ROMPAKAN BN UMNO

ROMPAKAN BN UMNO

CLICK at HOME..if it said this blog not exist.

Friday, 24 February 2012

Melayu Islam Menentang BRITISH...sebelum ada UMNO lagi.


Melayu Islam Menentang BRITISH...sebelum ada UMNO lagi.


Lepas Perang Dunia Ke 2 (1940 - 1945 )..Kerajaan BRITISH hampir bangkrap..kerana perang dengan German ( macam SATU mesia jugak...jawatan awan DI BEKUkan )...British tak mampu lagi nak bayar GAJI + ELAUN pegawainya di luar negara Great Britain...maka dilantiklah pecacai MELAYU berperangai BRITISH...terutamanya anak anak penguasa pembesar meLAYU yang bersekolah di ENGLAND...untuk menjadi WAKIL BRITISH memerintah Tanah Melayu...untuk menjaga ESTET getah + lombong bijih timah ORANG PUTIH + CUKONG CINA..maka tertubuhlah UMNO yang diiktiraf oleh BRITISH...walaupun sebelum itu telah ada banyak lagi pertubuhan MELAYU..namun tidak menerima pengiktirafan dari BRITISH.

Di tubuhlah MCS..Malayan Civil Services..MCKK sekolah elit nak jadi orang putih..meLAYU itu diUBAH mentalnya...mencaci maki adat istiadat dan kebodohan meLAYU...terutama yang berkaitan dengan agama Islam.
Ramailah MELAYU terlibat dan...berkait rapat dengan ARAK...JUDI..dan PELACORAN...Mereka inilah yang berKUASA atas bangsa Melayu...bagi menjalankan dan menguatkusakan lagi undang undang BRITISH ( bukan Islam ) di Tanah Melayu ini..
.
Pahlawan Islam Melayu...seperti Mat Kilau, Tok Janggut di Kelantan  dan rakan-rakan dari negeri lain di Tanah Melayu yang menentang undang undang bukan ISLAM BRITISH..di panggil PENDERHAKA pulak...ada juga meLAYU bangang pun ikut sama kata penderhaka..???

Pahang sebagaimana yang diketahui mempunyai sejarah perjuangan mementangan British yang amat panjang. Hingga ke zaman moden, hal tersebut masih diperkatakan. Perjuangan di Pahang dimulakan oleh Datuk Bahaman yang juga pembesar dan Orang Berempat Pahang. 

Namun dalam ramai-ramai Pahlawan melayu di Malaysia ini yang pernah ada, Mat Kilau merupakan pahlawan yang sempat menceritakan perihal perjuangan menentang British kepada orang ramai melalui media massa sewaktu kemunculannya sekitar penghujung tahun 60an dahulu.

Sewaktu kemunculan pahlawan melayu yang tersohor ini, dia disanjung bagaikan raja, dia dikunjungi oleh ramai orang dari serata negara semata-mata untuk melihat susuk tubuh yang sangat digeruni British ini. Waktu itu beliau sudah sangat uzur tetapi terpaksa melayan tetamu-tetamu yang datang.

Tetapi disebalik itu apakah penghargaan yang diterima oleh pahlawan rakyat ini?. Pada pangkal namanya tiada gelaran Tun, Tan Sri mahupun Datuk. Dia hanya digelar Aki (Datuk) oleh cucu-cucunya sahaja. Dia tinggal di rumah papan di Kuantan dan bukan rumah mewah yang bernilai jutaan ringgit.

Mat Kilau pergi menentang British di hutan dan meninggalkan segala yang mereka ada. Mat Kilau bukan sebarangan orang, dia anak Tok Gajah antara manusia paling berkuasa, paling dihormati dan disanjung di Pahang suatu ketika dahulu. Pada zaman ini bolehlah malaysiasensasi katakan bahawa dia setaraf dengan anak Menteri Kanan kerajaan.

Tetapi semua kesenangan ditinggalkan demi mempertahankan agama dan tanah air yang dicintai. Ada pemimpin sekarang macam ni?

