ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Thursday, 19 April 2012

Pemimpin dgn hal peribadi...


PM, Ustaz, Raja & Presiden

PM, Ustaz, Raja & Presiden

PM pakai rantai....'Sotong Man' (klik) pakai gelang

Popout
Ustaz main gitar...

Popout
Raja hadiahkan rantai emas pada Presiden...

Satu jari menunjukkan kesalahan orang, 3 jari lgi menunjukan kelemahan diri sendiriPemimpin juga adalah manusia biasa macam kita juga. Setiap perbuatan yang mereka lakukan pasti ada motifnya. Kita tiada hak untuk mentafsirkannya seperti cerita seekor keldai, anak dan ayah (klik).

Tak kira sesiapalah termasuk pemimpin-pemimpin diatas, selagi mereka amanah dan tidak menyalahgunakan kuasa yang kita berikan pada mereka, pada saya 'kecik punya hal' atau boleh tutup sebelah mata.

Tapi...kalau bunuh/zalimi orang, tidak jujur dan rembat hak kita sebagai rakyat, saya tak akan beri muka. Maner bleh beb!

Wednesday, 18 April 2012

UMNO...dikuasai ORANG BODOH...

Tamrin Ghaffar, bila lagi nak tinggalkan Umno?





Menjelang perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 Aprilini, seorang tokoh di luar Pakatan Rakyat menyatakan sokongan terhadap usahauntuk melakukan transformasi pilihan raya.



Meskipunmengakui masih menjadi ahli Umno, namun Tamrin anak bekas Timbalan Perdana Menteri  Allahyarham Tun GafarBaba,dikatakan amat meluat dan jijik dengan gelagat Pimpinan UMNO hari ini.Mereka sanggup menggadai maruah Negara dengan memberi kad pengenalan kepadapendatang asing melalui cara berselindung, untuk menjadikan mereka pengundiharam tetapi disisi Umno. Tujuan Umno tiada lain,.. sudah tentu untuk membantu merekamenang dalam PRU akan datang.

Tamrin juga meluahkan rasa hati yang beliau sudah tidaksanggup lagi  melihat sistem pilihan rayadiperkotak-katik oleh Umno BN semata-mata untuk mengekalkan kuasa. Tahniahsaudara Tamrin! . Anda adalah satu diantara seribu ahli Umno yang mahu mengakukebenaran.Yang salah tetap salah di mata rakyat, yang benar tetap benar. Keadaanpemimpin Umno semakin  hari semakinteruk!. Mereka mengaku beragama Islam tetapi sudah menjadi macam orang tidakberagama !, tidak beriman !

 Inilah akibatnya kalau fahaman atau semangat Asabiyahterlalu diagong-agongkan. Bila agama diketepikan, maka hawa nafsu dan tamakhalobalah yang menguasai diri. Walhal dalam perlembagaan Umno sendiri pun TIDAKmenyatakan bahawa,.. hanya UMNO saja yang berhak memerintah,… dalam Quran jauhsekali.  Sepatutnya pemimpin Umno terimahakikat bahawa tidak ada yang kekal dibumi Allah ini.  Rakyat boleh berubah! Rakyat mahuberubah!  Pemerintah juga bolehberubbah!!

Akhirsekali kita sedang menunggu bila agaknya Tamrin nak tinggalkan Umno. BilaTamrin nak lari dari terus hidup dalam parti tong najis yang baunya teramat busuk itu..

Oleh: rahimothman

Yang pandai masuk PAS, samseng masuk Umno

Khairil Abdul Rahim,18 Apr 2012
TEMERLOH, 18 April: Trend terbaru golongan muda pada masa ini ialah yang pandai masuk PAS, yang cerdik masuk PKR, yang pintar masuk DAP dan yang samseng masuk Umno.



