ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Tuesday, 29 November 2011

Siapa ancaman kepada orang Melayu?


Siapa ancaman kepada orang Melayu?

Oleh Lim Guan Eng

Tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mempertahankan agenda perkauman UMNO dan kenyataannya bahawa beliau adalah “Melayu dahulu dan rakyat Malaysia kemudian” merupakan bukti bahawa 1Malaysia adalah slogan kosong yang hanya bertujuan untuk mengaut undi dan akan dibuang selepas pilihan raya umum yang akan datang.

Yang lebih mengejutkan, Muhyiddin tidak merasa bahawa tindakannya untuk memperjuangkan agenda perkauman Melayu adalah bercanggah atau tidak konsisten dengan agenda rakyat Malaysia.

Malah Muhyiddin menggunakan logik yang tidak masuk akal bahawa pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan saya merupakan Cina cauvinis walau pun DAP telah berjuang untuk semua rakyat Malaysia.

Timbalan Perdana Menteri itu sepatutnya sedar bahawa keahlian DAP terbuka kepada semua termasuk Melayu, India, Iban dan Kadazan. Muhyiddin dengan mudah juga telah lupa bahawa saya telah dipenjarakan dan kehilangan kerusi Parlimen kerana memperjuangkan nasib seorang gadis Melayu bawah umur yang menjadi mangsa rogol.

Pimpinan UMNO ancaman kepada rakyat

DAP bukan ancaman kepada orang Melayu. Hanya UMNO yang menjadi ancaman, bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi rakyat Malaysia dengan sikap para pemimpinnya yang menggunakan serta mempertahankan pelanggaran hak asasi manusia, rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

Dengan menanam rasa takut serta menggunakan ugutan, UMNO mengaburkan mata rakyat daripada skandal-skandal kewangan dan rasuah yang telah mengakibatkan kehilangan beratus-ratus bilion ringgit, seperti:
  • Pendedahan terkini Laporan Ketua Audit Negara 2010 tentang jabatan-jabatan kerajaan yang telah terlebih belanja sebanyak RM3.7 bilion tanpa apa-apa hukuman dikenakan; dan
  • Kontroversi di mana dana awam yang telah diberikan kepada sebuah syarikat yang berkaitan dengan seorang Menteri telah digunakan bukan untuk tujuan yang sepatutnya, iaitu untuk penternakan lembu, tetapi sebaliknya telah digunakan untuk pembelian dua kondominium mewah.
Selama ini UMNO telah menggunakan taktik kejam untuk menipu dan menanam perasaan takut di kalangan orang Melayu, kononnya DAP menjadi pengancam kepada hak dan kepentingan mereka.

Ini langsung tidak berasas kerana perkhidmatan awam, polis dan tentera semuanya dikawal orang Melayu. Manakala sektor-sektor kritikal dalam ekonomi seperti insurans, perbankan, industri automobil, pelabuhan dan lebuh raya semuanya juga dikawal oleh usahawan-usahawan atau syarikat-syarikat Melayu.

Perdana Menteri Melayu realiti politik

Dalam politik pula, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri merupakan orang Melayu. Semua Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri juga Melayu kecuali di Pulau Pinang.

Tidak pernah ada seorang pun pemimpin bukan Melayu yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri kerana rakyat Malaysia menerima realiti politik di mana Perdana Menteri Malaysia seharusnya berbangsa Melayu.

Oleh itu, ura-ura untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk membenarkan orang Melayu sahaja untuk menjadi Perdana Menteri bukan sahaja tidak diperlukan, malah bersifat perkauman kerana menganggap rakyat bukan Melayu sebagai rakyat kelas kedua.

Jawatan politik tertinggi yang boleh disandang bukan Melayu sekarang adalah setakat Menteri Persekutuan dan juga Ketua Menteri Pulau Pinang.

Malah jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang, satu-satunya jawatan yang dipegang bukan Melayu, mungkin akan jatuh ke tangan UMNO kerana UMNO bertanding kerusi yang paling banyak di kalangan parti-parti komponen BN di Pulau Pinang.

