ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Saturday, 21 May 2011

Projek MRT ...hutang terbesar dalam sejarah negara kita.

SUMBER : http://penpasksgb.blogspot.com/2011/05/laluan-eksklusif-bas-212km-dapat-dibina.html
KPRU

Baru-baru ini, Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU) mengambil tahu bahawa Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sejak Februari 2011 telah menganjurkan lebih daripada 30 sesi perundingan awam berkenaan dengan isu pembinaan MRT,<1> dan diikuti dengan acara pecah tanah pada 8 Julai 2011.<2>
Pelbagai cadangan dan pandangan kritikal telah dilontarkan oleh pelbagai pihak berhubung isu pengangkutan awam, khasnya projek MRT yang bakal dilaksanakan. KPRU tidak berhasrat membuat ulangan di sini. 

Sementara langkah-langkah seperti perundingan awam yang bersifat "konsultatif" tersebut merupakan satu perkembangan positif (terutamanya berbanding dengan pelaksanaan projek-projek sebelum itu seperti projek Star-LRT, Putra-LRT dan Monorail yang dilaksanakan dalam keadaan yang penuh dengan kerahsiaan dan keraguan). 

KPRU menganggap bahawa bentuk perundingan sebegitu masih jauh ketinggalan dalam penerapan dan penonjolan prinsip tadbir urus yang baik, malah lebih cenderung kepada "sesi pameran sebelum pembinaan".

Secara keseluruhan, aspek ketelusan dan perbelanjaan berhemat belum diberi penekanan cukup oleh SPAD bagi memastikan projek raksaksa tersebut dapat dilaksanakan secara rancak dan tanpa kemusykilan.

Mengikut Laporan Kajian CIMB, berasaskan kos RM353 juta sekilometer, kos pembinaan MRT akan mencecah RM53 bilion.<3> KPRU ingin menekankan bahawa RM53 bilion tersebut akan terjelma kepada beban hutang sebanyak RM14,096 oleh setiap pembayar cukai.<4> 

Projek MRT bukan sahaja merupakan projek terbesar dalam sejarah Malaysia, malah jika tidak diuruskan secara berhati-hati, projek tersebut berkemungkinan menjadi hutang terbesar dalam sejarah negara kita.

Kerajaan sehingga hari ini masih belum menjelaskan mengapakah projek ini tidak dianugerahkan melalui proses bidaan terbuka yang profesional. 

Perkembangan terbaru, kontrak Penilaian Kejuruteraan Bebas (Independent Check Engineer, ICE) telah dianugerahkan kepada konsortium yang bernama HSS Integrated Sdn. Bhd. (HSSI) secara rundingan terus yang dikatakan penuh dengan "tipu muslihat dan komplot".<5>

Pengajaran pahit projek pembinaan, penswastaan dan nasionalisasi semula LRT yang berlangsung sedekad lalu telah menunjukkan bahawa kos pembinaan akan melambung tinggi apabila projek dijalankan tanpa unsur ketelusan dan kebertanggungjawaban. 

Kajian Jeff Tan (2008) menunjukkan bahawa tanpa proses bidaan terbuka, Projek monorail di Malaysia melihatkan kelebihan kos sebanyak 8% hingga 53% jika dibandingkan dengan negara jiran, seperti yang ditunjukkan di bawah:

ProjekKos/km (AS$)Kelebihan(%)
KL Monorial37.1-
LRT Singapura15.9-24.253%
Manila34.38%

(Sumber: Privatization in Malaysia: Regulation, rent-seeking and policy failure, Jeff Tan, 2008)


Sementera itu, kos pembinaan Projek Putra-LRT di Kuala Lumpur adalah 10% lebih tinggi daripada Projek MRT Singapura, iaitu AS$39.5 juta berbanding dengan AS$36 juta sekilometer. 

Pada halnya, bahagian jajaran terowong Putra-LRT hanya sekadar 15%, berbanding dengan MRT Singapura yang mempunyai 28% jajaran bawah tanah.<6>
Satu lagi perbandingan melibatkan projek Marina Downtown Circle Line di Singapura.<7> Berbanding dengan Projek MRT KL/Lembah Klang yang menelan kos sebanyak AS$288.3 juta sekilometer atau RM873.7 juta sekilometer, jajaran projek Downtown tersebut yang berada sepenuhnya di bawah tanah dan tanpa pemandu hanya 16% lebih mahal daripada MRT, iaitu sebanyak AS$333.8 juta sekilometer atau RM1.01 bilion sekilometer. 

Perbandingan ini tidak mengambil kira faktor gaji, bahan binaan dan harga tanah di Singapura yang jauh lebih tinggi daripada Malaysia.

Maka jika pengiraan konservatif digunapakai, KPRU mendapati bahawa proses bidaan yang telus dan professional akan dapat menjimatkan sekurang-kurangnya 8% daripada RM53 bilion kos pembinaan MRT, iaitu lebih kurang RM4.24 bilion.

Adakah RM4.24 bilion itu suatu angka yang besar? Untuk tujuan perbandingan, ingin dibangkitkan di sini laungan sebuah badan bukan kerajaan bernama TRANSIT supaya diwujudkan Sistem Transit Rapid Bas (BRT), iaitu peningkatan tahap perkhidmatan bas supaya setaraf dengan rel melalui perwujudan laluan eksklusif serta pengubahsuaian infrastruktur jalan, jadual dan kenderaan. 

Berbanding dengan MRT yang menelan kos hampir RM900 juta sekilometer, kos pembinaan BRT adalah hanya lebih kurang RM20 juta sekilometer sahaja.<8>

Oleh itu, penjimatan sebanyak RM4.24 bilion tersebut jika digunakan untuk melengkapkan sistem pengangkutan awam di sekitar Lembah Klang dengan BRT, kita akan dapat membina jajaran BRT sepanjang 212 km, iaitu 4 kali lebih panjang daripada jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang.<9>

KPRU ingin membuat dua penekanan di sini, iaitu:

1. Perbelanjaan berhemat adalah perkara yang penting sekali untuk mengelakkan ketirisan dan kebocoran, terutamanya dalam pengurusan projek besar seperti MRT.

2. MRT bukan satu-satu penyelesaian kepada kemelut sistem pengangkutan awam sekarang. Integrasi dan penambahan model pengangkutan awam lain di bawah satu dasar pengangkutan yang holistik dan mampan adalah jauh lebih penting.


Mengapakah kerajaan tidak mengamalkan perbelanjaan berhemat? Mengapakah bidaan terbuka tidak digunapakai? Mengapakah kerajaan tidak menaiktarafkan model pengangkutan awam lain seperti BRT mulai sekarang? 

Dengan persoalan-persoalan tersebut yang tidak terjawab, terbukti kerajaan gagal memenuhi kedua-dua kriteria di atas. Yang pertama berkaitan dengan kepentingan pihak tertentu, dan yang kedua memerlukan usaha dan pihak pengurusan pengangkutan awam yang profesional.

Kerajaan sanggup membiarkan ketirisan sekurang-kurangnya RM4.24 bilion dibazirkan begitu sahaja, tetapi tidak berupaya mencari penyelesaian kos rendah lain kepada isu pengangkutan awam yang telah membelenggu rakyat Malaysia selama lebih 20 tahun ini. 

Apa yang lebih diutamakan adalah pembinaan infrastruktur raksaksa dan projek mega, seumpama apa yang dilakukan dahulu. Bukankah daripada kes ini, jelas bahawa kerajaan tidak mempunyai keazaman politik untuk mengatasi masalah naungan politik dan rent-seeking?

Akhir kata, KPRU bukan berbicara mengenai soal bidaan terbuka secara membuta tuli tanpa mengambil kira aspek pemindahan teknologi, pendedahan dan pembangunan kapasiti syarikat tempatan. 

Apa yang membimbangkan KPRU dan rakyat adalah ketidaktelusan dan rundingan belakang pintu yang akhirnya memanfaatkan segelintir elit atasan, tetapi merugikan seluruh rakyat, para pembayar cukai mahupun pengusaha-pengusaha tempatan.

Dengan dasar pelaksanaan dan ketetapan kriteria yang tepat, projek ini mungkin menjadi pemangkin untuk meningkatkan daya saing dan kemampuan syarikat tempatan. 

Namun, tanpa dasar pengangkutan awam secara keseluruhan dan perancangan mampan, projek MRT tidak dapat menyelesaikan masalah pengangkutan awam yang menghantui Klang Valley sekian lama khususnya semenjak pengenalan projek kereta nasional!

<4>http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0501&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_23.htm
<6> Privatization in Malaysia: Regulation, rent-seeking and policy failure, Jeff Tan, 2008, m.s 118
*Kajian Politik untuk Perubahan (KPRU – Political Studies for Change) merupakan sebuah pusat kajian yang baru dan kritikal. KPRU ditubuhkan pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada warga Malaysia melalui kajian dan sesi dialog.
KPRU memberikan fokus kepada kajian terhadap bidang ekonomi politik dan sektor strategik yang dapat membawa impak jangka masa panjang kepada masyarakat. Dengan penerapan idea baru dan interaksi dengan pelbagai pihak berkepentingan, kajian KPRU diyakini akan membawa pemikiran dan wacana segar untuk menghadapi cabaran negara dalam dekad yang akan datang.

Wednesday, 18 May 2011

KRONI diUTAMAkan...rakyat di TIPU tipuKAN..


