ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Wednesday, 4 September 2013

Komen MINYAK naik harga : Mohammad Agus Yusoff


Mohammad Agus Yusoff · 25,054 followers
57 minutes ago · 

  • Mulai 3 September 2013, harga petrol RON 95 dinaikkan sebanyak 20 sen dan harga minyak diesel pula dinaikkan sebanyak 20 sen. PM menyatakan kenaikan harga petrol tersebut adalah untuk mengelakkan masalah kepada kedudukan kewangan negara. Kata PM: "Ini mungkin akan jadi bebanan sikit kepada rakyat, tetapi kalau kedudukan kewangan (negara) keseluruhan terjejas, ia akan merosakkan seluruh negara." 

    Saya tidak segera mengulas kenaikan harga minyak tersebut kerana mahu melupakan sementara hal-hal negara untuk memberi tumpuan kepada tugasan akademik yang banyak tertangguh. Namun, apabila kelmarin Timbalan Menteri (TM) Kewangan menyatakan harga minyak Malaysia adalah yang kelapan termurah di dunia selepas Venezuela, Arab Saudi, Kuwait, Mesir, UAE, Iran dan Nigeria, hati saya segera terpanggil untuk memberikan sedikit ulasan. Ini kerana jiwa saya menolak pemberian fakta yang tidak tepat dan kenyataan yang menafikan intelek rakyat. 

    Jika setakat tujuh negara di atas, apakah kita hendak menafikan fakta bahawasanya harga minyak petrol di Brunei, Qatar, Bahrain, Algeria, Sudan, Libya dan Oman adalah lebih murah dari Malaysia? Kenapa TM Kewangan tidak menyatakan juga harga minyak di negara tersebut? Mengapa memberikan hujah yang salah atau berhujah dengan menyembunyikan fakta yang nyata? 

    Bagi membuktikan harga minyak di Malaysia adalah kelapan termurah di dunia, maka TM Kewangan pun mengumumkan harga RON 95 dan diesel di negara jiran kita. Antaranya ialah Thailand RM4.74 dan RM3.06, Singapura (RM5.56 dan RM4.32), Indonesia (RM3.05 dan RM3.43) dan Filipina (RM5.44 dan RM4.32). Kenapa kita bandingkan dengan negara kita yang tidak ada minyak ata sedikit sumber petroleumnya? Kenapa tidak kita bandingkan dengan harga minyak petrol di Brunei, UAE, Libya, Bahrain, Qatar, Oman dan lainnya yang harga minyak mereka jauh lebih murah daripada negara kita? Inilah yang saya katakan sebagai kenyataan yang menyembunyikan fakta untuk mengelirukan rakyat, jikapun tidak untuk membodohkan rakyat. 



    Untuk pengetahuan TM Kewangan, dalam konteks harga barangan ini, ada aspek yang kita boleh bandingkan dengan negara lain dan ada perkara yang kita tidak boleh bandingkan dengan negara lain. Misalnya, kenapa tidak kita bandingkan harga kereta di Malaysia dengan di Singapura atau Indonesia? Di Indonesia misalnya, jika setakat kereta Toyota Vios, mereka buat teksi sahaja. Jika di Finland dan Sweden, teksi mereka semuanya terdiri dari kereta mewah—lebih dari separuh teksi mereka menggunakan kereta Mercedes dan selebihnya BMW, Audi dan Volkswagen. 

    Itu belum lagi kita bincangkan tentang harga rumah. Dengan kos harga rumah kita yang ‘over priced’ dan kenaikannya tidak terkawal, apakah harga rumah di negara kita masih yang termurah di dunia? Begitu juga dengan hutang isi rumah rakyat di negara kita. Data menunjukkan lebih enam juta isi rumah rakyat di negara ini kini menanggung hutang berjumlah RM653 bilion. Secara purata, ini bermakna setiap isi rumah di negara ini tidak kira pangkat, status dan usia mempunyai hutang kira-kira RM108,000 seorang. 