Daripada 40 kerusi DUN di Pulau Pinang, UMNO bertanding 15, Gerakan 13, MCA 10 dan MIC 2. Kalau BN membentukkan kerajaan dan selagi UMNO bertanding kerusi yang paling banyak, mana-mana Ketua Menteri BN akan menjadi boneka UMNO sampailah seorang calon UMNO menjadi Ketua Menteri.

DAP berjuang untuk semua kaum

Walaupun masyarakat Melayu mempunyai kawalan yang hebat dalam sektor-sektor politik, awam dan swasta, DAP tidak pernah pun menggunakan isu-isu itu untuk menakutkan rakyat bukan Melayu.

DAP tidak pernah berbuat begitu kerana kita menganggap semua orang Melayu mempunyai hak dan peluang yang sama dengan rakyat Malaysia yang lain dalam sektor-sektor tersebut.

Ini jelas dibuktikan apabila 70 peratus daripada kontrak Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah dimenangi oleh kontrak Melayu, lantas membuktikan bahawa kontraktor Melayu mampu berdaya saing. Hanya kontraktor kroni UMNO sahaja yang tidak mampu bersaing.

Tambahan pula, Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah melantik penjawat-penjawat awam yang tertinggi berdasarkan kebolehan mereka. Secara kebetulan mereka juga Melayu, dan ini termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan Negeri dan juga YDP-YDP kedua-dua Majlis Perbandaran di Pulau Pinang dan Seberang Perai (yang juga merupakan YDP-YDP wanita yang pertama dilantik).

Sudah tiba masa untuk menolak dasar perkauman UMNO. Orang Melayu tidak lemah dan tidak perlu kepada parti yang rasuah dan rasis seperti UMNO untuk mempertahankan mereka. Sudah tiba masa untuk kita bersatu atas dasar-dasar bersama seperti keadilan, kebenaran, kebebasan, kebajikan awam dan demokrasi.

UMNO sudah pun melenyapkan masa depan generasi saya selama 50 tahun. Kita tidak boleh membenarkan UMNO untuk mencuri masa depan anak-anak kita.

Hanya sebuah kerajaan berjiwa rakyat di bawah kerangka Malaysia yang ditawarkan Pakatan Rakyat boleh menjamin masa depan yang terang untuk anak-anak kita. – Roketkini.com

Penulis adalah Setiausaha Agung DAP merangkap Ketua Menteri Pulau Pinang

Lagak muka tembok pemimpin Umno


Agihan RM100: Lagak muka tembok pemimpin Umno

oleh: Editor@WD

WarkahDaily – Depa rasa mak bapak depa punya duit. Tak reti nak beza mana satu hak kerajaan dan mana satu hak parti.

Padahal wang RM100 yang diagihkan kepada murid-murid adalah apa yang diumumkan dalam bajet kerajaan, bukannya bajet parti Umno-BN. Beginilah jadinya bila negara dipimpin oleh pengamal politik sempit pemimpin Umno-BN.

Padahal apa yang dilakukan Umno-BN itu jelas sekali cuba mempolitikkan pelbagai bidang demi kepentingan politik sempit mereka. Mereka seolah-olah bodoh untuk mengerti mana satu milik parti dan mana satu milik kerajaan.

Yang peliknya, kenapa ada juga dikhabarkan agihan bantuan wang RM100 itu melalui pejabat Umno.

Dipetik dari Harakahdaily, majlis penyerahan bantuan sekolah RM100 kepada pelajar yang sedang rancak berlangsung didakwa telah menjadi medan Umno berpolitik.

Ketua Sekretariat Pakatan Rakyat Perak, Drs Khalil Idham Lim berkata, perkara itu jelas dapat dilihat apabila pemimpin Umno setempat turut dilibatkan dalam program itu.

"Di sini persoalan timbul apakah kewajarannya pemimpin Umno dilibatkan sama dalam pengagihan wang tersebut sedangkan pihak sekolah mempunyai cukup guru dan kaki tangan untuk mengelolakan agihan wang tersebut.

"Ibu bapa terpaksa mendengar ucapan dari pemimpin BN yang menggunakan kesempatan itu untuk berkempen sebelum wang RM100 diagihkan," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

Beliau yang juga Adun Titi Serong berkata, perkara tersebut turut berlaku di Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (China) di mana ibu bapa dihidangkan dengan ceramah politik.

