ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Monday, 8 October 2012

Terhinakah Muhammad S.A.W?..atau RosMEWAH??

Terhinakah Muhammad S.A.W?, Terhinakah Umat Islam?

Popout

Assalamualaikum...Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, Segala puji-pujian hanyalah bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam, selawat dan salam sebanyak-banyaknya buat junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Sebelum cpj meneruskan penulisan ini terlebih dahulu cpj memohon maaf kepada ustaz-ustaz, tuan-tuan guru, alim ulamak dan cerdik pandai Islam kerana cpj menulis bukanlah atas kepakaran ilmu tetapi semata-mata menurut pendapat dan rasa hati sendiri yang amat kurang pengetahuan agama. Sekiranya apa yang cpj tulis ini salah atau menyalahi syaria't, harap dapatlah diberi teguran. Sebagai seorang muslim cpj rasa bertanggungjawab sama dalam isu menghina Nabi atau yang terbaru filem menghina Nabi.

Mengikut catatan sejarah, isu menghina Nabi bukan satu isu yang baru, tetapi telah berlaku semenjak Nabi di lantik menjadi Rasul dan berhijrah ke Madinah, sehinggalah beliau wafat, bersambung-sambung sehinggalah sekarang dan tidak hairan kalau berterusan sehingga hari kiamat. Nabi Muhammad S.A.W diutuskan adalah untuk menyempurnakan akhlak atau dalam erti kata lain untuk mengajar makhluk dalam berakhlak atau kalau tidak faham juga mengajar bagaimana untuk berbuat sesuatu dalam kesemua urusan hidup dan mati.

Dalam isu menghina diri Nabi Muhammad S.A.W tidak terkecuali daripada contoh teladan yang ditunjukkan oleh baginda sendiri seperti melucutkan gelaran Rasulullah dan hanya memakai panggilan Muhammad sahaja dalam perjanjian Hudaibiah, dalam peristiwa-peristiwa orang kafir dan orang yahudi menyakiti dan menghina baginda, walaubagaimana dasyat sekalipun beliau tidak pernah menunjukan sikap kasar, ganas atau sikap pelik. Sebaliknya menyerlahkan sikap mulia beliau dengan ketenangan, kasih sayang dan kemaafan.

Dengan akhlak beliau itulah tersebarnya Islam ke seluruh pelusuk alam meliputi bumi dan langit dan yang ada antara keduanya sehingga hari kiamat. Adakah umat Islam kini mencontohi akhlak baginda dalam menangani isu menghina baginda? Pernahkah Nabi S.A.W membunuh kerana penghinaan terhadapnya? Pernahkah Nabi S.A.W mengarahkan membunuh, berperang atau menunjukkan kemarahan beramai-ramai terhadap pihak atau orang yang menghina baginda? 

Pernahkah Nabi S.A.W memijak-mijak atau membakar sesuatu simbol seumpama bendera, salib, atau apa-apa benda sekalipun atas sebab penghinaan kepada baginda? Pernahkah baginda menjatuhkan hukuman bunuh bagi sesiapa yang menghina baginda? atau penjara? atau disiksa? atau didenda sekalipun? Memang cpj ini jahil, dan memang cpj tidak pernah mendengar segala yang demikian itu terjadi dalam sejarah Nabi Muhammad sejak baginda dilahirkan sehinggalah beliau wafat.

Apa yang cpj pernah dengar ialah, hampir semua orang yang menghina beliau telah memeluk Islam kerana berasa malu dan bersalah sendiri kerana kebodohan menghina Nabi dan Rasul yang diutuskan oleh Allah, Tuhan Pencipta Alam. Terhadap Abu Jahal pun Nabi S.A.W tidak menunjukkan sikap benci sedangkan  dialah orang paling dasyat menghina dan menyakiti Baginda sehingga Abu Jahal dilaknat oleh Allah seperti terdapat di dalam Al-Quran, sedangkan Nabi S.A.W tetap tersimpan rasa kasihan belasnya...

Dalam sebuah selawat kepada baginda terhimpun satu frasa yang kedengarannya seolah-olah menghina beliau bila menyebut beliau sebagai 'ummiyyi'(tidak tahu membaca dan menulis?). Kepada orang biasa nampaknya seperti satu kehinaan, tetapi kepada diri  Rasulullah S.A.W, itu adalah satu kebanggaan, sebagai satu bukti yang amat terang lagi bersuluh atas kebenaran kerasulan baginda. 

Ulamak pewaris Nabi, ada atau tidak ulamak-ulamak kita mengambil akhlak Nabi untuk menangani isu menghina Nabi ini? Boleh atau tidak kita maafkan mereka? Beri jaminan keselamatan kepada mereka? Jemput/Mempersilakan mereka sebagai tetamu? Beri layanan baik, tanggung makan-minum dan hotel? Bersemuka dengan senyuman? Tanya mereka dengan lemah lembut? Mengapa anda berbuat begini?(walaupun kita sudah tahu jawapannya...) 

Terangkan kepada mereka siapakah Muhammad sebenarnya...(walaupun sebenarnya mereka sudah tahu dan kenal siapakah Muhammad seperti mereka mengenal keluarga mereka sendiri...) Yakinlah saudara-saudaraku bahawa walaupun berkumpul sekalian makhluk menghina Nabi Muhammad S.A.W, Baginda tidak akan jadi hina....Baginda tetap Rasulullah....Baginda tetap Kekasih Allah...Beliau tetap Makhluk yang paling Mulia di sisi Allah....

