ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Tuesday, 23 August 2011

Kerajaan meLAYU..MAS Rugi BERSIH RM527 Juta??


Siapa Dalang Di Sebalik MAS Rugi BERSIH RM527 Juta??


Jika Singapore Airlines (SIA) boleh untung pada suku kedua tahun ini sebanyak SGD253 juta (RM590 juta), kalau Cathay Pacific boleh untung bersih sebanyak HKD684 juta (RM2.78 bilion), lain pula jadinya kepada syarikat penerbangan dari Malaysia, Malaysia Airlines terus “membuat kejutan” apabila dilaporkan MAS mencatat kerugian besar sebanyak RM527 juta pada suku kedua (April hingga Jun 2011).

Apa agaknya alasan MAS kali ini?

“Singapore Airlines mempunyai skop yang lebih besar segmen perniagaan kerana Singapura cukup dikenali sebagai sebuah pusat perniagaan” kata penganalisis kajian tempatan

Malaysia telah melindung nilai 60 peratus daripada keperluan bahan apinya pada harga US$100 setong West Texas Intermediate (WTI), sejenis bahan api berkualiti tinggi bagi baki 2010 dan 40 peratus pada harga AS$100/bbl bagi 2011.

MAS mencatatkan keuntungan bersih RM310 juta bagi suku pertama 2010 terutama disebabkan bayaran pampasan daripada pengeluar pesawat Airbus berikutan kelewatan penghantaran A380.

MAS rugi lagi?

Macam inilah, sebenarnya MAS sebenar tidak sepatutnya rugi.

Kikislah imej syarikat kerajaan, jadilah syarikat yang berorentasikan keuntungan.
Tumpukan perhatian kepada kepuasan pelanggan.

Tiada yang hendak dibanggakan jika syarikat sentiasa rugi.

SIA untung, Cathay Pacific untung, AirAsia pun untung, tiba-tiba MAS rugi.

Takkan sampai rugi?

Tak pelikkah?

Jangan beri alasan turun naik harga minyak semata-mata mahu menutup kelemahan sendiri.

Atas dasar siapa mereka bertindak begitu?

Pos Malaysia, RUGI...
MAS, RUGI...
FELDA, RUGI...
Sime Darby, RUGI...
KTMB, RUGI...
Malaysia pula akan bangkrap 2019 mengikut kata Idris Jala, bekas bos MAS!

Agaknya jika ada bursa saham yang khusus memperdagangkan saham syarikat penerbangan, lakukah saham MAS?

Semua orang tau siapa dalang di sebalik pengambil alihan saham MAS oleh Air Asia, tak lain tak bukan Najib Altantuya, setelah didesak Mahathir untuk kepentingan kroni dan suku sakat.

Apa alasan sekalipun, MAS mesti diselamatkan, tetapi bukan dengan cara penggabungan yang "menelan" imej dan kredibiliti syarikat milik rakyat itu, tanpa perancangan yang kukuh dan mendalam.

Kegagalan keputusan kewangan MAS ini bukti Najib Altantuya sedia diperkudakan sesiapa saja asalkan dia kekal Perdana Menteri, seperti yang berlaku ke atas tanah KTMB yang tergadai di Singapura, 31 Julai lalu.

Dan, siapa di sini yang kerja dengan Petronas tahulah fenomena biasa yang perlu dikorbankan “Petronas” bagi menampung kerugian syarikat GLC yang lain.


Syarikat penerbangan negara, Kumpulan Malaysia Airlines (MAS), mencatat kerugian bersih RM527 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun lalu, dengan kos bahan api yang tinggi dikatakan sebagai penyumbang utama kerugian itu.

Kerugian itu bagaimanapun lebih rendah berbanding kerugian bersih sebanyak RM535 juta pada suku yang sama pada 2010, kata syarikat itu menerusi satu kenyataan di sini.

Menurut laporan Bernama Online, syarikat penerbangan itu berkata kos bahan api terus memberi impak terbesar kepada operasi kumpulan berkenaan, meningkat 41 peratus berbanding RM1.102 bilion kepada RM1.55 bilion pada suku kedua 2011, mengimbangi hasil dan perolehan bagi tempat duduk mengikut kilometer (RASK).

Dalam makluman berasingannya kepada Bursa Malaysia di sini, MAS melaporkan kerugian sebelum cukai juga berkurangan kepada RM509.411 juta pada suku terbabit berbanding kerugian sebelum cukai RM532.591 juta pada suku yang sama pada 2010.

Perolehan pada suku kedua meningkat kepada RM3.485 bilion, lapan peratus melebihi RM3.213 bilion pada 2010 manakala perolehan penumpang mencatatkan pertumbuhan sembilan peratus kepada RM2.086 bilion, berbanding RM1.912 bilion sebelumnya.

Lembaga Pengarah juga sudah mengenal pasti keutamaan dan memberi tumpuan terhadap langkah jangka pendek.

“Pertama, kami akan memberi tumpuan untuk menyediakan kepimpinan yang mantap bagi memacu MAS, dan proaktif mengisi jawatan pengarah urusan/ketua pegawai eksekutif dan pengurusan kanan utama yang lain,” katanya.

Bekerja bersama-sama dengan Jawatankuasa Eksekutif (Exco) yang baru dua minggu lepas, syarikat penerbangan nasional itu berkata inisiatif pemulihan akan dilaksanakan untuk mengembalikan keuntungan dan mula mengumpul rizab tunai.

Inisiatif serta-merta termasuk pengurusan kapasiti yang lebih baik, pelaksanaan harga dinamik bagi meningkatkan pulangan dan perolehan dan mengkaji semula produk dan keduduan jenama.

Kajian semula peniagaan Firefly ialah memberi tumpuan terhadap operasi dari Subang dan menjajarkan perniagaan Firefly supaya menumpukan kepada perkhidmatan premium serantau, turut dalam senarai itu.

Dalam jangka panjang, Exco akan mengkaji menjayakan pelan strategik untuk mengembalikan keuntungan.


No comments:

Post a Comment