Menurutnya lagi, urusan agihan wang tersebut sepatutnya diserahkan sepenuhnya kepada pihak sekolah sekiranya bantuan RM100 tersebut adalah dengan niat untuk membantu pelajar.

"Bagi saya ia jelas menyusahkan ibu bapa, bukan itu sahaja, masa mereka terbuang begitu sahaja untuk menunggu kehadiran pemimpin BN cuma kerana wang RM100," jelasnya lagi.

Secara jelasnya kata Khalil Idaham, penglibatan orang politik dalam agihan itu membuktikan bahawa sumbangan tersebut punya niat tersembunyi sebagaimana yang dikatakan oleh banyak pihak.

"Saya berharap agar kerja jahat dan kesempatan yang diambil untuk berkempen sebelum agihan wang kepada ibu bapa tidak dapat mengubah minda warga Malaysia untuk terus menilai BN dalam PRU13 tidak lama lagi.

"Rakyat Malaysia jangan lupa terhadap kerakusan pemimpin BN yang telah menyapu bersih wang rakyat, antaranya skandal-skandal seperti isu PKFZ yang bernilai RM12.5 bilion, pembelian koc keretapi RM500 juta, pemberian kontrak kepada kroni RM500 juta, projek lembu Feedlot kepada Sharizat Jalil bernilai RM250 juta, penyelewengan projek Facebook (Pelancongan) RM1.8 juta," katanya.

SKANDAL PENCERAMAH UMNO DENGAN GADIS


SKANDAL PENCERAMAH UMNO DENGAN GADIS BERNAMA SATIYAH TARMIZI


Seorang bapa dari kampung Titi Serong Parit Buntar hari ini telah membuat laporan kepada yang nama anak perempuannya Satiyah telah di gunakan oleh seorang pakar pemikir umno dalam ucapannya kemarin.

Menurut Encik Tarmizi Mat Jam Citizen beliau merasa kesal bila nama anaknya yang tidak ada kena mengena dengan Umno telah digunakan sewenang2nya oleh pemikir yang bernama Syed Ali Taufiq seperti laporan di bawah ini..

Kah kah kah... benda apa yang Pak Syed Ali ni dok temberang orang umno. Orang umno tau ka apa maksud Wasatiyah tu? Dengaq macam askar wataniah la pulak.

Kenapa guna istilah wasatiyah? Ini mesti nak tipu makcik2 umno kata umno ni Islamik sebab dok guna istilah arab.

Apa pasal dok cerita tutup mata lempar batu kat orang umno. Mau sambung Abang Najib punya haji ka sebab bikin haji tapi tak melontar batu..

Apa yang Pak Syed ni dok cerita kat orang umno pasai Ibnu Tamiyyah... Nanti orang umno dengaq dia ingat orang lain dah melontaq depa dah tak payah kah kah kah.

Nanti kalau Makcik umno balik tanya laki dia sapa dia Ibnu Tamiyyah, laki dia nak jawab apa la pulak. Mana la laki makcik umno nak kenak ibnu Tamiyyah...kalau nama2 maharaja depa macam Hendry Gurney depa tau la.

Apa pulak maksud Pak Syed tentang pelampau...siapa yang melampau tu? Majikan yang rogol bibik ka? Ketua Menteri yang rogol budak 15 tahun ka? Atau yang melampau tu orang tua jahat kawin dengan artis belanja sampai 15 juta...kah kah kah
ShareKeep unreadSend to

    ANAK PEREMPUAN PEMIMPIN UMNO PERAK LESBIAN


    AMING DAN KUMPULAN SPRING ISTIHAR SOKONG PKR.


    AMING DAN KUMPULAN SPRING ISTIHAR SOKONG PKR.


    Aming Spring yang baru di bebaskan dari penjara telah membuat kejutan di dalam Kongress Nasional Parti Keadilan Rakyat dengan mengistiharkan diri dan kumpulan mereka akan berkempen untuk PKR dalam pilihanraya umum akan datang nanti.

