ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Thursday, 4 October 2012

Kisah Judge Dredd si penghukum penjenayah

DREDD: Kisah Judge Dredd si penghukum penjenayah!

Segmen Penulis Jemputan
Nama Penulis: Faiz Akmal MFA
Url Blog: http://dimensimfa.blogspot.com

DREDD: Kisah Judge Dredd si penghukum penjenayah!
Pengenalan:

Dredd ialah sebuah filem aksi sains fiksyen futuristik terbitan tahun 2012 yang diarahkan oleh Pete Travis. Pelakon Karl Uban kali ni memegang watak sebagai Judge Dredd, pegawai penguatkuasa undang2 yang diberi kuasa sebagai hakim, juri, dan penghukum kepada penjenayah yang bermaharajalela di Mega-City One, sebuah kota yang disumpah. Judge Dredd dibantu oleh pegawai baru, Judge Anderson (Olivia Thirlby) untuk menumpaskan kejahatan Ma-Ma (Lena Headey) dan konco-konconya di sebuah bangunan 200 tingkat.

Sinopsis:

Filem ni mengisahkan bagaimana keadaan di Mega-City One, sebuah kota yang disumpah yang mana kegiatan jenayah begitu tinggi sehingga memaksa pihak penguatkuasa undang2 bertindak sebagai hakim, juri, dan penghukum sekaligus. Judge Dredd ditugaskan untuk membuat penilaian terhadap seorang pegawai baru yang memiliki kuasa psikik, Judge Anderson. 

Sementara, Ma-Ma yang juga ketua sindiket dadah terbesar di kota tu, telah menghukum 3 orang anak buahnya yang buat masalah dengan mencampakkan mereka dari tingkat paling atas bangunan 200 tingkat tu. Insiden ni telah menarik perhatian Dredd dan Anderson untuk bertindak dengan cara ambush bangunan 200 tingkat tu untuk menangkap si pembunuh.

Diorang berjaya menangkap Kay, orang kanan Ma-Ma yang disyaki terlibat dalam pembunuhan tu selepas Anderson menggunakan kuasa psikiknya. Oleh sebab Ma-Ma tak mahu Kay disoal siasat oleh pihak penguatkuasa undang2, Ma-Ma pun menutup dan mengunci bangunan tu dan mengarahkan supaya Dredd dan Anderson dibunuh dengan apa cara sekalipun. 

Lalu, Dredd dan Anderson pun tak ada pilihan melainkan kena lawan balik konco2 Ma-Ma yang dah siap sedia dengan senjata masing2. Berjayakah Dredd dan Anderson melepaskan diri dari bangunan tu tanpa bantuan dari luar? Dan adakah kejahatan Ma-Ma akan mendapat hukuman yang setimpal dari Dredd sendiri? Semuanya akan terjawab bila korang tengok sendiri cerita Dredd ni.
DREDD: Kisah Judge Dredd si penghukum penjenayah!


Apa yang best?


Babak2 aksi: Memang tak dapat dinafikan babak2 aksi dalam filem ni cukup gempak jugak. Awal2 lagi dah tunjuk babak aksi kejar-mengejar Dredd dan penjenayah kat jalan raya. Kemudian, satu persatu babak2 aksi ditunjukkan dalam filem ni. Sepanjang filem ni jugak, penonton akan tengok sendiri macam2 aksi yang ditunjukkan especially bila bangunan 200 tingkat tu mula dikunci. 

Paling tak dapat dilupakan ada satu babak ni yang mana Ma-Ma dan konco2nya tembak guna senjata ala2 machine gun tapi jenis yang tak habis2 peluru (tapi habis jugak peluru tu akhirnya). Tembak-menembak yang berterusan untuk menyerang Dredd tapi terkena penduduk2 kat bangunan tu. Memang gempak especially bila tengok filem ni dalam format 3D. Then, babak tembak-menembak dari Dredd pun boleh tahan jugak. Memang mengujakan!


Watak2 Judge: Judge Dredd dan Judge Anderson nampak serasi bila bergandingan bersama untuk menentang jenayah dalam filem ni. Mereka betul2 memenuhi kriteria sebagai mentor dan mentee yang mana Dredd masa tu kena evaluate Anderson dan memberi keputusan samada Anderson ni lulus atau tak di akhir penilaian. 

Nak dijadikan citer, Anderson terus dinilai dengan cara mengikut Dredd ambush bangunan 200 tingkat tu. So, memang Anderson ni mainkan peranan yang penting jugaklah selain Dredd ni. Watak Dredd jugak boleh dikatakan agak mencabar sebab kena pamerkan mimik muka dan emosinya tanpa mendedahkan kawasan mata (disebabkan dia pakai helmet tu sepanjang citer ni). Anderson pun nampak pandai bermain dengan kuasa psikiknya. Memang hebat!

Watak Ma-Ma: Ma-Ma ialah watak taiko penjenayah paling berkuasa. Siapa sangka bos besar dunia jenayah di Mega-City One dipegang oleh seorang wanita. Seriously, ada kelainan bila ketua penjenayah ialah wanita. Cara Ma-Ma bertindak, dengan gaya psiko dan muka ganasnya, betul2 menampakkan sisi jahat wanita ini walaupun dari luar Ma-Ma nampak simple dan bersahaja. 

Ma-Ma memang sangat kejam dalam filem ni. Itulah sebab Dredd nekad untuk menangkap dan menghukum Ma-Ma ni terus. Adakah Ma-Ma akan dihukum oleh Dredd? Kena la tengok filem ni sampai habis.
DREDD: Kisah Judge Dredd si penghukum penjenayah!


