Apabila kekusutan politik berlaku terutamanya di kalangan orang-orang Melayu tentulah fokus ramai adalah kepada UMNO, sebab UMNO ialah sebuah parti yang telah memupuk dan membina kepimpinan Melayu. PAS juga telah membina kepimpinan Melayu (Islam) tetapi oleh UMNO itu adalah sebuah parti yang memerintah tentulah parti itu menjadi badan siasah yang akan menerima baik dan buruknya dalam isu pembangunan kepimpinan bangsa Melayu.
UMNO (asal) telah menumpukan untuk mengasah kepimpinan Melayu dan pemimpin utamanya telah melahirkan pemimpin yang bertanggungjawab untuk mempastikan rakyat Malaysia khususnya orang Melayu dapat dibela dan dipertahankan di muka bumi Malaya dan kemudian Malaysia akan terjamin.
Kepimpinan yang baik merupakan kemestian bagi sesuatu bangsa itu tidak berpecah dan kepimpinan yang di asah itu akan menerima hakikat bahawa pemimpin itu bertanggungjawab terhadap kestabilan negara samada dari sudut perhubungan di antara kaum dan perhubungan sesama kaum. Jika berlaku salah satu atau kedua-duanya sekali pimpinanlah yang sepatutnya mengambil 'accountability' tersebut.Pemimpin yang di asah itu akan diberitahu yang kesilapan yang kita lakukan hari ini akan membuahkan kecelaruan dalam jangka masa yang panjang. Itu sebabnya kepimpinan wajar menggubal dasar-dasar yang kekal yang boleh diguna pakai buat masa yang panjang. Apabila dasar itu sentiasa berubah mengikut siapa yang menjadi pemimpin semasa, maka rakyat akan berubah dan perbezaan pendapat di antara yang biasa dengan sesuatu dasar itu akan berbalah dengan dasar baru mengikut acuan individu yang sedang memimpin.Ramai yang berpendapat Husein Onn merupakan PM yang paling lemah semasa dekadnya. Tetapi Husein berpegang teguh kepada dasar yang telah di anggap sebagai dasar yang boleh diguna pakai oleh beliau yang telah ditetapkan oleh pentadbiran sebelum beliau. Zaman beliau adalah zaman pemindahan kekayaan negara kepada Bumiputra dan beliau mempunyai pemimpin pelapis yang telah beliau tugaskan untuk melakukan dengan cara yang terbaik supaya saham-saham yang dipindahkan kepada Bumiputra itu tidak kembali jatuh ketangan bukan Bumiputra.Banyak syarikat-syarikat kerajaan (Public Companies by Guarantee) yang sekarang dipanggil GLC telah dipindahkan kepada Bumiputra dengan mechanism yang teratur supaya saham-saham yang dipindahkan itu tidak terjatuh kepada orang lain di samping oleh Melayu mendapat perolehan dividen yang munasabah yang lebih dari kadar inflasi negara.Tengku Razaleigh dipertanggung jawabkan selaku Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Pelaburan Kabinet (JPP) untuk mencari mechanism yang terbaik. Justru itu wujudlah apa yang dikenali sebagai Sekim Amanah Saham Nasional (ASN) yang sehingga hari ini memberikan nikmat palaburan yang mempunyai dividen yang tinggi yang melepasi kadar inflasi negara sejak ianya mula di tubuhkan.Sekim ini merupakan salah satu dari initiative kerajaan semasa itu untuk memberikan kebaikan kepada orang Melayu dan ianya di berikan sokongan yang kuat oleh kaum lain. kepimpinan kita dihormati dan kaum lain menerima hakikat bahawa Bumiputra mesti diberikan galakan dan sokongan untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan kaum-kaum lain. Bangsa asing sentiasa memberikan dukongan kepada kerajaan untuk menjayakan apa sahaja projek ‘economics dan social engineering’ yang dilancarkan oleh kerajaan semasa itu.Sokongan itu bukannya mudah di dapati. Tetapi sokongan itu didapati dari