ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Monday, 7 November 2011

Budget 2012...Peningkatan Hutang Kerajaan


Budget 2012 Sebabkan Peningkatan Ketara Hutang Kerajaan


Dalam artikel yang lepas petunjukzaman telah membayangkan tentang budget defisit yang akan menyebabkan inflasi kerana kerajaan terpaksa membuat pinjaman bagi menampung perbelanjaan tersebut. Thestar dalam lapurannya menyatakan pinjaman hutang kerajaan akan meningkat dengan ketara. 

Pinjaman itu akan di buat menerusi instituisi kewangan tempatan dan penyenaraian bond melalui Malaysian Government Securities (MGS). Bond disenaraikan melalui MGS ini akan boleh ditebus dalam masa 10 hingga 20 tahun dengan jaminan interest sekitar 4.16%-4.3%. Pastinya kadar interest yang perlu dibayar ini akan dikenakan kepada rakyat melalui pengenalan cukai yang baru ataupun melalui inflasi dan peningkatan harga barang kerana inilah konsep sistem riba-kapitalis yang menjadi amalan oleh seluruh sistem kewangan sekarang walaupun dinamakan kewangan Islam!


Graf dibawah menunjukkan peningkatan hutang negara dalam kadar membimbangkan.
02_debt

03_debt-gdp

04_debt-capita

05_debt-capita-inf

Govt borrowings expected to go up significantly this year


THE Government’s borrowings are projected to increase significantly this year, mainly on account of higher redemptions, loan repayments and deficit financing requirements.
Given the ample liquidity in the financial system, the Government will continue to source its borrowings domestically.
With revenue exceeding operating expenditure, borrowings are mainly to finance development.
Total gross borrowings for this year are expected to hit RM96.6bil, with 93.3% from domestic sources.
About RM51bil is for debt repayments while the balance will be used to finance the deficit.
In 2011, RM54.2bil (or 60.1%) of total domestic borrowings will be raised through the issuance of Malaysian Government Securities (MGS) while the balance of RM36bil will be via Government Investment Issues (GIIs). Of the total MGS issuance, RM24.5bil will be raised through a series of five new issues.
The remaining RM29.7bil will be raised through the re-opening of a series of eight existing MGS including RM2bil through private placement.
To minimise bunching of MGS redemptions which have cash flow implications for the Government, three new issues as well as three re-openings are longer-dated debt papers with a tenure of 10, 15 and 20 years.
The coupon rates for new issues of MGS with tenure of between 10 and 20 years ranged between 4.16% to 4.39% during the first eight monhts of 2011.
The RM36bil of GIIs consist of a series of three new issues totalling RM15.5bil as well as RM20.5bil which constitutes re-opening a series of five issues including RM2.5bil through private placement.
While the Islamic debt market has a marked preference for shorter-dated GIIs, two issues in 2011 have a maturity of 10 years which will contribute to the development of a benchmark yield curve for Islamic debt papers.
The search for higher yields and safe haven debt instruments in the midst of excess liquidity in the global financial system, has seen foreign holdings of MGS and GIIs rise from 11.4% as at end-December 2008 to 25% as at end-June 2011, thus reflecting confidence in the Malaysian economy.
Keep unreadSend to

    Budget Defisit 2012 Mendorong Inflasi

    Perdana Menteri Najib Abdul Razak telah membentangkan budget untuk 2012 pada hari jumaat baru ini. Ramai memperkatakan budget kali ini merupakan gula-gula pilihanraya. Oleh kerana budget ini pasti memberi kesan kepada kita sebagai rakyat, petunjukzaman akan memaparkan aspek penting yang memberi impak secara langsung kepada kita. Satu perkara penting yang dipandang ringan oleh media arus perdana ialah budget defisit yang menjadi satu pola kebiasaan bagi Kerajaan BN yang boleh menjerumus kepada krisis hutang seperti terjadi kepada Greece. (Deficit targets missed in Greek budget draft- sources)

    Keseluruhan budget melibatkan perbelanjaan sejumlah RM232.8 bil meningkat 9.4% dari tahun sebelumnya dengan jumlah pendapatan sebanyak RM186.9 bil. Ini merupakan tradisi budget defisit oleh kerajaan BN yang ke 15 berturut-turut semenjak tahun 1998. Defisit berdasarkan nilai GDP ialah sebanyak 4.7%. Ini juga menyebabkan perbelanjaan hutang meningkat secara mendadak dari RM12.8 bil pada tahun 2008 kepada RM20.5 bil pada tahun 2012, peningkatan hampir 60%!


