ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Tuesday, 29 November 2011

PENIPUAN BIASA YANG SEMUA ORANG TAHU


PENIPUAN BIASA YANG SEMUA ORANG TAHU




HAJI EXPRESS DAPAT WAHYU




NAJIB MAHU UMNO SEDIA HADAPI PRU LUAR BIASA – minsider

Najib Razak mahu Umno mengutamakan perpaduan dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13, yang presiden parti itu melihat sebagai “sesuatu yang luar biasa” bagi perikatan yang mengepalai kerajaan pusat.

Najib (sila lita gambar) yang juga Perdana Menteri mengarahkan pemimpin-pemimpin kanan parti pada satu taklimat di sini agar tidak memandang mudah atau mengambil ringan pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan itu katanya, pemimpin-pemimpin parti seharusnya bertindak agak luar biasa kali ini.

“Beliau telah meminta pemimpin-pemimpin peringkat bahagian dan akar umbi agar bekerja luar biasa sebab pilihan raya ini adalah sesuatu yang luar biasa... banyak cabaran dan beliau mahu kami utamakan perpaduan,” kata Ahmad Zahid Hamidi.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KLA

woit...APA YANG LUAR BIASA?.... kah kah kah

kah kah kah.... LUAR BIASA INI PASAL APA?.... kah kah kah..

kah kah kah...PASAL MUHYIDDIN SUDAJH BUAT TIM KABINET KE?... kah kah kah....

1 – duit tambah banyak
2 - beli bakal calon pakatan rakyat
3 – sorok peti undi
4 – spr akan batalkan calon pakatan
5 – banyak calon bebas
6 – upah parti nyamuk untuk jadi calon
7 – culik bakal calon pakatan 

jenge jeng jeng
jeng jeng jen

INI DUA LUAR BIASA
1 – bawa keluar pengundi pilipina din sabah
2 – bawa keluar mat indon untuk selangor
3 – bawa keluar mat bangla untuk selangor

INI LAGI LUAR BIASA
1 – tiap kawasan parlimen tetiba ada 2000++ askar
2 – tiap kawasan parlimen tetiba ada 2000++ ada polis
3 – tiap kawasan parlimen tetiba ada 2000++ wataniah

DAN DAN DAN

bila nak turun demo membantah
dah ada undang undamng yang lulus petang ini
ini lah yang luar biasa
kah kah kah

TERUSKAN PERLAWANAN KITA


Mansuh Ordinan Darurat 1969: PETRONAS WAJIB Bayar Royalti Petrolium Kelantan Darul Naim

Sebelum korang baca artikel penuh gua, gua harap lu orang dapat singgah dekat sinisini & sini sebagai bahan rujukan terpenting untuk abad ini.Mekasih...

20hb. Februari, 2010, KERAjaan melalui akhbar-akhbar proksinya telah mengeluarkan iklan penuh 1 mukasurat (rujuk keratan akhbar diatas) dengan tajuk: Penjelasan Isu Tuntutan Hasil Petrolium Negeri Kelantan.

Antara hujah-hujah KERAjaan dalam iklan berkenaan ialah (gua siarkan entri penuh penjelasan dibawah):

Semua negeri termasuk Kelantan bertaraf sama di sisi Akta Kemajuan Petroleum 1974. Semua Negeri yang mendatangani perjanjian dengan Petronas pada tahun 1975/76 akan mendapat bayaran tunai sebanyak 5% daripada nilai petroleum yang dijumpai dalam negeri berkenaan.

1. Apakah istilah yang disebut dalam Akta kemajuan Petroleum 1974 mengenai pembayaran hasil minyak dan gas?

Istilah yang diguna pakai bagi maksud pembayaran tersebut adalah "bayaran tunai" sebanyak 5% dan perkataan "royalti" tidak digunakan dalam mana-mana istilah Akta berkenaan.

2. Apakah kelayakan kerajaan-kerajaan negeri untuk mendapatkan bayaran tunai 5% seperti yang disebut dalam perjanjian antara Petronas dan kerajaan Negeri tahun 1975/1976?

Telaga minyak atau gas mesti berada dalam sempadan negeri iaitu bumi negeri berkenaan serta perairan wilayah negeri iaitu sejauh 3 batu nautika yang diukur dari paras air surut (ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No.7 Tahun 1969).

3. Adakah Kerajaan Negeri Kelantan atau mana-mana kerajaan negeri di Semanjung berhak menuntut bayaran tunai hasil minyak dari Petronas?

Negeri Kelantan atau mana-mana kerajaan negeri di Semanjung tidak berhak kerana semua telaga minyak dan gas ynag mengeluarkan hasil di semenanjung pada masa ini berada di luar perairan wilyah negeri melebihi 3 batu nautika. Oleh yang demikian apa-apa hasil ynag diperolehi di luar perairan negeri melebihi 3 batu nautika adalah hak milik Kerajaan Persekutuan.

