02 August 2011
Zahid Hamidi : Jangan cakap tak serupa bikin
Benarkah UMNO menghormati..'alim ulamak yang TIDAK berPARTI..seperti Allahyarham Dato' Ishak Baharom? Pernahkah Dr. Mahathir menghormati..Dr. Haron Din...semasa beliau berKUASA sebagai PM?Cakap keluar dari mulut + air LIUR basi..senanglah..maklumlah ..meLAYU mudah lupa ..katakan?
Saya sangat bersetuju dengan pandangan Naib Presiden Umno, Zahid Hamidi yang mengharapkan golongan ulama agar tidak berpihak kepada mana-mana parti politik dalam menjatuhkan hukum terhadap sesuatu isu berbangkit.
Beliau berkata, golongan itu juga perlu seimbang dalam memberikan pendapat selaras dengan syariat Islam sebenar. Jika Ulama' yang ada pada hari ini benar-benar bebas dan tidak takut kepada sesiapa hatta pemerintah say a yakin banyak kekeliruan dan masalah akan selesai.
Namun demikian banyak Ulama' yang rapat dan makan gaji dengan kerajaan takut untuk menjatuhkan sesuatu fatwa kerana takut 'sorrow' mereka 'missed'. Ulama ini tahu dan faham benar bahawa jika fatwa mereka bertentangan dengan nafsu pemimpin Umno maka sudah tentu mereka akan dipecat atau diambil tindakan seperti yang pernah dialami oleh Allahyarham Datuk Ishak Baharom yang dipecat dari jawatan mufti kerana mengeluarkan pendapat yang tidak disenangi oleh pemerintah.
Saya mengharapkan Zahid Hamidi tidak sekadar bercakap kosong tetapi menghormati Ulama', fatwa dan pandangan mereka.
Gambar di atas sekadar hiasan
01 August 2011 SUMBER : http://mutaligat.blogspot.com/2011/08/jangan-bazirkan-rm317000-duit-rakyat.html
Mau kasi masyuk %..RM RM RM..dalam akaun syarikat KRONI yang jual KERETA ber!!!
Sejumlah RM317,000 duit rakyat bakal hangus hanya untuk perbelanjaan tender nombor plat kereta MCC 1 hingga MCC 15.?
Bayangkan betapa besarnya pembaziran yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka apabila dengan sewenang-wenangnya membelanjakan duit rakyat untuk nombor plat kereta.!
Apa manfaat yang rakyat dapat dengan nombor plat kereta tersebut.
Maklumat yang diperolehi di Pejabat JPJ Melaka menyatakan bahawa sejumlah RM317,000 tender telah dibuat oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka.
Sebagai rakyat kita menggesa kerajaan negeri membatalkan niat untuk menggunakan plat tersebut. Gunakan duit sebanyak itu untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat. Jangan membazir. Masih ramai rakyat yang menderita dan susah di negeri ini. Masih ramai anak-anak yang ingin menyambung pelajaran tetapi tidak mempunyai wang untuk meneruskan cita-cita murni itu lantaran kesempitan hidup keluarga mereka.
Kita mengharapkan selepas ini jika Kerajaan Negeri menang tender tersebut, mereka mesti mengeluarkan kenyataan rasmi kepada seluruh rakyat negeri Melaka berapa wang rakyat yang telah dibazirkan untuk mendapatkan plat MCC 1 hingga MCC 15 ini. Biar rakyat menilai sendiri apakah tindakan kerajaan ini bermanfaat kepada rakyat atau tidak?
No comments:
Post a Comment