ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Monday, 26 September 2011

Kemerdekaan Kepada Malaya Oleh Jepun.


Jepun Telah Memberi Kemerdekaan Kepada Malaya Dan Indonesia Sebelum Mereka Tewas.



Bolehkah mereka dianggap sebagai wira atau pun sebagai barua British.
 
Ini gambar semasa Malaya masih dijajah dan melayu sebagai penjaga 'Kerbau Balau'

Nampaknya kali ini gua akan menulis tentang sejarah sejak isu Mat Sabu mengangkat Mat Indera sebagai wira. Kerana isu ini, semua penyelewengan Umno akan terbongkar sikit demi sedikit tentang perkara yang berlaku di zaman penjajahan British. Para sejarahwan-sejarahwan yang menjadi pencacai Umno terpaksa membuka kembali buku-buku sejarah mereka untuk mempertahankan segala penyelewengan Umno terhadap sejarah. Gua masih ingat kata-kata guru sejarah gua pada era 70 an dulu yang menyatakan bahawa mata pelajaran sejarah telah diolah mengikut selera penjajah British. Lu baca sini...

Ramai yang tidak mengetahui bahawa Umno dibawah pimpinan Dato Onn tidak ingin Malaya diberi kemerdekaan dan kerana itulah slogan mereka ialah 'Hidup Melayu'. Para anak didik penjajah British (UMNO) dengan angkuh mengatakan bagaimana Malaya nak merdeka jika jarum sebatang pun tak pandai nak buat. Mereka lebih selesa duduk dibawah ketiak penjajah British kerana pangkat dan kesenangan yang diberikan oleh penjajah British terhadap mereka. Lu boleh lihat dan dengar bagaimana kehidupan ala barat para pemimpin Umno di mana boleh dikatakan setiap rumah para pemimpin mereka mempunyai bar (ruangan untuk minuman keras).
 
Semasa penjajahan Jepun, Melayu yang bersekongkol dengan Jepun dianggap pengkhianat tetapi tidak bagi yang bersekongkol dengan penjajah British. Lu sendiri fikir, baik penjajah Jepun mahu pun penjajah British, mereka tetap musuh kepada rakyat Tanah Melayu. Lu tanya pemimpin Umno siapa yang bagi senjata kat komunis untuk melawan Jepun, China atau pun British. Kemana perginya para pegawai British semasa Malaya ditakluki Jepun dan apa pula jadi kat Melayu yang jadi barua British. Adakah mereka bersama-sama mengangkat senjata melawan Jepun atau pun menjadi talam dua muka kerana para pemimpin Umno memang terkenal dengan sikap bermuka-muka seperti lalang. Bila penjajah British memerintah, mereka jadi barua British dan bila Jepun memerintah, mereka menjadi barua Jepun.



Sampai sekarang sikap mereka itu sudah menjadi darah daging mereka dan lu boleh tengok perangai mereka walau pun sudah 54 tahun merdeka. Sekarang mereka menjadi barua kepada Rosmah (Perdana Menteri Malaysia) dengan mengibas secukup-cukupnya sampai nak tercabut pergelangan tangan. Merekalah benteng dalam mempertahankan segala tindak tanduk yang dilakukan oleh Rosmah tanpa merasa malu. Kalau dah jenis barua, sampai bila-bila akan jadi barua.
 



Semalam, Astro ada wawancara Datuk Azimu, bekas Senator dan veteran Umno Ulu Kinta. Bukan main berlagak lagi beliau mengutuk Mat Sabu dan PAS. Gua pun nak tanya beliau apa erti sebenar merdeka kerana salah seorang anak jagaannya adalah penagih tegar. Apakah bagi beliau erti kemerdekaan ialah negara sudah bebas dari penjajahan British...!!! Jika itu jawapannya, makin beliau tidak layak bercakap tentang kemerdekaan walau pun beliau seorang veteran Umno. Biar gua story sikit buat veteran-veteran Umno haprak yang masih jahil tentang sejarah dan isu Mat Sabu.
 



Dalam isu ini, Mat Sabu dan PAS tidak perlu meminta maaf tetapi Umno dan sekutunya yang perlu meminta maaf terhadap rakyat Malaysia di atas segala tipu helah dan perkhianatan mereka terhadap rakyat. Rakyat telah dibohongi sampai ke akar umbi dengan memaparkan pemimpin mereka sebagai pejuang kemerdekaan dengar angkuh menggelar penentang penjajah British sebagai pengkhianat, 
lu baca disini.



