ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Wednesday, 20 July 2011

Rakyat Di PAKSA mengundi UMNO BN.


Apabila kekusutan politik berlaku terutamanya di kalangan orang-orang Melayu tentulah fokus ramai adalah kepada UMNO, sebab UMNO ialah sebuah parti yang telah memupuk dan membina kepimpinan Melayu. PAS juga telah membina kepimpinan Melayu (Islam) tetapi oleh UMNO itu adalah sebuah parti yang memerintah tentulah parti itu menjadi badan siasah yang akan menerima baik dan buruknya dalam isu pembangunan kepimpinan bangsa Melayu.

UMNO (asal) telah menumpukan untuk mengasah kepimpinan Melayu dan pemimpin utamanya telah melahirkan pemimpin yang bertanggungjawab untuk mempastikan rakyat Malaysia khususnya orang Melayu dapat dibela dan dipertahankan di muka bumi Malaya dan kemudian Malaysia akan terjamin. 

Kepimpinan yang baik merupakan kemestian bagi sesuatu bangsa itu tidak berpecah dan kepimpinan yang di asah itu akan menerima hakikat bahawa pemimpin itu bertanggungjawab terhadap kestabilan negara samada dari sudut perhubungan di antara kaum dan perhubungan sesama kaum. Jika berlaku salah satu atau kedua-duanya sekali pimpinanlah yang sepatutnya mengambil 'accountability' tersebut.

Pemimpin yang di asah itu akan diberitahu yang kesilapan yang kita lakukan hari ini akan membuahkan kecelaruan dalam jangka masa yang panjang. Itu sebabnya kepimpinan wajar menggubal dasar-dasar yang kekal yang boleh diguna pakai buat masa yang panjang. Apabila dasar itu sentiasa berubah mengikut siapa yang menjadi pemimpin semasa, maka rakyat akan berubah dan perbezaan pendapat di antara yang biasa dengan sesuatu dasar itu akan berbalah dengan dasar baru mengikut acuan individu yang sedang memimpin.

Ramai yang berpendapat Husein Onn merupakan PM yang paling lemah semasa dekadnya. Tetapi Husein berpegang teguh kepada dasar yang telah di anggap sebagai dasar yang boleh diguna pakai oleh beliau yang telah ditetapkan oleh pentadbiran sebelum beliau. 

Zaman beliau adalah zaman pemindahan kekayaan negara kepada Bumiputra dan beliau mempunyai pemimpin pelapis yang telah beliau tugaskan untuk melakukan dengan cara yang terbaik supaya saham-saham yang dipindahkan kepada Bumiputra itu tidak kembali jatuh ketangan bukan Bumiputra.

Banyak syarikat-syarikat kerajaan (Public Companies by Guarantee) yang sekarang dipanggil GLC telah dipindahkan kepada Bumiputra dengan mechanism yang teratur supaya saham-saham yang dipindahkan itu tidak terjatuh kepada orang lain di samping oleh Melayu mendapat perolehan dividen yang munasabah yang lebih dari kadar inflasi negara.

Tengku Razaleigh dipertanggung jawabkan selaku Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Pelaburan Kabinet (JPP) untuk mencari mechanism yang terbaik. Justru itu wujudlah apa yang dikenali sebagai Sekim Amanah Saham Nasional (ASN) yang sehingga hari ini memberikan nikmat palaburan yang mempunyai dividen yang tinggi yang melepasi kadar inflasi negara sejak ianya mula di tubuhkan.

Sekim ini merupakan salah satu dari initiative kerajaan semasa itu untuk memberikan kebaikan kepada orang Melayu dan ianya di berikan sokongan yang kuat oleh kaum lain. kepimpinan kita dihormati dan kaum lain menerima hakikat bahawa Bumiputra mesti diberikan galakan dan sokongan untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum-kaum lain. Bangsa asing sentiasa memberikan dukongan kepada kerajaan untuk menjayakan apa sahaja projek ‘economics dan social engineering’ yang dilancarkan oleh kerajaan semasa itu.

Sokongan itu bukannya mudah di dapati. Tetapi sokongan itu didapati dari keupayaan pimpinan Melayu untuk mendapatkan keyakinan dari kaum-kaum lain. Keyakinan itu tentulah diperolehi dari sikap jujur pimpinan semasa itu yang pimpinan kita adalah serius dan tidak bermain-main dengan rasuah dan salah guna kuasa.

Penyertaan orang Melayu di dalam ‘commerce and industry’ memang dirasai kerana SekimASN, ASNB serta PNB telah mewakili orang Melayu di dalam syarikat-syarikat gergasi dengan pegangan saham yang besar. Maka sekali gus pimpinan kita telah berjaya membawa masuk ramai Bumiputra di dalam syarikat-syarikat besar dengan penyertaan orang Melayu yang ramai di dalam pengurusan syarikat-syarikat tersebut. Pendeknya penyertaan Bumiputra di dalam pengurusan syarikat-syarikat besar itu bukan sebagai ‘conduit’ taukeh-taukeh besar tetapi sesungguhnya duduk didalam pengurusan syarikat tersebut kerana pegangan ekuiti yang besar melalui PNB,ASNB dan Sekim ASN itu tadi.

Zaman inilah zaman kejayaan awal Bumiputra yang sangat drastik bayangkan di dalam jangka masa 1971 sehingga 1984 penyertaan ekuiti Bumiputra meningkat dari 2.7 kepada 18.4 peratus pada tahun 1984. Tengku Razaleigh dan rakan-rakan di dalam JPP telah berjaya mengendalikan peningkatan ekonomi Bumiputra khususnya didalam bidang ekuiti Bumiputra kepada angka yang sangat memberangsangkan.

Tetapi beliau tidak dapat lagi memainkan peranan besar itu kerana tugas beliau telah di ambil alih oleh orang lain dan beliau sendiri telah dipindahkan ke Kementerian Perdagangan dan Perindustrian. Dari 1984 sehingga 2003 pegangan ekuiti Bumiputra hanyalah meningkat ke 18.9 peratus sahaja dan angka resmi ini terkandung di dalam ucapan Dr Mahathir yang terakhir di Parlimen sehari sebelum beliau mengundurkan diri dari jawatan beliau. Lain-lain perkataan sejak 1984 ‘marginal increment’ kepada pegangan Bumiputra di dalam syarikat-syarikat awam dan badan-badan berkanun yang berkepentingan bumiputra hanyalah sebanyak 0.5 peratus sahaja.