Bekas Timbalan Menteri Penerangan Datuk Fauzi Abdul Rahman (gambar) berkata, beliau bukan mereka-reka cerita tetapi mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed sendiri yang mengatakan Umno sudah berpuluh tahun tidak dimasuki orang pandai sebaliknya mereka memilih PAS.



“Dr Mahathir sendiri mengatakan Umno dah berpuluh-puluh tahun tak bagi orang pandai masuk, sebab itu kebanyakan doktor masuk PAS sehingga akhirnya menyukarkan Umno mencari calon sesuai bagi menentukan kemenangan pada pada pilihan raya.

“Dr Mahathir akui sejak zamannya Umno tidak memberi peluang kepada golongan cerdik pandai itu kerana keengganan ahli Umno di bahagian itu sendiri untuk menyokong calon seumpamanya.

“Habis sekarang ni siapa yang ada dalam Umno? Ikut kata-kata Dr Mahathir orang cerdik pandai tak masuk Umno. Yang pandai masuk PAS, yang cerdik masuk PKR dan pintar masuk DAP. Tapi yang samseng masuk Umno,” katanya.

Fauzi yang juga Ketua Perhubungan Keadilan Pahang berkata demikian ketika berceramah dalam majlis ‘Aku Bekas Umno’ (ABU) di Taman Bukit Chermin di sini anjuran PKR Cabang Temerloh.

Turut berucap bekas Ketua Penerangan Umno Pekan yang juga bekas Adun Pulau Manis Datuk Ariff Sabri, bloger dan pemimpin Umno Negeri Sembilan Aspan Alias serta bekas AJK Umno Temerloh Rosli Ismail.

Fauzi berkata, memang terdapat perbezaan yang ketara antara pimpinan Umno dulu dengan sekarang kerana pemimpin dulu sanggup berkorban tetapi pemimpin parti itu sekarang ini mengintai peluang sahaja untuk mengayakan diri masing-masing.

"Pemimpin Umno dulu tengok orang Melayu susah, dibuka tanah untuk beratus ribu rakyat dan lantik Felda uruskan. Tapi sekarang Umno bagi tanah untuk satu orang. Contohnya di Bukit tinggi (Bentong) seorang tauke dapat 36,000 ekar. Begitu juga di Gambang (Kuantan) beribu ekar diberi hanya kepada seorang tauke.

“Saya masih ingat pada tahun 1974 Menteri Besar ketika itu Abdul Aziz Ahmad, (Tanah dalam bandar Kuantan) Transit Kuarters dulu rizab Melayu tapi tapak itu sudah dijual kepada tauke Cina dari Singapura,” tegasnya.

Fauzi berkata, ada betulnya kenyataan Dr Mahathir yang mengatakan cerdik pandai tidak lagi masuk Umno sebab itulah jika diperhatikan pemimpin Umno dulu korban diri untuk kepentingan rakyat, tetapi pemimpin Umno sekarang korbankan rakyat untuk kepentingan diri.

“MB Pahang dulu tak masuk universiti tapi akal panjang dan amanah. Di buatnya kilang Aspa dan Mentiga kerana Pahang kaya dengan hutan balak. SEDC ditubuh bangunkan tanah Melayu ketika itu Aspa diberi 1.1 juta ekar tanah hutan balak tapi semua itu dah hilang.

“Kita boleh tengok tahun 1969 negeri Pahang ada simpanan tunai RM250 juta tetapi Pahang sekarang hutang pula RM2.3 bilion dan kena saman lagi RM63 juta oleh syarikat balak,” ujarnya.

Dalam pada itu Fauzi turut membangkitkan pada masa ini 2.5 juta pengundi dalam keadaan meragukan sehingga terdapat nama dalam Daftar Pemilih tetapi apabila disemak dalam JPN, tiada pemilik mykad.

“Jadi lepas ini anak cucu kita tak boleh tentukan masa depan tetapi pendatang asing.”

Sementara itu Ariff Sabri (gambar) yang berceramah sebelumnya mengatakan Umno pada masa ini mengamalkan kronisme sehingga menyusahkan rakyat. Sebagai bukti, harga beras dan gula menjadi tinggi apabila dimonopoli  kroni.