Yakinlah saudara-saudaraku, umat Islam tidak akan terhina sekiranya mengikut Nabi S.A.W sebaliknya Umat Islam terhina kerana mereka tidak mengikut Nabi S.A.W, mereka tidak mengambil Islam sebagai Addin....Umat Islam TIDAK terhina oleh penghinaan orang kafir, tetapi umat Islam terhina kerana penghinaan mereka terhadap agama mereka sendiri...Wallahuaqlam...-Cikgupj

Rosmah Geleng Kepala Dengan...

Kesian kat Rosmah Mansor... geleng2 kepala dia melihatkan tahap kecipanan bini dia dan kabinet menteri dia yang bodoh2 bendul belaka....


Dari 1st class Goblok si Ahmad Maslan meleret kepada kembarnya 1st class Goblok (type A)siapa lagi tak lain dan tak silap lagi si Awang tak Cerdik... hahahaha...!!!! Menteri2 dari kalangan umno mana pernah cerdik beb.....!!!!

Rosmah Mansor jer... yang paling cerdik wa cakap luuuuu.....!!!!

Woiiii... Najib Razak, Awang Tak Cerdik... dan Menteri2 umno sekalian, lu orang kalau tak mau rakyat kena penyakit kencing manis, lain kali naikkan harga gula kepada RM10.00 sekilogram..., ini naik sikit2... 10 sen... 20 sen... lepas tu bagi alasan celah kangkang nenek lu orang... bangang tak bersempadan langsung kepala hotak lu orang semua...!!!!

Jika serius nak menjaga rakyat serta prihatin dari terkena diabetis (kencing manis)... buat la cara serius beb..., jangan la perbodohkan rakyat yang sekarang nih dah semakin cerdik...

Aiiisssshhh.... kecik2 tak nak mampus la lu orang semua nih... dah jadi Menteri menyusahkan rakyat dengan alasan bodoh dan bangang...!!!!



Kak Mahhhhh.... tolong sembabkan kopek badak lu kat muka Awang Tak Cerdik tu... biar dia mampus kelemasan... bangang punya bahalol umno....!!!! Simpan lama2 pun tak mendatangkan faedah kepada rakyat langsung....!!!!

Gula.... RM10.00 sekilogram...???
1) Kompom kes seludup keluar gula (kononnya... dan alasan sejak dulu, kini selamanya dari Menteri Malaysia apabila ada kenaikkan harga barangan) dan penyakit kencing manis takan ada dan berlaku di Malaysia, khususnya negeri Kelantan.

2) Paling... paliiiiiinnnggg... kompom..., penjaga sempadan negara tak boleh goyang kaki lagi, sebab rakyat/penyeludup akan seludup masuk gula pula ke negara... macam seludup dadah...hahahaha....!!!!

3) Menteri2 Malaysia yang bangang dan bahalol dah takda alasan bodoh untuk perbodohkan rakyat lagi.... hahaha...!!!!

4) Rantaian kenaikkan harga barangan/makanan/minuman berasaskan gula sudah pasti melambung naik dan secara automatiknya rakyat akan berwasatiyyah dengan pengambilan gula berlebihan dan menjimatkan perbelanjaan dapur.

5) Lu orang sambung sendiri laaaaa... pakai akal tau...., jangan pakai tumit kaki macam puak2 dan Menteri umno, terutamanya si Perdana Menteri tuuu.... diorang semua tu sememangnya telah dilahirkan dalam keadaan serba bangang sejak azali lagi... muakakakaaaa....!!!!


CEO Tabung Haji dapat RM85,000 sebulan..kah kah kah..

from Ameno World by Nurul Asyikin

Berdasarkan kepada statement Jamil Khir ;

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan beliau tidak menentukan gaji Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Datuk Ismee Ismail yang didakwa mencecah RM85,000 sebulan.Jelasnya, bayaran gaji itu ditentukan oleh Lembaga Kenaikan Gaji dan Lembaga Keputusan badan itu berdasarkan kepada "janji perkhidmatan" yang diberikan."




Berdasarkan kepada statement Jamil Khir ;

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menegaskan beliau tidak menentukan gaji Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Datuk Ismee Ismail yang didakwa mencecah RM85,000 sebulan.



Jelasnya, bayaran gaji itu ditentukan oleh Lembaga Kenaikan Gaji dan Lembaga Keputusan badan itu berdasarkan kepada "janji perkhidmatan" yang diberikan.

"Tabung Haji (membayar) mengikut janji perkhidmatan yang diberikan. Dan kita membayar gaji berdasarkan kepada profesionalismenya, kepakarannya, dan kadar pasaran yang ada. 

"Jadi bukan secara sebarangan atau (ada perkara yang hendak) disembunyikan. Tidak ada. Ia berdasarkan kepada jadual dan peraturan yang termaktub di Tabung Haji," katanya dalam satu sidang media hari ini. 















Sebenarnya, pandangan aku ialah jika dia layak mendapat gaji rm85,000 sebulan so apa masalahnya? Takde isu langsung pun pada aku kalau dia layak. Apa yang penting dia layak. Layak tue maksudnya = buat kerja. Bukan setakat kelulusan tinggi tapi tak buat kerja. Kalau nak ikut kelulusan ramai jek menteri2 ada kelulusan tapi tak reti buat kerja.

Nama je ada ijazah apa seme tapi cara berfikir mengalahkan orang yang takde ijazah. Memalukan dowh. 

Dan kata Mahfuz omar pula ; 

Dalam perbahasan di Dewan Rakyat minggu lalu, MP Pokok Sena Datuk Mahfuz membangkitkan kebimbangan berhubung dakwaan gaji yang terlalu tinggi diterima oleh Ismee. 



Beliau mendakwa pegawai tertinggi itu dibayar RM85,000 sebulan - meningkat daripada RM70,000 sebulan tahun lalu - dan menerima bonus sejumlah RM700,000 tahun lepas, selain ganjaran sebanyak RM490,000 apabila berakhirnya kontrak.












