ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Sunday, 7 April 2013

Prof. Sidek Baba Di Bayar RM15,000 Sebulan Untuk Burukkan Anwar?


Prof. Sidek Baba Di Bayar RM15,000 Sebulan Untuk Burukkan Anwar?


"Ada sesuatu yang tidak kena pada integriti Anwar. Integriti sangat penting tetapi kalau tampil dengan imej yang tercalar mungkin orang luar boleh jadikan ini asas peras ugut, apatah lagi orang dalam, apa lagi rakan-rakan komponen dalam pakatan rakyat," kata pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Datuk Dr Sidek Baba.


"Bila saya masuk (tahanan) ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri)(pada 1998) selama 16 hari saya juga didedahkan siapa Anwar sebenarnya. Tidak mudah sekelip mata saya terima," katanya.


Sidek berkata beliau meninggalkan Anwar selepas tiga tahun membuat kajian dengan menemu bual 28 individu yang rapat dengan ketua pembangkang itu, serta membuat solat sunat Istikharah bagi memohon petunjuk.

"Ada orang kata saya tidak mengenang budi. Tetapi isunya antara kebenaran dan kebatilan. Takkan kerana benda tidak benar berlaku saya harus membisu? Saya akan bertanggungjawab depan Allah nanti.

"Saya tidak tuduh dia (Anwar) liwat atau zina. Saya hanya sebut saya kaji bahawa kredibiliti Anwar tercabar. Sebab itu saya berhak untuk tidak memaksa diri saya bersama dengan dia. Itu hak saya seperti orang lain yang memihak pada dia. Berlaku adillah pada saya," katanya.

Sidek juga berkata beliau tidak berniat mengaibkan Anwar, sebaliknya hanya mengambil tindakan yang perlu bagi menghentikan kemungkaran yang berlaku.

Hmmm... bettul ke apa Sidek Baba katakan itu?

Baca apa yang ditulis oleh Hj Omar Bin Abdul Rahman dari Ipoh, Perak yang mendakwa dirinya adalah Ahli UMNO yang bersifat nasionalis bukan Islamis seperti Sidek Baba..

Sidek Baba Pejuang Islam: Orang kesayangan Anwar Ibrahim

Saya mengenali Sidek Baba sejak 1977 bila saya menjadi Mahasiswa Universiti Malaya dan Sidek menjadi AJK Minggu Orientasi-UM.

Kami panggil dia Cikgu Sidek kerana dia sudah dewasa umurnya.Dia senior saya satu tahun sahaja dari segi senioriti di universiti tetapi saya jauh lebih muda dari beliau dari segi umur kerana saya fresh dari sekolah dan terus ke universiti.

Saya mengikuti dari dekat perkembangan kerjaya Sidek. Sidek bercerita bagaimana beliau datang dari keluarga susah. Bermula bekerja sebagai budak pejabat kemudian ambil kelas malam dan lulus SPM. Kemudian ke Maktab Perguruan. Mengajar di sekolah. Kemudian ambil kelas malam. Lulus STPM dan masuk ke Universiti Malaya.

Sidek lembut orangnya. Berbicara dengan bahasa yang baik dan teratur. Beliau bergiat cergas dalam Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM). Diantara yang aktif waktu itu ialah Syed Darwilah, Allahyarham Datuk Nasaruddin Jalil, Dr Oniah dan ramai lagi. Saya terlibat dalam kumpulan Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya (PBMUM). Diantara yang aktif ialah Dato’ Rozai Shafian,Bekas Speaker Kedah. Juga Tan Sri Muhammad Mohd Taib Bekas Menteri Besar Selangor.

Sidek juga mengajar di Yayasan Anda, yang terletak di deretan kedai di Pantai Baru betul-betul di depan pintu masuk Universiti Malaya. Sekolah Persendirian yang ditubuhkan oleh Anwar Ibrahim,Datuk Kamaruddin Mohd Nor,Datuk Kamaruddin Jaafar bagi mambantu anak-anak Melayu yang tercicir dari arus pendidikan. Ramai anak Melayu yang miskin menuntut disini dan ramai yang berjaya dalam hidup. Datuk Zabidi Zainal Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, KPPA adalah bekas pelajar Yayasan Anda.

Semasa di universiti hubungan kami rapat walaupun agak berlainan pendapat dan ideologi politik. Dia Islamis dan saya nasionalis. Bila ada masa terluang sementara menunggu kuliah selanjutnya, Sidek akan bersyarah panjang kepada kami tentang perjuangan Islam dan Anwar Ibrahim. Bagi Sidek, Anwar adalah pemimpin yang akan memimpin umat Melayu menuju ke kemuncak dan mesti berpaksikan Islam. Setiap lima ayat yang diungkapkan oleh Sidek akan ditutup dengan menyebut perkataan “Pak Sheik” bermaksud Anwar Ibrahim. Anwar adalah idola Sidek. Saya amat meluat melihat betapa taksubnya Sidek kepada Anwar.

Anwar selalu masuk kampus dan bercerita tentang dirinya yang terpenjara di Kemunting kerana membela rakyat Baling, Kedah. Hampir setiap minggu ada saja program sebagini yang dianjurkan oleh Sidek dan PMIUM. Dimata kami Sidek adalah Anwar dan Anwar adalah Sidek.

Selepas lulus dari universiti dan menamatkan Diploma Pendidikan saya dilantik menjadi Guru Siswazah. Saya akhirnya menyertai UMNO dan aktif di Cawangan. Sebagai Pegawai Pendidikan Division Satu,saya tidak boleh aktif dihadapan jadi saya bantu dari belakang.

Hubungan saya dengan Sidek berterusan. Bila Anwar menjadi Menteri Pendidikan dan berpejabat di Bandar Baru Damansara, saya ditukarkan ke Kementerian Pendidikan sebagai Ketua Unit.

Adalah menjadi amalan Anwar setiap hari Jumaat Anwar akan berjumpa dengan orang awam,orang kampong, sahabat-sahabat beliau dan sesiapa sahaja tanpa temujanji.Anwar akan jamu tetamu makan nasi bungkus. Amalan ini berterusan hingga beliau meninggalkan Kementerian Pendidikan. Orang yang sentiasa saya jumpa dihampir setiap Jumaat ialah Sidek. Macam-macam yang dia bawa cerita dan bilik saya akan jadi tempat persinggahan beliau samaada sebelum berjumpa Anwar atau selepas jumpa Anwar.