Beliau yang mendakwa rapat dengan Najib sebelum menyertai DAP, turut menyentuh kononnya Umno menganggap juara orang Melayu.

“Pemimpin Umno anggap parti itu bela Melayu? Melayu Umno saja. Tengok apa terjadi dengan Kelantan dan royalti negeri Terengganu sebelum ini yang tiba-tiba ditukar menjadi wang ehsan.

“Kita mahu orang Melayu sedar tentang perkara ini jangan selamanya ditipu oleh lidah rasmi Umno baik akhbar mahupun televisyen,” tegasnya.

Ariff berkata, orang-orang Melayu di tempat lain sedang mentertawakan Melayu negara ini kerana sudah 13 tahun rakyat dihidangkan dengan cerita-cerita lucah, khasnya menuduh Anwar walhal mahkamah telah membersihkan Anwar.

Aspan Alias yang mendakwa selama 42 tahun dalam Umno, menganggap masa sepanjang itu hanya membazirkan usia sahaja.

“Sehinggalah saya tak terdaya lagi dah nak mengikut ragam orang Umno baru. Umno khianat bangsa Melayu sendiri antaranya macam burung balang, hanya tahunya mengangguk saja.

“Tak boleh langsung berfikir di luar kotak dan tidak boleh terima kritikan. Saya dituduh pengkhianat, tapi Dr Mahathir yang matikan Umno pada tahun 1987 tubuhkan Umno baru tak dilabelkan apa-apa,” tambahnya.

Beliau yang turut menyertai DAP, mempersoalkan Umno yang cuba menjadi juara membela Islam demi untuk meraih undi Melayu.

“Guna duit RM250 juta dana lembu yang guna untuk tempat lain, adakah itu Islam? Guna duit kerajaan untuk bertunang anak adakah itu Islam?,” soalnya.



SIAPALAH PILIH BELIAU NI, SELEPAS KIBAR BENDERA BN DEKAT KERETA API BUAT PULA OPS' KIBAR DAN SANTAI ORANG MUDA, KAH KAH KAH !


Rasanya siapa yang memilih Datuk Seri Mohd Zin Mohamed menjadi Koordinator BN Selangor mempunyai otak dan pemikiran yang sama dengan beliau... ini kerana idea yang dikeluarkan langsung tiada menjurus kepada memberi manafaat kepada rakyat Negeri Selangor tapi lebih kepada menggarap idea lama orang kampong dulu-dulu yang melepak waktu malam disimpang jalan... kah kah kah !!!.

Sebelum ini beliau dikhabarkan mengarahkan bendera Barisan Nasional (BN) dikibarkan disemua komuter (KTM) namun beliau menafikan... tetapi tidak pula melarang ianya dipasang juga mengatakan pihak lain juga boleh memasang bendera kalau mahu... itu kata mulut beliau didepan wartawan... kalau percaya lu orang pasang lah... paling lama 12jam ianya berkibar lepas tu bayang bendera pun lu orang tak nampak beb.


Mungkin dalam usaha mendekati golongan muda membuat beliau mencari idea bagaimana nak menyaingi Pakatan Rakyat (PR) yang lebih kedepan dalam menagani masalah Orang Muda kususnya golongan Mahasiswa... membuatkan Pengerusi Koordinator BN Selangor ni macam cacing kepanasan dan terus melancarkan "Ops Kibar dan Santai Orang Muda" yang merupakan program berbentuk hiburan secara santai pada setiap hujung minggu.

