SUNDAY, AUGUST 28, 2011
Antara Komunis Dengan Polis Bukit Kepong - Siapa Hero?
Labels: Bukit Kepong, Komunis, Masyarakat, Politik
Polis Bkt Kepong sebelum diserang |
Mat Sabu dikecam teruk oleh banyak pihak terutamanya pro-kerajaan apabila mengatakan dalam peristiwa Bukit Kepong, komunis yang menyerang dan membunuh seramai 25 anggota polis termasuk keluarga mereka adalah hero negara yang sebenarnya. Tengok sini.
Memang susah jugak nak nak ambil sikap dalam isu ini. Mat Sabu kata pada masa kejadian semua polis yang bertugas di situ merupakan kakitangan kerajaan penjajah British manakala geng komunis yang pergi serang mereka mahu menuntut hak memerintah diberikan secara mutlak kepada rakyat Malaysia. Nampak macam logik juga kalau Mat Sabu kata komunis tu hero rakyat.
Nak kasi jelas isu ni mari kita tengok kronologi peristiwa masa tu:
- Pada tahun 14 Ogos 1941, British tandatangani Piagam Atlantik yang mengistyiharkan bahawa semua negara-negara dunia berhak untuk menentukan dan memerintah negara mereka sendiri. Maknanya British telah terikat untuk terpaksa memerdekakan tanah jajahannya sebaik sahaja menandatangani piagam tersebut.
- Berikutan daripada perkara di atas, British usahakankan penubuhan Malayan Union antara tahun 1946 hingga 1948. Ini mengakibatkan terlucutnya hak raja-raja melayu di negeri masing-masing yang mana rakyat berpendapat ia merupakan satu usaha British untuk memanjangkan penjajahan mereka kerana Malayan Union menarik kuasa memerintah Raja-Raja Melayu untuk memerintah di negeri mereka masing-masing.
- Rakyat bangun bersatu dan memberontak sehingga gagalnya Malayan Union dan tertubuhnya Persekutuan Tanah Melayu. Untuk mengekalkan kepentingan dan penguasaan ekonomi British, Pulau Pinang, Melaka dan juga Singapura dikekal sebagai tanah jajahan mereka.
- Peristiwa Bukit Kepong terjadi pada 23 Februari 1950. Jadi pada masa itu Malayan Union telah dibatalkan untuk digantikan kepada Persekutuan Tanah Melayu yang mana hasil daripada Melayu dan juga Raja-Raja termasuklah segolongan pegawai British ketika itu membantah usaha British yang masih mahu menjajah lebih lama.
- Logiknya kerajaan pada masa tersebut adalah kerajaan British yang dalam proses transisi sebelum melepaskan Tanah Melayu menjadi negara Merdeka, cuma ambil masa sedikit sebelum ia benar-benar merdeka. Jadi kalau serang para pegawai British masa itu bermakna menyerang mereka yang sedang dalam proses membentuk satu negara yang merdeka. Sekurang-kurangnya itulah pegangan orang melayu yang menjadi anggota keselamatan pada masa itu. Tak bolehlah di salahkan mereka sebagai tali barut British.
Kesimpulannya Komunis pergi serang Balai Bukit Kepong tu sebab tak sabar nak merdeka masa itu juga dan tidak mahu memerdekan tanah melayu dengan cara aman, sedangkan kemerdekaan sedang dalam proses. Walaupun ada unsur-unsur kerajaan yang bakal naik nanti adalah kerajaan boneka British, sekurang-kurangnya ia memberikan peluang untuk rakyat samada cepat atau lambat menukarkannya mengikut acuan yang mereka mahu. Jadi ringkasnya Mat Sabu salah!.
Kalau dilihat pula sampai sekarang Umno/BN masih memerintah nampaknya memang kerajaan yang ambil alih dari British dulu masih tak dapat diubah. Sebab itulah sekarang ini Mat Sabu pulak yang tak sabar.
Baca sambutan mengenang Peristiwa Bkt Kepong kat sini
No comments:
Post a Comment