"Harga kentang, bawang dan lada kering yang kita import naik, harga gula juga naik dan kita tidak jadi negara pembekal gula, tetapi kerajaan bagi subsidi yang membolehkan kita membayar bukan pada harga sebenar," katanya MUHYIDIN YASIN.


TAPI DEPA LUPA SUPAYA DIJADIKAN NEGARA MALAYSIA NI NEGARA PENGELUAR GULA, GARAM KENTANG UBIKAYU JAGUNG BERAS DAN BERBAGAI2 LAGI BARANGAN MAKANAN LAIN, CUBA DEPA BN KAJI BETUL2 NEGARA NI DAH 50TAHUN LEBIH MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA... JADI TIDAK LAYAK KAH KITA MENJADI NEGARA PENGELUAR BAHAN MENTAH YANG SANGAT POPULAR DI RANTAU ASIA.

OLEH KERANA DEPA BN ..SUDAH SELESA DUDUK DIATAS KERUSI EMPUK ..JADI MEREKA LUPA BAHAWA TANAH MELAYU NI BESAR.. BOLEH BUAT LADANG TEBU, LADANG UBIKAYU, dan SEGALA LADANG. TAPI KERE-JAAN UMNO TELAH MENGHABISKAN DUIT.. WAKTU TIBA NAK PILIHANRAYA, MERASUAH RAKYAT SUPAYA MENGUNDI UMNO.. AGAR UMNO TERUS BERKUASA MENJAJAH DAN MENJARAH KERINGAT BANGSA MELAYU DAN BANGSA MALAYSIA YANG LAIN.

AKU BUKAN ORANG BAIK KALAU AKU MENULIS BENDA JAHANAM MACAM NI... ORANG UMNO KENA TAU BAHAWA KENAPA DULU PORTUGIS, BELANDA, ARAB CINA INDIA DATANG KE TANAH MELAYU DAN MAHU MEMERINTAH NEGARA INI..???

KERANA TANAH MELAYU ADALAH NEGARA PENGELUAR BAHAN MENTAH. TANAH MELAYU DIKENALI JUGA SEBAGAI SEMENANJUNG EMAS OLEH TAMADDUN INDIA PURBA. SEMENANJUNG TANAH MELAYU MENYAMBUT PEDAGANG DAN PENGHUNI DARI INDIA DAN CINA SEAWAL ABAD PERTAMA MASIHI LAGI.

JADI SILA BUKA MINDA KITA... PEMIMPIN MELAYU LAKNAT..YANG SENTIASA MAHU MEMASTIKAN AGAR ORANG MELAYU BUKAN BN UMNO..TERUS MENJADI HAMBA KEPADA PEMIMPIN LAKNAT.. PERGI JAHANAM....

YA ALLAH ENGKAU HAPUSKANLAH PEMIMPIN MELAYU YANG MEMPERHAMBAKAN DAN MEROMPAK BAHAGIAN KAMI.. YANG TIDAK KAMI REDHOI.


Nukilan: NikbinJidan

Tragedi 13 Mei 1969..Pengajarannya.

SUMBER : http://mokhtarpetah.blogspot.com/2011/05/mengenang-masa-silam_18.html

PENGAJARAN UNTUK HIDUP


Tragedi 13 Mei 1969 yang telah memakan banyak kurban manusia di kawasan Kampung Baru dan Chow Kit, Kuala Lumpur telah menjadi catatan hitam dalam sejarah Malaysia. Tragedi itu dapat menjadi satu ’batu bersurat pengajaran’ kepda rakyat Melayu yang terdiri dari berbagai-bagai ketgurunan ini.

Kira-kira dua bulan sebelum tragedi itu berlaku, aku telah menghadiri satu perjumpaan yang telah diadakan oleh Parti Progresif Rakyat (PPR) Malaysia (PPP) pada satu malam, di sebuah bangunan dalam Bandar Ipoh. Pada malam itu tidak ada wartawan yang dijemput hadir dan perjumpaan itu tertutup kepada media.

Walaupun aku seorang wartawan, tetapi kerana aku bersahabat dengan beberapa orang tokoh penting dalam parti itu, di antaranya S.P.Seenivasaga (presiden), D.R. Seenivasagam (setiausaha agung) dan anggota-anggota, Shamsuddin Harun, Kong Kok Yat dan P.Patto, maka telah dijemput hadir. Mereka telah meminta aku tidak membocorkan segala sesuatu dalam perjumpaan itu kepada akhbar.

SENTIMEN POLITIK

Pada malam itu beberapa orang anggota PPR yang terdiri dari bukan Melayu, telah berucap dengan penuh sentimen politik dan perkauman. Mereka telah mengungkit perkara-perkara yang sensitif pada orang Melayu, seperti berikut:

• Hak istimewa bangsa Melayu sebagai ketuanan negara ini.
• Kedaulatan Raja-Raja Melayu.
• Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi.
• Agama Islam menjadi agama rasmi negara.

Selain dari itu ada di antara yang berucap itu telah menghina orang Melayu dan mencaci agama Islam. Aku melihat beberapa orang Melayu yang menganggotai parti itu senyum kelat mendengar ucapan rakan-rakan mereka.

Aku yang menjadi tetamu mereka, telah didesak oleh perasaan khuatir sesuatu kemungkinan akan berlaku kemudiannya, kerana bangkitan mereka itu boleh menimbulkan kemarahan orang Melayu dan akan berlaku kejadian-kejadian yang tidak diingini.

MENENTANG KERAJAAN

Beberapa hari kemudian beberapa orang bukan Melayu dalam parti-parti pembangkang di Kuala Lumpur telah menggunakan perkara yang sensitif seperti diatas sebagai isu- isu menyanggah dan menentang kerajaan.

Pada malam sebelum berlaku 12 Mei 1969, aku berada dalam bandar Ipoh, iaitu setelah menunaikan sembahyang di surau polis Pekan Baru. Satu perarakan yang dianjurkan oleh PPP kerana menyambut kemenangan calon-calon parti itu yang yang telah menang dalam pilihanraya.

Lebih lima ratus orang-orang bukan Melayu telah menaiki lori-lori dan barakdi jalan raya di hadapan kediaman Menteri Besar Perak. Mereka telah melaungkan kata-kata kesat kepada pemimpin kerajaan negeri itu. 

Pada 13 Mei, seorang rakanku di Kuala Lumpur telah menelefon aku dan memberitahu, bahawa dia dan rakan-rakannya akan berjuang habis-habisan kerana orang-orang bukan Melayu telah menghina bangsa Melayu dan mempertikaikan kesucian agama Islam. 

Walaupun tragedi yang telah berlaku di Kuala Lumpur tidak merebak ke Ipoh dan di seluruh negara, tetapi pada umumnya orang-orang Melayu telah memandang sebelah mata kepada orang-orang keturunan lain akibat daripada mereka memainkan isu mengungkit ’bangsa Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam’. 
****
Pada bulan Mei 1973, Raja Perempuan Negeri Pahang – Sultanah -, Raja Hajah Fatimah binti Almarhun Sultan Alang Iskandar Shah – kakak kepada Sultan Idris Shah dan ibunda kepada Sultan Ahmad Shah - , telah tinggal sementara bersama beberapa orang kakitangan Istana Sultan Pahang, di bilik vip Rumah Rehat, di Bukit Kerajaan, Kuala Kangsar.

Raja Perempuan Hajah Fatimah sedang dirundung duka kerana telah bermadu dengan bekas bintang filem terkenal, Maria Menado.

Aku mula berkenalan dengan Raja Perempuan Hajah Fatimah di kediaman Raja Perempuan Kalthum, ibunda kepada Sultan Idris, di Lembah Bukit Chandan. 

RAJA PEREMPUAN

Pada satu petang dalam bulan Mei, pemandu kereta Raja Perempuan Hajah Fatiman, Paka Awang, telah datang menemuiku di sebuah restoran dalam Bandar Kuala Kangsar. Dia meminta aku datang ke Rumah Rehat kerana Baginda hendak berjumpa denganku.

Sebaik-baik sahaja aku tiba di bilik vip Rumah Rehat itu, aku dijamu oleh Baginda dengan kuih muih Melayu dan minuman dari restoran yang telah dihidang oleh pelayan Rumah Rehat itu. Turut serta dalam bilik vip, ialah dua orang adik saudara Baginda, iaitu Raja Rafeah dan dan Raja Intan Suraya. 

Baginda telah meminta aku menolongnya, iaitu menjampi atau berdoa, supaya suaminya, Sultan Pahang sayang kepadanya dan meninggalkan madunya. Seperti kebanyakan wanita-wanita lain, Raja Perempuan tidak sanggup bermadu lagi.

MEMUJI MEREKA

Aku telah berkatakan kepada Baginda, ”....Tuanku, buat apa Tuanku susah hati, ...runsing, Baginda Sultan tetap sayang kepada Tuanku, ...lagi pun Tuanku lebih cantik dari madu Tuanku.”

Aku telah berkata begitu, kerana aku percaya; semua orang perempuan amat suka, kalau memuji mereka cantik atau jelita dan mereka tidak marah kalau mengatakan mereka tidak pandai. Manakala semua lelaki akan rasa bangga kalau dipuji mereka pandai atau bijak dan tidak marah kalau mereka tidak cantik.

Sebaik-baik sahaja Baginda mendengar pujianku itu, Baginda ketawa. Raja Rafeah dan Raja Intan Suraya turut ketawa.