keupayaan pimpinan Melayu untuk mendapatkan keyakinan dari kaum-kaum lain. Keyakinan itu tentulah diperolehi dari sikap jujur pimpinan semasa itu yang pimpinan kita adalah serius dan tidak bermain-main dengan rasuah dan salah guna kuasa.Penyertaan orang Melayu di dalam ‘commerce and industry’ memang dirasai kerana SekimASN, ASNB serta PNB telah mewakili orang Melayu di dalam syarikat-syarikat gergasi dengan pegangan saham yang besar. Maka sekali gus pimpinan kita telah berjaya membawa masuk ramai Bumiputra di dalam syarikat-syarikat besar dengan penyertaan orang Melayu yang ramai di dalam pengurusan syarikat-syarikat tersebut. Pendeknya penyertaan Bumiputra di dalam pengurusan syarikat-syarikat besar itu bukan sebagai ‘conduit’ taukeh-taukeh besar tetapi sesungguhnya duduk didalam pengurusan syarikat tersebut kerana pegangan ekuiti yang besar melalui PNB,ASNB dan Sekim ASN itu tadi.Zaman inilah zaman kejayaan awal Bumiputra yang sangat drastik bayangkan di dalam jangka masa 1971 sehingga 1984 penyertaan ekuiti Bumiputra meningkat dari 2.7 kepada 18.4 peratus pada tahun 1984. Tengku Razaleigh dan rakan-rakan di dalam JPP telah berjaya mengendalikan peningkatan ekonomi Bumiputra khususnya didalam bidang ekuiti Bumiputra kepada angka yang sangat memberangsangkan.Tetapi beliau tidak dapat lagi memainkan peranan besar itu kerana tugas beliau telah di ambil alih oleh orang lain dan beliau sendiri telah dipindahkan ke Kementerian Perdagangan dan Perindustrian. Dari 1984 sehingga 2003 pegangan ekuiti Bumiputra hanyalah meningkat ke 18.9 peratus sahaja dan angka resmi ini terkandung di dalam ucapan Dr Mahathir yang terakhir di Parlimen sehari sebelum beliau mengundurkan diri dari jawatan beliau. Lain-lain perkataan sejak 1984 ‘marginal increment’ kepada pegangan Bumiputra di dalam syarikat-syarikat awam dan badan-badan berkanun yang berkepentingan bumiputra hanyalah sebanyak 0.5 peratus sahaja.Angka-angka ini merupakan angka resmi kerajaan dan pada sesiapa yang mempunyai minat dan tenaga untuk membaca boleh membezakan kepimpinan di antara zaman Husein atau sebelumnya dan zaman selepas Husein. Di zaman Husein dan sebelumnya tidak banyak retorik dari pemimpin kerana barisan kepimpinan masa itu merupakan kepimpinan yang tulin dan legitimate. Kepimpinan yang berkualiti memang tidak payah berucap berdentum dentam kerana mereka boleh di nilai dari hasil kepimpinan mereka.Slogan pun tidak ada semasa itu selain dari slogan Muhibbah kerana kerajaan beserta dengan sokongan rakyat sangat-sangat memerlukan kehidupan yang Muhibbah di antara kaum. Isu rasis pun tidak kedengaran kerana masing-masing kaum menghormati kaum yang lain. Dalam perlaksanaan dasar yang kuat oleh pihak pimpinan dan penggubal dasar maka pelaksana terutama Unit pelaksana dan penyelarasan JPM (ICU) merupakan Jabatan yang paling sibuk menyelaraskan segala projek yang melibatkan rakyat ramai dilaksanakan secara betul. Tetapi ini hanya boleh dilakukan jika perlaksana juga adalah telus dan jujur melaksanakan dasar yang telah ditetapkan itu.Tetapi semuanya ini sudah menjadi sejarah dan tidak pun ramai yang ingat dan mahu mengikut cara yang telah terbukti berkesan ini. Ini adalah disebabkan jika kita melaksanakan tugas dan tanggung jawab dengan telus dan jujur cara ini tidak dapat menerbitkan elemen-elemen salah guna kuasa dan rasuah.Dari era pertengahan lapan puluhan nilai ini sudah beransur-ansur hilang kerana pada waktu itu sudah mula