KUALA LUMPUR 20 JULAI : Tindakan polis menghalakan tembakan gas pemedih mata tepat menuju ke arah Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah cubaan terbaru untuk membunuh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.
Naib Presiden PKR, N Surendran berkata, ia merujuk kepada tindakan polis menyerang menggunakan tembakan gas pemedih mata secara terus ke terowong dekat KL Sentral 9 Julai lalu.
Menurut beliau, insiden itu sudah dirancang lebih awal oleh pasukan polis untuk mencederakan Anwar, termasuk mendatangkan kematian.
“Tembakan kanister itu memang sengaja dihalakan ke arah Anwar dan tindakan pantas Fayyadh (Afiq Al Bakqry) menarik tangan Anwar di terowong itu berjaya menyelamatkan ketua umum itu. Namun malangnya, Fayyadh pula yang cedera,” katanya.
Surendran menjelaskan hal itu pada sidang media selepas bersama-sama pengawal peribadi Anwar membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi berikutan kecederaan serius yang dialami beliau dalam cubaan polis menyuraikan orang awam pada himpunan Bersih 9 Julai lalu.
Menurut peguam hak asasi manusia itu, cubaan membunuh itu susulan dari beberapa insiden seperti sabotaj kereta yang dinaiki isteri pemimpin pembangkang itu, ancaman terhadap cucu beliau dan kes cubaan membunuh membabitkan bekas Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Rahim Noor pada 1998.
“Apa sudah jadi dengan semua laporan polis yang kita buat? Sebab itu kita percaya insiden ini satu lagi cubaan membunuh Anwar dan kita menuntut siasatan segera,” tegasnya.
Turut hadir ketika laporan polis dibuat peguam dari Lawyers For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri, Pengarah Biro Guaman Keadilan, Latheefa koya dan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.
Mengulas lanjut, Surendran berkata, polis harus menjalankan siasatan menyeluruh dalam kes ini memandangkan ia adalah bentuk salah guna kuasa yang serius.
" Kes ini harus disiasat ke atas siapa yang melakukan tugas dan siapa yang memberi arahan. Ini adalah satu perkara dan kes salah guna kuasa yang serius sehingga mencederakan orang awam,"kata beliau.
Pada hari kejadian, Fayyadh cedera teruk di muka apabila hampir keseluruhan tulang pipi kirinya retak akibat tembakan kanister yang dilepaskan menghala ke arah Ketua Pembangkang.
Beliau yang bertindak mahu menyelamatkan ahli parlimen Permatang Pauh itu bagaimanapun terkena kanister itu.
Akibat dari itu, lima plat titanium dimasukkan ke dalam tulang pipi beliau.
Oleh itu, pihaknya menggesa polis menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan." Polis langgar prosuder ketika melepas tembakan.
Gas pemedih mata dilepaskan pada kawasan tertutup (terowong), menembak tepat kepada orang awam,dan tembak tanpa memberi arahan,"kata beliau." Kami ada video sebagai bukti, polis melepas lebih kurang 12 das dalam kawasan tertutup dan jelas arahan pada kelongsong, tidak boleh tembak tepat ke arah orang awam,"tambah beliau lagi.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

sharpshooter
REKAYASA FILEM LUCAH 1946 lagi?
Hari ini sebuah agensi berita antarabangsa AFP melaporkan satu acara lelongan awam akan diadakan bagi melelong satu filem lucah mirip aktres lagenda Amerika, Marilyn Monroe. Filem tahun 1946 itu membuktikan bahawa kegiatan membuat filem lucah mirip karektor seseorang sudah dibuat sejak 1946 lagi.
BUENOS AIRES: Satu filem lucah mengenai aktres lagenda Amerika, Marilyn Monroe akan dilelong Ogos ini di sebuah konvensyen antarabangsa membabitkan pengumpul filem dengan harga tawaran bermula AS$500,000 (350,000 Euro). Promoter bagi lelongan berkenaan, Mikel Barsa, berkata filem pendek hitam putih yang diterbitkan pada 1946 itu memaparkan aktres Amerika itu yang kemudiannya dikenali sebagai Norma Jean Baker manakala pelakon lelakinya masih tidak dikenali.Barsa berkata, filem berkenaan sudah dikenal pasti untuk dilelong pada 7 Ogos jam 7 malam waktu tempatan di Borges Cultural Center di Buenos Aires.“Mengenai ramainya peminat fanatik Marilyn di luar sana, filem ini mungkin musah untuk dijual sehingga mencecah jutaan dollar," katanya dalam sidang akhbar hari ini.Filem berkenaan sebelum ini dalam simpanan pengumpul filem lama dari Sepanyol tetapi selepas kematiannya, keluarga lelaki terbabit memberi kebenaran kepada Barca untuk menjualnya. Barsa menjual satu-satunya versi cetakan filem berkenaan kepada pengumpul swasta beberapa tahun lalu dan menambah filem asal itu turut ditawarkan untuk dibeli oleh pengumpul dari Norway dan Jepun.Filem pendek itu hanya diketahui umum pada 1997 selepas wujud perbahasan mengenai siapa identiti sebenar pelakon wanita berkenaan. Satu lagi filem lucah pendek 16 milimeter selama 15 minit yang tidak mempunyai suara dan berlatar hitam putih menampilkan Monroe sedang melakukan aksi ranjang dengan seorang lelaki yang tidak dikenali dijual kepada pengumpul swasta pada 2008 sehingga mencecah nilai AS$1.5 juta (1.1 juta Euro). Filem lagenda yang memaparkan baju putih dipakai Monroe dalam filem 1955 bertajuk “The Seven Year Itch,” dijual dengan harga AS$4.6 juta (3.2 juta Euro) pada Jun di Beverly Hills. - AFP
No comments:
Post a Comment