ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Saturday, 8 February 2014

MEKAH..untuk perlancongan atau IBADAH???


http://peribadirasulullah.wordpress.com/2014/02/05/kemusnahan-tanah-suci-mekah-yang-disembunyikan/

Konsep Baru Mekah

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca.
Hari ni nak sembang-sembang pasal perkembangan sejarah sikit sebanyak. Walaupun nampak macam lari sikitniche blog ni yang lebih kepada kesihatan dan bisnes tapi anyway sekali-sekala tak salahkan?!

Just nak sedarkan dari terlambat dan sebenarnya niche blog ni yang hakiki adalah KESEDARAN. Sebab mungkin ramai orang TAHU tapi sedikit sangat orang yang SEDAR. So, kerja saya adalah untuk sedarkan serami mungkin orang yang masih tidur.

Siapa yang baru sahaja pulang dari umrah sekarang pasti membawa gambar-gambar kawasan Arab Saudi yang semakin maju, gilang gemilang dengan segala puncak menara di merata-rata ceruk Mekah dan Madinah. Sebanyak $ 26 billion telah dibelanjakan untuk tujuan ini. Tapi tahukah anda, apa yang berlaku di sebaliknya?!

Dari apa yang kita boleh lihat struktur ikonik lama Masjidil Haram telah pun dimusnahkan untuk memberi laluan kepada rekaan model lebih kontemporari. Pemusnahan bangunan Masjidil Haram yang dibina oleh kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini menerima tentangan ramai pihak terutamanya ahli arkaelogi yang merasakan kerajaan Saudi merosakkan struktur bersejarah Islam tanpa mempedulikan kesannya.

Pihak Saudi memberi alasan bangunan binaan kerajaan Ottoman/Uthmaniyah ini mempunyai rekaan bida'ah/syirik kerana terdapat ukiran nama sahabat. Selain itu juga terdapat perancangan untuk memusnahkan stukutur kubah Masjid Nabawi sekarang kerana ia juga dikatakan tidak cukup Islamik.

Kenapa tidak cukup Islamik? Kerana kubah hijau yang menutupi makam Rasulullah SAW juga dikatakan bida'ah. Kubur tidak boleh mempunyai tanda mengikut fahaman Wahhabi. Kuburan Saidina Umar dan Abu Bakar yang disemadikan bersebelahan makan Rasulullah juga akan dimusnahkan suatu hari nanti jika keadaan ini berterusan.

Walaupun atas nama pemodenan dan pembesaran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, tetapi itu bukanlah tiket khas untuk menutup sejarah dan tempat tinggalan Nabi SAW dan para sahabat!

Persoalan ini membawa kepada soalan seterusnya, iaitu, "Mengapa hanya pihak SAUDI mempunyai hak membentuk arah tuju Mekah dan Madinah? Kenapa tiada persetujuan diambil terlebih dahulu sebelum projek pembinaan/pemusnahan ini dilakukan? dan haruskah Mekah dan Madinah berada di bawah jajahan keluarga Al Saud"

PERSOALAN DEMI PERSOALAN

Kesemua projek naik taraf dan pembangunan di kedua-dua kota suci Islam ini dilakukan di bawah arahan Raja dari keturunan Saud, sebab tu nama negara tersebut Arab Saudi. Beliau juga digelar "Penjaga Dua Masjid Utama".Keyword disini ialah PENJAGA dan bukannya TUAN PUNYA. Di dalam Islam sendiri kita sedia maklum wujud konsep MUSYAWARAH. Jadi mengapa tiada musyawarah dilakukan diantara kesemua pemimpin negara Islam untuk membincangkan hala tuju permodenan Mekah dan Madinah?

Pihak Saudi nampaknya sangat autokratik dalam membuat keputusan permodenan. Tak mengapalah untuk keselesaan orang awam tapi kalau dah sampai menghancurkan termpat-tempat sejarah sahabat dan Nabi SAW, apa cerita ni?!
Kemudian semua projek pembinaan diberikan kepada firma Saudi Bin Ladin Group. Kita semua sedia maklum bila seseorang Muslim itu menderma kepada pembinaan sebuah masjid, surau atau tanah wakaf, pahala dari pemberian mereka itu akan berterusan sehingga hari kiamat. Kenapakah keluarga Al Saud dan Bin Ladin memonopoli projek ini tanpa perbincangan dari semua negara Islam?