Angka-angka ini merupakan angka resmi kerajaan dan pada sesiapa yang mempunyai minat dan tenaga untuk membaca boleh membezakan kepimpinan di antara zaman Husein atau sebelumnya dan zaman selepas Husein. Di zaman Husein dan sebelumnya tidak banyak retorik dari pemimpin kerana barisan kepimpinan masa itu merupakan kepimpinan yang tulin dan legitimate. Kepimpinan yang berkualiti memang tidak payah berucap berdentum dentam kerana mereka boleh di nilai dari hasil kepimpinan mereka.

Slogan pun tidak ada semasa itu selain dari slogan Muhibbah kerana kerajaan beserta dengan sokongan rakyat sangat-sangat memerlukan kehidupan yang Muhibbah di antara kaum. Isu rasis pun tidak kedengaran kerana masing-masing kaum menghormati kaum yang lain. 

Dalam perlaksanaan dasar yang kuat oleh pihak pimpinan dan penggubal dasar maka pelaksana terutama Unit pelaksana dan penyelarasan JPM (ICU) merupakan Jabatan yang paling sibuk menyelaraskan segala projek yang melibatkan rakyat ramai dilaksanakan secara betul. Tetapi ini hanya boleh dilakukan jika perlaksana juga adalah telus dan jujur melaksanakan dasar yang telah ditetapkan itu.

Tetapi semuanya ini sudah menjadi sejarah dan tidak pun ramai yang ingat dan mahu mengikut cara yang telah terbukti berkesan ini. Ini adalah disebabkan jika kita melaksanakan tugas dan tanggung jawab dengan telus dan jujur cara ini tidak dapat menerbitkan elemen-elemen salah guna kuasa dan rasuah.

Dari era pertengahan lapan puluhan nilai ini sudah beransur-ansur hilang kerana pada waktu itu sudah mula tanda-tanda pemimpin-pemimpin mendekati harta dan wang untuk mereka sendiri. Ramai pemimpin serta penjawat awam sudah mula merasakan nikmat kaya raya dan mereka telah beransur-ansur melupakan ketelusan yang kebaikan.

Dalam politik UMNO yang menjadi tunjang pentadbiran negara telah dicemati dengan unsur-unsur rasuah yang menggila. Pucuk pimpinan tidak mahu mengambil tindakan awal kerana jika di ambil tindakan pucuk pimpinan takut tidak dapat kekal lebih lama menjadi pemimpin utama negara. Justru siapa yang memberikan sokongan yang tidak berbalah bagi mereka ini akan diberikan kedudukan tanpa mengambil kira nilai moral mereka ini.

Maka secara beransur-ansur kepimpinan negara menjadi lemah dan setelah hampir 3 dekad sejak zaman itu inilah yang kita dapati sekarang. Kebanyakan pemimpin kita menjadi umpatan rakyat ramai dan mereka sudah tidak mampu mendapatkan penghormatan dari rakyat yang mereka pimpin. Rakyat mulai menolak kepimpinan kita dan telah pun terbukti di dalam PRU 12 yang lalu.

Untuk mempertahankan diri pihak pimpinan kita mengalih isu-isu penting ini dan menyalah parti-parti pembangkang. Kita perlu ingat jika kita betul seperti kepimpinan dulu kala masakan rakyat marah? Rakyat marah mesti bersebab. Takkanlah rakyat saja-saja hendak marah. Pihak kita bolehlah menyalahkan parti-parti pembangkang tetapi kita sendiri tidak mahu memulihkan persepsi buruk terhadap kita sendiri.

Tetapi UMNO dan BN memilih untuk membidas pemimpin pembangkang tidak habis-habis. Sesiapa sahaja yang memberikan pendapat yang ikhlas akan di label sebagai penyokong pembangkang. Dalam hal ini amat jelas UMNO telah gagal untuk membentuk kepimpinan pelapis dan rakyat sudah tidak tahu lagi untuk memberikan keyakinan kepada siapa dikalangan pimpinan tertinggi parti kita ini.

Kekosongan di setiap peringkat kepimpinan kian hari kian jelas. Pemimpin-pemimpin penyandang dan yang akan mengambil alih melalui kaedah conventional iaitu Timbalan mengambil alih jika PMnya bersara sudah tidak dapat dipakai lagi. Yang akan mengambil alih pun belum tentu mampu untuk menjadi pemimpin yang lebih baik kerana mereka itu adalah dari kumpulan yang sama dari segi nilai dan kemampuan kepimpinan mereka. 

Apa yang diperlukan oleh rakyat ialah kerajaan yang ‘descent’ yang boleh mengimbangi pembangunan fisikal dan pembangunan nilai kemanusiaan. Ini lah tuntutan dari rakyat seperti kami dan kita dibawah ini kepingin untuk mendapatkan kembali pentadbiran yang pernah kami rasai dahulu. 

Sekarang elok kita bertanya kepada diri kita samada UMNO masih boleh memberikan harapan untuk mengasah kepimpinan Melayu kerana sedikit sebanyak kita telah jelas melihat pemimpin-pemimpin UMNO pada hari ini merupakan mereka yang tidak ada kepimpinan yang tulin untuk kita harapkan membela generasi Melayu yang akan datang.

Apakah pilihan-pilihan yang ada kepada kita untuk mewujudkan kepimpinan Melayu yang berkesan kerana kepimpinan Melayu yang baik ialah Melayu yang berkemampuan untuk memimpin Melayu dan rakyat malaysia yang berbilang kaum ini.

Tulisan ini akan di sambung dalam posting yang akan datang kerana sudah terlalu panjang.


Kali ini saya menyambung posting yang lepas dan ingin mengupas, mungkin kurang mendalam tentang satu isu besar iaitu ‘rakyat sudah kehilangan pimpinan’. Secara ‘convention’ nya pemimpin utama UMNO itu adalah secara otomatik menjadi PM. Dengan cara pemilihan PM selama ini dilakukan secara ‘convention’ ini maka sesiapa sahaja yang menjadi Presiden UMNO itu akan menjadi Perdana Menteri. Kita masih lagi belum melaksanakan sistem yang sebenarnya. Sistem yang sebenarnya ialah sesiapa yang mendapat keyakinan Parlimen walaupun dengan ‘majority’ yang mudah akan menjadi PM.

Itulah sebabnya ada orang yang sanggup membunuh UMNO kerana UMNO itu sudah tidak menyakinkan beliau untuk terus menjadi PM negara ini. Memimpin parti baru akan meletakan beliau sebagai penyandang yang kuat dengan tiadanya seteru politik beliau berada bersama di dalam parti yang baru itu. Walaupun parti ini baru sahaja berusia 23 tahun tetapi segala penyakit yang ‘terminal’ sedang menghinggapi parti itu. Parti UMNO telah berjaya memilih ketua-ketuanya di setiap peringkat tetapi tidak berjaya mendapat ketua-ketua yang berkepimpinan. 