4. Apakah kedudukan Sabah dan Sarawak dalam isu pembayaran royalti?

Sebelum tahun 1974, kerajaan negeri Sabah dan Sarawak teleh sedia mempunyai kedudukan tersendiri terhadap hak royalti melalui kuatkuasa perjanjian serta kuatkuasa Akta Pelantar Benua 1966. Ia merupakan sejarah dan hak istemewa yang diiktiraf semasa menyertai Malaysia pada tahun 1963.

5. Apakah yang dimaksudkan dengan bayaran Wang Ehsan?

Wang Ehsan adalah sumbangan atau bantuan yang disalurkan berasaskan budi bicara Kerajaan Persekutuan kepada negeri-negeri termasuk Kelantan. Sumbangan ini adalah di luar skop/bidang kuasa Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan perjanjian yang ditandatangani antara Petronas dan kerajaan negeri pada tahun 1975/76. Bantuan ini diberikan adalah semata-mata atas kesedaran dan tanggungjawab berasaskan keprihatinan Kerajaan Persekutuan terhadap kebajikan negeri dan rakyat.

6. Mengapakah Wang Ehsan yang ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada negeri Kelantan hanya berjumlah kira-kira RM20 juta?

Kerajaan Persekutuan memberikan peruntukan ini atas dasar ehsan berhubung dengan gas yang dihasilkan di kawasan perairan Persekutuan. Kerajaan negeri kelantan tiada hak dalam kawasan itu kerana ianya di luar perairan 3 batu nautika.

7. Apakah kedudukan kenyataan dari bekas Pengerusi Petronas, YB Tengku Razaleigh Hamzah bahawa royalti patut dibayar kepada negeri Kelantan dari hasil petroleum yang diperolehi dari luar perairan negeri tersebut serta mempertikaikan pemberian Wang Ehsan.

Kenyataan YB Tengku Razaleigh Hamzah, ahli parlimen Gua Musang perlu dilihat sebagai pendapat peribadi beliau semata-mata. Sebarang keputusan yang diambil berkenaan hak pembayaran royalti perlu dibuat berasaskan peruntukan undang-undang yang berkaitan serta perjanjian-perjanjian yang ditandatangani di antara Petronas dengan kerajaan-kerajaan negeri.

YB Tengku Razaleigh Hamzah pernah menjelaskan bahawa kerajaan PASA Terengganu tidak boleh mempertikaikan kedududkan Wang Ehsan kerana wang disalurkan selama ini walaupun atas nama royaliti minyak, bukanlah hak negeri.

Beliau juga menyatakan semasa Petronas ditubuhkan telah dinyatakan bahawa tiada sebuah negeri pun di Semenanjung berhak ke atas hasil minyak yang dijumpai di kawasan yang berada di luar "wilayah" mereka (Bernama - 1Novembe, 2000).

Walaupun YB Tengku Razaleigh Hamzah telah mengubah pendiriannya pada masa ini, kedudukan undang-undang masih tidak berubah. Rakyat dan negara wajib menghormati undang-undang negara.

8. Apakah Ketua Pembangkang maklum tentang kedudukan hak kerajaan-kerajaan negeri dalam hal ini?

Berdasarkan kedudukan peruntukan perundangan yang sedia ada, Ketua Pembangkang sedar kerajaan negeri tidak ada hak terhadap apa-apa bayaran tunai atau royaliti berkaitan hasil petroleum yang diterokai di luar perairan wilayah negeri. Oleh keran itu, Ketua Pembangkang pernah cuba mengusulkan cadangan pindaan Akta kemajuan Petroleum 1974 di Parlimen pada Disember 2009 yang lalu.

Dengan itu Ketua Pembangkang sendiri menyedari bahawa kerajaan negeri Kelantan tiada hak atas mana-mana telaga minyak atau gas yang berada dalam kawasan Persekutuan.

Diterbitkan oleh: Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Malaysia
Sekarang kita pergi kepada hujah no 2 pada iklan tersebut dimana KERAjaan menyebut bahawa:
2. Apakah kelayakan kerajaan-kerajaan negeri untuk mendapatkan bayaran tunai 5% seperti yang disebut dalam perjanjian antara Petronas dan kerajaan Negeri tahun 1975/1976?

Telaga minyak atau gas mesti berada dalam sempadan negeri iaitu bumi negeri berkenaan serta perairan wilayah negeri iaitu sejauh 3 batu nautika yang diukur dari paras air surut (ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) No.7 Tahun 1969).
Seterusnya gua pergi pada tarikh 24hb. November, 2011:
Najib bentang usul mansuh tiga proklamasi darurat.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini membentangkan usul memansuhkan tiga Proklamasi Darurat pada persidangan Dewan Rakyat.

  1. Tiga proklamasi yang dikeluarkan oleh Yang di-Pertuan Agong itu adalah:Proklamasi Darurat 1966, Proklamasi Darurat 1969 dan Proklamasi Darurat 1977.
  2. Proklamasi Darurat 1969 dikeluarkan pada 15 Mei 1969 berikutan rusuhan kaum pada 13 Mei tahun itu.
  3. Proklamasi Darurat 1966 dan Proklamasi Darurat 1977 yang masing-masing dikeluarkan pada 14 September 1966 di Sarawak dan 8 Nov 1977 di Kelantan bertujuan menyelesaikan pertikaian politik yang berlaku di kedua-dua negeri berkenaan.
Perdana Menteri, semasa membentangkan usul itu, berkata langkah memansuhkan proklamasi darurat itu dilakukan berikutan keadaan yang mengancam keselamatan dan ketenteraman awam pada masa proklamasi itu berkuatkuasa, tidak lagi wujud pada masa ini.

