ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Wednesday, 8 February 2012

Kisah royalti minyak


Kisah royalti minyak

Oleh: MSK
Masa Hasan Ali jadi PJ Pas Selangor dan EXCO dalam kerajaan Selangor, aku selalu kutuk dia. Aku kata dia menjadi liabiliti bagi PR Selangor. Tapi masa tu kebanyakan penyokong Pakatan kutuk aku balik. “Mana bukti?”..itulah yang selalu depa cakap.
Sejak Hasan Ali dipecat dari Pas..aku tak payah nak kutuk Hasan Ali dah. Setiap hari…ada saja blogger yang kutuk Hasan Ali. Tapi jangan la kutuk retorik saja…sediakan la bukti. Kalau nak bukti…aku ada simpan sikit-sikit. Tapi aku rasa bukti-bukti itu dah tak berguna lagi. Kalau nak tau…check balik Yayasan Dar Al Qard Al Hasan.
Masa Hasan Ali jadi EXCO, Khalid ibrahim memperuntukkan RM50 juta untuk membantu rakyat miskin di Selangor melalui Yayasan Qard al Hasan. Konsepnya macam Amanah Ikhtiar la. Bila dapat 50juta, Hasan Ali buat syarat…”hanya untuk rakyat luarbandar.” Bila hanya untuk rakyat luarbandar..kebanyakan orang PKR dan DAP tak boleh mohon sebab kebanyakan penyokong PKR dan DAP duduk dikawasan bandar. Orang PKR dan DAP marah la sebab hanya kawasan yang ditandingi Pas saja yang termasuk dalam kategori luarbandar.
Khalid keluar lagi RM20 juta dan diberikan kepada Rodziah Ismail untuk orang-orang miskin bandar. Roziah minta bantuan untuk merealisasikan projek ini yang dinamakan MIMBAR. Aku pun sama terlibat.
Semua kos untuk memulakan projek ini kami tanggung sendiri. habih la dekat RM50,000. Member sampai jual kereta nak tanggung projek ini. Tapi bila nak dilancarkan, projek tersebut kena hijack. bila semua dah siap..orang Rodziah ambil alih.  Dan dalam dua pertemuan terakhir dengan Roziah..Setiausahanya bagi tau aku..”you’re a liability to Pakatan Rakyat!!”  Sebabnya..aku tak mau cerita sekarang. Lain kali la…bila sampai masanya.
Aku jawab balik..” If we can put you up..we can also bring you down.” Kalau Rodziah bertanding sekali algi di batu Tiga, aku turun ke Batu Tiga dan pecah lubang. Bukan pasai aku anti-PKR..tapi sebab aku tak mau Rodziah menjadi liabiliti kepada Pakatan.
Cerita Hasan Ali dengan Roziah Ismail ni kemudian la..apa yang aku nak cerita ialah tentang apa yang ditulis oleh Raja Petra dalam Malaysia Today. Kalau hangpa dah baca dalam Malaysia Today..tak payah la baca seterusnya. Aku tulis pasai aku tau ramai orang Melayu tak baca Malaysia Today.
Aku cedok berita dari Malaysia Today supaya orang Pakatan berhati-hati bila buat sesuatu. Takut nanti kena balik. Zaman sekarang bukan cerita dari sebelah pihak saja..maklumat datang dari pelbagai sumber.
Dalam episod pertama, Raja Petra tulis tentang royalti minyak.
Sekarang ni…senang saja kita nak kutuk BN pasal tak bagi royalti minyak kat negeri-negeri. Tapi bila dibuka balik sejarah lama..rupa-rupanya..bukan Anwar saja yang patut dipersalahkan, Pas juga patut dipersalahkan.
Pakatan dan BN sekarang sama-sama bercakap tentang berapa royalti yang patut diberikan kepada negeri-negeri. Serupa saja. Sepatutnya, Pakatan dan BN bercakap tentang berapa royalti yang patut diambil dari negeri-negeri.
Minyak dan gas adalah milik negeri. Ini disebut dalam Perjanjian Malaysia dan sebelumnya Perjanjian Persekutuan. Dalam perjanjian tersebut, semua hasil bumi adalah milik negeri.
Walaupun beberapa perkara lain seperti pertahanan, keselamatan dan dasar luar adalah hak Persekutuan tetapi ugama dan hasil bumi sepatutunya menjadi milik negeri-negeri.
Air, balak, tanah, pasir, bahan galian semuanya milik negeri termasuk minyak dan gas. Ini yang dikatakan sumber alam. Oleh itu, ianya 100% milik negeri..bukan 5%, 20% ataupun 50%.
Sekarang ini, Umno mengelirukan kita. Mereka bercakap seolah-olah semua sumber alam kecuali minyak dan gas adalah milik negeri manakala minyak dan gas milik kerajaan persekutuan. Ini tak betul. Ini bercanggah dengan Perjanjian Malaysia. Tapi mengapa Pakatan pun cakap macam BN dan bercakap tentang berapa peratus yang hendak diberikan kepada negeri-negeri?
Minyak dikhabarkan dijumpai di Terengganu lama sebelum 1972, semasa Dato Nik Hassan bin Wan Abdul Rahman menjadi Menteri Besar Terengganu dan Tun Razak menjadi Perdana Menteri. Aku kata khabar angin sebab penemuan minyak tidak pernah diumumkan secara rasmi tetapi hanya dibisikkan dikalangan yang berkuasa.