Perlu diingat ketua tidak semestinya seorang pemimpin. Seperti seorang imam, ia tidak semestinya mampu menyampaikan doa ke hadirat Tuhan. Mungkin seorang dari jemaah yang ramai yang zuhud itu yang mampu menyampaikan doa dan hajat kepada Tuhan. Imam itu hanya mengetuai 'congregation' yang ramai itu sahaja.

Tetapi ini semua cerita lama dan cerita lama ini lah yang memulakan penghakisan pimpinan Melayu itu secara beransur-ansur dan diambil alih oleh pemimpin-pemimpin yang tidak sepatutnya berada di tempat yang mereka berada sekarang. Saya sekali lagi akan dinesta kerana menyebut isu ini kerana mereka memang tidak suka mendengar sejarah perlakuan mereka sendiri yang boleh direkodkan sebagai peristiwa yang paling malang bagi orang Melayu khususnya di dalam membina pemimpin pelapis yang bertanggungjawab dalam erti kata yang sebenarnya.

Tetapi saya tidak kisah dengan cemuhan mereka kerana saya yakin dari saat inilah bermulanya kita secara beransur-ansur kehilangan kepimpinan yang ‘viable’ untuk negara. Saya sanggup diapa-apakan namun untuk menarik kembali apa yang saya persepsikan ini tidak sama sekali akan saya lakukan. Dari peristiwa ini pimpinan kita telah memulakan ‘precedent’ yang kita boleh bertukar parti tanpa segan dan silu lagi kerana keseluruhan pimpinan UMNO telah membunuh parti mereka dan menubuhkan parti baru itu.

Tetapi oleh kerana kuasa ada kepada mereka dengan pengaruh yang kuat pula mereka menamakan parti baru itu sama nama seperti yang dibunuh itu. Tidak mengapalah itu. Tetapi ‘consequence’ buruk yang kita hadapi ialah UMNO itu sudah tidak lagi menjadi parti yang membina kepimpinan Melayu lagi. Apabila UMNO sudah luntur kepimpinannya maka ianya akan membawa bencana kepada negara kita kerana ‘by convention’ tadi Presiden UMNO itu adalah Perdana Menteri Malaysia.

Begitulah besar ‘effect’ nya terhadap nasib rakyat semua kaum dan negara keseluruhannya apabila UMNO sudah gagal membentuk kepimpinan yang berkesan untuk negara. Apabila pucuk pimpinan sentiasa tidak selesa dan sentiasa merasa tidak selamat, akan hanya memilih mereka yang memberikan sokongan yang membuta tuli, maka pimpinan pelapis itu akan hanya di perolehi oleh mereka yang tidak berkemampuan untuk memimpin kerana politik wang serta lantkan dari atas sebagai imbuhan kepada sokonganyang diberikan terhadap pimpinan. 

Jadi keadaan ini akan dan sudah pun terbukti yang pimpinan utama akan di ambil alih oleh yang lemah dan kemudiannya akan dituruti dengan pimpinan yang lebih lemah dari yang sebelumnya. Pemimpin seperti ini selalunya akan menutupi kelemahan pimpinan mereka dengan penonjolan media yang berlebihan. Retoriknya akan lebih besar dan akan menumpukan untuk menonjolkan ‘form’ dari ‘substance’ dan jika kita kurang berfikir maka kita akan terpengaruh dengan ‘deception’ itu.

Dalam pada itu rakyat tidak juga terbela kerana pimpinan yang lemah akan menumpukan sepenuh masa ‘politicking’ peribadi dari berpolitik untuk kesejahteraan negara. Pemimpin seperti ini akan sentiasa diburu bayang-bayang dan sentiasa mencari jalan untuk menonjolkan diri dan tidak berhenti-henti melakukan perkara yang boleh membina keyakinan rakyat.

Dengan kelemahan pimpinan itu, maka akan ramailah pihak yang akan mengampu dan menonjolkan diri mereka untuk mengambil kesempatan, dan selalunya mereka ini juga adalah dari kalangan yang tidak dan kurang wibawa. Itulah sebabnya ada di kalangan professor-professor yang mengambil kesempatan memuji dan mengampu kerana mereka tahu pimpinan yang lemah amat memerlukan ampuan dan jolokan dari mereka ini.

Kepimpinan Melayu mungkin terbina di dalam PAS dan NGO-NGO tetapi itu sahaja parti yang terbaik untuk Melayu untuk menjadi alternatif kepada UMNO untuk mengasah kepimpinan. Tetapi masih lagi belum cukup memberikan impak kepada pembinaan kepimpinan Melayu itu secara menyeluruh. Melayu telah gagal untuk membina kepimpinan melalui UMNO seperti dahulu kerana UMNO dipenuhi oleh mereka yang tidak ada roh perjuangan itu lagi. Dalam konteks ini PKR tidak mungkin mampu melakukan pembinaan kepimpinan Melayu kerana kebanyakan dari kepimpinan parti itu adalah dari UMNO dan ‘mentality’ mereka sedikit sebanyak bersamaan dengan UMNO.

Sekarang sudah mula bercambah pemikiran Melayu yang berkepimpinan melihat DAP sebagai parti yang patut orang Melayu menyertainya secara beramai-ramai. DAP mengalu-ngalukan orang Melayu untuk menyertai mereka kerana mereka adalah parti berbilang kaum. Mungkin masih ramai orang Melayu yang menganggap parti ini sebagai parti yang masih patut di musuhi. Momokan terhadap DAP selama ini sangat kuat dan berkesan tetapi setakat ini parti itu tetap berjaya untuk kekal sebagai parti yang paling disiplin selain dari PAS.

Kedua dua parti ini mempunyai ‘seriousness’ yang tinggi dan usaha mereka untuk bersama rakyat itu sentiasa berterusan. Ianya berlainan dengan UMNO dalam mana pemimpin cawangan-cawangan tidak mampu untuk mengendalikan program parti kerana mereka sentiasa memerlukan wang ringgit setiap kali hendak bergerak. Tidak ada duit kerja tidak jalan. “Mesti ada fulus kalau tidak parti boleh mampus” kata beberapa orang anak-anak muda kepada saya.