    Menurut penyanyi latar kumpulan rock dari arab saudi itu keputusan itu di buat setelah mengambil kira pandangan prisiden Umno tentang kemunkinan besar umno akan di spring keluar dari Putrajaya selepas PRU yang akan datang ini :-

    Kah kah kah... Kalau umno sudah kena spring sama rakyat, macam mana Kak Mah nak beli cincin besaq. Macam mana pulak nasib anak abang Jib dan Kak Mah yang kawin dengan orang komunis kat Kazakstan.

    Bila umno sudah kena spring macam mana Lebai Zol dan Berahim Ali nak cari makan. Macam mana depa nak berjihad kalau tak ada sapa lagi nak suplly ringgit malaysia.

    Bila umno sudah kena spring habis la menteri yang konkek bibik nak menyorok kat mana lagi. ketua menteri yang sapu budak 15 tahun pun sudah tak boleh lari lagi.

    Bila umno sudah kena spring nanti semua lubang akan pecah. Nanti rakyat akan tahu ketua polis mana yang makan banyak rasuah, nanti rakyat akan tahu sapa yang suruh polis bunuh altantuya.

    Kah kah kah...

    Jika anda benci Abu Nawas
    ShareKeep unreadSend to

      BEROMEN DALAM KERETA -


      Ini bukan berita luar biasa tapi ini berita biasa. Surat khabaq saja kasi heboh macam ini cerita luar biasa. Cium romen kongkek sudah jadi perkara biasa sekarang.

      Yang menjadi kesalahan ialah si pelaku ini adalah orang miskin. Romen dalam kereta proton saga tapi kalau dia romen dalam kereta mewah ada sapa yang kisah.

      Yang menjadi kesalahan orang yang bersekedudukan ialah bila depa di tangkap di hotel murah tapi ada sapa yang kisah kalau orang kaya menutuh dalam hotel mewah.

      Yang menjadi kesalahan bila polis makan rasuah sepuluh rinngit tepi jalan tapi ada sapa yang kisah kalau menteri makan rasuah juta juta di banggunan tinggi.

      Apa pasal surat habaq tak bikin berita bibik kena kongkek dengan Anak Yatim. Sebabnya bibik itu di kongkek di dalam bilik yang biliknya sebesar rumah orang miskin luasnya.

      Bila budak 15 tahun di kongkek oleh Ketua Menteri, mengapa surat habaq tak buat2 terkejut. Ini kerana budak15 tahun di kongkek di dalam hotel mewah.

      Dunia hari ini tak ada lagi yang luar biasa. Pak Lebai pun bikin cerita tak senonoh. Pakai lebai untuk tutup segala tingkah jahatnya.

      Macam Pak Lebai kat bawah ni, lebai atas kepala tapi pantang dapat no talipon pompuan tak kira anak bini orang semuanya dia nak layan sms lucah.


      Jadi apa yang nak di hebohkan kalau ada orang beromen dalam kereta.

      MASANYA TELAH TIBA UNTUK TURUN SEKALI LAGI


      Pageviews by Countries
      Russia
      3
      United States
      3
      Malaysia
      2


      MASANYA TELAH TIBA UNTUK TURUN SEKALI LAGI




      GANDAKAN SEJUTA KALI








      MP PAKATAN KELUAR PARLIMEN PROTEST RUU PERHIMPUNAN AMAN - minsider


      KUALA LUMPUR, 29 Nov — Wakil rakyat Pakatan Rakyat bertindak keluar Dewan Rakyat selepas Barisan Nasional (BN), dipimpin Najib Razak, enggan menarik balik Rang Undang-undang Perhimpunan Aman hari ini.

      Speaker Pandikar Amin Mulia hanya membenarkan tiga Ahli Parlimen membahaskan rang undang-undang itu dengan kesemua mereka meminta agar ia ditarik balik dan dirujuk kepada jawatankuasa pilihan khas.

      “Ini cara kami menolak rang undang-undang ini sehingga kami ada satu jawatankuasa pilihan khas,” kata Ahli Parlimen Subang dari PKR, R Sivarasa kepada The Malaysian Insiderketika mereka meninggalkan Parlimen.

      PEGUAM BERDEMO PAGI KELMARIN



      “Rang undang-undang ini tidak melindungi keselamatan nasional, hanya keselamatan pemimpin-pemimpin BN,” kata Presiden PAS Dat Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Marang dan wakil rakyat terakhir pembangkang dibenarkan bercakap.

