http://mynewshub.my/bm/2011/08/05/sistem-analisis-peperiksaan-sekolah-bermasalah/
Saya dah rasa seksanya...masa mahu kumpulkan markah KOKURIKULUM peringkat daerah untuk di key in..ke komputer peringkat negeri. RAMAI manusia...jadi naga / buaya..nak JUAL program komputer masing-masing. Kita yang di bawah kolong ini...tanggung sahajalah SEKSAnya...nak melawan...kita pencacai bawahan sahaja.
KUALA LUMPUR – Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran sejak Julai lalu bermasalah.
Setiausaha Agungnya, Loke Yim Phing berkata, masalah yang dialami sistem yang menyelaras kemasukan data peperiksaan ke dalam satu sistem berpusat itu telah menyebabkan tekanan terhadap golongan guru.
“Ramai guru merungut dan membuat aduan kepada NUTP tentang sistem ini yang dianggap bermasalah. Sistem ini menyebabkan guru terpaksa menunggu berjam-jam untuk key-in data peperiksaan hingga membuat mereka tertekan,” katanya di sini hari ini.
Bagaimanapun Yim Phing berkata, rungutan dan aduan tersebut bukan bermakna golongan guru tidak sanggup mematuhi tugas mereka, tetapi NUTP berharap supaya sistem berkenaan dapat diperbaiki dengan segera.
Ia kerana, kata beliau, NUTP bimbang proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bakal terjejas apabila para guru terlalu sibuk untuk memasukkan data peperiksaan ke dalam sistem berkenaan.
Menurutnya, tidak mustahil ada guru yang sanggup meninggalkan proses pengajaran dan pembelajaran di kelas semata-mata mahu key-in data peperiksaan sewaktu sistem itu berada dalam keadaan baik.
Sehubungan itu, katanya, NUTP meminta Unit Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Kementerian Pelajaran melakukan penambahbaikan segera terhadap SAPS.
Beliau turut mencadangkan supaya unit berkenaan melanjutkan tarikh akhir kemasukan data peperiksaan ke dalam sistem berkenaan dari 15 Ogos ini kepada akhir bulan ini.
SAPS yang boleh dicapai semua pihak termasuk Kementerian Pelajaran, Jabatan Pelajaran Daerah dan Pejabat Pelajaran Daerah, bertujuan memudahkan guru memasukkan dan mengemas kini maklumat kelas, maklumat mata pelajaran dan data pelajar di bawah jagaan selain memasukkan markah setiap mata pelajaran mengikut peperiksaan yang ditetapkan. – mynewshub.my
Orang Eropah ternyata mewarisi DNA Firaun.
by moharyahya@yahoo.com (cikgupj)
http://cikgupj.blogspot.com/2011/08/lebih-separuh-orang-eropah-keturunan.html
Orang Eropa ternyata mewarisi DNA Firaun. Penelitian yang dilakukan oleh ahli genetika asal Swiss menunjukkan 70 persen orang Inggris dan 50 persen orang Eropa barat mendapat warisan gen dari Firaun Tutankhamun. Temuan tersebut didapatkan setelah pusat genealogi DNA asal Zurich, iGENEA, merekonstruksi profil DNA Firaun Tutankhamun yang mendapat warisan kekuasaan dari ayahnya, Akhenaten, dan kakeknya, Amenhotep III. Perhatian peneliti lalu tertuju pada kelompok profil gen bernama haplogroup R1b1a2 yang juga dimiliki 50 persen manusia Eropa barat. Dengan demikian, manusia Eropa berbagi nenek moyang yang sama dengan Firaun.
“Temuan yang menarik karena DNA Tutankhamun mengendap di diri sekelompok orang Eropa,” ujar Direktur iGENEA Roman Scholz. Untuk beberapa negara di Eropa barat, porsi warisan DNA Firaun ini cukup besar. Orang Spanyol memiliki 70 persen DNA Firaun, sementara orang Prancis memiliki 60 persen.
“Firaun dan orang Eropa berasal dari nenek moyang yang menghuni Kaukasus sekitar 9.500 tahun lalu,” ujar Scholz.
Haplogroup R1b1a2 sendiri menyebar dari Kaukasus ke arah barat pada tahun 7.000 sebelum Masehi. Penyebaran juga membawa teknologi pertanian ke Eropa.
Tutankhamun adalah Firaun yang mati muda. Ia hidup antara 1334-1323 sebelum Masehi. Makam Tutankhamun sendiri baru ditemukan pada Maret 1922 oleh arkeolog Inggris Howard Carter bersama topeng emas murni seberat hampir 11 kilogram berlapis berbagai batuan mulia.
SUMBER
No comments:
Post a Comment