SUSAH HATI

Aku telah meminta satu jar air sejuk daripada Raja Rafeah. Setelah Raja Rafeah mengambil air dan meletakkannya atas meja di hadapanku, aku telah memberitahu kepada Baginda supaya Baginda meminum air jampi itu selama tiga malam, sedikit dari air itu dicampurkan dengan air untuk mandi dan mandi selama tiga pagi berturut-turut.

“...mudah-mudahan Baginda bertambah kasih sayangnya kepada Tuanku, insya Allah Tuanku tidak resah, gelisah dan susah hati lagi,” aku berkata kepada Baginda Raja Hajah Fatimah.

Pada waktu itu tiga wanita bergelar raja itu amat yakin akan kata-kata aku itu dan dengan hati yang ikhlas mereka bergantung harap kepada Allah. Sesungguhnya aku bukanlah seorang bomoh, tetapi aku hanya seorang hamba Allah yang tidak berhenti-henti merayu dan memohon kepada-Nya. Air yang aku telah berikan kepda Raja Perempuan Hajah Fatimah itu setelah aku membaca beristighfar dan memohon kepada Allah, iaitu:

“Istaghafirul Lahal Azzim, al lazi lailaha illa hual Hayyul Qayyum wa atubu ilaih”.

Aku telah berdoa dalam bahasa Arab (tidak bersuara), iaitu doa yang berlainan dari yang dihajatkan oleh Baginda.Iaitu: 

“Ya Allah, dengan iradat dan Qudrat-Mu, Kaujadikanlah hati Raja Fatimah ini, hati perempuan yang sabar, taatkan suaminya, sayangkan suaminya, sayangkan madunya”. 

Aku telah membaca ayat Quran:

” Ya ayuhal lazina amanu isbiru wa sobiru wa rabittu wat taqul-laha la’allakum tuflihun” 

(Hai orang-orang yang beriman, sabarlah dan cukupkanlah kesabaran, dan perteguhkanlah kekuatanmu dan patuhlah kepda Tuhanmu, supaya kamu menjadi beruntung.)

Aku telah mengakhiri bacaan dengan selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w.:

”Allahumma Solli ala Muhammad”.

Aku telah mengulangi membaca sebanyak tujuh kali. Tiap-tiap kali habis membaca, aku telah hembuskan ke permukaan air dalam jar itu.

PAWANG RAJA

Beberapa hari kemudian aku telah memberitahu kisah aku menajdi bomoh Raja Perempuan Pahang itu kepada Pawang Raja, bapa tiri Sultan Idris Shah, Tengku Adlan bin Tengku Adil. Dia telah ketawa sehingga berbahak-bahak.

“Mana ada raja perempuan, Sultanah, permaisuri dalam dunia ni tak bermadu, Encik Mokhtar...,”katanya.

Beberapa hari kemudian, aku mendapati Raja Perempuan Hajah Fatimah tidak lagi marah-marahakan madunya. Baginda tidak bersedih dan gelisah. Pendeknya Baginda telah berubah menjadi seorang perempuan yang tenang dan sabar.

Pada tahun yang sama juga, iaitu pada hujung bulan Ogos, Bandar Diraja Kuala Kangsar telah ditenggelami banjir besar dari Sungai Perak. Rumahku dan rumah-rumah lain di Kampung Kolam turut tenggelam hampir kebumbung. Semua kertas pelajaranku pada masa aku mengikuti kursus sains politik di bawah Jabatan Presiden Soekarno dan pihak Universiti Indonesia serta gambar Presiden itu telah musnah. Lebih 20 helai kertas tulisan tangan Presiden Soekarno turut musnah. 

Sepanjang masa banjir itu aku sering mengikuti Sultan Idris Shah melawat ke kawasan-kawasan banjir di sepanjang Sungai Perak dari Hulu Perak ke Kuala Perak atau Bagan Datok. Selain dari menaiki motorbot kami telah menaiki helikopter Tentera Udara Malaysia (TUDM) untuk meninjau dari udara akan sekitar kawasan banjir. Kami telah mendarat di beberapa kawasan penempatan mangsa-mangsa banjir.

Setiap kali aku berada bersama Sultan Idris dalam helikopter Nuri, di udara, aku terasa diri aku berada dipinggir kematian. Aku khuatir helikopter itu menjunam ke bumi kerana Baginda suka memetik punat-punat pada bahagian oprasi dan pengendalian enjin helikopter itu. Pilot helikopter itu membiarkan sahaja perbuatan Sultan Idris Shah itu. 

Sultan Idris Shah tidak boleh melihat benda yang berjentera atau elektronik; asal jumpa sahaja benda-benda berjentera atau elektronik Baginda tidak senang hati kalau tidak mencuba, memulas, memetik dan sebagainya. 

Baginda pernah memandu kereta, jentolak, traktor, jentolak, jentera penggilas batu jalan, gokat, motorbot dan kapal laut (kapal kecil). 
(Disunting dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, oleh: Mokhtar Petah)

Sunday, 15 May 2011

BERSEDIA JIKA HARGA MINYAK NAIK :ISMAIL SABRI.



GEROMBOLAN TIPU RAKYAT






RAKYAT DIMINTA BERSEDIA JIKA HARGA MINYAK NAIK :ISMAIL SABRI – meloya

PUTRAJAYA 15 Mei – Rakyat diminta bersedia untuk menerima kenaikan harga petrol dan minyak yang dijangka berlaku dalam tempoh terdekat.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah tersebut terpaksa dilakukan memandangkan kerajaan menanggung beban subsidi yang tinggi ekoran kenaikan harga minyak mentah di pasaran.

Katanya, jika langkah itu tidak diambil, kerajaan akan mengalami defisit yang lebih tinggi pada masa akan datang.

"Hingga sekarang trend dunia tidak nampak langsung tanda-tanda minyak mentah akan turun tetapi ia terus kekal dan terus naik,” katanya.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit..BERSEDIA MACAM MANA?.... kah kah kah..

kah kah kah… BERSEDIA PAKAI SELUAR DALAM KE?.... kah kah kah..

kah kah kah… BERSEDIA JALAN KAKI KE?.... kah kah kah…

kah kah kah… BERSEDIA PINDAH KE DENMARK KE?.... kah kah kah...

woit… BERSEDIA APA?.... kah kah kah

woit… MACAM MACAM CARA DIBUAT NAK MENIPU MAK CIK FELDA…. kah kah kah..

woit… KENAPA NAK KURANG KAN SUBSIDI?.... kah kah kah..

kah kah kah…KENAPA NAK BAGI RAKYAT SUSAH… kah kah kah….

kah kah kah… NANTI ADA PULAK CUKAI GASAK SAMPAI TERBURAI… kah kah kah..

woit… PASAL APA BAGI RAKYAT MARAH…. kah kah kah..

kah kah kah…. KENAPA TAK BAGI RAKYAT SENANG HATI…. kah kah kah..

kah kah kah… GEROMBOLAN AMAT SUKA BILA RAKYAT SUSAH DAN MARAH… kah kah kah..

kah kah kah…BILA RAKYAT SUSAH DAN MARAH ….GEROMBOLAN TERUS BERKUASA…. kah kah kah..

kah kah kah…GEROMBOLAN AKAN TUDUH CHINA DAN KRISTIAN SENGAJA BUAT ORANG MELAYU SUSAH…. kah kah kah..

nota:
perhatikan:
akan banyak keluar berita tangkapan
minyak malaysia di seludup keluar
ini cara untuk mengolah persetujuan rakyat
untuk menerima subsidi yang akan ditarik

tak caya sila tunggu dan lihat

yang peliknya
towkay kaya diberi subsidi
orang kampong diberi makan lidi
kah kah kah
kah kah kah

Najib-Dengki-Kemakmuran-Selangor.