Menurut beliau "buat permulaan program itu akan diadakan Jumaat depan di perkarangan Bangunan Umno Selangor di Seksyen 14 di sini... menerusi program itu belia yang berbakat akan diberi peluang untuk membuat persembahan setiap minggu sama ada dalam bentuk persembahan muzik, kebudayaan dan mendeklamasi sajak... program ini bertujuan menyedarkan golongan muda bahawa BN tidak pernah menyisihkan mereka, malahan sokongan mereka diperlukan bagi menjayakan matlamat menawan semula Selangor pada pilihan raya akan datang" katanya kepada pemberita ketika melancarkan program itu di Shah Alam, malam tadi.

Mungkin Umno Selangor sudah tiada Pemimpin yang boleh mengeluarkan idea dan pandangan yang boleh dibangakan... dan yang kasihannya ialah Datuk Seri Hj Najib yang melantik Datuk Seri Mohd Zin Mohamed ni sebagai Pengerusi Koordinator BN Selangor dengan mengenepikan Datuk Serui Noh Omar... mungkin dengan harapan ada suntikan idea baru dari Datuk Seri Mohd Zin Mohamed setelah melihat diri Beliau dan Timbalan beliau Datuk Serui Noh Omar bukan setakat gagal menambat hati orang muda... tapi turut tidak disukai golongan tak muda, kah kah kah !!!.


hemmmmm..... kalau setakat buat hiburan untuk mengambil hati orang muda... lu orang cakap dengan datuk seri mohd zain yang dia silap banyak beb... orang orang muda sekarang bukan macam zaman pra-sejarah dulu-dulu yang mana letak calon katak atau taik lembu pun umno/bn boleh menang.. kah kah kah... umno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee..... a b u.

Tuesday, 17 April 2012

Daun DEDALU..dikatakan DAUN RAMBUTAN?


Daun DEDALU..dikatakan DAUN RAMBUTAN?


Sejarah sebenar telah terSERLAH...ramai yang akan MATI sakit jantung...54 tahun pokok rambutan ditutup oleh DAUN DEDALU...British kata itulah DAUN RAMBUTAN...semua rakyat Tanah Melayu angguk kepala...Mat Sabu pulak jadi PENDERHAKA...lawak sejarah British bermula episod kedua pulak..ditaja oleh PEWARIS British...


by cikguzakaria

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada salah seorang pengunjung blog inni yang sudi mengemailkan petikan ucapan Muhammad Sabu dalam bentuk video. Sekali lagi berbanyak terima kasih saya ucapkan.



Setelah menerima email petikan ucapan yang penuh kontrovesi itu, saya terus mendengarnya beberapa kali. Berikut adalah apa yang dapat saya perkatakan mengenai isi ceramah yang telah disampaikan oleh Muhammad Sabu.

Intisari Ceramah

1. Pasukan polis yang mempertahankan Bukit Kepong adalah polis British;

2. Yang menyerang Bukit Kepong itu adalah pejuang kerajaan;

3. Mat Indera, ketua pasukan yang menyerang balai polis Bukit Keponng adalah orang Melayu;

4. Tok Janggut, sebelum beliau dihukum bunuh, British telah menghasut sultan Kelantan untuk mengisytiharkan Tok Janggut adalah penderhaka;

5. Pegawai British jadi pejuang kemerdekaan seperti Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman;

6. Siapa yang lawan British dikatakan pengganas dan jahat seperti Rasyid Maidin, Dr. Burhanuddin Al-Helmy ... ;

Pandangan Dan Ulasan Saya

1. Isttilah “polis British” yang digunakan kepada para anggota polis yang mempertahankan Bukit Kepong bagi saya tidak tepat. Kebanyakan mereka adalah polis yang berbangsa Melayu. Apa yang mereka pertahankan ialah Bukit Kepong, yang terletak di Tanah Melayu dan bukannya London atau mana-mana bahagian United Kingdom. Walaupun gaji para anggota berkenaan dibayar oleh British, tetapi sumber kewangan untuk membayar gaji mereka adalah sumber dari Tanah Melayu. Di sini, Muhammad Sabu ternyata telah tersalah faham mengenai istilah “polis British”.