Malah diantara tajuk yang sentiasa dibawa dalam perbincangan kami bagaimana beliau katakan beliau lebih layak menjadi EXCO jika dibandingkan dengan mana-mana EXCO Kerajaan Negeri Melaka dan telah beliau nyatakan beberapa kali kepada Anwar untuk bertanding di Melaka dan menjadi Ketua Menteri Melaka.

Saya memang tidak berminat untuk mendedahkan hal keburukan Sidek pada ramai. Sebagai seorang Pegawai Kerajaan yang telah bersara, saya selesa berihat dan membaca. Tetapi akhir-akhir ini Sidek terlalu ghairah mencaci dan mencerca Anwar. Saya ahli UMNO. Saya juga bukan pengikut Anwar tetapi pembohongan Sidek yang saya anggap keterlaluan mesti dihentikan.

Sidek memang kaki bodek. Kalau bercakap amat lembut dan bahasa bersajak. Orang lain bodoh belaka dan dialah orang paling hebat. Kata-kata manis ini, bagi mereka yang kenal dia, satu penipuan.

Allahyarham Datuk Nasaruddin Jalil pernah beritahu saya bahawa Sidek setiap hari dan malam menelefon beliau untuk lobi Anwar beri biasiswa supaya dia dapat buat Masters. Akhirnya Anwar luluskan. Kemudian lobi Azmin untuk minta Anwar luluskan beliau buat Ph.D Juga dia dapat. Bagi saya itu bukan kesalahan kerana Sidek ingin memperkemaskan dirinya menjadi seorang ilmuan.

Tapi bila melobi kawan-kawan di Selangor dan minta tanah dari Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Menteri Besar Selangor, itu ada sedikit masalah. Muhammad Taib beritahu Nasaruddin dan saya yang dia telah beri tanah ‘prime land’ milik PKNS kepada Sidek tapi Sidek jual tak sampai pun setahun diluluskan. 

Sidek ambil duit taukeh Cina dan bayar premium kepada PKNS dan lebih dari separuh dia kebas kerana Muhammad Taib jual tanah PKNS kepada Sidek dengan premium yang amat murah. Saya yakin Anwar tahu hal ini. Muhammad Taib pernah menjadi Naib Presiden UMNO dan dia tahu Sidek rapat dengan Anwar.

Sidek waktu itu Timbalan Rektor berulang alik ke pejabat Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri lobi Azmin, lobi semua orang untuk jadi Rektor UIA. Sebenarnya ramai Pensyarah UIA yang lebih senior dari Sidek yang layak jadi Timbalan Rektor. Tapi kerana pressure dari Pejabat Anwar Ibrahim, Sidek dapat jawatan itu.Jawatan Timbalan Rektor. 

Saya orang UMNO saya juga tidak setuju dengan tindakan Anwar menempatkan Sidek disitu. Sidek ada Ph.D dan kajian akedemik yang beliau lakukan untuk Ph.D ialah berkenaan ‘Institusi Usrah (Study Circle) dalam ABIM. Kita tidak pertikaikan Ph.D nya tapi bidang kajian itu, terlalu cetek untuk dia menjadi Rektor UIA. Bila dia gagal ke jawatan Rektor UIA Sidek amat kecewa.

Bila Pakatan Rakyat merampas Selangor Sidek berjumpa dengan Dr Wan Azizah isteri Anwar untuk melobi ke jawatan Timbalan Naib Canselor UNISEL. Saya jumpa seorang Dekan UNISEL yang dahulunya sama Jabatan dengan saya semasa di Kementerian Pendidikan. Dia kata kami mungkin dapat ketua baru di UNISEL. Sidek Baba akan jadi Timbalan Naib Canselor jika Tuanku Sultan setuju. 

Baru-baru ini saya dapat tahu orang yang sekat Sidek dari dipertimbangkan ke jawatan itu ialah Anwar Ibrahim sendiri bukan kerana faktor umur atau lain-lain tetapi bagi Anwar, Sidek tidak cemerlang. Sidek selepas mendapat Ph.D tidak pernah menulis apa-apa ‘memorable academic paper’ dan tidak ada satu pun academic paper dalam International Journal yang beliau hasilkan.

Bila Dr Mahathir menahan Sidek dibawah ISA selama 14 hari, akibat tercetusnya gerakan reformasi, Sidek cerita segalanya kepada ASP Kamal Pegawai SB yang menyiasat beliau. Sidek mengaku yang dia bersama sekumpulan pelajar-pelajar UIA seramai 18 orang merancang bersama-sama Pemuda UMNO yang diketuai oleh Zahid Hamidi mahu menawan RTM. 

Sidek yakin rakyat akan bangkit menentang Dr Mahathir kerana ABIM mempunyai ramai anggota dan ahli UMNO yang menyokong Anwar. Sidek pecahkan semua rahsia Gerakan Reformasi kepada polis. Akibat tindakan beliau ramai yang ditahan antaranya: Roslan Kassim, Ezam Mohd Nor, Datuk Kamaruddin Jaafar, Malik Hussin, Datuk Zamri Kadir, dan ramai lagi pelajar UIA yang terlibat tetapi sempat melarikan diri termasuk Dr Yusri Mohamad dan Dr Asyraf Wajdi anak Datuk Dusuki Ahmad.







Sidek tidak ditahan lama malah tidak dibawa ke Kemunting. Beliau dibebaskan setelah bersetuju untuk bekerjasama dengan polis dan menjadi agen polis bagi melumpuhkan Gerakan Reformasi.

Bila saya berjumpa beliau sebulan selepas dibebaskan dari ISA di Hotel Legend Kuala Lumpur beliau kelihatan seperti orang yang baru keluar dari hutan belantara. Mukanya pucat dan wajahnya ketakutan. Bercakap secara berbisik dan ayat yang diungkapkan tidak jejas. Saya faham keadaanya.

Pada satu Jumaat dua bulan yang lalu saya jumpa dia sekali lagi di Masjid di Sentul. Perwatakannya tidak berubah. Bercakap secara berbisik seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena.

Kini baru saya faham kenapa Sidek menyerang Anwar. Kenapa Sidek fitnah Anwar. Mudah sahaja plot dan jalan ceritanya. Sidek satu masa dulu amat yakin kepada perjuangan Anwar. Sidek dapat banyak habuan dari Anwar. Tapi ada lagi yang belum cukup untuk Sidek. Sidek merasakan beliau telah banyak berkorban untuk Anwar hingga ditahan dibawah ISA. 