Pasai apa nak sorok? Sebab kerajaan mahu mengetatkan beberapa skru yang longgar sebelum mengumumkan penemuan minyak tersebut. Mereka mahu memastikan minyak ini dipindahkan ke kerajaan Persekutuan. Kalau tidak, 100% daripada hasil minyak ini akan dapat ke negeri Terengganu.
Dalam masa yang sama, mereka menjual minyak kepada pembeli luar.Minyak dipindahkan dari pelantar minyak ke kapal ditengah-tengah laut dan diekspot. Hanya beberapa orang yang tahu…termasuk beberapa pegawai Petronas.
Lim Kit Siang mengetahui rahsia ini dan heboh la negara bila diberitahu minyak dicuri dari Terengganu. Ada pemberi maklumat didalam Petronas yang memberitahu beliau. Exxon berkomplot dengan Petronas untuk mencuri minyak Terengganu.
Tidak lama selepas itu, Menteri Besar berkonflik dengan Sultan dan dipaksa meletak jawatan. Dia juga diusir dari Terengganu dan tidak dibenarkan kembali ke Terengganu selagi Sultan masih hidup.
Saat yang paling genting dalam episod ini ialah apabila adik kepada Sultan menyerang pejabat Menteri Besar Terengganu dan mengacukan pistol kekepala Menteri Besar. Adik kepada Sultan Terengganu ini juga diusir ke Pahang dan hanya kembali ke Terengganu untuk menghadir pengkebumian Sultan Terengganu.
Sementara itu, Tun Razak merancang bagaimana untuk membawa PAS kedalam kerajaan Persekutuan. Pas perlu di neutralkan sekiranya kerajaan mahu merampas minyak Terengganu. Idea untuk menubuhkan Barisan Nasional diwujudkan dan semua parti termasuk PAS, PPP, Gerakan dijemput menyertai Barisan Nasional.
Pada tahun 1973, Barisan Nasional dilancarkan dan PAS menjadi sebahagian daripada kerajaan Persekutuan. Pada tahun 1974, Barisan Nasional yang baru ditubuhkan ini meluluskan Akta Pembangunan Petroleum dimana minyak dan gas dipindahkan daripada milik kerajaan negeri kepada kerajaan pusat..atau dengan lebih tepat lagi…Petronas.
Untuk mendiamkan negeri-negeri..mereka dibayar 5% royalti.
Kalau kerajaan Persekutuan mempunyai kuasa terhadap minyak dan gas..mengapa perlu meluluskan Akta Pembangunan Petroleum di Parlimen? Ambil saja la. Tapi mereka tak boleh ambil sebab minyak dan gas adalah milik negeri. Oleh itu mereka perlu meluluskan Akta Parlimen untuk menghalalkan pengambil alihan haram harta negeri
Memang la terdapat tentangan dalam hal ini..terutamanya dari Sabah. Tetapi tentangan ini dimatikan apabila semua yang menentang ini mati dalam kemalangan kapalterbang yang penuh misteri dan tidak dapat dijelaskan sehingga sekarang. Dengar ucapan Ku Li dibawah tentang macam mana pemimpin Sabahterbunuh dalam kemalangan kapalterbang.
Popout
Pakatan rakyat sepatutnya berhenti bercakap tentang berapa banyak royalti minyak yang patut diberikan kepada negeri-negeri. Ini cakap-cakap BN.
Pakatan sepatutnya cakap tentang berapa peratus yang kerajaan pusat nak ambil. 95% atau 80%? Bukan berapa peratus nak bagi.
Kalau kita nak ikut semangat Perjanjian Persekutuan, Pusat tak boleh ambil apa-apa. 100% adalah milik negeri-negeri. Apa yang Pusat boleh buat ialah dengan mengenakan cukai macam cukai minyak sawit dsbnya. Tak kisah la kalau cukai itu 35% atau 50%. Tapi ianya mestilah berdasarkan cukai keuntungan dari jualan.
Kita selalu bercakap tentang Rule of Law..bukan Rule by Law. Akta Pembangunan Petroleum adalah contoh Rule By Law. Mereka meluluskan undang-undang untuk menghalalkan sesuatu yang haram. …memiliknegarakan harta negeri-negeri.
Kita kena betulkan perkara ini. Yang betul tetap betul..yang salah tetap salah. Kerajaan Pusat mencuri harta negeri sejak 40 tahun lalu dan memberikan 5% daripada pendapatan yang sepatutnya dimiliki 100% oleh kerajaan negeri. Itu realitinya.
Lim Kit Siang tahu perkara ini. Dia adalah orang yang mendedahkannya lama sebelum rakyat tahu bahawa minyak digali di Terengganu. Dan Tun Saleh Abas dari Pas juga tahu perkara ini. Dia merupakan “arkitek” yang membuat deraf Akta Pembangunan Petroleum.
Jangan lagi bercakap tentang berapa nak bagi kat negeri. Kita kena cakap..berapa kita nak ambil dari negeri-negeri.
Esok cerita pasir kat Selangor.

