Dilema JKR, ‘dua’ ketua pengarah
KUALA LUMPUR, 21 Jun — Jabatan Kerja Raya (JKR), agensi mengawal selia pembinaan projek awam dilihat berhadapan dengan krisis seolah-olah mempunyai ‘dua ketua pengarah’ sejak awal bulan lalu — didakwa kerana penurunan pangkat — dipercayai kali pertama berlaku di negara ini.
The Malaysian Insider difahamkan Datuk Seri Dr. Judin Abdul Karim, yang memegang jawatan ketua pengarah sejak Mei 2007, masih berada di pejabatnya manakala pengganti beliau Datuk Mohd. Noor Yaacob menjalankan tugasnya dari pejabat lama beliau.
Situasi itu dikatakan bersangkut paut dengan tindakan menurunkan pangkat beliau, yang menurut beberapa bekas pemimpin kesatuan sekerja sektor awam tidak sepatutnya berlaku, malah tidak pernah berlaku di negara ini.
Sebelum dilantik menjadi ketua pengarah, Mohd Noor merupakan Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya II.
Pelantikan Mohd. Noor sebagai sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya berkuat kuasa 1 Mei lalu diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan akhir April lalu.
Judin dilantik sebagai Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) juga berkuat kuasa 1 Mei lalu.
Pelantikan Mohd. Noor dibuat berdasarkan pengalaman luas beliau dalam menyelaras dan melaksanakan pembangunan fizikal projek-projek kerajaan semasa memegang pelbagai jawatan sebelum ini, kata Ketua Setiausaha Negara dalam kenyataannya April lalu.
Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar yang membangkitkan perkara itu di Parlimen semalam berkata,maklumat yang diterimanya menunjukkan Judin tidak mengosongkan biliknya manakala pengganti beliau pula menjalankan tugasnya dari pejabat lama beliau.
“Nak kata wujud dua ketua pengarah tak tepat tetapi ada sesuatu yang tidak kena di JKR,” kata beliau.
“Memang, Judin tidak masuk mesyuarat... Mohd Noor hadir mesyuarat dan menjalankan tugas-tugas sebagai ketua pengarah.
“Tetapi persoalannya mengapa perkara ini berlaku... keadaan ini tidak pernah wujud sebelum ini, menunjukkan contoh tidak baik kepada perkhidmatan awam,” kata beliau ketika dihubungi.
“Sebab itu saya minta penjelasan Menteri Kerja Raya dan Ketua Setiausaha Negara membuat penjelasan, mengapa perkara macam ini boleh berlaku,” kata Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS.
Mahfuz berkata Judin tidak mahu mengosongkan biliknya kerana merasakan beliau telah “diturunkan” pangkat dengan dilantik sebagai Ketua Eksekutif CIDB lebih rendah daripada jawatan ketua pengarah.
“Judin merasakan dirinya telah dianiya dengan diturunkan pangkat, dan difahamkan beliau tidak menerima dokumen pertukaran jawatan.
“Saya melihat ini kali pertama perkara seumpama ini berlaku dalam perkhidmatan awam khususnya di Jabatan Kerja Raya,” kata Mahfuz.
Menurut Mahfuz, Judin ada tiga tahun lagi untuk bersara sedangkan penggantinya akan bersara dalam setahun.
“Biasanya seseorang ketua pengarah akan bersara dalam perkhidmatan sebagai ketua pengarah, tetapi dalam kes Judin agak berbeza,” katanya.
Tulisan beberapa blog dan laman web mendakwa pertukaran ketua pengarah JKR ada kaitan dengan kepimpinan politik Kementerian Kerja Raya.
“Saya difahamkan begitu. Sebab itu saya minta penjelasan Menteri Kerja Raya,” kata Mahfuz lagi.
“Seolah-olah wujud pentadbiran yang berkecamuk di JKR dan Kementerian Kerja Raya,” katanya lagi.
Difahamkan penurunan pangkat Judin bertentangan dengan Peraturan Pegawai Am (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
Seorang bekas pegawai kanan Cuepacs berkata keadaan seumpama itu, yang menimpa Judin, jika benar berlaku, tidak pernah wujud sebelum ini dalam perkhidmatan awam negara ini.