    Mengikut pakar ekonomi, pendapatan negara yang tidak sejajar dengan pertumbuhan ekonomi adalah membimbangkan jika berlakunya krisis ekonomi. Ekonomi dunia pada tahun hadapan dijangka merudum berdasarkan krisis kewangan eropah kini dan jika negara tidak bersedia untuk menghadapinya akibatnya adalah lebih hebat dari dari krisis 1998 yang lalu!

    Prof Datuk Dr Mohamed Ariff, seorang pakar ekonomi dari INCEFF (International Centre for Education in Islamic Finance), mengatakan pendapatan hasil negara telah jatuh kepada 22% daripada GDP berbanding tahun lepas iaitu 32%. Jumlah hutang negara yang semakin meningkat jika tidak diatasi boleh menyebabkan keadaan ekonomi yang parah seperti dihadapi oleh kebanyakan negara lain. Katanya lagi, kedudukan fiskal negara adalah membimbangkan dan bermasalah. Kita telah berada dalam defisit semenjak krisis ekonomi 1998 dan sekarang ini kita telah tersenarai sebagai salah satu ekonomi dalam Asean yang berada dalam tempoh defisit paling lama!

    Biasanya bagi mengatasi defisit, negara kita akan membuat pinjaman dari kerajaan Jepun atau US ataupun mengeluarkan bond/sukuk yang dijamin kerajaan. Pinjaman dari negara luar tersebut akan tertakluk kepada kadar faedah yang ditetapkan mereka dan bayaran akan dibuat dalam matawang mereka dan ini pasti melemahkan nilai ringgit, secara automatiknya mendorong kenaikan harga barang. Kalau dulunya harga sepasang kasut import adalah RM100, jika wang ringgit jatuh, harga sepasang kasut yang sama boleh menjadi RM150 dan begitulah juga untuk barang-barang lain.

    Jika budget defisit diatasi dengan penjualan bond/sukuk, ia mungkin tidak menyebabkan inflasi jika ia mendapat sambutan dipasaran kewangan. Tetapi dalam kelembatan pasaran antarabangsa, bond seperti ini banyak dikeluarkan terutama oleh negara maju seperti UK dan US, meyebabkan terdapat banyak pilihan dalam pasaran dan mengurangkan permintaan produk kewangan negara membangun seperti Malaysia. Cara yang paling mudah bagi kerajaan bagi mengatasi defisit ini ialah mengenakan cukai GST terhadap rakyat walaupun tidak dinyatakan dalam tersebut tetapi tidak mustahil untuk dilaksanakan (sudah tentu selepas pilihanraya!) seperti telah dilaksanakan dalam caj ASTRO, Restoran rangkaian, jualan kenderaan, kad kredit dll.

    Sunday, 6 November 2011

    Sumpah Mahsuri


    Sumpah Mahsuri

    Mahsuri binti Pandak Maya merupakan seorang gadis kelahiran Pulau Langkawi. Beliau dilahirkan oleh pasangan Pandak Maya dan Mak Andam pada penghujung kurun ke-18 Masihi di Kampung Ulu Melaka, Langkawi. Mahsuri turut digelar sebagai Puteri Mahsuri dan dengan jolokan Puteri Langkawi.

    Kehidupan dan sejarah Mahsuri telah dilitupi lagenda pulau tersebut yang sememangnya terkenal dengan lagenda dan kisah rakyatnya. Kisah yang paling popular tentang kehidupan beliau adalah ketika saat akhir sebelum beliau dibunuh yang hingga kini dijadikan sebagai bahan untuk persembahan teater bangsawan hinggalah kepada cerita kanak-kanak.

    Kehidupan Mahsuri

    Kehidupan awal Mahsuri adalah sewaktu Langkawi di bawah pemerintahan Sultan Abdullah Mukarram Shah III (1778-1797) dan Sultan Ziyauddin Mukarram Shah II ibni al-Marhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Azilin Muadzam Shah (1797-1803) iaitu ketika Pandak Maya baru sahaja berhijrah ke Langkawi.


