ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Friday, 9 September 2011

Kenapa 40 ribu pekerja asing di Felda???


SUMBER : http://mynewshub.my/bm/2011/05/02/40000-tenaga-asing-bekerja-di-ladang-felda/
JERANTUT – Kira-kira 40,000 pekerja asing bekerja di ladang milik Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) di seluruh negara berikutan tenaga kerja tempatan tidak berminat untuk bekerja di sektor perladangan, kata Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
Beliau berkata jumlah itu mewakili 84 peratus daripada keseluruhan tenaga kerja yang bekerja di ladang Felda dengan 29,000 orang daripadanya adalah tenaga kerja dari Indonesia, 10,000 dari Bangladesh dan selebihnya lain-lain bangsa.
Felda terpaksa menggunakan tenaga kerja asing terutama dari Indonesia kerana anak tempatan tidak berminat untuk berkerja di ladang milik Felda, malah Felda mendapat kerjasama baik daripada kerajaan Indonesia untuk membekal tenaga kerja mereka,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis makan malam sempena sambutan Hari Pekerja Kumpulan Felda Peringkat Nasional di Pusat Perkhidmatan Pertanian Tun Razak di sini, Ahad malam.
Bagaimanapun, katanya bagi kilang-kilang miliknya, Felda tidak berdepan dengan masalah itu berikutan penggunaan teknologi moden yang diuruskan 100 peratus oleh anak tempatan.
Sementara itu, Mohd Isa berkata Felda sentiasa memastikan kebajikan pekerja asing, malah mereka disediakan kemudahan tempat tinggal dan menerima gaji yang lumayan.
“Kebanyakan pekerja asing tersebut menerima gaji antara RM800 dan RM1,200 sebulan bergantung kepada tahap kecekapan masing-masing dan Felda sentiasa mengiktiraf pekerja Felda sama ada pekerja tempatan atau asing jika menunjukkan prestasi yang baik,” katanya. – BERNAMA


Tun Razak,

Lihatlah kemusnahan yang dilakukan oleh manusia bernama Najib Tun Razak yang mengekalkan dasar Mahathir Mohamed.


Dasar yang Tun Razak bawa untuk membasmi kemiskinan petani-petani luar bandar dengan menempatkan peneroka-peneroka kedalam kawasan tanah penempatan beramai-ramai telah berjaya dilaksanakan.

Tetapi pada tahun 1990, Dr Mahathir telah menyeleweng dari dasar yang diturunkan oleh Tun Razak. Mahathir tidak lagi mahu menjadikan dasar membasmi kemiskinan dikalangan petani-petani luar bandar, dan sebaliknya mahu menggunakan Felda untuk tujuan menempatkan badan itu sebagai badan konglomerat pertanian yang terbesar.

Mahathir mahu Felda dijadikan badan korporat, terlibat dengan perniagaan dalam dan luar negara, beliau tidak mahu lagi petani-petani ditempatkan dirancangan-rancangan Felda, tetapi sebaliknya tanah-tanah yang diserahkan oleh kerajaan-kerajaan Negeri kepada Felda dijadikan ladang-ladang yang dikelola-urus oleh Felda sendiri untuk mendatangkan untung dan laba kepada Felda sebuah badan yang bertukar wajah menjadi badan konglomerat pertanian.

Dibawah pentadbiran Mahathir, golongan profesional seperti Taib Andak dan Raja Alias tidak lagi dilantik menjadi Pengerusi Felda dan ini diteruskan oleh anak Tun Razak, Najib, yang terus melantik ahli-ahli politik menjadi pengerusi Felda, dan lebih teruk lagi dari itu, Najib telah melantik seorang Pengerusi yang telah didapati terlibat dengan rasuah yang dikenakan 6 tahun penggantungan oleh UMNO. Sekiranya kes ini dilapor kepada SPRM dan SPRM bertindak sebagai Badan Bebas sudah tentu orang ini dipenjarakan sebagai seorang yang dijatuhkan hukuman rasuah.

Semasa golongan profesional ini mentadbirkan Felda, bukan sahaja wang rezab Felda bertambah dari masa ke semasa dan mungkin pada hari ini sudah pun sampai ke tahap melebihi RM10 billion, tetapi dibawah Najib selaku Menteri yang bertanggungjawab kepada Felda, wang rezab Felda menjunam jatuh dari RM4.3 billion kepada RM1.3 billion. 

Sudah tentu berlaku penyelewengan yang melampau yang telah berlaku didalam pengurusan kewangan Felda ini, dan baru-baru ini Felda telah pula meminjam daripada KWSP sebanyak RM6 billion.

Pinjaman itu untuk apa? Sekiranya pengurusan kewangan didalam pentadbiran Felda tidak diperbetulkan, maka pinjaman Felda ini akan terbeban kepada peneroka-peneroka untuk menjelaskannya.

Tun Razak,

Peneroka-peneroka sudah sangat lama menderita dan berkorban demi masa depan mereka. Dan kini sudah mulai ternampak kesenangan itu. Tetapi Felda telah memanipulasikan sekali lagi kedudukan peneroka-peneroka Felda. Peneroka-peneroka yang sudah menjelaskan Bayaran Kembali kepada Felda dan menjelaskan bayaran cac (btd) melalui Felda masih lagi menunggu-nunggu geran tanah mereka yang sengaja dilewat-lewatkan oleh Felda.