Setakat ini DAP belum lagi berjaya sepenuhnya menangkis tohmahan parti-parti yang berlawanan dengan mereka walaupun rakyat sudah mulai memahami keadaan sebenarnya. Sudah ramai orang Melayu memahami bahawa DAP itu adalah sebuah parti yang ‘multiracial’ dan berwibawa. Malahan untuk membawa orang Melayu ke dalam kepimpinan parti itu merupakan agenda yang tidak berhenti-henti dilakukannya. Momokan yang mengatakan DAP sebagai parti yang kotor itu sudah tidak di yakini oleh orang ramai secara beransur-ansur.

Kata perbilangan ‘lulus jarum lulus kelendan’ dan ini sudah di dapati oleh DAP. Apabila DAP berjaya mengambil alih kepimpinan P Pinang parti itu telah berjaya membuktikan mereka itu bukan seperti apa yang dimomokan oleh pimpinan BN dan media perdana. Kerajaan P Pinang telah berjaya mentadbir negeri P Pinang dengan baik dan di yakini oleh semua rakyat P Pinang. Tetapi pandangan ini akan dibenci oleh ahli-ahli UMNO dan pimpinannya serta penyokong-penyokong yang tegarnya.

Bangsa India merupakan bangsa yang terkecil di Semenanjung Malaysia tetapi kaum India mempunyai kepimpinan yang besar dan mereka mempunyai perwakilan yang besar di Dewan Lagislatif negara. MIC merupakan parti yang mewakili mereka dan telah berpecah belah sejak lebih 20 tahun yang lepas. Tetapi dalam perpecahan MIC kaum India telah bercambah perwakilan mereka di Parlimen melalui BN, DAP, PKR, PPP dan beberapa parti yang lain

Begitu jugalah kaum Cina. Mereka berada di dalam banyak parti-parti yang multiracial. Hanya kaum Melayu sahaja yang masih ingin menggunakan UMNO untuk mengasah kepimpinan mereka selain dari PAS. Oleh kerana UMNO tidak mampu lagi menghasilkan kepimpinan yang berwibawa lagi maka tinggallah PAS sahaja yang kini diminati oleh ramai anak-anak muda dan professional . UMNO kini hanya menumpukan masa untuk membentuk acronym-accronym ciptaan Idris Jala untuk dilaungkan oleh PM kita.

Bagi saya DAP boleh menjadi parti dalam mana orang Melayu boleh bersama-sama membina kepimpinan mereka. Hapuskan pandangan serong masyarakat Melayu kepada parti itu kerana kepada orang politik yang serius mereka akan mengakui pandangan serong itu adalah hasil dari usaha pihak UMNO untuk menggambarkan persepsi buruk terhadap parti itu, kerana kepentingan politik kepartian. Pihak yang tidak mahu melihat parti ini berkembang telah melakukan segala cemuhan dengan menggunakan isu rasis yang sangat merbahaya.

Bagi pandangan setengah pihak, penyertaan ramai orang Melayu di dalam DAP boleh mengurangkan permainan politik yang rasis dan sempit. Pandangan ini tentu sekali akan mendapat berbagai reaksi penyokong kepada politik rasis tetapi satu perkara yang semakin nyata ialah politik sempit rasis sudah mula dibaham zaman.

Rakyat sudah mula tidak berselera dengan politik perkauman. Pemimpin-pemimpin kita menggunakan politik perkauman yang begitu menebal tetapi tidak juga mampu untuk mempertahankan nasib orang Melayu. Politik mereka kini hanya indah khabar dari rupa. Dibelakang kebanyakan mereka yang berkobar-kobar memainkan sentimen perkauman yang menebal itu mesti ada kaum Cina di belakang mereka. 

Bagi saya tidak akan hilang Melayunya jika kita bersama dengan parti-parti berbilang kaum ini. Melayu tidak akan menjadi Cina atau India jika bersama-sama membina kepimpinan melalui parti-parti berbilang kaum jika melayu di dalam dirinya hidup. Ibarat seekor ikan yang hidup di dalam lautan ikan itu tidak masin dan terpengaruh dengan ‘environment’ persekitaran yang masin.

Tetapi jika Melayu itu Melayu yang mati di dalam diri mereka, dia juga diibaratkan sebagai ikan mati yang terpengaruh dengan persekitarannya. Jika ikan mati direndam dengan air yang masin dan dijemur selepas itu ikan itu akan menjadi ikan masin yang akan menjadi bahan hidangan mereka-mereka yang lapar.

Itulah sebabnya kita mesti memahami satu kenyataan yang sepatutnya difahami oleh semua kita ini; iaitu yang penting ialah nilai apa yang ada di dalam diri kita itu. Sebabnya jelas kita fahami yang akan menerima bahagia atau celaka di alam yang kekal nanti ialah roh kita. Itulah sebabnya kita dilingkungi oleh elemen pahala dan dosa kerana roh kita tadi.

Itulah sebabnya kita selalu bertawajjuh dengan Rasul dan bertawassul dengan Tuhan Maha Esa memohon rahmat dan syufaat agar roh kedua-dua ibu bapa kita dan datuk nenek kita diletakan di kalangan roh-roh aulia-aulia dan ambia-ambia serta soleh dan solehah. Kita tidak mendoakan tubuh mereka yang telah kembali kepada asalnya.

ISLAM vs SEKULARISME.





ISLAM vs SEKULARISMA
Muslim hari ini telah terperangkap dalam satu sistem pemerintahan yang dirumus oleh pemikir Yahudi Antarabangsa selepas era penjajahan. Sistem yang terpusing jauh dari halacara pemerintahan mengikut apa yang ditetapkan oleh Islam ini sengaja dijadikan prasyarat jika ingin bebas. Ia telah dipaksakan oleh penjajah secara halus, oleh kerana terlalu ingin segera memerintah sendiri, anak negeri tidak sedar bahawa sistem tersebut mempunyai sejenis virus yang akan merosakkan seluruh sistem hidup Islam secara perlahan-lahan. Setelah melalui pelbagai peristiwa getir, baharulah anak negeri mengetahui kedudukan sebenar dan niat jahat penjajah yang bermukim dibawah pengaruh Yahudi Antarabangsa itu.

Negara-negara Islam termasuk Malaysia yang terlepas dari kongkongan penjajah Barat telah mengalami kesukaran untuk melepaskan diri dari sistem yang hanya sesuai untuk Kuffar ini. Sebuah fitnah besar menimpa umat Islam akhir zaman. Sistem yang dipaksakan itu ialah sekularisma.

Sekularisme, satu isu dan fenomena yang tidak pernah berhenti perbincangannya. Agama dan kehidupan bagai ada pembatas antara kedua-duanya. Bagaimana hal ini boleh berlaku? Sedangkan agama itu sendiri bererti cara hidup. Lalu, jika bukan agama yang dijadikan cara dan sistem hidup, maka sistem manakah yang diambil? Hanya dua sistem yang wujud selain Islam iaitu sistem jahiliyyah yang bodoh dan sistem hawa nafsu yang serakah.