Tuesday, 7 February 2012

Kesesatan Akidah Umno : Fahaman Kebangsaan dan Melayu Islam


ISNIN, 6 FEBRUARI 2012

Kesesatan Akidah Umno : Fahaman Kebangsaan dan Melayu Islam

Perasmi Kilang Arak Di Malaysia


Written by Nash Ar-Rawy   
Akidah Umno yang dipertahankan Najib adalah termaktub di dalam ‘By Law” parti itu ,iatu: demi untuk menegakkan kebangsaan : raja-raja dan  ugama  Islam diperalatkan untuk mencapai tujuan tersebut.

Jenama ‘MelayuIslam” digunapalkai sebagai umpan untuk memikat-ikat pengundi Melayu dengan mencantikkan assobiyyah Melayu atau Kebangsaan Melayu( Malay Nationalism) dengan ‘make up’ Islam dan dipropagandakan politik ‘MelayuIslam” ; yang mana islam dan raja hanyalah  alat kerakusan kebangsaan Melayu sahaja untuk memuaskan nafsu serakah politik ‘The end justifies the means” ; suatu bentuk kezaliman ; yang tiada mengambil kira sifir halal dan haram dosa , pahala, surga dan neraka.

Bukankah fahaman kebangsaan Melayu ( MelayuIslam) adalah akidah yang sesat lagi menyesatkan. Akidah kebangsan (Nationalisme) atau assobiyyah telah di haramkan dan dikuburkan oleh Rasulillahu 1.4000 tahun yang lalu . Mengapakah akidah yang sesat ini  dikorek kembali dari pusaranya dan  dihidupkan semula dan dijaja , diprojeksi dan dipropagndakan ajaran dan fahaman sekular yang sesat ini kepada  pengundi-pengundi Melayu .


