Budak ‘otak kalkulator’ ingin masuk universiti
Sumber gambar - LINK |
LEICESTER: Ketika ramai remaja belasan tahun gementar apabila menduduki peperiksaan matematik A Level, Yasha Asley menyifatkannya sebagai amat senang dan dia hanya berusia tujuh tahun.
Kini, kanak-kanak yang berbakat luar biasa itu memperoleh kelulusan tertingggi ketiga peperiksaan A Level, pada usia 10 tahun.
Yasha, yang didakwa gurunya memiliki ‘otak seperti kalkulator, mencatatkan markah A* dalam subjek Statistik dan berharap untuk memasuki universiti.
Dia sebelum ini lulus subjek Matematik, juga dengan markah A* dan A dalam Matematik Tulen. Dia lulus kedua-dua subjek itu ketika berusia lapan tahun.
Asley menjadi orang paling muda di dunia mendapat gred A dalam Matematik, dengan mencatatkan 100 peratus dan 99 peratus dalam dua daripada enam kertas yang didudukinya dua tahun lalu.
Kanak-kanak dari Leicester itu berkata, dia tidak gementar ketika menduduki peperiksaan kertas Statistik tahun ini.
“Saya membuka kertas soalan, lihat soalan pertama dan mula menulis jawapan.
“Saya tidak gementar. Saya mungkin merasa lebih selesa berbanding pelajar lain,” katanya.
Bapanya, Moussa Asley, warga Iran berusia 49 tahun, membesarkan anaknya sendirian selepas bercerai dengan isteri.
“Ia mengesahkan jangkaan saya. Saya gembira dan bangga.
“Dia langsung tidak bekerja keras. Dia hanya melakukannya pada tahap minimum. Dia memang dilahirkan berbakat,” kata Moussa. - DM
Sumber : Hmetro
Berpisah dgn BN, muncul PR & kemungkinan baru: Pemikiran M’sia bakal BERUBAH
Christopher Fernandez, Stan Lee, Malaysia Chronicle
Dalam bidang politik, setiap ahli politik yang bijak tahu bahawa dia tidak akan mempunyai kawan sejati mahupun musuh yang kekal, dalam arena politik yang pasti adalah perubahan dan ini boleh disaksikan hampir saban hari dalam politik di Malaysia.
Apa pun boleh terjadi dalam satu hari atau setelah satu tempoh masa dalam politik. Kita menyaksikan bagaimana selepas 55 tahun sejak pembentukan negara pelbagai perubahan yang telah berlaku terutamanya sejak sedekad yang lalu setelah berakhirnya rejim Mahathir.
Tekanan berat ke atas chauvanis Melayu
Sejak bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad meletak jawatan, terdapat kemungkinan menarik akan berlakunya permutasi bagi parti-parti politik untuk menguji dan bekerja dengan satu sama lain.
Dengan senario baru yang muncul kini, nampaknya ada kemungkin barangkali dalam parti campuran yang mentadbir Barisan Nasional, UMNO telah menjadi semakin terpencil.
Berkemungkinan besar, BN akan dipatahkan dalam masa terdekat ini agak jelas. BN bersedia untuk menyaksikan keluarnya parti bukan UMNO yang terhutang kerana sikap UMNO yang cenderung pada cauvinisme Melayu yang mula menjadikan rakan kongsi dalam gabungan nasional itu sengsara.
Apakah kemungkinan akan muncul dari senario ini, kumpulan pihak bukan UMNO dari BN, dan kemungkinan kumpulan ini beralih untuk bergabung dengan Pakatan Rakyat yang dilihat sebagai satu langkah strategik yang mungkin akan berlaku.
Kumpulan baru akan muncul
MCA, MIC, Gerakan dan parti bukan-UMNO yang lain dalam Barisan Nasional dijangka mogok pada BN akibat pendiriannya yang sentiasa menyebelahi UMNO dan mereka diberi hak untuk menguasai dan mempunyai cengkaman ke atas yang lain kerana mereka mempunyai bahagian terbesar dari bilangan ahli.