Umat akhir zaman ini, jika dilihat dari pelbagai sudut, pelbagai jugalah jenisnya. Jika dilihat dari segi sekularnya, pelbagai jenis sekular yang ada. Bahkan tidak kurang juga mereka yang merasakan selamat daripada sekularisme sambil merasakan orang lain pula yang sekular, tetapi mereka sendiri pun adalah sekular dalam sudut yang lain. Sangat hairan melihat gejala ini, Islam hanya diterima sebahagian. Ke mana perginya Islam yang masih berbaki? Na'uzubillah..

Sekular yang paling mudah dilihat ialah dalam pemerintahan dan pentadbiran, atau disebut oleh orang sekarang sebagai politik. Bagaimana mereka melihat politik itu sebenarnya? Adakah politik itu hanya urusan berpilihanraya dan urusan buat projek? Adakah politik adalah agenda memenuhkan poket sendiri dengan duit rakyat? Tentu sekali tidak.

Politik sepatutnya membawa manusia kepada Allah. Pemimpin sepatutnya membawa manusia makin hampir dengan Allah, bukan membawa kepadanya atau kumpulannya. Bukan kepada harta mahupun hiburan. Adakalanya wasilah tertukar menjadi matlamat sehingga hilang tujuan dan "asolatud da'wah". Tiada bezanya dengan sang kafir yang jahil dan haloba. "Kami buat bangunan dan kebajikan untuk rakyat." Ini bukanlah pembeza antara politik Islam dan kufur. Bahkan adakalanya sang kafir lebih baik sistemnya dalam urusan material dan kebajikan.

Jika kita terselamat dalam urusan politik, adakah kita selamat dalam urusan pemakanan dan kegunaan seharian? Bukankah Islam turut menetapkan sistem pemakanan halalan toyyiban untuk kita? Sangat hairan rasanya apabila manusia kini bagai binatang dalam soal pemakanan. Tahukah anda bagaimana binatang makan? Tidakkah kita tahu bahawa binatang itu makan apa sahaja yang boleh mengenyangkannya dan memuaskan nafsu serakahnya? Tidakkah kita sedar bahawa binatang itu tidak pernah memilih-milih dalam menentukan kesucian makanan?

E-Kod yang syubhah / haram...

Memang menghairankan. Ulama terdahulu sangat menjaga urusan pemakanan kerana mereka tahu kesan makanan haram dan syubhah terhadap akhlak dan rohaninya. Bahkan inilah antara perkara yang susah dijaga apabila seseorang telah hilang sifat warak yang sepatutnya menghalangnya daripada menurut hawa nafsu semata. "Mari perjuangkan Islam!! Takbir!!!". Seminit kemudian, coca cola, E471, E475, ayam suntik dan lain-lain produk syubhah serta haram mula memasuki mulut "pejuang Islam" tersebut. Pemakanan tidak lagi menjadi ibadah dan pemberi tenaga untuk mendekatkan diri kepada Allah, sebaliknya menjadi wasilah yang bermatlamatkan, ber"hadaf"kan, ber"ghoyah"kan hawa nafsu.

Bagaimana pula dengan pendidikan? Ramai yang melihat ilmu adalah untuk wang. "Kamu belajar tinggi-tinggi ya, nanti boleh kerja hebat dan dapat banyak duit". Ilmu tidak pernah ada tujuan lain melainkan untuk hampir kepada Allah. Akhir zaman ini ilmu mula hilang nilai dan kualitinya apabila ilmu hanya untuk sijil yang akan digunakan untuk cari kerja. Sangat sukar dalam menuntut ilmu apabila ilmu menjadi musuh sehingga berlaku "peperangan" dalam peperiksaan. Peperiksaan tidak lain dan tidak bukan hanyalah pengukur "kekuatan senjata" sebelum berperang dengan jahiliyyah di luar sana. Jika tiada peperiksaan sekalipun kita tetap perlu bersedia dan berilmu.

Mungkin inilah yang dikatakan akhir zaman, ilmu mula diangkat satu persatu. Jahilyyah mula menjelmakan diri. Pengikut-pengikutnya tidak kurang "hebat"nya. Sabar dalam penantian, moga terselamat daripada fitnah akhir zaman. Masih banyak sekular yang lain yang perlu kita perhatikan seperti akhlak Islam dan sunnah Nabi yang banyak ditinggalkan orang sekarang. Moga Allah menyelamatkan kita.

Namun, akhir zaman ini kelihatan pelbagai penemuan mula membuktikan satu persatu kebenaran Islam. Sekular akan berakhir apabila sistem Islam mula menampakkan kerelevenannya dan kesesuaiannya dalam mengurus kehidupan. Bukan sekadar urusan agama yang difahami oleh sebahagian manusia iaitu sistem politik, ekonomi dan sosial, bahkan ilmu berkaitan akal juga akan turut membuktikannya. Yakinlah dengan kemenangan Islam yang pasti akan muncul. Yang perlu kita fikirkan ialah, adakah kita akan menjadi salah seorang tentera Al-Mahdi dan kumpulan "Panji Hitam", atau tentera Dajjal dan sekutunya???

Wallahu'alam.
pilihan anda
kredit untuk DEVOTEE 

Berita Harian Akan Di SAMAN?


Fitnah Pisau: Razak Endut Akan Saman NST dan Berita Harian RM10juta

 
Rate This
SUMBER : http://abushahid.wordpress.com/2011/07/21/fitnah-pisau-razak-endut-akan-saman-nst-dan-berita-harian-rm10juta/
Peserta Bersih mahu saman akhbar


