ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Sunday, 7 October 2012

MADEY yang TIPU atau Pengerusi SPR jugak PENIPU???

Tun Mahathir lupa beliaulah yang membersihkan nama George Soros

RAKYAT Malaysia tidak akan kenal dengan George Soros jika tidak dikenalkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir. Tun Mahathir orang yang mempopularkan George Soros di negara ini.

Rakyat Malaysia mulai mengenal George Soros sejak Tun Mahathir menghentam spekulator matawang kaya raya itu dan menuduhnya sebagai punca kejatuhan matawang dan ekonomi Malaysia pada tahun 1997.

Tun Mahathir menggelarkan George Soros sebagai penyangak matawang. Beliau mahu rakyat Malaysia percaya bahawa kejatuhan ekonomi Malaysia pada tahun 1997 adalah kerana penyangak matawang ini meskipun Perdana Menteri Malaysia pada waktu itu adalah dirinya sendiri.

Tun Mahathir mahu rakyat percaya bahawa George Soros menjahanamkan ekonomi Malaysiawalaupun segala kuasa, keputusan dan lain-lain di dalam menentukan hala tuju ekonomi negara terletak di dalam tangan beliau pada waktu itu.

Cuba periksa di internet, tulis saja "Mahathir dan George Soros" di Google maka berlambak-lambak gambar Tun Mahathir bermesra bersama orang yang digelarkannya sebagai penyangak matawang itu boleh ditemui.

Setelah hampir 10 tahun Tun Mahathir menghentam dan meletakkan punca kejatuhan ekonomi Malaysia 1997 di atas bahu George Soros, pada tahun 2006, beliau jugalah orang yangmembersihkan nama penyangak matawang itu.

Pada 16 Disember 2006, The Star melaporkan Tun Mahathir telah berjumpa dengan George Soros dan membuat kesimpulan bahawa spekulator matawang itu tidak boleh dipersalahkan di atas kejatuhan ekonomi Malaysia kerana dia tidak melakukannya.



Jelas di sini, Tun Mahathir telah mengubah persepsi rakyat Malaysia terhadap George Soros. Daripada  watak penyangak matawang yang diciptanya kepada insan yang tidak berdosa menyebabkan kejatuhan ekonomi Malaysia.

Namun kali ini, beliau kembali semula dengan propaganda lamanya menggelarkan George Soros sebagai penyangak matawang yang kejam semata-mata untuk menakut-nakutkan rakyat daripada menyokong Pakatan Rakyat.

Tun Mahathir menyebarkan propaganda baru kononnya mengundi Pakatan Rakyat bermakna mengundi George Soros. Maka George Soros terpaksa diberi persepsi jahat semula supaya relevan dengan propaganda baru ini.

ReJaM© "Seronok tak kena tipu dengan Tun Mahathir? Kah kah kah... "


Pengerusi SPR tipu kata daftar pemilih M’sia paling bersih


(Oleh Sidiqin Omar)

KUALA LUMPUR 8 Oktober: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berbohong mengatakan Malaysia mempunyai daftar pemilih paling bersih di dunia.
“Aziz menipu rakyat mengatakan daftar pemilih di Malaysia paling bersih di dunia, sedangkan di Selangor sahaja, daripada 400,000 nama pemilih baru, lebih 100,000 nama tak dapat dikesan,” kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Selangor, Azmizam Zaman Huri.

“Sebab itu, pilihan raya umum ke-13 nanti akan jadi pilihan raya paling kotor dalam sejarah negara,” tegasnya ketika dihubungi.

Aziz dalam wawancara bersama akhbar Sin Chew April lalu berkata, Malaysia mempunyai daftar pemilih paling bersih di dunia.

Beliau berkata, SPR tidak perlu mengubah daftar pemilih sedia ada kerana menurutnya, tiada daftar pemilih negara lain di dunia lebih bersih daripada Malaysia.

Kenyataan Aziz ini susulan penegasan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa Selangor tidak patut mengadakan pilihan raya negeri serentak dengan Pusat sebelum daftar pemilih dibersihkan.

Anwar pada 30 September lalu turut mendedahkan, sebanyak 64,100 pengundi pos dimasukkan dalam daftar pemilih SPR dalam tempoh sehari, tanpa melalui prosedur.

Justeru beliau memberi amaran keras kepada SPR supaya membersihkan daftar pemilih itu.
Tambah memeranjatkan, kata Anwar, SPR mendaftar pengundi yang tiada alamat.

Menurutnya, sebanyak 5.75 juta pemilih tiada alamat dalam daftar pemilih SPR, manakala 3.3 juta hanya ada nombor rumah.

Selain taktik pertambahan pengundi meragukan, Anwar berkata, kaedah SPR untuk menipu melibatkan isu lokaliti dan persempadanan.

“Selangor sahaja jumlah lokaliti berkurang daripada 24,479 kepada 13,813. Masalahnya, kita mahu semak satu persatu jadi susah sebab kawasan jadi besar,” katanya.

Selain itu, kata Anwar, masalah pemilih pos juga berlaku kecurigaan kerana nombor kad pengenalan tidak sepadan.

“Ada 304,136, ini bukan jumlah kecil. Kita tak kata semuanya penipuan tetapi ada kejanggalan tentang tarikh permohonannya.

“Malah, sebanyak 2,522 pemilih tentera dan polis tanpa nombor kad pengenalan baru yang berpadanan dengan nama-nama mereka,” katanya.

Sebelum ini, Gabungan Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih) dalam syor mereka menuntut SPR, Pengerusi dan Timbalannya dilantik melalui Parlimen, bukan diletak di bawah Jabatan Perdana Menteri seperti amalan sekarang.

“Kalau kita tuntut Aziz letak jawatan, dia takkan berbuat demikian. Sebab itu, kita berhimpun (Bersih) tiga kali. Kita hantar memoramdum pada Yang Dipertuan Agong. Tapi sampai hari ini tak ada jawapan,” kata Azmizam yang juga Pengarah Biro Pilihan Raya AMK.

Dalam pada itu, Azmizam mengingatkan jentera pilihan raya Pakatan menumpukan kepada pengurusan pengundi berbanding logistik.

“Tumpuan utama jentera pilihan raya ialah pengundi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, SPR hari ini dituntut memuktamadkan segera rundingannya dengan beberapa NGO yang dijemput menjadi pemerhati pilihan raya bagi memastikan masa yang mencukupi untuk membuat persediaan.

Ini kerana dilaporkan, tiada sebarang berita dari SPR sejak suruhanjaya itu mengadakan pertemuan dengan NGO berkenaan kira-kira dua bulan lalu.

1 comment: