ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Monday, 19 September 2011

SEJARAH..Nak Basuh BENDERA..Jengka Tak ada Air?


LAGU TERANG BULAN JUGA WAJIB DI TUKAR GANTI


INI BENDERA LAMA TANAH MELAYU




nota:
dari tahun 1905 -1920 ini bendera tanah melayu
lihat wujudnya motif merah dan puteh
ini warisan kita
bukan jalur gemilang
malah nama jalur gemilang itu
tak sampai lima tahun
nama bendera kita sang saka
telah beribu tahun
siapa yang mempertahankan warisan!



BENDERA MALAYSIA, AS BERBEZA - meloya


Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Alam Shah, M. Manoharan disifatkan sebagai rabun kerana tidak dapat membezakan antara Jalur Gemilang dengan bendera Amerika Syarikat (AS).


Adnan Yaakob berkata, kedua-dua bendera tersebut tidak mempunyai persamaan langsung dan kenyataan pemimpin DAP lebih kepada politik.


Jelasnya, Jalur Gemilang mempunyai satu bintang dan bulan sabit, manakala bendera AS pula memiliki banyak bintang yang langsung tidak menyamai bendera kebangsaan negara ini.


“Takkan tidak tahu beza bendera Malaysia dengan bendera AS. Mungkin beliau rabun sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan sebegitu,” katanya kepada pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Dewan Undangan Pelangai di sini, semalam.


Beliau diminta mengulas kenyataan Manoharan yang menegaskan bahawa pembangkang akan bertindak menukar Jalur Gemilang jika memperoleh kuasa dalam pilihan raya umum akan datang.


Katanya, kebanyakan negara di dunia ini memiliki warna bendera yang hampir sama dengan Jalur Gemilang serta bendera AS dan tidak sepatutnya pemimpin itu mengeluarkan kenyataan tersebut.


KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH



woit..BAGUS AKHIRNYA CERITA BENDERA INI SEDANG DIBINCANGKAN....kah kah kah..


kah kah kah... MALAON DARI PAHANG INI TAK FAHAM.... kah kah kah..


kah kah kah...MEMANG ADA BEZA ANTARA BENDERA AMERIKA DENGAN MALAYSIA...kah kah kah..


kah kah kah...YANG DI TIMBULKAN DISINI IALAH BENDERA MALAYSIA SEKARANG DICIPLAK DARI BENDERA AMERIKA.... kah kah kah..


woit..BUKAN SAMA ATAU TAK SAMA...kah kahb kah


kah kah kah..FAHAM TAK APA MAKNA DICIPLAK?..... kah kah kah..


woit..BUKTI CIPLAK IALAH TIDAK ADA MOTIF MELAYU NUSANTARA DALAM BENDERA ITU.... kah ah kah...


woit...FAHAM TAK APA MAKNA MOTIF MELAYU NUSANTARA... kah kah kah...


kah kah kah..MOTIF WARNA MELAYU NUSANTARA IALAH MERAH PUTEH... kah kah kah..


kah kah kah..INI DARI ZAMAN SRI VIJAYA LAGI...kah kah kah...


woit...KALAU TAK FAHAM APA MAKNA MOTIF SILA GOOGLE BENDERA NEGARA ARAB...kah kah kah..


kah kah kah.... MEREKA MEMILIKI MOTIF WARNA YANG SAMA... .... kah kah kah..


woit..MERAH PUTEH HITAM DAN HIJAU IALAH MOTIF ARAB...kah kah kah


NOTA:
lagu negara ku juga akan diubah
ini kerna lagu negara ku ini di ciplak
dari lagu terang bulan yang diciplak dari memula mooon

hal lagu negara ku ini tak ada gerombolan berani
bersuara !
kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah



BENDERA MALAYSIA BARU



    











SURAT DARI PAK CIK FELDA
FRUST MENONGGENG






KECEWA GANGGUAN AIR PADA HARI AYA DI FELDA TIDAK BERUBAH SEJAK 30 TAHUN LALU
 - meloya

Saudara Pengarang,


KRISIS bekalan air di tanah rancangan Felda di Jengka tiada kesudahan dan bukan satu fenomena baru di kawasan tersebut.


Masalah tersebut pasti mendapat liputan media apabila tiba musim perayaan kerana rata-rata kawasan tanah rancangan akan mengalami krisis bekalan air yang serius.


Lebih teruk lagi isu berkenaan berlarutan lebih 30 tahun dan Pahang sudah pasti terkena tempias kerana terdapat 115 tanah rancangan dengan purata peneroka seramai 43,123 dan lebih 900,943 generasi baru berada di sini.


Sebagai sebuah negeri yang kaya dengan sumber air, sudah tentu rakyat sepatutnya bertuah kerana mempunyai bekalan air mencukupi untuk keperluan mereka.


Mungkin apa yang terjadi di Felda Jengka 7, Maran boleh dijadikan kes rujukan sebagai panduan bagi pihak bertanggungjawab membuat perancangan.


Bahkan krisis tersebut semakin menjadi-jadi apabila tiba hari raya dan mimpi hitam itu berulang lagi apabila seramai 11,237 warga peneroka di beberapa tanah rancangan terputus bekalan air pada Aidilfitri yang lalu.


Ia amat merumitkan penduduk yang memerlukan air bagi menghadapi persiapan menyambut anak menantu pulang berhari raya.


Pihak pembekal iaitu Jabatan Bekalan Air (JBA) Pahang sepatutnya bersedia dalam apa jua kemungkinan bagi memastikan perkhidmatan terbaik untuk pengguna terutamanya pada musim perayaan.


Terus terang saya katakan bahawa apa yang saya alami pada hari tersebut adalah serupa dengan keadaan pada 30 tahun lalu apabila perigi dan paya menjadi sumber bekalan air.


Rungutan demi rungutan serta kata-kata kasar kedengaran oleh penduduk terhadap JBA Pahang dan pemimpin.


Bila tiba hari raya tidak kira Aidilfitri atau Aidiladha, bekalan air pasti terputus dan pihak JBA seakan-akan membisu seribu bahasa.


Kami warga FELDA di sini sudah naik muak dengan masalah yang sama yang seakan-akan tiada jalan penyelesaian.


Apakah kami harus menunggu kemerdekaan negara yang ke-55 bagi menikmati bekalan air bersih seperti menunggu bulan jatuh ke riba.


Sememangnya kami tidak boleh menunggu lama lagi kerana masa telah lama diberi. Jadi buatlah sesuatu agar kami dapat memerdekakan daripada kesusahan ketiadaan air.


MAN JENGKA 7,
Bandar Tun Razak.



KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH



woit...PADAN MUKA !..... kah kah kah...


kah kah kah... 30 TAHUN TAK SEDAR SEDAR...PADAN MUKA!... kah kah kah..


kah kah kah...30 TAHUN KENA BODOHKAN TAK SEDAR SEDAR...PADAN MUKA !... kah kah kah...


woit... TONGGENG BUNTUT KE LANGIT DAN LAUNGKAN HIDUP MELAYU... kah kah kah


Untuk yang kurang sedar

Hishamuddin Rais

British telah berjaya dihambat keluar dari Tanah Melayu kerana anak semua semua bangsa telah bangun mengangkat senjata melawan mereka. Perjuangan angkat senjata ini adalah fakta sejarah. 