Lu (pemimpin Umno/BN) faham ker apa yang Mat Sabu katakan...!!!! Beliau bercakap semasa Malaya masih dijajah oleh bapak kesayangan lu (British) dan ini bermakna sesiapa sahaja yang menentang penjajah dianggap wira dan sesiapa sahaja yang bersekongkol dengan penjajah pula dianggap pengkhianat. Lu baca sejarah mana-mana negara pun, itulah realitinya dan jika lu (Umno/BN) tak boleh terima maka pergi mampus ler lu semua. Mat Indera berjuang di Bukit Kepong 7 tahun sebelum Malaya merdeka dan Umno ketika itu adalah barua kepada penjajah British. Jika pertempuran itu berlaku selepas merdeka, jangan kata lu (Umno/BN dan pencacainya), gua pun akan kata Mat Indera sebagai pengkhianat.

 Bolehkah Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa akan perjuangan Let. Adnan semasa era Jepun. Jika beliau berjuang atas dasar agamanya maka selamatlah beliau, bagaimana jika beliau berperang atas nama British...!!!

Walau siapa pun tanpa mengira lu Melayu ker, Cina ker, Sikh ker atau India ker, lu tetap dianggap sebagai barua penjajah atau lebih tepat ialah pengkhianat terhadap bangsa dan negara lu sendiri. Oleh itu gua sarankan agar lu all (Umno/BN) minta Majlis Fatwa mengeluarkan fatwa adakah kematian polis Melayu yang mempertahankan balai polis Bukit Kepong mati syahid atau pun tidak agar perkara ini jelas di mata rakyat Malaysia sebagaimana Mufti Perak, SS Harussani memfatwakan kematian jurugambar Bernama yang bertugas di Somalia, Noramfaizul Mohd Nor sebagai mati syahid fisabilillah. Syahid yang tidak menyamai kematian ibu mengandung atau nelayan yang mati lemas semasa mencari rezeki kerana itu adalah syahid dunia.

Sebelum Jepun kalah dalam perang Dunia ke 2, pihak Jepun telah menjemput pejuang sebenar di era penjajahan British ke negara tersebut untuk membincangkan kemerdekaan Malaya dan Indonesia. Dr Buhanuddin, Ahmad Boestaman, Ibrahim Yaakub dan pemimpin Indonesia yang diketuai oleh Sukarno telah berlepas ke Jepun untuk merundingkan kemerdekaan dua Gugusan Tanah Melayu Raya. Sukarno sempat mengistyihar kemerdekaan Indonesia tetapi Tanah Melayu tidak sempat diisytihar merdeka kerana kekalahan Jepun kepada tentera berikat. Selepas Jepun kalah, komunis mengambil alih pemerintahan Malaya sebelum kedatangan semula penjajah British kembali menjajah Malaya dengan sokongan para pemimpin Umno.

 Haji Abdul Rahman Limbong yang terpaksa menghabiskan usianya di Mekah. Beliau telah dibuang negeri oleh penjajah British kerana perjuangannya untuk Islam. Di mana perginya pemimpin sekular Umno ketika itu?. Ooooppppp lupa, Umno celaka belum diperanakkan lagi oleh British.

Biar sebanyak mana pun penipuan yang dilakukan oleh pemimpin Umno yang menjadi anak emas penjajah British, ia akan tetap terbongkar. Bagi gua, sudah lama gua menganggap Dr Buhanuddin, Ahmad Boestaman, Ibrahim Yaacob, Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh, Abdullah C.D, Ustaz Abu Bakar Baqir, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong dan semua yang menentang penjajahan British adalah wira sebenar. Bagi gua, para barua British yang terdiri daripada pemimpin Umno adalah pengkhianat bangsa dan agama.
 
 
   (Ikhsan)
.


laksamanabukitbintang 

RM Punya Pasal..., Jiwa Kacau Beb....!!!!

Sepatutnya hal2 dan spam sebegini yang Rais Yatim dan SKMMnya pantau dan halang..., kerana banyak menyusahkan rakyat/masyarakat. Ini asyik nak berpolitik jer... tak habis2.... bodoh piang punya menteri...!!!!


Apa yang menteri tua nak mampus ni tau hanyalah bodek, ampu, jilat Presiden umno/PM... sejak dulu, kini dan selamanya.... gua tak nampak apa sumbangan dia pada negara... kecuali "win-win situations" Pulau Batu putih... hahahaha....