Bila Anwar kembali berkuasa Anwar gagal membantunya untuk menjadi orang nombor satu di UNISEL. Maknanya Anwar sudah ada penggantinya dan Sidek bukan lagi orang kesayangan Anwar.

Sidek tiada pilihan. Dia sudah berjanji malah amat takut kepada polis. Bila pilihanraya sudah hampir tiba, polis dan Dr Mahathir panggil Sidek dan tagih hutang lama. Sidek tiada pilihan dan terus menjadi kuda yang ditunggang oleh Dr Mahathir dan pemerintah. Sidek kini terperangkap. Ilmu yang dia miliki dicampakkan ke longkang. Iman yang dia ada digadai kerana takutkan manusia yang lemah seperti Dr Mahathir.

Anak buah saya kini berada dalam Kumpulan Khas yang dibentuk oleh Datuk Elias Anor Abdul, bekas Setiausaha Politik Datuk Najib Razak. Sidek adalah salah seorang anggota kumpulan ini yang dibayar gaji sebanyak RM 15,000 sebulan. Kumpulan ini merancang bagi menjatuhkan Anwar Ibrahim. Itu sahaja. 

Mereka telah kenal pasti 113 orang yang akan dikumpulkan dan digunakan sepenuhnya untuk tujuan ini. Siapa mereka? Mereka adalah kenalan, sahabat karib dan orang yang rapat dengan Anwar Ibrahim. Mereka dihimpunkan untuk hancurkan Anwar Ibrahim. Pemimpin yang mereka sanjung satu masa dahulu.

Saya bukan penyokong Anwar Ibrahim. Minat saya hanyalah kepada Sidek Baba. Manusia yang rapat dengan saya tetapi jual dirinya kerana dunia. Saya masih ahli UMNO, saya nasionalis bukan Islamis seperti Sidek Baba.

Hj Omar Bin Abdul Rahman
Ipoh Perak.
1 April 2013

Sunday, 31 March 2013

S.H. AL-ATTAS DERHAKA


S.H. AL-ATTAS DERHAKA



“Saya juga telah diajar bahawa konsep setia mesti menjadi amalan hidup orang Islam.”
MAHATHIR MASUK PERANGKAP ULAMAK

(Mingguan Kota 4 Dis 1988)

Saya selalu mendengar di kalangan orang orang tertentu mengatakan S.H. Alattas  itu seorang penderhaka kerana dia kerap menulis artikel dan buku buku yang mengkritik raja-raja Melayu.

Dalam kebanyakan buku-bukunya dia lantang mengkritik Sultan dan juga DYMM Yang DiPertuan Agong.  Paling muttakhir, tulisan beliau begitu berani menghentam raja-raja dalam bukunya “SYAITAN, SETAN, SULTAN”

Apakah benar S.H. Alattas seorang penderhaka?

Sepertimana yang kita tahu dalam sejarah penulisan bangsa Melayu, malah dalam sejarah Melayu moden, hanya terdapat dua tokoh sahaja yang berani  mengkritik pihak istana dengan kritikan yang sinis.

Era zaman dulu, sudah tentulah Abdullah Munsyi dan era sekarang ini, S.H. Alattas.
Abdullah Munsyi di dalam bukunya Kisah Pelayaran Abdullah sepertimana yang dipetik oleh S.H. Alattas dalam buku beliau REVOLUSI ISTANA DAN RAKYAT menggambarkan raja raja Melayu dengan kritikannya yang seperti berikut:


“....Ingat-ingat Tengku; lagi akan ditanya Allah     Taala pada hari kemudian akan segala hal rakyat itu kepada rajanya. Dan lagi, Tengku bermula mula yang masuk neraka itu segala raja-raja yang zalim ia atas rakyatnya. Maka  janganlah Tengku kira orang yang menjadi raja itu terlebih besar dan terlebih mulia daripada rakyatnya melainkan orang yang terkecil lagi hina adanya. Iaitu hamba segala hamba Allah.

Adapun  apabila seorang itu dijadikan Allah ia raja, bukannya sebab hendak memuaskan nafsunya dan berbini sepuluh dua puluh, atau mencari harta dan membunuh orang dengan aniaya-nya, melainkan sebab di suruh Allah memeliharakan manusia, supaya tiada dianiaya oleh seorang akan seorang; itulah  gunanya.

Ini sahaya lihat terlalu hairan: kecuali hal raja Melayu kebanyakan yang tiada tahu membaca surat, dan lagi tiada suka belajar, melainkan duduk dengan huru-hara dunia sahaja.

“Kalau boleh, Tengku, sahaya pohonkan kepada Allah, janganlah kiranya dihidupkannya sahaya dalam negeri Melayu. Dan lagi dijauhkan Allah berdekat dengan raja-raja; kerana orang yang hampir kepada raja itu seperti bersahabat dengan ular yang bisa; maka salah sedikit dipagutnya biji mata”

                 Kisah Pelayaran Abdullah Munsyi 


Petikan di atas menunjukkan betapa lantangnya Abdullah Munsyi menegur orang-orang istana.

Bagi S.H. Alattas pula beliau juga memberikan amaran yang hampir-hampir serupa dengan Abdullah Munsyi tapi versinya lebih bersesuaian dengan keadaan golongan istana masakini. Beginilah bunyi petikan mukadimmah buku REVOLUSI ISTANA DAN RAKYAT  yang  secara terbuka memberi amaran terhadap raja raja Melayu.

“Ingat-ingatlah Tuanku, lain hulu lain parang, lain dulu lain sekarang. Hang Tuah sudah lenyap dan Sultan Melaka sudah hilang takhta mereka. Tentu Tuanku tahu jawapannya. Raja Melayu yang bertakhta kini tidak lagi mempunya bidang kuasa yang sama seperti Sultan Melaka dulu. Kini rakyat yang berdaulat. Biarpun orang Melayu masih lagi tidak berani menegur raja-raja mereka secara terbuka di depan raja, namun kebencian sudah meniti dari mulut ke mulut”

Bagaimana agaknya sekiranya S.H. Alattas hidup sezaman dengan Abdullah Munsyi? Apakah label yang patut diberikan oleh masyarakat kepada mereka berdua ini? Bagi sesetengah orang, mereka mengatakan bahawa Abdullah Munsyi adalah talibarut Inggeris. Ini kerana di dalam buku –bukunya, beliau banyak sekali menyebut tentang kemunduran bangsa Melayu dan mengagung agungkan cara Inggeris mentadbirkan Tanah Melayu. Tapi apakah sebenarnya S.H. Alattas juga mengagungkan Inggeris sepertimana Abdullah Munsyi? Apakah dia juga boleh dilabelkan sebagai  ejen CIA atau KGB?