Apa yang kurang best?


Idea dan jalan cerita: Pertama sekali, bila tengok je filem ni, terus teringat filem aksi Indonesia, The Raid: Redemption. Sebabnya hanya satu iaitu idea polis ambush bangunan yang dikawal ketat oleh ramai penjenayah yang mana ada satu ketua yang paling berkuasa kat bangunan tu. Cuma dalam filem The Raid: Redemption, polisnya agak ramai dan bukan setakat adegan tembak-menembak je, tapi ada jugak aksi2 seni bela diri yang lain. 

Filem Dredd pulak cuma ada dua orang je yang ambush bangunan. Dan diorang bukanlah dipanggil polis tetapi diberi gelaran Judge yang nampak lebih gah sebagai law enforcer di bandar futuristik tu. Jadi, mungkin kebetulan idea dan jalan cerita untuk dua2 filem ni lebih kurang sama. Tetapi, secara keseluruhan memang berbeza pun. 

Cuma kalau penonton dah tengok filem The Raid: Redemption lebih awal dari filem Dredd, mungkin penonton ada kecenderungan untuk membandingkan dua filem ni. Apapun, latar belakang filem Dredd ni nampak lebih gelap, moden, dan serba-serbi canggih sesuai dengan zaman futuristiknya.


Slow motion effect: Mungkin slow motion effect ni diadakan untuk membantu penonton bersama-sama menghayati kesan khas 3Dnya dengan lebih mendalam. Cuma, dalam filem Dredd ni, terlalu banyak kesan khasslow motion effect ni sehingga membuatkan penonton rasa terlalu lama untuk satu2 babak tu. Mungkin sebab filem ni ada menyatakan tentang drug yang diproses oleh konco2 Ma-Ma yang boleh memperlahankan waktu dari kelajuan biasa ke kelajuan 1%. 

So, filem ni nak tunjukkan kesan bila watak2 dalam filem ni ambik drug tu. Kalau yang minat untuk enjoy kesan2 khas dalam satu2 filem, mungkin benda ni tak menjadi masalah ataupun kekurangan pun.


Lu Orang Percaya Ke..???

Bro.... aku percaya bahawa wujudnya stargate didunia ni.. baru semalam aku menyaksikan secara LIVE bagaimana seorang bomoh berjaya menarik sebiji botol sihir yang berada dihalaman rumah aku dengan jarak 300KM dari rumah aku…

Ceritanya..... jeng... jeng... jeng...:

Aku berjumpa seorang bomoh di Kuantan untuk tujuan clearance barang2 sihir kawasan halaman rumah aku.., benda ni aku buat 3 tahun sekali sebagai proses pembersihan rumah dari elemen2 makhluk jahat.. malam tadi punye citer,, terkejut beruklah aku tengok bomoh ni berjaya mengeluarkan sebiji botol minyak afiat yang mengandungi minyak hitam merah dan seketul benda hitam dalamnya.

Botol tu ditarik melalui perut abang aku sendiri dan botol itu asalnya ditanam dihalaman rumah aku dan halaman tu telah aku simenkan, memang terkejut sebab seumur hidup aku, tu la 1st time aku tengok benda asing boleh berpindah tempat dalam tempoh kurang dari 2 minit. Rumah aku kat Bangsar dan jarak KL ke Kuantan sekitar 300KM!!!

Bayangkan camane benda tu boleh dibuat dan aku sangat2 respek dengan kebolehan yang diberikan Allah pada bomoh tu.

Kisah di atas itu baru lagi iaitu pada 26/09/2012, gua rembat tanpa izin dari ruang komen sebuah blog dan gua edit mana yang tak patut sesuai dengan paparan di sini beb. Persoalannya...:

1) Dalam zaman serba canggih dan maju ini.., masih ada lagi insan yang percaya pada bomoh dan benda2 sihir...???
2) Taksub kepada Bangsa mengalahkan Agama Islam.
3) Teori2 yang tak masuk akal yang cuba diselaraskan dengan Al-Quran. Hebat2 bangsa Melayu nih.. ahaksss...
4) Apakah atau seolah-olah"Islam" itu hak Esklusif Bangsa Melayu... (paling lawak pada gua)
5) Banyak lagilah kemusykilan yang lu orang sendiri boleh persoalkan.

(Banyak sangat teori2 yang tak masuk akal beb dan hebat2 belaka wa cakap luuu...., mungkin ada dikalangan lu orang tau blog mana yang gua maksudkan, sebabnya ada diantara lu orang yang tinggalkan komen di sana... hahahaha...)

Kesimpulannya, apa yang gua nampak jarum halus sebuah parti politik yang korup sedang memainkan dakyah perkauman dan semangat bangsa secara halus. Tidak percaya kepada Alam Ghaib maknanya terkeluar daripada rukun iman. Jika dah terlampau taksub sangat pun... sendiri mau ingat laaa...

Nak terbang, bernafas dalam air, masuk dalam dimensi/alam lain dan semua perkara2 mustahil seperti semua superhero ciptaan Amerika/Jepun..??? Segala ilmu tersebut ada dalam Al-Quran. Buktinya sudah ada dalam Islam maaaa.... seperti Superhero Islam (iaitu Wali-Wali Allah dan Para Anbiya).

Masalahnya... orang Melayu yang mengaku Islam jer... yang malas nak berfikir, kaji dan mencari apa yang tersirat dalamnya, yang diorang tau.... "Melayu itu Islam"... Nauzubillah.....!!!! 

Yang pasti... janganlah Perbodohkan "Bangsa Melayu" yang sememangnya sinonim sebagai sebuah bangsa berkepala hotak lembab yang punyai PHD yang tinggi dan syok sendiri... hahahha...!!!!