Pembulian rakan-rakan bukan-UMNO oleh UMNO telah mencapai tahap di mana perlakuan kurang ajar dan keangkuhan semata-mata oleh pemimpin UMNO terhadap parti-parti politik yang lain di dalam Barisan Nasional telah mencapai tahap yang tidak boleh dimaafkan lagi.
Pemberi maklumat dari dalam berkata parti-parti ini berminat untuk bergabung dengan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tetapi takut akan tanggapan ekstremisme Islamis PAS.
Walau bagaimanapun, seperti yang ditegaskan penyokong Pakatan, jika DAP boleh bekerjasama dengan PAS meliputi pelbagai isu sejak penubuhan Pakatan 3 tahun lalu, perasaan takut itu tidak perlu wujud.
Sifat ekstremisme pada UMNO dan PAS
Hubungan di kalangan tiga parti-parti Pakatan iaitu PKR, PAS dan DAP adalah lebih mesra berbanding dalam BN. Walau bagaimanapun, tidak boleh dinafikan bahawa bagi rakyat Malaysia kedua-dua UMNO dan PAS telah menunjukkan tanda-tanda ekstremisme dalam cara mereka sendiri.
Sama ada mereka boleh menghadapinya ini atau tidak, kedua-dua UMNO dan PAS dianggap melampau oleh ramai rakyat Malaysia kerana mereka berlegar antara dua spektrum politik yang bertentangan.
Apabila UMNO dilihat sebagai sejahat-jahat manusia dalam helah mereka, PAS kadang-kadang dilihat terlalu baik seperti malaikat.
Apabila UMNO menarik perhatian orang-orang yang gila kuasa dan tamak, PAS seperti tidak perasan akan keadaan pemikiran
semasa kerana lebih suka mencari penyelesaian dari Timur Tengah, yang ironinya di sebalik kekayaan yang melimpah ruah, amat mundur dari segi sosial dan demokratik.
Yang pentingnya sekarang, helah politik dan pendirian kedua-dua UMNO dan PAS telah menyebabkan mereka akan
dipinggirkan dari arus perdana kehidupan rakyat Malaysia.
Jika ini berterusan, rakyat Malaysia - kebanyakannya pengundi muda - akan mula melihat PAS sebagai liabiliti politik pada masa akan datang, sama seperti cara mereka melihat UMNO sekarang.
Kahwin lagi- oh tidak!
Terdapat berita baik untuk penyokong PAS kerana parti itu sedang berusaha untuk membuat perubahan yang menampakkan hasil. Sama ada ia berjaya mengubah sikap lama untuk yang baru masih belum dapat dipastikan lagi.
Tanpa mengambil kira kemelut baru-baru ini iaitu mengeluarkan larangan bagi pasangan belum berkahwin untuk duduk bersama-sama di pawagam - yang sejak itu telah ditarik balik - rakyat Malaysia perlu sedar bahawa PAS tidak lagi ditakuti sebagai ‘parti serpihan fundamentalis Islam'.
Walaupun diakui masih sangat konservatif, PAS telah berjaya memasuki arus perdana politik Malaysia. PAS telah menunjukkan sisi kemanusiaannya dengan menyokong beberapa kempen hak-hak sivil dan juga berjuang memerangi rasuah.
Soalnya ialah sama ada PAS boleh terus berada di dalam arus perdana politik atau ia akan membenarkan mereka yang ultra-konservatif dalam parti untuk membuat keputusan.
UMNO harus ingat bahawa bukan semua orang Melayu tamak dan suka pada rasuah, mungkin PAS juga harus menerima bahawa tidak semua orang Melayu akan mengikuti cara mereka dalam menganuti dan mengamalkan Islam.