Katanya, apa-apa ordinan yang dibuat di bawah Proklamasi Darurat berkenaan dan undang-undang yang dibuat di bawah Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan semasa Proklamasi Darurat itu akan terhenti berkuatkuasa selepas tamat tempoh enam bulan dari tarikh Proklamasi Darurat itu dibatalkan.

Beliau juga menyifatkan pembatalan perundangan itu sebagai penting lagi bersejarah, dan sama berani dengan langkah-langkah pemimpin terdahulu untuk mengisytiharkan darurat.
"Pembatalan Proklamasi Darurat tersebut itu membuktikan bahawa kerajaan sentiasa bersedia untuk melakukan pembaharuan dalam undang-undang negara supaya selaras dengan kehendak semasa dan mengukuhkan lagi usaha kerajaan untuk memastikan negara ini sentiasa maju ke hadapan.

"Tindakan ini juga diambil kerana kita percaya dengan kematangan rakyat Malaysia," katanya.

Katanya, langkah pemansuhan proklamasi berkenaan ialah fasa kedua terhadap Program Transformasi Politik (PTP) seperti yang diumumkan sempena sambutan Hari Malaysia September lalu.

Fasa pertama membabitkan pemansuhan Akta Buang Negeri 1959 dan Akta Kediaman Terhad 1933.

"Justeru, kerajaan akan membentangkan rang undang-undang yang perlu pada Mac tahun 2012," katanya.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri sempat membidas pembangkang yang sanggup menjanjikan apa sahaja bagi mendapatkan sokongan rakyat.

"Ujian sebenar bagi sesebuah kerajaan adalah melakukan sesuatu apabila ia sedang berkuasa berbuat demikian. Lantas, jika masih belum membentuk kerajaan, maka kita dapati pihak tertentu boleh saja secara sembrono menjanjikan bulan, bintang mahupun cakerawala Bima Sakti.

"Barangkali juga mereka mengatakan, 'cubalah dahulu', namun saya yakin dan saya pasti bahawa rakyat Malaysia tidak akan sekali-kali tega memperjudikan masa depan mereka secara melulu, sebaliknya akan terus memberikan kepercayaan mereka kepada barisan kita, yakni 'the tried and tested' (dicuba dan diuji)," katanya.
Merujuk kepada perkembangan dan pengisytiharan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia merangkap Presiden UMNO & juga Presiden Barisan Nasional, gua amat-amat bersetuju dengan kenyataan dibawah:
PM Perlu Isytihar Kelantan Berhak Dapat Royalti.

Ahli parlimen PAS menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membuat satu perisytiharan bahawa Kelantan berhak mendapat bayaran royalti petroleum.

Salahudin Ayub (PAS-Kubang Kerian) ketika membahaskan usul pembatalan Ordinan Darurat di Dewan Rakyat berkata, dengan pembatalan Ordinan Darurat 1969, bermakna sekatan royalti kepada Kelantan juga perlu dihentikan.

Seksyen 4(2) Ordinan (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1969 menyebut negeri di dalam Malaysia mempunyai perairan wilayah hanya setakat tiga batu nautika (5.5 kilometer) diukur dari paras air surut.

"Inilah hujah yang digunakan Datuk Seri Nazri Aziz sewaktu menggulung perbahasan kami dalam isu royalti bahawa Kelantan tak berhak mendapat royalti.

"Jadi dengan pembatalan ordinan ini pada pagi tadi, jelas PM mesti kembali isytiharkan bahawa Kelantan berhak mendapat royalti," katanya pada sidang media selepas itu.

Turut serta pada sidang media itu, Datuk Mahfuz Omar (Pokok Sena) dan Dr. Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor).

Membuat desakan lanjut, Salahudin yang juga Naib Presiden PAS berkata, tidak ada guna pembatalan tersebut jika perkara-perkara yang diwartakan dibawahnya masih kekal dikuatkuasa.

Pagi tadi Najib membentangkan usul membatalkan Proklamasi Darurat yang masih berkuat kuasa selepas lebih daripada 40 tahun ia digubal.

Ianya adalah Perisytiharan Darurat 1966 di Sarawak, Perisytiharan Darurat 1969 di Persekutuan dan Perisytiharan darurat 1977 di Kelantan.

Suruhanjaya siasatan

Sementara itu, Dr. Dzulkefly menggesa satu suruhanjaya siasatan ditubuhkan bagi mengkaji semula kesan penggubalan ordinan darurat itu sejak 40 tahun lalu terhadap hak asasi manusia.

Selain itu, beliau turut meminta kerajaan khususnya menteri di jabatan perdana menteri menyenaraikan ordinan yang digubal sepanjang tempoh darurat itu dikuatkuasakan.