Fakta yang selama ini telah cuba ditenggelamkan oleh United Malay National Organisation. Niat busuk menenggelamkan fakta ini bertujuan untuk menipu orang ramai agar percaya bahawa gerombolan United Malay National Organisation ini sahaja yang berhak menjadi 'raja' memerintah Tanah Melayu/Malaysia sampai hari kiamat.

Semenjak tahun 1958 United Malay National Organisation telah ke hulu ke hilir menjajakan ikan busuk - Merdeka dicapai tanpa tumpah darah. Setiap bulan Ogos United Malay National Organsation jadi mamai dengan kisah-kisah dongeng tentang bagaimana mereka menentang gerila Pembebasan Rakyat Malaya yang dipimpin oleh Parti Komunis Malaya (PKM). 



United Malay National Organisation ini agak bebal kerana kesah kesah dongeng ini membuktikan bahawa mereka - dalam Bahasa Inggerisnya menjadi British's running dog atau budak suruhan British. Rakyat Tanah Melayu bangun menentang British tetapi United Malaya National Organisation menentang orang yang menentang British. Jelas ini perbuatan dan kerja budak suruhan British.

Perjuangan mengangkat senjata melawan British bermula pada 20 Jun 1948. Sebelum angkat senjata melawan British ini dilancarkan, Parti Komunis Malaya telah juga melancarkan gerakan gerila bersenjata menentang kuasa fascis Jepun. Ini adakah jawapan anak semua bangsa terhadap fascis Jepun yang telah menawan Tanah Melayu pada tahun 1941-1945. Ini fakta sejarah.

Babak-babak sejarah sejarah gilang gemilang bermandi darah ini cuba dilupuskan kerana dalam sejarah ini nama United Malay National Organisation tidak pernah muncul. Bau kentut mereka pun tidak terdengar dalam babak-babak sejarah ini. Gerombolan United Malay National Organisation tidak pernah wujud dalam perjuangan antiimperialis.

Kuasa imperialis kulit putih (white colonial power) - Portugis, Belanda dan British - datang ke Tanah Melayu ini kerana mencari harta kekayan. Kuasa imperial ini datang untuk mengambil hasil bumi - bijih, emas, getah dan rempah rampai. Buktinya, gerombolan yang datang awal untuk menjarah harta kekayaan di kepulauan nusantara adalah lanun seperti Raffles dari East India Company.

Semenjak kuasa imperialis ini - Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun - menjejakkan kaki ke Tanah Melayu - mereka terus diserang. Nama seperti Mat Kilau, Datuk Bahaman, Tok Jaggut, Maharaja Lela, Haji Abdul Rahman Limbong - adalah pemula gerakan anti-imperialis di Tanah Melayu. Ini fakta yang tidak mungkin luput hingga hari kiamat.

Mari saya cerahkan para pembaca dengan beberapa fakta-fakta sejarah yang juga tidak mungkin akan berubah hingga hari kiamat. Para pembaca yang budiman , sila buka minda dan pakukan ke dalam otak kita semua bahawa parti dan pertubuhan politik Melayu yang tertua di Tanah Melayu ialah Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang ditubuhkan pada tahun 1938 dibawah pimpinan Ibrahim Yacoob. 



Ini diikuti pula dengan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945 dengan sayap mudanya Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).


United Malay National Organisation hanya ditubuhkan pada tahun 1946. Sila baca betul-betul. Buka mata dan buka kepala: KMM 1938, PKMM, API dan AWAS pada tahun 1945. United Malay National Organisation ditubuh pada tahun 1946. Baca sekali lagi, sembilan belas empat puluh enam United Malay National Organisation ditubuhkan dan bukan sembilan belas tiga puluh lapan. 


Tarikh 1946 ini pun untuk United Malay National Organisation telah ditalkinkan. United Malaya National Organisation yang baru ini ditubuhkan pada tahun 1988. Ini fakta sejarah yang tidak akan berubah hingga hari kiamat.

Kemudian mari kita lihat garis-garis perjuangan parti-parti ini. Kesatuan Melayu Muda dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya telah memekikkan slogan merdeka! Laungan ini telah menghantui kuasa imperial British. Tuntutan kemerdekaan ini telah mengampuh dan ini menakutkan kuasa kolonial British.

United Malay National Organisation bukan sahaja tidak berani melaungkan merdeka malah gerombolan ini telah mengeluarkan slogan lawak seram yang berbunyi: Hidup Melayu! Slogan lawak seram ini seolah-olah orang Melayu 'kurang oksigen'. 



Masih tidak jelas, apakah pada tahun 1946 dahulu orang Melayu sedang nyawa-nyawa ikan atau kurang oksigen untuk bernafas sehinggakan perlu dilaungkan 'hidup Melayu'. Atau kerana hakikatnya United Malay National Organisation ini satu gerombolan yang bebal dan tidak dapat memikirkan slogan yang masuk akal.

Lawak seram , hidup Melayu, masih ditakbirkan ke hulu ke hilir hingga ke hari ini. Adalah satu fakta bahawa yang masih lantang melaungkan hidup Melayu hari ini adalah kaum mamak yang semakin disangsikan teromba dan salasilah kerurunan mereka. Kenapa mereke ini suka melaungkan hidup Melayu memerlukan satu kajian yang lebih rapi.

Adalah juga fakta sejarah bahawa United Malay National Organisation tidak - diulangi sekali lagi dengan huruf besar: TIDAK - berjuang untuk mendapat kemerdekaan. Apabila kuasa imperial British merasa tekanan senjata dan gerakan masa politik di Tanah Melayu semakin melonjak dan mengampuh maka kuasa imperial memerlukan budak suruhan yang setia. 



Justeru, diwujudkan satu gerombolan yang dipanggil United Malay National Organisation. Nama Inggeris kumpulaan ini masih dipakai hingga ke hari ini. Nama Inggeris ini sahaja sudah memadai sebagai bukti bahawa gerombolan ini ditelor, dieram dan dinetaskan oleh British.

Pada 20 Jun 1948 kuasa kolonial British telah mengistiharkan apa yang dipanggil 'darurat'. Perkataan 'darurat' ini adalah kelentong besar dari pihak British. 



British dengan licik telah menggunakan perkataan 'darurat' agar orang Melayu tidak sedar bahawa apa yang sedang berlaku pada tahun 1948 sebenarnya ialah perjuangan bersenjata untuk menghalau British. 


Tidak ada warga Tanah Melayu dalam darurat. Yang darurat ialah kuasa kolonial dan soldadu British yang telah diserang oleh gerila Pembebasan Rakyat Malaya.

Apabila darurat diistiharkan, kuasa kolonial British telah mengharamkan KMM, PKMM, PKM, API, AWAS, Hisbul Musliman dari bergerak bebas di Tanah Melayu. Ramai pemimpin parti, kader politik dan aktivis dalam gerakan nasionalis ini telah di tangkap oleh soldadu British. 



Nama-nama seperti Burhanuddin al- Helmy, Ishak Haji Muhamad, Chin Peng, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, Ahmad Boestaman, Kamaruzaman Teh, Abdullah Sidi adakah nama-nama nasionalis yang dikehendaki oleh British.

Apabila pemimpin dan kader dari gerakan nasionalis ini ditangkap, diburu atau dibunuh maka barulah United Malay National Organisation dapat berkembang. 



Gerombolan United Malay National Organisation dapat bernafas dengan slogan hidup Melayunya kerana ramai pemimpin rakyat telah memulakan kerja dibawah tanah atau masuk ke hutan mengangkat senjata untuk menjadi gerila Pembebasan Rakyat Malaya.