    Dikhabarkan bahawa pasangan Pandak Maya dan Mak Andam (ada menyatakan nama ibunya adalah Mak Endah Alang) datang dari Siam. Pandak Maya boleh dikatakan sabagai orang yang berada serta kaya di Langkawi kerana mempunyai tanah sawah yang luas dan terlibat dengan perniagaan sarang Burung Layang-layang Padi.

    Kelahiran Mahsuri turut dibayangi lagenda apabila sesetengah masyarakat percaya bahawa selepas ibunya (yang tidak pernah mempunyai anak) memakan kerak nasi yang dijumpai di sawah, akhirnya mengandung dan melahirkan Mahsuri. Kehidupan Mahsuri dikhabarkan adalah seperti anak gadis Melayu yang lain yang diasuh dengan tatasusila dan kesantunan masyarakat Melayu. Walau bagaimanapun, kecantikan Mahsuri membawa kepada iri hati dan kecemburuan masyarakat setempat terutamanya di kalangan kaum wanita. Masakan tidak kerana di mana sahaja orang asyik memuji-muji kejelitaannya.

    Mahsuri dikahwinkan dengan seorang pemuda dan pahlawan tempatan iaitu Wan Derus, salah seorang anak kepada wakil Sultan di Langkawi, Wah Yahya (atau dengan gelaran Datuk Pekerma Jaya) dan Wan Mahura.

    Fitnah Yang Menimpa Mahsuri

    Ketika pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II ibni al-Marhum Sultan Ziyauddin Mukarram Shah (1803-1843), hubungan Kedah-Siam menjadi keruh. Mahsuri pada ketika itu sedang hamil sewaktu Wan Derus keluar dari Langkawi (tidak diketahui tujuannya tetapi sumber menyatakan beliau berperang dengan tentera Siam di Kuala Kedah). Sepeninggalan Wan Derus, Mahsuri dikatakan tinggal bersama ibu bapanya. 

    Ketika itu, Deramang, seorang penyair kembara (sesetengah sumber mengatakan beliau peniaga) singgah di Langkawi. Kebolehannya menambat hati penduduk Langkawi. Dengan ehsan ibu bapa Mahsuri, Deramang tinggal di rumahnya untuk mengajarkan syair dan dendang.

    Kebolehan Deramang bersyair menaikkan nama Mahsuri sebagai tuan rumah dan menimbulkan kecemburuan Wan Mahura, ibu mertuanya juga sebagai isteri pembesar pulau Langkawi. Kelahiran anak Mahsuri, Wan Hakim, mencetuskan fitnah apabila Wan Mahura menuduh Mahsuri bermukah (melakukan hubungan sulit) dengan Deramang.

    Atas sebab itu, Mahsuri dan Deramang ditangkap dan dijatuhi hukuman bunuh oleh bapa mertuanya sendiri akibat termakan hasutan isterinya itu. Tanpa menunggu Wan Derus pulang, Mahsuri dan Deramang diseret ke Padang Matsirat (pusat Langkawi ketika itu), untuk dijatuhkan hukuman mati. 

    Mahsuri diikat di sebatang pokok dan ditikam dengan tombak. Menurut lagenda, tombak yang digunakan tidak dapat menembusi tubuh Mahsuri. Akibat terseksa,Mahsuri mendedahkan bahawa dia hanya dapat ditikam dengan tombak sakti (terdapat pihak yang menyatakan bahawa senjata itu adalah keris) yang terdapat pada alang rumahnya.

    Kata-kata terakhir Mahsuri amatlah masyhur apabila ianya seringkali diulang dalam mana-mana persembahan. Ayat-ayat terakhir Mahsuri adalah berupa sumpahan untuk tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk pulau Langkawi untuk tidak tenteram ibarat padang jarak padang tekukur selama tujuh keturunan.

    Walaupun dipujuk dan dirayu oleh ibu bapa Mahsuri, hukuman terus dijalankan dan Mahsuri dibunuh tanpa sebarang belas kasihan. Menurut lagenda, Mahsuri mengalirkan darah berwarna putih yang membuktikan dia seorang wanita yang suci dari dosa serta kata-katanya yang tidak menghalalkan darahnya jatuh ke bumi. 

    Deramang turut dibunuh kemudiannya walaupun melawan. Mahsuri dikebumikan oleh ibu bapanya bersebelahan dengan harta tebusan yang ingin digunakan untuk menebusnya. Mahsuri dikatakan meninggal pada tahun 1819 Masihi bersamaan 1235 Hijrah.