DETIK DAILY

DATO' Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri tidak 'cocok' menggunakan frasa `senjata' di hadapan rakyat untuk merampas Selangor. Ikuti pandangan Pesuruhjaya PAS Selangor yang juga Exco Kanan kerajaan negeri, DATO' DR HASAN MOHD ALI ketika diwawancara wartawan SAIDAH HAIRAN, di Tingkat 2, bangunan SUK, Shah Alam baru-baru ini.
HARAKAH: Dato', bagaimana politik orang Melayu di Selangor, bolehkah membuat perubahan setelah dipimpin oleh Pakatan Rakyat?
DR HASAN: Sokongan orang Melayu terhadap Pakatan Rakyat khususnya PAS semakin meningkat. Parasnya jauh daripada angka tahun sebelumnya.
Sokongannya merata mengikut umur terutama di kalangan golongan muda, yang disebut sebagai saluran tiga dan empat. Orang muda nampaknya lebih banyak menyokong kita sekarang ini.
Jika 20 tahun lalu masyarakat yang menyokong PAS ramai di kalangan masyarakat desa tapi sekarang ini membabitkan masyarakat bandar, separuh desa, pinggiran bandar dan hujung desa. Begitu juga dengan masyarakat pedalaman masih menyokong PAS. Walaupun bilangan mereka jika dibandingkan dengan sasaran kita masih banyak boleh diusahakan.
Presiden Umno, Dato' Seri Najib Razak mengeluarkan kenyataan kepada warga Selangor supaya menggunakan apa sahaja `senjata' untuk merampas Selangor. Apakah Dato' melihat Najib seolah-olah mahu mengajak rakyat berperang?
Dalam hal ini saya memandang dari sudut positif. Najib berada dalam kerajaan Persekutuan yang mempunyai sumber terlalu banyak. Sumber dalam bentuk duit, agensi kerajaan, media dan berbagai-bagai sumber yang boleh digunakan. Saya harap itulah yang dimaksudkan oleh Najib. Seluruh jentera kerajaan digunakan untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Rakyat.
Tetapi jika dibaca daripada sudut negatif, Najib akan menggunakan senjata yang halal dan yang haram juga. Apa senjata yang haram, saya rasa rakyat faham. Tetapi saya suka melihat daripada sudut positif.
Kalau misalnya, Umno mengajak kita membuat sesuatu yang tidak diizinkan oleh agama dan budaya, dan tidak diizinkan oleh orang yang berfikiran waras, saya rasa Perdana Menteri amat-amat tidak `cocok' untuk menggunakan frasa yang demikian.
Saya orang yang cintakan keamanan, keadilan, orang yang cintakan pembangunan yang aman damai untuk rakyatnya. Saya harap perkara yang negatif yang tidak dihalalkan itu tidak dimasukkan dalam tafsiran menggunakan apa sahaja yang ada untuk merampas Selangor.
SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dan JPN (Jabatan Pendaftaran Negara) didakwa bekerjasama dengan Umno untuk merampas Selangor. Hal ini makin terserlah setelah diadakan semakan daftar pemilih. Apakah tindakan PAS Selangor untuk menghalang usaha jahat Umno untuk menawan Selangor secara tidak demokrasi?
Setiap tahun pilihan raya memang berlaku pertambahan pengundi. Pertambahan ini mempunyai bukti yang mengatakan bahawa pertambahan itu adalah disebabkan oleh penghalalan mereka tinggal di negara ini.
Dalam jangka masa, tak tahu berapa lama pun untuk mendapat kerakyatan, supaya mereka diberikan kad pengenalan untuk membolehkan mereka masuk sebagai pengundi.
Dengan adanya sistem maklumat yang canggih sekarang ini mereka boleh buat tetapi kita sudah dapat mengesan dengan sistem kita iaitu SSDP (sistem semakan daftar pemilih) jika mereka canggih kita pun canggih.
Ada cara yang tidak halal dilakukan oleh mereka tetapi telah dinafikan oleh Menteri Dalam Negeri, Dato' Hishammuddin Hussein. Bagi kami, iaitu Pemuda PAS Selangor akan mengambil tindakan yang agak ketara untuk menggambarkan betapa kita tidak merestui sama sekali apa yang dilakukan oleh kerajaan Umno-BN.
Kita akan pergi dari peringkat demi peringkat sehingga apa yang tersemat di hati kita selama ini, dapat dibongkar. Pembongkaran itu akhirnya, insya-Allah akan menjelaskan kepada kita tipu helah yang dilakukan oleh Umno-BN.
Dato' jika dirujuk semula pelawaan Najib menyarankan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat dan bersatu dengan Umno, apakah ini tanda bahawa Umno sudah hilang sokongan Melayu?
Persoalannya saya hendak rujuk kepada Mursyidul Am kita Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat. Saya masuk PAS ini kerana perjuangan Islam. Saya berjuang dalam PAS dan bersetuju dilantik sebagai Pesuruhjaya selama ini adalah atas nama perjuangan Islam. Jadi, misalnya jika kita disatukan dengan Umno atas perjuangan bangsa, nasionalisma, fahaman yang sempit begitu, saya tidak terpanggil ke arah itu.
Tetapi misalnya jika kita betul-betul menjunjung Islam maknanya apa yang dilakukan oleh PAS sekarang ini, Tuan Guru Nik Aziz berkali-kali menyebut dalam Perlembagaan, kalau Umno perjuangannya untuk Islam, beliau sanggup menganjurkan PAS dibubarkan dan kita duduk di atas satu payung, satu bendera dan satu perjuangan.
Penyatuan ini bagi saya, saya akan restukan kalau...misalnya yang ditonjolkan ialah perjuangan dan penyebaran Islam untuk mendapatkan kecantikan dan kemakmuran, kehebatan serta kemanisan Islam. Islam itu dapat dirasakan oleh semua golongan rakyat, Cina, India dan pelbagai bangsa.
Yang selama ini di bawah Umno tidak dapat merasakan tentang kehebatan, kecantikan dan kemanisan Islam.
Tapi...Dato', Umno juga mengatakan mereka juga memperjuangkan Islam..
Ya…lah, Umno boleh mengatakan tapi realitinya, di Selangor tiga tahun tiga bulan sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih, apa yang berlaku pada Sekolah Agama Rakyat, mereka tidak bantu satu sen pun, apa yang berlaku pada maahad tahfiz swasta tak dibantu, apa yang berlaku pada sekolah milik kerajaan yang ditabdir oleh Jais (Jabatan Agama Islam Selangor), bangunannya masih kayu lantainya reput dah bocor sana sini.
Begitu juga apa jadi dengan guru-guru Kafa tidak terlatih kebanyakannya; kasihan mereka, mengajar bertahun-tahun ada sampai 12 tahun tetapi pengajarannya tidak mencapai matlamat. Ini kerana tiada latihan tetapi projek-projek mega yang lain hebat.
Pada saya projek mega yang utama sekali ialah projek pembangunan insan. Projek lain iaitu projek bangunan itu adalah projek mendatang. Pembangunan insan itu didahulukan, itu dalam PAS. Kita masuk saja tiga tahun tiga bulan dalam tahun yang pertama, kita sudah mengubah seluruh sistem pelantikan AJK masjid dan surau.
Dulu mereka ditunjuk (dilantik) dan dilantik orang-orang Umno, pemimpin-pemimpin Umno yang tak tahu masjid hendak mentadbir masjid. Sekarang apabila kami sudah masuk kami bersama Jais dan Mais (Majlis Agama Islam Selangor) telah menyebabkan 525 masjid dan 1,987 surau sudah mendapat AJK yang dipilih oleh ahli kariah sendiri.
Selangor juga akan mengorak langkah untuk melatih pendakwah yang boleh dihantar ke kilang, di kedai. Di mana-mana mereka boleh berdakwah. Dalam suasana korporat, boleh cerita tentang produktiviti. Kita hendak pendakwah ini mampu menghadap pekerja dari atas hingga bawah dengan menggunakan bahasa kerja mereka, yang ini saya dapati belum ada di Selangor.
Jadi kita mengorak langkah melatih 1,200 orang termasuk 400 khatib dan 400 pendakwah muda. Jika ini disatukan kita dapat bayangkan 1,200 orang ini akan menimbulkan suasana baru untuk menerapkan nilai-nilai Islam dalam konteks ‘real’nya dapat dijalankan dan kita hendak gunakan tenaga yang sedang dilatih ini untuk menjalankan peranan tersebut.
Menteri Besar Selangor (Tan Sri Khalid Ibrahim) mencadangkan supaya Selangor mengadakan pilihan raya berasingan dengan kerajaan Pusat. Apakah ini disebabkan kerajaan Pakatan Rakyat berasa takut berhadapan dengan Umno-BN?
Saya sebagai Pesuruhjaya pertama sekali mendengar kenyataan Menteri Besar dibuat dalam sidang Dun. Mungkin kenyataan itu keluar daripada mulut beliau yang saya rasa atas beberapa sebab. Perkara ini masih belum lagi dibincang setiap komponen parti dalam Pakatan Rakyat.
Jika misalnya tidak diadakan serentak tentu ada pro dan kontra. Oleh itu perlu disenaraikan apa pro dan apa kontranya. Jika misalnya pro lebih banyak daripada kontra dan kita mendapat seluruhnya dalam Pakatan Rakyat ini; DAP, PAS dan KeADIlan mengatakan ya...kita buat pilihan raya berasingan maka saya akan sokong apa yang dicadangkan oleh Menteri Besar.
Tetapi jika misalnya yang kontra lebih tinggi daripada pro (walaupun kenyataan telah dibuat) bagi saya tidak ada masalahnya untuk kita menganalisis kembali jika ada fakta-fakta yang tidak membantu kita, jika sekiranya kita membuat pilihan raya berasingan dengan Parlimen.
Bagi PAS senang saja, semua parti-parti telah menangguhkan pemilihan kerana dianggap pilihan raya sudah hampir. Hanya satu parti sahaja yang meneruskan pemilihan iaitu PAS. Ertinya PAS ini tidak pernah takut kepada pilihan raya, PAS tidak pernah takut Umno hendak menang ke atau PAS hendak menang. PAS jika Perlembagaan mengatakan setiap dua tahun ada pemilihan maka akan dilalui.
Kita lihat 4 Jun ini ada Muktamar dan ada pemilihan. Katakan pilihan raya misalnya bulan September, maknanya tidak ada parti yang sanggup berdepan dengan pemilihan yang biasanya akan menimbulkan keretakan. Puak-puak yang bertambah runcing lagi punya jurang puak-puak dalam parti, saya rasa PAS tidak pernah takut dan tak perlu takut pada kemungkinan-kemungkinan itu.
Sejarah telah membuktikan banyak kali kita mengadakan pilihan raya pada masa pemilihan parti berjalan terus, tetapi ia tidak menimbulkan apa-apa yang negatif.
Selama tiga tahun tiga bulan ini apakah Dato' berpuas hati dengan pencapaian Dato' sebagai exco dan Pesuruhjaya PAS?
Saya sebagai Pesuruhjaya, boleh dikatakan aman. PAS Selangor walaupun kita dapati ada nampak macam ada yang tidak sekata dari segi memandang beberapa isu, tetapi secara keseluruhannya kita ada 56 Dun dan 22 Parlimen, pentabiran PAS berada dalam aman dan sejahtera.
Kita memang sepanjang masa dan ketika kita mendapat laporan melalui mesyuarat. Belum pernah gagal mesyuarat Perhubungan negeri yang diadakan sebulan sekali. Manakala mesyuarat dewan harian sebulan dua kali. Saya melantik pasukan kerja seperti Paskad, meneliti manifesto, dana pilihan raya, pemikir parti, menawan pengundi muda, khusus melihat kemaraan kita dikalangan pengundi bukan Melayu.
Nampaknya, alhamdulillah melalui Setiausaha Perhuhungan negeri yang sentiasa memantau dengan mendapatkan maklum balas. Ini akan dijadikan sebagai garis bertindak utama atau lapangan utama yang akan kita gerakkan dalam PRU ke-13.
Saya sebagai Pesuruhjaya saya tidak pernah tinggal walau seminggu berjumpa dengan teman yang kebanyakan berpusat di masjid, kecuali saya berada di luar negara.
Saya akan memberi khutbah pusing satu Selangor. Mungkin yang jauh di Sabak Bernam saya tidak dapat sebab setiap Jumaat ada mesyuarat sehingga jam 12 tengah hari. Kecuali saya ada program di Sabak Bernam. Tetapi yang pasti saya belum gagal setiap kali Jumaat.
Dalam khutbah itu saya sampaikan mesej. Saya berjumpa dengan pimpinan parti supaya hubungan di akar umbi sentiasa rapat dan mesra. Pada masa yang sama saya saban malam tidak tinggal lagi mengadakan program ceramah. Sekarang ini saya akan memanggil mesyuarat khas.
Kita hendak aturkan bagaimana kita hendak berjumpa dengan rakyat dengan mengadakan majlis dialog dengan pengundi supaya mereka lebih faham apa yang telah dilakukan kerajaan Pakatan Rakyat terutama PAS selama tiga tahun tiga bulan.
Sebagai exco pula saya sangat bersyukur dan berterima kasih kepada MB dan exco yang lain kerana diberi kesempatan untuk menonjolkan Islam dalam mseyuarat exco dan Mtes.
Kami daripada PAS yang dapat menonjolkan idea yang berkait dengan Islam. Kita bersyukur kerana di Selangor kita ada sumber maknanya apa yang kita rancang kita dapat jalankan berbanding negeri lain.
Saya, YB Dr Halimah Ali dengan pelbagai program pendidikan begitu juga dengan YB Iskandar A Samad dengan isu rumah dan setinggan. Saya bertanggungjawab program Islam serta kemudahan awam. Alhamdulillah yang kita rancang dapat dilaksanakan.
Sebagai peneraju negeri Selangor, alhamdulillah saya memegang infrastruktur biasanya orang menekankan inilah kontrakot dan tender. Walaupun saya tidak memegang secara langsung tetapi saya pegang satu imej iaitu kita bersih.
Jadi orang tidak boleh kelentong kita. Orang masuk ke bilik saya dan orang tidak berani membuka mulut untuk perkara yang negatif. Saya yakin ini tidak berlaku kepada YB Iskandar dan YB Halimah. Sebab imej kita bersih tidak ada disuap di bawah meja dan sebagainya. Kita bersih.
Mudahkah untuk Dato' atau PAS mentadbir negeri Selangor?
Untuk mentadbir negeri Selangor ini kita mesti menjaga empat hubungan utama termasuk hubungan dengan Istana. Alhamdulillah saya merasakan hubungan dengan Istana sangat intim.
Duli Yang Maha Mulia Sultan pun sentiasa membuka ruang dan peluang kepada saya dan teman-teman untuk menghadap Baginda pada bila-bila masa sahaja kiranya kita mempunyai perkara yang perlu dibincangkan pada peringkat Istana.
Yang kedua hubungan dengan Menteri Besar; saya dan teman-teman yang dijadualkan sebulan sekali, walaupun atas kesibukan. Yang cantiknya dalam PAS ini kita ikhlas jujur dan menasihat MB pun ikhlas, dan MB terbuka dada menerima nasihat kita.
Hubungan dengan pegawai kerajaan, saya yakin mereka memberikan satu tanda positif dengan hubungan mereka dengan exco PAS.
Hubungan dengan rakyat, saya sebagai Pesuruhjaya saya tidak kekok pergi ke estet dan bagan; pergi ke masyarakat Jawa dan Banjar serta boleh sikit-sikit bahasa mereka.
Akhirnya saya dengan kedudukan Pesuruhjaya dan ahli exco dengan sifat terbuka dan tidak pernah menidakkan orang untuk bertemu dengan kita.
Walaupun pukul 8.00 malam siapa juga yang datang kita layan. Kita berkhidmat hampir 24 jam. Saya bersyukur berlapang dada dengan penuh khusyuk berkhidmat di negeri Selangor.
Kita bergabung baru tiga tahun tiga bulan banding Umno 60 tahun. Bagi saya tiga tahun tiga bulan masih era `berbulan madu'. Saya sebagai exco dan Pesuruhjaya berpegang dengan falsafah mentadbir negeri Selangor dengan penuh hikmah.
Menggunakan tingkat pengurusan yang tertinggi mentadbir Selangor dengan penuh kejujuran dan keikhlasan. Tidak ada menunjukkan keuntungan keluarga dan diri tapi semua untuk rakyat demi mencapai keredaaan Allah.