Tidak banyak pemimpin Muslim yang berani menegur monopoli 2 masjid suci ini untuk kerabat dan kroni mereka sendiri? Hanya Presiden Turki dan Iran yang mempunyai semangat dan keberanian untuk mempersoalkan kemusnahan bangunan bersejarah Islam di Kota Mekah dan Madinah yang sedang giat dilakukan kerajaan Saudi. Mereka juga membantah pengkomersilan melampau yang berlaku di Mekah.
Contoh pengkomersilan melampau ialah Raffles Makkah Palace, hotel mewah siap dengan butler yang terletak bersebelahan Masjidil Haram. Menara jam gergasi yang ada sekarang pula rata-rata dipersetujui telah mengalihkan perhatian umat Islam dari memandang Kaabah.

Saya yakin anda pasti bersetuju bahawa tarikan utama Mekah sepatutnya ialah untuk beribadah dan melihat Kaabah. Bukannya pergi hotel mewah dan jam gergasi tertinggi di dunia. 

Agak ironik rumah nabi, sahabat, makam isteri-isteri nabi dan telaga nabi dimusnahkan kerana "bida'ah" dan di atas tapak yang diratakan itu pu dibina cawangan makanan 'HARAM' Starbucks, Marks and Spencer, Raflles Hotel dan McDonalds.
Antara kesan yang nyata akibat permodenan Mekah dan Madinah ialah kos untuk menunaikan haji serta umrah menjadi terlalu mahal. Ini mengakibatkan umat Islam yang sepatutnya sudah mampu menunaikan haji terpaksa mengumpul lebih banyak wang untuk memenuhi rukun Islam ke 5.

Ramai golongan tua yang baru pulang umrah mengeluh Mekah yang mereka lawati pada tahun 90-an ketika menunaikan haji dahulu sudah hilang. Menurut mereka pengkomersilan yang melampau membuatkan Mekah terasa seperti seakan sebuah theme park dan bukan lagi tempat untuk beribadat kepada Allah.

Salah siapa kalau bukan kerajaan-kerajaan Islam sendiri yang memberikan keluarga As-Saud keizinan mutlak untuk melakukan apa yang mereka suka. Kalau berani bersuara kuota Haji negara akan dikurangkan oleh As-Saud and Co. Islamik kah ini?!

Last but not least mungkin lebih baik jika Makkah dan Madinah menjadi mini country seperti Vatican dimana penjaganya digantikan mengikut undian umat Islam. That way tak ada one person yang boleh buat keputusan sesuka hati. 

Ini juga akan membebaskan Mekah dari menjadi milik keluarga As-Saud untuk mendesak negara Islam lain untuk menutup mulut mereka atau dikurangkan kuota apabila sebarang rancangan mereka digugat atau dipersoalkan.

Masjidil Haram 2020: Sanggupkah kita kehilangan segala tinggalan Rasulullah SAW?!

Semoga Allah membantu kita semua dan Islam walaupun saya sedar bahawa salah satu daripada tanda akhir zaman atau kiamat kecil adalah apabila kaum yang dahulunya mengembala kambing di gurun-gurun mula berlumba-lumba membina bangunan yang tinggi-tinggi (atas tujuan menonjolkan kekayaan mereka)

Moga Allah sentiasa merahmati kita dan memahamkan kita betapa pentingnya peninggalan sejarah tamadun awal Islam kepada kita.

*Bagi yang tidak keberatan untuk share pengetahuan ini bersama orang lain, sila tekan butang LIKE di atas post ini. Semoga ia menjadi manfaat untuk semua rakan-rakan anda yang memerlukan post ini dalam usaha untuk hidup lebih sihat, ceria dan bahagia.Sumber link

Friday, 31 January 2014

SEBAB ANWAR PERLU JADI MB SELANGOR


RAFIZI RAMLI TERPAKSA DEDAH SEBAB ANWAR PERLU JADI MB SELANGOR


http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2014/01/rafizi-ramli-terpaksa-dedah-sebab-anwar.html
Kenyataan Rafizi Ramli kali ini amat terpeinci berbanding sebelumnya. Ini tidak lain tidak bukan atas desakan rakyat yang semakin mendesak keperluan Anwar jadi MB Selangor. 