    Sumpahan Mahsuri

    Seminggu selepas Mahsuri dibunuh, Wan Derus pulang setelah Kedah gagal menewaskan Siam. Selepas mengetahui akan hakikat tentang isterinya, dia kecewa lalu membawa anaknya, Wan Hakim keluar dari Siam. Sejurus itu, tentera Siam menyerang pulau tersebut. Langkawi hancur dan hangus.

    Datuk Pekerma Jaya melarikan diri bersama bersama orang kuatnya, Panglima Hitam. Malangnya, Datuk Pekerma Jaya ditangkap oleh tentera Siam di Sungai Langkanah dan diseksa serta dibunuh dengan kejam. Begitu juga dengan Wan Mahura yang dirogol dan disiksa tentera Siam. Anak mereka, Wan Muhamad Ali bergegas pulang dari Pulau Pinang untuk membalas dendam. Kejayaannya mendorong sultan melantiknya sebagai pengganti ayahnya. Walau bagaimanapun, pulau Langkawi tidak pernah makmur kerana kegiatan lanun dan jenayah berleluasa.

    Penutup Sumpahan

    Sebelum 1980-an, Langkawi memang tidak makmur hinggakan orang mengatakan yang kerbau lebih banyak berbanding manusia di sana. Sewaktu Tunku Abdul Rahman masih menjadi pegawai daerah, Tunku sentiasa melawat Langkawi tetapi tiada siapa yang tahu di mana Mahsuri dikebumikan. 

    Maka, Tunku mencari sehingga menemui sebuah kubur yang tersembunyi lalu dibinakan sebuah makam, yang dikenali sebagai Makam Mahsuri.

    Menjelang 1980-an, Langkawi menjadi lebih makmur (satu daripadanya disebabkan kedatangan pekerja untuk membina makam Mahsuri). Ada yang menyatakan kemakmuran itu disebabkan lahirnya keturunan ketujuh Mahsuri (ada yang mengatakan kelapan) menamatkan segala sumpahan Mahsuri ke atas pulau Langkawi. 

    Keturunan ketujuh Mahsuri iaitu Sirintra Yayee atau Nong May atau nama Melayunya, Wan Aishah binti Wan Nawawi menetap di pulau Phuket, Thailand ketika pertama kali dijejaki.

    Kebetulan pula ketika itu, Langkawi menjadi pusat pelancongan dan jualan bebas cukai lalu menarik lebih ramai pengunjung ke pulau itu. Perdana Menteri Malaysia yang keempat, Tun Dr. Mahathir turut membantu mempromosikan Langkawi dengan menambahkan infrastruktur dan menjadikannya pusat pertunjukan seperti LIMA.

    Walaupun misteri sumpahan Mahsuri sudah berakhir (barangkali), namun hakikatnya segala kejadian itu sudah ditentukan dalam catatan takdir. Terpulang pada kebijaksanaan masing-masing untuk mentafsirkannya. Apa yang pasti, kisah Mahsuri tetap menjadi lagenda yang sukar dilupakan. Mungkin kisah tersebut terus berulang dalam kehidupan kita yang semakin moden ini. Akibat sifat iri hati dan fitnah, orang yang tidak berdosa menjadi korban.

    AYUH KUBURKAN KAPITALIS


    AYUH KUBURKAN KAPITALIS!


    Gerakan Occupy Wall Street semakin mendapat perhatian dan mungkin merebak keseluruh dunia. Krisis ekonomi global sekarang ini menonjolkan penindasan, kerapuhan dan ketaktentuan terhadap sistem ekonomi riba-kapitalis. Ketidakadilan terserlah apabila kerajaan-kerajaan bersedia menyelamatkan bank dan instituisi kewangan yang gagal dengan wang rakyat akibat kerakusan mereka sendiri, tetapi sebaliknya tiada yang berusaha menyelamatkan nasib beribu-ribu rakyat biasa yang kehilangan tempat tinggal dan wang simpanan mereka.

    Golongan biasa rakyat Amerika sekarang memberontak meminta mereka diberi layanan yang sama seperti gergasi perbankan dalam kadar pinjaman mereka. Peminjam ini kebanyakannya pinjaman pendidikan tidak dapat pertimbangan pengurangan kadar interest pinjaman kolej mereka; tidak seperti dinikmati oleh syarikat koperat yang mendapat berbagai keistemewaan dan pengecualian.  