    Kadar hutang ini adalah amat membimbangkan, apatah lagi peningkatan nisbah hutang isi rumah Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat setiap tahun dari 63.9% pada tahun 2008 kepada 76.6% tahun 2009, 75.8% tahun 2010, 76.6% tahun 2011 dan 80.5% pada tahun 2012. Rekod terkini hutang isi rumah Malaysia untuk tahun 2013 berada pada kadar 83.0% dari KDNK yang menyebabkan amaran untuk berwaspada daripada penganalisis kewangan di rantau ini.

    Melihat kepada data hutang isi rumah di atas, apakah kita hendak menyatakan kadar hutang isi rumah rakyat di negara kita adalah antara kelapan terendah di dunia atau harga kereta dan rumah kita juga antara terendah di dunia? Saya berhujah begini untuk menunjukkan saya menolak data tidak masuk akal yang diberikan oleh TM Kewangan kita tentang harga minyak kita yang kelapan termurah di dunia.

    Saya juga tertarik dengan alasan yang diberikan oleh TM Kewangan yang menyatakan kenaikan harga minyak adalah untuk membolehkan kerajaan memberikan BRIM kepada rakyat. Katanya: "Bantuan subsidi seharusnya disalurkan kepada yang benar-benar memerlukan dan melalui pemotongan subsidi (kenaikan harga petrol) ini kerajaan kemudian menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk rakyat yang berpendapatan rendah." 

    Saya tidak faham kaitan antara kenaikan harga minyak dengan bantuan BRIM yang diberi oleh kerajaan kepada rakyat. Pemberian BR1M ini untuk apa? Sebagai umpan untuk menggula-gulakan rakyat atau benar-benar untuk menolong rakyat? Jika untuk menolong rakyat miskin, kenapa pula BR1M yang diberikan itu diambil semula dalam bentuk menaikkan harga minyak petrol? Tidakkah kerajaan sedar dengan kenaikan harga petrol ini, BRIM yang diberikan kepada rakyat tidak dapat menampung beban kehidupan mereka kerana kenaikan harga petrol tersebut tentulah datangnya bersama dengan kenaikan kos hidup dan kos barangan keperluan harian? Tidakkah ini tidak boleh difikirkan oleh kerajaan?

    Oleh sebab itulah, saya menolak kenyataan TM Kewangan ini sebab hujahnya tidak tepat dan hujah inilah yang sentiasa diberikan secara berulang-ulang setiap kali harga minyak naik. Carilah alasan yang boleh diterima umum seperti demi kesihatan ekonomi negara, bagi mengurangkan defisit fiskal, kita terbeban dengan hutang luar, bagi faedah ekonomi negara jangka masa panjang, bagi mengurangkan jumlah subsidi kerajaan yang semakin meningkat, akibat kenaikan harga minyak di pasaran dunia ataupun sebahagian daripada proses rasionalisasi bagi membantu menstabilkan ekonomi negara.

    Jikapun hendak memberikan analisis perbandingan dengan negara lain, berilah analisis perbandingan yang sesuai, bukannya untuk sesuaikan data dengan keperluan dan hujah kita. Analisis akademik menuntut kejujuran kita memberikan data yang tepat. Begitulah!
    2,038Like ·  · 

Derhaka Pada NEGARA atau derhaka pada POLITIKUS BANGANG

Kalau GURU BESAR..bersama penolong penolong kanan...menghabiskan DUIT sekolah atau duit Persatuan Ibubapa Guru PIBG...suka suka hati...buat PROJEK..bena tangga EMAS kat tepi padang sekolah...kasi perojek itu kat KRONI adik beradik depa...kalau guru guru lawan GURU BESAR and Co..adakah...guru guru itu DERHAKA pada sekolah ( NEGARA )...???