Mungkin penjelasan ini agak lewat namun belum terlambat untuk memberi kesedaran kepada para penyokong terutama pengundi N25 Kajang

PKR sedia ditolak rakyat dalam pilihan raya kecil Kajang sekiranya tindakan mengosongkan kerusi DUN itu bagi memberi laluan kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding , dianggap satu keputusan memanipulasi sistem pilihan raya, kata Ketua Strategi PKR, Rafizi Ramli. 

Menurut Rafizi, ia adalah satu pertimbangan berisiko besar yang perlu diambil demi kepentingan orang ramai, dengan mempertaruhkan orang nombor satu Pakatan Rakyat itu sendiri. 

"Ada yang kata keputusan ini mempermainkan demokrasi. Tidak. 

"Kita ambil risiko besar memulangkan keputusan ini kepada rakyat. 

"Ia demokratik dan ia juga sadistik. 

"Kita letak orang nombor satu kita dalam tangan pengundi-pengundi Kajang yang marah. 

"Kita jelaskan dan kita minta maaf. Kalau penerangan dan minta maaf kita ini tidak cukup, Anwar Ibrahim akan dihukum. 

"Kalau ini permainan PKR yang perlu ditolak, tolaklah kami. Kami tidak memanipulasi sistem seperti yang dilakukan Umno," kata MP Pandan itu di forum 'Anwar: Dari Kajang ke Putrajaya' di ibu negara, semalam. 

Sebak seketika dengan mata kemerah-merahan sehingga ucapannya tersekat-sekat, Rafizi berkata ia adalah satu keputusan yang menyakitkannya tetapi perlu dilakukan demi tanggungjawab kepada orang ramai. 

"Ia menyakitkan saya kerana ia adalah idea saya untuk mengheret Anwar Ibrahim ke dalam perkara ini (sebak) dan ia bukan perkara yang mudah. 

"Namun apabila tanggungjawab ini jatuh di atas bahu anda (sebak), apa lagi yang anda boleh lakukan?" katanya. 

Apabila kembali tenang, Rafizi menjelaskan langkah itu akan membolehkan Pakatan Rakyat mengekang strategi politik perkauman Umno yang didakwanya semakin galak mengizinkan bibit-bibit ketegangan kaum untuk bercambah seperti demonstrasi-demonstrasi perkauman di Pulau Pinang baru-baru ini. 

Katanya lagi, insiden-insiden sama juga pernah berlaku di Selangor dan demografi Selangor yang menyerupai Malaysia menuntut kehadiran seorang tokoh politik nasional yang mampu mengendalikan sebarang kemungkinan meletusnya ketegangan di antara kaum. 

"Ini bukan soal menukar MB semata-mata, ini bukan soal masalah dalaman PKR semata-mata. Ini soal kita perlu berdepan dengan satu serangan politik yang kita perlu bersedia (menghadapinya). 

"Kita tahu permainan politik dan agama ini perlu dijawab dengan permainan politik juga.

"Walaupun kita hormat Tan Sri Khalid (menteri besar Selangor) dan kita hormat kebolehannya mentadbir tapi kita perlu berpijak di bumi yang nyata bahawa Tan Sri Khalid bukan seorang ahli politik yang berkemahiran dan berpengalaman untuk berhadapan politik perkauman dan agama Umno ini," katanya. 

Sementara itu, Rafizi menjelaskan pengumuman untuk meletakkan Anwar bertanding dilakukan dengan persetujuan penuh Pakatan Rakyat walaupun pada mulanya ia mengejutkan beberapa pimpinan kanan kerajaan, bekas menteri besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. 

Jelasnya, rundingan untuk menyokong langkah itu dibuat secara rahsia dan pada masa sama, PKR juga "tidak menguruskan" bagaimana kerahsiaan itu dikomunikasikan sesama pimpinan parti masing-masing. 

"Cantiknya langkah taktikal ini adalah kerana ia 'mengejutkan' dan ya, ia mengejutkan ramai orang kerana cara persetujuan itu diolah," katanya. 

Menurut Rafizi, persetujuan PAS diperolehi pada 24 Januari menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali sementara persetujuan DAP pula diperolehi pada hari Isnin, 27 Januari sebelum pengumuman itu dibuat Tan Sri Khalid Ibrahim pada 29 Januari. 

Aktivis sosial, Hishamuddin Rais yang turut menjadi ahli panel, menyokong sepenuhnya langkah itu yang akan membolehkan Anwar menjadi menteri besar Selangor. 