Dia tentunya tidak ingin meminta apa-apa ganjaran dari kerajaan. Kerana itu dia tidak pernah memohon apa-apa pangkat atau balasan menentang British demi mempertahankan agama dan negara. Inilah Pahlawan sejati melayu. Percayalah tiada lagi pahlawan seberani ini pada zaman sekarang..'pahlawan' membodek ada la...kalau tak membodek pasti ada agenda tersendiri.

-Al-fatihah semoga roh Mat Kilau, dan lain-lain pejuang melayu ditempatkan di tempat yang selayaknya oleh Allah.

HOSPITAL SHAH ALAM : Projek BN + UMNO TAK RASUAH punya


HOSPITAL SHAH ALAM : Projek BN + UMNO TAK RASUAH punya

by Biaqpila®

Ceritera Hospital Shah Alam yang masih menjadi igauan penduduk ibu negeri Selangor kini dibelit dengan isu pembayaran komisyen berjuta-juta ringgit oleh syarikat yang dituduh bersekongkol dengan Kementerian Kewangan bagi mendapatkan kontrak baru projek itu. Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini mendedahkan tiga dokumen menunjukkan bekas subkontraktor projek itu Frontier Structure menawarkan komisyen RM30 juta kepada bekas kontraktor utama Sunshine Fleet Sdn Bhd.

Sepucuk surat lagi menunjukkan bagaimana Kementerian Kewangan mengarahkan Jabatan Kerja Raya memasukkan Frontier sebagai syarikat yang membida projek berkenaan walaupun syarikat itu bukan kontraktor Kelas A dan tidak pun membida untuk mendapatkan projek itu.

Khalid berkata Frontier menawarkan RM30 juta kepada Sunshine supaya syarikat itu mencadangkan kepada Kementerian Kewangan supaya kontrak baru pembinaan hospital itu diberikan kepada Frontier.

Sebagai balasan, FSSB akan membayar sejumlah RM30 juta dalam bentuk pemberian sub-kontrak kepada SFSB, menurut syarat yang didedahkan oleh Khalid.

“Dia (FSSB) (janji) akan membayar balik RM 30 juta kepada Sunshine. Syarikat Sunshine sebelum ini sudah pun mengaut keuntungan berpuluh juta ringgit sebelum ini apabila diberikan projek tersebut. Dari RM 480 juta dia dapat RM 60 juta,” kata Khalid.

Khalid turut menunjukkan senarai pembida baru projek hospital itu berasaskan tender yang dikeluarkan oleh Jabatan Kerja Raya pada Disember tahun lalu. Senarai itu menunjukkan FSSB tidak membida untuk projek berkenaan.

Pada 23 Mac lalu, Kementerian Kewangan menerusi sepucuk surat menggarahkan Kementerian Kerja Raya menyenarikan FSSB sebagai pembida projek berkenaan.

“Sunshine mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan. Akhirnya Pengarah Kerja Raya yang menerima surat arahan ini daripada Kementerian Kewangan bertindak memasukan FSSB dalam senarai,” kata beliau.

Khalid menegaskan tindakan mencurigakan Kementerian Kewangan, FSSB dan Sunshine adalah ‘permainan’ syarikat kroni-BN yang menyebabkan projek Hospital Shah Alam terus terbiar.

“Frontier Structure Sdn Bhd bukan kontraktor kelas A, jadi bagaimana surat (Kementerian Kewangan) ini boleh keluar? Inilah mainan di antara semua kroni yang berebut projek, yang jadi mangsa ialah rakyat Shah Alam. Projek ini sudah setahun terbengkalai. Dah jadi kawasan terbiar. Tak ada orang jaga,” kata Khalid.

Projek pembinaan Hospital Shah Alam dengan kos kontrak RM482.6 juta ini telah dimulakan pada 15 Nov 2007 dan sepatutnya siap pada 25 Jun 2011 namun sehingga kini, bekas kontraktor utama, Sunshine Fleet hanya menyiapkan tidak sampai 30 peratus dari keseluruhan projek.

Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor sebelum ini menyatakan JKR dalam proses membuka tender baru bagi melantik kontraktor untuk menyambung kerja-kerja pembinaan Hospital Shah Alam yang terbengkalai.

Khalid mengakui beliau tidak mengetahui kesahihan surat tersebut namun ia nampak seperti surat rasmi

Justeru, beliau membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia bagi menyiasat pendedahan-pendedahan dalam tiga surat berkenaan dan mengambil tindakan yang diperlukan.

“Saya hendak buat laporan kepada SPRM suruh siasat sama ada betul atau tidak. Tapi inilah surat yang saya terima. Ada Kementerian Kewangan boleh tulis kepada Pengarah JKR untuk masukkan syarikat yang bukan kelas A. Alasannya nak tunggu FSSB dapat lesen kelas A,” kata Khalid.
"pandi kuti BN Umno...pandai kutip WANG HARAM ajer.."

meLAYU terus jadi HAMBA DADAH


meLAYU terus jadi HAMBA DADAH..berKUASA sungguh UMNO yer???


Menteri Dalam Negeri = POLIS = KASTAM = RELA = IMIGRESEN = TENTERA ...semuanya MAJORITI bangsa MELAYU...mengawal negara dan berKUASA...apa pasal MELAYU pulak ramai KENA DADAH...pening aku memikirnya...tapi ada orang bagi jawapan mudah...terima kasih..RASUAH RASUAH RASUAH RASUAH dari atas pokok.. sampai ke bawah kolong..oleh MELAYU jugak..

Kes penyalahgunaan dadah di kalangan orang Melayu semakin membimbangkan. Sehinggakan seorang hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, baru-baru ini, melahirkan kesedihannya apabila melihat banyak kes dadah di negara ini membabitkan orang muda berketurunan Melayu dan beragama Islam.

Hakim Datuk Abd Rahim Uda menegaskan orang Melayu dididik sejak kecil bahawa dadah itu haram kerana ia seperti perbuatan membunuh diri yang sememangnya tidak dibenarkan dalam agama Islam.

“Masalahnya kita orang Islam, tetapi tidak menghayati apa erti Islam sebenarnya,” katanya ketika menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan ke atas tukang kebun, Fazizol Mohd Razali, 25, yang mengaku bersalah terhadap tuduhan pilihan memiliki ganja seberat 216 gram di tempat letak kenderaan, Flat Seri Sementa, Kapar, Klang.

Apa yang diluahkan Hakim Abd Rahim seharusnya mendapat perhatian serius seluruh masyarakat Melayu. Malah, kita patut berasa bimbang kerana berdasarkan perangkaan, remaja dan belia Melayu adalah golongan paling ramai terbabit dalam penyalahgunaan dadah. Mengikut laporan Agensi Antidadah Kebangsaan (ADK), etnik Melayu adalah penagih paling ramai dikesan sepanjang Januari hingga Jun tahun lalu, iaitu 9,734 orang (80.59 peratus), berbanding Cina sebanyak 1,096 orang (9.07 peratus), India 926 orang (7.67 peratus), pribumi Sabah 238 orang (1.97 peratus), pribumi Sarawak 29 orang (0.24 peratus) dan etnik lain 56 (0.46 peratus). Keseluruhannya, penagih yang dikesan dalam tempoh itu menunjukkan peningkatan sebanyak 361.91 peratus berbanding tempoh sama pada 2009.

Menurut statistik Bukit Aman pula, 222 rakyat Malaysia berketurunan Melayu kini ditahan di penjara luar negara kerana kesalahan dadah sama ada dijadikan keldai dadah atau secara sedar. Dari sini, timbul persoalan mengapa orang Melayu mudah terpengaruh dan terjebak dalam kes penyalahgunaan dadah? Dalam perbualan dengan Presiden Pengasih Malaysia, Datuk Yunus Fathi, beliau mengemukakan beberapa faktor, termasuk berkait dengan soal budaya, perilaku, latar belakang keluarga dan tempat tinggal, pendidikan serta pengaruh luar.

