ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Wednesday, 3 August 2011

UNIVERSITI di Malaysia..APA NAK JADI???


Salam sejahtera,

Berita ini tidah dihebohkan, tidak diwar-warkan menjadi sebagai kebanggaan negara,, Najib dan Muhyidin tak boleh nak buat modal pi jaja kat orang-orang kampung dan felda lagi....



Mendapat tempat 419......





Mendapat tempat 428




Mendapat tempat ke 462...


Kenapa negara kita asyik tewas apa-apa sahaja dengan negara jiran Singapura, Bola kalah, Stesyen keretapi Bukit Cagar senang-senang pi serah kat anak Lee Kwan Yu, Pulau Batu Putih pun tewas nak mempertahankannya,, sehingga universiti tempat pengajian anak-anak kita pun tewas nun jauhh beratus-beratus.. tak larat nak kira.., tolong kira wei......

Tempat ke 85 dalam dunia dan tempat pertama dalam Asia Tenggara...

padanlah anak-anak orang elit semua pakat tak mau belajar di Universiti dalam negara......

Sumber : straitstimes.                                                                                                                                 Punca pelajar gagal masuki IPTA

Punca pelajar gagal masuki IPTA
BAHAGIAN PENGURUSAN Kemasukan Pelajar
Jabatan Pengajian Tinggi
Kementerian Pengajian Tinggi

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) ingin merujuk kepada aduan Jelaskan Punca Pelajar Matrikulasi Tercicir yang tersiar dalam ruangan ini bertarikh 25 Julai 2011 oleh Pedang Bertuah, Kuala Lumpur dan Ke Mana Arah Tujuan Pelajar Matrikulasi Yang Gagal Ke IPTA bertarikh 18 Julai 2011 oleh Ibu Prihatin, Pasir Gudang, Johor Bahru.
Kementerian prihatin terhadap masa depan pelajar bagi memenuhi cita-cita dan impian hidup untuk berjaya. Pemilihan program pengajian yang tepat mengikut cita-cita, minat dan hasrat pelajar, ibu bapa dan masyarakat mestilah seiring dengan pencapaian akademik serta kokurikulum.

KPT melaksanakan prinsip meritokrasi yang mengguna pakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum. Pemohon juga perlu memenuhi Syarat Am, Syarat Khas Program dan kriteria pemilihan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pemilihan. Pemilihan kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) adalah berasaskan pilihan pelajar serta bilangan tempat yang disediakan mengikut program pengajian di IPTA.

Kejayaan calon untuk memperoleh tempat bergantung kepada susunan merit dan pemilihan program pengajian di IPTA yang dipohon. Jika merit mereka tidak begitu tinggi dan memohon lapan (8) pilihan dalam program pengajian kompetitif, kemungkinan besar mereka tidak terpilih untuk tawaran program pengajian yang dipohon.
Begitu juga jika mereka memohon hanya di IPTA yang popular, mereka mungkin menghadapi persaingan tinggi dan akhirnya tidak mendapat apa-apa tawaran daripada IPTA berkenaan.

Namun begitu, calon diberi pilihan untuk memilih sama ada bersetuju atau tidak untuk menerima tawaran selain daripada lapan (8) pilihan program pengajian yang dimohon. Jika calon ada menyatakan persetujuan untuk menerima tawaran selain daripada lapan (8) pilihan semasa mengemukakan permohonan, maka calon akan dipertimbangkan ke program pengajian di IPTA yang masih ada kekosongan selaras dengan bidang pengajian yang dipohon tanpa mengira IPTA pilihan.

Justeru calon yang memperoleh merit yang tinggi tetapi tidak mendapat tempat, pihak UPU akan menawarkan program pengajian di luar pilihan calon yang mirip dengan pilihan mereka di IPTA yang terdapat kekosongan.

Sekiranya calon memilih tidak bersetuju, pihak KPT tidak akan mempertimbangkan sekiranya masih ada kekosongan pada program pengajian yang lain.

Dimaklumkan, berdasarkan rekod permohonan yang diterima oleh UPU bagi Sesi Akademik 2011/2012, sejumlah 1,977 pemohon Lepasan Matrikulasi/ Asasi 2010 yang layak telah menyatakan 'Tdak Setuju' menerima tawaran di luar lapan (8) pilihan program pengajian yang telah dimohon. Justeru semua calon ini tidak akan dipertimbangkan tawaran ke program pengajian lain walaupun layak kerana menghormati keputusan pemohon.

