ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Tuesday, 23 August 2011

Tak minat kibar JALUR GEMILANG?


Ramai tak kibar Jalur Gemilang 

KUALA LUMPUR: Masih ramai yang enggan memasang Jalur Gemilang sama ada di rumah, premis perniagaan ataupun kenderaan walaupun sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 bakal tiba.

Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Fuad Hassan, berkata walaupun pelbagai kempen diadakan termasuk memberi bendera secara percuma, ia kurang mendapat sambutan di kalangan masyarakat.
“Tidak tahu di mana silapnya, masih kurang kesedaran di kalangan masyarakat untuk menghargai kemerdekaan walaupun hanya memasang jalur gemilang sebagai tanda sokongan,” katanya selepas melancarkan kempen Kibar Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Malaysia 2011. -hm

Ulasan GB

Sebelum ini GB sudah mengeluarkan satu entri bertajuk Rakyat Tak Ada Mood Nak Kibar Bendera Malaysia Selagi BN Yang Berkuasa.

Di dalam entri itu, Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata:

"Kerajaan BN sepatutnya faham dengan reaksi rakyat itu dan patut bertindak bijak mengatasi masalah. Reaksi seperti itu sudah ditunjukkan oleh rakyat sejak beberapa tahun lalu.

"Antara kekecewaan rakyat dengan tindak tanduk Kerajaan BN termasuklah tindakan kerajaan yang amat mengecewakan dalam melaksanakan pilihanraya sehingga pilihanraya di negara kita tidak pernah bersih dan adil.

"Apabila rakyat memprotes dengan mengadakan perhimpunan aman Bersih 2.0 di Kuala Lumpur pada 9 Julai lalu, Kerajaan BN mengarahkan pula pihak polis supaya berperang dengan rakyat yang berhimpun secara aman dan tanpa senjata yang menyertai perhimpunan itu."


Dan GB merumuskan dengan ringkas sahaja begini:

Apa yang GB dapat perhatikan ialah bendera Malaysia akan kembali berkibar megah di seluruh pelusuk negara apabila rejim BN ditumbangkan dan Putrajaya di perintah oleh Pakatan Rakyat.

Tak percaya? Tunggu detik keramat itu.

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sinisini & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini. Mekasih...

Baca je lah...
Gay: Kerajaan perlu bertindak cepat 

KUALA LUMPUR 14 Ogos – Kerajaan perlu bertindak lebih cepat, tegas dan agresif dalam menangani isu gay dan perkahwinan sejenis sebelum ia terus menular di negara ini.

Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim), Datuk Aziz Jamaludin Mhd. Tahir berkata, pada masa sama penggubal undang-undang tidak seharusnya takut terhadap tekanan pihak-pihak tertentu dalam memastikan budaya yang bercanggah dengan etika, moral dan nilai agama ini tidak bercambah.

“Apa yang sedang berlaku ketika ini amat memalukan. Bagaimanapun, tanpa kita sedari sebenarnya kita sendiri menjadi punca hingga menyebabkan golongan homoseksual semakin membiak dan berani.

“Pelik, mengapakah golongan ini terus wujud dan semakin berkembang walaupun mereka tahu perbuatan itu dikutuk oleh agama dan bercanggah dengan undang-undang?’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tak usah pelik kenapa golongan ni terus wujud dan semakin berkembang... 

Baca kenyataan-kenyataan dekat bawah ni... kalau tak paham jugak... Boleh pergi mamposss...
"Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan." - Datuk Seri Najib Tun Razak, 20 April 1983, dalam temubualnya dengan para wartawan.

"Sukar dilaksanakan hukum syarak kerana masyarakat Malaysia bukan seratus peratus Islam" - Tun Dr. Mahathir, 14 Ogos 1994 dalam ucapannya di Pasir Mas Kelantan.

"Pada pendapat saya, undang-undang Islam tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia sekarang. Lebih baiklah undang-undang yang ada dikekalkan." - Sulaiman Daud, 20 Ogos 1993, dalam temubualnya dengan media massa.

“Al-Quran perlu ditafsirkan semula untuk disesuaikan dengan keadaan masa kini.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas.

“Kerja yang paling sesuai bagi Tok Guru (ulama’) ialah mengajar, bukan mentadbir.” - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 14 Ogos 1994, dalam ucapannya di Pasir Mas, Kelantan.

“Sebarang undang-undang yang dilaksanakan di Malaysia sekarang yang selaras dengan undang-undang Islam boleh dianggap sebagai undang-undang Islam.” - Datuk Dr. Yusuf Nor, 6 Mac 1994 dalam temubualnya dengan Radio Tiga Ibu Kota.
Baca kenyataan-kenyataan dekat atas tu sampai hadam... 

Kalau hati tu BERSIH, mesti senang paham kenapa semua ni berlaku... Kalau hati jenis hitam legam... Kot mana-manapun last sekali Karpal Sing jugak yang salah...!!! 

No comments:

Post a Comment