Panas Berapi: (Video) Sifu M Nasir Nyanyikan Lagi "Panji Keadilan" Inilah Videonya.. Jom Terjah!!!
Hari ini laman blog ROTIKAYA melaporkan khabarnya M. Nasir sekarang ni semakin aktif dengan aktiviti berpolitik bersama sama barisan parti pembangkang...Buktinya apabila Azmin Ali memuatnaik sebuah video lagu yang bertajuk "Panji Keadilan" yang dinyanyikan oleh M Nasir...
Popout
Adakah M Nasir terlibat secara langsung dengan PKR atau hanya sekadar menyanyikan lagu tersebut. Sama-sama kita nantikan jawapan daripada M Nasir sendiri...
Ikuti pendedahan yang dibuat oleh ROTIKAYA...
Lama kita tidak dengar kisah selebriti menyertai mana mana parti politik dan jika anda berminat ya, Abby Abadi masih aktif di Twitter berdakwah bersama politik’nya.
Tetapi ini kisah sifu industri muzik Malaysia, Datuk M. Nasir yang kini di’khabarkan semakin aktif dengan aktiviti berpolitik bersama sama barisan parti pembangkang.
Minggu lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) melalui akaun Youtube Azmin Ali memuatnaik sebuah video untuk lagu berjudul Panji Keadilan yang di’nyanyikan oleh M. Nasir.
Walaupun tidak di’nyatakan dalam deskripsi video, ia’nya jelas merupakan suara ikonik M. Nasir dan lagi lagu ini pula di’cipta oleh Buddhi Hekayat, rakan pencipta untuk lagu Awan Nano.
Seorang pengirim e-mail kepada kami hari ini menyatakan beliau risau jika M. Nasir turut di’heret oleh parti pembangkang untuk menjayakan agenda politik mereka.
Kita sendiri tidak tahu sama ada benar M. Nasir terlibat secara langsung dengan Parti Keadilan Rakyat atau lagu Panji Keadilan ini sekadar projek seni beliau yang lain’nya.
Maruah Utusan Tercampak Ke Tong Najis Kerana Niat Jahat Ubah Cerpen
Chamil Wariya, Utusan mohon maaf pada Teresa Kok.
Pengerusi Institut Akhbar Malaysia, Chamil Wariya dan Utusan Malaysia memohon maaf kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok kerana fitnah yang disiarkan dalam artikel bertajuk 'Politik Baru YBJ' yang diterbitkan oleh edisi hujung minggu akhbar harian milik Umno itu pada 12 Oktober 2008.
Peguam Zalil Mohd Mess - dalam kenyataan pemohonan maaf yang dibacakan di Mahkamah Tinggi hari ini - berkata artikel itu telah diubah oleh edisi hujung minggu Utusan Malaysia - Mingguan Malaysia - tanpa persetujuan Chamil.
Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Datuk Abdul Hamid Sultan Backer
Peguam Sankara Nair yang mewakili Teresa memberitahu mahkamah bahawa ahli parlimen DAP itu tidak menuntut bayaran kos daripada Chamil.
Katanya, Utusan Malaysia perlu membayar RM50,000 kos sebagai sebahagian daripada penyelesaian tersebut dan penerbit bersetuju untuk menyiarkan permohonan maaf itu dalam Mingguan Malaysia.
Chamil, dalam menyuarakan kesalnya kerana menurutnya cerpen yang dikarangnya itu telah disiar dan dieksploitasi oleh Mingguan Malaysia, memohon maaf kepada Teresa dan semua yang terlibat.
Katanya, (suntingan) cerpen tersebut bertujuan untuk melaga-lagakan beliau dengan Teresa.
"Saya juga merasa kesal bahawa Mingguan Malaysia telah menyunting cerpen asal saya dengan cara yang tidak profesional dan tidak beretika di luar pengetahuan saya dan tanpa persetujuan saya.
"Saya tidak bertanggungjawab terhadap penyiaran cerpen itu," kata Chamil dalam kenyataan empat muka surat itu.
"Dalam cerita rekaan yang saya hantar kepada Pengarang Mingguan Malaysia itu saya dengan terang dan jelas telah membuat perbezaan yang nyata antara watak YB J (rekaan) dengan watak Ahli Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok. Dalam karya asal saya itu, YB J hanya mirip kepada watak YB Teresa Kok tetapi YB J bukan YB Teresa Kok.
" Katanya, perubahan ini bukan kecil tetapi adalah fundamental yang merubah keseluruhan penceritaan, yang jauh berbeza dengan apa yang terkandung dalam karyanya.
Beliau percaya bahawa penggantian nama YB Teresa Kok dan jawatan beliau adalah disengajakan oleh editor Mingguan Malaysia dengan tujuan untuk menjana kontroversi dan skandal.
"Akibatnya saya dan YB Teresa Kok menjadi mangsa kepada kejadian ini," kata Chamil.
Beliau akui bahawa pihak pengarang atau penerbit berhak untuk menukar atau mengubah sebarang skrip yang dihantar kepada mereka, tetapi berkata perubahan-perubahan itu, setelah dibuat, hendaklah dirujuk semula kepada penulis karya asli untuk mendapatkan persetujuan.
Ulasan GB
Demikianlah hukum kebenaran dan keadilan berjalan.
Yang berniat jahat itu, termasuk tindakan untuk menyemarakkan api perkauman akan tetap menerima balasannya.
Hikin, hanyir sehanyirnya maruan Utusan.
You asked for it!

No comments:
Post a Comment