Abdul Razak Endut yang dilabelkan sebagai seorang peserta ganas pehimpunan BERSIH 2.0 kini bercadang menyaman dua akhbar arus perdana New Straits Times dan Berita Harian yang didakwa memfitnahnya.
Peguamnya Ahmad Nizam Hamid berkata, tindakan itu dijangka diambil dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi setelah pihak selesai menyediakan bukti dan dokumen berkaitan bagi tujuan itu.
NONE“Selepas berita dan gambar itu disiarkan, Wartawan akhbar berkenaan ada menghubungi pihak kami. Tetapi tidak ada langsung minta maaf dan (mereka) masih hendak spin(pusing) cerita. 
“Dia kata mahu sahkan bahawa gambar itu asli dan bukan diambil daripada (negara) Timur Tengah,” kata Ahmad Nizam.
Berita Minggu (edisi Ahad Berita Harian) pada 10 Julai – sehari selepas perhimpunan BERSIH – menyiarkan gambar Abdul Razak di muka depan dengan tajuk: “Seorang perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram”.
Tajuk kecilnya pula berbunyi: “Perusuh guna senjata, batu, lawan polis”. Gambar yang sama juga dimuatkan di halaman utama New Sunday Times (edisi Ahad New Straits Times) dengan tajuk: “Peaceful (Aman)?”.
Abdul Razak bagaimanapun pada 17 Julai tampil pertama kali di pentas ceramah PAS di Kuala Lumpur menafikan dakwaan itu, sebaliknya mendakwa beliau hanya memegang sebatang bendera Malaysia kecil.
Ketika dihubungi Malaysiakini semalam, Ahmad Nizam memberitahu pihaknya belum menetapkan jumlah saman yang akan dituntutnya.
Bagaimanapun, secara berseloroh beliau menjawab: “Mungkin RM10 juta“.
mKini

Cubaan bunuh ANWAR?




KUALA LUMPUR 20 JULAI : Tindakan polis menghalakan tembakan gas pemedih mata tepat menuju ke arah Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah cubaan terbaru untuk membunuh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Naib Presiden PKR, N Surendran berkata, ia merujuk kepada tindakan polis menyerang menggunakan tembakan gas pemedih mata secara terus ke terowong dekat KL Sentral 9 Julai lalu.

Menurut beliau, insiden itu sudah dirancang lebih awal oleh pasukan polis untuk mencederakan Anwar, termasuk mendatangkan kematian.

“Tembakan kanister itu memang sengaja dihalakan ke arah Anwar dan tindakan pantas Fayyadh (Afiq Al Bakqry) menarik tangan Anwar di terowong itu berjaya menyelamatkan ketua umum itu. Namun malangnya, Fayyadh pula yang cedera,” katanya.

Surendran menjelaskan hal itu pada sidang media selepas bersama-sama pengawal peribadi Anwar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berikutan kecederaan serius yang dialami beliau dalam cubaan polis menyuraikan orang awam pada himpunan Bersih 9 Julai lalu.

Menurut peguam hak asasi manusia itu, cubaan membunuh itu susulan dari beberapa insiden seperti sabotaj kereta yang dinaiki isteri pemimpin pembangkang itu, ancaman terhadap cucu beliau dan kes cubaan membunuh membabitkan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Rahim Noor pada 1998.

“Apa sudah jadi dengan semua laporan polis yang kita buat? Sebab itu kita percaya insiden ini satu lagi cubaan membunuh Anwar dan kita menuntut siasatan segera,” tegasnya.

Turut hadir ketika laporan polis dibuat peguam dari Lawyers For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri, Pengarah Biro Guaman Keadilan, Latheefa koya dan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.

Mengulas lanjut, Surendran berkata, polis harus menjalankan siasatan menyeluruh dalam kes ini memandangkan ia adalah bentuk salah guna kuasa yang serius.

" Kes ini harus disiasat ke atas siapa yang melakukan tugas dan siapa yang memberi arahan. Ini adalah satu perkara dan kes salah guna kuasa yang serius sehingga mencederakan orang awam,"kata beliau.

Pada hari kejadian, Fayyadh cedera teruk di muka apabila hampir keseluruhan tulang pipi kirinya retak akibat tembakan kanister yang dilepaskan menghala ke arah Ketua Pembangkang.

Beliau yang bertindak mahu menyelamatkan ahli parlimen Permatang Pauh itu bagaimanapun terkena kanister itu.

Akibat dari itu, lima plat titanium dimasukkan ke dalam tulang pipi beliau.
Oleh itu, pihaknya menggesa polis menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan." Polis langgar prosuder ketika melepas tembakan.

Gas pemedih mata dilepaskan pada kawasan tertutup (terowong), menembak tepat kepada orang awam,dan tembak tanpa memberi arahan,"kata beliau." Kami ada video sebagai bukti, polis melepas lebih kurang 12 das dalam kawasan tertutup dan jelas arahan pada kelongsong, tidak boleh tembak tepat ke arah orang awam,"tambah beliau lagi.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
sharpshooter


REKAYASA FILEM LUCAH 1946 lagi?
Hari ini sebuah agensi berita antarabangsa AFP melaporkan satu acara lelongan awam akan diadakan bagi melelong satu filem lucah mirip aktres lagenda Amerika, Marilyn Monroe. Filem tahun 1946 itu membuktikan bahawa kegiatan membuat filem lucah mirip karektor seseorang sudah dibuat sejak 1946 lagi.

BUENOS AIRES: Satu filem lucah mengenai aktres lagenda Amerika, Marilyn Monroe akan dilelong Ogos ini di sebuah konvensyen antarabangsa membabitkan pengumpul filem dengan harga tawaran bermula AS$500,000 (350,000 Euro). Promoter bagi lelongan berkenaan, Mikel Barsa, berkata filem pendek hitam putih yang diterbitkan pada 1946 itu memaparkan aktres Amerika itu yang kemudiannya dikenali sebagai Norma Jean Baker manakala pelakon lelakinya masih tidak dikenali.
Barsa berkata, filem berkenaan sudah dikenal pasti untuk dilelong pada 7 Ogos jam 7 malam waktu tempatan di Borges Cultural Center di Buenos Aires.

“Mengenai ramainya peminat fanatik Marilyn di luar sana, filem ini mungkin musah untuk dijual sehingga mencecah jutaan dollar," katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Filem berkenaan sebelum ini dalam simpanan pengumpul filem lama dari Sepanyol tetapi selepas kematiannya, keluarga lelaki terbabit memberi kebenaran kepada Barca untuk menjualnya. Barsa menjual satu-satunya versi cetakan filem berkenaan kepada pengumpul swasta beberapa tahun lalu dan menambah filem asal itu turut ditawarkan untuk dibeli oleh pengumpul dari Norway dan Jepun.Filem pendek itu hanya diketahui umum pada 1997 selepas wujud perbahasan mengenai siapa identiti sebenar pelakon wanita berkenaan. Satu lagi filem lucah pendek 16 milimeter selama 15 minit yang tidak mempunyai suara dan berlatar hitam putih menampilkan Monroe sedang melakukan aksi ranjang dengan seorang lelaki yang tidak dikenali dijual kepada pengumpul swasta pada 2008 sehingga mencecah nilai AS$1.5 juta (1.1 juta Euro). Filem lagenda yang memaparkan baju putih dipakai Monroe dalam filem 1955 bertajuk “The Seven Year Itch,” dijual dengan harga AS$4.6 juta (3.2 juta Euro) pada Jun di Beverly Hills. - AFP

Sunday, 17 July 2011

Dilema Melayu Baru Terus Lalai Salleh Majid..2.