Walaupun dari segi GSA, Kerajaan Negeri berhak mengeluarkan geran tanah kepada peneroka-peneroka tetapi dari segi prosedurnya pihak Feldalah wajib membuat syor kepada Kerajaan Negeri supaya geran dikeluarkan kepada peneroka-peneroka. Ada disesetengah rancangan Felda kelewatan ini sudah pun tertangguh melebihi 14 tahun, dan kelewatan tertangguh hingga 6 atau 7 tahun adalah perkara yang normal.

Apabila notis-notis dihantar kepada Felda, jawapan standard diberikan oleh Felda bahawa tindakan sedang atau sudah diambil, namun, geran-geran tanah peneroka berkenaan tetap juga tidak diserahkan kepada peneroka-peneroka.

Tun,

Tentu Tun Razak masih ingat bahawa setiap peneroka Felda dikenakan bayaran RM4.00 setiap ekar setiap bulan selama 15 tahun bertujuan untuk dimasukkan kedalam Tabung Tanam Semula, sebagai kemudahan kepada peneroka-peneroka untuk menguruskan tanam semula apabila sampai waktunya.

Kepada mereka yang belum menerima geran tanah, Felda telah memanipulasikan pengurusan ini dengan mengadakan Perjanjian Tanam Semula dimana syarat-syarat dan terma-termanya sangatlah berat sebelah sehingga menyebabkan peneroka-peneroka menanggung hutang yang begitu besar diantara RM70,000.00 hingga RM120,000.00.

Ada juga peneroka-peneroka yang terpaksa menanggung hutang yang lebih besar kerana kebun-kebun mereka yang ditanam melalui Felda telah gagal ditanam semula walaupun pokok-pokok sawit atau getah mereka telah ditebang oleh Felda; mereka ini diberikan pinjaman elaun sara hidup sebanyak RM1500.00 sebulan tetapi kebun-kebun mereka tidak mengeluarkan sebarang hasil/pendapatan dan justeru itu mereka akan menanggung hutang dan tidak ada sumber menjelaskan hutang itu.

Bagi mereka yang tanam sendiri pula, Felda telah membuat manipulasi kewangan dengan gagal menjelaskan bayaran kembali dari Tabung Tanam Semula itu dan sesetengah dari mereka hanya dibayar separuh sahaja dari kewangan Tabung yang dicarumkan oleh peneroka-peneroka itu dan selebihnya dikehendaki mengambil input-input pertanian yang tidak dikehendaki oleh peneroka-peneroka kerana input pertanian yang dibekalkan oleh Felda adalah input yang mutu rendah.

Tun,

Berpuluh-puluh tahun Felda telah selewengkan pendapatan peneroka-peneroka kerana membayar peratusan perahan yang kecil berbanding peratusan perahan sebenar.

Felda memberikan peratusan perahan hanya diantara 17 hingga 18% sahaja sedangkan peratusan perahan yang disahkan oleh Makmal boleh meningkat hingga melebihi 30%. Ini bererti setiap peneroka telah ditipu sebanyak lebih dari RM1000.00 setiap bulan.

Dizaman Tun Razak dulu tak pernah kita dengar peneroka-peneroka menyaman Felda. Tetapi dizaman Dr Mahathir dan dizaman Najib ini, peneroka-peneroka akan hanya mendapat keadilan dengan menyaman Felda. Di Felda Kemahang 3 di Kelantan, Mahkamah Persekutuan telah menganugerahkan lebih RM11 juta kepada peneroka-peneroka disana kerana peratusan perahan yang jauh lebih kecil dari yang sepatutnya.

Di Felda Maokil, Johor seramai 650 peneroka-peneroka menyaman Felda, di Serting 1 dan 2 seramai 766 orang peneroka menyaman Felda, dan di kawasan Jengka diluar DUN Jengka, seramai 700 peneroka sudah pun melantik peguam untuk menyaman Felda. 

Seramai 1000 orang lagi di gugusan Bera dan 1000 lagi di DUN Jengka, 300 orang di gugusan Keratong sedang bersedia menyaman Felda.

Menyaman Felda bukanlah satu perkara yang menyeronokkan tetap satu perkara yang perlu dibuat kerana Felda tidak mahu berunding dengan peneroka-peneroka, dan Felda hanya tahu “bahasa” saman sahaja.

Disamping isu perahan ini, timbul juga isu buah-buah “muda”, “mengkal” yang direject oleh Kilang-Kilang Felda. Setelah dibuat kiraan, tidak kurang dari RM20,000.00 kerugian menimpa peneroka-peneroka Felda kerana buah yang direject itu diproses bersama dengan buah yang normal yang dihantar kekilang, tetapi hasilnya tidak diberikan kepada peneroka-peneroka bahkan peneroka-peneroka itu pula dikenakan denda. Pemeriksaan di Makmal mengesahkan bahawa buah-buah reject itu boleh mendapat peratusan perahan antara 19 hingga 21 peratus.

Tun,

Kadar Getah Kering (KGK) yang disahkan oleh Makmal boleh mencapai hingga 62%, tetapi kilang-kilang getah Felda hanya membayar lebihkurang 45% sahaja. Kajian sedang dibuat untuk mengumpulkan maklumat-maklumat untuk memfailkan saman di Mahkamah mengenai KGK ini. 

Di seluruh rancangan-rancangan Felda di seluruh Negara kini peneroka-peneroka sedang mengambil tindakan untuk menyaman Felda samada berhubung KPG, KGK, kegagalan tanam semula oleh Felda, Tabung Tanam Semula, bayaran insentif tanam semula oleh MPOB, dan geran tanah.