Kat bawah nih salah satu contoh cerita kehebatan orang2 melayu beb...: 
Dalam tahun 1960an, pihak Amerika menggali sebuah lubang dan terjumpa kabel elektrik berusia ribuan tahun, kemudian pada tahun yang sama jugak pihak Rusia juga buat galian dan berjumpa dengan kabel optik.... lagi power laaaa... tamadun bangsa Rusia.

Kerana tidak mahu ketinggalan dalam perang teknologi ini... Malaysia pun nak try cuba test melakukan pengalian dalam hutan Pahang, selama 25 tahun masih tak berjumpa apa-apa pun, akhir sekali Perdana Menteri Malaysia pada masa itu bagitau "Orang Melayu dulu dah dah pakai wayarless daaaa...!!!"

Siapa Manusia Siapa Binatang?


Siapa Manusia Siapa Binatang?


Amerika sebagai kuasa besar tunggal dunia, percaya amalan demokrasi akan membawa proses ke arah matlamat ‘pemerintahan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat’ seperti yang diterapkan oleh Presiden Abraham Lincoln di Gettysburg selepas tamatnya Perang Saudara AS dalam tahun 1865.

Amerika percaya demokrasi boleh membawa segala sumber pengetahuan, ilmu kekayaan, seni, budaya dan kuasa politik ke dalam tangan rakyat, iaitu pihak yang merestui segala sumber itu. Bekas Perdana Menteri Britain, Benjamin Disraeli berkata, “There is no act or treachery or meanness of which a political party is not capable, for, in politics there is no honour”.

Betapa gah dan kuatnya seseorang presiden, dia boleh digantikan oleh rakyatnya selepas empat tahun atau paling lama lapan tahun, menurut peruntukan perlembagaan Amerika.Apa lagi bila dia sudah hilang kehormatannya. 

Tapi sebagaimana yang dikatakan tadi demokrasi dan pemerintahan Amerika serta Presidennya tidak lebih dari puppet-puppet yang tali-talinya dikuasai dan digunakan oleh Yahudi di sebalik tabir begitu juga pemerintahan absolute monarchy yang menjadi milik raja-raja Arab. 

Filem John F.Kennedy (JFK)  arahan Oliver Stone menggambarkan kekuatan “invisible government” yang mampu menyingkirkan JFK, gara-gara mahu menghentikan Perang Vietnam, pada hal, perang itu membawa keuntungan sekitar 80 billion USD bagi Amerika. Apakah Bush juga takut senasib seperti JFK?

Abraham Lincoln

Oliver Stone



Perang ke atas Iraq kali ini merupakan tahap akhir dari American Civilizations? Kesombongan dan keangkuhan mereka sudah sampai ke kemuncak dan sedang dalam proses menurun dengan hancurnya moral Amerika di mata dunia dan rakyatnya sendiri.

Setiap yang naik ke atas pasti akan turun seperti belon, jika tidak meletup pasti kempis perlahan-lahan, mengikut teori Hegel – yang dipakai oleh Fukuyama dalam tesisnya The End of History – dunia hari ini sudah sampai pada tahap akhir sejarahnya, iaitu kemenangan di pihak Kapitalis – Liberalis. 

Dalam keghairahan memuji Amerika, Fukuyama terlupa punca Rom dan empayar-empayar lain yang terpaksa mengakhiri sejarah kegemilangan mereka bermula dari dalam diri ‘Nafs’.

Kini, dunia sedang menunggu kebangkitan umat Islam yang bertaraf ‘The Universal Master’ mengikut perancangan Tuhan.Apabila umat Islam teringat pesan Rasulullah s.a.w supaya mereka memerangi ‘Nafs’.Nafsadalah musuh utama manusia.Kuasa yang ada pada manusia ialah menguasai dirinya.Tumpasnya Islam adalah disebabkan ’nafs’ sendiri pun tidak terkawal, macam mana mahu memerangi kebatilan?



Disebabkan kita tidak berjaya menguasai diri itulah ‘clash of civilition’ yang dimaksudkan oleh Alvin Toffler. Manusia berperang dengan dirinya sendiri kerana tidak tahu tujuan dihidupkan, akibat tidak kenal dirinya sendiri, disebabkan para ulama suk yang cinta dunia takut mati.Disebabkan umat Islam tidak mempunyai sifatfatanah, kita terpaksa bersetuju dengan penulis upahan dari Amerika.

Jika kita lihat kepada sejarah lampau, kewujudan Amerika bukan sudah beribu-ribu tahun lamanya tetapi pada 1776 setelah mereka bebas daripada belenggu British. Begitulah juga dengan penduduk asal tanah AS yang bukannya manusia berkulit putih seperti hari ini.Ini bermakna Amerika tidak meninggalkan warisan tamdun yang perlu dibanggakan jika dibandingkan dengan negara-negara lain seperti Rom dan Iraq yang mempunyai warisan tamadun dunia.

Jika diperhatikan idea yang dicetuskan oleh Plato, George W. Bush bukanlah Presiden Amerika yang‘qualified’. Bush gagal dalam mentadbir dasar luar Amerika dengan baik. Bush menjadi presiden kerana dia mewarisi keturunan presiden. Beliau kaya dan disokong oleh pendukung-pendukung yang berduit dan para pelobi yang berpengaruh.Disamping itu.kemenangan Bush disokong oleh Mahkamah Agung. 