Terdapat beberapa orang yang memberi amaran bahawa penyokong Pakatan sedang bersorak menyaksikan penghijrahan pemimpin BN kepada pihak mereka, PAS mungkin mengejutkan orang ramai dengan membentuk pakatan bersama UMNO. Ini adalah perkahwinan pernah dilakukan oleh PAS tetapi perceraian mereka sangat menyakitkan dan memusnahkan, pelawaan terbaru dari UMNO yang terdesak tidak boleh diabaikan dalam mana-mana analisis kerana kemungkinan ia berlaku pada masa hadapan dalam scenario politik Malaysia tidak mustahil.
Walau bagaimanapun, pemimpin Pakatan Rakyat termasuk dari DAP telah menegaskan, ini bukanlah sesuatu yang mudah berlaku.
Menarik lebih ramai rakyat Malaysia
PKR- yang paling neutral dari tiga parti ini- telah dilihat sebagai alternatif yang lebih praktikal kerana mereka memilih untuk mencari jalan penyelesaian di tengah-tengah yang juga disukai orang bukan Melayu.
PKR bukan sahaja dilihat sebagai parti yang lebih diminati lebih ramai orang Melayu, ia juga cuba menambat hati dua kaum terbesar di Malaysia, Cina dan India.
Sementara kaum Cina dan India mula bersatu dan mencari representasi yang lebih kukuh dan baik dalam kerajaan dan urusan negara, sebahagian besar orang Melayu yang cuba mencari kebaikan bersama juga bersama mereka.
Walaupun pada ketika ini, mereka seakan tidak sekufu antara satu sama lain, kerana perbezaan politik yang kecil dan remeh, realitinya, PKR, DAP, MCA, MIC, Gerakan dan parti politik yang lain mula menyesuaikan diri antara satu sama lain.
Kemungkinan mereka akan memberi kejutan besar dan bersatu untuk membentuk satu pakatan yang mana telah ditubuhkan oleh Barisan Nasional pada zaman perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman sebelum merdeka nampaknya seperti kemungkinan yang baik dan kuat. Jika ia berlaku, mungkin juga selepas pilihan raya umum diadakan.
Bagi Sabah dan Sarawak pula, Pakatan sudah pun menawarkan bantuan kepada parti politik yang mahu memikirkan kemungkinan untuk bersatu dengan mereka untuk mendapatkan gengaman yang lebih kukuh pada negeri-negeri di timur Malaysia itu.
Membantu mereka membuat keputusan ini tanpa disedari, adalah UMNO yang degil dan orang lama PAS yang mahu melaksanakan ‘hudud’ dan undang-undang kuno yang lain dimana ia amat digeruni oleh kebanyakkan rakyat Malaysia.
Anwar must seize the opportunity to seal a new order
Nampaknya Anwar Ibrahim sedang bersiap sedia untuk kembali memainkan peranan utama dalam melibatkan diri dalam ceramah dan perbincangan dengan pelbagai kumpulan politik untuk bersama-sama membentuk kesepakatan yang dipersetujui oleh semua.
Pembangkang mesti merebut peluang ini, susulan dari tsunami politik 2008 dan seterusnya menjadikan hasrat rakyat untuk reformasi dalam pilihan raya akan datang menjadi realiti.
Anwar mesti tegas dan berani untuk memainkan peranan Tunku di era moden ini dan sanggup membawa Kemerdekaan sebenar kepada rakyat Malaysia dengan memastikan bahawa rakyat bersatu kembali pada tahun 1957 dengan cita-cita Tunku untuk keadilan dan kesaksamaan berkembang dengan cara yang sihat dalam negara.
Ia sudah jelas bahawa Anwar sudah bersedia untuk meneroka beberapa kemungkinan, jika bukan sebelum PRU ke-13, maka dia akan sentiasa memikirkannya dan membuat perancangan untuk memuaskan hati semua pihak dalam masa terdekat.Malaysia Chronicle
No comments:
Post a Comment