Dilema Melayu Baru Terus Lalai Salleh Majid..2.


KUALA LUMPUR – Bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia), Datuk Salleh Majid mengupas secara menyeluruh dilema masyarakat Melayu hari ini dalam sebuah akhbar arus perdana tempatan.

Artikel beliau ini tidak bersifat politik atau cuba untuk menampakkan kelemahan orang Melayu, tetapi diharap dapat membuka mata semua pihak terutama kerajaan dan warga korporat mengenai apa yang boleh ditafsirkan sebagai dilema Melayu baru.

Salleh berkata : Orang Melayu hari ini berdepan dengan satu suasana yang menimbulkan dilema kepada mereka. Memandangkan kepesatan perubahan yang berlaku, orang Melayu ada yang cuba bersuara tetapi setiap orang Melayu bersuara terutama sekali tentang hak mereka walaupun termaktub dalam Perlembagaan, mereka akan dilabel rasis, sedangkan dia menyaksikan satu demi satu tuntutan daripada bangsa lain ditunaikan sehingga yang tidak mereka tuntut pun diberikan.

Orang Melayu difahamkan bahawa apa jua yang tersirat dalam Dasar Ekonomi Baru dulu tersurat dalam Modal Ekonomi Baru dalam bentuk tindakan afirmatif berlandaskan keperluan dan merit.

Syarat merit inilah membuatkan usahawan Melayu melepas dalam projek mega seperti MRT yang bernilai RM50 bilion. Merit inilah membuatkan usahawan sahih Melayu melepas projek ladang udang bersepadu. 

Merit inilah menyebabkan 300 vendor Melayu dalam Petronas akan terkapai- kapai kerana liberalisasi membenarkan orang asing menguasai perniagaan yang sama tanpa syarat, dulu mewajibkan mengambil rakan kongsi Melayu.

Kini Initiatif Perubahan Strategik yang diumumkan salah satu daripadanya ialah liberalisasi perkhidmatan untuk meningkatkan sumbangan perkhidmatan daripada 55 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kepada 70 peratus.

Apa jua jenis perkhidmatan yang ada pada hari ini seperti pengangkutan, penjagaan kesihatan, khidmat pengurusan, kewangan dan bermacam lagi akan dibuka. Perkhidmatan profesional juga akan dibuka seperti arkitek, perakaunan, perkhidmatan sekretarial dan yang berkaitan dengan kewangan.

Pada masa ini perbankan dan pengurusan syarikat broker saham sudah dibuka kepada pemilik asing. Malangnya syarikat broker saham asing lebih gemar mengambil pelabur tempatan daripada membawa masuk pelabur asing.

Menyentuh tentang memperbaiki keadaan usahawan Melayu, salah satu inisiatif yang digariskan ialah merapatkan jurang antara syarikat kecil dan sederhana dengan yang besar. Tanggungjawab ini diserahkan kepada Tan Sri Nor Mohamed Yaacob. 

Apa yang diperlukan ialah apa yang dihasrat oleh Majlis Tindakan Bumiputera yang sekretariatnya Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju).

Teraju difahamkan tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi dan tidak mempunyai belanjawan yang cukup juga.Terpenting sekali Teraju tidak mempunyai kuasa dibandingkan dengan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu).

Dewan Perniagaan Melayu Malaysia dalam suatu kenyataan mengulas apa yang telah dilakukan oleh Pemandu menyatakan bahawa Dewan telah hilang kepercayaan kepada Pemandu dan banyak perkara yang dilakukan oleh Pemandu tidak ambil pusing bahawa majoriti penduduk di negara ini ialah orang Melayu.

Pemandu telah mengambil alih fungsi jabatan-jabatan penting seperti Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Unit Pelaksanaan dan Koordinasi (ICU) dan segala-gala transformasi ditentukan oleh Pemandu.

Ia dianggotai oleh perunding-perunding asing yang dibayar mahal-mahal dan menafikan peluang orang tempatan untuk turut serta. Tidak hairan kalau perunding-perunding asing ini berkongsi maklumat dengan pihak-pihak luar yang tidak sepatutnya ada akses kepada perancangan negara kita.

Perunding tempatan tidak sebaik perunding asing. Kalau ada seorang dua pun diambil sebagai “token”. Segala-gala pembahagian dalam proses transformasi ekonomi ini sudah ditentukan, siapa dapat apa.

Orang Melayu dilihat sebagai tidak layak dalam apa jua bidang walaupun misalnya dalam bidang binaan, 39 peratus daripada keseluruhan syarikat binaan adalah orang Melayu.

Inilah dilema orang Melayu. Mereka membawa ke tengah pelbagai usul termasuk memperkasakan Mara supaya dapat membantu usahawan Melayu, disusun semula, diperkuatkan strukturnya, diberikan suatu bentuk baru dan dikemukakan kepada Ahli Majlis Tertinggi Umno supaya sesuatu dilakukan, malangnya selepas dua tahun berlalu, tiada juga tindakan.

Mereka mendengar taklimat demi taklimat oleh Teraju tetapi mereka diberitahu masalah yang dihadapi oleh Teraju bukan apa yang ingin dilakukan oleh Teraju untuk mempertingkatkan kedudukan usahawan Melayu.

Teraju hanyalah sekretariat tetapi Pemandu diketuai oleh seorang menteri. Di situ boleh dilihat perbezaan kuasa yang ada.

Inilah dilema orang Melayu. Kalau mereka menyuarakan rasa tidak puas hati, mereka dilabel bersifat perkauman sedangkan mereka melihat saja orang lain “memetik buah-buahan yang ranum-ranum.”

Orang Melayu juga dibuai oleh hiburan. Pelbagai usaha untuk melalaikan orang Melayu atas nama perniagaan berlaku. Pelbagai macam festival, jom heboh, festival telekom dan seribu satu macam acara lagi semuanya dihujani oleh orang Melayu.

Begitu juga di media elektronik televisyen, orang Melayu disuapkan hari-hari dengan drama-drama kurafat yang kebanyakannya menunjukkan perkara yang melanggar akidah seperti nasi kangkang, sejundai dan ilmu hitam yang tidak patut dipertontonkan.

