1. Sudah lama orang merungut pasal PEMANDU ni. Tapi nampaknya rungutan banyak pihak tidak dipedulikan langsung oleh JPM.
2. Semenjak Idris Jala selaku Ketua Eksekutif, Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) umumkan kononnya Malaysia bakal bankrap menjelang 2019 jika trend subsidi tidak berubah sepertimana kemelut yang dihadapi Greece; ramai yang was-was dengan kenyataan tersebut. Yolah, kenyataan daripada mantan CEO yang menyelesaikan masalah kewangan MAS dengan cara membuang pekerja. Setakat nak selesai masalah dengan membuang pekerja, tak payah jadi CEO, pramugari pun boleh fikir.
3. Hari ini PEMANDU yang dipengerusikan Koh Tsu Koon bersama CEO, Idris Jala, dilihat SANGAT BERKUASA menentukan hala tuju ekonomi negara. Mereka tidak peduli dengan kos hidup tinggi yang ditanggung rakyat. Mereka tidak mahu dengar sebarang rungutan dan masalah yang dihadapi oleh rakyat. Makmal Rasionalisasi Subsidi di bawah PEMANDU enggan mempertimbangkan kesan buruk daripada keputusan yang mereka ambil terhadap mileage politik BN selaku pentadbir kerajaan.
3. Siapa yang membolehkan dua orang mangkuk hayun dalam PEMANDU ini menjadi begitu berkuasa dan angkuh jika tidak Perdana Menteri sendiri yang memberikan mandat kepada mereka?!
4. Tatacara rasionalisasi subsidi yang disarankan Pemandu selama ini jelas hanya menguntungkan sebelah pihak kerana hanya menjaga kantung kerajaan tanpa memikirkan kerugian di pihak rakyat. Sangat jelas PEMANDU hanya tertumpu pada isu quantum dengan tujuan mengurangkan jumlah subsidi yang terpaksa ditanggung kerajaan, tanpa menyedari bahawa keputusan bodoh PEMANDU sebenarnya telah menjejaskan kehidupan sosial rakyat keseluruhannya.
5. Penyudahnya BN yang menjadi mangsa hentaman rakyat setiap kali PEMANDU membuat keputusan membentangkan rasionalisasinya. Contoh terbaru ialah spekulasi kenaikan harga RON95 dan tarif elektrik baru-baru ini apabila KPDNKK yang menjadi mangsa dan wakil rakyat BN terpaksa memberi penjelasan di atas ketidakpuasan hati rakyat sedangkan PEMANDU yang punya angkara. Cuma wakil rakyat pembangkang saja yang seronok kerana mereka dapat peluru untuk tembak balik kerajaan serta memanipulasi sepenuhnya keberangan rakyat atas keputusan bodoh PEMANDU.
6. Kebanyakan para pegawai yang 'duduk' dalam PEMANDU membuat dasar dan keputusan hanya berasaskan teori. Keputusan mengurangkan subsidi dibuat berdasarkan defisit fiskal semasa. Adakah para pegawai di PEMANDU begitu bodoh hingga tidak terfikir bahawa struktur ekonomi dan sosial negara masih memerlukan subsidi untuk berubah dan berkembang? Adakah para pegawai ini fikir dengan pemansuhan subsidi maka ekonomi Malaysia akan lebih berdaya saing? Wahai pegawai PEMANDU, negara-negara maju di seluruh dunia pun masih mengekalkan pemberian subsidi dalam sektor tertentu terutamanya makanan, bahan api dan tenaga. Pi google la cari.
7. Sebahagian besar cadangan Pemandu lebih tertumpu kepada langkah mengembalikan harga yang kini disubsidikan, kepada harga yang berlandaskan kuasa pasaran. Kalau boleh harga barang keperluan asas terutamanya makanan, bahan api dan tenaga hendak disamakan dengan harga pasaran semasa oleh PEMANDU. Namun persoalannya, adakah asas analisis yang kukuh dan tepat serta kerangka yang jelas serta komprehensif telah dilakukan oleh PEMANDU?