Cuba kita lihat tulisannya dalam buku Challenger –SIAPA LAWAN SIAPA bab UMNO, Islam dan Nasionalisme.

“Etika itu asalnya bahasa Inggeris – ethic. Dalam bahasa dulu kita ada akhlak. Sekarang ini kata akhlak pun orang Melayu banyak yang tak faham. Kata moral baru dia faham. Dia tak tahu yang moral Inggeris dan akhlak Melayu maknanya tidak serupa. Pakai kasut dalam rumah mengikut moral Inggeris tidak ada apa-apa. Tapi kalau akhlak Melayu kita panggil  kurang ajar. Moral bila berpisah waktu malam  ada “good night kiss”. Orang perempuan kalau berjumpa lelaki hulur pipi suruh cium. Dalam bukunya yang WANITA, TAKHTA DAN KUASA, S.H. Alattas, dalam bab Tunku, Raffles dan Istana Buckingham, menjelaskan pandanganya yang kritis tentang penjajah. Pak Habib menulis:

“Sebenarnya Britishlah yang bertanggung jawab menarik balik kuasa Sultan dan mewujudkan double standard yang tidak disedari oleh raja-raja kerana adanya wakil-wakil istana yang berkuasa dalam tampuk pemerintahan.

Tidak syak lagi pihak British bukan saja mengamalkan dasar pecah dan perintah (divide and rule) sesama orang Melayu, malah sistem ini turut diamalkan terhadap pihak Istana dan Rakyat.  British merencanakan sistem ini agar rakyat tidak mendekati istana. Inilah pemikiran berhala putih yang mahu kita semua berpecah, bergaduh sesama sendiri dan sujud kepadanya saja.
                                           (muka surat 157)

Dari kedua dua petikan di atas, jelas kepada kita bahawa S.H. Alattas tak mengagung-agungkan Inggeris. Malah beliau menganggap orang-orang Inggeris sebagai satu bangsa yang bermoral tidak mulia dan tidak mempunyai niat yang ikhlas. Ini tentulah berlawanan dengan pandangan Abdulah Munsyi yang kalau boleh, mahu tinggal di United Kingdom:

“... janganlah kiranya dihidupkannya sahaya dalam negeri Melayu”.

Dari segi pemerhatian, nampaknya memang mereka berdua sekata iaitu yang tidak takut dengan raja, cuma takut dengan Tuhan sahaja.

 Bezanya Cuma Abdullah tidak dimurkai raja kerana Melaka sudahpun kehilangan raja. Tapi bagi S.H. Alattas beliau terpaksa memikirkan reaksi sembilan orang raja-raja Melayu. Itu belum diambil kira DYMM Yang Di Pertuan Agong dan para undang dan luak yang ada di Negeri Sembilan, termasuk Yang DiPertuan Besarnya.

Keberanian S.H. Alattas dari segi ini harus dipuji. Jika Abdullah Munsyi mendapat sokongan dan perlindungan dari Inggeris. S.H. Alattas terpaksa menghadapi sebarang kemungkinan secara bersendirian. Sepertimana yang dinyatakan di dalam banyak buku bukunya, beliau hanya berserah kepada Allah S.W.T. kerana Al Quran kata“Allah raja segala alam” bukan kebanyakan ketua dan pemimpin yang hanya ‘Putar Alam’.

Mungkin di dalam jiwa-jiwa, sesetengah orang Melayu, terutamanya mereka yang membaca tapi tidak berfikir dan berfikir tetapi tidak membaca, meminjam kata-katanya sendiri, menganggap S.H. Alattas sebagai penderhaka? Mereka ini ada semacam memiliki satu nostalgia. Sekiranya S.H. Alattas hidup di zaman dahulu kala mungkin mereka akan mendesak pihak istana supaya memenjarakan pengarang seumur hidup atau memenggal sahaja kepala beliau.

Uncleseekers dapat tawaran duduk Hotel PDRM secara percuma.
Ini telah pun terjadi kepada anakandanya Syed Abdullah @ Uncleseekers, dikurung dalam tahanan selama 10 hari  di Johor Bahru, di heret ke mahkamah konon untuk pengadilan, tetapi hingga hari ini senyap sepi. Malah Pak Habib sendiri pernah ditahan selama enam jam ketika berada di PWTC semasa Perhimpunan Agong UMNO 2012 sewaktu  menjual buku politik SYAITAN, SETAN SULTAN. Seramai 10 orang anggota dan pegawai polis datang menahan dan merampas bukunya. Saya sendiri berada di sisinya ketika kejadian berlaku. Apa yang menjadi tanda tanya, ketika penahanan dan rampasan dibuat, ada seorang lagi penulis buku politik sahabat saya Hatta al Mukmin yang turut menjual buku politik bertajuk CHINA DOLL , buku yang mengutuk Anwar Ibrahim dengan selucahnya, dia tidak pula ditahan atau dirampas bukunya. Ini lah amalam ‘double standard’ Ibu Pejabat UMNO.

Tapi soalnya apakah S.H. Alattas boleh dianggap sebagai seorang penderhaka? Saya rasa tidak, cuba baca falsafahnya yang saya baca dalam bukunya Memo Kepada Perdana Menteri yang berbunyi:


Mengkritik tidak bererti menentang:
Memuji tidak semestinya menyokong:
Menegur tidak bermakna membenci dan
berbeza pendapat adalah kawan berfikir
yang baik.
                                                (mukasurat 25)

Tulisan-tulisan beliau adalah semata-mata dilakukan untuk menyedarkan raja-raja selaku Ketua Agama dan pemimpin sebagai Ulil Amri.

Beliau nampak akan bahaya sekiranya raja-raja tidak ditegur apabila mereka melakukan kesilapan, mereka bakal hilang takhta dan istana mereka akan dijadikan muzium kerana Pak Habib ini seorang peramal, apatah lagi dalam hal hal politik, sehingga ada yang menggelar beliau Notradamus Malaysia.