Modus operandi TV3 celaka buat fitnah!


Bongkar! Modus operandi TV3 celaka buat fitnah!

ARTIKEL sebelum ini di MiLo SuaM ada mendedahkan bagaimana sekumpulan budak-budak bawah umurmuncul di saat orang ramai berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja sebelum berarak ke parlimen rujuk sini [budak-budak]

Memang agak "suspicous" kenapa budak-budak bawah umur ini memakai baju kuning, kemudian membawa banner menyokong seksualiti merdeka? Seperti ada agenda tersembunyi.


Oleh kerana tidak berpuas hati, maka salah seorang aktivis Jingga 13 bersama seorang wartawan wanita dari Suara Keadilan pergi menemubual mereka.

Mereka mendakwa memakai baju kuning kerana menyertai satu program konvoi "suka-suka" ke Melaka dan singgah di situ (parlimen) juga kerana "suka-suka" atau saja-saja.

Pada mulanya mereka tidak mengaku memakai baju kuning, tapi akhirnya mereka menjelaskan bahawa mereka membuka baju kuning tersebut kerana "panas".

Semasa ditanya adakah mereka tahu perhimpunan apa yang sedang berlangsung? Mereka menjawab tidak tahu dan mereka tidak layak menyertai perhimpunan itu.

Saksikan video rakaman temuramah tersebut di bawah ini.

Popout

Rupa-rupanya segala persoalan ini terbongkar. Budak-budak bawah umur ini memang sengaja diupah untuk menyamar kononnya sebagai penyokong Bersih 2.0 (baju kuning), juga menyamar sebagai "penyokong seksualiti merdeka" (bawa banner).

Peranan TV3 Al-Musyrikin pula menyebarkan berita palsu kononnya "Walk for democracy" atau perhimpunan membantah akta perhimpunan aman 2011 dan Bersih 2.0 menyokong Seksualiti Merdeka (atau kebebasan seks kata TV3).

Saksikan laporan Buletin Utama di bawah ini.

Popout

Lihat dengan mata kepala anda sendiri, mereka sanggup mengupah budak-budak bawah umur untuk membuat kerja terkutuk memperbodohkan orang kampung. Ini namanya media haram jadah!


ReJaM© "Bodohkan rakyat untuk terus berkuasa, dosa pahala tolak tepi..."
ShareKeep unreadSend to

    Tiada sokongan, terpaksa pergunakan budak-budak

    SATU perhimpunan aman yang dianjurkan oleh peguam-peguam seluruh Malaysia baru sahaja berlangsung di Parlimen hari ini.

    Perhimpunan tersebut dengan tema "walk for freedom" diadakan bagi membantah akta perhimpunan aman 2011 yang akan dibentangkan di parlimen.

    Rasanya sudah banyak blog-blog dan portal berita yang melaporkan hal ini, maka tak perlulah ReJaM© buat perkara yang sama.


    Kali ini ReJaM© nak bongkarkan sudut yang barangkali tidak didedahkan oleh media iaitu bagaimana budak-budak dipergunakan kononnya untuk menghalang perhimpunan ini.

    Semasa para peserta perhimpunan berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja, Kuala Lumpur sebelum berarak ke parlimen, sekumpulan budak-budak dilihat berada di kawasan berhampiran.

    Mereka dikatakan kumpulan yang ditaja oleh pihak tertentu untuk membantah perhimpunan ini. Kesemua mereka dilihat memakai baju kuning.


    Menyedari gambar mereka diambil berulang kali oleh pihak media, tiba-tiba mereka membuka dan melipat-lipat baju itu di celah ketiak.



    Apabila ditanya, apa tujuan mereka datang ke situ? Salah seorang dari mereka menjawab mereka datang suka-suka.

    Mereka pada mulanya tidak mengaku ada memakai baju kuning, namun selepas kami mengatakan bahawa kami ada gambar bukti, mereka akhirnya mengaku.

    Mereka mendakwa "berkonvoi" dari Melaka beramai-ramai dengan baju kuning tersebut mengikuti satu program "suka-suka".

    Pelik tapi benar, berkonvoi dari Melaka boleh singgah sebentar di parlimen alasan apakah ini? Lebih lucu ada juga program "suka-suka" siapalah yang anjurkan ye?



    ReJaM© "Boss diorang ni lupa nak ajar cara bagi alasan kah kah kah"

    Azan persoal 12 pinjaman KWSP tiada jaminan Kerajaan

    Azan persoal 12 pinjaman KWSP tiada jaminan Kerajaan
    (Oleh: Nabihah Hamid)