tanda-tanda pemimpin-pemimpin mendekati harta dan wang untuk mereka sendiri. Ramai pemimpin serta penjawat awam sudah mula merasakan nikmat kaya raya dan mereka telah beransur-ansur melupakan ketelusan yang kebaikan.Dalam politik UMNO yang menjadi tunjang pentadbiran negara telah dicemati dengan unsur-unsur rasuah yang menggila. Pucuk pimpinan tidak mahu mengambil tindakan awal kerana jika di ambil tindakan pucuk pimpinan takut tidak dapat kekal lebih lama menjadi pemimpin utama negara. Justru siapa yang memberikan sokongan yang tidak berbalah bagi mereka ini akan diberikan kedudukan tanpa mengambil kira nilai moral mereka ini.Maka secara beransur-ansur kepimpinan negara menjadi lemah dan setelah hampir 3 dekad sejak zaman itu inilah yang kita dapati sekarang. Kebanyakan pemimpin kita menjadi umpatan rakyat ramai dan mereka sudah tidak mampu mendapatkan penghormatan dari rakyat yang mereka pimpin. Rakyat mulai menolak kepimpinan kita dan telah pun terbukti di dalam PRU 12 yang lalu.Untuk mempertahankan diri pihak pimpinan kita mengalih isu-isu penting ini dan menyalah parti-parti pembangkang. Kita perlu ingat jika kita betul seperti kepimpinan dulu kala masakan rakyat marah? Rakyat marah mesti bersebab. Takkanlah rakyat saja-saja hendak marah. Pihak kita bolehlah menyalahkan parti-parti pembangkang tetapi kita sendiri tidak mahu memulihkan persepsi buruk terhadap kita sendiri.Tetapi UMNO dan BN memilih untuk membidas pemimpin pembangkang tidak habis-habis. Sesiapa sahaja yang memberikan pendapat yang ikhlas akan di label sebagai penyokong pembangkang. Dalam hal ini amat jelas UMNO telah gagal untuk membentuk kepimpinan pelapis dan rakyat sudah tidak tahu lagi untuk memberikan keyakinan kepada siapa dikalangan pimpinan tertinggi parti kita ini.Kekosongan di setiap peringkat kepimpinan kian hari kian jelas. Pemimpin-pemimpin penyandang dan yang akan mengambil alih melalui kaedah conventional iaitu Timbalan mengambil alih jika PMnya bersara sudah tidak dapat dipakai lagi. Yang akan mengambil alih pun belum tentu mampu untuk menjadi pemimpin yang lebih baik kerana mereka itu adalah dari kumpulan yang sama dari segi nilai dan kemampuan kepimpinan mereka. Apa yang diperlukan oleh rakyat ialah kerajaan yang ‘descent’ yang boleh mengimbangi pembangunan fisikal dan pembangunan nilai kemanusiaan. Ini lah tuntutan dari rakyat seperti kami dan kita dibawah ini kepingin untuk mendapatkan kembali pentadbiran yang pernah kami rasai dahulu. Sekarang elok kita bertanya kepada diri kita samada UMNO masih boleh memberikan harapan untuk mengasah kepimpinan Melayu kerana sedikit sebanyak kita telah jelas melihat pemimpin-pemimpin UMNO pada hari ini merupakan mereka yang tidak ada kepimpinan yang tulin untuk kita harapkan membela generasi Melayu yang akan datang.Apakah pilihan-pilihan yang ada kepada kita untuk mewujudkan kepimpinan Melayu yang berkesan kerana kepimpinan Melayu yang baik ialah Melayu yang berkemampuan untuk memimpin Melayu dan rakyat malaysia yang berbilang kaum ini.Tulisan ini akan di sambung dalam posting yang akan datang kerana sudah terlalu panjang.Kali ini saya menyambung posting yang lepas dan ingin mengupas, mungkin kurang mendalam tentang satu isu besar iaitu ‘rakyat sudah kehilangan pimpinan’. Secara ‘convention’ nya pemimpin utama UMNO itu adalah secara otomatik menjadi PM. Dengan cara pemilihan PM selama ini dilakukan secara ‘convention’ ini maka sesiapa sahaja yang menjadi Presiden