“Taraf pendidikan orang Melayu pula secara umumnya masih rendah dan yang terbabit dalam dadah kebanyakannya daripada keluarga miskin. Selain itu, sistem kekeluargaan yang dulunya kuat, kini semakin rapuh menyebabkan anak terbiar dan tidak diberi perhatian,” katanya yang pernah menjadi penagih sebelum mengasaskan Pengasih — badan yang dianggotai bekas penagih dadah.

Sememangnya mengikut statistik ADK, majoriti penagih yang dikesan sepanjang Januari hingga Jun tahun lalu menunjukkan 8,492 orang (78.40 peratus) adalah mereka yang sekurang-kurangnya mempunyai tahap pendidikan tamat Tingkatan Tiga, iaitu mempunyai sijil LCE/SRP/PMR. Bilangan penagih tertinggi juga dikesan pada mereka yang mempunyai sijil pada peringkat LCE/SRP/PMR, iaitu seramai 4,069 orang (37.56 peratus).

Persoalannya, kenapa kes penyalahgunaan dadah terus meningkat sedangkan banyak program dianjurkan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mengekang gejala ini? Malah, pelbagai undang-undang digubal dan hukuman lebih berat dikenakan terhadap kesalahan dadah, termasuk hukuman mati mandatori. Penguatkuasaan juga diperhebatkan dan mengikut statistik, rampasan beberapa jenis dadah, seperti heroin, ecstasy, candu dan kokain menunjukkan peningkatan sepanjang Januari hingga Jun tahun lalu. Namun, di sebalik kejayaan ini, isu dadah terus menghantui kita. Sepanjang Januari hingga Jun tahun lalu, penagih baru yang dikesan berjumlah 8,984 orang, meningkat 507.44 peratus berbanding 1,479 orang dalam tempoh sama tahun lalu, manakala penagih berulang seramai 3,095 orang, meningkat 172.45 peratus berbanding 1,136 tahun sebelumnya.

“Kita semua berisiko dan yang tidak mempunyai kekuatan diri lebih berisiko tinggi untuk mudah terjebak dalam penyalahgunaan dadah. Sebab itu, kempen kena bermula dari rumah dengan menggalakkan ibu bapa bercakap dengan anak mengenai bahaya dadah. Kita juga kena banyakkan aktiviti bagi meningkatkan jati diri serta pembangunan intelektual dan rohaniah anak. Malah, mengikut satu kajian, anak yang selalu bersukan bersama ibu bapa didapati jarang terbabit dalam dadah. Peranan pertubuhan komuniti seperti PIBG, JKK kampung, jawatankuasa kariah surau atau masjid juga penting bagi membantu memerangi gejala dadah,” katanya.

Mesej ini sepatutnya membuka mata seluruh masyarakat agar bersama-sama membantu pihak berkuasa membanteras kes penyalahgunaan dadah. Kita percaya rakyat sedar kes penyalahgunaan dadah ini serius, tetapi ramai yang cuma mengeluh, tetapi tidak membantu. Kita tidak boleh lagi melihat dan membiarkan saja apa yang berlaku di sekeliling kita. Mungkin ramai tidak ambil peduli kerana menganggap itu bukan masalah mereka atau tidak membabitkan anak atau ahli keluarga mereka. Barangkali ramai juga tahu anak jiran kita mengambil dadah, tetapi kita buat tak tahu kerana tidak mahu dianggap mencampuri hal orang lain. Ini bukan soal hendak jaga tepi kain orang, tetapi membabitkan masa depan generasi kita. Bersamalah membanteras dadah. — B/Harian

Mahathir tak boleh pura-pura tak tahu tentang skandal MAS


Mahathir tak boleh pura-pura tak tahu tentang skandal MAS
KUALA LUMPUR, 24 FEB: Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh berpura-pura dan cuba lari daripada tanggungjawabnya berhubung skandal Malaysia Airlines (MAS) di mana sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri, syarikat penerbangan yang menjadi kebanggaan negara merudum teruk dalam masa satu dekad sahaja.


Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata Mahathir takut menghadapi cabaran Datuk Zaid Ibrahim yang memintanya “menulis sebuah buku” tentang mengapa MAS diswastakan kepada Tan Sri Tajudin Ramli pada 1994, dengan memberi alasan beliau (Mahathir) bukanlah ketua syarikat penerbangan yang rugi itu.


“Mahathir cuba menulis semula sejarah 22 tahun menjadi Perdana Menteri seolah-olah beliau tidak tahu apa-apa dengan apa yang berlaku dalam pelbagai kementerian di bawah pentadbirannya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Menurutnya, Mahathir cuba menggambarkan seolah-olah beliau tidak terlibat dalam beberapa krisis besar negara sepanjang pemerintahannya termasuk:


* Krisis kehakiman paling teruk dalam sejarah negara dengan pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas dan hakim-hakim lain;


* Zaman paling gelap pencabulan hak asasi manusia dengan menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) apabila membuat penangkapan besar-besaran di bawah Operasi Lalang pada 1987; dan


* Pelbagai skandal kewangan lain termasuk skandal MAS dan “jenayah kejam tanpa penjenayah” seperti skandal kewangan Mahathir yang pertama pada tahun 1983 – skandal RM2.5 bilion Bumiputra Malaysia Finance (BMF).


Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, Mahathir hilang kredibiliti apabila cuba menafikan beliau tidak bertanggungjawab dalam skandal MAS yang menyebabkan kerugian puluhan  bilion ringgit.


Sedangkan, katanya, Tajudin Ramli yang diamanahkan menjaga MAS telah mendakwa bahawa Mahathir telah memaksa beliau (Tajudin) membeli MAS untuk membantu menyelamatkan Bank Negara selepas bank pusat itu mengalami kerugian pertukaran asing kerana spekulasi dalam mata wang asing oleh kerajaan UMNO-BN.


Katanya, Tajudin telah menguasai 29 peratus saham MAS pada 1994 daripada Bank Negara membayar RM8 seunit saham sedangkan harga pasaran ketika itu hanyalah separuh daripada nilai tersebut.


Menurut Kit Siang, Tajudin mendakwa beliau enggan membeli MAS tetapi menuduh Mahathir memaksanya atas alasan “khidmat negara”.


Beliau menambah, Tajudin telah mengambil pinjaman RM1.8 bilion untuk membeli syarikat penerbangan itu tetapi beliau telah menandatangani perjanjian “overriding” yang membolehkannya menjual kembali kembali kepada kerajaan, dan kerajaan akan membayar ganti rugi terhadap sebarang kerugian yang ditanggungnya dengan menggunakan wang rakyat.


Justeru, beliau menjelaskan, Mahathir tidak boleh berlakon kononnya tidak tahu tentang apa yang sebenarnya terjadi dan perlu bertanggungjawab dan berani menjelaskan pekara sebenar demi rakyat dan negara. – Roketkini.com

Putera Umno terlibat menyerang ceramah Anwar


Bukti! Putera Umno terlibat menyerang ceramah Anwar di Johor!

TERBARU, ceramah Anwar Ibrahim di Johor, iaitu di daerah Semberong, Kluang Johor diserang oleh sekumpulan anak muda yang dipercayai diupah oleh pihak Umno.

Ceramah Anwar Ibrahim dilastik, dibaling dengan mercun bola, batu dan sebagainya. Malah kereta beliau turut dilastik dan disepak sehingga kemik di bahagian tepi, serta mengalami keretakan di cermin hadapan kereta tersebut.

Di bawah ini gambar yang sempat diambil di HQ KEADiLAN keadaan kereta Anwar Ibrahim akibat serangan tersebut.





Menggelupur blogger-blogger United Malays No Otak, Umno cuba menafikan berita ini. Seperti biasa mereka akan putar belikan cerita menggunakan kaedah yang sama, iaitu Keadilan atau Anwar sendiri yang menyerang diri sendiri untuk mendapat simpati rakyat.