    Akhirnya ia membuahkan hutang yang diluar kemampuan mereka. Sesiapa yang tamat belajar dari kolej akan mempunyai hutang yang mengambil masa berdekad untuk dilunaskan. Purata USD23,000 seorang pelajar; sesiapa yang mengambil ijazah profesional mencecah bebanan enam angka! Inilah bebanan yang menimpa generasi muda Amerika akibat kezaliman sistem riba-kapitalis dan menyebabkan mereka bangkit memberontak dihadapan mercu tanda kapitalis dunia itu sendiri - wall street. Bencana seperti ini juga menimpa setiap generasi muda yang tamat pendidikan tinggi dinegara kita!

    Walaupun negara kita mengembar-gemburkan mengamalkan kewangan Islam tapi hakikatnya ia adalah pembohongan atas nama Islam. Ia lebih kepada pelengkap kepada sistem Kapitalis; bahkan lebih menonjolkan ketidak adilan kepada rakyat yang terdesak. Baru-baru ini seorang rakan menceritakan kepada saya bahawa beliau membuat pinjaman peribadi secara islamik, pinjaman ekpress dengan kaedah syariah dinamakan Financing-i


    Prosedurnya amat mudah, dalam masa 2 hari sahaja beliau mendapat pinjamannya sebanyak RM5,000. Tetapi amat mengejutkan kadar 'keuntungan' yang dikenakan adalah 25% setahun dan dalam masa 5 tahun pinjamannya jumlah penyelesaiannya mencecah RM11,250! Ini merupakan satu omokan terhadap keadilan Islam!

    Padahal dalam al-Quran dengan jelas menyatakan, penambahan hutang akibat penambahan tempoh masa adalah jelas riba;


    "Hai orang-orang yang beriman) janganlah kamu memakan riba dengan berlipat ganda dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keberuntungan." ( QS. Ali Imran:130)

    Ibnu Katsir ketika menafsirkan ayat ini berkata, Allah Ta'ala melarang hamba-hamba-Nya kaum mukminin dari praktik dan memakan riba yang senantiasa berlipat ganda. Dahulu orang-orang jahiliyyah bila hutang sudah lebih tempoh, mereka berkata kepada yang berhutang, 'Engkau menjelaskan hutangmu atau membayar riba.' Bila ia tidak menjelaskannya, maka pemberi hutangpun menundanya dan orang yang berhutang menambah jumlah pembayarannya. 


    Demikianlah setiap tahun; sehingga hutang yang sedikit menjadi berlipat ganda besar jumlahnya. Dan pada ayat ini Allah Ta'ala memerintahkan hamba-Nya untuk senantiasa bertakwa agar mereka selamat di dunia dan di akhirat.

    Baru-baru ini juga saya terdengar dalam radio Ikim tentang porak puranda menimpa masyarakat akibat penindasan bank kapitalis ini. Nasib seorang lelaki yang hidupnya bahagia tiba-tiba berubah selepas beliau mengalami kemalangan motorsikal dan terpaksa berehat dari bekerja dalam tempoh yang lama. Masalahnya bermula apabila beliau tidak mampu menjelaskan bayaran pinjaman perumahan akibat tidak bekerja dan di istiharkan bengkrap oleh mahkamah. Seterusnya beliau terpaksa juga dimasukan penjara kerana tidak mampu juga membayar jumlah yang ditetapkan mahkamah dan menyebabkan rumah tangganya porak peranda. 

    Masalahnya mungkin beliau gagal menyelesaikan pinjaman mungkin hanya RM100,000 tapi kisahnya berlainan jika beliau membuat pinjaman hutang RM1 billion atau RM7 billion; maka pihak berkuasa sedaya upaya akan memberi bantuan, bahkan mungkin mahkamah sendiri akan mempertahankan beliau...

    (Nota: sumber itu baru saya perolehi selepas artikel ini ditulis; hutangnya hanya RM30,000 sahaja..kenapa kita sudah hilang pertimbangan dan menjadi kapitalis yang totok..kemana perginya duit zakat?

    1- http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Rayubebassuamimuflisdaripenjara/Article/index_html
    2 - http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sudahdiisytiharmuflis_dipenjarapulasebulan/Article )

    Pernah saya bertanya kepada seorang pengurus perbankan Islam terkemuka, bagaimanakah sistem perbankan Islam menetapkan kadar keuntungan? Beliau mengatakan tidak pasti, beliau hanya membuat pengiraan berdasarkan tetapan yang dibuat oleh perisian komputer dan kadarnya adalah selaras dengan jumlah pasaran semasa. 