Monday, 4 April 2011

Filem / Video Lucah Tersebar Cara HALAL..?

http://www.ikutsukaakuisa.co.cc/2011/04/jahatkan-permainan-mereka.html.

hahaha... video yang di upload dalam youtube bertahan selama 11 jam sahaja di alam maya... sekarang nih dah kena block oleh YouTube atas sebab2 tertentu...

Gua yakin ramai yang sempat tengok video 1.47 saat tersebut dan terpulanglah kepada persepsi masing2 untuk membuat penilaiannya...


Gua juga meranjau ke serata blog kawan2 dan membaca komen2 yang di tinggalkan oleh pembaca di mana 90% mengatakannya bukan Anwar Ibrahim...!!! Kamera edit dan pelbagai lagiiii......


Persoalannya... samada ianya anwar ibrahim ataupun tidak, ianya tidak menjadi isu di sini, yang perlu di persoalkan adalah bagaimana video tersebut boleh terlepas ke tangan individu yang tidak bertanggungjawap...??? Bukankah ini kes Polis...!!!! Dan setahu gua si Eskay mengatakan dia dah serahkan master tape (Video Asal) kepada polis...


Apakah ada salinan lain dan tidak di serahkan kepada Polis, malahan sehaluan pula dengan apa yang di perkatakan oleh Najib Razak... "biarlah rakyat yang menilaikannya", seolah-olah merestui supaya di pertontonkan kepada rakyat...


Adakah ini game Pilihanraya Negeri Sarawak..., jika yeaaa... nampak sangat desperadonya puak2 umPorno yahudi laknatullah untuk memenangi hati rakyat dan membunuh karektor Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.


Dalam n3 sebelum ini
"Pelakonnya Ialah..???"..., banyak yang berbeza dengan apa yang lu orang tonton dalam youtube... dan pada malam tersebut seorang member ada bertanya dengan gua... "dalam youtube takda lagi ke..."..., so... siang tadi sudah terjawap melalui youtube..., lagi satu tanda tanya pada soalan member gua tu... siapa dalangnya...???

Lu orang agak2... siapa punya kerja yang rajin sangat meng
UPLOADkan wayang seks pendek di youtube....???

Jahatkan permainan mereka...!!!!


Gua sendiri tak berani nak mengesahkan itu Anwar atau tidak... kerana gua tidak mengenali Anwar Ibrahim secara peribadi..., gua hanya mengenali beliau secara dekat (paling dekat) sewaktu pertemuan di Lake Garden Club 2 tahun lepas..., dan 2 kali pada tahun lepas, jadi agak tidak adil bagi gua untuk membuat penilaian berdasarkan susuk tubuh dalam gambar hitam putih dengan tayangan 20 minit.., dosa menonton pun ntah terampun ntah tidah... nauzubillah....


Namun begitu... nurani gua masih tertanya... mengapa rakaman di buat dalam bentuk hitam putih...??? Bukankah camera telefon (mobilephone) yang kita gunakan sekarang ini sudah dalam bentuk warna...???


Apatah lagi dengan teknologi kamera hari ini... sudah pasti canggih manggih kan..., takan lah... ketiga-tiga ekoq malaun yang bergelar Dato dan Tan Sri duit juta-juta dalam bank tak mampu nak share (kongsi/ tong tong) keluarkan wang RM10 riban untuk meRosmah Mansurkan membeli kamera yang paling canggih bagi menjahanamkan Anwar Ibrahim...


hahaha... dalam bab kamera untuk rakaman jer... lu orang dah boleh gelak ketawa guling2 kat depan Mahligai Putrajaya dengan kebodohan ketiga-tiga Dato dan Tan Sri yang sememangnya bangang tuuuuu.... kah...kah...kah....


Dan pembikinan pilem dengan kamera hitam putih tu jugak... (ooopppsss... bagi manusia yang ada akal fikiran sahaja, kalau yang jenis pencacai umPorno tuuuu... memang dah takda ubat dah... diorang semua pikiaq pakai kepala lutut jer...) lu orang dah boleh nampak adanya niat tak elok dengan rakaman tersebut... apa motifnya di buat dalam bentuk hitam putih...??? Lu orang pi tanya budak tadika Kemas... pasti diorang boleh jawap dengan bangganya... kah...kah...kah....