    KUALA LUMPUR 29 Nov : Ahli Parlimen Indera Mahkota , Azan Ismail mempersoalkan 12 pinjaman sektor kerajaan daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak mendapat jaminan Kerajaan.
    Azan berkata, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin tidak menjawab apa yang dibangkitkan beliau di sidang dewan rakyat hari ini.
    “Hanya satu pinjaman saja yang ada jaminan kerajaan. Kita mempersoalkan 12 (pinjaman) kenapa tidak ada jaminan kerajaan. Tapi Menteri Awang Adek menjawab ‘pinjaman yang selamat’,”
    “Kita tak boleh pakai alasan  macam tu, kenapa prosedur kata memberi pinjaman perlu ada jaminan kerajaan?,” katanya ketika ditemui di Parlimen.
    Menurut Azan, soalan beliau berdasarkan laporan Ketua Audit Negara 2010 yang mendedahkan pinjaman KWSP bernilai RM55.1 bilion dilulus tanpa  jaminan kerajaan.
    Laporan Ketua Audit yang dikeluarkan bulan lalu juga  mendapati hanya satu daripada 13 peminjam yang layak mendapatkan pinjaman tanpa jaminan tersebut.
    Menjawab soalan beliau hari ini, Awang Adek memberitahu kerajaan dan institusi korporat meminjam wang KWSP sebanyak RM83.7 bilion setakat Jun tahun ini.
    Sebanyak RM79.41 bilion atau 95 peratus adalah pinjaman kepada kerajaan manakala baki RM4.31 bilion atau lima peratus adalah pinjaman kepada institusi korporat.
    Kata Azan Lagi, jawapan Awang Adek bahawa KWSP tidak memberi pinjaman kepada syarikat berisiko tinggi juga mengelirukan, kerana Tenaga Nasional Berhad contohnya, mengalami kerugian  kira-kira RM453 juta.
    “Kita (KEADILAN) bimbang dan takut macam pelaburan sebelum ini dilaburkan kemudian hilang. Ini kerana kita menyebut wang EPF yang disumbangkan oleh rakyat,” katanya.
    Menurutnya jika pinjaman diberikan kepada sesebuah syarikat tanpa jaminan, risiko untuk kehilangan wang yang dipinjamkan itu adalah tinggi.
    “Kita perlu pertahankan (wang KWSP), jadi mesti ada jaminan yang kukuh. Wang rakyat akan hilang dan kerajaan sepatutnya tumpukan kepada pelaburan yang mendatangkan keuntungan,” katanya.


    AMK kecam lantikan KSN, KSU dari swasta

    AMK kecam lantikan KSN, KSU dari swasta
    KUALA LUMPUR 29 Nov: Angkatan Muda KEADILAN (AMK) menentang tindakan kerajaan mengubah suai skim jawatan utama atau premier perkhidmatan awam peringkat JUSA dan Turus bagi membolehkan kepakaran luar termasuk swasta memegang jawatan itu.
    Timbalan ketua penerangannya Najwan Halimi berkata, ia memperlihatkan seolah-olah perdana menteri tidak mempunyai keyakinan kepada kualiti dan kemampuan penjawat awam sedia ada.
    “AMK ingin menimbulkan persoalan; mengapakah jawatan-jawatan tertinggi dan strategik kerajaan ini dengan sewenang-wenangnya ‘diswastakan’ di bawah agenda transformasi Perdana Menteri?
    “Apakah jaminan kerahsiaan maklumat kerajaan yang boleh diberi menerusi pelaksanaan program ini sekiranya wujud ruang kondusif untuk tenaga profesional swasta keluar masuk dengan mudah?,” soal beliau.
    Beliau mengulas laporan Utusan Malaysia bahawa,  di bawah skim itu, mana-mana pekerja swasta yang berminat mengisi Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) dari JUSA C dan sehingga ke peringkat tonggak, Turus boleh berbuat demikian.
    Memetik sumber, akhbar itu melaporkan, jawatan terbabit boleh menjangkaui sehingga kedudukan Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan Ketua Setiausaha (KSU) sesebuah kementerian.
    Di bawah program itu, kesemua KSU akan dikehendaki meletak jawatan dan memohon semula secara kontrak; sementara pihak dalam dan luar perkhidmatan awam boleh memohon.
    Menurut Najwan, di negara maju, jawatan utama dan strategik dalam sektor perkhidmatan awam tidak dikontrakkan, malah diberikan kepada penjawat awam yang berpotensi dan berkemahiran luas.
    Ia katanya turut diberikan kepada golongan masih muda berumur sekitar 35 ke 40-an.
    ShareKeep unreadSend to