      Banyak pihak mengkritik rang undang-undang itu termasuk pembangkang yang menyifatkan Malaysia ketinggalan di belakang berbanding Myanmar dalam menyediakan undang-undang sedemikian.

      KAH KAH KAH
      KAH KAH KAH
      KAH KAH KAH

      woit...KATA NAJIB INI UNDANG UNDANG REVULISINER... kah kah kah..

      kah kah kah..MEMANG BETUL.... RAKYAT ADA HAK BERKUMPUL... kah kah kah..

      kah kah kah...UNDANG UNDANG INI TIDAK MELARANG ORANG RAMAI BERKUMPUL.... kah kah kah...



      INI BUKTINYA HAK BERHIMPUN DAN MENUNJUK PERASAAN MASIH ADA:

      1 – orang ramai dibenarkan berhimpun dikawasan yang tidak ada oxygen
      2 – orang ramai dibenarkan berhimpun didalam air
      3 – orang ramai dibenarkan menunjuk perasaan di depan ibu pejabat PKR
      4 – orang ramai dibenarkan menunjuk perasaan di hadapan ibu pejabar PAS
      5 – orang ramai dibenarkan menunjuk perasaan di hadapan ibu pejabat DAP
      6 – orang ramai dibenarkan menunjuk perasaan di hadapan disemua pejabat 
      kerajaan Pakatan Rakyat

      nota:
      sapa kata hak berhimpun tak ada
      sapa kata hak tunjuk perasaan tak ada
      kah kah kah
      kah kah kah

      TUNAIKAN INI DULU



      PENIPUAN BIASA YANG SEMUA ORANG TAHU


      PENIPUAN BIASA YANG SEMUA ORANG TAHU




      HAJI EXPRESS DAPAT WAHYU




      NAJIB MAHU UMNO SEDIA HADAPI PRU LUAR BIASA – minsider

      Najib Razak mahu Umno mengutamakan perpaduan dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang presiden parti itu melihat sebagai “sesuatu yang luar biasa” bagi perikatan yang mengepalai kerajaan pusat.

      Najib (sila lita gambar) yang juga Perdana Menteri mengarahkan pemimpin-pemimpin kanan parti pada satu taklimat di sini agar tidak memandang mudah atau mengambil ringan pilihan raya umum akan datang.

      Sehubungan itu katanya, pemimpin-pemimpin parti seharusnya bertindak agak luar biasa kali ini.

      “Beliau telah meminta pemimpin-pemimpin peringkat bahagian dan akar umbi agar bekerja luar biasa sebab pilihan raya ini adalah sesuatu yang luar biasa... banyak cabaran dan beliau mahu kami utamakan perpaduan,” kata Ahmad Zahid Hamidi.

      KAH KAH KAH
      KAH KAH KAH
      KAH KAH KLA

      woit...APA YANG LUAR BIASA?.... kah kah kah

      kah kah kah.... LUAR BIASA INI PASAL APA?.... kah kah kah..

      kah kah kah...PASAL MUHYIDDIN SUDAJH BUAT TIM KABINET KE?... kah kah kah....

      1 – duit tambah banyak
      2 - beli bakal calon pakatan rakyat
      3 – sorok peti undi
      4 – spr akan batalkan calon pakatan
      5 – banyak calon bebas
      6 – upah parti nyamuk untuk jadi calon
      7 – culik bakal calon pakatan 

      jenge jeng jeng
      jeng jeng jen

      INI DUA LUAR BIASA
      1 – bawa keluar pengundi pilipina din sabah
      2 – bawa keluar mat indon untuk selangor
      3 – bawa keluar mat bangla untuk selangor

      INI LAGI LUAR BIASA
      1 – tiap kawasan parlimen tetiba ada 2000++ askar
      2 – tiap kawasan parlimen tetiba ada 2000++ ada polis
      3 – tiap kawasan parlimen tetiba ada 2000++ wataniah

      DAN DAN DAN

      bila nak turun demo membantah
      dah ada undang undamng yang lulus petang ini
      ini lah yang luar biasa
      kah kah kah

      TERUSKAN PERLAWANAN KITA


      Mansuh Ordinan Darurat 1969: PETRONAS WAJIB Bayar Royalti Petrolium Kelantan Darul Naim

      Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sinisini & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih...

