Apabila Exxonmobil masih memilih San Miguel Corporation (SMC), syarikat Filipina dengan tawaran RM614.3 juta untuk menjual Esso Malaysia serta mengenepikan Boustead Holdings Bhd, syarikat kepunyaan Lembaga Tabung Angkatan Tentera pada harga RM1 bilion lebih tinggi dari nilai yang ditawarkan oleh SMC, ada sesuatu yang tidak kena di sini.
Perjanjian kedua-dua belah pihak telah termaterai pada 17/8/2011 lihat San Miguel yang lalu manakala Menteri MITI, Datuk Mustapha Mohammad di dalam kenyataannya semalam menyatakankan pihaknya sehingga hari ini masih belum menerima sebarang permohonan rasmi berhubung penjualan Exxonmobil daripada kedua-dua entiti tersebut.
Jelasnya, kedua-dua entiti yang terlibat dalam penjualan dan pembelian itu perlu mematuhi peraturan sebelum mendapat kelulusan rasmi daripada MITI untuk melupuskan dan membeli aset dalam negara ini.
Dalam perkembangan lain Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal pengguna, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata bahawa sementara Kerajaan tidak boleh campur tangan dalam urusan transaksi perniagaan, kementerian akan berbincang dengan MITI untuk melihat bagaimana ia boleh membantu.
Apapun hasil dari nikmat kesuburan ekonomi negara ini tidak harus tergadai dan rakyat negara ini berhak mengecapinya setelah 54 tahun Merdeka. Sesiapa yang mengambil kepentingan dalam transaksi ini adalah penderhakaan kepada rakyat negara ini.
LTAT bukan sahaja terdiri dari bekas anggota yang menentang Komunis di dalam hutan tetapi hari ini mereka juga mampu berjuang dengan hebat dalam dunia korporat.

Aduhai Salleh Majid
Ya Bassit: BEKAS Pengerusi BSKL Salleh Majid kesal dengan tindakan Exxon International menjualkan kepentingannya dalam Esso Malaysia kepada syarikat San Miguel dari Filifina. Menurut Salleh sepatutnya Exxon tidak membuat keputusan memandangkan ia sudah lama beroperasi di negara ini dan mendapat banyak keuntungan.
Beliau juga tidak faham dengan tindakan itu dan bertanya apakah masalahnya.
Paling memelikkan kalaupun Exxon hendak melupuskan kepentingannya dalam Esso Malaysia kenapa ia dijual kepada San Miguel sedangkan Tabung Lembaga Angkatan Tentera (LTAT) telah menawar untuk pembelian itu dengan harga paling murah? Kenapa dijual kepada syarikat yang berpejabat di Filifina itu?
Saya tidak tahu apakah Salleh ada maklumat penuh mengenai syarikat San Miguel itu? Setahu saya syarikat itu adalah syarikat arak terbesar di Filifina di mana seorang anak bekas PM negara ini ada saham didalamnya. Saya yakin Salleh tahu hal ini kerana beliau bukan orang kerdil dalam soal bisness antarabangsa.
Kalau Salleh mengetahui maklumat ini beliau tidak akan merasai pelik dengan penjualan kepada syarikat berkenaan dan bukan LTAT. Sudah tentu ia adalah untuk kepentingan bekas PM itu sama. Bila syarikat San Miguel memiliki perniagaan itu maka yang mendapat untungnya ialah bekas anak PM itu. Perkara ini biasa berlaku di Malaysia. Ini dinamakan kronisme. Bekas PM itu juga suka kalau anaknya terus kekal sebagai 10 orang terkaya di Malaysia.
Biasalah bagi manusia yang berfikir hanya tentang hidup di dunia ini maka rekod itu akan dipertahankan kerana itulah kemegahan Qaron. Qoran sangat suka kepada kekayaan dan ia menjadi kufur dengan harta bendanya.
Pemilikan keuntungan untuk individu yang boleh mempengaruhi kerajaan biasa terjadi. Saya percaya dalam hal ini Najib Razak tidak berbuat apa-apa. Mungkin Najib mengingati apa yang pernah menimpa ke atas Anwar Ibrahim kira-kira 15 tahun lalu. Disebabkan Anwar tidak setuju dengan cadangan supaya Petronas "membeli bayar" syarikat salah seorang anak PM yang mengalamai kerugianlah, maka Anwar menerima padah hingga ke hari ini.
Apakah Najib berani untuk berbuat demikian. Jawabnya tidak. Cuba kalau Najib bersuara menghalang penjualan kepentingan Esso Malaysia kepada San Minguel itu sudah tentu Mahathir akan menjerkahnya. Paling menakutkan Najib ialah Mahathir akan melaksanakan grand design bersama Udin anak Yassin untuk menyingkirnya.
Memanglah kalau ikut adat jika penjualan kepentingan Exxon dalam Esso Malaysia itu diberikan kepada LTAT, seluruh bekas anggota tentera yang menjadi ahli tabung itu menikmati hasilnya. Tetapi seperti dikatakan tadi, di negara ini kerajaan lebih menjaga kepentingan individu berpengaruh berbanding dengan kepentingan awam.
Jadi Salleh tidak perlu merasa pelik atau pun buat sengaja pelik di dalam hal ini. Kalau anda mengetahui bagaimana negara ini ditadbir urus dan bagaimana besarnya pengaruh politik anda tidak akan menimbulkan keraguan anda yang dangkal itu. [wm.kl.6:20 am 27/08/11]