British dengan licik telah lebih awal merancang satu strategi untuk memastikan United Malaya National Organisation dapat mara ke hadapan. Strateji ini cukup senang: Dua tahun sebelum darurat diistiharkan kuasa kolonial British telah menimbulkan konsep politik yang dinamakan Malayan Union. Ini adalah taktik Britsih untuk mematahkan gerakan nasionalis Melayu yang anti- British. 



Dengan mencadangkan konsep Malayan Union ini British telah memberi nafas kepada United Malay National Organisation untuk mengumpulkan orang-orang Melayu.

Justeru apabila darurat diisytiharkan dua tahun kemudian pada tahun 1948, pucuk pimpinan nasionalis Melayu dari KMM, PKMM, PKM telah dipatahkan. Gerakan yang tidak diganggu gugat malah mendapat sokongan British hanyalah United Malaya National Organisation, Malayan Indian Congress dan Malayan Chinese Association - semuanya menggunakan nama Inggeris. 



Ketika pemimpin gerakan nasionalis dalam penjara atau kini di hutan bergerila maka ketika inilah United Malay National Organisation mencelah masuk menawarkan diri untuk menjadi barua British yang setia. Ini fakta sejarah yang sampai kiamat pun tidak akan berubah.

Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman bukan perjuang menentang Britsih. Mereka berebut-rebut menawarkan diri untuk menjadi budak suruhan British yang setia. Justeru, kuasa kolonial British memiliki dua pilihan. British akan memilih kuda yang lebih setia. Akhirnya Tunku menjadi pilihan British.

Dengan kemunculan budaya internet segala pembohongan United Malay National Organisation telah diketahui umum. Satu demi satu tipu helah dan fakta songsang tentang perjuangan kemerdekaan Tanah Melayu telah mula dibongkar. 



Anak-anak muda semakin sedar kenapa pada ketika ini United Malay National Organisation sedang bermati-matian cuba memesongkankan fakta perjuangan bersenjata melawan British.

Hari ini, pada September 2011, United Malay National Organisation sedang bernafas dalam lumpur untuk mempertahankan babak serangan gerila Pembebasan Rakyat Malaya keatas rumah pasung Bukit Kepong. United Malay National Organisation melihat serangan ini sebagai detik sejarah perjuangan mereka.

Serangan gerila ini telah dipimpin oleh Mat Indera - seorang guru agama, seorang kader dari Parti Komunis Malaya dan aktivis API. Kemunculan Mat Indera pada tahun 2011 telah meledakkan mitos bahawa Parti Komunis hanya dianggotai oleh orang China. 



Roh Mat Indra juga telah meledakkan mitos bahawa kaum komunis tidak ada agama. Roh Mat Indra yang muncul tahun ini telah juga mensahihkan bahawa United Malay National Organistaion adalah budak suruhan setia British. Ini kerana sarjan ketua rumah pasung Bukit Kepong pada malam serangan itu ialah Ray Dancey. 


Sila baca namanya sekali lagi. Namanya bukan Mat Rais bin Lebai Dasi tetapi Ray Dancey - seorang Mat Salleh yang sebelum ini kerjanya mengharubirukan rakyat Palestin.

United Malay National Organsation ini bukan sahaja budak suruhan yang setia malah telah menjadi amat bebal. Tidakkah mereka sedar bahawa serangan ke atas rumah pasung Bukit Kepong ini berlaku pada 23 Februari 1950. 



Tahun seribu sembilan ratus lima puluh Tanah Melayu masih dibawah British. Bendera yang berkibar di rumah pasung Bukit Kepong ialah bendera Union Jack. Lagu yang dinyanyikan ialah lagu God Save the Quen.

Sunday, 18 September 2011

Profesor KANGKUNG "copy paste" dalam TV3suku.


Penganalisa Politik Profesor Ipomoea Reptans 


MASIH teringat ketika berjumpa dengan bekas Ketua Penerangan Umno Malaysia yang juga tokoh Umno Kelantan Hussein Ahmad beliau ada mencemuhi beberapa orang cerdik pandai yang bergelar profesor yang sering bercakap di kaca tv mengenai politik negara ini. Katanya, semua profesor yang bercakap dalam tv itulah yang memusnahkan pilitik orang Melayu. 

Menurutnya apa yang mereka cakapkan itu tidak sedikit pun membantu orang Melayu mempertingkat daya intelektual politik orang Melayu tetapi lebih menambahkan kelukaan orang Melayu.
"Baik hentikan saja dari mengundang mereka bercakap. Lagi banyak mereka bercakap lagi rosak orang Melayu." demikian tuturnya denga nada marah. 


Mengapa beliau berkata begitu kerana mereka bercakap mengikut haluan yang ditetapkan dan bukan memberi pandangan mengikut ilmu atau pun bidang yang mereka pelajari. Mereka dikandangkan oleh ideologi. Katanya tidak silap kalau saya katakan mereka adalah profesor upahan; "hentikan saja panggil mereka." Ulang beliau dengan jengkel.


Ada kebenaranya kata-kata Hussein yang juga dikenali di zaman kehebatannya sebagai Hussein Serama itu. Kalau diperhatikan kepada profesor atau jurucakap politik yang dipanggil dan minta pandangan semua bercakap bukan untuk membina politik bangsa tetapi bercakap untuk mengukuhkan kedudukan mereka serta meninggikan perut masing-masing. Nampak sangat mereka bercakap menggunakan air liur Umno untuk menggerakan mulut.


Mereka ini juga tidak ada prinsip. Nada cakap mereka ini juga berlainan semasa mereka berkhidmat dengan kerajaan, sewaktu pencen mencari kontrek kerja dan selepas mendapat kontrek kerja di mana-mana institusi atau pun syarikat GLC kerajaan.

Contoh terbaik apa yang berlaku kepada Zainal Kling [foto] seorang yang dianggap sebagai penganalisa politik yang bercakap melalui saluran pipa. Kalau mendengar cakap dan ulasan politiknya hanya menjurus kepada satu pihak. Dia hanya mengkritik parti pembangkang saja dan senyap sendu untuk menegur politik parti pemerintahan.


Saya juga hairan macam mana dia boleh dianggap sebagai penganalisa politik. Sepanjang hidup saya tidak pernah berjumpa dengan beliau di kapangan untuk membuat kajian dan nilaian politik dengan mata kepalanya sendiri. Tidak seperti sesetengah profesor lain yang turun ke lapangan dan melihat sendiri gerak nadi politik. 


Kalau membuat analisa dari dalam bilik berhawa dingin atau pun di birai rumah-rumah menteri, tidak mencukupi maklumat dan lebih baik jadi pengampu berdaftar sajalah.


Saya pernah mendengar tuturnya pada suatu majlis di rumah Pena di Kuala Lumpur. Ketika itu beliau masih menganggur dan menjadi aktivis Ngo Melayu yang tegar. Bukan main lagi berani mengkritik kerajaan. Dia juga mengsyorkan supaya diadakan dokumen khas untuk ditaburkan kepada rakyat di dalam pilihan raya.


Biar rakyat membacanya satu dokumen bebas yang berwibawa! Dokumen itu mengkritik parti pemerintah yang ketika itu dipimpinan oleh Abdullah Badawi.


Naik semangat juga mendengar cadangan beliau itu. Ketika itu menampakkan akan daya keintelektualan beliau sebagai seorang profesor dan akademis yang berdiri atas prinsip kebenaran dan keadilan berlandaskan keilmuan.