MITOS SETIA KEPADA NEGARA DENGAN SETIA PADA KERAJAAN TAK SAMA

Arijal at UTUSAN KINI - 1 hour ago
*BERBEZA* Usaha halus kerajaan melalui pelbagai medium propaganda dalam cubaan mengelirukan rakyat Malaysia supaya mempercayai mitos yang dibawa oleh mereka, iaitu 'setia kepada negara' adalah sama dengan 'setia kepada kerajaan' ternyata berjaya. Buktinya, pada hari ini masih terdapat minoriti (baca sebagai 47 peratus) rakyat Malaysia yang tidak dapat membezakan antara kedua-dua perkara ini, walhal secara jelas definisi 'negara' dan 'kerajaan' adalah berbeza. [image: Latyfa Ishak's photo.] Secara umumnya, definisi 'negara' adalah merujuk kepada suatu masyarakat yang menduduki seseb... more »

Ramai tahu PEMANDU adalah rekaan Omar Ong Punahsihat Muaallaf dari firma konsultan Ethos Consulting. Omar merupakan salah seorang anggota war rooom BN. Muka depan yang sering kita lihat bersuara untuk PEMANDU adalah Dato Idris Jala dari Shell yang gagal memulihkan MAS dan kini naik pangkat jadi Menteri penuh.Harap PM ambil perhatian dan perbaiki keadaan. Kami hanya menyampaikan keresahan ramai pengundi BN. Itu saja permintaan kami sebagai penyokong - Petikan The Unspinners

    Bila penasihat @NajibRazak Ting Tong! Ding Dong..Kong Kali Kong

    Aku Peduli Apa @ APA at Aku Peduli Apa @ APA - 1 hour ago
    *Bila kepala selalu ting tong,jalan pun jadi ding dong..* *Nasihat pun semua kong kali kong..* Banyak sudah diperkatakan para bloggers tentang PEMANDU yang menjadi barometer Najib dalam memacu segala tok nenek transformasi yang dia inginkan.Sahabat The Unspinners telah melakukan beberapa pendedahan bersiri tentang PEMANDU dan struktur organisasinya yang tak seimbang dari aspek kaum dimana Najib lebih mengutamakan* (baca percaya)* spesis *Kulop Besar-Kulop Kecil* dan spesis * Kelentat Rumi* dari bangsanya sendiri yang mengucap *Dua Kalimah Syahadah.*Kalau ada spesis yang *Kulop-Free*... more »

    Wednesday, 21 August 2013

    Kononnya ...AKU pembela MELAYU....

    Kejap PELAJARAN..kejap PENDIDIKAN..kejap


     PELAJARAN ..kejap PENDIDIKAN..pasal nak 


    bagi 


    projek kat KRONI ajer...wang rakyat 


    HANGUS...buat kerja BODOH...

    @NajibRazak "Bapa Segala Slogan"...

    Aku Peduli Apa @ APA at Aku Peduli Apa @ APA - 4 hours ago
    Kita sebelum ini ada Perdana Menteri* "Bapa Kemerdekaan".."Bapa Pembangunan"..."Bapa Perpaduan"..."Bapa Pemodenan"..."Bapa Mertua Khairy ..*.dan yang terbaru kita ada Najib Razak sebagai "Bapa Segala Slogan"...kah kah kah. Bercakap pasal slogan ni aku dah terlalu mual sampai dah tak mampu nak muntah lagi dah.Sebelum Najib sana sini Hadhari Dollah memenuhi setiap ruang merapu politikus Umno.Tumbang Paklah,ranap segala tok nenek Hadhari dengan segala tok nenek budget (*wang rakyat*) yang digunakan untuk mempromosi idea PM separuh sedar kita ini. Timbul pulak slogan 1Malaysia Naj... more »



    Kononnya ...AKU pembela MELAYU....

    Jom ketuk pintu "Melayu First" Muhyiddin Yassin lak...