Dasar pemilihan rayuan pula adalah untuk mengisi kekosongan tempat yang berlaku selepas pendaftaran pelajar baharu pada awal September 2011. Justeru semua calon yang mengemukakan rayuan akan dipertimbangkan berdasarkan kekosongan tempat bagi program pengajian yang ada sahaja.

KPT memohon kepada Ibu Prihatin, Pasir Gudang, Johor dan Pedang Bertuah, Kuala Lumpur untuk menghubungi pihak kementerian dan memberikan Nombor Kad Pengenalan pemohon untuk UPU memberikan penjelasan yang tepat, telus dan adil serta sebab calon tidak terpilih ke program pengajian di IPTA.

hjlutfi-choras

dlm posting lepas, saya tanya mana UMNO, Mana PAS mana GPMS, kalau pelajar cina yang tak dapat tempat, orang MCA, Gerakan, DAP dan sebagainya akan usaha supaya mereka dapat tempat, kalau perlu tubuh universiti baru, sekarang budak Melayu di bumi Melayu siapa yang bela ?, melainkan wujud jawapan yang akan salahkan Melayu itu sendiri.


SKIM LATIHAN SATU MALAYSIA BANTU SISWAZAH - Melalok
Najib Razak hari ini melancarkan Skim Latihan satu Malaysia yang bertujuan membantu para siswazah mendapat pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan mereka.

Di bawah skim tersebut, siswazah yang tidak mendapat kerja dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian berpeluang menerima latihan dengan syarikat-syarikat milik kerajaan selama setahun.


PENGAMBILAN SLSATUM BERMULA JULAI - melalok

Skim Latihan satu Malaysia yang dilancarkan oleh Najib Razak hari ini akan memulakan pengambilan 3,000 graduan mulai Julai ini bagi fasa pertama.

Nor Mohamed Yakcop berkata, latihan untuk kumpulan kedua melibatkan 5,000 graduan pula dijadualkan pada September ini.

"Kumpulan kedua tidak terhad kepada syarikat milik kerajaan tetapi turut melibatkan syarikat korporat yang besar. Iklan pengambilan akan dikeluarkan dalam masa terdekat," katanya .


LSS:Halamak! ini betul - betul berita buruk! lebih buruh dari cuaca buruk! Ini adalah tanda - tanda awal menunjukkan ekonomi negara nak jatuh menjunam! Ini tanda ekonomi dah mula nak meleset, bahaya ni woit!

Korang tengok! ini baru 5000 takde kerja yang "graduate" tahun - tahun sebelum tu tak leh cakap lagi.Agaknya ada berapa puluh ribu graduan yang terpaksa jadi buruh paksa di ladang - di ladang anggur seluruh malaysia?

agak - agaknya berapa lama graduan - graduan ni di suruh tanam anggur? apa punya terok lah lah kerajaan gerombolan,baru itu hari kasi hentak kepala rakyat 1 malaysia dengan minyak naik harga,harga barang makan naik harga,tarif elektrik pun naik harga!

Sekarang lagi terok! mana -mana graduan keluar 'U' terus takde kerja?? ini betol - betol terok! itu pasal dulu duit rakyat pergi beli Kapal Selam "second hand" berpuluh - puluh juta pastu takleh nyelam!

Ada 12 bilion kasi rentung dalam PKFZ! kalau tak duit ni boleh digunakan untuk naik kan ekonomi negara dan seterusnya mewujudkan peluang pekerjaan untuk anak - anak muda lepasan Universiti! tak pun sebagai suntikan untuk graduan - graduan buat modal ekonomi!

Apesal bangang sangat! apesal bodoh sangat macam PAPA GOMO dan PARPU KARI!


JANGAN LUPA!


Tak lama lagi gerenti anda mangkok ayun yang akan kata

-Jangan Pilih Kerja

-Graduan kurang bijak ketika di temuduga

-graduan tak sopan semasa ditemu duga

KEMUDIAN:
akan ada syarikat kroni yang akan mengaut untung dengan mengambil dana dari kerajaan
untuk memberi apa yang mereka kata latihan untuk temu duga kalau 4 tahun masih tak cukup terlatih pergi mapoooslaa nak belajar apa lagi kah kah kah


NOTA:
untuk selesaikan masalah inianak muda dan graduan yang menganggur sila turun ke kuala lumpur pada 9 julai nanti pada 9 julai ialah hari kemarahan rakyat!