Tetapi suasana berubah bila beliau mendapat kontrek berkerja dengan kerajaan kalau tidak salah di UPSI.


Perhatikan kepada cakap dan ulasannya hari ini. Semuanya berbau munafik dan tujuannya lebih untuk mengukuhkan kedudukannya dengan kontrek berkenaan. Saya yakin kalau sesudah habis kontrek nanti nadanya akan jadi lain pula, lebih kritis dan telus. Mungkin sekali lagi dia akan mencadangkan diadakan dokumen khas untuk ditaburkan kepada rakyat.


Selain itu pandangan beliau juga amat naif sekali kalau dibandingkan dengan ilmu dan pengetahuan yang ada dalam tubuhnya. Terbaru dia mengkritik Pas agar menukar nama Islam yang ada kepada parti berkenaan. Semuanya kerana Pas membawa tema baru dalam meraih sokongan rakyat iaitu 'Membangun Negara Berkebajikan.'


Zainal menyifatkan perjuangan Pas tidak Islam lagi kerana telah menukar perjuangan dari Islam kepada sosialis. Saya percaya beliau terpengaruh dengan apa yang diulas dalam akhbar yang menjadi tempat beliau berkokok. Sedih, seorang profesor yang sarat dengan ilmu membiarkan begitu saja lehernya dijerut oleh laporan akhbar yang menjadi lidah parti politik. 

Adakala ulasan politiknya menghentam pembangkang lebih rendah dari minda ketua cawangan Umno di hulu.


Apakah beliau tidak meluangkan sedikit masa untuk mengkaji apa yang berlaku dalam Pas dengan tema berkenaan? Kalau pun malas untuk membuat kajian sendiri upahlah budak-budak atau mahasiwa di bawah belenggunya untuk membuat kajian apakah Pas sudah berubah hala tujuan perjuangan atau tidak. Kajilah secara akademik dan bukannya dengan emosi kebencian.


Saya merasa malu kalau begitulah pemikiran dan sikap seorang profesor yang mudah dipengaruhi oleh akhbar lembu. Bagaimana para pelajar hendak menghormati dan menyanjungi keilmuannya. Dimana prinsip atau kaedah memahami sesuatu perkara yang dipelajar selama ini. Apakah Zainal tahu atau mendalami akan perlembagaan Pas dan juga struktur yang membentuk parti berkenaan.

Dan apakah Zainal melihat hala tuju sesebuah parti itu kepada cakap-cakap lisan atau pandangan individu pemimpin saja dan tidak dilihat apa yang digariskan dalam perlembagaannya. Apakah beliau jahil untuk mengetahui apa itu perlembagaan dan apakah fungsinya.

Untuk maklumat Zainal Kling yang tidak pergi ke muktamar Pas atau pun bercakap dengan orang Pas, hala tuju perjuangan Pas masih kekal seperti sedia kala. Tidak betul dan tidak benar kalau Pas telah menukar perjuangan dari Islam kepada sosialis persis DAP. Perjuangan Pas berpandu kepada Quran dan hadith jauh beza dengan sosialis DAP. Ulama masih lagi menjadi pemandunya. Tidak timbul kalau Pas menukar hala tuju atau dasar perjuangannya. Pas hidup dan berkembang bukan seperti diri profesor seperti anda.

Majlis Syura Ulama adalah pengawal kepada segala polisi dan dasar yang hendak diperkenal oleh Pas. Apa-apa perubahan yang hendak dilakukan mesti mendapat kelulusan majlis berkenaan. Sepatut sebagai seorang penganalisa politik beliau mengetahui akan hakikat ini. Macam mana seorang profesor boleh bercakap atas angin begitu saja.

Akhirnya saya rasa, lebih baik Zainal tidak bercakap dan mengulas mengenai Pas kalau beliau tidak tahu apa itu Pas. Lagi banyak beliau bercakap lagi jatuh martabatnya sebagai seorang profesor. Saya jamin dia tidak pernah memegang perlembagaan Pas sepanjang hayatnya. Atau kalau dia pegang perlembagaan Pas lagaknya pun tak ubah seperti pegang daun pakau saja.

Jangan Zainal malukan golongan profesor negara ini dengan pandangan dangkal dan lebih ke arah untuk menjaga periuk nasi dan meninggi perut seperti itu. Malaulah kalau seorang intelektual tetapi masih lagi menjadi pengampu kepada satu golongan semata-mata kerana ingin menjaga periuk nasi bukannya menegakkan keadilan dan kebenaran menerusi ilmu yang dipelajarinya. Jangan pula seorang profesor perlu kembali belajar semula dengan anak murid yang jauh ke depan.

Mungkin istilah yang pernah dipakai oleh Prof Syed Hussein Alattas yang mencemuhi golongan profesor yang cetek dan teduh ilmunya ini sebagai "profesor kangkung" layak untuk dikalungkan dileher Zainal Kling.[wm.kl.6:22 am 16/06/11]


SUMBER : http://tukartiub.blogspot.com/2011/07/rahsia-kang-kong-tebuka.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+TukarTiub+%28Tukar+Tiub%29


KANG KONG



kah kah kah
kah kah kah
kah kah kah


woit… PECAH RAHSIA…. kah kah kah..

kah kah kah…KANG KONG INI LULUSAN SINTOK…. kah kah kah

woit...MASIH TAK SEDAR LAGI.... kah kah kah..

kah kah kah... ZAMAN INTERNET NI SEMUA MAKLUMAT ADA... kah kah kah..

kah kah kah..YANG TAK ADA HANYA SATU.... kah kah kah..

woit...APAKAH ITU YANG TAK ADA?.... kah kah kah....

kah kah kah...BUKU TULISAN SI KANG KONG INI.... kah kah kah

nota:

setidak tidaknya
unku aziz telah berjaya
menulis buku pantun melayu
setebal 59 muka surat
kah kah kah


berapa?
lima puluh sembilan muka surat
kah kah kah


SIAPA KANG KONG INI DARI PEMBACA:

bukan tak salah...memang tak syak mangkok hayon atori ni bekas pensyarah uum...aku penah interview dgn dia.sambil makan karipap saja dia interview aku...dari situ aku tau penat ja aku turun dr shah alam pegi interview..kuang hajar punya atori...utk pengetahuan tt dia ni menjadi favorite tv3 sbg sumber rujukan hentam pembangkang...dah lama dah anjing ni jadi pencacai umno..atori ni hulur air kencing najib pun dia minum kahkahkahkah

Oleh Tanpa Nama pada SAEKOR KANG KONG MULA BERSUARA pada 11/07/12

aku tak tahu macam mana ahmad atory hussin ni boleh dapat phd dan taraf professor. aku ada la terpinjam buku dia kat lbrary masa Uni dulu pasal subjek sains sosial, buku dia standard tahap khalid jaffri (50 dalil) dangan SH alattas (pak syeikh penulis buku politik picisan je). Ini ke Phd dan professor punya kerja?