8. Dalam seminar yang kami hadiri bersama wakil BNM dan KPDNKK baru-baru ini, telah mengesahkan bahawa PEMANDU tidak pernah menjalinkan kerjasama antara agensi dan jabatan lain bagi mendapatkan sumber serta data sokongan. Jadi bagaimana PEMANDU melakukan analisis selama ini jika tiada perbandingan maklumat dibuat bersama agensi-agensi berkaitan?
9. Agak memeranjatkan apabila analis data daripada sektor sosial meliputi pendidikan, kesihatan, bahan api dan tenaga, infrastuktur pembangunan, subsidi makanan etc. adalah berbeza antara antara BNM dan KPDNKK. Malah harga semasa pasaran dan harga pasaran selepas disubsidi seperti tepung, gula, subsidi pendidikan dan kesihatan juga tidak sama maklumat yang dibentangkan oleh kedua agensi.
10. Bagaimana perkara sebegini boleh berlaku? Adakah kini tidak lagi wujud jaringan komunikasi antara agensi-agensi pelaksana dasar yang mewakili kerajaan? Lebih menghairankan apabila BNM mendakwa kerajaan memiliki rizab yang tinggi melalui Real GDP Growth, External Reserves, Current Account Balance dan FDI Inward; tetapi pada masa sama segala peruntukan agensi-agensi kerajaan dan jumlah subsidi cuba dikurangkan.
11. Justeru tidak hairanlah apabila PEMANDU mengatakan subsidi RON95 perlu dikurangkan, tetapi sebaliknya Gabenor BNM mengatakan perkembangan ekonomi semasa negara membolehkan kerajaan menyerap sebarang kenaikan harga bahan api dan tidak perlu menaikkan harga RON95. Seterusnya, wakil BNM turut menjelaskan bahawa PEMANDU tidak pernah mendapatkan data sebenar daripada pihak mereka, dan ini jelas menunjukkan keangkuhan PEMANDU dalam membuat keputusan.
12. Makmal Rasionalisasi Subsidi di bawah PEMANDU kelihatan tidak membantu membina imej yang baik kepada BN di hati rakyat. Langkah rasionalisasi yang dicadangkan lebih tertumpu pada elemen harga barangan tetapi tidak jelas dalam konteks pembangunan pasaran yang lebih adil. Keputusan dan dasar yang dibuat PEMANDU lebih banyak menyusahkan rakyat yang sedang bergelut dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, tetapi tidak selari dengan pendapatan yang diperolehi. Senang cerita, harga barang naik, tapi gaji tetap sama.
13. Rakyat bertambah jelak apabila KPDNKK membuat perbandingan harga dalam negara berbanding negara-negara jiran, sedangkan elemen-elemen lain dalam sektor sosial tidak pula dijadikan perbandingan. Contohnya, walaupun harga gula dan minyak di Indonesia serta Thailand tinggi berbanding kita; TETAPI harga beras, ikan, sayur etc. di kedua negara itu jauh lebih murah daripada kita. Dan rakyat bertambah meluat apabila setiap kali kerajaan membuat keputusan mengurangkan jumlah subsidi, maka akan kedengaranlah kempen 'gaya hidup sihat' dan 'rakyat diminta berkorban'. Namun, wajarkah rakyat sahaja yang dituntut berkorban sedangkan poket pegawai PEMANDU yang membuat keputusan menyusahkan rakyat, tidak pula terkorban sama?
14. Najib perlu menilai semula peranan PEMANDU dalam mengendalikan Makmal Rasionalisasi Subsidi. Dua ekor mangkuk bernama Tsu Koon dan Jala pernah menyusahkan BN dalam menangani isu Al-Kitab. Kini mereka berdua juga yang bakal menyebabkan BN dibenci rakyat melalui keputusan-keputusan paloi PEMANDU.
15. Dalam sistem demokrasi, "kerajaan dipilih dikalangan rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat." Jadi cakap siapakah yang patut didengar?

No comments:
Post a Comment