Sama saja seperti sebelum ini, mahasiswa dituduh cederakan diri sendiri, Anwar tumbuk mata sendiri sampai lebam, Teoh Beng Hock bunuh diri sendiri.

Lebih lucu, peserta himpunan 901 dituduh letupkan bom untuk membunuh diri beramai-ramai kerana Anwar dibebaskan daripada tuduhan liwat. Adakah orang yang berfikiran waras akan mempercayai propaganda seperti ini?

Kali ini kita dedahkan bukti salah seorang anak muda yang menyerang ceramah Anwar Ibrahim di Sembrong Kluang Johor tempoh hari. Anak muda ini pada malam kejadian tersebut mengakui, baru pulang menghalau Anwar dari tanah Kluang.

Dia menulis di akaun Facebook miliknya yang dihantar melalui telefon bimbit BlackBerry, mengakui bahawa diaterlibat menghalau Anwar Ibrahim atau dengan kata lainnya dia terlibat melakukan kekecohan pada malam itu [Facebook].



Siapakah anak muda ini yang dilihat begitu benci dengan Anwar Ibrahim, sehingga sanggup membuat kacau di ceramah beliau di Sembrong, Kluang Johor baru-baru ini?

Salah satu gambar di dalam akaun facebooknya menjelaskan segala-galanya [facebook].



Regim United Malays No Otak, Umno akan terus melakukan apa sahaja untuk mengalahkan lawan politik mereka. Politik rasuah, penyalahgunaan kuasa dan samseng akan terus jadi amalan regim ini.

ReJaM© " Polis sila jalankan tugas anda! "

Thursday, 23 February 2012

Ladang Kelantan..agihkan RM52.4 juta...


K'tan: L/Rakyat RM52.4J Diagih. Pihak Lawan Buta..

KOTA BHARU, 16 Feb 12: Sebanyak RM52,365,600 dividen telah diagihkan kepada 4,834 orang peserta Ladang Rakyat seluruh Kelantan sejak ianya ditubuhkan pada tahun 2006.
Hari ini sahaja, Perbadanan Ladang Rakyat telah mengeluarkan dividen sejumlah RM3.86 juta bagi peringkat ke-18 sempena majlis Perhimpunan Perdana Peserta Ladang Rakyat Negeri Kelantan.

Ketua Eksekutif Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat, Dr Nazmi Ghazali Azmi pada sidang medianya berkata, jumlah RM3.86 juta itu hanya untuk tempoh empat bulan iaitu Oktober 2011 hingga Januari 2012.

Menurutnya, sudah terbukti bantuan melalui Ladang Rakyat sebanyak RM200 kepada penerima sebulan, membantu rakyat di negeri itu malah kehidupan mereka juga semakin berubah.

“Alhamdulillah kita bersyukur kerana bantuan ini telah banyak membantu masyarakat Kelantan yang berpendapatan rendah,”ujarnya.

Sambungnya, walaupun hanya lebih lima peratus bantuan berkenaan dapat membantu masyarakat keluar dari garis kemiskinan, namun sekurang-kurangnya mereka telah mempunyai beberapa keistimewaan sebagai ahli koperasi.

Sambungnya lagi, 11 syarikat telah dipilih untuk memajukan 77,000 ekar tanah di bawah Ladang Rakyat.

Sementara itu ketika berucap pada majlis itu Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menjelaskan isu pembangunan di Lembah Sireh sengaja dibangkitkan Umno negeri itu demi kepentingan politik.

Sedangkan ujarnya, pelbagai pembangunan sudah dibangunkan di tapak itu sehingga kini.

Beliau turut menjelaskan pembangunan projek tersebut bukan dibuat atas tanah milik peribadi rakyat seperti yang dicanang pihak tertentu.

“Pihak lawan ni biasalah, sengaja nak buat bising dia ambil kesempatan. Walhal di lembah tu macam-macam ada pembangunan sekarang, Tesco, Masterskill dan macam-macam lagi.