Pegawai itu yang enggan namanya dipetik berkata, seseorang ketua jabatan hanya boleh diturunkan pangkat jika syor lembaga tatatertib, bermakna ada kes disiplin.
“Kalau ada penyelewengan bermakna dibuang kerja, tetapi dalam kes ini tiada kes disiplin. Jika tiada kes bermakna, ia bertentangan dengan Peraturan Pegawai Am,” katanya lagi. -TMI

'Ada tak kena' di sebalik pertukaran pengarah JKR
KUALA LUMPUR, 21 Jun: Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) membayangkan "ada benda tidak kena" di sebalik konflik pertukaran Datuk Seri Dr. Judin Abdul Karim dari jawatan Ketua Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) kepada Ketua Eksekutif Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB).
Sambil mendakwa ianya seperti menurunkan gred Dr. Judin yang bergred Turus 3 kepada Jusa C, beliau berkata kerajaan cuba menyembunyikan alasan pertukaran itu.
Beliau yang juga Naib Presiden PAS berkata demikian sebagai mempersoal jawapan bertulis dari JKR yang disentuh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz semasa sesi penggulungan.
"Saya merasakan bahawa ada benda yang tidak kena (dengan pertukaran itu).
"Apakah dia (Dr. Judin) ini jenis yang bukan yes man kepada menteri?" soalnya.
Sebelum ini beliau juga mendakwa pertukaran itu ada kaitan dengan beberapa keputusan projek termasuk pembinaan Istana Negara.
Datuk Seri Dr. Judin Abdul Karim, yang memegang jawatan ketua pengarah JKR sejak Mei 2007 ditukar ke jawatan Ketua Pengarah CIDB berkuatkuasa 1Mei lalu.
Jawatan yang dikosongkan itu kemudiannya diisi oleh Datuk Mohd. Noor Yaacob iaitu Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya II sebelum ini.
Pelantikan Mohd. Noor sebagai sebagai Ketua Pengarah Kerja Raya berkuat kuasa pada tarikh sama diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara (KSU), Tan Sri Mohd Sidek Hassan akhir April lalu.
Bagaimanapun menurut Mahfuz, Dr. Judin "tidak menerima" arahan surat pertukaran oleh Ketua Setiausaha Negara itu dan masih datang ke pejabatnya di JKR.
Akibat dari itu, jawatan itu katanya seolah-olah kini disandang dua orang dan tidak dapat diselesaikan oleh pihak kementerian.
Tambahnya lagi, Jabatan Perkhidmatan Awam juga difahamkan tidak tahu pertukaran tersebut.
Turut mencelah, Saifudin Nasution (PKR-Machang) yang mempersoal kenapa surat pertukaran kepada Dr. Judin diberikan secara tergesa-gesa.
"KSU serah surat hari Jumaat, pertukaran kuatkuasa hari Sabtu. Kenapa keadaan tergesa-gesa itu berlaku?" soalnya.
Menjawab persoalan itu, Nazri berkata pertukaran Dr. Judin itu bukanlah penurunan jawatan tetapi kerana kepakaran beliau dan diperlukan untuk menguruskan CIDB.
Bagaimanapun, berhubung isu konflik wujud dua ketua pengarah, dan perlantikan dibuat tergesa-gesa, beliau akan meminta pihak kementerian kerja raya menjelaskan perkara itu kemudian.
"Tak apa, saya akan maklumkan kepada pihak kementerian bahawa jawapan bertulis yang diberikan tidak memuaskan," katanya. -hd
Ketua Pengarah Kerja Raya (yang warak) ditukar atas desakan Umno?http://www.detikdaily.net/v5/modules.php?name=News&file=article&sid=13151 |
Posted on Monday, April 11 @ 09:18:04 PDT by paktam
KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kerja Raya, Dato Seri Prof Ir Judin Abd Karim dikhabarkan akan ditukarkan ke CIDB, satu jawatan yang tidaklah strategik seperti jawatannya sekarang. Beliau dilantik sebagai Pengerusi Eksejutif CIDB menggantikan Dato Ir Hamzah Hassan yang telah menamatkan kontraknya.