Bagi Syed Hussein Alattas, peranan yang sepatutnya dimainkan ulamak ini telah gagal dilaksanakan oleh mereka yang memegang tanggung jawab tersebut, tugas fardu kifayah perlu dilakukan olehnya kerana takut bala akan menimpa umat.

Seandainya raja-raja Melayu hidup semula dan melihat gelagat raja-raja Melayu sekarang, raja-raja dahulu pun akan “merah mata” dan sakit hati. Betapa tidaknya, kerana raja-raja zaman dahulu hidup tidak semewah raja-raja sekarang, ada istana ratusan million.

Raja zaman dahulu dipikul oleh empat orang hulubalang menggunakan tandu untuk melawat rakyat di kampung-kampung, sementara raja-raja sekarang, ada yang memiliki kereta beratus buah, ada helikopter, ada kapalterbang. private jet dan kapal mewah.

Pak Habib  juga merupakan trendsetter. Sebelum ini orang-orang Melayu hanya berani cakap cakap belakang sahaja, apabila di hadapan raja, sentiasa “ampun tuanku”, padahal dalam hati rakyat sedang “berbuku” terhadap Yang Maha Halia, pinjam kata kata Uncleseekers.

Setelah buku-buku S.H. Alattas berani mengkritik sesiapa saja, lawan mahu pun kawan, barulah muncul penulis-penulis politik lain, terutama di media baru arus perdana, biarpun ramai ditangkap, ramai lagi yang tak peduli.

Itu pun setakat menghentam dan mengkritik orang-orang politik dan menteri saja dengan menggunakan nama samaran, baling batu sembunyi tangan.

Yang paling muttakhir di dalam Facebook Pak Habib, terpapar kisah seorang anak raja yang memandu kereta mewah dalam keadaan mabuk di Singapura telah ditahan oleh polis Singapura. Jelas menunjukkan perbezaan cara memikul tugas di antara polis Singapura dan polis Malaysia, disebabkan tekanan dari raja Melayu dan kaum keluarganya, termasuk ahli-ahli  politik.

Buku-buku yang dihasilkan oleh S.H. Alattas adalah kebanyakannya ‘bestsellers’ dan dibaca oleh audience pembaca yang luas. Dalam bukunya BAHTERA LAMA NAKHODA BARU,pengarang seolah-olah mencadangkan kepada orang Melayu supaya lebih banyak membaca buku-buku yang dihasilkan oleh Abdullah Munsyi supaya sikap penakut bertukar menjadi berani supaya Melayu berani mengkritik diri.

Berapa kerat saja dari bangsa Melayu yang telah pun membaca hasil karya Munsyi melainkan dimestikan sebagai suatu mata pelajaran, mengikut tulisan Harun Aminul Rashid sastera diajar di sebelah tengah hari dan kebanyakan kawan yang sama sedarjah dengannya mengantuk bila sampai waktu membaca. Cuma beliau seorang seorang yang merasa seronok dan ingin melihat sendiri apa yang sudah dibaca, 40 tahun kemudian. Dalam tahun 1965 beliau menyiapkan buku “Mengesan Jejak Pelayaran Abdullah Munsyi”. Saya fikir tidak ramai orang yang telah membaca buku tersebut.

Abdullah melihat Tanah Melayu bukan saja dari dalam, bukan setakat duduk di Melaka, seperti Jules Verne yang menulis buku“Mengeliingi Dunia dalam masa 80 hari”padahal dia hanya berada di dalam bilik sahaja ketika menulis buku tersebut. Abdullah Munsyi melihat Tanah Melayu dari tengah laut, dari bibir air, beliau melihat orang Melayu saudara ikhwan orang Islam mesti diajar dan dibela, dia penulis yang tidak ada kelulusan akademik, sekolah di rumah dan bapanya sendiri yang menjadi guru.

Beliau adalah seorang  mubaligh. Beliau berdakwah dengan cuba mengubah mindset Melayu, sikap Melayu yang merugikan bangsa sendiri.

Tidak siapa yang mahu menerima Abdullah yang bercampur dengan Paderi ini sebagai seorang ulamak,  kerana mereka suka dengar dari siapa yang berkata bukan apa yang dikata. Biar pun benar, kebenaran itu pahit.

Sebagai pendakwah dia cuba mengingatkan amar makruf nahi mungkar, tetapi oleh kerana beliau bercampur gaul dengan orang orang Inggeris dan menjadi penterjemah, maka beliau dianggap dan diberi  gelaran “Abdullah Paderi”.

Muda itu sebahagian dari gila, kerana kegilaan orang muda seperti Abdullah dan Syed Hussein Alattas seorang reformis inilah dunia persuratan Melayu berubah dan berkembang maju. Kenapa kita tidak cuba menyelami dan mengkaji minda S.H. Alattas.

Saya mula menyedari hal ini setelah beberapa kali mengikuti majlis ilmu yang diadakan di Universiti of Life.

Sungguh pun S.H. Alattas menikmati jumlah pembaca yang ramai namun beliau sedar tidak ramai orang Melayu yang gemar membaca mungkin kerana itu dia mencari platform alternatif iaitu dengan mengadakan perkongsian ilmu di Alattas Unilife. Sebab orang Melayu masakini lebih suka mendengar ceramah terutama yang ada hiburan.

Kalau ada pun Melayu yang suka membaca , bilangannya terlalu kecil. Dan dari bilangan yang kecil itu kalau dihitung panjang pun belum sampai 10 peratus dari orang Melayu yang membaca sebagai satu hobi. Dalam lain perkataan, S.H. Alattas menganggap, walaupun ada galakan yang berbentuk “hangat hangat tahi ayam” dari kerajaan. Kerana galakan yang bermusim setahun sekali ketika ‘Bulan Kempen Membaca’.  Orang Melayu secara amnya tak pernah berusaha untuk mewujudkan’budaya membaca’ di kalangan masyarakat. Tuhan tak ubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri mengubahnya. Bayangkan, Allah suruh Baca!, dia tidak dengar, macam mana nak jadi orang berilmuan.

Berapa ramai orang Melayu yang mempunyai perpustakaan di rumah? Kalau ada pun berapa peratus dari mereka yang telah membaca buku yang tersimpan di dalam perpustakaan mereka? Tetapi koleksi VCD cerita dan lagu lagu, koleksi handbag, tudung, kasut memang lebih dari perpustakaan. Tidak boleh hendak disalahkan orang Melayu juga kerana mentornya ada, iaitu Wanita Pertama Malaysia.