Idea baru untuk pemuliharaan ekosistem
Pada masa kini terdapat lebih dari 800 juta hektar tanah di seluruh dunia digunakan untuk pertanian. Ekosistem yang dahulunnya bersifat semulajadi kini telah diubah kepada ekosistem pertanian untuk menghasilkan makanan bagi memenuhi keperluan manusia. Penduduk dunia dianggarkan bertambah dari 7 billion kepada 9 billion pada tahun 2050. Dianggarkan 60% daripada penduduk dunia akan tinggal di bandar. 
Di Malaysia, penduduk dianggarkan berjumlah 29 juta pada tahun 2010. Daripada 33 juta hektar tanah hanya 24% adalah kawasan pertanian yang kebanyakannya ditanam dengan kelapa sawit dan getah. Pertambahan kawasan pertanian untuk makanan amatlah terhad. Sebagai contoh kawasan tanaman padi sejak satu dekad yang lalu adalah 500 ribu hektar dan tidak bertambah hingga kini, malahan semakin menurun disebabkan pembangunan.
Mengikut ramalan ahli agronomi, penggunaan teknologi pertanian terkini dianggarkan memerlukan kawasan pertanian seluas negara Brazil untuk menyara penduduk dunia.
Corak pertanian masa kini menimbulkan pelbagai masalah :
-Pertanian intensif menggunakan bahan kimia pertanian terutamanya pestisid dan baja dengan banyaknya. Ini mewujudkan risiko kesihatan melalui pencemaran udara, air dan makanan.
-Industry pertanian terdedah kepada pelbagai jenis bencana alam yang boleh menjejaskan hasil pertanian. Terkini, banjir di Pakistan pada Ogos 2010 adalah terburuk dalam sejarah yang telah memusnahkan kawasan seluas negara England.
-Destinasi pemasaran produk pertanian ke kawasan Bandar memerlukan kenderaan. Ini menyumbang kepada pembebasan gas rumah hijau dan pencemaran udara. Masalah ini menjadi lebih besar apabila permintaan makanan meningkat.
Perladangan menegak
Bagi mengatasi masalah kekurangan tanah, pertanian, idea ‘perladangan menegak’ (vertical farming) tercetus. Ladang ini terletak dalam bangunan pencakar langit. Bangunan ini dibina setinggi 30 tingkat dengan dinding kaca, bumbungnya dilengkapi panel suria dan persekitaran di dalamnya boleh dikawal. Pada setiap tingkat terdapat batas penanaman gergasi ataupun ladang dalaman (indoor field) yang dilengkapi dengan sistem pengairan yang canggih. Pelbagai jenis tanaman dan ternakan kecil akan diusahakan. Pokok diurus menggunakan kaedah rumah hijau dan kitar semula sisa-sisa makanan dan pertanian menggunakan teknologi terkini. Sumber tenaga diambil dari solar, angin dan ombak dan biogas (methana dari sisa tanaman). Sekiranya Berjaya dilaksanakan kaedah ini berpotensi mewajahkan semula bandar, mengeluarkan pelbagai makanan sepanjang tahun dan pada jangka panjangnya akan membaikpulih ekosistem.
Kaedah ini telah diketengahkan oleh Professor Dickson Despommier dari Universiti Columbia Amerika Syarikat. Ladang yang dijana akan memerlukan ruang, air, tenaga fosil yang amat sedikit. Dianggarkan satu blok bangunan 30 tingkat boleh menghasilkan makanan bersamaan dengan 1000 hektar di lapangan dan boleh membekalkan makanan untuk 50000 orang (makan 2000 cal/hari/orang).
Kebaikan perladangan menegak
-Pengeluaran hasil dapat dibuat sepanjang tahun kerana persekitaran dapat dikawal dan efisiensi pengeluaran tinggi.
-Tanaman dilindungi daripada bencana alam.
-Tanaman ditanam secara organic dengan menggunakan nutrien khusus.
-Larut resap dan hakisan tanah pertanian dapat dielakkan.
-Mewujudkan persekitaran lestari di Bandar yang menjadikannya bersih dan lebih selesa untuk didiami.

No comments:

Post a Comment