Kalau kita baca angka2 neh terbuktilah yang TABUNG HAJI memang untung banyak. Kalau setakat untung cikai2 ko ingat boleh bayar gaji orang ribu riban? Mesti la untung besar. Sebagai pendeposit tabung haji aku seronok jek tabung haji untung besar.

Tapi oleh kerana tabung haji untung pun dah besar.. aku cadangkan kurangkan sikit kos menunaikan haji tue. Kesian kat kami neh hah. Nak kumpul duit g haji lagi. Nak hidup untuk makan lagi. Nak cekau duit bayar rumah dan kereta lagi. Nak bayar kos pendidikan lagi. Pendek kata banyak benda nak bayar dan banyak benda nak fikir. 

Bila tiba saat kami tak perlu bayar apa2 kami dah terlalu uzur dan tua untuk menunaikan haji. Time tue nak berjalan sikit pun dah sakit2 badan sedangkan alangkah indahnya kalau g haji dalam usia muda2. 

Ingat lagi pesanan opah belakang rumah aku neh dua tahun lepas. Kata dia opah menyesal p haji dalam keadaan begini.. [tua].. memang seronok anak bawa semua tapi opah tak boleh nak buat macam2 perkara sebab tak larat.. dah tua. Kalau kome ada duit lekaih la p jangan tunggu2 nanti menyesal macam opah.

Opah tue nasihatkan aku siottt.. 

So harap sangat tabung haji kurangkan kos untuk menunaikan haji. Biarlah kami yang muda2 p haji juga.. betul tak? 

Sumber berita : sini

AP kelapa sawit menyebabkan harga CPO jatuh??

AP kelapa sawit menyebabkan rantaian bekalan tergendala dan harga CPO jatuh


Keadilan menggesa Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi untuk mengambil tindakan segera untuk menamatkan AP Minyak Sawit. Sistem AP memang tidak boleh diguna pakai kerana ianya boleh disalahgunakan dengan pemberian kuota kepada kroni dan ini akan memberi kesan negatif kepada harga pasaran CPO (price distortion).

Kementerian mesti mengubah ke struktur duti ekspot yang rendah, fleksibel dan terbuka supaya syarikat penapisan minyak sawit Malaysia boleh berdaya saing dengan Indonesia.
Krisis isu penapisan minyak sawit ini bermula pada bulan Oktober tahun lepas. Seharusnya masalah ini di selesaikan secepat mungkin, tetapi Kementerian gagal mengambil apa-apa tidakan selama 10 bulan. Dua bulan lalu, Kementerian bertindak dengan meningkatkan jumlah kuota AP Minyak Sawit.

Peningkatan AP Minyak Sawit ini bukan merupakan satu langkah yang bijak, tetapi telah memburukan lagi situasi yang sudah teruk. Ini disebabkan kebanyakkan kuota diberi kepada syarikat syarikat yang memang tak berupaya untuk menjual CPO.Penambahan 2 juta metrik tan CPO kepada pasaran yang sudah lembap telah gagal menarik minat pembeli-pembeli baru.

Menteri Tan Sri Benard Dompok minggu lalu memberi penerangan bahawa masih ada 2.5 juta metrik tan AP yang tak terjual. Malah penambahan AP ini telah menyebabkan satu situasi dimana CPO tidak dapat di hantar kepada pembeli kerana tangki-tangki minyak sawit di loji-loji penapisan dan pelabuhan-pelabuhan sudah sesak penuh dengan minyak kelapa sawit yang telah diproses, tetapi tak terjual.

Kesesakan logisitk ini telah merebak balik dari industri hilir ke hulu (downstream to upstream), dan menyebabkan rantaian bekalan lumpuh tersumbat (clogged supply chain). Kami juga menerima beberapa laporan dari pengusaha sawit bahawa tangki-tangki di kilang sawit (oil mill) kini sudah pun dekat penuh, dan pengeluar dan peneroka FFB (Fresh Fruit Bunch) dipaksa untuk menjual buah-buahan mereka kepada pengilang dengan harga murah dan dengan diskaun. 

Ramai pemerhati industri sawit juga percaya bahawa dasar penambahan 2 juta AP ini ini telah sedikit sebanyak menyebabkan kejatuhan harga CPO yang mendadak baru-baru ini.

Dasar AP ini adalah merupakan dasar yang tidak masuk akal. Dasar untuk memperkayakan kroni dengan AP tambahan telah merosakkan harga sawit dan akan menjejaskan ekonomi dan industri negara. 

Memandangkan harga minyak sawit terus menjunam, Kementerian harus mengambil tindakan yang wajar tanpa gangguan politik. Kalau Kementerian tak nak terima nasihat kami, saya syorkan Tun Dr Lim Keng Yaik beri tunjuk ajar kepada Kementerian.

Keadilan juga terus menggesa Kementerian untuk memberi jawapan rasmi sama ada senarai penerima AP adalah rahsia rasmi. Isu ini penting kerana baru-baru ini surat khabar The Edge melaporkan bahawa Palm Oil Refiners Association of Malaysia (PORAM) telah menerima jawapan daripada Kementerian bahawa senarai itu adalah rahsia rasmi.

Jika Kementerian tidak mempunyai apa yang hendak disembunyikan, ia mesti membuat senarai ini terbuka kepada penelitian awam. Kementerian juga mesti mendedahkan jumlah kuota yang diperuntukkan bersama justifikasi penerimaan untuk setiap satu penerima.

Pada sidang media ini, kita akan mendedahkan salah satu daripada penerima AP untuk memberi satu gambaran realiti bagaimana dasar AP ini telah disalah gunakan. Bersama saya adalah rakan seperjuangan saya, seorang peguam dari Sabah. 