Menurut pengarang lagi:
‘Ramai bilangan orang-orang Melayu yang berada yang menyimpan buku-buku rujukan seperti Ensaiklopedia Britanica, Americana Ensaiklopedia dan lain-lain rujukan yang berat-berat dan buku-buku tebal dan besar-besar serta berharga sebagai perhiasan. Itupun kerana kepintaran dan kebijaksanaan jurujual dari syarikat buku antarabangsa yang benar benar terlatih dan berpengaruh.

(Kalau ada yang benar benar suka membaca pun, seorang blogger Zaharin Mohd Yassin yang dulunya dikenali sebagai Sang Kelembai)

Ada golongan intelek Melayu yang suka membaca, tidak keterlaluan kalau kita mengatakan mereka Cuma membaca buku-buku Inggeris saja, mengikut subject yang menurut selera mereka. Sama ada buku ‘fiction’ atau ‘non-fiction’ mereka jarang ada masa untuk membaca buku –buku Melayu sama ada novel, kumpulan cerpen, buku-buku politik dan majalah-majalah yang lain melainkan majalah antarabangsa yang mereka banggakan untuk melayakkan diri mereka dipanggil intelek oleh golongan mereka sendiri.

Begitu pula halnya dengan golongan mereka yang suka membaca buku buku atau majalah berbentuk hiburan. Buku yang ringan. Jarang yang mahu membaca buku yang berat-berat apa lagi buku politik dan buku-buku dalam bahasa Inggeris atau majalah-majalah politik bertaraf antarabangsa’.

Dari tulisan-tulisannya jelas bahawa Pak Habib sentiasa memikirkan bagaimana hendak mengubah cara berfikir orang Melayu. Apakah dengan menyuruh rakyat membaca dan berfikir, dan berfikir dan membaca; satu perbuatan derhaka?  Lu fikirlah Bro, Think, fikir, tafakkur, itu memang pesanan yang tak pernah lekang dari Pak Habib, pengasas Alattas Universiti of Life.

OLEH DR AZIZAN AHMAD

Thursday, 17 January 2013

Kalimah Allah Adalah Kalimah Khusus


GOD IS NOT ALLAH ! THEY ARE NOT THE SAME.




from TUNGKARAN HATI by tungkaran hati.blogspot

DUA minggu lalu saya menulis mengenai isu penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut agama bukan Islam bagi merujuk kepada agama mereka. Rupa-rupanya isu ini masih belum lagi selesai sehingga ke hari ini. 

Ada yang dengan nada sinis menyuruh menutup mulut orang bukan Islam daripada menyebut kalimah mulia tersebut.

Sebenarnya mereka ini tidak memahami isu sebenar. Perkara yang perlu ditegah bukanlah kepada bukan Islam menyebut kalimah Allah tersebut tetapi menyebut kalimah mulia itu bagi merujuk kepada agama bukan Islam.

Pada minggu ini, saya merasa terpanggil untuk meneruskan tulisan saya dalam isu ini bagi menzahirkan apakah sebenarnya yang perlu dilakukan berdasarkan isu yang ditimbulkan ini.

Ada juga yang mempertikai lagu-lagu rasmi negeri juga menampilkan lirik yang menyebut kalimah Allah dan perlu juga dipinda. Ini juga merupakan pandangan yang menyongsang daripada apa yang diperkatakan.

Dalam lirik lagu rasmi kebanyakan negeri disebut kalimah Allah itu sebenarnya bagi merujuk kepada Allah yang Maha Esa. Tiada salahnya lirik tersebut walaupun ia dinyanyikan oleh orang bukan Islam. Ini adalah disebabkan Islam adalah agama bagi Persekutuan selaras dengan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan dan di kesemua negeri di Malaysia, melainkan Sarawak, Islam juga merupakan agama negeri.

Persoalan di sini bukanlah bagi orang bukan Islam menyebut kalimah Allah tetapi polemik menggunakan kalimah Allah bagi merujuk kepada agama bukan Islam.

Bukan juga menghalang orang bukan Islam membaca dan mengkaji al-Quran yang penuh dengan nama-nama Allah tetapi menyebut Allah dalam erti kata yang sebenar.

Adalah mustahil dengan hanya nyanyian lagu-lagu tersebut orang bukan Islam dipaksa memeluk Islam. Persoalan ini sebenarnya tidak pernah timbul dan sengaja dipolemikkan oleh pihak-pihak tertentu.

Penulis amat bersyukur apabila Majlis Syura PAS pada 13 Januari lepas telah membuat keputusan sebulat suara bahawa kalimah Allah adalah kalimah khusus dan tidak boleh diterjemahkan ke dalam mana-mana bahasa dunia kerana tidak menepati kehendak sebenar kalimah itu.

Oleh yang demikian, menterjemah kalimah God atau Lord daripada mana-mana kitab agama bukan Islam kepada perkataan Allah tidak dibolehkan kerana ia salah dari segi makna dan salah guna, tidak menepati kehendak sebenar yang boleh membawa kekeliruan yang nyata.

Keputusan ini juga sebenarnya menguatkan lagi saranan Sultan Selangor berkaitan dengan perkara yang sama. Penulis juga menjunjung kasih ke bawah Duli Tuanku Sultan Selangor yang begitu proaktif di dalam isu ini dan lantang menitahkan sedemikian bagi menjaga akidah umat Islam.

Majlis-Majlis Agama Negeri-Negeri dan para Mufti juga telah memainkan peranan aktif di dalam segala tindakan berkaitan dengan isu ini. Begitu juga beberapa badan bukan kerajaan (NGO) Islam seperti, Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang dianggotai oleh beberapa NGO seperti Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Muafakat, ISMA, Pembina dan banyak lagi.

Keputusan Majlis Syura itu juga sebenarnya menyanggah tohmahan segelintir golongan yang mengatakan isu ini dibangkitkan untuk populariti pihak tertentu. Isu ini adalah isu akidah dan umat Islam tidak kira daripada kelompok manapun perlu bersatu menanganinya bersama.

Penulis amat berharap isu ini tidak dijadikan agenda politik mana-mana pihak tetapi bersama-sama memperjuangkan isu ini agar tindakan dapat diambil sewajarnya.