Oleh kgpadangbalang pada SAEKOR KANG KONG MULA BERSUARA pada 11/07/12

.. teman tak peduli sape pun kangkong ni ... walau pun dulu masa belajar dalam tingkatan enam dier bersekolah kat Sekolah Menengah Kebangsaan, Teluk Anson... memang sejak disitu lagi dier ni suka berkonsep dan berteori macam-macam, lepas tu sekolah tu di tukarkan kepada nama Sekolah menengah Seri Perak, Teluk Intan ... apa pun bukan sape dier yang teman pertikaikan ... tak kan la seorang professor tak nampak kebangkitan rakyat ... sape yang dia nak tipu ...? tak sangka orang macam ni boleh menipu sesuatu yang jelas lagi terang ... perhimpunan bersih 2.0 dengan matlamat untuk menjaga kesejahteraan rakyat ... boleh tak 'kepala' prof berfikir kalau Pilihanraya dah tak 'bersih' lagi apakah akan jadi pada generasi akan datang... ? komer mengaku professor ; tak kan benda semudah itu tak boleh nak fikir ... atau pun memang komer professor kangkung yang bersekongkol dengan umngook nak menipu rakyat ... teman setuju ngan ABU AMMAR 1.11 - patutlah IPT makin turun ranking dunia ...

Oleh golok perak pada SAEKOR KANG KONG MULA BERSUARA pada 11/07/12



nota:
glamour juga kerana
tt komen kang kong ini
kah kah kah

Pertanian..Menteri dan Pegawai BANGANG?



Idea baru untuk pemuliharaan ekosistem

Pada masa kini terdapat lebih dari 800 juta hektar tanah di seluruh dunia digunakan untuk pertanian. Ekosistem yang dahulunnya bersifat semulajadi kini telah diubah kepada ekosistem pertanian untuk menghasilkan makanan bagi memenuhi keperluan manusia. Penduduk dunia dianggarkan bertambah dari 7 billion kepada 9 billion pada tahun 2050. Dianggarkan 60% daripada penduduk dunia akan tinggal di bandar. 
Di Malaysia, penduduk dianggarkan berjumlah 29 juta pada tahun 2010. Daripada 33 juta hektar tanah hanya 24% adalah kawasan pertanian yang kebanyakannya ditanam dengan kelapa sawit dan getah. Pertambahan kawasan pertanian untuk makanan amatlah terhad. Sebagai contoh kawasan tanaman padi sejak satu dekad yang lalu adalah 500 ribu hektar dan tidak bertambah hingga kini, malahan semakin menurun disebabkan pembangunan.
Mengikut ramalan ahli agronomi, penggunaan teknologi pertanian terkini dianggarkan memerlukan kawasan pertanian seluas negara Brazil untuk menyara penduduk dunia.
Corak pertanian masa kini menimbulkan pelbagai masalah :
-Pertanian intensif menggunakan bahan kimia pertanian terutamanya pestisid dan baja dengan banyaknya. Ini mewujudkan risiko kesihatan melalui pencemaran udara, air dan makanan.
-Industry pertanian terdedah kepada pelbagai jenis bencana alam yang boleh menjejaskan hasil pertanian. Terkini, banjir di Pakistan pada Ogos 2010 adalah terburuk dalam sejarah yang telah memusnahkan kawasan seluas negara England.
-Destinasi pemasaran produk pertanian ke kawasan Bandar memerlukan kenderaan. Ini menyumbang kepada pembebasan gas rumah hijau dan pencemaran udara. Masalah ini menjadi lebih besar apabila permintaan makanan meningkat.
Perladangan menegak
Bagi mengatasi masalah kekurangan tanah, pertanian, idea ‘perladangan menegak’ (vertical farming) tercetus. Ladang ini terletak dalam bangunan pencakar langit. Bangunan ini dibina setinggi 30 tingkat dengan dinding kaca, bumbungnya dilengkapi panel suria dan persekitaran di dalamnya boleh dikawal. Pada setiap tingkat terdapat batas penanaman gergasi ataupun ladang dalaman (indoor field) yang dilengkapi dengan sistem pengairan yang canggih. Pelbagai jenis tanaman dan ternakan kecil akan diusahakan. Pokok diurus menggunakan kaedah rumah hijau dan kitar semula sisa-sisa makanan dan pertanian menggunakan teknologi terkini. Sumber tenaga diambil dari solar, angin dan ombak dan biogas (methana dari sisa tanaman). Sekiranya Berjaya dilaksanakan kaedah ini berpotensi mewajahkan semula bandar, mengeluarkan pelbagai makanan sepanjang tahun dan pada jangka panjangnya akan membaikpulih ekosistem.
Kaedah ini telah diketengahkan oleh Professor Dickson Despommier dari Universiti Columbia Amerika Syarikat. Ladang yang dijana akan memerlukan ruang, air, tenaga fosil yang amat sedikit. Dianggarkan satu blok bangunan 30 tingkat boleh menghasilkan makanan bersamaan dengan 1000 hektar di lapangan dan boleh membekalkan makanan untuk 50000 orang (makan 2000 cal/hari/orang).
Kebaikan perladangan menegak
-Pengeluaran hasil dapat dibuat sepanjang tahun kerana persekitaran dapat dikawal dan efisiensi pengeluaran tinggi.
-Tanaman dilindungi daripada bencana alam.
-Tanaman ditanam secara organic dengan menggunakan nutrien khusus.
-Larut resap dan hakisan tanah pertanian dapat dielakkan.
-Mewujudkan persekitaran lestari di Bandar yang menjadikannya bersih dan lebih selesa untuk didiami.






Saya petik:
Blogger.com merupakan antara perkhidmatan pertama yang dibeli oleh Google. Selepas hampir 8 tahun membeli perkhidmatan blog percuma tersebut, kini Google mengumumkan yang mana mereka akan menghentikan sokongan untuk pendaftaran masuk ke akaun Blogger menggunakan akaun selain daripada akaun Google. Perkara ini akan dilaksanakan pada 25 Jun 2011 nanti. Menurut Google, bagi pengguna yang tidak mengubahnya  kepada akaun Google selepas 25 Jun kelak, mereka akan memadam akaun tersebut, bersama-sama blog-blog yang didaftarkan pada akaun lama tersebut.


Bagi pengguna blogger/blogspot yang menggunakan akaun selain akaun Google untuk log-in ke blog, wajib menukarnya dengan kadar segera bagi mengelakkan blog anda dihapuskan.


Contoh : pakpandir@yahoo.com ditukarkan kepakpandir@gmail.com!


Bagaimana nak tukar email login ke blog? Ikuti langkah-langkah di bawah!
1. Create akaun gmail


Mula-mula, create akaun gmail dulu. Kalau dah ada, ikuti langkah seterusnya.


2. Sign in blog macam biasa ( guna email yahoo -contohnya ). Pergi Settings > Permissions > klik Add Authors > Masukkan email gmail > klik Invite.


3. Login akaun gmail > ada email jemputan > klik link untuk pengesahan. Ada notis "To join this blog as an author, accept the invitation by signing in with your Google Account here". Jangan takut, klik saja ‘here‘ dan kita akan dibawa memasuki dashboard blog tersebut.


4. Logout dari akaun gmail tersebut dan login pula menggunakan email yang mula-mula ( yahoo )


5. Pergi kat Settings > Permissions >ada nickname dan email yang baru kita add tadi sebagai author. Klik grant admin privileges.


6. Nickname lama dan email lama boleh di remove, Sekarang blog tersebut menggunakan akaun gmail sepenuhnya.


Kalau ada 3-4 blog lain, ulanglah langkah di atas sehingga kesemua blog berkumpul di bawah satu username sahaja.


** untuk maklumat lanjut, klik : buzz.blogger.com , kujie.com , dan solihinzubir.com

BRITISH dog...still biting barking Malays?