Namanya ialah Darell Leiking, beliau adalah seorang Kadazan dari Sabah. Beliau merupakan Timbalan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat dan juga ahli Jawatankuasa Pusat Parti. Darell telah banyak membantu saya dan telah berjaya dapat maklumat tentang sebuah syarikat yang dapat AP Minyak Sawit. Syarikat berkenaan adalah dari Sabah, iaitu negeriMenteri Industri Perladangan dan Komoditi.

Wong Chen
Biro Pelaburan dan Perdagangan
Parti KEADILAN Rakyat
8 Oktober 2012

Konspiratus: Yang perlu anda tahu

Konspiratus: Yang perlu anda tahu

New World Order Gelombang Kedua


KETIKA sebelum atau pra-Perang Dunia Kedua (pre-WW2), beberapa pemimpin dunia termasuk diktator Fuhrer Nazi Jerman, Adolf Hitler pernah mengucapkan hasrat membina New World Order (NWO) sejak tahun 1938. Malah, pada Perang Dunia Pertama juga, slogan NWO juga pernah beberapa kali disebut-sebut oleh pemimpin-pemimpin dari jenis warmonger atau petualang perang.

Pada ketika WW2 berlangsung pula, kuasa (keupayaan) ketenteraan Amerika dibawa masuk ke dalam ujian besar dan apabila Amerika lulus ujian itu, maka ia diberi kuasa veto disebabkan kekuasaannya dalam ketenteraan. Kuasa veto itu diberi selepas entiti Pertubuhan Bangsa Bersatu (UN) ditubuhkan.

Kemudian pada tahun 1991, Presiden Amerika pada ketika itu, George H.Bush sekali lagi mengulangi kata-kata Hitler untuk mendirikan NWO iaitu pada ketika Amerika bersama sekutu memerangi Iraq dalam Perang Teluk 1.

Gelombang pertama NWO bermula sejak pra-WW2 atau lebih awal sejak pra-WW1 atau jauh lebih awal daripada itu. Ia digerakkan dengan taktik licik dengan mengheret beberapa negara di dunia untuk dihumban ke dalam suasana peperangan.

Situasi perang pula menyebabkan setiap manusia terlalu sibuk untuk menjaga dirinya sendiri serta seluruh keluarga mereka daripada bahaya peluru sesat atau sebagainya. Ketegangan antarabangsa yang dicipta sejak tahun 1939 akhirnya meletus apabila WW2 meledak dalam pentas dunia.

Dengan meledaknya WW2, manusia telah ‘disibukkan’ dengan perang sehingga lalai terhadap satu perkara besar yang lain. Pada ketika manusia sibuk untuk menjaga keluarga dan diri sendiri daripada bahaya perang, dan pada ketika manusia sibuk memerdekakan negara masing-masing daripada kolonial Barat, pada ketika itu jugalah entiti tersembunyi menggerakkan segala usaha mereka untuk mendapatkan Palestin.

Akhirnya pada 14 Mei 1948, iaitu beberapa tahun selepas berakhirnya WW2, gerakan Zionis dan sekutunya berjaya menceroboh masuk ke Palestin untuk membuka negara haram dengan menzalimi penduduk Arab di Palestin. Semua itu berlaku selepas hampir semua manusia di dunia ini dipaksa untuk sibuk (dilalaikan) dengan WW2 dan disibukkan lagi dengan membina semula negara masing-masing selepas tamat WW2. Itulah perkara besar yang digerakkan mereka pada kita dipaksa untuk sibuk.

Berdirinya negara haram Zionis di bumi Palestin, dan termaktubnya Amerika sebagai kuasa besar yang lulus ujian WW2, maka NWO telah pun bermula dalam gerak kerja gelombang yang pertama. Bermula 1948 hingga hari ini, gelombang pertama (yang banyak peringkat) itu masih berjalan dan anda semua sedang hidup dalam NWO tanpa anda sedari.

Jangan bermimpi dengan mengatakan NWO akan dilaksanakan, walhal sebaliknya anda sudah pun hidup dalam NWO kerana ia sedang rancak dilaksanakan. Mari kita bercerita sedikit mengenai apa yang berlaku di permukaan (sahaja) supaya ada yang sudi faham.

Setelah tamat WW2,  Amerika dan Britain mula melaungkan slogan keamanan supaya dunia tidak lagi terheret dalam kancah perang besar yang mendatangkan kemusnahan global. Pada ketika itu, bermula 1945 hingga 1970, idea-idea keamanan mula dipromosi  ke peringkat antarabangsa secara konsisten.

Fahaman liberal, hak asasi manusia, hak sama rata dan lain-lain fahaman human-centric diserap masuk ke dalam minda manusia. Ia dilaksanakan dengan resipi yang cukup mudah, murah tetapi sangat menguntungkan dari segi ekonomi dan perang saraf iaitu melalui promosi budaya jalanan berorientasi hiburan.

Perkembangan budaya hippies (kemuncak pada 1960 hingga 1979) adalah contoh paling mudah dan paling dekat. Hippies bermula sebaik sahaja tamat WW2. Sebelum dan semasa WW2, situasi tegang di Eropah dan Amerika menyebabkan manusia hidup dalam keadaan tidak bebas kerana terdedah kepada risiko peperangan.

Namun setelah tamat WW2, mereka akhirnya menikmati kebebasan dan mahu mengajak manusia hidup aman tanpa peperangan supaya dapat melakukan apa sahaja yang dimahukan tanpa perlu takut-takut lagi kepada risiko berperang.