Bukankah dalam hadis Rasulillahu menegaskan,: Barangsaiapa yang menegakkan kebangsaan dan mati kerna kebangsaan, matinya, mati jahiliyyhah.yakni. bukan sahaja jadi bodoh ; tetapi sesat dan hadis lain nabi tiada mengaku umat. Seluruh umat Islam hendaklah membuang Umno kerna menganut akidah sesat dan menyesatkan orang Melayu yang sudah Islam berpegang kepada Islam sebagai “ad-Deen” diubah kiblat oleh Umno kepada akidah baru ;iatiu  fahaman kebangsaan Melayu yang dihiasi dengan “MelayuIslam”  untuk menghalalkan perjuangan assobiyyah Melayu (Kebangsaan Melayu).


‘Indian muslims”, “Malay muslims”, “American muslims”, “Arabmuslims” ,”Chinese Muslims” adalah pengenalan rupa bangsa dan anutan agama  itu sahaja. Tiada bisa dijadikan bangsa sebagai asas perjuangan kerna Islam adalah ‘ rahmatan lil ;alameen”  Perjuangan bangsa bukan diajar Rasulillahu tetapi; ISLAM ISLAM bukan MelayuIslam sebagai perjuangan bahkan diharamkan sekali kerna melakukan kezaliman apabila meletakkan bangsa  iatiu ; MelayuIslam  bukan ISLAM ISLAM sebagai dasar atau akidah dan pegangan perjuangan.

Tidak salah orang Cina sayangkan Cina, Orang India sayangkan bangsa India hatta orang Melayu sayangkan kaumnya sendiri; keturunan Melayu . Maka apasalahya menganut akidah Umno ? seperti yang dipertahankan najib dan yang dipersoalkan TGNA?.


Sayangkan bangsa, kaum , kumpulan ethnik dan keturunan adalah fitrah semula jadi manusia yang  di jadikan Maha Penciptanya perbagaian kaum dan bangsa supaya manusia itu bisa kenal mengenal antara satu sama lain budaya dan bahasa yang berbeza. Ini kebijaksaan yang Maha Esa yang mencipa perbagai bangsa dan bahasa. Bukannya bisa mencipta satu bangsa dan satu bahasa sahaja di dunia ini.


Namun sistem dan akidah yang mahu digunapai manusia Islam oleh yang Empunya Global ialah ISLAM ISLAM bukannya  politik  ‘MelayuIslam”. Sayangkan bangsa tidak salah , tetapi menjadikan bangsa sebagai teras perjuangan itulah  ‘derailment” atau berlakunya kesesatan akidah Umno. Firmanullahu, “ Inna solati, wanusiki, wamahyaya wawamati lil lahi robbil ‘alameen” (Sesungguhnya, solat aku, ibadat aku, hidup ku dan mati ku adalah kerna Tuhan semesta alam).
Hanya ISLAM ISLAM yang bisa menyelamatkan Melayu dan bangsa lain ; kerna MelayuIslam : Melayu tipu Melayu (Kroni elit Umnoputra) dan Melayu bunuh Melayu( Memali) “ ISLAM ISLAM is the world future constitution “(Piagam Madinah) ; “ISLAM FOR ALL “ against  akidah baru “MelayuIslam” (Dunia Islam Ketawa)

Islam satu ‘complete set of life” tiada perlu di hiasi lagi dengan ‘make up’ atau kosmetik  yang berjenama palsu bukan ‘ORI” ( ISLAM ISLAM); tetapi akidah baru  seperti ‘MelayuIslam” atau yang sinonim dengannya hadhari Islam, sosialisme Islam, Nationalisme Islam, progresif Islam dan sebagainya yang merupakan antara fahaman sekular dunia, ajaran dan akidah sesat lagi mengesatkan.umat Islam di seluruh dunia.

‘Rumah Allahu” ( Ka’abah) di mekah itu , kepunyaan ArabIslam atau MelayuIslam . Tiada bangsa dan kaum di sini kerna ianya kepunyaan UMAT ISLAM seluruh dunia . Dunia ini diciptakan Yang Empunya Global untuk di warisi oleh orang-orang yang Soleh . Al –Qur’an tiada nyatakan untuk di warisi oleh :ParsiIslam , ArabIslam, TurkiIslam, Kurdish Islam atau MelayuIslam.