UMNO Sebenarnya Anjing Kepada British

Kalau roboh kota Melaka
Papan di Jawa kami dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Badan dan nyawa kami serahkan

Pantun empat kerat di atas sering ditafsir sebagai pantun orang-orang muda yang sedang asyik bercinta, walaupun sebenarnya ia diucapkan oleh pejuang-pejuang Melayu Islam dari Acheh, Pasai, Perlak, Inderagiri,Jawa dan tentera-tentera Raja Melaka yang terpaksa berundur ke Johor akibat diserang Portugis. Ia adalah manifestasi keazaman dan iltizam pejuang-pejuang Melayu terdahulu untuk merampas dan mengembalikan semula Melaka sebagai sebuah empayar Melayu dan pusat perkembangan Islam di Nusantara.

Sekalipun hasrat itu tidak tercapai lantaran kemerdekaan hanya dicapai selepas 4 bangsa menjajah selama hampir 600 tahun namun sejarah tetap merakam siri-siri serangan berterusan mereka ke atas Portugis dan kemudiannya Belanda sebagai bukti semangat perjuangan menentang penjajah.

Sebut tentang kemerdekaan, aku tak rasa ramai akan ingat tarikh 31 Ogos kalau bukan kerana hari itu hari cuti umum. Apalah sangat yang nak diraikan, bukan tok nenek aku yang pergi ‘berjuang’ berunding dengan orang putih di London dulu. Kalaulah ada yang berjuang dengan corak yang lebih ‘kekirian’ mahupun dengan cara mengangkat senjata, itu bukan pejuang namanya,itukan komunis. Bukankah komunis itu pengganas?

Menyusuri tempoh beberapa tahun menjelang 1957, tidak ada parti-Parti berhaluan kiri yang menentang penjajah secara agresif, semuanya telah diharamkan. Selepas British mengenakan Darurat 1948 Parti Kebangsaan Melayu Malaya, Angkatan Pemuda Insaf, Angkatan Wanita Sedar, Hizbul Muslimin, Parti Komunis Malaya mahupun pergerakan massa dan buruh seperti PFMTU sudah lama jadi arwah bersama pemimpin-pemimpin mereka. Ada yang diburu sehingga lari ke Indonesia, dibunuh, ditangkap, dipenjara, dihumban ke Kamunting, dibuang daerah bahkan ada yang dihukum gantung.

Justeru tiada saingan politik, parti berhaluan kanan khususnya UMNO naik lemak. Agenda perjuangan menuntut kemerdekaan tidak pernah menjadi agenda utama parti sehinggalah memasuki dekad pertengahan tahun 1950an. Itu pun didorong oleh rungutan ahli-ahli akar umbi atas beberapa isu yang melibatkan kedudukan Islam yang nampak goncang, khususnya ura-ura UMNO untuk menaja loteri khas dan isu Natrah.

Hasrat ini ditentang bukan sahaja rakyat tetapi juga menimbulkan kegelisahan sebahagian ahli-ahli UMNO sendiri. Kumpulan inilah akhirnya, bersama-sama dengan bekas-bekas anggota Hizbul Muslimin menubuhkan Parti Islam Semalaysia, yang akhirnya bertindak keluar dari UMNO kerana keengganan UMNO meletakkan Islam sebagai asas perlembagaan negara Persekutuan Tanah Melayu.

Saadon Jubir jangan harap UMNO akan dikenang kerana membela akidah si gadis Belanda itu. Nak harapkan Dato’ Onn, beliau bukan hanya menjauhkan diri beliau malah memperingatkan ahli-ahli supaya tidak masuk campur dalam hal yang melibatkan birokrasi dan perundangan di kalangan pentadbiran British di Tanah Melayu, Singapura dan Belanda pada waktu itu. Aku nak ingatkan, ini fakta, bukan tafsiran.

Pendirian Dato’ Onn ini pasti disenangi British. Dan, ini juga bukan kali pertama beliau berbuat demikian. Kira-kira 6 tahun sebelumnya, sewaktu mengetuai bantahan terhadap rancangan Malayan Union beliau bukan setakat mendapat sokongan rakyat,malah dari saingan politik yang lebih berpengaruh dan lebih lama seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya. Pemimpin seperti Dr Burhanudin Al Helmy, Ahmad Boestamam.

Anehnya, sokongan dari PKMM hanyalah sekadar batu loncatan untuk Dato’ Onn meningkatkan populariti beliau. Dr Burhanudin sendiri pernah ditempelak dan disindir kerana mengangkat slogan "Merdeka" sebagai matlamat utama perjuangan PKMM. “kalau jarum pun tidak boleh nak buat, bagaimana nak perintah negara sendiri”.

Berbanding PKMM, UMNO lebih selesa dengan slogan "Hidup Melayu", berasaskan asal wujud parti itu sendiri hanya untuk menentang "Malayan Union", bukannya untuk membebaskan diri dari penjajah British.

Hakikatnya keinginan UMNO untuk mencapai kemerdekaan hanya dizahirkan secara terbuka selepas 1953, apabila kata keramat ‘merdeka’ dilaungkan buat pertama kalinya dalam Persidangan Agung UMNO oleh pengganti Dato Onn, Tunku Abdul Rahman. Lantas, aku jadi terpinga dan terkesima, apa yang UMNO perjuangkan selama beberapa tahun terdahulu, kemerdekaan atau sekadar menjadi alat penjajah menangkis kemaraan gerakan menuntut kemerdekaan? Mengapa mereka dalam banyak hal seolah-olah menjadi batu penghalang pejuang-pejuang kemerdekaan dan menjadi propagandis kerajaan British.

Cuba ambil contoh kes pembunuhan "Henry Gurney, "Pesuruhjaya Tinggi Malaya dalam suatu serang hendap oleh gerila Parti Komunis Malaya pada Oktober 1951. Buku-buku sejarah yang ditulis rata-rata mengecam teruk atau pun menggambarkan peristiwa ini sebagai suatu tragedi.

Jika sosok ini diketahui pernah menjadi Pesuruhjaya British di wilayah "Palestine" antara 1946-1948 (Israel-British Mandate), mengapakah misalnya kita sampai sekarang mengabadikan namanya di beberapa jalan di Pulau Pinang atau Kuala Lumpur, kerana jasanya membunuh anak-anak, keluarga dan pejuang-pejuang Palestine?

Atau pun menghantar anak-anak kita yang bermasalah menjalani pemulihan akhlak di sebuah sekolah di Melaka bernama Henry Gurney? Mungkin aku yang silap, mana tahu berkat nama keramat Henry Gurney ini anak-anak kita berubah menjadi orang ‘baik-baik’.

Kalau ada antara orang-orang UMNO yang tidak semena-mena jadi gila meroyan tidak tentu hala bila Mat Sabu mengatakan mereka yang menyerang "Bukit Kepong" pada 1950 itu adalah pejuang kemerdekaan yang sebenar, sebenarnya mereka itu tidak lebih dan tidak kurang dari penyokong-penyokong "JWW Bitch, Henry Gurney, Brooke, Duncan Steward mahu pun mana-mana penjajah Inggeris.

Kenapa UMNO sampai sekarang masih tidak dapat membezakan mana pejuang mana petualang? Aku pun tak faham kenapa UMNO tak faham sejarah. Kalau ditanya siapa pejuang antara kelompok "Maharaja Lela, Datok Sagor, Siputum dan Pandak Endut dengan JWW Birch dan "Mat Arshad, aku rasa dalam soal ini tiada perbezaan pendapat siapa pejuang, siapa penjajah dan siapa pengkhianat.