Perkara sebegini sepatutnya tidak berlaku jika Felda yang Tun asaskan itu berperanan untuk melaksanakan tujuan asalnya iaitu untuk meninggikan taraf ekonomi peneroka-peneroka Felda.

Tun,

Ucapan Tun di Parlimen pada 27hb April 1960 adalah untuk semua tanah-tanah Kerajaan Negeri yang diserahkan kepada Felda jelas melarang Felda dari menyerahkan tanah-tanah itu kepada syarikat atau anak-anak syarikat. 

Dan setiap rancangan itu ditempatkan peneroka-peneroka.
Tetapi Dr Mahathir dan Najib telah menyelewengkan dasar itu dengan tanah-tanah itu diserahkan kepada Felda dan Felda menyerahkan kepada Felda Plantation, dan setelah 1990 Felda tidak lagi mengambil sebarang peneroka baru.

800,000 ekar tanah kerajaan Negeri itu dijadikan Felda Plantation, dan sekarang ini jumlah yang sangat besar dari kalangan generasi baru Felda yang tidak mempunyai pekerjaan dan tinggal dengan ibu-bapa masing-masing dengan tidak mempuyai masa depan, mereka kini menganggur dan separa-menganggur dengan pendapatan kecil.

Tun,

Jika 800,000 ekar itu diambil dan diagih-agihkan kepada generasi baru Felda, sebahagian daripada masalah generasi baru didalam rancangan Felda itu dapat diatasi, dan inilah keputusan yang diambil oleh Pakatan Rakyat.

Dari segi penempatan peneroka-peneroka baru Felda ini, dasar yang Tun perjuangkan adalah selari dengan dasar yang diambil oleh Pakatan Rakyat, dan saya amat yakin Tun sangat bersetuju dengan dasar Pakatan Rakyat ini.

Akhirnya Tun, saya masih mengingati Tun semasa saya bertugas di Pejabat Timbalan Perdana Menteri dimana disetiap hari Ahad saya bertugas di kediaman Tun di Sri Taman.





KUALA LUMPUR – Sebanyak 89 daripada 317 kawasan rancangan Felda mencatatkan sifar masalah sosial sepanjang tahun ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.
Beliau berkata jumlah tersebut jelas menunjukkan bahawa kawasan Felda bukan lagi merupakan lubuk masalah sosial.
“Ini adalah usaha bersepadu daripada semua pihak. Kita akan menambah jumlah ini dari setahun ke setahun. Jangan dilabel lagi kawasan Felda lubuk gejala sosial,” katanya pada sidang media selepas menutup Seminar Pemimpin Peneroka di sini hari Khamis.
Beliau berkata 16 kes gejala sosial antaranya masalah dadah, kecurian dan ponteng sekolah telah dipantau dalam usaha mengurangkan kadar masalah sosial di kawasan Felda.
Katanya pelbagai usaha telah dijalankan termasuk mengadakan pemantauan di semua kawasan Felda pada setiap bulan bagi mencapai sifar masalah sosial.
Selain itu, Ahmad berkata 250 gelanggang futsal akan disiapkan di semua kawasan Felda pada tahun ini.
Beliau berkata projek yang bernilai RM25 juta itu akan dilaksanakan oleh kontraktor tempatan di kawasan tersebut.
“Ini memberi satu pengiktirafan kepada kontraktor kelas F, peneroka dan generasinya untuk melaksanakan satu projek yang besar. Saya kira ini di antara projek dari segi bilangan terbesar, satu pembinaan bilangan terbesar yang disiapkan dalam masa setahun,” katanya.
Beliau berkata pembinaan gelanggang futsal itu bertujuan menjadikan peneroka dan generasinya warga yang berpasukan, aktif, bersatu padu dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Mengenai sambutan Hari Peneroka Felda 2011 yang akan diadakan pada 7 Julai ini, Ahmad berkata seramai 12,000 peneroka dijangka hadir memeriahkan sambutan itu. – BERNAMA

Hang Nadim "Singapura Di Langgar Todak" bangsa MELAYU.


Ketua Pengarah Kerja Raya (yang warak) ditukar atas desakan Umno?http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=13151


Posted on Monday, April 11 @ 09:18:04 PDT by paktam
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kerja Raya, Dato Seri Prof Ir Judin Abd Karim dikhabarkan akan ditukarkan ke CIDB, satu jawatan yang tidaklah strategik seperti jawatannya sekarang. Beliau  dilantik sebagai Pengerusi Eksejutif CIDB menggantikan Dato Ir Hamzah Hassan yang telah menamatkan kontraknya.
Pertukaran ini memeranjatkan pelbagai pihak khususnya warga Jabatan Kerja Raya kerana  Judin dikenali kerana ketegasan beliau di dalam membuat keputusan dalam pelbagai perkara khsuusnya yang melibatkan JKR.