2. Muhammad Sabu juga membuat kesilapan yang sangat besar bila mendakwa kononnya yang menyerang Bukit Kepong adalah pejuang kemerdekaan. Kita harus faham, tujuan utama serangan ke atas Bukit Kepong bukan untuk memerdekakan Tanah Melayu, sebaliknya ia lebih bertujuan untuk menubuhkan sebuah negara yang berideologikan komunisme. Memang benar di antara yang menyertai serangan ke atas bukit Kepong ialah Mat Indera, tetapi yang jelas di sini ialah pihak penyerang adalah komunis totok. 

Beberapa minggu sebelum peristiwa Bukit Kepong, pihak komunis telah membuat rancangan untuk menyerang balai polis Pagoh. Rancangan komunis tersebut telah dapat dihidu oleh pasukan keselamatan, lalu pasukan keselamatan telah membuat rancangan balas untuk menyerang komunis lebih dahulu. Rancangan pasukan keselamatan telah berjaya dilaksanakan dan dalam pertempuran tersebut hampir 30 pengganas komunis berjaya dibunuuh dan ditawan.

 Ekoran dari kekalahan itulah maka PKM telah membuat rancangan untuk menyerang sasaran pasukan keselamatan yang lemah dan terpencil. Balai polis Bukit Kepong merupakan antara sasaran PKM waktu itu. Adakah Muhammad Sabu mengetahui sejarah ini secara terperinci?

3. Mengenai Dato’ Onn pula, pihak British telah bekerjasama dengan beliau ketika beliau menjadi Yang Di-Pertua UMNO. Walau bagaimanapun, apabila Dato’ Onn meninggalkan UMNO dan menubuhkan parti politik yang lain, British tidak lagi beekerjasama dengan Dato’ Onn. 

Antara sebabnya ialah kerana parti politik yang ditubuhkan oleh Dato’ Onn tidak mendapat sokongan majoriti daripada penduduk Tanah Melayu. Kalau tidak silap, Dato’ Onn sendiri telah tewas dalam pilihanraya untuk Majlis Perundangan Persekutuan yang telah diadakan pada 27 Julai 1955.

 Sebaliknya UMNO yang kemudiannya telah dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman Putra telah mendapat sokongan besar daripada orang Melayu. Sebab itulah UMNO dan Perikatan telah diberi kepercayaan untuk berunding dengan pihak British mengenai kemerdekaan Tanah Melayu. Walaupun Dato’ Onn tidak lagi berada dalam UMNO, hubungan beliau dengan British tetap baik. Idea dan buah fikirannya tetap mendapat perhatian daripada UMNO, Perikatan mahupun British.

4. Dari satu segi, saya bersetuju dengan Muhammad Sabu iaitu siapa yang melawan British dianggap jahat dan pengganas khususnya oleh British sendiri. Tokoh-tokoh seperti Abu Bakar Al-Bakir atau Dr. Burhanuddin Al-Helmy dianggap jahat dan pengganas oleh British, walhal mereka bukanlah jahat dan penggnas sebagaimana yang didakwa. British melabelkan tokoh berkenaan sebagai pengganas untuk menghalalkan tindakan British yang menangkap dan memenjarakan tokoh berkenaan.

 Walau bagaimanapun, bukan semua tokoh yang menentang British tarafnya sama. Golongan seperti Rasyid Maidin, Mat Indera atau yang seumpama dengan mereka adalah penderhaka negara kerana berjuang atas landasan komunisme. Biarlah mereka yang tersalah pilih landasan untuk berjuang, jangan kita pula yang tersalah pilih tokoh untuk diagung-agungkan. Dalam hal ini, Muhammad Sabu kurang berhati-hati ketika menyaring dan menghalusi fakta sejarah untuk dijadikan modal dan bahan ketika berceramah.