      20hb. Februari, 2010, KERAjaan melalui akhbar-akhbar proksinya telah mengeluarkan iklan penuh 1 mukasurat (rujuk keratan akhbar diatas) dengan tajuk: Penjelasan Isu Tuntutan Hasil Petrolium Negeri Kelantan.

      Antara hujah-hujah KERAjaan dalam iklan berkenaan ialah (gua siarkan entri penuh penjelasan dibawah):

      Semua negeri termasuk Kelantan bertaraf sama di sisi Akta Kemajuan Petroleum 1974. Semua Negeri yang mendatangani perjanjian dengan Petronas pada tahun 1975/76 akan mendapat bayaran tunai sebanyak 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai dalam negeri berkenaan.

      1. Apakah istilah yang disebut dalam Akta kemajuan Petroleum 1974 mengenai pembayaran hasil minyak dan gas?

      Istilah yang diguna pakai bagi maksud pembayaran tersebut adalah "bayaran tunai" sebanyak 5% dan perkataan "royalti" tidak digunakan dalam mana-mana istilah Akta berkenaan.

      2. Apakah kelayakan kerajaan-kerajaan negeri untuk mendapatkan bayaran tunai 5% seperti yang disebut dalam perjanjian antara Petronas dan kerajaan Negeri tahun 1975/1976?

      Telaga minyak atau gas mesti berada dalam sempadan negeri iaitu bumi negeri berkenaan serta perairan wilayah negeri iaitu sejauh 3 batu nautika yang diukur dari paras air surut (ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No.7 Tahun 1969).

      3. Adakah Kerajaan Negeri Kelantan atau mana-mana kerajaan negeri di Semanjung berhak menuntut bayaran tunai hasil minyak dari Petronas?

      Negeri Kelantan atau mana-mana kerajaan negeri di Semanjung tidak berhak kerana semua telaga minyak dan gas ynag mengeluarkan hasil di semenanjung pada masa ini berada di luar perairan wilyah negeri melebihi 3 batu nautika. Oleh yang demikian apa-apa hasil ynag diperolehi di luar perairan negeri melebihi 3 batu nautika adalah hak milik Kerajaan Persekutuan.

      4. Apakah kedudukan Sabah dan Sarawak dalam isu pembayaran royalti?

      Sebelum tahun 1974, kerajaan negeri Sabah dan Sarawak teleh sedia mempunyai kedudukan tersendiri terhadap hak royalti melalui kuatkuasa perjanjian serta kuatkuasa Akta Pelantar Benua 1966. Ia merupakan sejarah dan hak istemewa yang diiktiraf semasa menyertai Malaysia pada tahun 1963.

      5. Apakah yang dimaksudkan dengan bayaran Wang Ehsan?

      Wang Ehsan adalah sumbangan atau bantuan yang disalurkan berasaskan budi bicara Kerajaan Persekutuan kepada negeri-negeri termasuk Kelantan. Sumbangan ini adalah di luar skop/bidang kuasa Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian yang ditandatangani antara Petronas dan kerajaan negeri pada tahun 1975/76. Bantuan ini diberikan adalah semata-mata atas kesedaran dan tanggungjawab berasaskan keprihatinan Kerajaan Persekutuan terhadap kebajikan negeri dan rakyat.

      6. Mengapakah Wang Ehsan yang ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada negeri Kelantan hanya berjumlah kira-kira RM20 juta?

      Kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan ini atas dasar ehsan berhubung dengan gas yang dihasilkan di kawasan perairan Persekutuan. Kerajaan negeri kelantan tiada hak dalam kawasan itu kerana ianya di luar perairan 3 batu nautika.

      7. Apakah kedudukan kenyataan dari bekas Pengerusi Petronas, YB Tengku Razaleigh Hamzah bahawa royalti patut dibayar kepada negeri Kelantan dari hasil petroleum yang diperolehi dari luar perairan negeri tersebut serta mempertikaikan pemberian Wang Ehsan.