Beliau juga dikenali dengan sifat kewarakan dengan solat dhuha dan puasa sunatnya telah memulakan perkhidmatannya di Cawangan Rekabentuk dan Penyelidikan JKR,  di bangunan PKNS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumupur.
Karier beliau banyak dihabiskan di dalam bidang rekbentuk dan Judin tidak pernah berpeluang menjadi Pengarah JKR Negeri. Kerjaya beliau melonjak naik apabila dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya 1 dan seterusnya menjadi Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia pada Mei 2007.
Judin berkelulusan doktor falsafah dalam bidang Kejuruteraan Sivil dari University of Southern California, Amerika Syarikat.
Ramai melihat pertukaran beliau adalah sesuatu yang amat mengejutkan kerana ia seolah-olah diturunkan pangkat kerana jawatan KPKR adalah bertaraf Turus III tetapi jawatan Ketua Eksekutif CIDB hanyalah Jusa A, manakala Timbalan Ketua Pengarah kerja Raya adalah bertaraf Jusa A juga.
Sifat kewarakan dan ketegasan beliau terutama berkaitan projek dan melayan karenah kontraktor barangkali tidak disenangi oleh politikus-politikus dan kontraktor yang selalu mengambil dan mencari peluang dalam perlaksanaan projek di JKR.
Menurut seorang pegawai kanan JKR, Judin mungkin menjadi mangsa keadaan kerana ketegasan beliau dalam hal kontrak dan projek menyebabkan beliau mungkin tidak disennagi termasuk oleh Menteri Kerja Raya sendiri.
JKR akan kehilangan seorang pegawai yang baik, amanah dan sangat komited di dalam kerjanya dan amatlah rugi kerana pertukaran beliau di  saat perlaksanaan projek RMK10 baru bermula. "Dalam keadaan sekarang, JKR amat memerlukan seorang  ketua seperti Judin. Hairan sekali mengapa beliau ditukarkan ke posisi lain," luahan  hati seorang pegawai kanan JKR  yang mendakwa begitu mengenaili Judin.
Beliau telah berjaya membawa JKR ke arah kecemerlangan dalam menbawa vis dan sisi JKR bagi menghadapi cabaran perlaksanaan projek di bawah JKR dan menongkah transformasi di bawah NKRA dan KPI Kementerian kerja Raya.
Bagi warga JKR jika benar berita Judin akan ditukarkan, pengganti seumpamanya terlalu sukar dicari diganti.

Thursday, 8 September 2011

MAJU kebendaan..Manusia jadi BINATANG.


Jika majoriti manusia..seperti ini...dengan demokerasi TULEN ( tanpa ISLAM )...parlimen akan LULUSKAN undang undang..BERBOGEL tidak menjadi KESALAHAN lagi..
Klik di sini...
Gambar Ini, Mereka Berbogel Selamba Di Khalayak Ra...



Sumber : http://duniacacamarba.blogspot.com/2011/04/awas-1-panggilan-boleh-menjadikan-anda.html

Saya petik:

[HM] KUALA LUMPUR: Awas! Hanya menerusi panggilan telefon, satu sindiket penipuan antarabangsa dipercayai didalangi warga Taiwan boleh membuatkan anda pokai dan setakat ini hampir 200 orang menjadi mangsa membabitkan kerugian kira-kira RM10 juta.

Sindiket itu yang bergiat aktif sejak dua tahun lalu mempunyai kepakaran tinggi apabila mampu memastikan nombor telefon pemanggil yang tertera pada telefon bimbit mangsa adalah nombor telefon Ibu Pejabat Polis Bukit Aman atau Bank Negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Wira Syed Ismail Syed Azizan, berkata mangsa terbaru sindiket itu ialah seorang lelaki dari Sabah berusia 30-an yang tertipu sebanyak RM250,000.

Menurutnya, modus operandi sindiket licik itu memerangkap mangsa dimulakan dengan menelefon mangsa dengan pemanggil menyamar sebagai pegawai polis Bukit Aman atau kakitangan Bank Negara.

“Mangsa dimaklumkan akaun bank atau kad kredit mereka diceroboh pihak ketiga dan jika tidak segera memindahkan wang ke akaun lain, mereka akan kerugian kerana wang akan dicuri sindiket penipuan,” katanya.

Menurut Syed Ismail, mangsa pada mulanya tidak percaya maklumat itu dan akan menghubungi semula nombor telefon terbabit, namun panggilan mereka dijawab mesin operator elektronik sama seperti sistem yang diguna pakai Bukit Aman atau bahagian khidmat pelanggan Bank Negara. 

“Siasatan polis mendapati sindiket terbabit menggunakan perisian khas dikenali sebagai Voice Internet 
Protocol iaitu sistem panggilan telefon melalui pelayan komputer bagi memudahkan proses penyamaran.

“Justeru, mangsa yang mula yakin dan takut wang mereka hilang akan mengikut arahan diberikan dan arahan itu yang menyebabkan mangsa kehilangan wang di dalam akaun bank atau kad kredit mereka,” katanya.

Beliau berkata, antara arahan pemanggil yang mendakwa pegawai polis Bukit Aman atau kakitangan Bank Negara itu ialah memberikan satu siri nombor yang didakwa kod atau kata laluan untuk proses transaksi pemindahan wang melalui mesin juruwang automatik (ATM).
<a href="http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/adServer.bs?cn=brd&FlightID=2342876&Page=&PluID=0&Pos=8781" target="_blank"><img src="http://bs.serving-sys.com/BurstingPipe/adServer.bs?cn=bsr&FlightID=2342876&Page=&PluID=0&Pos=8781"  border=0 width=400 height=200></a>

“Selepas mangsa memindahkan wang ke dalam akaun ketiga yang diberikan, mereka juga diminta menghapuskan resit bank atas alasan keselamatan.

“Selepas berbuat demikian mangsa diarah menunggu tiga jam, kononnya untuk proses kemas kini akaun sebelum diminta menghubungi semula si pemanggil untuk membolehkan mereka mengambil semula wang.

“Bagaimanapun, suspek gagal dihubungi selepas itu dan menghilangkan diri. Ketika itu mangsa menyedari mereka ditipu, tambahan pula apabila mendapati wang dalam akaun masing-masing sudah tiada dan mereka tiada akses untuk akaun ketiga di mana wang mereka dipindahkan,” katanya.