Cukuplah.. gua tinggalkan persoalan di sini untuk di fikir-fikirkan oleh semua orang... supaya kita semua tak menjadi bodoh dan di perbodohkan oleh puak2 jahiliyah umPorno yahudi laknatullah....


Berdasarkan kronologi dan senario dari tarikh mula kes nih meletop dan pengakuan tiga badigol baghal tuuuuu... hinggalah ke hari ini..., gua teramat yakin ini adalah permainan politik kotor puak2 bebal umPorno yahudi laknatullah bagi meraih keyakinan rakyat dengan memburukkan dan menjahanamkan Anwar Ibrahim....

Popout

Subscribe in a reader

Sunday, 3 April 2011

Pandangan-ht-tentang-demokasi.

Sumber : http://g-82.blogspot.com/2011/04/menilai-pandangan-ht-tentang-demokasi.html



Demokrasi bukan satu sistem yang terbaik. Tetapi buat masa ini, itu sahaja sistem yang ada.Ia sama seperti hukum masbuk bagi orang yang lewat solat jumaat. Seseorang yang sempat mendapat rukuk dalam rakaat kedua imam dalam solat jumaat, adalah orang yang mendapat solat jumaat, dan solat jumaatnya adalah sah. [fiqh manhaji]

Hukum sah solat bagi orang yang lewat solat jumaat sekiranya dapat rukuk dalam rakaat Imam itu, bukanlah bermakna orang Islam mesti bertindak dengan selalu datang lambat agar sentiasa masbuk dalam solat jumaat. Tindakan itu bercanggah dengan firman Allah;

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ

Maksudnya;
"apabila diseru kepada solat, maka hendaklah dia bersegera kepada mengingati Allah dan meninggalkan jual beli".

[Al-Jumuaah : 9]

Namun begitu, sekiranya adalah kes-kes tertentu, seperti terlewat kerana kesebukan kerja, terlalai, tertidur atau sebagainya, maka kelewatannya itu sehingga dia sempat mendapat tamaninah dalam rukuk pada rakaat kedua imam, menunjukkan ia dapat rakaat tersebut.

Maka begitujuga situasi gerakan Islam di Malaysia yang menggunakan demokrasi. Ia bukan bermakna demokrasi itu satu sistem yang terbaik [kalau dibandingkan dengan monarki, sudah pasti demokrasi lagi baik]. Tetapi, memandangkan ia adalah satu-satunya sistem yang diamalkan di Malaysia untuk mengubah perlembagaan kepada Islam, maka ia dibenarkan. Lebih-lebih lagi, keterlibatan itu melahirkan banyak kemaslahatan kepada umat Islam, juga pada perlaksanaan Islam itu sendiri.

Perlu disedari bahawa Malaysia adalah sebuah negara yang menjadikan perlembagaan sebagai dasar rujukan kerajaan. Pembentukan perlembagaan atau penggubalan terhadap perlembagaan itu tertakluk kepada satu sistem yang bernama demokrasi. Memandangkan pemerintahan pada hari ini tidak menjadikan Islam sebagai dasar pemerintahan, disamping kezaliman semakin berleluasa, tidak dapat tidak perlembagaan yang ada wajib digubal, malahan digantikan dengan yang lebih baik. Ia disifatkan sebagai melaksanakan tugasan amar makruf dan nahi mungkar.

mengenangkan perkara itu, cara untuk melakukan tindakan itu hendaklah sesuai dengan manhaj Nabawi yang telah dicerapi oleh para ulama mujtahid yang berkelayakkan.

Dalam perbahasan ini, dinyatakan manhaj Nabi SAW dalam melakukan tindakan tersebut adalah seperti berikut;

1- tindakan itu hendaklah bersifat waqie
2- tindakan itu hendaklah tidak melahirkan kemudharatan yang lebih besar.

Nabi Muhammad SAW bertindak, sememangnya tindakan itu bersifat waqie. Tindakan yang bersifat angan-angan, ia tidak dilakukan oleh Nabi SAW. Ekoran tindakan bersifat waqie itu, wujud dalam sirah beberapa istilah, seperti hijrah, sulh al-Hudaibiyyah, perjanjian aqabah dan banyak lagi. Tanpa keperluan waqie ketika itu, Nabi SAW tidak perlu melakukan sulh al-hudaibiyyah sehinggakan terpaksa melakukan satu perjanjian yang dilihat secara umumnya seperti menguntungkan musuh, malahan mendapat tentangan dari sebilangan sahabat.

Begitujuga, Nabi SAW tidak meruntuhkan kaabah, lalu dibina balik pada tapaknya yang sebenar setelah berlaku fath Makkah sambil Nabi SAW berkata kepada Aisyah;

لَوْلَا حِدْثَانُ قَوْمِكِ بِالْكُفْرِ لَفَعَلْتُ

Maksudnya;
"kalaulah tidak umat kamu baru sahaja meninggalkan kekufuran, sudah pasti aku sudah lakukannya [runtuh dan bina balik pada tapaknya]". [Muwatta’ : 710]

Semua menandakana bahawa tindakan Nabi SAW itu bersifat waqie ketika itu.Dibawah maksud manhaj nabawi juga adalah, bertindak yang tidak melahirkan mudharat yang lebih besar.

Kaedah fiqh ada menyebut, "kemudharatan hendaklah dihapuskan sekadar yang mampu". Ia sudah pasti berasaskan kepada sabda Nabi SAW;

فَإِذَا نَهَيْتُكُمْ عَنْ شَيْءٍ فَاجْتَنِبُوهُ وَإِذَا أَمَرْتُكُمْ بِأَمْرٍ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ

Maksudnya;
"Apabila aku mencegah kamu berkenaan sesuatu, maka hindarilah ia. Apabila aku menyuruh kamu lakukan sesuatu urusan, lakukannya sekadar kemampuan kamu". [Al-Bukhari : 6744]

Juga sabda Nabi SAW;

مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الْإِيمَانِ

Maksudnya;
"barangsiapa yang melihat sesuatu kemungkaran, maka hendaklah ia tukar dengan tangannya. Jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya. Jika tidak mampu, maka dengan benci dalam hati. Ia merupakan selemah-lemah iman". [Muslim : 70]

Dalam mensyarahkan hadis ini, perkataan Qadhi Iyad telah dinukilkan oleh Im,am An-Nawawi dalam syarah Muslim. Beliau menyatakan;

هَذَا الْحَدِيث أَصْل فِي صِفَة التَّغْيِير فَحَقُّ الْمُغَيِّر أَنْ يُغَيِّرهُ بِكُلِّ وَجْه أَمْكَنَهُ زَوَاله بِهِ قَوْلًا كَانَ أَوْ فِعْلًا

Maksudnya;
“hadis ini adalah asal sifat mengubah [kemungkaran]. menjadi hak pihak yang mengubah [orang yang melihat kemungkaran] bahawa dia mengubah dengan semua bentuk yang termampu menghilangkannya [kemungkaran], sama ada dengan perkataan atau dengan perbuatan" [Syarh An-Nawawi : 1/131].

Jadi, keterlibatan dengan demokrasi di Malaysia dalam usaha menjatuhkan kemungkaran pemerintahan, disamping dalam usaha hendak mengubah perlembahaan yang merupakan dasar pemerintahan adalah satu perkara yang mesti. Tindakan tidak terlibat, akan mengakibatkan kemungkaran pemerintahan yang boleh dikurangkan akan terabai. Ia sudah pasti mengundang kemudharatan yang lebih besar; ia sudah pasti tidak dikehendaki oleh Allah SWT.

HARAM QATIE?

Ada sebilangan pihak menganggap demokrasi adalah sesuautu yang haram secara mutlak. Lebih sadis, apabila ia dinilai sebagai haram qatie.

Hendaknya diperhatikan bahawa penilaian sesuatu disebut sebagai haram qatie adalah bersandarkan kepada nas yang bersifat qatie as-subut dan qatie ad-dilalah, atau zannie as-subut dan qatie ad-dilalah.

contohnya solat. Ia termaktub secara qatie as-subut [mutawatir, sebab firman Allah], dan mencapai qatie ad-dilalah sehingga tidak berlaku perbedaan pendapat langsung atas kewajipan solat. Dalam nas itu, disebutkan secara terang kewajipan solat. Ekoran itu, orang yang menyalahi kewajipan solat dikira sebagai murtad; terkeluar dari Islam.

Adapun demokrasi, tidak ada satu nas yang qatie as-subut dan qatie ad-dilalah menyatakan pengharamannya. Jadi, tindakan pihak yang menyatakan bahawa demokrasi adalah haram secara qatie adalah tindakan yang salah. Malahan, tuduhan demokrasi sebagai haram qatie, sama seperti mereka melebelkan Dr Yusuf Al-Qaradhawi sebagai terkeluar dari Islam.

Juga perlu diambil perhatian, larangan yang membawa kepada haram dalam nas ini mempunyai dua bentuk; larangan secara mutlak [An-Nahyu Az-Zati], dan larangan berbentuk sifat [An-Nahyu Al-Wasfi.

Larangan berbentuk sifat ini pula terbahagi kepada dua; sifat yang lazim [Al-wasf Al-lazim lahu] dan sifat yang berjiran [Al-wasf Al-Mujawir lahu] dengan larangan tersebut.