    Perbezaannya hanyalah dari segi terma-terma instrument kewangan. Sebenarnya setakat ini tidak adapun rumusan formula yang berdasarkan Syariah. Semua ekonomi berdasarkan sistem kapitalis, yang menetapkan kadar keuntungan akan bertambah apabila bertambahnya masa. Semuanya berdasarkan formulasiTime Value Money.

    Krisis kapitalis dan kononnya perbankan syariah hari ini ialah kerana mereka tidak percaya bahawa riba itu bukan perniagaan, pinjaman ialah jumlah hutang yang tidak bertambah dengan masa dan sedekah lah yang sebenarnya mengembangkan ekonomi!

    Perbankan Syariah cuba berselindung bahawa pinjaman itu adalah perniagaan, tetapi kalau perniagaan mereka mesti menanggung untung rugi bukan mengaut keuntungan semata-mata. Khilafah Islam telah membuktikan dan tersurat dalam sejarah apabila kewangan Islam dijalankan sepenuhnya; kemiskinan berjaya dihapuskan secara total. 

    Kita cabar kapitalis ini tunjukkan modelnya yang kemiskinan boleh dihapuskan...hakikat sebenarnya kekayaan yang mereka maksudkan ialah hutang..debt based money system...hutang itu mereka cagarkan keatas kepala rakyat dan negara..NAH INILAH PEMBANGUNAN YANG KAMU MINTA!

    Allah dan Rasulnya telah lama mengistiharkan perang terhadap Riba-Kapitalis, apakah yang menghalang kita untuk turun berjuang?


    "Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat). Dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa, dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa." (Al-Baqarah 2:279)


    US Kudakan Saudi Jatuhkan Kerajaan Islam


    US Kudakan Saudi Jatuhkan Kerajaan Islam


    US dalam usahanya menjajah Iran iaitu Kerajaan Islam terakhir abad ini mengadakan berita kononnya Iran terlibat dalam rancangan untuk membunuh duta Saudi ke US. Sebagai orang yang beriman, sikap kita terhadap berita sedemikian patutnya berpandukan firman Allah dalam al-Quran;

    "Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini - dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan. (Al-Hujuraat 49:6) "

    Yakni ketika suatu berita telah sampai pada kalian tentang suatu jama'ah atau suatu kaum atau suku atau tentang seseorang bahwa dia telah berbuat demikian dan demikian. Maka janganlah engkau tergesa-gesa pada suatu perkara sehingga engkau memiliki bukti dari kebenaran berita tersebut.

    Sebab turunnya kalam Allah Ta'ala ( إِن جَاءَكُمْ فَاسِقٌ ) ini adalah sebagaimana yang telah disebutkan oleh Al - Hafidz Ibnu Katsir rohimahulloh dan selain beliau bahwa ayat ini turun pada kabilah Mustolaq, suatu kabilah yang telah masuk Islam, dan Nabi s.a.w memerintahkan mereka dan selain mereka untuk membayar zakat dari kalangan kaum muslimin, akan tetapi terdengar kabar bahwa kabilah ini enggan membayar zakat akan tetapi Nabi s.a.w tidak tergesa-gesa dalam memutuskan sampai Allah Ta'ala mewahyukan ayat ini.

    Kemudian datanglah pemimpin kabilah tersebut kepada Nabi s.a.w dalam keadaan meminta udzur dan dia menjelaskan kepada Nabi s.a.w bahwa utusan beliau dan surat beliau belum sampai pada mereka. Dan Allah S.W.T telah menjaga Nabi s.a.w dari ketergesa-gesaan dan pemahaman yang salah atas suatu kaum padahal mereka tidaklah berdosa. Dan hanyasannya utusan yang diutus oleh Nabi belum sampai pada mereka disebabkan dari sebab-sebab yang Allah S.W.T lebih mengetahuinya. Maka mereka adalah orang-orang yang tidak menghalangi atas penunaian zakat dan tidaklah mereka menyelisihi perintah Allah S.W.T.