Menurutnya, Anwar akan boleh turut serta dalam persidangan Raja-Raja Melayu selaku menteri besar Selangor dan bercakap mewakili 52 peratus pengundi yang memilih Pakatan dalam pilihan raya umum yang lalu. 

"Kalau Lim Guan Eng yang bercakap tentang kalimah Allah dan Tanah Melayu, siapa sahaja yang akan ambil peduli. 

"Tetapi kalau Anwar Ibrahim yang bercakap tentangnya, ia strategi yang berbeza sama sekali," katanya. 

Forum malam tadi yang dianjurkan radio internet Radio Bangsar Utama turut dihadiri Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan dimudahcara bekas pengarah eksekutif Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ), Masjaliza Hamzah.

PENJELASAN ANWAR PD 3 FEB 2014

Tiba-tiba pulak Sultan Selangor ada kuasa bubarkan DUN kalau MB letak jawatan?

http://cenangau.blogspot.com/2014/01/sultan-selangor-bubar-dun-mb-letak-jawatan.html#axzz2ryu77oh9

Macamana pulak kalau Undang-undang Tubuh tu sendiri tak sebut "keadaan-keadaan yang membolehkan baginda berbuat demikian" tiba-tiba Prof kangkung ni boleh kata keadaan-keadaan tu termasuk bila menteri besar letak jawatan sultan boleh bubarkan Dun.

Utusan dengan tajuk berita "DUN boleh dibubar jika MB letak jawatan" melaporkan:

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mempunyai kuasa membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor jika Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan.

Pada masa yang sama, semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) juga harus meletak jawatan sekiranya Abdul Khalid berbuat demikian. - Utusan. Homestay Tempayan Hijau Penginapan budget di Parit Buntar Iklan teks di sini Cuma RM10 sebulan (PROMOSI) 
Ini masalah di Malaysia, ikut suka-suka depa ja nak mentafsirkan undang-undang ikut kehendak depa. Lebih kurang macam masa krisis di Perak dulu, suka-suka ja depa tafsirkan kuasa menteri besar dan kuasa sultan dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak supaya kena dengan kehendak depa yang takmau DUN dibubarkan.

Di Selangor sekarang ni pulak prof kangkung tu tafsirkan Undang-undang Tubuh Negeri Selangor konon kata Sultan ada kuasa untuk bubarkan DUN kalau Menteri Besar letak jawatan.

Cuma yang bangangnya Utusan juga melaporkan:

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara, Prof. Dr. Nik Kamal Nik Mahmod (gambar) berkata, Perkara 70 Undang-undang Tubuh Negeri Selangor menyatakan Sultan mempunyai kuasa membubarkan DUN namun tidak disebut keadaan-keadaan yang membolehkan baginda berbuat demikian. - Ibid.

Macamana pulak kalau Undang-undang Tubuh tu sendiri tak sebut "keadaan-keadaan yang membolehkan baginda berbuat demikian" tiba-tiba Prof kangkung ni boleh kata keadaan-keadaan tu termasuk bila menteri besar letak jawatan sultan boleh bubarkan Dun

Lagi jelas bangangnya bila Utusan juga melaporkan:

"Pada pandangan saya kalau Menteri Besar Selangor sekarang meletakkan jawatan, tidak semestinya Sultan akan membubarkan DUN kerana tiada krisis keyakinan dalam kerajaan atau DUN.

"Baginda boleh melantik Menteri Besar baharu kerana pakatan pembangkang masih mempunyai kerusi majoriti. Namun perlu diingat bahawa kuasa membubarkan DUN itu memang terletak di tangan Sultan. Jadi, kalau baginda membubarkan DUN maka itu dalam kuasa baginda," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. - Ibid.

Jadinya, aku memang tak heran langsung kalau puak-puak penchachai di Selangor akan memanipulasi Undang-undang Tubuh Negeri Selangor untuk pastikan Anwar Ibrahim tak jadi Menteri Besar Selangor walaupun khabar angin kata Anwar akan menggantikan Khalid Ibrahim tu cuma khabar angin yang masih bersifat spekulasi.

Lagi satu, masa Muhamad Taib letak jawatan dulu langsung takdak pun dia sebut cerita kata Sultan ada kuasa untuk bubarkan Dun masa tu.