Contoh bagi larangan secara mutlak adalah larangan makan babi. Ini kerana, babi itu secara zatnya bersifat haram. Adapun contoh bagi larangan berbentuk sifat yang lazim, seperti larangan riba. Ini kerana, asal riba adalah jual beli kerana wujud muawadhad, iaitu pertukaran. Namun, memandangkan wujud sifat-sifat penambahan yang menindas, maka ia dikira haram. Contoh bagi larangan bersifat berjiran pula adalah seperti menunaikan solat dengan pakaian yang dicuri, atau berpuasa pada satu syawal.

Dari segi hukum, larangan secara mutlaq dan bersifat lazim ini, tidak timbul perbahasan yang panjang. Tetapi perbahasan fiqh berlaku pada larangan yang bersifat berjiran. Contohnya seperti seseorang yang melakukan puasa nazarnya pada satu syawal; apakah puasanya sah atau tidak.

Mengikut mazhab Hanafi, puasa nazar itu sah, tetapi perbuatannya itu haram. Ini kerana, larangan itu berlaku pada sifat [satu syawal], bukan pada zat puasa.

Maka begitulah juga demokrasi. Ia bukan larangan dari sudut zat, tetapi ia adalah larangan bersifat berjiran. Ekoran itu, demokrasi yang digunakan untuk menukar hukum Allah yang sudah termaktub dalam al-Quran adalah haram. Ini kerana, firman Allah;

الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا

Maksudnya;
"hari ini, telah aku sempurnakan bagi kamu agama kamu, dan aku cukupkan nikmat-nikmatku dan aku redha Islam sebagai agama".

[Al-Maidah : 3]

Tetapi, demokrasi yang digunakan dalam bentuk tanfiz, iaitu perlaksanaan sesuatu hukum Islam seperti mencari pendapat yang rajih dikalangan ulama untuk diadaptasikan dalam pemerintahan, menentukan pertukaran pemimpin dan sebagainya, maka ia dibenarkan.

HAKIKAT DEMOKRASI

Sesuatu hukum itu, tertakluk kepada hakikat benda. Ia tidak tertakluk kepada nama. kaedah ada menyebut;

الحكم علي شيء فرع عن تصوره

Maksudnya;
"hukum pada sesuatu itu, satu bahagiannya adalah terletak pada [mengetahui] gambaran [benda yang hendak dihukumkan]"

Jadi, untuk memastikan sesuatu status hukum, hendaklah dipastikan hakikatnya, bukan dinilai pada ungkapan lidah-lidah manusia yang sudah masyhur, atau istilah-istilah yang sudah menjadi uruf di kalangan masyarakat.

Juga, ia tidak boleh dinilai dari sudut namanya yang datang dari non Muslim, maka ia ditolak. Ini kerana, kaedah menyebut;

الحكم يدور علي المسوي لا علي الإسم

Maksudnya;
"hukum itu berlegar pada benda yang diberi nama, bukan pada nama"

Demokrasi adalah satu istilah yang berasal dari Yunani. Ia bermaksud, suara rakyat. Demokrasi ini sering disebut sebagai sistem pemerintahan. Didalamnya terkandung beberapa perkara penting, seperti hak bersuara, hak golongan minoriti, rakyat menentukan keputusan dan banyak lagi.

perlu diperhatikan, status sesebuah negara itu tertakluk pada perlembagaan yang merupakan sumber rujukan sesebuah negara. Sekiranya perlembagaan itu menjadikan Islam sebagai dasar rujukan negara, sudah pasti negara itu digelar sebagai negara Islam. Maka begitujuga pada yang lainnya.

Adapun demokrasi, ia bukan sistem pemerintahan, tetapi sistem pemilihan dalam menentukan sesuatu sistem atau dasar pemerintahan. Dengan maksud, demokrasi mampu menjadikan perlembagaan yang menjadi dasar sesebuah pemerintahan itu bertukar; [jika di Malaysia] dari bentuk sekarang kepada islam menjadi rujukan.

Begitujuga, demokrasi merupakan merupakan sistem lantikan seseorang pemimpin dalam sesuatu pemerintahan. Dari itu, sebutan demokrasi sebagai sistem pemerintahan adalah sebutan ringkasan yang perlu dijelaskan lagi. Ia seperti Allah SWT menyebut;

وَاسْأَلِ الْقَرْيَةَ

Maksudnya;
"tanyalah qaryah [pekan]"

[Yusuf : 82]

dalam ayat ini, Allah SWT suruh tanya pekan, walhal pekan tidak boleh menjawab pertanyaan. Dari itu, para ulama menyatakan pada ayat "tanyalah pekan" itu mengandungi kalimah yang tidak termaktub, tetapi difahami secara uruf bahasa, bahawa maksudnya adalah, "tanyalah kepada ahli pekan tersebut" [kalimah ahli ditambah].

Nyata disini, bahawa demokrasi bukan sistem pemerintahan, sebaliknya adalah sistem pemilihan atau penetapan pada sesuautu dasar/sistem pemerintahan, atau seseorang pemimpin negara. Ia sama seperti orang menyatakan SPR merupakan satu sistem penyusunan dalam mengurus pilihanraya, tetapi ia bukan sistem pilihanraya. Ekoran dari itu, nyata bahawa perdebatan demokrasi ini, hendaklah dalam kerangka sistem pemilihan/penentuan terhadap sesuautu dasar pemerintahan, bukan sebagai sistem pemerintahan.

LARANGAN DAN DIBENARKAN

Pemerintahan islam adalah pemerintahan yang terlaksana hukum Islam. Dengan apa jua bentuk sekalipun, sesuatu pemerintahan itu sudah termasuk dibawah maksud pemerintahan Islam sekiranya terlaksana hukum Islam dalam pemerintahan tersebut.

Ekoran itu, kita akan dapati Muawiyyah telah memasukkan elemen monarki dalam pemerintahan islam. tindakan memasukkan elemen itu, tidak mencacatkan bagi maksud pemerintahan Islam. [lihat buku "islam, politik dan pemerintahan]

Jika monarki yang mempunyai kuasa individu pun dibenarkan, maka tidak ada sebab mahu dikatakan haram menggunakan demokrasi dalam pemerintahan Islam. Ini kerana, demokrasi tidak tertakluk kepada suara individu, tetapi tertakluk kepada suara rakyat [suara ramai].

DEMOKRASI TERLARANG

Dalam artikle lepas, dinyatakan bahawa demokrasi adalah pengharaman berbentuk sifat yang berjiran [Al-Wasf Al-Mujawir lahu]. Jadi, secara zatnya tidak haram, tetapi pengharaman itu berbentuk sifatnya sahaja. Justeru, pembuangan sifat akan mengembalikan kepada hukum zatnya.

Lantaran itu, apabila wujud beberapa sifat-sifat, maka demokrasi jadi haram. Antaranya adalah seperti berikut;

Pertama;

suara majoriti rakyat [demokrasi] tidak boleh digunakan untuk menentukan dalam perkara yang bersifat qatie dan perkara yang diketahui dalam agama secara pasti.

Contohnya ; solat, puasa, zakat dan banyak lagi.

Firman Allah;

إِنِ الْحُكْمُ إِلَّا لِلَّهِ

Maksudnya;
"tiada hukum kecuali kepunyaan Allah"

[Al-An’am : 57]

Kedua:

Suara majoriti tidak boleh digunakan untuk menghapuskan kandungan kitab [Al-Quran].

Firman Allah;

أَفَتُؤْمِنُونَ بِبَعْضِ الْكِتَابِ وَتَكْفُرُونَ بِبَعْضٍ فَمَا جَزَاءُ مَنْ يَفْعَلُ ذَلِكَ مِنْكُمْ إِلَّا خِزْيٌ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرَدُّونَ إِلَى أَشَدِّ

Maksudnya;
"Apakah patut kamu beriman sebahagian kitab, dan mengkufurinya [menghapuskan] pada setengah yang lain. Tiada pembalasan terhadap apa yang kamu lakukan itu, kecuali kehinaan hidup di dunia, dan akhirat nanti kamu akan ditolak ke dalam azab yang hebat".

[Al-Baqarah : 85]


DEMOKRASI YANG DIBENARKAN

Dua sifat yang disebutkan diatas adalah faktor-faktor penyebab demokrasi diharamkan. Namun begitu, apabila dua sifat ini dibuang, maka ia kembali kepada hukum asal, iaitu harus.

Dalam keadaan begitu, demokrasi amat diguna pakai dalam perkara-perkara berikut;

Pertama;

Suara majoriti digunakan untuk memilih pendapat yang paling rajih. Ia berlaku dalam perkara khilaf, seperti contoh memakai pendapat Hanafi dalam menetapkan kewajipan geran bagi mereka yang meneroka tanah berbanding syafie yang tidak mewajibkan geran.

Sabda Nabi SAW,

اثْنَانِ خَيْرٌ مِنْ وَاحِدٍ وَثَلَاثٌ خَيْرٌ مِنْ اثْنَيْنِ وَأَرْبَعَةٌ خَيْرٌ مِنْ ثَلَاثَةٍ فَعَلَيْكُمْ بِالْجَمَاعَةِ فَإِنَّ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ لَنْ يَجْمَعَ أُمَّتِي إِلَّا عَلَى هُدًى

Maksudnya;
“dua lebih baik dari satu. Tiga lebih baik dari dua. Empat lagi baik dari tiga. Hendaklah kamu dengan jemaah [majoriti], kerana Allah SWT tidak akan menghimpunkan umatku kecuali atas petunjuk”

[Musnad Ahmad : 20331]

Malahan, apabila berlaku pertembungan antara golongan yang kecil, nabi SAW menyuruh merujuk kepada suara ramai.