Ketika itulah, fahaman liberal dimasukkan secara besar-besaran ke dalam minda setiap manusia. Apabila liberal dimasukkan, fahaman hak sama rata dan hak asasi manusia yang melampaui batas akan masuk dengan sendirinya tanpa perlu disumbat-sumbat lagi ke dalam lubang telinga yang bersambung ke otak.

Sewaktu budaya hippies dalam tahun-tahun kemuncaknya, lelaki dan wanita bebas mandi berbogel bersama-sama di sungai-sungai dan itu yang mereka katakan sebagai kebebasan hak asasi manusia yang menyeronokkan dan patut dinikmati oleh semua manusia yang mencintai keamanan kerana tiada lagi peperangan. Tiada peperangan itu membawa maksud mereka bebas melakukan apa sahaja yang mereka suka.

Jadi, apa maksud NWO yang sebenarnya? Apa yang dimaksudkan dengan ‘order’ yang satu itu? Apakah new order of the world itu?

NWO terlaksana sebaik sahaja fahaman liberal diterima oleh manusia. Liberal yang macam mana wahai tuan-tuan, puan-puan, dato-dato, datin-datin, pakcik-pakcik, makcik-makcik, adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang semua? Liberal yang macam mana?

Liberal yang menolak semua kewarasan dengan memusatkan semua kehendak manusia sehingga menyisihkan batas-batas. Liberal yang mengheret manusia ke dalam kancah sekular. Walau ikut arah mana sekali pun liberalism itu berjalan, ia akan membawa manusia ke arah sekular. Walau sesedap mana pun slogan itu dibunyikan, ia tetap mengheret manusia ke arah sekular.
-----

Mitt Romney, nama yang sedang meningkat naik di persada politik Amerika dan dijangka akan menamatkan mandat yang sedang disandang Barrack Obama bagi jawatan Presiden.

Obama diperlihatkan oleh media-media pro-Zionis di Amerika sebagai presiden yang tidak efisien dalam menyelesaikan konflik dunia. Walaupun dalam sesetengah isu yang mana Obama dilihat terpaksa memenangkan Israel (termasuk menghadiahkan peluru berpandu dan kelengkapan perang kepada Israel pada setiap tahun), namun ia tetap memberi persepsi negatif dari kalangan ‘kumpulan penentu kerusi presiden’ yang dikawal kelompok Zionis Amerika setelah mereka mengambil kira isu-isu yang lain.

Kumpulan penentu kerusi presiden pula ialah terdiri daripada pertubuhan-pertubuhan yang mempunyai keanggotaan di kalangan para pengundi, keanggotaan mereka pula mampu mempengaruhi keputusan majoriti secara demokrasi. Kumpulan-kumpulan itulah yang akan menjadi penentu kepada keputusan sesebuah pilihanraya presiden di Amerika. Jika dikatakan keputusan pilihanraya di Amerika dirancang oleh kelompok tertentu, maka ia benar. (rujuk artikel; The Pillars).

Pertalian Romney dengan Zionis adalah sangat rapat. Lebih rapat daripada George W.Bush, lebih rapat daripada Roosevelt, lebih rapat daripada presiden-presiden Amerika yang sebelum ini.Bloodline Romney adalah antara yang paling tulen di kalangan keturunan-keturunan yang dipercayai Zionis sejak zaman berzaman.

Kemenangan Romney untuk duduk di bilik utama White House(The Temple) adalah sudah dijangka berdasarkan perkembangan semasa di Amerika sekiranya anda meneliti ‘permainan-permainan’ yang telah dan sedang dimainkan oleh kumpulan-kumpulan penentu kerusi presiden. Imej jahat Amerika sudah di-friendly-kan sedikit dengan meletakkan Obama buat seketika sebelum digantikan dengan orang yang ‘sepatutnya’ iaitu orang yang memenuhi citarasa nafsu buas Zionis.

Apabila Romney menduduki kerusi Presiden, maka penggalnya yang bermula pada tahun berikutnya akan menyaksikan perubahan besar dalam persekitaran politik dunia. Romney bijak memainkan ‘working-class environment’ (rujuk artikel: Working Class Environment) dan juga bijak memanipulasi setiap faktor yang akan mempengaruhi kumpulan penentu.

Sementara sumber-sumber yang lain pula memaklumkan bahawa negara haram Israel akan melakukan sesuatu yang lebih melampau apabila Romney menduduki kerusi presiden di Amerika.

Manakala proksi-proksi Zionis dan Amerika di seluruh dunia akan digerakkan dengan cara yang agresif untuk membawa NWO masuk ke gelombang kedua.

Gelombang kedua ialah perubahan besar di mana penduduk dunia bukan hanya dikuasai secaramind-control yang berjenama liberalism dan sekularism semata-mata, tetapi ia adalah perubahan yang akan mengheret dasar-dasar beberapa negara sasaran supaya dasar-dasar itu menepati kehendak Zionis dan Amerika tanpa mereka perlu melakukan penjajahan secara fizikal. Kata lainnya, dijajah secara polisi atau dasar.

Kita sememangnya sedia tahu bahawa liberalism dan hak sama rata serta hak asasi manusia diangkat tinggi oleh sebilangan kumpulan yang bergerak dalam modus politik. Politik menjadi platform yang ampuh dalam mengangkat liberalism dan fahaman-fahaman iringan yang bergerak bersama dengannya.

Kelompok-kelompok yang mengangkat hak liberal ini pula sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja yang boleh menjayakan cita-cita mereka. Kalau kampung sebelah sini ada lebih separuh kumpulan liberalis, dan kampung sebelah sana pula ada kurang separuh kumpulan liberalis, maka mereka sanggup berjuang bersama-sama menjadikan dua kampung mereka itu sebagai satu kampung yang baharu kalau dengan cara itu sahaja yang mampu menjadikan semua orang di kedua-dua kampung itu dapat menjalani hidup liberal sebagaimana yang mereka mahu.