      Kerajaan, korporat pinjam wang KWSP RM84 bilion

      Kerajaan, korporat pinjam wang KWSP RM84 bilion

      KUALA LUMPUR 29 Nov: Kerajaan dan institusi korporat meminjam wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM83.7 bilion setakat Jun tahun ini.
      Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata, jumlah berkenaan adalah bagi pelaburan dalam bentuk pinjaman dan sebahagian besarnya adalah jaminan kerajaan.
      Menurutnya, nilai tersebut sebanyak RM79.41 bilion atau 95 peratus adalah pinjaman kepada kerajaan manakala baki RM4.31 bilion atau lima peratus adalah pinjaman kepada institusi korporat.
      “Pinjaman yang diberikan KWSP adalah dijamin dengan sekuriti atau jaminan yang bersesuaian bagi memastikan pinjaman tersebut berkualiti.
      “Dalam melaksanakan tanggungjawabnya dengan penuh berintegriti, telus dan profesional, governance stucture telah dipertingkatkan seiring dengan pertumbuhan asetnya,” katanya.
      Beliau menjawab soalan Azan Ismail (KEADILAN-Indera Mahkota) yang ingin mengetahui mengenai kedudukan jumlah pinjaman KWSP kepada institusi korporat, lapor Sinar Harian.
      Sementara itu, Awang memaklumkan KWSP tidak memberi pinjaman kepada syarikat berisiko tinggi tetapi hanya kepada syarikat yang mempunyai kaitan kerajaan dan mempunyai aset.
      Semua bentuk pelaburan KWSP dipantau dan dinilai Panel Pelaburan dan Risiko KWSP sebagai jaminan bahawa pinjaman itu selamat.
      “Bagaimanapun keputusan panel ini perlu mendapat kelulusan Menteri Kewangan yang perlu ditapis di peringkat kementerian. Saya yakin pelaburan berisiko tinggi tidak akan dibuat,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Ismail Kasim (BN Arau).
      Ismail ingin tahu sama ada KWSP benar-benar memantau semua aktiviti terutama yang berisiko tinggi.
      Menurutnya, panel pelaburan tersebut dianggotai beberapa pakar termasuk Timbalan Gabenor Bank Negara dan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

      MeLEMBUkan Rakyat Malaysia


      Rais Yatim Cuba MeLEMBUkan Rakyat Malaysia...????

      Gua kalau sembang pasal pundek nih... naik meloya wa cakap luuuu... sejak dulu kini dan selamanya gua teramat menyampah dengan sikap pengampu dia nih... Menteri paling bangang dalam Kabinet Kerajaaaan sejak dulu lagi beb... dari rambut lebat hingga dah nak botak licin dia punya lakonan perghhhhh.... macam sial wa cakap luuuu...

      Baca statement pengamputhanus kat bawah nih.... macam sial jer... dia punya kebangangannya....!!!! hahaha... yang masyarakat orang asli pi serang SUK Negeri Sembilan baru2 nih apahal...???? Beruntung ke... Orang asli kena kencing lagi ramai wooooo...!!!!

      Masyarakat Orang Asli di negara ini merupakan masyarakat yang paling beruntung dan bertuahjika dibandingkan dengan kaum pribumi di beberapa buah negara lain, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim.

      Katanya ini kerana masyarakat Orang Asli di negara ini sentiasa mendapat perhatian dan pelbagai bantuan daripada kerajaan untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka.

      "Jika kita lihat masyarakat Orang Asli atau pribumi Maoris di New Zealand atau Red Indians di Amerika Syarikat, mereka tidak beruntung seperti masyarakat orang asli di negara ini.
      Kenyataan paling bodoh dan bangang dari menteri yang memang bangang, kalau nak melembukan rakyat malaysia pun agak2 la beb, bagi la contoh orang asli kat afrika sana ke, ni lu bandingkan dengan orang asli red indian dan maoris, apa lu buat lawak ke....

      Lain kali kalau nak kencing jangan buat media kasi orang malaysia buta maklumat, sekarang orang petik sikit je dah dapat tahu, lu citer apa, taraf hidup diorang kat sana lebih tinggi dari taraf hidup orang asli di Malaysia, rata2 orang asli di Malaysia hidup bawah paras kemiskinan, cuma beberapa kerat je yang berjaya yang kaya raya jauh sekali atau lu nak cerita ananda krisnan, atau lu sendiri adalah orang asli.

      Selanjutnya lu orang layan di Johor Born


      Letih aaarrr... dengan sikap kelentong Menteri Pengamputhanus (sejenis nama Dinasour), Pembodek tegar dah tua nak mampus nih... inilah Menteri paling lama dalam sejarah Keraaajaan Malaysia yang ntah apa sumbangan dia pada negara gua pun tak tau... yang gua tau Pulau Batu Putih terlepas kepada Singapura atas alasan win-win situation kepala bapak dia... hahahaha...

      Lebih baik gua pergi cuba2 bakar jambatan bosi... berhasil atau tidak.... hahahha.... daripada melayan pundek haramjadah nih...!!!!


      Siapa Mahatet...???

      ULASAN: Ini adalah artikel yang popular sewaktu kemuncak Reformasi dulu bagi rujukan kita.

      Janganlah kita terus menerus ditipu oleh UMNO kononnya Dr Mahathir adalah penentang dan anti Yahudi.

      Beliau adalah kawan baik Yitzak Rabin. Akhbar Yahudi Australia amat memuji Dr Mahathir.

      KONSPIRASI DR. MAHATHIR YAHUDI

      Kronologi hubungan Dr. Mahathir dengan Yahudi

      1964 : Mahathir dilatih oleh CIA selama beberapa bulan di Harvard, Amerika Syarikat dalam seminar anjuran Asia Foundation oleh Dr. Henry Kissinger, Setiausaha Negara Amerika dan pakar strategi Yahudi. Hubungan Mahathir sangat akrab dengan Kissinger lebih-lebih lagi sejak beliau berjaya dilantik sebagai Perdana Menteri/Presiden UMNO (pada 16 Julai 1981) sehingga sekarang.