      Kenyataan YB Tengku Razaleigh Hamzah, ahli parlimen Gua Musang perlu dilihat sebagai pendapat peribadi beliau semata-mata. Sebarang keputusan yang diambil berkenaan hak pembayaran royalti perlu dibuat berasaskan peruntukan undang-undang yang berkaitan serta perjanjian-perjanjian yang ditandatangani di antara Petronas dengan kerajaan-kerajaan negeri.

      YB Tengku Razaleigh Hamzah pernah menjelaskan bahawa kerajaan PASA Terengganu tidak boleh mempertikaikan kedududkan Wang Ehsan kerana wang disalurkan selama ini walaupun atas nama royaliti minyak, bukanlah hak negeri.

      Beliau juga menyatakan semasa Petronas ditubuhkan telah dinyatakan bahawa tiada sebuah negeri pun di Semenanjung berhak ke atas hasil minyak yang dijumpai di kawasan yang berada di luar "wilayah" mereka (Bernama - 1Novembe, 2000).

      Walaupun YB Tengku Razaleigh Hamzah telah mengubah pendiriannya pada masa ini, kedudukan undang-undang masih tidak berubah. Rakyat dan negara wajib menghormati undang-undang negara.

      8. Apakah Ketua Pembangkang maklum tentang kedudukan hak kerajaan-kerajaan negeri dalam hal ini?

      Berdasarkan kedudukan peruntukan perundangan yang sedia ada, Ketua Pembangkang sedar kerajaan negeri tidak ada hak terhadap apa-apa bayaran tunai atau royaliti berkaitan hasil petroleum yang diterokai di luar perairan wilayah negeri. Oleh keran itu, Ketua Pembangkang pernah cuba mengusulkan cadangan pindaan Akta kemajuan Petroleum 1974 di Parlimen pada Disember 2009 yang lalu.

      Dengan itu Ketua Pembangkang sendiri menyedari bahawa kerajaan negeri Kelantan tiada hak atas mana-mana telaga minyak atau gas yang berada dalam kawasan Persekutuan.

      Diterbitkan oleh: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Malaysia
      Sekarang kita pergi kepada hujah no 2 pada iklan tersebut dimana KERAjaan menyebut bahawa:
      2. Apakah kelayakan kerajaan-kerajaan negeri untuk mendapatkan bayaran tunai 5% seperti yang disebut dalam perjanjian antara Petronas dan kerajaan Negeri tahun 1975/1976?

      Telaga minyak atau gas mesti berada dalam sempadan negeri iaitu bumi negeri berkenaan serta perairan wilayah negeri iaitu sejauh 3 batu nautika yang diukur dari paras air surut (ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No.7 Tahun 1969).
      Seterusnya gua pergi pada tarikh 24hb. November, 2011:
      Najib bentang usul mansuh tiga proklamasi darurat.

      Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini membentangkan usul memansuhkan tiga Proklamasi Darurat pada persidangan Dewan Rakyat.

      1. Tiga proklamasi yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong itu adalah:Proklamasi Darurat 1966, Proklamasi Darurat 1969 dan Proklamasi Darurat 1977.
      2. Proklamasi Darurat 1969 dikeluarkan pada 15 Mei 1969 berikutan rusuhan kaum pada 13 Mei tahun itu.
      3. Proklamasi Darurat 1966 dan Proklamasi Darurat 1977 yang masing-masing dikeluarkan pada 14 September 1966 di Sarawak dan 8 Nov 1977 di Kelantan bertujuan menyelesaikan pertikaian politik yang berlaku di kedua-dua negeri berkenaan.
      Perdana Menteri, semasa membentangkan usul itu, berkata langkah memansuhkan proklamasi darurat itu dilakukan berikutan keadaan yang mengancam keselamatan dan ketenteraman awam pada masa proklamasi itu berkuatkuasa, tidak lagi wujud pada masa ini.

      Katanya, apa-apa ordinan yang dibuat di bawah Proklamasi Darurat berkenaan dan undang-undang yang dibuat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan semasa Proklamasi Darurat itu akan terhenti berkuatkuasa selepas tamat tempoh enam bulan dari tarikh Proklamasi Darurat itu dibatalkan.