Syed Ismail berkata, siasatan sepasukan anggota Bahagian Operasi JSJK Bukit Aman setakat ini menahan dua wanita tempatan berusia 23 dan 31 tahun di Taman Muda, Cheras, di sini, pada 30 Mac lalu.

“Tangkapan dilakukan di sebuah rumah teres berhampiran beberapa bank yang dipercayai menjadi tempat melakukan transaksi,” katanya.

Menurutnya, siasatan juga mendapati sebahagian besar pemilik akaun ketiga yang digunakan sindiket itu untuk memindahkan wang daripada akaun mangsa turut ditipu secara halus.

Ini kerana mereka yang juga warga tempatan tidak mengetahui tujuan nama mereka digunakan untuk membuka akuan itu, sebaliknya terpengaruh untuk mendapatkan wang cara mudah melalui komisen tanpa melakukan sebarang kerja. 

“Selain itu, siasatan polis mendapati modus operandi yang mereka lakukan ini taktik baru. Sebelum ini sindiket sama skim penipuan dengan menawarkan mangsa percutian ke Macau, kononnya sebagai hadiah istimewa dimenangi mereka.

“Namun, mangsa terlebih dulu perlu memasukkan wang pendahuluan ke dalam akaun bank diberikan dan selepas mangsa memasukkan wang, anggota sindiket terbabit menghilangkan diri,” katanya. 

Berikutan itu, Syed Ismail menasihatkan orang ramai berhati-hati dan segera melaporkan pada polis jika dihubungi individu yang mendakwa mereka pegawai polis Bukit Aman atau kakitangan Bank Negara serta dan meminta segera memindahkan wang di dalam akaun peribadi masing-masing ke akaun pihak ketiga. - Asmah

Dr.Burhanuddin Al-Helmi..PM Pertama?


Dr.Burhanuddin Al-Helmi Mungkin Perdana Menteri Malaysia Pertama Jika Pungutan Suara Diadakan Sejurus Merdeka

http://www.malaysiandigest.com/images/zahar/burhanuddin%20al%20helmi.jpg
Pernah diceritakan sendiri cicit beliau bahawa beliau meninggal dunia akibat sakit selepas dipenjara British.

Benarkah Jika Diadakan Pungutan Suara Sejurus Selepas Merdeka Tunku Abdul Rahman Tidak Akan Jadi PM Tanah Melayu?

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mungkin berdepan kontroversi baru apabila berkata, sekiranya diadakan referendum atau pungutan suara sejurus selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman tidak akan menjadi perdana menteri Malaysia yang pertama.

mat indera forum 070911
Ini kerana, tambahnya, pengaruh pejuang kemerdekaan sayap kiri – yang rata-rata dikehendaki British dan pertubuhan mereka diharamkan – amat kuat ketika itu.

“Kalau dibuat referendum antara Tunku Abdul Rahman, (pengasas Umno) Datuk Onn (Jaafar) dan (pemimpin kiri) Burhanudin Helmy, sudah tentu Burhanudin Helmy akan jadi perdana menteri Malaysia yang pertama.

“Tetapi mereka ini (golongan kiri) ditangkap, diburu dan pertubuhan mereka diharamkan,” katanya yang sebelum itu sinis apabila merujuk kemerdekaan tanah air sebagai “merdeka in bracket”.

malaysia indepence merdeka tunku abdul rahman declare 290806
Mempertahankan sumbangan golongan itu dalam menuntut kemerdekaan, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu berkata, beliau tidak menolak pemimpin Umno dibariskan tetapi tokoh-tokoh lain juga tidak harus diketepikan.

“Perayaan merdeka ini sudah macam perayaan Umno. Cuba di televisyen letak sekali gambar Dr Burhanudin, Ahmad Boestamam, Mat Kilau... Barulah rakyat terpanggil merayakan hari kemerdekaan.

mat indera forum 070911
“Ini Umno saja raya,” katanya disambut gelak ketawa dan tepukan hampir 500 orang yang hadir dalam forum membincangkan perjuangan Mat Indera di Kuala Lumpur malam tadi.

Turut terlibat sebagai pemforum kolumnis dan bekas aktivis mahasiswa Hishamudin Rais dan pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Prof Dr Abdul Aziz Bari.

'Chin Peng atau Henry Gurney baik?'

Mohamad berkata, walaupun ada antara aktivis haluan kiri, seperti Rashid Maidin dimomokkan sebagai komunis dan tidak percaya pada agama, perkara itu tidak betul sama sekali.

NONE
“Dulu ada seorang menteri besar melawat kem (pemimpin Parti Komunis Malaya – PKM) Rashid Maidin dan beri bantuan kepadanya di Selatan Thailand.

“Dia terkejut, masuk saja sana, ada surau. Petang-petang Rashid Maidin mengajar bahasa Melayu dalam tulisan jawi yang telah dimusnahkan United Malay National Organisation (Umno),” katanya.

Pergi lebih jauh, Mohamad juga menimbulkan persoalan sama ada benar bekas pemimpin kanan PKM Chin Peng seorang pengganas.

sir henry gurney 240609
Sedangkan, menurut Mohamad, Chin Peng bertanggungjawab menyebabkan kematian bekas pesuruhjaya British di Tanah Melayu Sir Henry Gurney yang menjalankan usaha membuka perkampungan baru Yahudi di Palestin sebelum dihantar ke Malaya.