Mengikut undi popular, Bush sebenarnya tewas kepada Al-Gore. Rata-rata rakyat Amerika tidak kisah sesiapa pun yang memegang tampuk kuasa. Mereka tidak peduli siapa yang akan menjadi Presiden. Begitu rendahnya sensitivity pengundi Amerika dalam pemilihan Presidennya sekadar 50 persen saja.Jadi kita tidak sepatutnya marah kepada semua rakyat Amerika. Yang buat tahi Presiden dan konco-konconya saja!

Akhlak penting.Akhlak mesti diberikan keutamaan.Jika kita tersalah pilih pemimpin.maka tunggulah saat kehancuran bagi sesebuah negara itu. Dr. Mahathir pernah menyatakan dalam ucapannya di Persidangan NAM di Kuala Lumpur pada 23 Februari 2003 bahawa dunia ini kini telah kembali ke peradaban “zaman batu”kerana menjadikan “perang” sebagai jalan penyelesaian masalah. Yang benar adalah yang kuat.Might is right. 

Kita beruntung disebabkan cara hidup pemimpin kita seperti Dr. Mahathir yang bukan saja kreatif tetapi berwawasan. Ini membuatkan kehidupan rakyat dan negara ini terus makmur. Tapi dalam masa yang sama nasib dunia kita masih ditentukan oleh Yahudi yang menggunakan Amerika untuk memenuhi impiannya menguasai dunia.

Penilaian ini berpijak kepada kenyataan bahawa orang-orang yang hidupnya rosak di masa sekarang terdiri dari orang-orang masa kanak-kanak atau remajanya hidup dalam kekacauan dan selalu membuat masalah. Mereka adalah orang-orang yang dahulunya sukar dikendalikan, liar, bergaul dengan budak-budak nakal, gemar mencuri, berkelahi dan sering menimbulkan masalah kerana pemikiran mereka telah dirosakkan oleh media massa terutama iklan yang menguasai pemikiran anak-anak kita hingga terpengaruh dengan kehidupan gaya‘Ala Amerika’.

Di dalam ucapan pembukaan Persidangan NAM di Stadium Bukit Jalil pada 23hb. Feb 2003, Dr. Mahathir menyebutkan pentingnya penyelesaian masalah Palestin, beliau berkata, “If we care to think back, there was no systematic campaign of terror outside Europe until the Europeans and the Jews created a Jewish state out of Palestine Land”. Kerana itu Mahathir menegaskan ‘Palestine is KEY to peace’.

Tanpa disedari di kalangan ahli politik di Barat ada yang mudah menggunakan sentimen “anti Islam” yang sudah berakar umbi pada masyarakat Kristian Barat. Pada Februari 2001, Pengarah CIAGeorge Tenetmengumumkan bahawa musuh utama Amerika adalah Osama bin Laden. Untuk memburu Osama, AS menghalalkan segala cara, termasuk membunuh wanita dan kanak-kanak, mengenakan sekatan PBB ke atas Afghanistan. 

Dengan alasan negara tersebut menolak menyerahkan Osama ke Amerika.Langkah itu menyebabkan kesengsaraan rakyat Afghanistan.Begitu juga di Iraq, jutaan bayi Iraq mati akibat sekatan ekonomi selama 10 tahun ke atas negara tersebut.Selepas ini siapa pula? Amerika telah memutuskan semua hubungan dengan Iran dan menghalang rakyatnya ke Sabah, tentu ada apa..apa!

Bukan Saddam saja yang berperangai macam Firaun, boleh dikatakan kebanyakan pemimpin-pemimpin Arab berperangai macam Saddam. Mereka akan ditelanjangkan macam Saddam apabila timbulnya nanti revolusi rakyat ke atas pentadbiran mereka. 

Mereka inilah pemimpin yang bertopengkan Islam, tetapi dalam waktu yang sama menjadi badut kepada Amerika dan Yahudi. Dunia Islam akan tahu nanti siapa yang menjadidalang dan tali barut Amerika selama ini! Amerika berjaya melakukan huru-hara di Filipina.

Di Malaysia campur tangan Amerika untuk cuba menjatuhkan Dr. Mahathir dengan memberi sokongan terbuka kepada gerakan reformasi sedikit masa lalu telah gagal berikutan tindakan tegas kerajaan terhadap kumpulan tersebut. Ketika mengulas tindakan Al-Gore pada 1998, Dr. Mahathir berkata “Kekuatan negara sebenarnya terletak di tangan rakyat biasa yang berani menyuarakan pendirian, termasuk membantah kebiadaban orang luar.”

Hampir seluruh rakyat telah mengutuk Mahathir ketika itu dengan menggunakan media dan dalang yang berada di belakang parti politik pembangkang.Apakah tidak mungkin ada ulangan? 

Sekarang ini rakyat telah diracun oleh pemikiran bahawa Pak Lah tidak layak ganti Mahathir manjadi PM! Najib jauh lebih popular tetapi segala kelemahan Najib akan ditonjolkan sekiranya Pak Lah memilih Najib sebagai Timbalannya. 

Apakah tidak mungkin kita akan menjadi macam Indonesia? Jika kita tidak bersatu, besar kemungkinan bangsa dan negara kita yang dalam bahaya akan hancur binasa. Itulah rakyat takut Mahathir berhenti kerana mereka masih tidak yakin dengan kemampuan Pak Lah.

Rakyat tidak akan lupa peristiwa tahun 1998 semasa majlis makan malam sempena Persidangan Kerjasama Ekonomi Asia – Pasifik (APEC) di Kuala Lumpur. Naib Presiden Amerika ketika itu Al-Gore telah mengkritik Malaysia di depan PM dan perwakilan asing. Gore menyatakan sokongan terbuka terhadap gerakan reformasidan demonstrasi jalanan.