    Menteri Luar Saudi, Putera Saud al-Faisal ketika di tanya pemberita di Austria tentang berita tersebut dengan lantang menyatakan," Mereka akan bertanggungjawab terhadap tindakan yang mereka lakukan, dan kami akan mengambil tindakan sewajarnya". Seperti kebiasaan Saudi menanggap US adalah rakan sejati mereka dan pasti akan mendapatkan bantuan ketenteraan US untuk mehancurkan Iran, kerjasama bagi meluaskan penguasaan US-Yahudi didunia Islam.

    Rancangan Saudi dan US untuk menyerang Iran bukanlah perkara baru, seperti didedahkan oleh lapuran Wikileaks, Menteri Luar Saud al-Faisal semasa perjumpaan di Kaherah dengan diplomat US David Satterfield pada May 2008. Beliau meminta dikerahkan askar arab yang disokong kekuatan udara US dan NATO untuk menghancurkan Hizbollah yang menentang Israel dengan penyokong kuatnya iaitu Iran.

    Pendedahan oleh wikileak ini merupakan satu penghinaan, tidak pernah berlaku dalam sejarah Islam seorang pemimpim yang mengaku Penjaga Dua Tanah Suci (Mekah & Madinah) meminta bantuan musuh Islam dan Umat Islam apatah lagi dari pemimpin Yahudi & Nasrani untuk melancarkan peperangan keatas negara Islam lain (Iran).

    Pakatan Saudi-US bagi menghancurkan dan menjajah negara Islam lain berlaku dari dulu lagi. Ia bermula dengan penyerahan Palestin kepada Yahudi juga hasil kerjasama Saudi dan US, begitu juga penjajahan terhadap Iraq dan Afghanistan. 


    Dalam penjajahan terhadap Iraq, Saudi menerima bulat-bulat saranan US bahawa Saudi akan diserang oleh Saddam. Dengan serta-merta Saudi memberikan kerjasama sepenuhnya kepada US dan menyediakan sebuah bandar Dahran sebagai pengkalan ketenteraan US untuk melakukan serangan keatas Iraq. Dalam perang Afghanistan, Saudi dan US bekerjasama mewujudkan kononnya rangkaian al-Qaeda bagi mengesahkan serangan keatas Afghanistan. 

    Hubungan akrab King Abd Aziz dan Franklin D. Roosevelt

    Kerjasama Saudi-US ini bermula sejak dari penubuhan awal Saudi selepas menjatuhkan kerajaan Khilafah. Pada tahun 1897, Zionist merancang untuk menubuhkan sebuah negara Yahudi di Palestin. Sepuluh tahun kemudian dalam tahun 1907 British memutuskan dalam London Colonial Conference untuk membentuk sebuah kerajaan yang sentiasa menjadi Timur Tengah dalam keadaan tidak aman. Ini membawa kerjasama British dan Zionist bersama dan mereka bergabung menjatuhkan kerajaan Othmaniyyah Turki ketika perang dunia 1.

    Abdul Aziz Ibn Al Saud bersama dengan pemimpin kabilah yang lain, semuanya telah diberi habuan rasuah, menyokong dan memberi bantuan sepenuhnya kepada British dan Zionist bagi menumbangkan kerajaan Othmaniyyah di Turki dan menghapuskan Islam dari sana (penguasaan Atartuk). Sebagai balasannya, British melalui perjanjian Treaty of Frienship pada 1916, telah menobatkan Abdul Aziz Ibn Al Saud sebagai pemimpin dengan penguasaan terhadap Najd dan penawanan Riyadh.

    Sesungguhnya Rasullah s.a.w telah memberi amaran tentang fitnah yang datang dari Najd ini;

    Telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Al Mutsanna yang berkata telah menceritakan kepada kami Husain bin Hasan yang berkata telah menceritakan kepada kami Ibnu ‘Aun dari Nafi’ dari Ibnu Umar yang berkata [Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam] bersabda “Ya Allah berilah keberkatan kepada kami, pada Syam kami dan pada Yaman kami”. Para sahabat berkata “dan juga Najd kami?”. Beliau bersabda “disana muncul kegoncangan dan fitnah, dan disanalah muncul tanduk setan” [Shahih Bukhari 2/33 no 1037]

    Ada juga sumber yang mengatakan bahawa Saud inilah keturunan Dzul Khuwaisirah yang diberitahu Rasulullah s.a.w dalam hadis ini;

    Telah menceritakan kepada kami Abul Yaman yang berkata telah mengabarkan kepada kami Syu’aib dari Az Zuhri yang berkata telah mengabarkan kepadaku Abu Salamah bin ‘Abdurrahman bahwa Abu Sa’id Al Khudri radiallahu ‘anhu berkata kami bersama Rasulullah [shallallahu ‘alaihi wasallam] dan Beliau sedang membagi harta rampasan perang, tiba-tiba datanglah Dzul Khuwaisirah dan dia seorang laki-laki dari bani Tamim, ia berkata “wahai Rasulullah berbuat adillah!”. 