      Bahkan perlantikan 'luar biasa' Dr. Mahathir ke jawatan TPM oleh Dato' Hussein Onn pada Mac 1976 juga menimbulkan pelbagai tandatanya. Sebelum itu, ketika berkrisis dengan Tunku Abdul Rahman dahulu dan kerana takut ditangkap, Mahathir melarikan diri ke Thailand dan kemudiannya mendapat perlindungan 'asing' di Australia.

      Dr. Mahathir bekerja di sana di samping menulis dalam akhbar luar negeri mengecam Tunku. Mahathir hanya kembali setelah Tun Razak jadi PM. Dengan strategi licik pihak-pihak tertentu (termasuk mereka yang dikaitkan dengan agen perisikan asing) akhirnya Tun Razak terpedaya untuk menerima semula Mahathir dan memberikan tempat kepadanya dalam Kerajaan walaupun sudah diingatkan oleh orang-orang yang mengetahui identiti sebenar Mahathir.

      Ajal telah menghalang Tun Razak dari bertindak terhadap Mahathir setelah beliau menyedari kesilapannya kerana terpedaya dengan perancangan licik Mahathir untuk menguasai UMNO dan Kerajaan.

      10 September 1982: Mahathir bercakap panjang lebar menafikan beliau dan Setiausaha Politiknya adalah ahli dan penyokong gerakan sulit Yahudi iaitu Freemason. Ini juga merupakan ucapan dasar sulung Mahathir di Perhimpunan Agung UMNO ke-33 selaku Presiden. Dikatakan bahawa ahli Freemason telah menjadi pekerja sukarela pilihanraya UMNO sejak 1974 lagi.

      Pertubuhan Freemason di Malaysia adalah didaftar di bawah Akta Pertubuhan 1966. Pada tahun 1977 ia mempunyai 55 perkumpulan (lodges) dan 2,984 ahli. Malah ketika menjawab soalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz (PAS-Pengkalan Chepa) di parlimen pada 25 Oktober 1978, Datuk Husein Onn berkata Kerajaan hingga kini tidak bercadang untuk mengharamkan pertubuhan (Freemason) itu walaupun mengakui ianya bercanggah dengan aqidah Islam dan ramai golongan elit dan berpengaruh dari kalangan umat Islam negara ini yang menyertainya.

      1986: Mahathir/UMNO membayar berjuta-juta ringgit kepada sebuah Syarikat Yahudi, Satchi & Satchi untuk membantu Mahathir/UMNO merangka strategi pilihanraya umum 1986. Sebelum itu, syarikat terbabit telah membantu kempen pilihanraya Margaret Thatcher di Britain dan Ronald Reagan di Amerika Syarikat. (Dr. Kissinger, orang besar Yahudi dan rakan karib Mahathir juga merupakan penasihat belakang tabir Presiden Reagan). Pada tahun ini, Mahathir mengambil sikap membisu di atas keputusan Singapura mengundang ketua negara Israel Chaim Herzog sambil membiarkan pesawat Israel itu melintasi ruang udara Malaysia untuk ke Singapura. Segala tentangan umat Islam di Malaysia tidak diendahkan oleh Mahathir.

      1986: Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan Dr. Kissinger di New York. Ini disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah ISIS yang juga merupakan 'anak didik Kissinger'.

      6 Mac 1987: Dr. Henry Kissinger mengadakan perbincangan tertutup sehari di pejabat Perdana Menteri. Perbincangan ini dikendalikan oleh ISIS dan dikenali sebagai "Perbincangan Meja Bulat Kuala Lumpur". Menurut Ketua Pengarah ISIS, Dr. Noordin Sophie, Dr. Mahathir dan Kissinger merasa perlu bagi para 'intelek' Amerika yang terkemuka dan ulung memahami dengan lebih mendalam masalah yang dihadapi oleh negara-negara Asean.

      Mei 1994: Parlimen telah meluluskan Akta Larangan Import (pindaan bil.7) yang menarik balik sekatan import terhadap barangan Israel dan Afrika Selatan.

      6-9 Julai 1994 : Mahathir mengadakan pertemuan sulit dengan PM Israel, Yithzak Rabin dan Menteri Luarnya, Shimon Peres yang sama-sama menginap di Hotel De Crillion, Perancis. Pertemuan ini dilaporkan oleh TV Israel dan dipetik oleh AFP. Bila berita ini sampai ke Malaysia, Mahathir seperti biasa segera menafikannya dengan alasan beliau ke sana semata-mata kerana lawatan rasmi ke Perancis, lagipun katanya beliau tinggal di tingkat 3 manakala Rabin berada di tingkat 2. Akhirnya Mahathir mengakui bahawa beliau ada juga berhubung dengan Rabin, tetapi hanya melalui surat!.

      16 Julai 1994: Pengerusi Kumpulan Melewar Corporation Bhd. dan MBf, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman yang juga proksi perniagaan terpenting UMNO dan rakan karib Mahathir telah membuat pengakuan bahawa beliau telah berkunjung ke Israel pada bulan Jun 1994.