Al Gore


Beliau menganggap penunjuk perasaan tersebut sebagai ‘suara rakyat Malaysia yang berani’. Tindakan Al Gore meninggalkan majlis itu sebaik membuat kenyataan turut dicemuh sebagai tidak menghormati tuan rumah. Noordin Sopiee orang kuat ISIS pernah mngeluarkan iklannya sendiri pada 1998 dan berkata“Semangat kebangsaan adalah sesuatu yang amat berkuasa. Mereka yang bercakap mengenai globalisasi dan pergolakan dalaman sesebuah negara perlu sedar mengenainya…”

Noordin Sopiee
Beliau mahu mengingatkan kita semua betapa semangat seperti itu adalah perlu.Noordin cuma tidak sebut tentang bagaimana kita harus terlebih dahulu menentang nafsu sebelum kita boleh kembali menghayati semangat kebangsaan itu.Tahun 1946, bila kita melawan Malayan Union, tidak ada sesiapa pun yang menonjol-nonjolkan diri nak jadi pemimpin UMNO.

Para sahabat bertanya kepada Nabi Muhammad s.a.w, “Selepas umat Islam menang bertempur di Perang Badar.Apakah akan ada lagi perang yang terbesar dalam sejarah Islam?”“Ada”, jawab baginda Rasulullah s.a.w. Sahabat bertanya, “Perang apakah itu?”“Perang melawan nafsu.”

Ketika majlis menandatangani perjanjian khas bagi merujuk Pulau Batu Putih ke Mahkamah Dunia antara Malaysia dan Singapura diPutrajaya, perkara yang sama juga berlaku. Bila Jayakumarmemberi analogi bahawa pulau itu sebagai rumah yang didiami bergenerasi lamanya (lebih 150 tahun).Justeru kerana itu Singapura bertegas pulau tersebut hak sah mereka.Inilah dasar orang tamak dan juga dasar penyamun.Adakah ini bermakna 150 tahun dulu Singapura sudah meronda perairan dan mengawal ruang udara kawasan itu dan menghalau para nelayan?

Singapura dulu merdeka dalam Malaysia.Apakah Jayakumar mahu jadi macam cowboy America yang menyerang tanah Red Indian? Jayakumar bukan Red Indian, bukan White Indian, Jayakumar juga bukanWhite Man. Kena sindir dengan Menteri Luar Syed Hamid Albar, padan muka!

Nafsu adalah musuh manusia yang terbesar.Seorang hero yang menang taklah sehebat ‘hero’ yang dapat melawan nafsu.Apa lagi jika mereka berperang kerana mengikut kemahuan rasa tamak seperti yang dilakukan oleh Amerika dan Britain. Seorang pahlawan mestilah mempunyai jiwa yang dapat mengikis segala sifat-sifat mazmumah, seperti sifat-sifat keji, tamak, haloba, dengki, riak, takbur dan sebagainya dari sanubarinya. 

Orang sebegini tidak mementingkan dirinya sendiri, sanggup meninggalkan kesenangan , sanggup meletak jawatan, sanggup mengalah asal saja orang ramai mendapat kesejahteraan seperti yang pernah dilakukan oelh Imam Hassan r.a yang melepaskan jawatan khalifahnya kepada Muawiyah untuk mengelakkan perang saudara berterusan. Imam Hassan anak Imam Ali cucu kepada Rasulullah s.a.w tidak mahu umat Islam berpecah-belah dan rakyat terus sengsara kerana kerusi khalifah.

Inilah contoh ‘role model’ bagi orang Islam yang cintakan kedamaian. Orang sebegini mempunyai sifat ‘noble’atau mulia, sanggup memaafkan musuh dan orang yang pernah menganiayanya. Hendak tahu lebih lanjut mengenai ahlul bait Rasulullah tanyalah kepada pencinta ‘ahlul bait’ AB, jangan tanya orang wahabi.

Nabi memberi keutamaan pada kaum kerabat, tidak pada puaknya Bani Hasyim.Abu Lahab dan Abu Jahal adalah bapa saudaranya. Abu Suffian dan Bani Umaiyah yang diperangi oleh Muhammad s.a.w adalah bangsa Arab dan Quraisy pula satu keturunan dengan Nabi s.a.w. Sebaik saja baginda wafat, para sahabat yang kononnya sayangkan baginda, sayangkan Islam telah berperang merebut ‘kuasa’, merebut harta, memberi keutamaan kepad puak. 


Di negara kita dulu ada seorang pahlawan Islam yang tersohor dan terbilang, Tok Ku Paloh. Biar pun jasanya pada bangsa dan negaranya terlalu besar namun Tok Ku Paloh tidak diiktiraf untuk dijadikan ‘role model’.Hanya bangsa-bangsa yang bertamadun sahaja yang tahu menghargai pahlawan mereka. Sebab itu dalam buku “Mereka Yang Hilang Akal” saya bawa cerita Tok KuPaloh untuk pengetahuan generasi yang akan datang. Mencari seorang pahlawan tidak semudah mencari seorang pendekar untuk memperbaki keadaan dunia yang sudah berada di tahap paling buruk.

Pahlawan itu apa bendanya? Pahlawan itu seorang ‘hero’.Apakah seorang hero itu seorang yang gagah perkasa, pandai bermain senjata dan berjaya mengalahkan ribuan musuh? Hendak tengok contoh ‘hero’ seorang wira atau pahlawan, cuba tonton filem Jet Li terbaru, “Hero”.Watak yang dibawa oleh Jet Li menonjolkan sifat-sifat universal seorang hero yang pada mulanya mahu membunuh maharaja yang kejam dan diktator tapi bila dia melihat maharaja dapat menyatukan semua kaum Cina, dia tidak jadi membunuh maharaja itu.

