Terkejut Tulang Besi membaca kenyataan Timbalan IGP. Dilaporkan TImbalan IGP Khalid Abu Bakar berkata:
Soalnya, sedarkah Khalid bahawa peristiwa yang membawa kepada rusuhan tersebut adalah bermula dari pembunuhan kejam oleh Polis UK ke atas seorang bapa kepada 4 orang anak bernama Mark Duggan.
Harian Daily Telegraph melaporkan bahawa Mark Duggan ditembak dari jarak dekat dengan satu das termbakan yang terus membunuhnya. Mark Duggan meninggalkan empat orang anak dibunuh secara kejam di Totenham oleh seorang pegawai polis dari Scotland Yard.
Kesah pembunuhan kejam ke atas Mark Duggan ini boleh dibaca di sini.
Jelas tindakan ganas polis UK telah mencetuskan rusuhan yang telah memakan banyak nyawa dan menyebabkan banyak kerosakan.
Mintak Timbalan IGP jelas apakah yang menyebabkan rusuhan tersebut. Ia bukan demonstrasi jalanan mahupun protes. Ia adalah rusuhan semata-mata yang berlaku dalam keadaan peserta2nya marah dan terganggu emosi.
Sedih saya lihat bagaimana Timbalan IGP cuba manipulasi rusuhan di London dengan menafikan hak rakyat Malaysia untuk bersuara.
Adakah Timbalan IGP merasakan tindakan2 zalim oleh Polis dapat menghalang rusuhan dari berlaku? Adakah dengan kezaliman keamanan boleh dijamin?
Kalau benar, sudah tentulah rusuhan London itu tidak berlaku kerana pihak polis UK itu jelas telah bertindak zalim ke atas Mark Duggan.
Tulang Besi
Khalid berkata rusuhan berterusan di London yang kini merebak ke beberapa bandar utama di Britain adalah bukti bahawa mimpi ngeri seumpama itu boleh dielakkan dengan menghalang protes jalanan.
Soalnya, sedarkah Khalid bahawa peristiwa yang membawa kepada rusuhan tersebut adalah bermula dari pembunuhan kejam oleh Polis UK ke atas seorang bapa kepada 4 orang anak bernama Mark Duggan.
Harian Daily Telegraph melaporkan bahawa Mark Duggan ditembak dari jarak dekat dengan satu das termbakan yang terus membunuhnya. Mark Duggan meninggalkan empat orang anak dibunuh secara kejam di Totenham oleh seorang pegawai polis dari Scotland Yard.
Kesah pembunuhan kejam ke atas Mark Duggan ini boleh dibaca di sini.
Jelas tindakan ganas polis UK telah mencetuskan rusuhan yang telah memakan banyak nyawa dan menyebabkan banyak kerosakan.
Mintak Timbalan IGP jelas apakah yang menyebabkan rusuhan tersebut. Ia bukan demonstrasi jalanan mahupun protes. Ia adalah rusuhan semata-mata yang berlaku dalam keadaan peserta2nya marah dan terganggu emosi.
Sedih saya lihat bagaimana Timbalan IGP cuba manipulasi rusuhan di London dengan menafikan hak rakyat Malaysia untuk bersuara.
Adakah Timbalan IGP merasakan tindakan2 zalim oleh Polis dapat menghalang rusuhan dari berlaku? Adakah dengan kezaliman keamanan boleh dijamin?
Kalau benar, sudah tentulah rusuhan London itu tidak berlaku kerana pihak polis UK itu jelas telah bertindak zalim ke atas Mark Duggan.
Tulang Besi
KOTA BHARU, 10 Ogos 11: Orang Islam dan mereka yang menentang kezaliman sistem ekonomi menindas wajib menyokong langkah Kerajaan Kelantan memperkenalkan Dinar dan Dirham.
Hal ini berikutan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa bahawa langkah tersebut sebagai aset untuk rakyat di negeri ini menabung merupakan jalan yang tepat apabila satu dinar yang dilancar empat tahun lalu bernilai RM323 hari ini meningkat RM809.
Beliau berkata peningkatan itu merupakan sejarah dalam kenaikan harga emas dunia. Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di sini sebentar tadi. Menurutnya, harga emas pasaran dunia pula hari ini meningkat kepada USD1,723 dan ianya merupakan satu sejarah dalam kenaikan harga emas.
“Mana-mana masyarakat yang sebelum ini membeli emas mendapat keuntungan yang besar dan rugi sekiranya tidak berbuat demikian bagi mereka yang mampu.
”Bagaimanapun sekarang kita masih boleh membelinya kerana ia belum terlewat memandangkan harga emas pasaran dunia akan naik lagi mencecah USD3,000,” ujarnya.
Menurutnya, memandangkan kerajaan negeri menyedari perkara ini PMBK Sawit sejak awal lagi melabur sumber kewangannya di sebuah bank di negeri ini sebanyak RM1 juta. Tambahnya, keuntungan yang diperolehi dalam tempoh lebih sebulan RM130,000.
Ketika ditanya berhubung pihak tertentu mengkritik tindakan kerajaan negeri sebelum ini, beliau berkata kritikan itu hanya kerana sentimen politik.
”Mereka mengkritik bukan kerana takut rakyat tidak akan mendapat sebarang manfaat sebaliknya kerana dendam politik terhadap kerajaan negeri yang didokongi PAS,” ujarnya.
Sehubungan itu, beliau menyeru masyarakat seluruhnya supaya melabur serta meningkatkan pelaburan masing-masing kerana keuntungannya bakal diperolehi lebih besar khususnya penghujung tahun ini. Menurutnya, kejatuhan dollar Amerika yang tidak berjaya mengekang kewangan ekonominya disamping jumlah hutang yang kian banyak, akan memberi ruang kenaikan keuntungan harga emas pada masa akan datang. (IH)
No comments:
Post a Comment