    Aku Peduli Apa @ APA at Aku Peduli Apa @ APA - 2 hours ago
    *Saya Melayu First..* *Kontrak Cinabeng First...* Aku ini asyik membelasah @NajibRazak je selama ini dan membiarkan orang No.2 dia bebas tak diusik langsung.Ini pun spesis harami gak walaupun pernah mengaku *"I am Melayu First,Malaysian second.." *bila ditanya wartawan.Sedangkan berbillion RM projek dia serah kat Cinabeng YTL dibawah Kementerian Pelajaran yang dikepalainya.Itu belum diambilkira masaalah yang dibebankan kepada Para Pendidik yang akhirnya mencetuskan rasa tak puas hati dikalangan kaum pendidik ini yang akhirnya diterjemahkan melalui peti undi PRU14 dan akan terus di... more »

    Tuesday, 20 August 2013

    Hutang LEMBU..MAS dan PTPTN..Penjajahan BN UMNO

    KJ juga tidak setuju rupanya...........

    stones at Batu vs Kayu - 31 minutes ago
    [image: Khairy Jamaluddin] SHAH ALAM - Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini membantah peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) disenaraikan di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS). Menurutnya, perkara itu akan menjadi bebanan kepada peminjam dana tersebut.  "Pemuda Umno tidak setuju peminjam PTPTN disenaraikan dalam CCRIS. "PTPTN tidak sama dengan pinjaman bank untuk kereta atau rumah. "Jangan bebankan graduan," katanya yang dipetik dari akaun mikro Twitternya. Sebelum ini media melaporkan, PTPTN akan melaksanakan CCRIS dengan kerjasama ...more »

    Isu PTPTN: CCRIS bukti kegagalan kerajaan dalam 100 hari?

    Demo LaNie at Demo LoNie - 1 hour ago

    *SHAH ALAM - Tindakan kerajaan menyenaraikan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) dilihat sebagai satu lagi kegagalan mempertahankan pendidikan sebagai hak asasi rakyat.* *Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, dasar PTPTN yang liberal sudah cukup membebankan generasi muda dan jika langkah menyenaraihitam peminjamnya itu dilakukan, hanya akan memburukkan keadaan.* * * *Katanya, ketika ini peminjam sedang bergelut dengan kadar upah dan gaji yang rendah di samping dibebankan harga rumah dan ke... more »

    Mahasiswa disenarai CCRIS, Tarif Letrik Naik, Apa Lagi Kerajaan Mahu?

    ReJaM at MiLo SuaM - 5 hours ago

    Tulisan Terbuka 20 Ogos 2013 Mahasiswa disenarai CCRIS, Tarif Letrik Naik, Apa Lagi Kerajaan Mahu? Kemenangan Barisan Nasional dengan penuh penipuan dan bantuan Suruhanjaya Pilihan Raya pada 5 Mei lalu, akhirnya 'klimex' tersebut dibuktikan sebagai titik bermulanya nasib yang lebih malang untuk rakyat Malaysia. Mungkin untuk tempoh 5 tahun, dan tidak mustahil untuk tempoh lagi 50 tahun. Semua

    Siapalah anda jika hendak dibandingkan dengan Tajuddin Ramli.

    Demo LaNie at Demo LoNie - 1 hour ago

    *Peminjam PTPTN bagai jatuh ditimpa tangga* *Peminjam PTPTN akan disenaraikan di CCRIS mulai Aug 2013* *di senarai hitam oleh seluruh bank di malaysia.. sesiapa yg ada bayaran tertunggak selama 3 bulan berturut2..* *byr jangan tak byr,, pr offer education free minoriti penyokong umno tolak, skg mcm mana?* * * *Jgn salahkan BN tetapi salahkan mak bapak yg memangkah BN.. huhuhu* * * *Jelaskan kenapa hapus hutang Tajudin, kejar PTPTN* *KUALA LUMPUR,- Kerajaan mesti jelaskan dahulu mengapa hutang Tan Sri Tajudin Ramli boleh dihapuskira sedangkan para pelajar diburu untuk menuntut hutang me... more »