Di Pasir Puteh Kelantan "Haji Hassan bin Panglima Mat Munas mengetuai pemberontakan terhadap undang-undang cukai yang diperkenalkan British sebaik sahaja Kelantan diperolehi dari Siam melalui "Perjanjian British Siam 1909". Walaupun faktanya adalah nama pegawai daerah tersebut bernama "Abdul Latif, mata-mata yang terbunuh bernama "Sarjan Sulaiman dan hakikat bahawa Sultan Kelantan sendiri atas tipu helah British telah mengisytiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, tidak ada pula pertelingkahan pendapat di kalangan kita bahawa Tok Janggut itu pejuang dan British itu sebagai penjajah yang memang patut ditentang.

Di Terengganu pemberontakan menentang undang-undang cukai tanah yang diperkenalkan British juga menuntut harga pengorbanan yang tinggi. Ramai petani-petani yang mati dalam pertempuran dengan polis seperti yang berlaku di "Padang Kachong - Telemong.

Kalau umur panjang, merengkok dalam penjara bertahun-tahun. Pemimpin seperti "Hj Abdul Rahman Limbong, seorang ulama dibuang ke Mekah hingga ke akhir hayat. Siapa yang ditentang?

"Polis Persekutuan Negeri-Negeri Melayu dan Singapura, dari pelbagai bangsa termasuk Melayu. Pun begitu fakta tetap fakta. Tiada pemisahan atas dasar ras. Mereka hanya dipisahkan atas satu garisan. Sebelah sini pejuang peribumi dan sebelah sana penjajah. Tiada khilaf. Pejuang disanjung, penjajah mahupun petualang, walau siapa pun mereka tetap akan dikutuk.

Kita menyanjung keberanian "Dol Said hingga beroleh kemenangan dalam siri perang "Naning" yang pertama. Dengan menggunakan kaedah perang gerila di samping bantuan dari "Johol, Seri Menanti dan Muar" tentera British lari lintang pukang.

Begitu pun watak pengkhianat, petualang atau tali barut, namakan apa sahaja akan sentiasa ada dalam sejarah perjuangan sesuatu bangsa atau negara bangsa. Golongan opportunis yang hanya memikir kepentingan dan tembolok sendiri sahaja walaupun menyedari yang ditentang itu adalah anak bangsanya sendiri,sedangkan dirinya sendiri menjadi penjilat bangsa yang menjajah.

Dol Said akhirnya tewas dalam perang yang berikutnya apabila "Tuan Muda Raja Ali dari "Rembau" menghantar 600 tentera untuk membantu British menyerang Naning.

Ada sebahagian rakyat Sarawak yang mengutuk "Rosli Dhobi, Morshidi Sidek serta rakan-rakannya dalam "Rukun 13" yang membunuh Duncan Steward, gabenor kedua Sarawak pada 1948. Ia adalah gambaran hasrat sebahagian rakyat Sarawak yang mahu merdeka, bukan dijajah. Lebih 100 tahun duduk di bawah raja Brooke, masih ada yang tidak merasa apa-apa apabila"Pejabat Tanah Jajahan di London menukar sistem pemerintahan beraja di Sarawak kepada sistem "Gabenor".

Di mata Rosli Dhobi dan rakan-rakan serta yang menyokong mereka, ia tidak lebih dari silap mata penjajah British yang mahu terus memerah hasil bumi dan menjarah maruah mereka. Malangnya tidak begitu di mata sebahagian mata rakyat Sarawak pada waktu itu.

Semasa Mat Indera dan rakan-rakan mengepung "Rumah Pasong Bukit Kepong" (bukan Balai Polis – tengok dalam filem Bukit Kepong beliau bukan bertindak kerana membaca" Das Kapital - Karl Marx. Beliau bukannya aktivis komunis, beliau adalah "Setiausaha Angkatan Pemuda Insaf (API) - yang slogannya "Merdeka Dengan Darah - daerah Muar. Mendapat didikan agama dan menabur bakti sebagai guru agama di Sekolah Agama Bandar Pontian.Pernah mendapat butang perak dari Kerajaan Johor atas kecemerlangannya dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru sekolah agama.

Orang-orang kampung pun mungkin tidak pernah dengar nama Karl Marx, Das Kapital atau "Mien Kamp". Apakah benar rakyat biasa menyokong British ketika itu? Naif sangatkah orang-orang Melayu sekitar Pagoh atau Muar hingga tidak tahu siapa pejuang siapa penjajah. Kalau betullah sosok bernama Mat Indera ini tidak popular dikalangan rakyat bagaimana boleh lebih dari 1000 orang penduduk tempatan menyertai rapat umum di Muar meraikan kemenangan ke atas serangan rumah pasong tersebut?

Tolong ingat, lokasi ini bukan di Kuala Lumpur atau Pulau Pinang atau Johor Baharu. Dan peristiwa ini pula terakam pada saat undang-undang darurat sedang dikuatkuasakan. Ini zaman darurat. Kehadiran seramai ini juga adalah manifestasi semangat dan iltizam rakyat menyokong tuntutan kemerdekaan. Ini jugalah yang ditakuti British.

Apakah darjah perjuangan Mat Indera dan rakan-rakannya berbeza dengan Tok Janggut, Dato Bahaman,Mat Kilau, Maharaja Lela, Hj Abdul Rahman Limbung, Rosli Dhobi dan lain-lain. Buatkan satu kotak dengan 2 bahagian terpisah, bahagian atas satu kolum dilabelkan pejuang atau hero, satu bahagian kolum lagi dilabelkan penjajah atau petualang. Kalau kita boleh bersetuju Dato Bahaman, Dato Sagor, Siputum, Dol Said dan lain-lain diletakkan dalam kolum pejuang, sementara pihak British dan penyokong mereka dalam kolum penjajah atau alat penjajah, mengapa tidak Mat Indera dan rakan-rakannya.?

Atau letak dalam posisi terbalik, Mat Indera sebagai penjajah sementara British serta mata-mata (polis) sebagai pejuang kemerdekaan,sudah tentu ada yang terbahak-bahak ketawa sampai terguling.

Paling tidak pun untuk memuaskan hati semua pihak letakkanlah semuanya dalam satu kolum, semuanya pejuang, tiada penjajah atau tiada yang menjadi alat penjajah. Aneh bukan, tentulah tidak logik kerana faktanya adalah mereka sedang berkonfrontasi pada subuh 23 Februari 1950. Bak kata

Tolong ingat peristiwa ini berlaku tahun 1950, 3 tahun terkemudian baru UMNO nak bergebang pasal merdeka. Tolong ingat juga fakta bahawa parti-parti seperti PKMM,PKM, Putera, API,AWAS, Hisbul Muslimin sudah diharamkan 2 tahun terdahulu.

Tolong faham suasana ini. Tempoh 5 tahun ini adalah vakum, kosong tanpa pengisian. Tolong faham tiada siapa yang berani bercakap pasal kemerdekaan secara terbuka. Tolong faham pergerakan-pergerakan menuntut kemerdekaan samada parti-parti politik, kesatuan buruh dan gerakan massa telah diharamkan.
Tolong faham resah gelisah massa pada masa ini. Tolong faham kenapa kenapa British wujudkan rumah-rumah pasong (sekali lagi "BUKAN Balai Polis) ketika itu. Tolong faham rakyat mahu merdeka tapi seolahnya UMNO kata kena pandai buat jarum sendiri baru boleh merdeka. Jadi macam mana?