Namun, pelaksanaan NWO dalam konteks liberalism dan sekularism itu sudah lama berlangsung dalam gelombang pertama. Manakala gelombang kedua pula ialah satu perubahan besar yang anda tidak akan dapat menyangka. The-right-man (bukan The-Man) yang akan melaksanakan gelombang kedua itu adalah Romney (andai mesej yang diterima ini menjadi kenyataan).
-----

Gerakan-gerakan bawah tanah dalam kerajaan Amerika (ia juga masalah yang ditanggung presiden) melangkaui banyak urusan yang mempengaruhi perkembangan dunia. Senjata dan kelengkapan perang sentiasa dibekalkan ke Asia Barat dan negara-negara Arab untuk mencipta ketegangan.

Dalam masa yang sama, dana-dana kewangan (termasuk dana perang) juga dibawa masuk secaralaundered (rujuk artikel: Money Laundering) ke negara-negara sasaran yang ingin ditegangkan. Gerakan-gerakan bawah tanah ini pula digerakan oleh kumpulan-kumpulan yang tidak terikat dengan keputusan kerajaan Amerika, kata lainnya ia digerakkan oleh kumpulan-kumpulan yang mempunyai misi tersendiri iaitu misi yang terpisah daripada keputusan kerajaan Amerika sendiri.

Gerakan-gerakan ini juga menjadi faktor kepada gelombang kedua NWO. Iaitu antaranya ialah untuk mengangkat proksi-proksi menjadi pemimpin di negara-negara sasaran sebagaimana yang anda semua sedia maklum supaya menerima pakai polisi-polisi yang mendukung NWO secara lebih efektif, iaitu lebih hampir kepada taklukan fizikal walaupun tidak kelihatan seperti ditakluk secara fizikal.

Gelombang kedua akan memperlihatkan situasi yang lebih agresif di kalangan proksi di seluruh dunia untuk membina rejim mereka. Rejim-rejim yang berpaksi kepada nafsu Amerika dan Zionis itu pula akan merombak segala dasar supaya lebih bersifat human-centrism.
----

Perkembangan dunia pada masa kini memperlihatkan satu per satu negara mengalami konflik dalaman yang dipengaruhi faktor politik. Terma lain, pergolakan politik.

Agensi berita Fox News sejak Mac hingga Ogos melaporkan, beberapa pertubuhan yang bergerak secara global telah disahkan menjadi penyalur dana kepada gerakan-gerakan politik di negara-negara Arab bagi menukar kerajaan sedia ada kepada kerajaan baharu yang lebih mendatangkan keuntungan kepada kumpulan pemberontak yang menerima fahaman liberal sebagaimana yang dikongsi sesama mereka.

Dalam laporan yang lain pula, diperincikan bahawa setiap negara Arab yang berjaya diubah kerusi politik akan dipusatkan kepada satu autoriti baharu bagi menstrukturkan semula negara-negara berkenaan. Penstrukturan itu pula akan memberi ruang kepada Israel supaya diterima baik oleh negara-negara Arab yang disusun semula itu, jadi apa tandanya dan bila ia akan dilaksanakan?

Romney (dijangka) naik ke kerusi presiden dan dia adalah nama yang kerap disebut dalam Mesyuarat Kabinet Israel sebagai orang yang paling dipercayai untuk memberi jaminan kepada kestabilan Israel di rantau sebelah sana.

Maka, sudah pasti ada proksi-proksi Israel di Amerika yang menggerakkan rancangan untuk mempengaruhi kumpulan penentu supaya menjamin kemenangan Romney. Kumpulan penentu itu pula digerakkan oleh golongan Zionis dan sebilangan pula adalah golongan yang memperjuangkan hak liberalism human-centric.

Romney sesudah menang pilihanraya sudah semestinya menggalas harapan Israel untuk menguruskan kepentingan Zionis di Asia Barat.

Kepentingan Israel di Asia Barat bukan hanya melibatkan negara-negara Arab di rantau sebelah sana semata-mata, malah ia melibatkan seluruh dunia Islam di lain-lain benua termasuk di rantau Afrika, sebahagian Eropah dan Asia sebelah sini.

Bagi menjamin kepentingan Israel di Asia Barat, maka negara-negara Islam wajar dijamin tunduk melalui proksi-proksi yang dipercayai. Ia sebagaimana polisi Mesir terhadap Israel yang berubah sejak Hosni Mubarak menduduki kerusi presiden, ia boleh dikatakan sebagai eksperimen awal yang dilakukan Israel dengan menjadikan Mubarak sebagai prototaip. Eksperimen yang sangat berjaya dengan jangka hayat yang sangat lama dalam menjamin kepentingan Israel.

Dalam gelombang kedua ini, setiap kelemahan prototaip terdahulu akan diperbaiki. Proksi-proksi dibekalkan dengan pengetahuan pentadbiran licik yang lebih berkesan bagi tidak mengulangi kesilapan prototaip terdahulu.

Prototaip terdahulu memang melakukan kerja menjamin kepentingan Israel, namun terdapat kesilapan-kesilapan yang dilakukan sehingga menimbulkan ketegangan. Biarpun berlaku ketegangan (Arab Spring) yang memberi ancaman kepada prototaip-prototaip, ia sebaliknya dijadikan peluang untuk mencipta kuasa kepada proksi-proksi baharu. Ia adalah menukar ancaman kepada peluang. Menjadikan ancaman itu sebagai peluang.