“Dia persoalkan projek di situ... buat buta tak nampak, buta betul mata tu baru tahu,” ujarnya. (IH/Harakah)

Wednesday, 22 February 2012

RAJAgopal...bayang TUHAN???


Perghhh... Bayang Allah Konon...???... hahahaha...!!!!

Terus terang gua katakan gua tak pernah jumpa lagi ayat, hadis atau dalil seperti yang orang bawah tu sebutkan.., gua mengaku gua jahil dan kalau ada sesiapa yang pandai sesangat tolong aarrr... buktikan dari surah apa..??? ayat keberapa...??? atau hadis mana...???, diriwayatkan oleh siapa...??? gua konpius nih... dengan laporan dari Malaysiakini... hahahahaha.... 
Perjuangan untuk mempertahankan raja juga dianjurkan oleh Nabi Muhammad melalui sabda baginda bahawa "raja itu adalah bayang Allah di bumi ini." - Malaysiakini.
Ada RAJAgopal...dok TIBAI BETINA kat atas nih...cam ner HARUSANAsini???



Itu adalah apa yang diperkatakan oleh makhluk gambar di atas tuuuu... yessss... jika benar dari Nabi... gua angkat tangan surrender beb... gua tak berani menafikan apa yang Baginda Nabi Muhammad SAW sabdakan... gua mohon pencerahan disini.... noktah..

Persoalannya di sini..., mengikut tajuk yeaaa... secara pemikiran bodoh kanak2 riang, adakah Mufti yang tinggi ilmu agamanya dan hafal segala hadis itu faham Raja yang sebagaimana wajib dihormati dan dipertahankan...??? Nak jugak tanya dengan Harusanasini... Raja yang sebagaimana..???....hahaha...

Adakah Raja yang mengizinkan tanah negerinya menjadi Pusat Judi tersohor di Asia wajib di hormati...
Adakah Raja yang gagal menegakkan agama Islam dalam negerinya dan ahli keluarganya wajib dihormati...
Adakah Raja yang banyak buat maksiat dan melanggar hukum hakam Allah wajib dipertahankan...

Firaun2 zaman para Nabi dulu pun Raja jugak beb.... adakah diorang pun "Bayang Allah" juga.... adussss.... Harusanasini bikin lawak sengal laaaaa.... membodohkan orang JATI jahil yang sememangnya sudah jahil....!!!! Logik kaaa... Allah memusnahkan BayangNYA (baca Firaun2 yang dimusnahkan oleh Allah) di muka bumi ini... kah...kah....kah....

Adakah...??? Adakah..??? Adakah...???
Banyak lagi persoalan "Adakah Raja yang seperti ???" jika nak disenaraikan, tetapi sendiri mau ingatlah.

Sesiapa yang ada teloq dalam negara yang sensitif pasal isu Raja2 nih... kalau berani tolong laaa... senaraikan lagi apa yang patut dan tak patut dengan "Bayang Allah" nih.... hahahaha...

Alasan gua tak mau sambung senarai tu sebab duit gua masih tak cukup lima puluh lima sen suku untuk genabkan 2juta hengget..., kalau tidak setakat nak membangsatkan diri kat Kemunting tu tarak hal beb... sebab nasib anak bini makbapak gua dah terbela beb...

Lagipun buat apa gua nak jadi bangang dengan isu2 bodoh pasal raja2 nih..., kalau di depan MAHARAJA segala RAJA di Padang Mahsyar nanti gua berani beb... akan gua cungkil... akan gua tuntut apa yang patut dengan peranan "Bayang Allah Di Mukabumi nih..."... pasal kat sana nanti... hakimNYA Adil dan Saksama.... rasuah2... KY Jelly... bodek2, peras ugut semuanya bolayan beb.... hahahaha... 