Sultan berhak bubar DUN jika MB letak jawatan

kata Majlis Profesor Kangkung.
http://atsixty-zakriali.blogspot.com/2014/01/sultan-berhak-bubar-dun-jika-mb-letak.html

Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor boleh dibubarkan jika Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletakkan jawatan berdasarkan kuasa yang ada pada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara, Prof Dr Nik Kamal Nik Mahmod, berkata berdasarkan perlembagaan negeri, baginda boleh membubarkan DUN dalam tiga keadaan dan yang pertama ialah apabila hampir sampai hayat DUN, maka menteri mesar akan menasihatkan Sultan.

“Kedua, dalam keadaan lain apabila menteri besar hilang keyakinan daripada majoriti ahli DUN dan meletak jawatan, sultan akan membubarkan DUN.

"Satu lagi keadaan ialah apabila tiada satu parti pun yang mendapat majoriti dalam DUN, maka sultan akan membubarkan DUN untuk mencari mandat baru bagi parti politik yang bertanding dalam pilihan raya,” katanya kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Nik Kamal berkata, sekiranya Abdul Khalid meletakkan jawatan, barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (exco) yang dilantik oleh sultan atas nasihat menteri besar seharusnya turut meletakkan jawatan.

Katanya, terdapat peruntukan dalam perlembagaan negeri bahawa exco bertanggungjawab terhadap DUN.

"Jika menteri besar sudah meletakkan jawatan, maka secara kolektif barisan exco juga harus meletakkan jawatan. Perlu diingat bahawa sultan boleh memecat exco pada bila-bila masa seperti dalam perlembagaan negeri,” katanya.

Beliau turut menyentuh Perkara 70 Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor yang menyatakan sultan mempunyai kuasa membubarkan DUN tetapi tidak dinyatakan keadaan membolehkan baginda berbuat demikian.

Abdul Khalid ketika ditemui pemberita pada Isnin berkata, beliau boleh meletakkan jawatan sekiranya kepimpinan Pakatan Rakyat (PR) mencapai konsensus dan mendapat perkenan Sultan Selangor berhubung perkara itu.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini tiada perbincangan dilakukan oleh pucuk pimpinan tiga parti pembangkang dalam pakatan itu mengenai perkara berkenaan.

Abdul Khalid dikatakan bersetuju untuk mengambil alih jawatan penasihat ekonomi Selangor selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan bakal menggantikannya sebagai menteri besar, menurut satu sumber dalaman PKR.

Dalam satu pertemuan bersama Anwar dan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada hujung minggu lalu, Abdul Khalid dikatakan bersetuju dengan cadangan agar beliau dan ketua pembangkang itu bertukar jawatan demi kestabilan parti dan PR secara keseluruhannya. – tmi

Saturday, 18 January 2014

BN UMNO kurang 3% UNDI..tetapi dapat 20% KERUSI parlimen..TAK TIPU kan kan kan..

Kenapakah KERUSI bagi negeri negeri majoriti MELAYU...tidak ditambah KERUSInya...apabila PINDAAN kawasan pilihanraya dibuat pada PRU 11 ..tahun 1999 dan PRU12 ..tahun 2004...

Betulkah UMNO perjuangkan MELAYU...sedangkan wakil MELAYU BN UMNO di parlimen...semakin kurang...???

Bagaimanakah beza undi popular 3%...tapi beza kerusi..133 - 89 = 44 kerusi ( 19.8% )...

Bagaimanakah beza 3% itu ..membolehkan BN UMNO mendapat 44 kerusi majoriti???



UNDI popular rakyat...50%PR - 47%BN...beza hanya 3% sahaja...




Tuesday, 31 December 2013

Kenang KEMBALI..Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim

Monday, May 24, 2010



Calon PKR yang ditewaskan bagi kerusi pilihan raya kecil parlimen, Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim hari ini memfailkan petisyen bagi mengisytiharkan keputusan pilihan raya itu tidak sah.

Beliau mendakwa berlakunya amalan rasuah yang berleluasa oleh pencabarnya.

Petisyen itu difailkan dengan hujah calon BN, P Kamalanathan telah “secara langsung ataupun tidak” mengetahui tawaran yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa berkempen.

"Petisyen tertumpu kepada janji RM3 juta oleh Najib (kepada SRKJ (C) Rasa) dan tawaran-tawaran kepada peneroka Felda," kata peguam Zaid – Malik Imtiaz Sarwar semasa sidang akhbar di rumah Zaid di Petaling Jaya.