      Beliau juga menyifatkan pembatalan perundangan itu sebagai penting lagi bersejarah, dan sama berani dengan langkah-langkah pemimpin terdahulu untuk mengisytiharkan darurat.
      "Pembatalan Proklamasi Darurat tersebut itu membuktikan bahawa kerajaan sentiasa bersedia untuk melakukan pembaharuan dalam undang-undang negara supaya selaras dengan kehendak semasa dan mengukuhkan lagi usaha kerajaan untuk memastikan negara ini sentiasa maju ke hadapan.

      "Tindakan ini juga diambil kerana kita percaya dengan kematangan rakyat Malaysia," katanya.

      Katanya, langkah pemansuhan proklamasi berkenaan ialah fasa kedua terhadap Program Transformasi Politik (PTP) seperti yang diumumkan sempena sambutan Hari Malaysia September lalu.

      Fasa pertama membabitkan pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 dan Akta Kediaman Terhad 1933.

      "Justeru, kerajaan akan membentangkan rang undang-undang yang perlu pada Mac tahun 2012," katanya.

      Dalam ucapannya, Perdana Menteri sempat membidas pembangkang yang sanggup menjanjikan apa sahaja bagi mendapatkan sokongan rakyat.

      "Ujian sebenar bagi sesebuah kerajaan adalah melakukan sesuatu apabila ia sedang berkuasa berbuat demikian. Lantas, jika masih belum membentuk kerajaan, maka kita dapati pihak tertentu boleh saja secara sembrono menjanjikan bulan, bintang mahupun cakerawala Bima Sakti.

      "Barangkali juga mereka mengatakan, 'cubalah dahulu', namun saya yakin dan saya pasti bahawa rakyat Malaysia tidak akan sekali-kali tega memperjudikan masa depan mereka secara melulu, sebaliknya akan terus memberikan kepercayaan mereka kepada barisan kita, yakni 'the tried and tested' (dicuba dan diuji)," katanya.
      Merujuk kepada perkembangan dan pengisytiharan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden UMNO & juga Presiden Barisan Nasional, gua amat-amat bersetuju dengan kenyataan dibawah:
      PM Perlu Isytihar Kelantan Berhak Dapat Royalti.

      Ahli parlimen PAS menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat satu perisytiharan bahawa Kelantan berhak mendapat bayaran royalti petroleum.

      Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) ketika membahaskan usul pembatalan Ordinan Darurat di Dewan Rakyat berkata, dengan pembatalan Ordinan Darurat 1969, bermakna sekatan royalti kepada Kelantan juga perlu dihentikan.

      Seksyen 4(2) Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969 menyebut negeri di dalam Malaysia mempunyai perairan wilayah hanya setakat tiga batu nautika (5.5 kilometer) diukur dari paras air surut.

      "Inilah hujah yang digunakan Datuk Seri Nazri Aziz sewaktu menggulung perbahasan kami dalam isu royalti bahawa Kelantan tak berhak mendapat royalti.

      "Jadi dengan pembatalan ordinan ini pada pagi tadi, jelas PM mesti kembali isytiharkan bahawa Kelantan berhak mendapat royalti," katanya pada sidang media selepas itu.

      Turut serta pada sidang media itu, Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena) dan Dr. Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor).

      Membuat desakan lanjut, Salahudin yang juga Naib Presiden PAS berkata, tidak ada guna pembatalan tersebut jika perkara-perkara yang diwartakan dibawahnya masih kekal dikuatkuasa.

      Pagi tadi Najib membentangkan usul membatalkan Proklamasi Darurat yang masih berkuat kuasa selepas lebih daripada 40 tahun ia digubal.

      Ianya adalah Perisytiharan Darurat 1966 di Sarawak, Perisytiharan Darurat 1969 di Persekutuan dan Perisytiharan darurat 1977 di Kelantan.

      Suruhanjaya siasatan

      Sementara itu, Dr. Dzulkefly menggesa satu suruhanjaya siasatan ditubuhkan bagi mengkaji semula kesan penggubalan ordinan darurat itu sejak 40 tahun lalu terhadap hak asasi manusia.

      Selain itu, beliau turut meminta kerajaan khususnya menteri di jabatan perdana menteri menyenaraikan ordinan yang digubal sepanjang tempoh darurat itu dikuatkuasakan.