    Rasulullah [shallallahu ‘alaihi wasallam] berkata “celaka engkau, siapa yang bisa berlaku adil jika aku dikatakan tidak berlaku adil, sungguh celaka dan rugi jika aku tidak berlaku adil”. Umar berkata “wahai Rasulullah izinkanlah aku memenggal lehernya”. 


    Rasulullah [shallallahu ‘alaihi wasallam] berkata “biarkanlah ia, sesungguhnya ia memiliki para sahabat dimana salah seorang dari kalian menganggap kecil shalat kalian dibanding shalat mereka dan puasa kalian dibanding puasa mereka, mereka membaca Al Qur’an tetapi tidak melewati tenggorokan mereka, mereka keluar dari agama seperti keluarnya anak panah dari busurnya. 


    Dilihat mata panahnya maka tidak nampak apapun, dilihat pegangan panahnya maka tidak nampak apapun, dilihat batang panahnya maka tidak nampak apapun, dilihat bulu panahnya maka tidak nampak apapun sungguh ia mendahului kotoran dan darah


    Ciri-ciri mereka adalah seorang laki-laki hitam yang salah satu lengannya seperti payudara perempuan atau seperti daging yang bergerak-gerak dan mereka keluar saat terjadi perselisihan di antara orang-orang. Abu Sa’id berkata “aku bersaksi bahwa aku mendengar hadis ini dari Rasulullah [shallallahu ‘alaihi wasallam] dan aku bersaksi bahwa Ali bin Abi Thalib telah memerangi mereka dan ketika itu aku bersamanya, maka ia [Ali] memerintahkan untuk mencari laki-laki itu, akhirnya orang itu ditangkap dan dibawa kehadapannya maka aku bisa melihat ciri-ciri yang disebutkan oleh Rasulullah [shallallahu ‘alaihi wasallam] [Shahih Bukhari 4/200 no 3610] 

    Sikap Dzul Khuwaisirah ini amat nyata dalam fahaman agama mereka yang ibadat mereka adalah tulin bahkan hebat melebihi Rasulullah s.a.w. Kita dapat lihat mereka telah menghapuskan semua tinggalan oleh Nabi s.a.w dan para sahabat yang amat penting untuk iktibar umat Islam dan menjadikan Mekah dan Madinah sebuah bandaraya metropolitan yang mengundang penguasaan Yahudi dalam gedung-gedung perniagaan dan perhotelan!


    Wallahu'alam.


    Pemandu lori berang Polis sebut "pukimak"

    KECELUPARAN seorang anggota Polis yang didakwa menyebut perkataan "pukimak" ditujukan kepada seorang pemandu lori, mengundang suasana tegang di sebuah lokasi kemalangan.

    Pemandu lori yang berang, tidak dapat mengawal emosi terus turun dari lori yang dipandunya lantas memarahi dan mengherdik anggota Polis tersebut. Pemandu lori berbangsa India itu turut mencabar anggota Polis agarmembuka pakaian seragamnya jika mahu dipukul.


    Anggota Polis yang diherdik tersebut tidak mahu kalah, sebaliknya turut sama mencabar pemandu lori agar memukulnya. Namun beliau dilihat tenang dan tidak memilih untuk membuka pakaian seragamnya.

    Ramai pengguna jalanraya yang lalu-lalang di kawasan kemalangan tersebut memperlahankan kenderaan kerana hairan dengan situasi pergaduhan "Polis lawan pemandu lori" itu.

    Seorang lagi anggota polis difahamkan sebagai rakan sekerja anggota Polis yang bergaduh, bertindakmeleraikan pergaduhan itu sambil berpura-pura bercakap di telefon bimbitnya.

    Salah seorang saksi yang berada di tempat kejadian sempat merakamkan suasana pergaduhan tersebut. Di bawah ini hasil rakamannya.


    Popout

    Sumber: [FreeMalays]

    ReJaM© "Budak-budak, kalau mencarut kena penampar mak bapak..."