Setelah menghalusi pelbagai kenyataan, dapatlah saya simpulkan, memang benar, kenyataan Muhammad Sabu boleh melukakan hati ramai orang. Muhammad Sabu telah membuka pintu yang seluas-luasnya terutamanya kepada musuh-musuh politiknya untuk membedil beliau semahu-mahunya. Kesilapan beliau ini sedikit sebanyak akan turut sama mengheret PAS kerana beliau adalah timbalan presidennya.

 Saya kurang bersetuju jika Muhammad Sabu sudah dilabelkan sebagai pengkhianat atau pengganas. Beliau baru di tahap membela pengganas dan belum lagi melakukan apa-apa keganasan. Bagi saya, apa yang boleh dilakukan oleh Muhammad Sabu buat masa ini ialah teliti semula ucapan beliau, kalau benar beliau telah tersalah, akui kesalahan yang telah dibuat. Jika perlu, mohonlah maaf secara terbuka. Barulah maruah dan kredibiliti beliau selaku pemimpin yang telah beliau calarkan sendiri akan dapat dipulihkan secara perlahan-lahan.

Terlajak perahu boleh diundur, kalau terlajak beri ceramah ....?

Saya sekadar mengutarakan pandangan semata-mata.
Salam dari Kuantan. 


by zergdukes@gmail.com (Isa)
Dah 54 tahun beb.... dah 54 tahun.... rakyat Malaysia diperbodohkan dengan sejarah umPORno... muakakakaaaaaa..... 
"Sepatutnya yang melawan British adalah Hero (Pejuang yang menentang penjajahan British), tetapi sejarah di Malaysia, yang melawan British adalah Penderhaka dan yang mempertahankan British adalah hero." - Mat Sabu (gua tambah dalam kurungan tu jer..)
hahaha.... bangangnya meLAYU...!!!!

Tengok filem Sarjan Hassan sudah laaaa.... P.Ramlee jadi Askar, boleh I... I... Sir dengan Pegawai Tentera British... hahaha... orang melayu diperbodohkan oleh British untuk menjadi askar bagi melawan Jepun.

British berperang dengan Jepun untuk menjajah Malaya, orang melayu pulak tolong British untuk menjajah Malaya, lepas tu bangga menjadi askar. Saban tahun bila menjelangnya konon tarikh kemerdekaan, apa lagi TV-TV pencacai pun memainkan dakyah kononnya pengorbanan perjuangan bekas2 askar yang terlibat memerangi Jepun dan Komunis... kah...kah...kah...

Lu orang pernah menonton tak..., dokumentari askar2 melayu berjuang menentang penjajah British....???

Gua tak pernah beb... lagipun mana ada dokumentari macam tuuuu... sampai mampuih pun keraaaa...jaan bee end takan buat punyeeaaaarrr... pasal terkena kat batang hidung sendiri yang diorang sebenarnya adalah talibarut dan barua british... muakakakaaaaa....

Bila british nak berambus balik negeri... diorang serah kuasa penjajahan pada umPORno, lengkap dengan segala bentuk perjanjian (MoU) dan itulah ianya Kitab Lord Reid yang digunapakai oleh umPORno untuk mentadbir Malaya (Malaysia)... kekal sampai la ni....

Weiiii... orang2 melayu sekalian... tolong laaaaa.... hentikan penjajahan British nih dalam PRU-13 nanti.... tolong... laaaaa....

p/s: Undang-Undang Darurat dah dibatalkan ke belum...???? Buat puak2 umPORno tolong bukak buku yeaaaa.... untuk mendapatkan jawapannya.... hahahaha.... bangang...!!!!


by Manjungmari
Salam Sejahtera...

Nampaknya Timbalan Presiden PAS telah dijadikan mangsa korban sempena hari raya puasa ni, walaupun hari Raya Korban masih jauh lagi, lebih kurang 2 bulan 10 hari lagi..

Mad Sabu mengikut perkiraan UMNO mesti dihapuskan, ia terlalu merbahaya untuk masa depan UMNO...