“Chin Peng bunuh Henry Gurney (kanan) yang jajah Malaya. Saya hendak tanya, siapa yang baik? Henry Gurney atau Chin Peng?

“Saya tak mahu jawab. Kalau silap, mampus aku esok. Lu fikirlah sendiri,” katanya yang terkenal dengan kelucuannya itu.

Estet, lombong British

Terus mempertahankan kenyataan kontroversinya – bahawa Mat Indera yang penyerang balai polis Bukit Kepong wira sebenar dan bukan “polis British” – Mohamad berkata, beliau kini menemui buku yang ditulis seorang bekas pegawai polis tentang peranan pasukan keselamatan pada era British.

NONE
Dalam buku itu, tambahnya, bekas pegawai polis itu sendiri mengakui antara tugas polis pada masa itu menjaga kepentingan British di estet dan lombong British.

“Lebih separuh daripada buku ini tulis pasal jaga estet mana, lombong mana. Ini polis yang tulis, bukan aku,” katanya sambil menjulang buku berkulit biru itu.

Setelah diserang bertubu-tubi di media arus pertama sebelum ini, Mohamad pernah mempertahankan pendapatnya menggunakan buku terbitan Yayasan Warisan Johor berjudul Pengukir Nama Johor sebelum ia dinafikan yayasan bawah kerajaan negeri itu semalam.

RAYMOND DANCEY Ketua Balai Polis Bukit Kepong




RAYMOND DANCEY Ketua Balai Polis Bukit Kepong


Sebaik saja Jepun kalah di dalam peperangan dunia ke-2, tentera-tentera Gurkha dan Fiji mula menunjukkan belang mereka di Tanah Melayu. Berdasarkan maklumat dari Pak Johan dan Awang, perangai tentera ini yang suka bermabuk-mabuk dan gilakan perempuan meresakan penduduk kampung. Barangkali mereka di luar sana boleh merujuk kepada orang-orang lama yang masih hidup bagaimana perangai tentera Fiji dan Gurkha semasa pendudukan British di Tanah Melayu.

Kita REHAT..baca yang di bawah ini dulu....


Ong  Boon  Kooi dan Ong Boon Chuan ialah guru yang menjadi pendidik kepada anak2 orang melayu di sekolah kebangsaan....Tahukah anda siapakah Ong Boon Kooi dan Ong Boon Chuan? Ong Boon Kooi dan Ong Boon Chuan ialah adik kepada Ong Boon Hua...Tahukah anda siapa pula Ong Boon Hua? Ong Boon Hua ialah Chin Peng yang orang umno benci sangat....Kah kah kah..anak orang umno adik Chin Peng yang ajaq...kah kah kah....http://wasiatpejuang.blogspot.
com/2011/09/jenaka-orang-melayu-yang-benci-komunis.html

wasiatpejuang.blogspot.com
Komunizem adalah satu faham internasional. Peleburan pemberontakan itu di Malaya tidak akan bererti bahawa faham itu akan hancur. Kerana faham itu bercorak internasional. Apa lagi faham itu timbul dan lahir dari kemelaratan dalam sistem masyarakat. - DR BURHANUDDIN AL HELMI


Kita sambung semula..cer citer cer citer...


 Tanyalah benarkah mereka ini akan mengambil mana-mana perempuan yang mereka suka?. Jawapan dari XPDC yang kami lalui adalah memang benar. Mereka menjadi antara punca kebencian orang kampung dan Mat Indera terhadap British.

Sebelum saya menyentuh isu serangan di Bukit Kepong, saya ingin pembaca membuka fikiran terlebih dahulu. Fakta-fakta ini hendaklah dibaca tanpa anda menghakimi siapa pengkhianat dan pejuang terlebih dahulu. Bebaskan diri anda dari kecenderungan anda sama ada kepada media Kerajaan atau Pembangkang.

Fakta penting yang harus anda tahu ialah, kebanyakkan pegawai-pegawai atasan Polis di Tanah Melayu ketika itu adalah daripada tentera British.

 Sebenarnya tujuan penyerangan PKM Bukit Kepong adalah SAMA seperti penyerangan pembunuhan ke atas Sir Henry Gurney. Cuma kesudahan serangan itu memberikan kesan yang berbeza.


Henry Gurney dilantik oleh British menjadi Pesuruhjaya Tinggi British Di Tanah Melayu pada 13 September 1948 selepas bertugas di Palestin sebagai Setiausaha Kerajaan British sejak tahun 1946. Henry Gurney adalah individu yang bertanggungjawab di atas pembentukan negara haram Israel pada 1948. 

Semasa pendudukan British di Palestin, beribu warga Islam telah dibunuh oleh tentera British. Antara anggota tentera British yang bertugas di Palestin ketika itu adalah Raymond Dancey. Siapakah Raymond Dancey?. Malayan Police Lt.135 Raymond Dancey atau Ray Dancey adalah Ketua Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950.

Kita imbas kembali peristiwa serangan PKM terhadap Henry Gurney. Pada 6 Oktober 1951, dia ditembak mati di Bukit Frasser ketika sedang di dalam perjalanan menghadiri satu mesyuarat. Dia diserang hendap oleh PKM dari Parti Komunis Malaya.

 Kereta Roll Roycenya ditembak di tengah perjalanan. Serangan yang diketuai Chin Peng itu hanya untuk membunuh Henry Gurney sahaja - seorang ketua penjajah British. Isteri dan anaknya dibiarkan hidup ketika serangan itu di bawah arahan ketua mereka - Chin Peng. Jadi anggota PKM mematuhi arahan supaya membebaskan anak dan bini Henry Gurney.