      Sebenarnya Malaysia di bawah Kerajaan Perikatan/BN telah lama mempunyai hubungan dagang dengan negara haram Israel. Dalam tahun 1967, import Israel dari Malaysia meningkat lebih sekali ganda dari 272 ribu dolar Amerika dalam tahun 1966 kepada 565 ribu dolar Amerika dalam tahun 1967. Dalam waktu yang sama eksport Israel ke Malaysia bertambah hampir-hampir dari 1.1 juta dolar Amerika kepada hampir 1.7 juta dolar Amerika.

      17 Julai 1994: Berita Harian melaporkan Tunku Abdullah sebagai berkata :"Ketika di sana, saya dijemput menemui Rabin dan Peres". ..."Kita juga mengenalpasti potensi pelancongan terutama bagi rakyat Malaysia mengunjungi Masjid al-Aqsa".

      13 Oktober 1994: Far Eastern Economic Review melaporkan: "Perdana Menteri Malaysia telah memberitahu bahawa pengiktirafan (Israel) tersebut adalah bergantung kepada sejauh mana rakyat Palestine dan negara-negara Arab telah berpuas hati terhadap perlaksanaan perjanjian damai dengan Tel Aviv. Israel telah pun menghantar pemerhati khas ke Kuala Lumpur sejak awal tahun ini dalam rangka menjalinkan perhubungan diplomatik."

      Disember 1996 : Mahathir menyeru supaya Negara-negara Arab tidak berperang dengan Israel bagi menyelesaikan masalah di Timur Tengah. Kenyataan Mahathir ini cuba meminta Umat Islam seluruh dunia supaya ditutup seruan jihad dari kamus umat Islam dan ia juga dipercayai ada hubungkaitnya dengan ura-ura Kerajaan Malaysia mahu mengiktiraf Israel melalui proses damai anjuran Amerika.

      Januari 1997: Mahathir menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh Mayor (Datuk Bandar) berbangsa Yahudi, Tom Levyn dan turut dihadiri oleh 'masyarakat Yahudi' yang terdiri daripada tokoh hiburan dan karyawan filem di Beverly Hills, Los Angeles. Dalam pertemuan tersebut Mahathir meminta supaya diwujudkan taman hiburan/perkampungan industri perfileman ala Hollywood yang dimonopoli oleh Yahudi di Amerika itu di tapak MSC, Sepang.

      Penubuhan MSC di Malaysia juga sebenarnya telah dicadangkan dan diilhamkan oleh pihak asing kepada Mahathir. Perancangan Mahathir/Yahudi/kuasa asing ini akhirnya berjaya direalisasikan apabila Mahathir pada 9 Julai 1999 setelah mengadakan perbincangan dengan Panel Penasihat Antarabangsa (IAP) untuk projek MSC, bahawa Perkampungan 'Hollywood' akan diwujudkan di Cyberjaya.

      21 Mac 1997: Mahathir membenarkan pasukan kriket Israel datang ke Malaysia untuk menyertai kejohanan kriket antarabangsa (ICC). Umat Islam yang membantah kehadiran pasukan Israel di bumi Malaysia ini diganyang, ditangkap dan didakwa di mahkamah oleh regim Mahathir. Mahathir berkata tujuan beliau membenarkan pasukan Israel datang ke Malaysia adalah untuk menunjukkan bahawa umat Islam di Malaysia bersikap 'terbuka'.

      Tahun 1997 juga digemparkan dengan pengakuan terbuka Mahathir, bahawa beliaulah yang membenarkan rombongan pelajar-pelajar Israel untuk melawat negara kita dan bertukar-tukar fikiran dengan pelajar-pelajar di beberapa buah sekolah di ibunegara. Sebelum ini, lawatan pelajar Israel yang diaturkan secara sulit oleh Kementerian Pendidikan ini, telah didedahkan sehingga memaksa Mahathir untuk membuat pengakuan dan mengatakan bahawa ianya bertujuan untuk 'menginsafkan' pelajar Israel betapa baiknya umat Islam (terutama di Malaysia) yang boleh hidup dengan harmoni dengan rakyat berbilang kaum dan agama.

      1998: Mahathir mengambil syarikat dan spekulator matawang Yahudi, Solomon Smith & Barney sebagai penasihat kewangan negara dan bon Malaysia dijual kepada pelabur Yahudi di Amerika / Eropah.

      September 1999 : Menteri Luar Malaysia iaitu Datuk Syed Hamid Albar, telah mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar negara haram Israel iaitu David Levy di New York. Di dalam pertemuan tersebut juga, Mahathir telah mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Israel iaitu Ehud Barak kerana kejayaannya menjadi Perdana Menteri baru Israel.

      Oleh: Penulis Siber
      (Penulisan asal oleh Wak Reformasi - terdapat sedikit pengubahsuaian)


      Kepada generasi muda hari... ketahui dan kenalilah terlebih dahulu latar belakang pemimpin2 barisan nasional... sebelum nak melalak pasal Melayu, Islam, Rakyat dan pelbagai... hahaha..

      Semua kaki kencing berterabur beb... kah..kah...kah...