Popout


Mungkin ahli-ahli MCA telah belajar dari filem "Hero". Semangat perdamaian, perpaduan, cintakan negara dan cintakan rakyat patut hidup subur dalam diri setiap orang yang mahu jadi pemimpin di Malaysia yang berbilang kaum, adat resam, budaya dan agama untuk menjadi contoh pada rakyat mereka. Barulah rakyat tidak takut mati dan sanggup mengorbankan nyawa sendiri demi kepentingan ramai. Inilah dia ciri-ciri taraf pahlawan yang tidak takut mati dan tidak cintakan dunia.

Islam juga mengajar, apabila telah mati seorang hamba Allah, hanya tiga perkara tidak yang tidak akan memutuskan dirinya dengan akhirat: pembelaan daripada amalan yang bermanfaat dengan Allah, hablum minallah, melakukan kebaikan terhadap sesama manusia dengan ilmu yang boleh dimanfaatkan dan anak yang ‘soleh’. 

Ini sahaja yang dapat membela seorang insan di akhirat nanti kerana setelah meninggalkan dunia, dia tiada peluang lagi untuk memperbaiki apa-apa kekurangan pada amalannya, apatah lagi dosa-dosanya semasa hidup di dunia yang kelak akan dihisab di hadapan Allah Yang Maha Adil.

Kenapa Islam tidak kata harta atau apa bentuk peninggalan material seperti rumah dan kenderaan? Malah dalam konteks ini, Islam tidak kata membina masjid dan surau sebagai sesuatu yang dapat memberi manfaat kepada orang yang telah mati?  Walaupun segala bentuk binaan ini dapat dimanfaatkan oleh orang lain, lebih-lebih lagi masjid dan surau yang dapat menjadi tempat bersembahyang orang ramai?

Muawiyah dan keturunannya telah mendirikan beribu-ribu masjid yang megah dengan ukiran-ukiran seni khat yang mempesonakan.

Tetapi adakah dia berjaya menghidupkan ‘roh Islam’ dalam masyarakat dengan memberikan keutamaan kepada Makam Mutmainnah?


“Hai jiwa yang tenang.Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya.”
(Al-Fajr: 27-28)


Agama Islam berbeza daripada agama lain di segi undang-undang dan peraturannya kerana Islam tidak hanya menetapkan cara beribadat sebagai syiarnya tetapi panduan hidup manusia sepanjang zaman. Yang menjadi masalah, kita tidak nampak pemimpin Islam yang boleh jadi ‘role model’.

Bersandarkan prinsip dan tujuannya, Islam dapat menjamin kebahagian hidup di dunia dan akhirat.Lantaran itu, Islam mendorong penganutnya meningkatkan taraf hidup melalui pelbagai jurusan agar dapat menjadi anggota masyarakat yang boleh dibanggakan.Bukan sekadar ritual, Islam adalah agama yang zahir dan batin, yang awal dan akhir.

Nama itu penting, sebagai contoh nama para Nabi dan Rasul yang telah membawa kebaikan kepada manusia. Kenapa nama yang baik? Kenapa tidak harta?Anak isteri atau sebagainya? Firaun tinggalkan Sphinx dan Piramid, Qarun tinggalkan harta karun. 

Kenapa bukan emas, berlian, gudang perniagaan, kuda dan gajah kalau zaman sekarang, wang berjuta di bank, empayar korporat berbilion-bilion RM, Mercedes, BMW, Rolls Royce, Bentley dan sebagainya. 

Kenapa nama? Di sini ada suatu hal penting yang perlu difikirkan tentang “kemajuan” yang telah dikecapi masyarakat Malaysia hari ini.

Sphinx & Piramid


Kemajuan yang nampak begitu pesat dengan wujudnya bangunan tertinggi di dunia, lapangan terbang yang luas dan canggih, masyarakat “progresif” era langit terbuka yang menyaksikan kemunculan begitu banyak hartawan bumiputra yang “boleh dibanggakan” tapi penuh dengan dengki, khianat, masalah pecah amanah dan rasuah di sana-sini menjadikan hidup rakyat resah gelisah, ‘stress’ berada di mana-mana.

Ulama kita sibuk mengajar supaya ada rasa kesyukuran kepada Allah tetapi jangan berterima kasih pada kerajaan.Pemimpin politik pula asyik berebut kerusi.Pegawai kerajaan pula salah guna kuasa, terus menerus menjadi musuh dalam selimut bertugas dengan ulama dan ahli politik.Tugas siapa mengembalikan umat Islam ke jalan yang lurus? Ampun Tuanku, tolonglah jawab selaku ketua-ketua agama Islma seluruh dunia!

Orang yang memilih ilmu daripada harta memang akan mendapat banyak keuntungan sebenarnya, bukan keuntungan sementara yang digunakan untuk meraih pengaruh dan menunjuk-nunjuk. Ilmu tidak pernah habis walaupun disampaikan kepada sebanyak mana umat manusia pun.

Tetapi harta banyak mana pun boleh luput.Sebab itu Saidina Ali ibni Talib Karamallahu wajhah pernah berkata, “Pilihlah ilmu daripada harta, kerana harta itu perlu dijaga tuan punyanya, sedangkan ilmu itu menjaga tuannya.”

Kita tidak akan jadi orang yang berilmu jika kita tidak mahu membaca. Allah telah memerintahkan kita supaya memberikan keutamaan kepada membaca dan menyampaikan ilmu.