Alasan keduanya..., sebab gua tak nak menyusahkan puak2 LEMBU bersongkok tinggi untuk ambik cuti emergency, mengabaikan rumahtangga diorang dengan buat khemah depan balai polis 7 hari 7 malam hanya semata-mata nak mengadu domba buat repot macam haramjadah... kah...kah...kah.... sebabnya bab bodek dan jilat pungkoq raja2 nih... puak2 keparat haramjadah samseng songkok tinggi nih tetap JUARA dari dulu, kini dan selamanya... muakakakakaaaa....!!!! Juara Bodek dan Juara Derhaka pada Raja2 dan Sultan....!!!

Berbalik kepada Mufti Harusanasini.... lain kali kalau nak mengajar ilmu tuuuu... biarlah ajar sampai habis beb... jangan ajar suku-suku jer... jangan mengambil kesempatan pergunakan Islam dan menjual nama Nabikerana jawatan beb...

Mufti Harusanasini pasti faham bebenor dengan hadis Nabi yang inikan “Wahai manusia! Sesungguhnya tuhan kamu sama, bapa kamu sama (Adam). Ketahuilah! Tiada kelebihan orang arab ke atas ‘ajam (yang bukan arab), atau ‘ajam ke atas arab, atau yang berkulit merah ke atas yang berkulit hitam, atau yang berkulit hitam ke atas yang berkulit merah melainkan ketakwaan (Riwayat Ahmad dan al-Baihaqi, dinilai Hasan oleh al-Albani)”

Waspada dan ingatlah wahai tuan mufti yang bijaksanasini bahawa Nabi juga bersabda "Barangsiapa yang menyebutkan sesuatu dariku sedangkan aku tidak pernah menyebutnya, maka dia telah menempah tempatnya didalam neraka." - H/R al-Bukhari (no.109).

Yang penting sekali... dengan ilmu yang ada tu... janganlah membodohkan dan membengongkan melayu islam di Malaysia nih... dengan "Mencandukan ugama untuk Menipu Rakyat" kerana kebanyakkannya melayu bangsa umnoporno dan ramai lagi Melayu Malaysia nih spesies Islam Baka dan Islam Hinduisme yang masih tak paham2 apa yang dimaksudkan dengan ISLAM yang sebenarnya.

Sedangkan Menteri Agama pun boleh kantoi... inikan pulak yang bukan berjenama Menteri... hahahaha... gua lagi respeks sama Muallaf yang baru peluk agama islam..., diorang lebih Islam dan tawadhuk daripada melayu spesies Islam Baka atau Islam Hinduisme nih.... terutama sekali melayu dari bangsa umnoporno yang mengaku beragama islam.... contoh macam melayu gambar bawah nih... hahahaha...!!!!



Adakah gambar itu juga membuktikan Akidah yang diperjuangkan dalam Islam...??? Lebih baik Hasan Ali dan Harusanasini perbetulkan terlebih dahulu Akidah puak2 melayu kat atas. Kerana puak2 gerombolan yang berjenama UMNO itulah menjadi punca utama hancurnya Akidah Umat Islam Melayu di negara ini sepanjang 54 tahun memerintah...!!!!


Itulah hasil pemerintahan umno selama ini..., lagipun bukannya semua orang Melayu yang ada hari ini mengamalkan ajaran Islam.., apa mau kaluttttt.... apa mau kecoh.... pasal akidah nih... sendiri bikin sendiri sentap... muakakakakaaaa...!!!!


Kesimpulannya di sini, jadilah Insan dan umat Islam yang berilmu, supaya tidak mudah terpedaya dengan makhluk2 yang menjual agama demi politik dan takut kepada pemerintah seperti yang sedia ada sekarang ini. Pegang dan yakinlah pada AL-QURAN dan SUNNAH... insyallah takan terbabas punyeeaarrr... sampai bila2 pun. 

Nota: Kat bahagian atas tu... gua pertikaikan pasal Raja Nong Chik... takda kena mengena dengan Raja2 Melayu. Raja2 Melayu semuanya baik2 belaka, Bertaqwa dan Taat pada hukum perintah Allah SWT... bahkan bertanggungjawap sebagai Ketua Agama Islam bagi setiap negeri jajahan mereka... hahahaha....!!!!