Semangat Arab Spring digunapakai oleh proksi-proksi untuk mencipta ketegangan baharu di negara-negara berbeza, dana pula diperolehi daripada pertubuhan-pertubuhan yang berfungsi sebagai the pillars. Sekiranya berjaya, proksi-proksi itu akan diangkat menjadi ketua dan mengubah setiap polisi yang tidak menguntungkan Israel dan Zionis.

Tidak perlu diperinci dengan lebih mendalam kerana perkara sedemikian sudah sedia maklum oleh kebanyakan orang yang mengikuti perkembangan dunia. Bagaimanapun, taktik-taktik sedemikian hanya sebagai mukadimah kepada gelombang kedua.


Dunia tidak kiamat pada penghujung 2012.
Tetapi, adakah anda tahu apa yang akan berlaku kepada dunia pada tahun 2013?

Sesungguhnya, kami di sini tidak ada perkataan yang sesuai untuk menjadikan anda sebagai orang-orang yang faham dengan setiap yang akan berlaku pada masa itu.

Yang perlu anda ketahui ialah...


-DRIFTER-

Sunday, 7 October 2012

MADEY yang TIPU atau Pengerusi SPR jugak PENIPU???

Tun Mahathir lupa beliaulah yang membersihkan nama George Soros

RAKYAT Malaysia tidak akan kenal dengan George Soros jika tidak dikenalkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir. Tun Mahathir orang yang mempopularkan George Soros di negara ini.

Rakyat Malaysia mulai mengenal George Soros sejak Tun Mahathir menghentam spekulator matawang kaya raya itu dan menuduhnya sebagai punca kejatuhan matawang dan ekonomi Malaysia pada tahun 1997.

Tun Mahathir menggelarkan George Soros sebagai penyangak matawang. Beliau mahu rakyat Malaysia percaya bahawa kejatuhan ekonomi Malaysia pada tahun 1997 adalah kerana penyangak matawang ini meskipun Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu adalah dirinya sendiri.

Tun Mahathir mahu rakyat percaya bahawa George Soros menjahanamkan ekonomi Malaysiawalaupun segala kuasa, keputusan dan lain-lain di dalam menentukan hala tuju ekonomi negara terletak di dalam tangan beliau pada waktu itu.

Cuba periksa di internet, tulis saja "Mahathir dan George Soros" di Google maka berlambak-lambak gambar Tun Mahathir bermesra bersama orang yang digelarkannya sebagai penyangak matawang itu boleh ditemui.

Setelah hampir 10 tahun Tun Mahathir menghentam dan meletakkan punca kejatuhan ekonomi Malaysia 1997 di atas bahu George Soros, pada tahun 2006, beliau jugalah orang yangmembersihkan nama penyangak matawang itu.

Pada 16 Disember 2006, The Star melaporkan Tun Mahathir telah berjumpa dengan George Soros dan membuat kesimpulan bahawa spekulator matawang itu tidak boleh dipersalahkan di atas kejatuhan ekonomi Malaysia kerana dia tidak melakukannya.



Jelas di sini, Tun Mahathir telah mengubah persepsi rakyat Malaysia terhadap George Soros. Daripada  watak penyangak matawang yang diciptanya kepada insan yang tidak berdosa menyebabkan kejatuhan ekonomi Malaysia.

Namun kali ini, beliau kembali semula dengan propaganda lamanya menggelarkan George Soros sebagai penyangak matawang yang kejam semata-mata untuk menakut-nakutkan rakyat daripada menyokong Pakatan Rakyat.

Tun Mahathir menyebarkan propaganda baru kononnya mengundi Pakatan Rakyat bermakna mengundi George Soros. Maka George Soros terpaksa diberi persepsi jahat semula supaya relevan dengan propaganda baru ini.

ReJaM© "Seronok tak kena tipu dengan Tun Mahathir? Kah kah kah... "


Pengerusi SPR tipu kata daftar pemilih M’sia paling bersih


(Oleh Sidiqin Omar)

KUALA LUMPUR 8 Oktober: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berbohong mengatakan Malaysia mempunyai daftar pemilih paling bersih di dunia.
“Aziz menipu rakyat mengatakan daftar pemilih di Malaysia paling bersih di dunia, sedangkan di Selangor sahaja, daripada 400,000 nama pemilih baru, lebih 100,000 nama tak dapat dikesan,” kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri.

“Sebab itu, pilihan raya umum ke-13 nanti akan jadi pilihan raya paling kotor dalam sejarah negara,” tegasnya ketika dihubungi.

Aziz dalam wawancara bersama akhbar Sin Chew April lalu berkata, Malaysia mempunyai daftar pemilih paling bersih di dunia.

Beliau berkata, SPR tidak perlu mengubah daftar pemilih sedia ada kerana menurutnya, tiada daftar pemilih negara lain di dunia lebih bersih daripada Malaysia.

Kenyataan Aziz ini susulan penegasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Selangor tidak patut mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan Pusat sebelum daftar pemilih dibersihkan.

Anwar pada 30 September lalu turut mendedahkan, sebanyak 64,100 pengundi pos dimasukkan dalam daftar pemilih SPR dalam tempoh sehari, tanpa melalui prosedur.

Justeru beliau memberi amaran keras kepada SPR supaya membersihkan daftar pemilih itu.
Tambah memeranjatkan, kata Anwar, SPR mendaftar pengundi yang tiada alamat.

Menurutnya, sebanyak 5.75 juta pemilih tiada alamat dalam daftar pemilih SPR, manakala 3.3 juta hanya ada nombor rumah.

Selain taktik pertambahan pengundi meragukan, Anwar berkata, kaedah SPR untuk menipu melibatkan isu lokaliti dan persempadanan.

“Selangor sahaja jumlah lokaliti berkurang daripada 24,479 kepada 13,813. Masalahnya, kita mahu semak satu persatu jadi susah sebab kawasan jadi besar,” katanya.