Berbalik kepada serangan di Bukit Kepong, Mat Indera bersama bantuan PKM telah menyerang Balai Polis Bukit Kepong yang Ketuanya ialah Ray Dancey - seorang tentera penjajah British. Bagaimanapun pada hari serangan iaitu 23 Februari 1950, Ray Dancey tiada di situ.

 Dan perkara itu diluar pengetahuan Mat Indera. Rancangan asal, Mat Indera bahawa serangan itu hanya sebagai amaran terhadap kerajaan British dengan membunuh Ray Dancey, namun beliau hanya menyedari ketiadaan Ray Dancey pada hari penyerangan tersebut. 

Bagaimanapun ada percanggahan pendapat dari Baharum (adik Mat Indera) dan Pak Yahya (adik Pak Sanib - rakan baik Mat Indera). Menurut Baharum semalam, Mat Indera tidak terlibat di dalam serangan itu, Mat Indera hanya hadir lewat ketika serangan tetapi untuk menyelamatkan anggota Polis. Tetapi maklumat yang diterima oleh Pak Yahya daripada abangnya Pak Sanib, Mat Indera menggunakan bantuan PKM untuk melakukan serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong dan disasarkan ke atas Ketua Polisnya Ray Dancey. Bagaimanapun fakta yang sama dari kedua-dua belah pihak adalah Mat Indera bukan seorang anggota Komunis.

Memburukkan lagi keadaan yang sedia tegang ketika serangan itu, pertempuran mula tercetus apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang anggota PKM yang sedang memotong kawat berduri balai polis tersebut. Selepas itu berlakulah pertempuran yang sengit dari kedua-dua belah pihak. Walaupun didesak untuk menyerah diri, Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah diri.

Selepas PKM berjaya menawan Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstabel Mohamad Jaafar. Usaha terakhir yang dapat dibuat oleh Mat Indera bagi meredakan keadaan ialah dengan memujuk Mariam supaya merayu agar polis menyerah diri. Bagaimanapun tawaran ini tidak diendahkan oleh polis.

 Akhirnya serangan itu berakhir dengan sebuah tragedi yang kita ketahui, dan Mat Indera tidak dapat menghalang serangan balas anggota PKM terhadap anggota polis. Kerana apa anggota PKM tidak memperdulikan arahan Mat Indera, sebab Mat Indera bukanlah ketua mereka. Mat Indera bukan Chin Peng.

 Menurut perbualan kali terakhir Mat Indera bersama Pak Johan sebelum beliau dihukum gantung, Mat Indera menafikan dirinya adalah seorang anggota komunis, apatah lagi ketua mereka. Mat Indera hanya bergerak di dalam serangan itu dengan bantuan PKM untuk memburu Ray Dancey, namun nasi sudah pun menjadi bubur. Anggota Polis yang ketika itu dibawah jajahan British pula menjadi mangsa.




Yusof Rono MM 7645




Apa yang dapat Mat Indera lakukan ketika itu hanyalah melindungi saki baki polis yang terselamat, antaranya ialah Yusof Rono yang ketika itu diacukan senapang di kepalanya oleh salah seorang anggota PKM, Mat Indera telah menghalangnya daripada menembak Yusof Rono, sambil berkata "sudahlah! kita dah dapat apa yang kita inginkan". Ini membuat Yusof Rono terselamat daripada terbunuh. Malah isterinya mengakui insiden tersebut di dalam satu temubual terbitan RTM yang dikeluarkan pada tahun 1970an dengan berkata 'Askar komunis melayu menyelamatkan yusof rono'

Tragedi Bukit Kepong ini telah dijadikan modal sebagai dakwaan keganasan dan kekejaman Mat Indera yang kononnya seorang pemimpin Komunis dan menentang kerajaan British. British telah menaikkan tawaran hadiah sebanyak $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan. 

Sebelum peristiwa Bukit Kepong, tawaran hadiah terhadap tangkapan beliau adalah $25,000 jika hidup-hidup, dan $10,000 jika mati.. Sehinggalah akhirnya Mat Indera berjaya diperdaya rakan baiknya Mat Tukyo untuk menghadiri kenduri di rumah Wak Bladang...

Bersambung...SIRI 5 (Siri Akhir)


Mat Indera Ditangkap Dan TERUS DIFITNAH

British terus meningkatkan propaganda buruk terhadap Mat Indera. Peristiwa serangan Balai Polis Bukit Kepong digunakan sebaik mungkin oleh penjajah British untuk memburuk-burukkan Mat Indera.

 British sanggup menaikkan wang ganjaran untuk menangkap Mat Indera kepada $75,000 bagi menggambarkan Mat Indera adalah seorang yang sangat dikehendaki dan merbahaya. Kematian anggota Polis Bukit Kepung yang terdiri daripada bangsa Melayu dimanipulasi sebaik mungkin sehingga berjaya menarik simpati masyarakat Melayu.
Masjid Jamek Kg Parit Warijo, Seri Medan, Batu Pahat.

Akhirnya penangkapan Mat Indera dirancang dengan penuh tipu helah. Lima lelaki Jawa Ponorogo yang diketuai Md Sham dan dibantu Ismail Mustakim (Misban), Wak Beladang, Mat Tukyo dan Bajuri menggunakan tipu helah untuk memberkas Mat Indera. Menurut Pak Johan, Mat Indera telah dijemput untuk menghadiri ke sebuah kenduri di rumah Wak Bladang oleh Mat Tukyo.