Oleh : Zainul Rijal Abu Bakar


from KeadilanDaily.com by Keadilan Daily


(Oleh Aliff Fikri)

KUALA LUMPUR 18 Jan: Mahasiswa perlu berani ke depan menyatakan pendirian dan pendapat berhubung kebobrokan sistem pendidikan negara, kata aktivis mahasiswa, KS Bawani.

Menurut beliau, mahasiswa harus berfikiran terbuka, bukan sekadar hanya pandai mengangguk.

Mahasiswa perlu bangkit dan tidak boleh takut untuk bersuara. Sistem pendidikan yang memperbudakkan mahasiswa sehingga menjadi robot yang menidakkan kebebasan untuk menyatakan pendapat perlu diubah.

“Apa yang saya lakukan tempohari bukan untuk menjadi hero atau sengaja bertindak kurang ajar. Ia lahir atas rasa kesedaran dan tanggungjawab saya untuk menyatakan pandangan selepas moderator, Sharifah Zohra (Jabeen Syed Shah Miskin) mengecam penglibatan mahasiswa dalam politik serta keperluan pendidikan percuma pada negara,” katanya.

Beliau berkata pada sidang media di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH), pagi tadi.

Pelajar undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkata, tiga isu penting yang perlu dititikberat mahasiswa generasi kini adalah kebebasan bersuara, meneutralkan universiti dan menuntut pendidikan percuma.

“Seperti yang terkandung dalam perlembagaan negara, perkara 10 menyebut seseorang rakyat bebas menyatakan pandangannya.

“Jadi suara mahasiswa perlu didengar kerana ia bukan saja terkandung dalam perlembagaan tapi ia adalah prinsip asas dalam negara yang mengamalkan demokrasi.

“Pemerintah juga perlu ingat, mahasiswalah yang akan memimpin negara di masa akan datang,” katanya.

Tambah beliau, universiti harus diberikan autonomi dan terikat dengan mana-mana parti,” kata Penyelaras Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) itu.

“Ikatan dengan kerajaan terutamanya elit pemerintah (Umno BN) yang sering melakukan program mendoktrinasi dan membodohi pelajar akan melahirkan mahasiswa yang tidak matang fikirannya,” kata Bawani.

“Manakala pendidikan pula adalah keperluan asas untuk semua, kerana itu ia perlu diberikan percuma.

“Pendidikan bukan komoditi, maka ia tidak boleh diniagakan atau dijadikan sumber perniagaan,” tegas Bawani yang juga Pengasas Gerakan Menuntut Pendidikan Percuma (GMPP).

Turut hadir, Penyelaras Segmentasi Mahasiswa Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Wan Farel; Setiausaha Ameerah Muslimat PAS, Nurul Syuhada Shuib; wakil Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Syukri Razab; Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arulchelvan dan pimpinan mahasiswa lain.

Alamak..MELAYU akan HILANG KUASA..???


by Admin

Orang Melayu wajib fahami fakta ini. Yang bodoh sombong macam si Sharifah Zohra Jabeen tu, tak perlu baca. Kalau si Sharifah Zohra Jabeen tu baca sekalipun, dia tidak akan faham kerna kepala otak dia telah dirasuk oleh fahaman syaitan jenama Umporno.

Perhatikan fakta di atas.

- Semasa pilihan raya umum ke-11, BN bergaya dengan kemenangan 198 kerusi, manakala pembangkang hanya memenangi 21 kerusi. Wakil rakyat (parlimen) Melayu pada masa itu hanya 123 orang.

- Semasa pilihan raya umum ke-12, BN menang hanya 140 kerusi, manakala Pakatan Rakyat berjaya memenangi 81 kerusi. Hasilnya wakil rakyat (parlimen) dari bangsa Melayu bertambah menjadi 130 orang!

- Carta di atas dengan jelas menunjukkan bilangan ahli parlimen Melayu bertambah bila kerusi untuk Pakatan Rakyat bertambah. Dalam masa yang sama kerusi untuk BN berkurang. Ini membuktikan MELAYU SEMAKIN BERKUASA BILA PAKATAN RAKYAT MENANG.

Kepada Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin, kalau kamu bukan perempuan murahan, kalau kamu perempuan yang punya harga diri, kamu sambut cabaran ini.. !

Ingat baik-baik, menipu itu budaya Umporno! 



by Mimpi Senja

17 January 2013

Apabila klip video “listen, listen, listen!” seorang pendokong 1Malaysia Sharifah Zohra Jabeen memandang rendah pelajar tahun dua undang-undang Bawani KS tersebar luas, ia mencerminkan mencerminkan dua kegagalan dasar Datuk Seri Najib Razak sepanjang empat tahun menjadi perdana menteri.

Pertama, kegagalan program “transformasinya”, sama ada kerajaan, ekonomi, politik, pendidikan atau sosial yang semuanya bersandarkan prinsip ”era kerajaan tahu semua telah berlalu”.

Kedua, kegagalan dasar 1Malaysia untuk mewujudkan negara yang mana rakyatnya melihat diri mereka rakyat Malaysia dahulu kemudian barulah kaum, agama, tempat atau latar belakang ekonomi.

Sekiranya pelbagai program transformasi Najib berharap untuk berjaya, ia haruslah bersandarkan komunikasi dan dialog dua hala antara pemerintah dengan yang diperintah dan bukannya “listen, listen, listen!” secara satu hala dipaksakan ke atas yang diperintah oleh pemerintah.

Kes Azrul dan Bank Islam

Adakah Najib dan kerajaan UMNO-BN bersedia untuk “listen, listen, listen”?

Jelas sekali tidak. Jika benar bersedia untuk mendengar pastinya Ketua Ekonomi Bank Islam, Azrul Azwar Ahmad Tajudin pasti tidak akan digantung kerja berikutan laporan media berkenaan pembentangannya di Regional Outlook Forum Singapura Khamis lepas yang meramalkan kemenangan tipis Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ke-13.

Sebenarnya, media melaporkan hanya SATU daripada TIGA senario yang dikemukakan oleh Azrul tentang PRU13 berdasarkan kajiannya, iaitu:

* Senario “kemungkinan besar” – Kemenangan yang tipis untuk PR (115 hingga 125 kerusi Parlimen), PR memenangi lapan negeri, iaitu: Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu and Perlis;

* Senario “kemungkinan sederhana” – Kemenangan yang tipis untuk BN (112 hingga 122 kerusi Parlimen), PR memenangi enam negeri, iaitu: Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Perak dan Negeri Sembilan; dan

* Senario “kemungkinan kecil” – Kemenangan besar PR (130 hingga 140 kerusi Parlimen),PR memenangi sembilan kerajaan negeri, iaitu: Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan, Perak, Negeri Sembilan, Terengganu, Perlis dan Pahang; BN secara tipis mengekalkan Johor dan Melaka.

Azrul serta merta digantung daripada Bank Islam apabila media melaporkan senario “kemungkinan besar” bahawa Barisan Nasional akan kalah PRU13 memandangkan BN hanya dapat mempertahankan hanya 97 hingga 107 kerusi Parlimen, tanpa menyatakan ramalannya untuk pilihan raya negeri – bahawa BN akan gagal untuk mendapatkan semula Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan dan akan kalah di empat negeri lain seperti Perak, Negeri Sembilan, Terengganu dan Perlis sementara “mengekalkan Pahang dan Johor dengan tipis”.

Adakah Azrul akan dipecat serta-merta oleh Bank Islam sekiranya media telah melaporkan senario “kemungkinan kecil” BN mengalami kekalahan teruk dalam mempertahankan hanya 82-92 kerusi Parlimen sementara kalah sembilan kerajaan negeri, “mengekalkan dengan tipis Johor dan Melaka”?

Atau adakah Azrul akan dinaikkan pangkat sekiranya beliau telah meramalkan di forum Singapura itu seperti mana kata Menteri Besar, Perdana Menteri dan sesetangah pemimpin UMNO-BN bahawa dalam PRU13, BN akan mendapat semula dua pertiga majoriti Parlimen dan memenangi semua lima kerajaan negeri Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak?

Menteri Besar Johor sependapat dengan Azrul?

Azrul membuat ramalan PRU13 beliau di forum Singapura Khamis lalu. Sejak itu, ramalannya bahawa PRU13 berkemungkinan memihak PR berbanding BN telah diperkukuhkan dengan kejayaan dan penganjuran bersejarah KL112 dengan kehadiran lebih 100,000 rakyat Malaysia dari serata negara untuk menyokong agenda perubahan.

Akan tetapi sebelum KL112, Menteri Besar Johor Datuk Ghani Othman telah meramalkan senario PRU13 yang hampir serupa seperti Azrul, secara terbuka memberi tahu pertubuhan Cina Kulai Selasa lepas bahawa Pakatan Rakyat boleh memenangi PRU13 dengan majoriti tipis 5% hingga 10% kerusi Parlimen – iaitu PR menang 117 hingga 122 kerusi Parlimen atau hampir kepada senario “kemungkinan besar” Azrul.

Adakah Ghani Othman disuruh meletakkan jawatannya sebagai Menteri Besar Johor kerana membuat pernyataan senario PRU13 yang tidak beza dengan pernyataan Azrul?

Apa yang Najib cuba tegakkan? Adakah ia cara fikir “era kerajaan tahu semua telah berlalu” atau budaya “listen, listen, listen!” yang diajukan Sharifah Zohra yang telah menjadi fenomena terkini internet?

Kes Sharifah 1Malaysia buli siswi Bawani

Kejadian Sharifah-Bawani menonjolkan kehampaan dan kepura-puraan dasar 1Malaysia Najib, yang terkena tamparan hebat sejak awal lagi apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjauhkan dirinya dari dasar itu dengan mengisytiharkan bahawa dirinya adalah “Melayu dahulu, rakyat Malaysia kemudian”.

Walaupun Sharifah Zohra adalah aktivis dan pendokong 1Malaysia, dia tiada langsung semangat 1Malaysia apabila dia menyelar Bawani dengan mengatakan sekiranya mahasiswa tahun kedua jurusan undang-undang itu kritis terhadap dasar di Malaysia, Bawani boleh “pergi ke Cuba, pergi ke Argentina, pergi ke mana-mana sahaja”, dan bertanya, “Apa yang kamu buat di Malaysia?”

Saya teringat kepada peristiwa di Parlimen pada tahun tujuh puluhan sewaktu ucapan saya dihentikan oleh seorang Menteri Kabinet UMNO yang mengatakan pada saya bahawa sekiranya saya begitu kritis dengan dasar UMNO-BN, saya boleh tinggalkan Malaysia. 

Dengan pantas saya membalas, sekiranya dia tidak mahu mendengar apa yang saya mahu katakan bagi pihak rakyat Malaysia yang menghantar saya ke Parlimen, dia yang sepatutnya meninggalkan Malaysia!

Sharifah adalah watak terbaru dalam barisan sentimen anti-1Malaysia diluahkan oleh kononnya pendukung dan penyokong dasar 1Malaysia Najib. 

Semuanya produk Biro Tata Negara, daripada pegawai khas Najib, Datuk Nasir Safar sehinggalah pegetua sekolah Hajah Siti Inshah Binti Mansor, Datuk Nasir Safar bukan sahaja melabel kaum India dan Cina sebagai pendatang, tetapi bagai meletakkan garam ke luka dengan menyatakan bahawa “Orang India datang ke Malaysia sebagai pengemis dan orang Cina datang untuk jual tubuh”.

UMNO-BN mahu dengar rakyat atau diubah oleh rakyat?

Di dalam Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (semalam), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyelesaikan saman fitnah selepas Khairy menarik balik kata-katanya dan menyatakan beliau tidak menggelar Anwar pengkhianat dan boneka Amerika Syarikat dan Yahudi.

“Listen, listen, listen!” Najib – adakah Perdana Menteri bersedia demi membawa politik yang jujur dan beretika di Malaysia, untuk segera mengeluarkan arahan kepada semua pemimpin UMNO-BN dan media perdana untuk menghentikan pembohongan dan penipuan serta tuduhan tak berasas bahawa pemimpin Pakatan Rakyat adalah pengkhianat dan benci negara?

Adakah para pemimpin PR dituduh dnegan fitnah sedemikian semata-mata kerana mereka tidak bersetuju dengan UMNO-BN, terutamanya apabila pemimpin PR juga sama patriotik dan sayangkan negara seperti pemimpin UMNO-BN?

Sekiranya usaha supaya “Najib listen, listen, listen!” tidak berkesan, maka satu-satunya pilihan untuk rakyat Malaysia adalah undi untuk ubah Kerajaan Persekutuan di Putrajaya dalam PRU13 – buat pertama kalinya dalam 55 tahun. – Roketkini.com