Tetapi berapa kerat orang sekarang yang dapat memahami kepentingan ilmu berbanding dengan harta?Paling teruk orang UMNO, terutama wanita UMNO, yang suka membaca pembangkang dan mereka yang anti-stablishment.

Berapa ramaikah orang kita yang bercita-cita hendak menjadi Eistein atau Profesor Ungku Aziz?

Barapa ramai yang ingin menjadi seperti Ibnu Arabi, Ibnu Sina, atau Ibnu Khaldun, Ibnu Rushd, Hamzah Fansuri, Tok Ku Paloh yang disegani dunia hingga sekarang sebagai pelopor-pelopor ilmu yang tersohor zaman berzaman?

Yang banyak, orang nak jadi Bill Gates, nak jadi Ananda Krishnan.Hendak kaya macam Daim dan ahli politik yang menjadi ‘instant millionaire’.

Jadi kaya-raya, jadi Billionaire.Orang-orang ini sebenarnya naik kerana pandai menjual, tahu marketing diri sendiri pada tokoh-tokoh tertentu yang berkuasa.

Hidup di dunia sekarang mesti pandai tonjol diri.Kalau “low-profile” bekerja di sebalik tabir, orang tidak nampak. Susah naik paingkat! 

Yang pandai tonjol pulak, bila dah berkuasa kebanyakannya jadi ‘tok pekong’.Mereka diibaratkan pokok yang berdiri gagah di hutan.Pantang orang nampak, mula letak kemenyan, ayam panggang, pasal nak minta nombor ekor.

Sebab orang sekarang lebih banyak minta tolong kepada hantu dari minta tolong kepada Tuhan. Mereka lebih mengamalkan ‘reserve thinking’. Cuba bandingkan ejaan ‘Hantu’ dan ‘Tuhan’.Tanya diri sendiri, yang anda takut pada siapa?Hantu atau Tuhan?

Mudah-mudahan Allah memberikan taufik dan hidayah kepada anda, pembaca yang dikasihi.Terima kasih kerana telah membeli buku ini.Pastikan yang Ori. Hentikanlah perangai minta buku free, pinjam buku dari kawan dan menilai buku dengan tengok kulit dan penulis.

Selamat Berfikir.
ShareKeep unreadSend to

    Uncleseekers III: Misteri Sultan Azlan Shah (13)

    Najib Pula Lari Lintang Pukang Takut Berdebat Dengan Anwar...


    Romney Tak Sabar Berdebat Dengan Obama, Najib Pula Lari Lintang Pukang Takut Berdebat Dengan Anwar...


    Washington Setelah melontarkan kritikan kepada Presiden Barack Obama, calon Presiden Amerika  dari Parti Republik Mitt Romney berkata, dia sudah tidak sabar untuk berdebat dalam Debat Pertama antara Obama dan Romney dijadualkan berlangsung  3 Oktober nanti.  ~ AFP

    Romney terus kecam dasar Obama

    BELMONT, Massachusetts 30 Sept. - Calon Presiden Amerika Syarikat (AS) bagi Parti Republikan, Mitt Romney semalam membuat 'serangan' terbaru ke atas polisi luar Presiden Barack Obama yang disifatkannya berbentuk 'pasif dan penafian' sehingga mencetuskan huru-hara di Asia Barat.

    Romney berkata, pemberontakan dan keganasan 'dihumban di jalan-jalan raya' dan penilaian yang dibuat oleh Presiden AS berhubung kejadian-kejadian yang menggemparkan itu secara kasual mendedahkan bahawa Obama tidak memahami cabaran meluas yang dihadapi di Asia Barat.

    Ketika menyampaikan ucapan mingguan di stesen radio, Romney berkata, kemenangan Obama pada pilihan raya Presiden AS 2008 bukan berdasarkan rekod kejayaannya, tetapi berdasarkan hujah-hujahnya yang membawa pendekatan lebih merendah diri akan membolehkan AS lebih dihormati oleh masyarakat dunia selain meningkatkan ekonomi negara.

    ''Empat tahun kemudian, setiap hujah-hujahnya itu didapati salah,'' katanya yang memetik keganasan yang berlaku di Asia Barat termasuk pembunuhan empat rakyat AS termasuk Duta AS ke Libya.

    Beliau berkata, teori Obama bahawa pengurangan kepimpinan AS akan mengurangkan kemarahan terhadap AS dan meningkatkan sokongan kepada negara ini, bukan sahaja gagal tetapi menyebabkan lebih banyak huru-hara.

    ''Polisi luar Obama adalah berbentuk pasif dan penafian. Ia mendedahkan dan meletakkan AS, rakan-rakan dan sekutu kita kepada ancaman,'' katanya.

    Ucapan tersebut mengulangi kempen serangan oleh Parti Republikan terhadap kerajaan dalam menangani pemberontakan, sehari selepas Romney menyatakan keadaan masih belum 'matang' untuk menghakimi cara Obama mengendali perkembangan di Libya.

    Polisi luar AS merupakan satu agenda utama, empat hari sebelum debat pertama pilihan raya Presiden AS pada 3 Oktober ini. -Utusan Online

    Najib satu-satunya Pemimpin Dunia yang takut BERDEBAT! 
    .
    Popout 

    Projek BN UMNO..up kan HARGA..tangki air??


    RM2500 untuk sebuah tangki air plastik?

    KUALA LUMPUR, 4 OKTOBER: Harga tangki air plastik sehingga lima kali ganda dari harga pasaran telah menimbulkan keraguan dan mengejutkan ramai pihak dengan peruntukan RM100 juta oleh Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional dalam Belanjawan 2013 mereka untuk Sabah dan Sarawak bagi menyediakan 40,000 tangki plastik untuk simpanan dan tadahan air rakyat di kawasan pedalaman negeri tersebut.