Dalam bidang pendidikan orang Melayulah yang ketinggalan. Pelajar insitutusi awam tidak dapat menguasai komunikasi, pengetahuan am dan keyakinan diri seperti pelajar institusi pengajiran tinggi swasta. Mereka lemah dan bilangan mereka bertambah setiap tahun memenuhi angka pengangguran. Yang menerima biasiswa daripada syarikat milik kerajaan pun menganggur.

Seperkara lagi bilangan pelajar perempuan hampir lima kali ganda pelajar lelaki. Ke mana perginya pelajar lelaki. Di pusat serenti? Kita mengetepikan bahasa Inggeris kerana takutkan bahasa Melayu tergugat kedudukannya sedangkan realiti di luar, misalnya di syarikat-syarikat lebih rela mengambil graduan yang fasih berbahasa Inggeris.

Apakah terkorban kedudukan bahasa Melayu bila kita berbahasa Inggeris? Pergi sahaja mana-mana mesyuarat jabatan kerajaan dan dengarlah bahasa apa yang digunakan. Yang menjadi mangsa pelajar-pelajar kita. Sedih melihat mutu penguasaan bahasa Inggeris mereka walaupun mereka di universiti.

Dalam bidang perniagaan kita tahu bahawa rantaian bekalan dikuasai oleh bukan Melayu. Kalau dapat pun projek bahan binaannya boleh didapati daripada pembekal bukan Melayu dan harganya berbeza daripada kontraktor bukan Melayu. 

Rantaian bekalan patut ditembusi supaya keadaan atas belas kasihan bukan Melayu ini tidak berlarutan.

Begitu juga barang makanan. Pembekal boleh memboikot sesuatu usaha untuk memperbaiki keadaan. Misalnya penangkap ikan di laut dalam baru-baru ini boleh mogok kerana soal subsidi kepada mereka. Akhirnya kompromi terpaksa dilakukan, melemahkan pendirian kerajaan.

Begitu juga dalam soal gula dan tepung dulu. Mereka tidak mahu dilesenkan. Ini menunjukkan “kartel” ini perlu dipecahkan supaya tidak terus mencengkam kita.

Inilah dilema orang Melayu, sudahlah ketinggalan dalam pelbagai bidang terus dibuaikan dengan hiburan yang tidak berfaedah supaya terus lalai dan tidak menghiraukan masalah yang dihadapi.

Subsidi  untuk  rakyat DI TARIK semula.                   
by Zergdukes@gmail.com (Isa)

Subsidi  untuk  rakyat DI TARIK semula... tetapi  subsidi untuk  SYARIKAT  BESAR  kroni BN + UMNO...diTERUSkan...KRONI diUTAMAkan...rakyat di TIPU tipuKAN..

"Harga kentang, bawang dan lada kering yang kita import naik, harga gula juga naik dan kita tidak jadi negara pembekal gula, tetapi kerajaan bagi subsidi yang membolehkan kita membayar bukan pada harga sebenar," katanya MUHYIDIN YASIN.

TAPI DEPA LUPA SUPAYA DIJADIKAN NEGARA MALAYSIA NI NEGARA PENGELUAR GULA, GARAM KENTANG UBIKAYU JAGUNG BERAS DAN BERBAGAI2 LAGI BARANGAN MAKANAN LAIN, CUBA DEPA BN KAJI BETUL2 NEGARA NI DAH 50TAHUN LEBIH MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA... JADI TIDAK LAYAK KAH KITA MENJADI NEGARA PENGELUAR BAHAN MENTAH YANG SANGAT POPULAR DI RANTAU ASIA.

OLEH KERANA DEPA BN ..SUDAH SELESA DUDUK DIATAS KERUSI EMPUK ..JADI MEREKA LUPA BAHAWA TANAH MELAYU NI BESAR.. BOLEH BUAT LADANG TEBU, LADANG UBIKAYU, dan SEGALA LADANG. TAPI KERE-JAAN UMNO TELAH MENGHABISKAN DUIT.. WAKTU TIBA NAK PILIHANRAYA, MERASUAH RAKYAT SUPAYA MENGUNDI UMNO.. AGAR UMNO TERUS BERKUASA MENJAJAH DAN MENJARAH KERINGAT BANGSA MELAYU DAN BANGSA MALAYSIA YANG LAIN.

AKU BUKAN ORANG BAIK KALAU AKU MENULIS BENDA JAHANAM MACAM NI... ORANG UMNO KENA TAU BAHAWA KENAPA DULU PORTUGIS, BELANDA, ARAB CINA INDIA DATANG KE TANAH MELAYU DAN MAHU MEMERINTAH NEGARA INI..???

KERANA TANAH MELAYU ADALAH NEGARA PENGELUAR BAHAN MENTAH. TANAH MELAYU DIKENALI JUGA SEBAGAI SEMENANJUNG EMAS OLEH TAMADDUN INDIA PURBA. SEMENANJUNG TANAH MELAYU MENYAMBUT PEDAGANG DAN PENGHUNI DARI INDIA DAN CINA SEAWAL ABAD PERTAMA MASIHI LAGI.

JADI SILA BUKA MINDA KITA... PEMIMPIN MELAYU LAKNAT..YANG SENTIASA MAHU MEMASTIKAN AGAR ORANG MELAYU BUKAN BN UMNO..TERUS MENJADI HAMBA KEPADA PEMIMPIN LAKNAT.. PERGI JAHANAM....

YA ALLAH ENGKAU HAPUSKANLAH PEMIMPIN MELAYU YANGMEMPERHAMBAKAN DAN MEROMPAK BAHAGIAN KAMI.. YANG TIDAK KAMI REDHOI.

Nukilan: NikbinJidan

SJK Cina di SUSUkan...Sekolah Agama Rakyat (ISLAM) dituduh latih PENGGANAS..


GUA MUSANG – Bangunan baru Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC) Pulai yang berharga RM2.5 juta disifatkan sebagai hadiah daripada Kerajaan Pusat di atas kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Nov lepas.

Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berkata pembinaan bangunan sekolah berkenaan dalam masa terdekat ini diharap dapat menyelesaikan masalah murid yang terpaksa belajar di bangunan kayu yang usang.

“Kalau nak bandingkan sebelum ini kampung ini jauh lebih mundur daripada kampung-kampung lain sekitarnya, tetapi sekarang keadaan telah banyak berubah terutama kemudahan jalan raya.

“Malah, kita juga telah memberi lot rumah baru di Kampung Gua Gagak untuk penduduk yang kehilangan tanah berikutan terbabit dengan projek perlombongan emas satu ketika dulu,” katanya ketika berucap merasmikan upacara pecah tanah pembinaan bangunan baru SRJKC Pulai dekat sini, hari ini.

Hadir sama Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas, Ab Aziz Yusoff. – BERNAMA