UMNO itu akan menjadi Perdana Menteri. Kita masih lagi belum melaksanakan sistem yang sebenarnya. Sistem yang sebenarnya ialah sesiapa yang mendapat keyakinan Parlimen walaupun dengan ‘majority’ yang mudah akan menjadi PM.Itulah sebabnya ada orang yang sanggup membunuh UMNO kerana UMNO itu sudah tidak menyakinkan beliau untuk terus menjadi PM negara ini. Memimpin parti baru akan meletakan beliau sebagai penyandang yang kuat dengan tiadanya seteru politik beliau berada bersama di dalam parti yang baru itu. Walaupun parti ini baru sahaja berusia 23 tahun tetapi segala penyakit yang ‘terminal’ sedang menghinggapi parti itu. Parti UMNO telah berjaya memilih ketua-ketuanya di setiap peringkat tetapi tidak berjaya mendapat ketua-ketua yang berkepimpinan. Perlu diingat ketua tidak semestinya seorang pemimpin. Seperti seorang imam, ia tidak semestinya mampu menyampaikan doa ke hadirat Tuhan. Mungkin seorang dari jemaah yang ramai yang zuhud itu yang mampu menyampaikan doa dan hajat kepada Tuhan. Imam itu hanya mengetuai 'congregation' yang ramai itu sahaja.Tetapi ini semua cerita lama dan cerita lama ini lah yang memulakan penghakisan pimpinan Melayu itu secara beransur-ansur dan diambil alih oleh pemimpin-pemimpin yang tidak sepatutnya berada di tempat yang mereka berada sekarang. Saya sekali lagi akan dinesta kerana menyebut isu ini kerana mereka memang tidak suka mendengar sejarah perlakuan mereka sendiri yang boleh direkodkan sebagai peristiwa yang paling malang bagi orang Melayu khususnya di dalam membina pemimpin pelapis yang bertanggungjawab dalam erti kata yang sebenarnya.Tetapi saya tidak kisah dengan cemuhan mereka kerana saya yakin dari saat inilah bermulanya kita secara beransur-ansur kehilangan kepimpinan yang ‘viable’ untuk negara. Saya sanggup diapa-apakan namun untuk menarik kembali apa yang saya persepsikan ini tidak sama sekali akan saya lakukan. Dari peristiwa ini pimpinan kita telah memulakan ‘precedent’ yang kita boleh bertukar parti tanpa segan dan silu lagi kerana keseluruhan pimpinan UMNO telah membunuh parti mereka dan menubuhkan parti baru itu.Tetapi oleh kerana kuasa ada kepada mereka dengan pengaruh yang kuat pula mereka menamakan parti baru itu sama nama seperti yang dibunuh itu. Tidak mengapalah itu. Tetapi ‘consequence’ buruk yang kita hadapi ialah UMNO itu sudah tidak lagi menjadi parti yang membina kepimpinan Melayu lagi. Apabila UMNO sudah luntur kepimpinannya maka ianya akan membawa bencana kepada negara kita kerana ‘by convention’ tadi Presiden UMNO itu adalah Perdana Menteri Malaysia.Begitulah besar ‘effect’ nya terhadap nasib rakyat semua kaum dan negara keseluruhannya apabila UMNO sudah gagal membentuk kepimpinan yang berkesan untuk negara. Apabila pucuk pimpinan sentiasa tidak selesa dan sentiasa merasa tidak selamat, akan hanya memilih mereka yang memberikan sokongan yang membuta tuli, maka pimpinan pelapis itu akan hanya di perolehi oleh mereka yang tidak berkemampuan untuk memimpin kerana politik wang serta lantkan dari atas sebagai imbuhan kepada sokonganyang diberikan terhadap pimpinan. Jadi keadaan ini akan dan sudah pun terbukti yang pimpinan utama akan di ambil alih oleh yang lemah dan kemudiannya akan dituruti dengan pimpinan yang lebih lemah dari yang sebelumnya. Pemimpin seperti ini selalunya akan menutupi kelemahan pimpinan mereka dengan penonjolan media yang berlebihan. Retoriknya akan lebih besar dan akan menumpukan untuk menonjolkan ‘form’ dari ‘substance’ dan jika kita kurang berfikir maka kita akan terpengaruh dengan ‘deception’ itu.Dalam pada itu rakyat tidak juga terbela kerana pimpinan yang lemah akan menumpukan sepenuh masa ‘politicking’ peribadi dari berpolitik untuk kesejahteraan negara. Pemimpin seperti ini akan sentiasa diburu bayang-bayang dan sentiasa mencari jalan untuk menonjolkan diri dan tidak berhenti-henti melakukan perkara yang boleh membina keyakinan rakyat.Dengan kelemahan pimpinan itu, maka akan ramailah pihak yang akan mengampu dan menonjolkan diri mereka untuk mengambil kesempatan, dan selalunya mereka ini juga adalah dari kalangan yang tidak dan kurang wibawa. Itulah sebabnya ada di kalangan professor-professor yang mengambil kesempatan memuji dan mengampu kerana mereka tahu pimpinan yang lemah amat memerlukan ampuan dan jolokan dari mereka ini.Kepimpinan Melayu mungkin terbina di dalam PAS dan NGO-NGO tetapi itu sahaja parti yang terbaik untuk Melayu untuk menjadi alternatif kepada UMNO untuk mengasah kepimpinan. Tetapi masih lagi belum cukup memberikan impak kepada pembinaan kepimpinan Melayu itu secara menyeluruh. Melayu telah gagal untuk membina kepimpinan melalui UMNO seperti dahulu kerana UMNO dipenuhi oleh mereka yang tidak ada roh perjuangan itu lagi. Dalam konteks ini PKR tidak mungkin mampu melakukan pembinaan kepimpinan Melayu kerana kebanyakan dari kepimpinan parti itu adalah dari UMNO dan ‘mentality’ mereka sedikit sebanyak bersamaan dengan UMNO.Sekarang sudah mula bercambah pemikiran Melayu yang berkepimpinan melihat DAP sebagai parti yang patut orang Melayu menyertainya secara beramai-ramai. DAP mengalu-ngalukan orang Melayu untuk menyertai mereka kerana mereka adalah parti berbilang kaum. Mungkin masih ramai orang Melayu yang menganggap parti ini sebagai parti yang masih patut di musuhi. Momokan terhadap DAP selama ini sangat kuat dan berkesan tetapi setakat ini parti itu tetap berjaya untuk kekal sebagai parti yang paling disiplin selain dari PAS.Kedua dua parti ini mempunyai ‘seriousness’ yang tinggi dan usaha mereka untuk bersama rakyat itu sentiasa berterusan. Ianya berlainan dengan UMNO dalam mana pemimpin cawangan-cawangan tidak mampu untuk mengendalikan program parti kerana mereka sentiasa memerlukan wang ringgit setiap kali hendak bergerak. Tidak ada duit kerja tidak jalan. “Mesti ada fulus kalau tidak parti boleh mampus” kata beberapa orang anak-anak muda kepada saya.Setakat ini DAP belum lagi berjaya sepenuhnya menangkis tohmahan parti-parti yang berlawanan dengan mereka walaupun rakyat sudah mulai memahami keadaan sebenarnya. Sudah ramai orang Melayu memahami bahawa DAP itu adalah sebuah parti yang ‘multiracial’ dan berwibawa. Malahan untuk membawa orang Melayu ke dalam kepimpinan parti itu merupakan agenda yang tidak berhenti-henti dilakukannya. Momokan yang mengatakan DAP sebagai parti yang kotor itu sudah tidak di yakini oleh orang ramai secara beransur-ansur.Kata perbilangan ‘lulus jarum lulus kelendan’ dan ini sudah di dapati oleh DAP. Apabila DAP berjaya mengambil alih kepimpinan P Pinang parti itu telah berjaya membuktikan mereka itu bukan seperti apa yang dimomokan oleh pimpinan BN dan media perdana. Kerajaan P Pinang telah berjaya mentadbir negeri P Pinang dengan baik dan di yakini oleh semua rakyat P Pinang. Tetapi pandangan ini akan dibenci oleh ahli-ahli UMNO dan pimpinannya serta penyokong-penyokong yang tegarnya.Bangsa India merupakan bangsa yang terkecil