Sabda Nabi SAW;

إِنَّ أُمَّتِي لَا تَجْتَمِعُ عَلَى ضَلَالَةٍ فَإِذَا رَأَيْتُمْ اخْتِلَافًا فَعَلَيْكُمْ بِالسَّوَادِ الْأَعْظَمِ

Maksudnya;
“Sesungguhnya Umatku tidak akan bersepakat atas kesesatan. Sekiranya kamu lihat perselisihan, maka hendaklah kamu ambil “As-Sawad Al-‘Azam””

[Ibnu Majah : 3940]

Dalam menafsirkan maksud “sawad a’zam”, Kitab As-Sindi menyatakan;

أَيْ بِالْجَمَاعَةِ الْكَثِيرَة فَإِنَّ اِتِّفَاقهمْ أَقْرَب إِلَى الْإِجْمَاع

Maksudnya;
“Jemaah yang ramai. Kerana, kesepakatan mereka lebih hampir kepada ijmak”

Imam As-Sayuti dalam menafsirkan “sawad ‘Azam”;

أَيْ جَمَاعَة النَّاس وَمُعْظَمهمْ الَّذِينَ يَجْتَمِعُونَ عَلَى سُلُوك الْمَنْهَج الْمُسْتَقِيم وَالْحَدِيث يَدُلّ عَلَى أَنَّهُ يَنْبَغِي الْعَمَل بِقَوْلِ الْجُمْهُور

Maksudnya;
“Ia adalah himpunan manusia dan kebanyakkan yang mereka bersepakat atas melalui jalan yang betul. Hadis itu menunjukkan bahawa selayaknya beramal dengan perkataan majoriti” [Hasyiah As-Sindi : 3940]

Al-Munawi pula berkata;

(فعليكم بالسواد الأعظم) من أهل الإسلام أي الزموا متابعة جماهير المسلمين فهو الحق الواجب والفرض الثابت الذي لا يجوز خلافه فمن خالف مات ميتة جاهلية

Maksudnya;
“[hendaklah kamu ikut sawad ‘azam dari ahli islam] iaitu, lazimi mengikut pendapat majoriti orang islam, kerana ia adalah kebenaran yang wajib dan fardu yang pasti, yang tidak harus menyalahinya. Barangsiapa menyalahinya, lalu mati, maka ia mati jahiliyyah” [Faidul Qadir : 2/547]

Kedua;

ia digunakan dalam tanfiz terhadap hukum-hukum Islam. Seperti, menangguhkan dulu perlaksanaan hukum potong tangan, memandangkan ia boleh mendatangkan kemudharatan dalam perlaksanaan di tahun kelaparan atau seumpamanya. Seperti, kelaparan yang memungkinkan mereka mencuri. Apabila dipotong juga tangan, ia akan mempamerkan laksana hudud dikala wujud shubhat.

Ini disandarkan kepada hadis bahawa nabi SAW tidak terus membetulkan kaabah pada tapaknya yang tepat disebabkan rakyat makkah baru sahaja meninggalkan kekufuran.

Ketiga;

apabila pemerintahan sudah menetapkan perlembagaan islam, maka pemimpin negara boleh digugurkan sekiranya dia melakukan tindakan-tindakan berikut;

1- zalim
2- Fasiq, dan
3- lembab [tiada kebijakan ajaib].
4- Dan sebagainya..

lalu, ia terserah kepada suara rakyat dalam menentukan kejatuhan atau pengekalan pemimpin itu sebagai pemimpin atau tidak.

Firman Allah,

وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ

Maksudnya;
"jangan kamu cenderung kepada mereka yang melakukan kezaliman, kelak kamu akan disambar oleh api neraka".

[Hud : 113]

SYURA DAN DEMOKRASI

Ada sebilangan pihak mengatakan bahawa demokrasi tidak boleh digunakan kerana ia tidak pernah diamalkan oleh Nabi SAW. Malahan mereka mewajibkan kembali kepada syura. Dalam perkara ini, perlu dilihat dalam dua perkara, iaitu Syura dan amalan yang tidak dibuat oleh Nabi SAW.

Melihat kepada perlantikan empat orang khalifah Islam selepas kewafatan Nabi SAW, kita akan dapati bahawa cara pemilihan mereka tidak mempunyai satu cara. Tapi, dengan kepelbagaian cara itu, diiktiraf sebagai syura. [Al-Imamah Al-Uzma : 147 – 157]

Dengan ini difahami, bahawa yang dikatakan syura itu, sememangnya ia wujud nas kewajipannya. Iaitu firman Allah;

وَشَاوِرْهُمْ فِي الْأَمْرِ فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ

Maksudnya;
"lakukan syura dikalangan kamu. Apabila kamu berazam, maka hendaklah kamu bertawakkal kepada Allah".

[Al-Imran : 159]

namun, ayat ini bersifat umum, tanpa dinyatakan bentuk-bentuk syura secara khusus. Apa yang pasti, dalam kitab-kitab tafsir menyatakan, maksud syura yang merujuk kepada ayat ini adalah, "meminta dikeluarkan pandangan" [Tafsir Al-Jalalain : 59]

Apabila dilihat pada amalan sahabat selepas kewafatan Nabi SAW, kita dapati mereka tidak mempunyai satu bentuk yang khusus tentang syura. Malahan selepas datang zaman monarki dan dinasti, bentuk syura semakin bertukar sehingga ia diinstitusikan.Ini menandakan, bentuk syura itu tidak mempunyai satu bentuk yang khusus.

Malahan jika dirujuk dalam hadis pula, didapati bahawa Nabi SAW;

إِنَّ أُمَّتِي لَا تَجْتَمِعُ عَلَى ضَلَالَةٍ فَإِذَا رَأَيْتُمْ اخْتِلَافًا فَعَلَيْكُمْ بِالسَّوَادِ الْأَعْظَمِ

Maksudnya;
“Sesungguhnya Umatku tidak akan bersepakat atas kesesatan. Sekiranya kamu lihat perselisihan, maka hendaklah kamu ambil “As-Sawad Al-‘Azam””

[Ibnu Majah : 3940]

Dengan ini, dikukuhkan lagi dengan sabda Nabi SAW dalam hadis yang lain, "empat itu lebih baik dari tiga, tiga itu lebih baik dari dua...."

NABI TAK BUAT

Mengenangkan Bentuk syura itu sendiri tidak mempunyai satu bentuk yang khusus, maka tidak menjadi kesalahan jika menggunakan demokrasi untuk dijadikan sebagai neraca dalam menentu sesuatu keputusan. Ini kerana, tidak semua perkara yang tidak dibuat oleh Nabi SAW, maka ia adalah tertolak.

Malahan wujud satu hadis, dari Rifaah bin Rafi’ berkata, bahawa mereka solat jemaah bersama Nabi SAW. Apabila bangkit dari rukuk, kedengaran seorang sahabat menambah pada bacaan tasmi' [sami'Allahulman hamidah], dengan membaca, "hamdan kasiran taiyiban mubarakan fih".

Setelah solat, Nabi SAW bertanya, "siapakah yang membaca tadi". Sahabat itu menjawab, “Saya Rasulullah SAW’

Rasulullah terus menyatakan bahawa baginda nampak beribu-ribu malaikat telah turun telah mengangkat kalimah tersebut untuk dibawa naik kepada Allah. [Muwatta’ : 442]

Juga satu hadis, bahawa seorang sahabat yang telah bertayammum di musim sejuk disebabkan dia telah berjunub. Perbuatannya itu diketahui oleh Nabi SAW, menyebabkan baginda bertanya.

Dia menjawab dengan membaca satu firman Allah;

وَلَا تَقْتُلُوا أَنْفُسَكُمْ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا

Maksudnya;
"jangan kamu bunuh diri kamu. Sesungguhnya Allah amat sayang kepada kamu".

Mendengar jawapan Amru bin Al-As itu, Rasulullah ketawa tanpa berkata apa-apa pun. [Abi Daud : 283]

Dari dua hadis yang dikemukakan ini, kelihatan bahawa tidak semua perkara yang tidak dibuat oleh Nabi, maka ia terlarang. Malahan, ia dibenarkan dilakukan selama ia tidak bercanggah dengan nas yang saheh dan sareh.

begitujuga, tidak terkeluar dari kerangka manhaj nabawi, sekiranya melakukan sesuautu tindakan yang tidak digunakan oleh Nabi SAW secara zahir, tetapi mempunyai sandaran dari sudut "khafie an-nas".

Jika dilihat pada hadis, bahawa Nabi SAW ada bersabda;

مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ

Maksudnya;
"barangsiapa melakukan sesuautu amalan yang bukan dari urusan kami ini, maka amalan tersebut akan tertolak" [Ibnu majah : 14]

Dalam mensyarahkan hadis ini, as-sindi telah menyatakan maksud dengan "urusan kami ini" adalah selama tidak bercanggah nas yang zahir, dan tidak bercanggah dengan nas yang khafie. [Hasyiah As-Sindi : 1/14]

Dengan maksud, sekiranya ia tidak bercanggah dengan nas yang khafie [bukan zahir perbuatan], maka ia tidak boleh diharamkan, malahan ia diketagorikan sebagai masyruk [disyariatkan].

Jadi, demokrasi tidak boleh diharamkan secara mutlak dengan alasan Nabi SAW tidak lakukan. Sebaliknya, dalam keadaan sekarang, iaitu dalam usaha menjatuhkan regim, maka menggunakannya adalah dibenarkan.

bersambung
Sg Buloh
3 April 2010 * 2:27 pagi