Pertukaran ini memeranjatkan pelbagai pihak khususnya warga Jabatan Kerja Raya kerana Judin dikenali kerana ketegasan beliau di dalam membuat keputusan dalam pelbagai perkara khsuusnya yang melibatkan JKR.
Beliau juga dikenali dengan sifat kewarakan dengan solat dhuha dan puasa sunatnya telah memulakan perkhidmatannya di Cawangan Rekabentuk dan Penyelidikan JKR, di bangunan PKNS di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.
Karier beliau banyak dihabiskan di dalam bidang rekbentuk dan Judin tidak pernah berpeluang menjadi Pengarah JKR Negeri. Kerjaya beliau melonjak naik apabila dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya 1 dan seterusnya menjadi Ketua Pengarah Kerja Raya Malaysia pada Mei 2007.
Judin berkelulusan doktor falsafah dalam bidang Kejuruteraan Sivil dari University of Southern California, Amerika Syarikat.
Ramai melihat pertukaran beliau adalah sesuatu yang amat mengejutkan kerana ia seolah-olah diturunkan pangkat kerana jawatan KPKR adalah bertaraf Turus III tetapi jawatan Ketua Eksekutif CIDB hanyalah Jusa A, manakala Timbalan Ketua Pengarah kerja Raya adalah bertaraf Jusa A juga.
Sifat kewarakan dan ketegasan beliau terutama berkaitan projek dan melayan karenah kontraktor barangkali tidak disenangi oleh politikus-politikus dan kontraktor yang selalu mengambil dan mencari peluang dalam perlaksanaan projek di JKR.
Menurut seorang pegawai kanan JKR, Judin mungkin menjadi mangsa keadaan kerana ketegasan beliau dalam hal kontrak dan projek menyebabkan beliau mungkin tidak disennagi termasuk oleh Menteri Kerja Raya sendiri.
JKR akan kehilangan seorang pegawai yang baik, amanah dan sangat komited di dalam kerjanya dan amatlah rugi kerana pertukaran beliau di saat perlaksanaan projek RMK10 baru bermula. "Dalam keadaan sekarang, JKR amat memerlukan seorang ketua seperti Judin. Hairan sekali mengapa beliau ditukarkan ke posisi lain," luahan hati seorang pegawai kanan JKR yang mendakwa begitu mengenaili Judin.
Beliau telah berjaya membawa JKR ke arah kecemerlangan dalam menbawa vis dan sisi JKR bagi menghadapi cabaran perlaksanaan projek di bawah JKR dan menongkah transformasi di bawah NKRA dan KPI Kementerian kerja Raya.
Bagi warga JKR jika benar berita Judin akan ditukarkan, pengganti seumpamanya terlalu sukar dicari diganti.
Kitab Hidayatus Salikin...muka surat 217 hingga 220...
Kitab Hidayatus Salikin...muka surat 217
Ertinya : Kataku, demi bapaku dan ibuku, engkau ya Rosullah, siapa yang kuasa akan segala perkara ini dan siapa yang lepas daripadanya. Maka sabdanya : Hai, MU'AZ bahawasanya, mudah ia atas seseorang yang dimudahkan akan dia oleh Allah 'Azawajalla atasnya. Maka kata Kholid bin Mi'dan itu, maka tiada aku lihat akan seseorang yang terlebih banyak membaca QURAN yang 'Azim daripada Mu'az kerana ia mendengar Hadis ini. Dan kata Imam Al Ghozali Rohimullahu Ta'ala :..................ertinya, maka fikirkan dan bicarakan oleh mu hai orang yang gemar pada MENUNTUT ILMU, bagi segala perkara ini yakni segala sifat yang KECELAAN ini, dan ketahui olehmu, bahawa yang sebesar besar sebab yang membawa kepada tiap tiap segala sifat yang KEJAHATAN ini, di dalam HATI itu, iaitu orang yang menuntut ilmu kerana berkemuka-mukaan / berbantah bantah / berbahas bahas dan kerana MUNAKOSYAH yakni kerana...m/s 218.