di Semenanjung Malaysia tetapi kaum India mempunyai kepimpinan yang besar dan mereka mempunyai perwakilan yang besar di Dewan Lagislatif negara. MIC merupakan parti yang mewakili mereka dan telah berpecah belah sejak lebih 20 tahun yang lepas. Tetapi dalam perpecahan MIC kaum India telah bercambah perwakilan mereka di Parlimen melalui BN, DAP, PKR, PPP dan beberapa parti yang lainBegitu jugalah kaum Cina. Mereka berada di dalam banyak parti-parti yang multiracial. Hanya kaum Melayu sahaja yang masih ingin menggunakan UMNO untuk mengasah kepimpinan mereka selain dari PAS. Oleh kerana UMNO tidak mampu lagi menghasilkan kepimpinan yang berwibawa lagi maka tinggallah PAS sahaja yang kini diminati oleh ramai anak-anak muda dan professional . UMNO kini hanya menumpukan masa untuk membentuk acronym-accronym ciptaan Idris Jala untuk dilaungkan oleh PM kita.Bagi saya DAP boleh menjadi parti dalam mana orang Melayu boleh bersama-sama membina kepimpinan mereka. Hapuskan pandangan serong masyarakat Melayu kepada parti itu kerana kepada orang politik yang serius mereka akan mengakui pandangan serong itu adalah hasil dari usaha pihak UMNO untuk menggambarkan persepsi buruk terhadap parti itu, kerana kepentingan politik kepartian. Pihak yang tidak mahu melihat parti ini berkembang telah melakukan segala cemuhan dengan menggunakan isu rasis yang sangat merbahaya.Bagi pandangan setengah pihak, penyertaan ramai orang Melayu di dalam DAP boleh mengurangkan permainan politik yang rasis dan sempit. Pandangan ini tentu sekali akan mendapat berbagai reaksi penyokong kepada politik rasis tetapi satu perkara yang semakin nyata ialah politik sempit rasis sudah mula dibaham zaman.Rakyat sudah mula tidak berselera dengan politik perkauman. Pemimpin-pemimpin kita menggunakan politik perkauman yang begitu menebal tetapi tidak juga mampu untuk mempertahankan nasib orang Melayu. Politik mereka kini hanya indah khabar dari rupa. Dibelakang kebanyakan mereka yang berkobar-kobar memainkan sentimen perkauman yang menebal itu mesti ada kaum Cina di belakang mereka. Bagi saya tidak akan hilang Melayunya jika kita bersama dengan parti-parti berbilang kaum ini. Melayu tidak akan menjadi Cina atau India jika bersama-sama membina kepimpinan melalui parti-parti berbilang kaum jika melayu di dalam dirinya hidup. Ibarat seekor ikan yang hidup di dalam lautan ikan itu tidak masin dan terpengaruh dengan ‘environment’ persekitaran yang masin.Tetapi jika Melayu itu Melayu yang mati di dalam diri mereka, dia juga diibaratkan sebagai ikan mati yang terpengaruh dengan persekitarannya. Jika ikan mati direndam dengan air yang masin dan dijemur selepas itu ikan itu akan menjadi ikan masin yang akan menjadi bahan hidangan mereka-mereka yang lapar.Itulah sebabnya kita mesti memahami satu kenyataan yang sepatutnya difahami oleh semua kita ini; iaitu yang penting ialah nilai apa yang ada di dalam diri kita itu. Sebabnya jelas kita fahami yang akan menerima bahagia atau celaka di alam yang kekal nanti ialah roh kita. Itulah sebabnya kita dilingkungi oleh elemen pahala dan dosa kerana roh kita tadi.Itulah sebabnya kita selalu bertawajjuh dengan Rasul dan bertawassul dengan Tuhan Maha Esa memohon rahmat dan syufaat agar roh kedua-dua ibu bapa kita dan datuk nenek kita diletakan di kalangan roh-roh aulia-aulia dan ambia-ambia serta soleh dan solehah. Kita tidak mendoakan tubuh mereka yang telah kembali kepada asalnya.
No comments:
Post a Comment