Petisyen pilihan raya itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.Pada

sidang media sebelum ini, Zaid mendakwa jentera dan kepemimpinan Barisan Nasional (BN) mengamalkan rasuah melalui pelbagai janji yang dibuat untuk meraih undi rakyat.

Katanya, beliau juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana didakwa gagal mengendalikan pilihan raya kecil itu dengan adil.

Pada pilihan raya itu, calon BN, P Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

Anda mungkin juga meminati:

Zaid fail petisyen Hulu Selangor dan saman Utusan Meloya

Zaid Ibrahim calon PKR Hulu Selangor


BN gerun dengan Zaid


Hulu Selangor - Zaid terus difitnah


Zaid vs Kamalanathan (BN)

Monday, 30 December 2013

Singa Ekonomi Islam LAWAN anak ROSMAH.

Tan Sri Muhammad Ali Hashim : Singa Ekonomi Islam. 

1.Tidak ramai kenal Tan Sri, beliau merupakan antara ikon korporat bumiputera terkemuka. Dengan kepimpinan beliau, syarikat JohorCorporation (JCorp) membesar daripada sebuah syarikat peladangan kecil hingga sekarang sebuah konglomerate dengan nilai pasaran RM18 billion dalam industri ladang kelapa sawit (Kulim), kesihatan (KPJ) , makanan (QSR) dan banyak subsidiari lain. 

2.Sejarah Jcorp ialah apabila kerajaan negeri Johor ketika Menteri Besar Othman bin Mohd Saat ingin membangunkan negerinya, lalu menubuhkan Johor State Economic Development Corporation (JSEDC) pada tahun 1968.Selain pembangunan, JSEDC juga ingin memberi peluang perniagaan dan pekerjaan khususnya kepada golongan bumiputera yang dahulu ramai berpendapatan rendah.Perniagaan pertama adalah membeli ladang getah dan kelapa sawit dengan pinjaman RM10 juta. 

3.Tan Sri dilantik sebagai CEO Jcorp pada tahun 1982, perolehan syarikat itu cuma RM152 juta, tetapi apabila beliau bersara pada tahun 2010, syarikat kongolemerate itu memperoleh RM8 billion dengan mencipta pekerjaan kepada 65 000 orang di 11 negara. Satu kejayaan yang besar dalam 28 tahun sebagai pengurus. 

4.Syarikat Kulim adalah syarikat kelapa sawit ke-12 terbesar di dunia mengikut nilai pasaran pada 2009, syarikat KPJ adalah syarikat kesihatan swasta terbesar di Malaysia, manakala syarikat QSR mengendali operasi restoren terkemuka dunia seperti Pizza Hut dan KFC. Ini semua kejayaan beliau dalam masa 28 tahun sebagai CEO JCorp. 

5.Selain itu, Tan Sri juga semasa CEO JCorp melaksanakan program intrapreneur, dimana syarikat kecil dan sederhana (SME) mendapat kontrak dan latihan oleh syarikat JCorp untuk berkembang maju. Jauh daripada syarikat swasta lain yang ingin mengaut keuntungan dengan memusnahkan semua pesaing. 

6.Antara minat saya kepada beliau adalah bukan sahaja kejayaannya dalam bidang korporat, malah beliau tetap pegang teguh kepada perjuangan ekonomi Islam. Walaupun syarikat swasta biasanya utamakan keuntungan semata-mata, tetapi Tan Sri juga utamakan kebajikan rakyat melalui wakaf korporat. Satu konsep dimana syarikat mewakafkan harta dimana hasilnya akan diberi kepada kerja-kerja kebajikan. Contohnya syarikat Waqaf An-Nur Corporation (WANCorp) bernilai RM501juta berniaga dan peratus keuntungan akan pergi kepada kebajikan ( 5% Majlis Agama Islam Johor, 25% program fisabilillah, dan 70% dilaburkan semula). 

7.Malangnya, tidak banyak syarikat besar milik Islam ingin mewakafkan harta mereka kepada kebajikan, majoriti syarikat yang membuat wakaf ini milik JCorp.Mungkin ada syarikat lain tetapi tidak banyak atau mereka membuat secara senyap. 

8.Apabila seorang hartawan bersara, biasanya dia akan meluangkan masa berehat, tetapi Tan Sri sekarang memimpin Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) dengan niat untuk membangunkan ekonomi Islam sambil membuat kerja-kerja kebajikan. Secara jelas Tan Sri ingin teruskan perjuangan membangunkan ekonomi Islam tanpa mengira umur. 

