ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Sunday, 28 April 2013

SPR sengaja timbulkan kekeliruan tentang undi pos dan undi awal?


SPR sengaja timbulkan kekeliruan tentang undi pos dan undi awal?

SEMALAM heboh di Buletin 130, TV3 mengenai laporan polis yang dibuat oleh SPR terhadap blog MiLo SuaM berhubung aduan salah seorang anggota polis yang mendakwa telah diarahkan mengundi pada 23 April 2013.

MiLo SuaM telah menyiarkan aduan beserta bukti rujuk sini ~ Anggota polis mengundi hari ini yang dikirim oleh anggota polis tersebut.

Kononnya mereka mendakwa MiLo SuaM menyiarkan fitnah. Namun sebenarnya SPR sendiri telah mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan sebelum ini. Lihat kenyataan SPR yang dilaporkan oleh portalKosmo bertarikh 11 April 2013 di bawah ini baik-baik.




Baca baik-baik ayat di atas, "Pengundian awal mula diperkenalkan pada PRU-13 bagi menggantikan undi pos". Apa makna ayat ini? Bukankah ia bermaksud undi pos sudah digantikan dengan undi awal?

Lantaran itulah salah seorang anggota polis yang diarahkan mengundi terkejut kerana menyangka bahawa beliau diarahkan untuk mengundi awal pada 23 April 2013 sedangkan undian awal sepatutnya diadakan pada 30 April 2013.

Laman facebook rasmi PDRM juga mengesahkan bahawa anggota polis telah mula mengundi pada 23 April 2013. Lihat printscreen di bawah atau rujuk link ini ~ Facebook PDRM




Anda nilailah sendiri sama ada MiLo SuaM memfitnah atau SPR (sebut Suruhanjaya Penipu Rakyat) yang mengeluarkan kenyataan bangang untuk mengelirukan rakyat? Samdol wal bahalol!

Lebih lucu lagi Buletin 130 melaporkan MiLo SuaM memfitnah anggota Polis sudah melakukan proses undi pos, padahal memang betul polis sudah melakukan undi pos dan perkara ini disahkan sendiri oleh Polis kahkahkah...

Lihat rakaman video di bawah dengar baik-baik apa yang disebut oleh pemberita ini. Inilah akibatnya bila terdesak sangat nak jadi macai Barisan Nasional.


Popout


ReJaM© "Tepuk akal tanya otak siapa yang bangang? "

No comments:

Post a Comment