Kitab Hidayatus Salikin...muka surat 218
hendak mencela akan perkataan orang dan kerana hendak berbantah bantah dengan orang. Maka orang yang 'Auwah yakni orang yang tiada menuntut ilmu kerana yang demikian itu, jauh daripada kebanyakan perkara sifat yang KECELAAN ini. Dan orang yang baru menuntut ILMU FEQAH itu, iaitu yang dilontarkan akan dia bagi segala sifat yang kecelaan ini, yakni orang yang baharu menuntut ilmu feqah itu, kebanyakan ia bersifat dengan kecelaan yang tersebut di dalam bab yang ke-empat ini, dan iaitulah mendatangkan bagi binasa dengan sebab segala sifat ini. Maka tilik olehmu apa yang terlebih baik yang engkau cita cita akan segala perbuatanmu, bahawa engkau menuntut kaifiyah / cara memeliharakan daripada yang membinasakan ini dan bimbang engkau dengan membaikkan akan HATImu dan membaikkan akan akhiratmu atau yang terlebih baik, engkau cita cita bahawa engkau masuk serta / bersama orang yang masuk di dalam membinasakan akan mereka itu, dan engkau tuntut daripada ilmu yang ia itu sebab bagi menambah akan KIBIR, RIYAK dan HASAD dan 'UJUB hingga binasalah engkau serta / bersama orang yang binasa. Dan lagi kata Imam Al Ghozali Rohimullohu Ta'ala....m/s 219
Kitab Hidayatus Salikin...muka surat 219
ertinya dan ketahui olehmu, bahawa segala perkara yang TIGA ini yakni RIYAK, 'UJUB dan HASAD, itu iaitu daripada IBU segala sifat yang KEJAHATAN di dalam HATI dan adalah baginya satu tempat tambah dan iaitu sangat kasih akan dunia dan dari kerana inilah, sabda Nabi SAW : Bermula sangat kasih akan dunia iaitu KEPALA segala kesalahan dan segala KEJAHATAN dan segala DOSA dan segala MAKSIAT dan serta ini, maka dunia itu tempat BENDANG bagi akhirat yakni tempat mengambil bekal di dalam akhirat. Maka barang siapa mengambil daripada dunia dengan sekadar doruroh, yakni sekira kira hajat supaya menolongi ia dengan dia atas jalan akhirat, maka dunia itu MAZRO'AH yakni tempat mengambil bekal yang menfaat di dalam akhirat. Dan barang siapa menghendak akan dunia kerana bersedap sedap dan kerana bersuka suka dan bersenang senang, maka dunia itu, tempat membinasakan akan dia. Kata Imam Al Ghozali Rohimullohu Ta'ala....m/s 220
Kitab Hidayatus Salikin...muka surat 220
ertinya, ketahui olehmu bahawasanya, dunia itu seteru bagi Allah Swt. dan seteru bagi Aulia nya dan seteru segala seteru bagi Allah Swt. Maka makna seteru ia bagi Allah Swt. itu bahawasanya, memutuskan ia akan jalan kepadanya (Allah) atas Aulia nya (wali walinya) dan dari kerana demikian itu, tiada MENILIK Allah Swt kepadanya selama menjadikan ia akan dia. Ada pun makna seteru bagi Auliaa Allah Swt, maka bahawasanya ia perhiasan bagi mereka itu dengan perhiasannya dan hendak menyatakan, ia akan mereka itu, dengan keelokannya dan dengan kebaikannya hingga MEMUALan mereka itu akan PAHIT sabar yakni kesusahan sabar pada memutuskan akan dia dan menjauh akan dia. Dan makna seteru bagi seteru Allah Swt. maka kerana ia memasukkan ia bagi mereka itu di dalam segala KEJAHATAN dengan tipunya dan pedaya nya dan memegang ia bagi mereka itu dengan jaringan hingga percaya ia dengan dia, dan berpegang mereka itu atasnya. Maka menjagakan akan mereka itu oleh sangat berkehendak yang ada mereka itu kepadanya, yakni sangat kasih akan mereka itu kepadanya/ dunia membawa ia kepada CELAKA mereka itu dan memasukkan akan dia ke dalam api NERAKA...na'uzubillahu minha...
No comments:
Post a Comment