9.Secara kesimpulan, Tan Sri merupakan contoh kepada anak muda di negara ini, etika kerja yang cekap dan amanah telah membangunkan sebuah syarikat dimana sebelum ini masyarakat bumiputera dilabel sebagai tidak mahir berniaga. Bukan sahaja utamakan keuntungan, kebajikan rakyat juga diberi tumpuan oleh Tan Sri ketika beliau berada di puncak kepimpinan dan juga apabila beliau sekarang bersara. Perjuangan perlu diteruskan oleh anak muda negara untuk memajukan perniagaan dan jangan lupa untuk memberi sumbangan waqaf dengan apa yang mampu demi kesejahteraan rakyat. -AR-

SPRM tidak boleh siasat anak Rosmah beli kondominium RM110 juta? ha ha ha ha...


SHAH ALAM 30 DIS: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak boleh menyiasat pembelian kondominium mewah bernilai RM100 juta oleh anak tiri Perdana Menteri kerana tidak mempunyai undang-undang untuk menyiasat individu yang membeli aset di luar kemampuan.

Memetik laporan Harakah Daily, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyatakan mereka mencadangkan supaya peruntukan itu dimasukkan ke dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009, namun Putrajaya masih belum membentangkannya di Parlimen.

“Walaupun siasatan pemilikan harta tidak sepadan dengan pendapatan bukan fungsi SPRM sepenuhnya, SPRM mengalu-alukan jika perkara ini dimasukkan dalam senarai pindaan Akta SPRM 2009 yang bakal dibawa ke Parlimen pada tahun depan,” kata badan itu dalam satu kenyataan, malam tadi.

Kenyataan itu dikeluarkan selepas pembangkang mendesak SPRM menyiasat pembelian kondominium mewah penerbit filem Riza Shahriz Abdul Aziz di New York.

Riza adalah anak kepada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menerusi perkahwinan terdahulu.
Laporan media mengatakan lelaki berumur 36 tahun itu bekerja dalam industri perbankan di London dan beliau mengumpul kekayaannya dalam ekuiti serta hartanah.

Riza juga memiliki Red Granite yang menerbitkan filem terbaru lakonan bintang Holywood Leonardo DiCaprio, “Wolf of Wall Street”.

Seorang kolumnis hiburan menulis berkenaan pembelian kondominum mewah itu, pada Disember 2012 tetapi hanya menjadi tajuk berita selepas laman sesawang Sarawak Report melaporkannya dan mempersoalk pembelian itu.

Kondominium terbabit dikatakan antara paling mahal dan eksklusif di dunia, selain mempunyai 15 bilik dengan keluasan 7,738 kaki persegi dengan pemandangan menarik daripada beranda seluas 1,244 kaki persegi.

Akan tetapi laman sesawang hartanah New York, The Real Deal mengatakan Riza membeli hartanah mempunyai tujuh bilik di West 63rd Street Park Laurel, pada 19 November lalu.

LA Times melaporkan minggu ini Red Granite mendapatkan wang daripada sekumpulan pelabur tidak dikenali daripada Timur Tengah dan Asia serta hanya akan membiayai filem itu sahaja.

Penghasilan Wolf of Wall Street dilaporkan membabitkan US$100 juta di mana Red Granite mengeluarkan dana sepenuhnya.

Selangorkini

Sunday, 29 December 2013

Kutub menyongsang pada 2015?

WARTAWAN SINAR HARIAN
30 Disember 2013



Perubahan paksi bumi mengubah arah utara dan selatan.
< 1 / 1 >

KEBANYAKAN media sosial dan blogger kini sibuk memperkatakan fenomena pelik yang berlaku di seluruh dunia dan didakwa sebagai tanda awal kiamat.

Negara beriklim tropika dan panas mula menerima kesan akibat perubahan cuaca mendadak pada tahun ini dan sebahagian kawasan seperti Mesir serta Vietnam turut dilitupi salji tebal.

Perubahan magnet pada kerak bumi menyebabkan Kutub Utara bergerak dengan lebih cepat ke arah Siberia untuk berada pada kedudukan 40 darjah.

Beberapa kajian mendapati pergerakan itu berlaku semakin laju iaitu pada jarak 42 km sebulan dan dianggarkan berganjak sebanyak 2 km sehari pada 2013.