Selain itu, kata Anwar, masalah pemilih pos juga berlaku kecurigaan kerana nombor kad pengenalan tidak sepadan.

“Ada 304,136, ini bukan jumlah kecil. Kita tak kata semuanya penipuan tetapi ada kejanggalan tentang tarikh permohonannya.

“Malah, sebanyak 2,522 pemilih tentera dan polis tanpa nombor kad pengenalan baru yang berpadanan dengan nama-nama mereka,” katanya.

Sebelum ini, Gabungan Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih) dalam syor mereka menuntut SPR, Pengerusi dan Timbalannya dilantik melalui Parlimen, bukan diletak di bawah Jabatan Perdana Menteri seperti amalan sekarang.

“Kalau kita tuntut Aziz letak jawatan, dia takkan berbuat demikian. Sebab itu, kita berhimpun (Bersih) tiga kali. Kita hantar memoramdum pada Yang Dipertuan Agong. Tapi sampai hari ini tak ada jawapan,” kata Azmizam yang juga Pengarah Biro Pilihan Raya AMK.

Dalam pada itu, Azmizam mengingatkan jentera pilihan raya Pakatan menumpukan kepada pengurusan pengundi berbanding logistik.

“Tumpuan utama jentera pilihan raya ialah pengundi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, SPR hari ini dituntut memuktamadkan segera rundingannya dengan beberapa NGO yang dijemput menjadi pemerhati pilihan raya bagi memastikan masa yang mencukupi untuk membuat persediaan.

Ini kerana dilaporkan, tiada sebarang berita dari SPR sejak suruhanjaya itu mengadakan pertemuan dengan NGO berkenaan kira-kira dua bulan lalu.

Apabila PARTI KERAJAAN...gunakan RAKYAT sebagai PASARAN cari RM RM RM???


ILMU TUKANG KUTIP UNTUNG?...

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mencadangkan supaya saman kenderaan melalui Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dinamakan Saman Rakyat 1Malaysia (ST1M).


Beliau juga meminta rakyat supaya memahami bahawa AES hakikatnya direka untuk memberi manfaat kepada MCA yang menjadi kroni Umno di dalam Barisan Nasional (BN).

"AES direka khusus untuk berdasarkan konsep 'kongsitium' yang diamalkan di dalam BN- lu tolong gua, gua tolong lu.

"Itu perkara asas yang mesti difahami oleh semua rakyat," katanya.

Bagi Ahli Parlimen Pokok Sena itu, isunya bukan saja ketelusan sistem tender AES, tetapi yang pertama sekali yang mesti dipersoalkan adalah model perniagaannya.

"Mengapa sistem penguatkuasaan kerajaan boleh diswastakan?

"Dalam kata lain, bagaimana saman pun boleh diswastakan?" Mahfuz memnpersoalkan.

Beliau menyifatkan apa yang berlaku di sebalik AES yang direka khusus berdasarkan konsep 'lu tolong gua, gua tolong lu' BN itu sebagai perkara baru .

"Saya diberitahu bahawa ini perkara baru dalam ilmu pentadbiran dunia yang tidak diajar dalam mana-mana universiti terulung dunia," katanya.

Menurut Mahfuz, ilmu ini hanya terdapat dalam kurikulum subjek kronisme dalam universiti Umno BN di mana MCA ternyata semakin menjadi tukang kutip untung di dalam BN.

"Tahniah Umno," sindir beliau.

Memandangkan AES dibuat bertujuan utk memeras rakyat, sebab itulah Mahfuz mencadangkan agar nama sistem itu digantikan dengan ST1M.

Baginya, cara terbaik untuk menghentikan penindasan ST1M ialah membuang Umno BN dari tampuk pemerintahan.

"Ini kerana merekalah yang merosakkan negara dengan rasuah dan tamak haloba mereka hingga ST1M pun boleh ada," katanya.

Syarikat berkaitan MCA sebelum ini dilaporkan telah mendapat kontrak saman pengangkutan AES.

Syarikat-syarikat tersebut adalah Ates Sdn Bhd dan Beta Tegap Sdn Bhd.

Menurut portal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pula, 831 tempat yang disebut sebagai kawasan blackspot telah disenaraikan sebagai lokasi pemasangan kamera AES di seluruh negara.

1st Class Goblok... ahahaha....!!!!!

“Ahmad Maslan seakan terlupa bahawa Anak ditubuhkan di bawah parti PAS sendiri. Pertubuhan ini sebenarnya tidak perlu berdaftar di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).


“Jelas sekali nampak kedangkalan beliau mengenai perkara itu. Kenyataan semborononya itu seperti telah memakan diri sendiri," katanya kepada Sinar Harian di sini, hari ini.




Helllloooooo.... bro, lu kalau nak jadi manusia terbodoh terbangang terbingai dan tergoblok sekalipun, lu bikin diam2 sudah laaaaa.... jangan la tunjuk segala kebodohan dan kebahalolan lu pada rakyat....

Bangang Goblok dulu, kini dan selamanya mamat jendol nih.....!!!!

Seperti yang gua katakan selama ini, Menteri2 daripada Barisan Nasional nih... mana ada yang pernah cerdik beb.... semuanya bangang2 belaka. Yang paling bangang adalah pengundi yang bagi undi kat bahalol tolol tu laaaa.... muakakakakaaaa....!!!!

So... kepada sesiapa yang mahukan anak2nya jadi Menteri, tak perlulah bersusah payah menyekolahkan anak2 lu orang, biar jadi bodoh... lama2 boleh jadi Menteri... hahahaha... dengan syarat jadi Menteri dari umno/barisan nasional laaaa.... kompom boleh wa cakap luuuu....!!!!