Gua berharap Najib Razak tak senaraikan nama orang tua kutuk nih dalam PRU-13, dah lama sangat jadi Menteri sejak 1968 sampai la ni... dari ada rambut sampai kepala botak licin... otak pun dah tepu... yang dia tau mengencing rakyat jerrrrr..... hahahaha.... ini macam punya jembalang pun boleh jadi menteri... bodohnya rakyat yang mengundi jembalang nih...


Salam hormat.


Dengan izin dan limpah dan kurnia  Yang Maha Kuasa saya masih lagi berpeluang meneruskan hidup ini.Walau saya tahu entah esok atau luasa masa akan datang dan saya akan dipanggil untuk menemui yang Kuasa.


Saya tahu hari demi hari kondisi tubuh saya semakin lemah dan penyakit lukimia yang saya tanggung semakin parah .Saya pasrah pada ajal dan maut tapi sebagai manusia ada hajat yang tidak kesampaian.


Bagaikan tak terasa begitu cepat masa berlalu tanpa saya dapat mengejarnya. Sebagai insan biasa di bumi ALLAH saya tahu saya tak dapat lari dari melakukan kesilapan .Hari demi hari berlalu dan saya tetap seperti dan doktor juga memberitahu yang saat itu semakin dekat.Seperti yang saya katakan saya reda. Tiada apa yang tinggal hanya lah sedikit harta yang akan saya sumbangkan  untuk bantuan kemanusiaan kepada yang memerlukan dari saya dan juga allahyarham suami mandangkan kami tidak  mempunyai pewaris.


Saya tidak mengharapkan apa-apa sebagai balasan cuma dengan izin ALLAH sedikit sumbangan yang akan saya salurkan ke jalan yang benar akan menjadi amal jariah untuk saya dan Almarhum suami insyallah.


Dana simpanan kami sebanyak £2,000,000.00 (Dua Juta Great Britain Pounds) telah saya berikan amanah dan kuasa kepada peguam saya untuk menguruskan hal selebihnya sehingga ianya dapat dipindahkan kepada pewaris saya yang amanah dan bertanggungjawab demi menunaikan niat saya dan arwah suami saya untuk membantu projek amal kepada yang memerlukan.Harapan saya ianya dapat dilakukan sebelum saya menutup mata.


Semoga ALLAH SWT  memberi petunjuk dan membantu kita bersama-sama melakukan amal jariah...... Amin...


Sekian,


Puan Norhayati Binti Ibrahim
From: Malaysia.
ibrahnorhayatiibinitiim@hotmail.com




hahahaha..... jawapan yang gua reply kat Puan Norhayati yang dah nak mati nih... seperti di bawah... kah..kah..kah.... orang penipu kena ajar secara kurang ajar la kannnnn... pi mampuih la kat dia.
Isa to ibrahnorhayati show details 26 September 2011 18:44


Kayanyaaaaaaaaa... hahaha... apakata daripada buat penipuan macam ini, lebih baik lu dermakan pada rumah anak2 yatim jer.... kah..kah...kah.... banyak sungguh kaki penipu dalam dunia ni yeaaaaa....


Kalau di takdirkan lu mati pun... itu tandanya malaikat izrail dah menyampah gileeerrrr... dengan lu.... hahaha... daripada hidup menyusahkan orang lain, lebih baik cabut jer nyawa lu... kah...kah..kah... dah sampai seru untuk di mampuskan... so... innalillah... jelah gua ucapkan....


Takziah... buat lu dan almarhum suami lu yeaaaaaa...... jangan lupa mengucap dua kalimah syahadah yeaaaa... bila nak mati nanti, sekurangnya mati dalam imannnn...
Minah nih... and sindiket penipuannya, memang tak serik2 dan berputus asa menghantar email untuk memancing pembaca... satu usaha yang gua salute... tapi ada jugak masyarakat malaysia yang kantoi tertipu... siap masuk suratkhabar lagi... ternyata dalam banyak2 rakyat malaysia masih ada lagi yang bangang dan bodoh... dah tu pulak yang kena tipu tuuuu... bukannya jenis masyarakat pertengahan/bawahan... sebab golongan ini duit tak pernah cukup beb...


Tetapi masyarakat yang kononnya high class, educated dan banyak RM inilah yang selalunya menjadi mangsa... hahahaha... gua tak mau komen banyak... sebab bagi gua ramai rakyat atau masyarakat malaysia yang educated berlagak cerdik tapi akal kat tumit kaki beb.... harapkan lagak jer... lebih... hahahaha....


Yang tak bestnya... apabila penipuan haprak nih pergunakan nama/kalimah Allah untuk menyakinkan melayu2 bangang lagi tolol...

No comments:

Post a Comment