Oleh Syed Mu’az Syed Putra
KUALA LUMPUR — Bersetuju dengan pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria, Profesor Madya Mohammad Agus Yussoff menegaskan perpecahan Melayu yang didakwa semakin parah turut disebabkan tindakan kerajaan tidak mahu mendengar pandangan berbeza daripada rakyat.
Selain itu tegas pensyarah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), perpecahan Melayu juga berpunca daripada tindakan kerajaan mengetepikan hak orang Melayu sepertimana yang berlaku di Kelantan.
“Saya setuju sangat dengan padangan Harussani tapi saya nak tambah lagi dua iaitu perpecahan Melayu juga berpunca dari sikap kerajaan yang tidak mahu buka telinga dan dengar pandangan yang berbeza daripada rakyat... kalau kerajaan tidak mahu orang Melayu berpecah, kerajaan perlu dengar dan terima pandangan yang berbeza sebab itu punca orang Melayu berpecah tapi masalahnya kerajaan takut nak dengar.
“Berpecah orang Melayu ini juga sebab diskriminasi dan ketidakadilan kepada orang Melayu itu sendiri seperti mana yang berlaku di Kelantan sebab itu perpecahan ini berlaku,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Dalam Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti baru-baru ini, Harussani berkata perpecahan di kalangan Melayu berlaku disebabkan pentadbiran negara yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah.
Harussani juga berkata, orang Melayu berpecah selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad(gambar) memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 1998.
Tegas Agus, perpecahan Melayu boleh dielakkan sekiranya kerajaan menerima setiap kritikan dan pandangan berbeza yang dikemukakan oleh sesiapa sahaja termasuk Pakatan Rakyat.
“Sedangkan kerajaan boleh lakukan pelbagai cara dan saya takut perpecahan orang Melayu ini akan meruntuhkan negara, kita ada ramai ahli akademik dan pembangkang yang memberikan pandangan tapi kerajaan tidak mahu dengar.
“Sekarang kita lihat tiada lagi orang Melayu yang berani untuk beri pandangan yang berbeza dengan kerajaan, ini yang menyebabkan kelemahan orang Melayu... kerajaan perlu berani mendengar pendapat yang berbeza,” katanya.
Tambah beliau:
“Tiada guna adanya ahli akademik kalau semua jadi pak angguk.”
Agus menambah isu perpecahan Melayu bukan isu politik dan pandangan Harussani perlu diambil berat.
“Ini bukan isu politik, ini pandangan mufti untuk beritahu kenapa orang Melayu lemah dan berpecah.
“Saya setuju dengan pandangan Harusani itu, ia adalah pandangan yang baik tapi kerajaan tidak mahu terima,” katanya.
Pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu tampil membuat penjelasan sama ada bersetuju atau tidak dengan pandangan Harussani itu.
“Apa yang dikatakan Harussani itu antara sebab mengapa wujud perpecahan, barangkali perdana menteri perlu mengeluarkan kenyataan balas sama ada beliau setuju dengan pandangan mufti Perak itu atau tidak.
“Penjelasan harus diberikan supaya tiada lagi spekulasi lain kerana ia keluar daripada Harussani,” katanya.
Jelas beliau, banyak faktor yang menyebabkan perpecahan orang Melayu berlaku bukan hanya tiga perkara yang dibangkitkan Harussani.
“Bagi saya perpecahan orang Melayu itu mungkin berpunca daripada parti politik macam PAS dan Umno dan saya rasa kalau kedua-dua parti ini duduk bertemu perkara ini boleh diatasi.
“Sebab isunya sekarang adalah Melayu-Islam, utamakan perpaduan dan ketepikan fahaman politik dan titik imbangan itu, ini bukan kerjasama politik tapi untuk perpaduan orang Melayu,” katanya.

No comments:
Post a Comment