Ia merentasi garisan Khatulistiwa untuk berada pada kedudukan 40 darjah di selatan.

Jika keadaan itu berlaku, seluruh permukaan bumi berkemungkinan akan berubah seperti dipaparkan dalam filem sains fiksyen berjudul '2012'.

Paling memeranjatkan, kawasan Amerika Selatan terutamanya Brazil didakwa akan menjadi Kutub Utara manakala India menjadi Kutub Selatan.
Bagaimana dengan nasib Malaysia? Ia dikatakan akan membeku dan berada sebaris dengan India, sekali gus meletakkan garisan Khatulistiwa berada di Antartika.

Bandar pesisir pantai bakal tenggelam dan Australia Barat dipercayai turut mengalami nasib sama serta setengah negara mengalami waktu siang atau malam lebih panjang.

Fenomena medan kutub bumi menyongsang dikhuatiri mengakibatkan bencana alam lebih dahsyat seperti taufan, gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Selain itu, ia juga akan memberi kesan besar kepada ekosistem dan migrasi haiwan yang selama ini bergantung kepada perubahan musim dan iklim di sesuatu kawasan.

Medan magnet bumi juga akan menjadi lemah dan terdedah kepada fenomena ribut suria serta sinaran kosmik iaitu partikel bertenaga tinggi dan gelombang elektromagnet dari angkasa lepas.

Pergerakan kutub memang sedang berlaku dan ia boleh dilihat menerusi kejadian bencana alam yang didakwa berpunca daripada pemanasan global dan perubahan iklim secara mendadak sejak akhir-akhir ini.

Pelbagai teori didedahkan menyebabkan saintis menganggarkan medan magnet akan menyongsang dalam tempoh dua tahun lagi berdasarkan pergerakan kutub yang semakin laju.

Adakah keadaan itu akan berlaku atau ia hanya sebuah lagi spekulasi seperti ramalan kiamat 2012 yang digembar-gemburkan pada tahun lalu?

Kiamat menurut Islam

Beberapa hadis dan ayat al-Quran ada menjelaskan persoalan mengenai hari kiamat:

Ibnu Umar RA berkata, Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, lima kunci perkara ghaib, tidak mengetahuinya melainkan ALLAH iaitu:

1) Tiada mengetahui apa tersimpan di dalam rahim (kandungan perempuan) melainkan ALLAH.

2) Tiada siapa mengetahui apa akan terjadi esok hari melainkan ALLAH.

3) Tiada seorang pun mengetahui bila waktunya hujan akan turun melainkan ALLAH.

4) Tiada seorang pun mengetahui di negeri mana dia akan mati melainkan ALLAH.

5) Tiada yang mengetahui bila kiamat akan terjadi melainkan ALLAH.
(Hadis Riwayat Bukhari)

Adakah fenomena pelik melibatkan perubahan ekstrem cuaca dunia dan bencana alam dahsyat adalah satu peringatan atau petanda kepada manusia di akhir zaman?

Abu Hurairah berkata, Rasulullah bersabda, ‘Tidak akan tiba hari kiamat sehingga ilmu pengetahuan (agama) dilenyapkan, banyak gempa bumi, masa saling berdekatan (semakin singkat), banyak timbul fitnah, banyak huru-hara iaitu pembunuhan, hingga harta benda melimpah ruah di antara kamu.'

(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Abu Daud)

Sebagai orang Islam, kita wajib percaya bahawa hari kiamat merupakan Rukun Iman ke- 5 akan tiba seperti diterangkan dalam al-Quran.

ALLAH SWT berfirman :

Mereka menanyakan kepadamu tentang kiamat: “Bilakah terjadinya?” Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang kiamat itu adalah pada sisi Tuhanku; tidak seorangpun yang dapat menjelaskan waktu kedatangannya selain Dia. Kiamat itu amat berat (huru haranya bagi makhluk) yang di langit dan di bumi. Kiamat itu tidak akan datang kepadamu melainkan dengan tiba-tiba.” Mereka bertanya kepadamu seakan-akan kamu benar-benar mengetahuinya. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang bari kiamat itu adalah di sisi ALLAH, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
(Surah Al-A’raf, Ayat 187)

Dan juga pada ayat:

Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi ALLAH.” Dan tahukah kamu (Muhammad), boleh jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.
(Surah Al-Ahzab, Ayat 63)

ARTIKEL BERKAITAN