan Baru organised a humanitarian mission to the Thai military camp in Songkhla, Thailand to deliver drinking water, instant noodles, diapers and other necessities.
            The club’s Thailand Flood Relief Fund organising chairman Khoo Choon Aun said the visit on Oct 30 was facilitated by the Royal Thai Consulate, Penang.
            He said the mission involved a convoy of three trucks and four cars led by the club’s president Datuk Goh Eng Hoe.
            Khoo also said the convoy was escorted by the Thai Military Police from Bukit Kayu Hitam to the military camp in Hatyai where they were warmly received by the head of the military camp Colonel Tanin Suwankadee.
            He said the aid was handed over to the military, on behalf of the Thai people.
            “The mission spent RM50,000 on buying the essential items while the balance RM30,000 was donated to the Rajaprayanugroh Founda-tion,” Khoo said, adding that Thai consul-general Voradet Viravakin had received the RM30,000 cheque on behalf of the foundation on Oct 29.
            The club had raised the funds by way of a fund raising campaign during the Bukit Jambul Hikethon on Oct 23.
            “We are still continuing with the campaign until the situation in Thailand improves,” said Khoo, who is also the club’s immediate past president.
            For those who are interested to help and donate to this cause, contact Khoo at 012-4215252 or Wong at 012-4918721.
            Separately, the Penang PKR contributed RM10,000 to the Thai flood victims.
            Half of the money was collected from its members and the other half raised in a charity sale recently.
            Deputy Chief Minister I Datuk Mansor Othman, who is Penang PKR chairman, handed over the amount to Thai Consul-General Voradet Viravakin at the Thai Embassy on Tuesday.


            Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
            Amizudin Ahmat (Din Binjai)
            http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
            sharpshooter