Maka anjing-anjing peliharaan UMNO yang masing-masing dah pun kekenyangan mula menyalak mengikut arahan tuannya untuk dari ekornya disentap oleh tuan-tuannya yang tidak berperikemanusiaan..



Kalau semalam UMNO menggunakan anjing baka Sarawak, pesara Renjer, tetapi hari ini UMNO menggunakan anjing terhebat pesara dari IGP yang paling pengecut..

Sedap betui sipengecut kata Mat Sabu pengganas, oii tolong sikit, bagi tau kat umum, apa definasi pengganas, dah berapa biji hotel kat Malaysia ni yang kena bakar angkara Mat Sabu, dah berapa ramai rakyat Malasyia yang dah kena culik dijadikan tebusan oleh Mat Sabu, habak mai sini,,,

Siapa yang sebenarnya penggnas, UMNO atau PAS, ingat lagi dak hangpa 2 orang Setiausaha Mahathir (2 Dollah) yang ditahan ISA kerana terlibat dengan komunis,,, Orang PAS belum pernah lagi kena tahan sedemikian, melainkan dituduh anggota KMM (Kumpulan Mujahidin Malaysia) itu pun sebab pergi berjihad melawan Komunis no 1 Russia di Afghanistan.

Mad Sabu Pengkianat - Apa rahsia negara yang dah Mat Sabu jual kepada negara, siapa lebih khianat PAS atau UMNO, bagaimana dengan Pulau Batu Putih, Stesyen Keretapi Bukit Cagar Singapura yang terlepas kepada Negara Singapura, tidak khianat kah itu, bila harta negara terlepas ke negara asing, begitu juga telaga minyak diperairan negara sengang-senang diberikan kepada Berunai, tidak khianat kah itu,,,,

Siapakah yang lebih khianat bila menjadi saksi utama bawa usung tilam ke mahkamah kes liwat 1 Anwar Ibrahim tahun 1998, hasil dari kerja-kerja terkutuk itu dapat menjawat pangkat no1 dalam polis,, tidak khianatkah itu dalam tugas sebagai anggota polis....

Wahai rakyat Malaysia, sepatutnya kenyataan Mat sabu itu diperbincangkan semula, silalah jemput tokoh-tokoh akedemik, pakar sejarah untuk menilai balik apa yang diperkatakan, bukan sekadar tengok TV cerita Bukit Kepong arahan Jin Shamsudin,, tak jadi,,, panggil itu , Prof Khoo Khay Kim, biar ia sahkan betul atau tidak,

Suruh Langkau anak Kanang, Musa Hassan yang menyalak, apa yang dia tau,, suruh ajar tabik hormat nak membodek boleh la....



SUNDAY, AUGUST 28, 2011


Video "Kontroversi" Mohamad Sabu: Antara Fakta Dan Auta




Inilah ucapan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu yang dikatakan 'menghina" pejuang negara oleh lidah syaitan Umno-APCO, Utusan Meloya.

Pejuang negara yang dimaksudkan adalah mereka yang bertugas dengan anjing penjajah British semasa Tanah Melayu kembali dikuasai oleh mereka setelah Jepun menyerah kalah akibat serangan bom atom di Hiroshima dan Nagasaki pada 6 dan 9 Ogos 1945.

Mereka terbunuh akibat serangan sekumpulan Komunis yang memperjuangkan kemerdekaan negara pada ketika itu dan diketuai oleh Muhammad Indera.

Sedikit fakta untuk dikongsi bersama.

Serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong telah berlaku pada 23 Februari 1950 iaitu tujuh tahun sebelum negara kita mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Harus diingat, keseluruhan anggota Polis yang diserang pada ketika itu adalah mereka yang berkhidmat atau melafazkan taat setia kepada British dan Queen Elizabeth, bukannya taat kepada Tanah Melayu dan Yang di-Pertuan Agong.

Jadi siapa sebenarnya yang mempertahankan Tanah Melayu dan Raja-Raja Melayu kalau bukan pejuang kemerdekaan yang dinafikan hak dari segi sejarah dan fakta?

Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman ATAU Muhammad Indera dan Abdullah CD??

Popout
by Manjungmari
Salam Sejahtera..

Baru-baru aku ada terbaca yang Najib ada mengumumkan satu pemberian khas buat bekas tentera yang sewaktu berkhidmat dianugerahkan pingat Seri Panglima gagah Berani yang berjumlah RM1000.00.

Berikutan dari pengumuman tersebut mamat dalam gambar dibawah di turut tersenarai.....

RIAK wajah dan aksi Kanang anak Langkau sebagai tanda amaran kepada Mohamad Sabu ketika ditemui di rumahnya di Kuching, Sarawak semalam.

Maka hari ini lihatlah riak wajahnya,,, seolah-olah rasanya ia masih lagi warrant officer agaknya,,, sudah-sudahlah bro,, lu joint army tahun 62, kes Serangan Bukit Kepong yang Mat Sabu ceritakan tu tahun 50,,,

Aku agak mamat ni telanjang bulat lagi waktu kejadian Bukit Kepong tu,, cawat pun tak pakai lagi,,, .... nak tahu sejarah sebenar kisah tersebut sila baca kat malapeta-31-ogos.

Kesian-kesian... dah tua-tua kena tipu dan diperbodoh oleh UMNO,,, berapa ringgit lagi lah dapat upah tu....


14:53 (7 hours ago)

Dato Seri Dr Rais Yatim,, apa sudah jadi ni....

by Manjungmari
Salam Sejahtera...

Apa cerita ni dengan kisah Menteri pakar bakar jambatan....


Baru-baru ini mahkamah dah istihar bapak menteri sudah menang perbicaraan, dapat hadiah lumayan jutaan ringgit pak... aduh pak... jadi orang kaya baru...

Dua tiga hari yang lalu,, bapak dengan seikhlas hati murni menyuruh para blogger meminta maaf sama memanda Perdana Menteri,,, aduh pak kenapa boleh jadi begini, sejak kapan perdana menteri menjadi seorang yang pemaaf....

Hari ini aku jadi bingung,,, hairan ya pak menteri,, kenapa ya,,, dunia sudah mau kiamat ya pak,,, berpusing-pusing jadinya... bapak menteri pulak yang disuruh meminta maaf,,, aduuuhh pak...klik . rais-mesti-minta-maaf-rtm-siar-berita-palsu-hasutan-mengenai-murtad


Add starLikeShareShare with noteEmailKeep unreadSend to
Add tags
    13:21 (9 hours ago)

    Lelaki ni kena tipu dengan artis RM1.3 juta...

    by Manjungmari
    Salam Sejahtera...

    Sekejap tadi sementara nak tunggu berita jam 1.00 NTV7, tukar channel tengok TV3 Melodi, perangai tingkah laku artis,, terkejut aku kerana artis-artis Malysia ni hebat-hebat belka, sama taraf dengan pemimpin UMNO, apa tidaknya.. ada artis yang dah kencing hamba Allah gambar di bawah ni...


    Member ni sekarang dah pokai, sebelum ni dia jadi ajen kutip duit kat kawan-kawannya pi bagi kat artis tu untuk melabur, nasib baik ada agreement lengkap,
    Yang mebuat lelaki tu hangat, artis tu sekarang siap boleh beli rumah dan sebagainya, tetapi duit yang dia labur tak mau nak bayar, no hp ditukar, bila call bininya yang jawab, kalau artis jawab, cerita hai lain..., report polis dah dibuat...

    Cuma yang aku mushkhil siapa artis tu, yang dia dok simpan siapa artis tu kenapa,, sekurang-kurang orang lain boleh tahu dan jangan tertipu,, aku sempat terdengar dari kawan lelaki tu merayu supaya artis tu bayar balik wang kawannya, janganlah dengan imej ulama, tetapi nak menipu... mak oii sapa artis ni....