    Menurut Ahli Parlimen Kota Kinabalu Dr. Hiew King Cheu, harga RM2,500 setiap sebuah tangki plastik adalah tidak masuk akal dan tidak boleh diterima.

    “Dalam satu semakan yang dibuat untuk sebuah tangki yang hampir serupa dengan tangki 1Malaysia yang dibekalkan sebelum ini, kita dapati harga sebenarnya cuma sekitar RM500 sebuah. Jika ditambah dengan kos pengangkutan dan keuntungan, ia tidak akan semahal itu,”

    Menurut beliau, kerajaan BN tanpa segan silu membuka pekung mereka sendiri kerana apa yang paling diperlukan penduduk di kampung dan kawasan pedalaman ialah bekalan air paip yang terawat bukannya tangki air plastik.

    “Sampai sekarang, bekalan air terawat tidak boleh didapati walaupun rumah penduduk kampung mempunyai paip air. Kenapa ini boleh berlaku? Kenapa penduduk kampung terutamanya di Sabah ini dipinggirkan?” soalnya dalam kenyataan kepada media hari ini.

    Katanya lagi, pemberian tangki plastik ini bukanlah satu penyelesaian masalah jangka panjang.

    “Apa gunanya tangki tersebut dalam musim kemaru yang panjang atau lebih dari seminggu? Penduduk akan tetap menderita ketiadaan air,” ujar Dr. Hiew.

    Dalam perkara yang sama, satu-satunya Ahli Parlimen DAP di Sabah itu berkata bahawa air yang ditakung dari air hujan tersebut tidaklah bersih dan biasanya menjadi tempat nyamuk bertelur.

    “Kekotoran pada bumbung rumah juga boleh menyebabkan air takungan tersebut tercemar.” jelasnya lagi.

    “Oleh yang demikian, perkara yang perlu diutamakan bukanlah tangki air plastik tetapi membekalkan bekalan air bersih terawatt kepada kawasan pedalaman untuk memastikan kesihatan penduduk terjamin.” – Roketkini.com

    Syaitan yang di kenali Rampas Tanah Orang Melayu


    Syaitan yang di kenali Rampas Tanah Orang Melayu dan di beri kepada Syarikat China Petroleum Corporation dan Kuo Kuong Corporation...!!!!

    Wujud konspirasi antara Menteri Besar Johor, Datuk Ghani Othman dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di sebalik projek Pembangunan Bersepadu Penapisan & Petrokimia (Rapid) di Pengerang Johor.Ghani dan Najib sengaja merampas tanah penduduk seluas 22,500 ekar menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960, bertujuan membolot sebahagian tanah tersebut untuk diagih kepada kroni mereka.
    Berdasarkan pemerolehan tanah secara besar-besaran ini, kerajaan negeri membeli tanah tersebut dengan harga murah, kemudian diagih kepada syarikat kroni.Selepas status tanah ditukar daripada pertanian kepada pembangunan, harga tanah tersebut akan melambung sehingga 100 peratus.
    Ini adalah taktik yang diguna Ghani dan Najib sekaligus menguntungkan mereka dan kroni Umno BN,Rapid pada asalnya berminat melabur di Selangor

    sama sama melapah  hasil titik peluh rakyat dengan menipu rakyat pengerang...!!!!
    Projek Rapid telah beroperasi di Taiwan selama 52 tahun dan ia dikendali oleh syarikat China Petroleum Corporation (CPC) dan Kuo

    Presiden Baru Taiwan, Ma Ying-Jeou tidak meneruskan lesen tersebut selepas menerima tentangan daripada rakyatnya.CPC dan Kuo Kuong bersama satu syarikat tempatan Everwish Sdn Bhd kemudiannya memohon untuk meneruskan projek itu di Pulau Indah, Selangor.

    Bagaimanapun, kerajaan Selangor menolak projek ini walaupun dikatakan akan meningkatkan jumlah pelaburan asing (FDI) dengan menerima RM10 bilion setahun serta 20,000 peluang pekerjaan..

    Selepas Selangor menolak permohonan tersebut, CPC dan Kuo Kuong memohon kepada Petronas untuk meneruskan projek Rapid di Malaysia.Najib yang juga Pengerusi Petronas, tanpa berfikir panjang menerima projek itu dan mengisytihar ia akan dibangunkan diPengerang dengan kos RM60 bilion, pada 13 Mei 2011.
    Untuk menunjukkan rasa bersyukur atas projek yang akan dilaksanakan itu nanti, Najib mengumumkan pengecualian cukai selama 10 tahun terhadap projek ini.Ketika cadangan projek itu di Pulau Indah, CPC dan Kuo Kuong memohon penggunaan tanah hanya seluas 2,889 ekar.

    Ia tidak memerlukan kerajaan negeri mengambil tanah penduduk menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960, ia mengikut persetujuan pembeli dan penjual berdasarkan pasaran semasa..
    Berbeza di Johor, kerajaan negeri sewenang-wenang merampas tanah seluas 22,500 ekar dengan niat membolot sebahagian tanah dengan harga yang murah.Ghani memperdaya penduduk Pengerang, kerana yakin tiada bantahan daripada mereka, seperti yang berlaku di Kuantan apabila penduduk membantah projek Lynas.
    Mungkin mereka merasakan Johor adalah kubu kuat Umno, dan rakyat akan menerima apa sahaja yang dilakukan oleh Umno BN..