 Pada malam 14 Oktober 1952, Mat Indera telah hadir ke rumah Wak Bladang di Kg ParitWarijo, Seri Medan, bagi memenuhi permintaan sahabatnya dan dijamu dengan tempe goreng dan air kopi yang bercampur dgn kecubung ungu. Kecubung ini telah menyebabkan seseorang itu berasa mengantuk dan dipukau jika meminumnya. Akhirnya Mat Indera berjaya ditangkap pada malam itu.

Tambah Pak Johan lagi, peristiwa penangkapan pada malam itu turut dijadikan modal oleh British untuk memburuk-burukkan Mat Indera. Mat Indera telah difitnah bahawa ia datang ke rumah Wak Bladang bukan kerana dijemput tetapi kerana tergila-gilakan seorang anak daranya. Begitulah kejinya perancangan British dan fitnah yang diatur semata-mata untuk memburukkan Mat Indera di mata masyarakat.

Itulah agaknya mengapa Bekas ketua kampung Parit Warijo, Malik Samuri sendiri mengakui di dalam laporan Berita Harian yang turut menyaksikan bagaimana Mat Indera dibawa dengan basikal sedang tangannya diikat daun lalang bahawa peristiwa itu telah menimbulkan pelbagai reaksi masyarakat di situ. Ada yang gembira dan ada yang sebak.
Mohd Abidin Ismail iaitu anak salah seorang yang menangkap Mat Indera, Misban, berkata meskipun terbabit secara langsung dalam tipu helah itu, sepanjang hidup ayahnya tidak pernah menyatakan kebanggaan atas kejayaan itu, malah tidak sesekali melabelkan Mat Indera sebagai petualang.
Mat Indera MELUDAH Polis British Ketika Dipenjara
Pak Johan dan bapanya pernah melawat Mat Indera di Penjara Air Molek, Johor Bahru. Pak Johan menyaksikan sendiri peribadi Mat Indera yang begitu bencikan Polis British dan berani meludah mereka ketika di dalam penjara. Pada pertemuan inilah Mat Indera menegaskan bahawa dia bukan komunis. Walaupun Mat Indera dipujuk supaya bertolak ansur dengan British sewaktu perbicaraan di mahkamah untuk melepaskan diri daripada hukuman mati, tetapi semua ini ditolak oleh Mat Indera yang tidak mahu tuduk dengan British di atas penglibatannya.
Itulah pertemuan terakhir antara mereka tiga beranak. Mereka kemudian mendengar perkhabaran Mat Indera telah dijatuhkan hukuman gantung hanya melalui akhbar sehari selepas itu. Apa yang Pak Johan dan bapanya amat terkilan, mereka tidak dimaklumkan sebelum Mat Indera dijatuhkan hukuman.
Misteri WASIAT Kematian Mat Indera

Muhammad Indera kemudiannya menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam 30 Januari 1953 di Penjara Taiping, Perak. Keesokan hari, mayatnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping. Pak Johan dan bapanya tidak sempat ke Perak untuk melihat jenazah Mat Indera buat kali terakhir.

 Ketika ditanya kepada pihak Polis dan Penjara, mengapa mereka sebagai waris terdekat Mat Indera tidak dimaklumkan tarikh dan masa hukuman gantung akan dijalankan sedangkan mereka tahu alamat mereka di Singapura. Pihak Polis hanya berkata mereka berhak menjalankan hukuman tanpa memaklumkan kepada waris.

 Inilah yang amat menyedihkan Pak Johan dan bapanya Indera. Apa yang meragukan mereka, Polis menggunakan alasan bahawa Mat Indera telah berwasiat untuk mengebumikan jasadnya sebaik saja beliau meninggal dunia. Bagaimanapun alasan WASIAT ini tidak dapat diterima oleh Pak Johan dan bapanya.



Tidak cukup sekadar itu, kematian Mat Indera turut difitnah oleh British. Jasadnya dikuburkan berasingan dari kubur orang Islam yang lain. Walaupun jasadnya dikuburkan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Jambu Air, Taiping, namun ia dikeluarkan kira-kira jarak serantai dari Tanah Perkuburan tersebut. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan bagi menunjukkan Mat Indera tidak layak dikebumikan bersama kubur yang lain kerana ia seorang komunis. Bagaimanapun pada masa ini, Tanah Perkuburan itu sudah penuh sehingga ke kubur Mat Indera, jadi kesannya tidak dapat dilihat pada hari ini.


Begitulah hinanya British dan sekutunya menghinakan arwah Mat Indera. Sejak dari hayatnya sehinggalah kepada kematiannya ia terus difitnah. Selepas sehari suntuk mencari maklumat bersama SAMM tentang Mat Indera ini, saya bawakan kepada anda 1-5 siri yang saya kumpulkan daripada temubual bersama Pak Johan (adik Mat Indera), Pak Yahya (adik Pak Sanib), Awang (anak Pak Yahya) dan beberapa penduduk kampung di Bukit Kepong, Jeram Masjid hinggalah ke Seri Medan. Jika ada penambah baikan dalam penulisan ini amat dialu-alukan.

Diharap kepada pembaca generasi Y supaya dapat menilai penulisan ini untuk rujukan sejarah pada masa akan datang dan tidak hanya berdasarkan hanya kepada satu sumber semata-mata. Sekian.

Kenangan bersama Pak Johan, Pengerusi SAMM Chegu Bard, Sidiqin wartawan Suara Keadilan dan adik-beradik SAMM.