Jika parti yang cakap pasal merdeka kena haram. Bila pemimpin cakap pasal merdeka ada yang kena gantung, kena tangkap, masuk penjara, buang negeri. Rakyat cakap pasal merdeka kena masuk rumah pasong.Kalau ikut cakap British macam UMNO bila kita nak merdeka? UMNO ada cakap pasal merdeka? Belum. Ini tahun 1950, kena tunggu lagi 3 tahun baru UMNO nak cakap pasal merdeka.

Kenapa parti-parti ini diharamkan. Kerana kes pembunuhan 3 warga British di sebuah ladang di Sungai Siput? Ia hanya alasan tetapi hakikat sebenar ialah selepas Perang Dunia Kedua, disebalik menang dalam "Perang Dunia Kedua, ekonomi Britain hampir bankrup. Jumlah perbelanjaan mereka sepanjang kempen perang tersebut hampir setengah trilion dolar, Britain terpaksa memotong lain-lain perbelanjaan domestik dan mengenakan polisi cukai yang tinggi sehingga 98% untuk menampung perbelanjaan perang mereka.

Pada masa yang sama fenomena tuntutan kemerdekaan mula menjalar di kebanyakan negara jajahan British. "India (1947) Sri Lanka (1948), Myanmar (1948) serta negara-negara di Asia Tenggara seperti (Indonesia 1945 - Belanda) dan Vietnam 1945 - Peranchis). Apatah lagi kesan dari "Piagam Atlantik yang ditandatangani antara "Winston Churchill (Britain) dan "Franklin Roosevelt (US), Britain memperakui komitmennya untuk memberikan kemerdekaan dan hak untuk memerintah sendiri wilayah-wilayah yang dijajahnya.

Mahu tidak mahu British menyedari bahawa Tanah Melayu terpaksa dilepaskan pada suatu hari. Memberi kemerdekaan secara mutlak bermakna tiada lagi jaminan terhadap semua kepentingan ekonomi British dalam industri perladangan dan perlombongan (lihat sahaja kes pengambilalihan 51% saham Guthrie oleh PNB di London Stock Exchange pada 1981 – hanya selepas 24 tahun negara merdeka).

Apakah gabungan parti parti berhaluan kiri dari pelbagai bangsa PUTERA-AMCJA yang menjunjung kuasa rakyat seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Rakyat mampu diterima British. Dasar parti-parti ini bersifat kekirian dan tidak mesra British menimbulkan curiga terhadap komitmen mereka untuk menjaga kepentingan-kepentingan British dari segi politik dan ekonomi mereka.

Tanpa perlu menoleh jauh, sekumpulan birokrat tempatan yang umur politiknya baru setahun jagung boleh menawarkan penyelesaiannya. Kebanyakkan mereka berketurunan bangsawan, mendapat pendidikan barat dan bekerja dengan British sebagai pegawai-pegawai kerajaan.

UMNO pada ketika ditubuhkan tiada mempunyai walau sekelumit cita-cita untuk membebaskan Tanah Melayu dari penjajahan British. Cita-cita murni "Ibrahim Yaakob, Dr Burhanudin, Ustaz Abu Bakar Bashir, Ahmad Boestamam, S.Ganapathy, Miaw Siu yang mewakili aspirasi rakyat Tanah Melayu bukan hanya dibalas dengan sindiran-sindiran dan ejekan oleh pemimpin UMNO, tetapi apabila sebahagian mereka diangkat British menjadi menteri seperti Dato Onn, mereka jugalah yang menjadi talibarut barut British memberi amaran kepada tuannya tentang ancaman dari golongan kiri.

Sesiapa pun tidak akan lupa, sebaik habis kongres parti-parti yang membentuk perikatan PUTERA-AMCJA di "Gunung Semanggol dengan penyertaan seramai 5000 ahli pada Mac 1948, Dato Onn memberi peringatan, "Hubaya,hubaya, bahaya dari gunung...".

Beliau juga pernah mengingatkan bahaya akar yang tumbuh melata, merujuk kepada parti Hisbul Muslimin dengan warna merah sebagai warna komunis. Bermula dari situ, dari pengisytiran Darurat 1948, pengharaman parti-parti berhaluan kiri dan penangkapan besar-besaran pemimpin mereka, British menikmati masa untuk menstruktur dan melakar strategi melindungi kepentingan mereka sebelum Tanah Melayu dimerdekakan. UMNO, disebalik "political vacuum yang mereka nikmati kerana tiada saingan politik mula menjalani proses melenggang perut untuk menambahkan lemak.

Bila lemak sudah banyak jangankan suara rakyat yang menuntut kemerdekaan hendak didengari, usul dari pemuda UMNO sendiri dalam persidangan mereka pada tahun 1951 turut ditolak. Hah, yang ini pun berlaku selepas Peristiwa Bukit Kepong. Ingat, sampai setakat ini UMNO masih memperakui British itu sebagai tuannya, dan tugas mempertahankan kepentingan tuan penjajah adalah tugas bagi yang wajib dilaksana oleh mana-mana penyembah walaupun yang ditentang itu adalah anak bangsanya yang menuntut kemerdekaan bangsanya sendiri.

Hari ini kita berdiri di sini hanya membaca sejarah yang terakam dan membuat penghakiman secara mudah, tanpa berusaha memahami suasana semasa dan jerih perih pejuang terdahulu. Begitu panjang masa dan letih pejuang-pejuang ini berpencak dan bersilat melawan penjajah, akhirnya kita dikelirukan dengan silau sipemegang kunci kemerdekaan. Tahun 1953 baru UMNO nak sebut merdeka, kemudian pergi London ‘berunding’ dengan tok penjajah, akhirnya dapat kemerdekaan tanpa titisan peluh, air mata mahupun setitik darah yang tertumpah.

Sampai biru mata hitam Mat Indera dan rakan-rakannya yang berjuang mengangkat senjata, seperti juga pejuang-pejuang lain yang berjuang dalam lapangan masing-masing, guru-guru, para ulama, pemimpin masyarakat, penulis-penulis sastera, ahli-ahli politik berhaluan kiri, jangankan nak dapat penghargaan atau pengiktirafan sebaliknya dikutuk, difitnah oleh anak bangsa sendiri. UMNO jugalah yang diangkat sebagai pejuang kemerdekaan.

Akhirnya, membuat pensejarahan kemerdekaan, seperti juga lain-lain peristiwa, bukan seperti menulis kisah-kisah fantasi atau fiksyen. Semasa menuntut dahulu, kami mempelajari sejarah juga adalah disiplin ilmu yang saintifik dan bersifat empirikal. Ia bermaksud dapatan-dapatan maklumat diperolehi mesti diuji kebenarannya terlebih dahulu sebelum ia boleh diketengahkan sebagai suatu fakta.

Begitupun ia masih perlu bersikap objektif, seperti kata "Leopold van Ranke" menulis sejarah seperti ia benar-benar berlaku. Menulis sejarah dengan memilih sebahagian fakta dan mengenepikan sebahagian fakta yang lain akan hanya menghasilkan sejarah yang tempang dan bersifat propaganda.

Dalam kes Mat Indera secara khusus atau pun sejarah kemerdekaan secara umum, jelas sekali selama 60 tahun kita ditipu dan dihidang bukan dengan sejarah tetapi dengan propaganda. Malangnya zaman berubah. Sekarang adalah zaman ledakan maklumat. Terimakasih Mat Sabu, terima kasih Utusan Malaysia...

Posting by: Teratai Liar.