Tetapi , oleh orang Islam (mukmim) yang soleh dan paling bertakwa untuk menegakkan agama dan memerintah dunia dengannya .Yakni,  ISLAM ISLAM  bukannya dengan akidah dan perjuangan yang sesat seperti MelayuIslam atau ArabIslam. Orang Melayu jika mahu bersatu hendaklah tinggalkan perjuangan kebangsaan Melayu dan masuk Islam ; yakni, masuk perjuangan Gerakan Islam yang dipelupori PAS dan jangan tertipu dengan perangkap sesat assobiyyah yang di saluti Islam ;iaitu MelayuIslam.


Tinggalkanlah MelayuIslam dan MASUK ISLAM ISLAM secara keseluruhannya ( KAFFAH) bukannya ambil sebahagian dan tinggalkan sebahagian. Contohnya Islam Hadhari, Islam cabut lari ; Hudud disalahi ; diletakkan dikandang orang salah .






 Fahaman PLURALISME adalah jelas bertentangan dengan

Umno cuba melarikan fokus  orang Melayu yang cenderung kepada PAS/Pakatan supaya jangan mengundi PAS kerna Pas ada kerjasama politik dengan DAP. Sebaliknya sokonglah Umno yang memperjuangkan ‘MelayuIslam untuk keselamatan dan masa depan orang Melayu dan Islam.dan mengajak PAS bergabung semula dengan UBN; setelah dengan ego dan bongkaknya tendang PAS keluar magerankan Kelantan.Jangan biarkan anjing tersepit gigit lagi ; cukuplah!.

Inilah fahaman sesat nationalis dan perkauman Melayu Umno yang MENOLAK ISLAM ISLAM dan menerima kebangsaan “MelayuIslam”;satu akidah baru yang sesat lagi menyesatkan kerana Rasulilahu menolak dan ,mengharamkan ArabIslam dengan hujjah bahawa ; yang paling baik di antara kamu bukan kerna kamu orang Arab tetapi sipakah yang paling bertakwa di sisi Allahu.
Justeru itu, UBN hanya bisa hidup dengan isu perkauman yang dimainkan Umno, MCA dan MIC untuk menjadi juara kaum di dalam pilihanraya. Justeru kerna semua parti dalam UBN adalah parti perkauman yang bernaunsakan bangsa semata-mata.

Sedangkan massa sekarang sudah muak dengan retorik ‘MelayuIslam” jajaan Umno dan menolak gagasan perkauman UBN dan sudah mula memahami dan menerima konsep perjuangan yang universal yang tidak berasaskan kaum seperti PKR, DAP dan PAS . Apalagi PAS yang dasar perjuangannya dan akidahnya Islam yang mengenengahkan ‘ISLAM FOR ALL” dan  JUSTICE  FOR ALL”  tanpa mengira kaum dan agama: siapa saja yang susah berhak mendapat pertolongan Negara Berkebajikan yang dipersetujui semuan kaum dan agama.


Justeru itu ;Pas menolak kerjasama politik “MelayuIslam: Umno dan menerima kerjasama politik PAS DAP/PAKATAN  demi untuk menyelamatkan agama, bangsa dan negara daripada  kerosakan , kefasadan , kerakusan kezaliman ISA yang .dipaksakan ke atas massa.

Anologinya, adalah lebih afal seorang Cina yang soleh , warak dan bertakwa menjadi MB Kelantan umpamanya berbanding dengan  mendapatkan seorang PM MelayuIslam yang menyekat khazanah rakyat Kelantan yakni , Royalti.sedangkan royalti di Sabah dan Sarawak bisa dibayar.

Kelantan berjaya menjadi model NEGARA BERKEBAJIKAN SATU MALAYSIA. Dengan sistem pemerintahan Islam 19 tahun rekod tanpa koruspi dan hidup tanpa perkauman atau “MelayuIslam: tajaan Umno.Buang UBN berarti buang perkauman dan rasuah politik yang perlu dilakukan massa pada PRU 13 ini , insyaAllahu,  pusingan untuk PAKATAN.